Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERANAN AHLI-AHLI KUMPULAN MUZIK Setiap kumpulan tarian singa mempunyai : a.

sebuah patung kepala singa dan badannya b. sami bertopeng c. jurugendang jurucanang jurusimbal e. dua orang pemain tarian

A. Patung Singa - terdiri daripada kepala yang diperbuat daripada kertas dengan mata dan mulut yang boleh bergerak dan badan yang diperbuat daripada kain. B. Sami Bertopeng - berperanan sebagai sami yang telah menjinakkan dua singa Maharaja China. C. Jurugendang, Jurucanang, Jurusimbal - Bunyi ketukan dan pukulan gendang dan canang yang mengiringi tarian ini sungguh lantang dan menenggelamkan bunyi-bunyi lain di sekitarnya. - Permainan alat-alat bunyian bertujuan memberi perangsang kepada pemain-pemain tarian ini supaya lebih meriah dan tambah bersemangat. - Jurugendang ialah pemain muzik yang mengambil peranan untuk mewujudkan suasana riang dan rancak. E. Pemain Tarian - Dua penari akan memanipulasikan singa ini. - Penari di hadapan mengangkat kepala singa dan penari di belakang mengendalikan badannya.

FUNGSI / PERANAN SOSIAL Melambangkan kehormanian, keamanan,dan kebahagiaan. Dipersembahkan untuk merayakan Tahun Baru Cina. Diadakan di majlis-majlis keramaian seperti pembukaan kedai baru, perkahwinan serta di majlis-majlis untuk dif-dif kehormat. Dipersembahkan pada upacara-upacara kegembiraan dan bersyukuran. Dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah.

ALAT-ALAT MUZIK ENSEMBEL TARIAN SINGA A. IDIOFON Luo Bo Merupakan simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oleh pemain. Dua jenis bunyi dihasilkan: i. satu yang bordering ii. satu yang meredam Adalah gong gangsa yang berbingkai nipis. Permukaannya yang rata dan leper dipukul dengan pemukul kayu. Alat ini digantung. Pemain akan meletak satu tangan di bahagian belakang untuk mengawal bunyi yang dihasilkan semasa alat ini dimainkan.

B. MEMBRONOFON Gu Gendang Besar Yang Berbentuk Tong Satu Muka Kulit Pada Bahagian Atas. Dipukul Dengan Pemukul Kayu. Badan Yang Diperbuat Daripada Kayu Adalah Lebih Kurang 75 Sentimeter Tingginya Dengan Garispusat Berukuran 2.1 Meter. - Kulit yang bergarispusat kira-kira 60 sentimeter dipakukan kepada badan kayu dengan paku besi dalam bentuk segitiga pada bahagian atas, bahagian bawah dibiarkan terbuka. - Di dalam dram terdapat beberapa dawai besi yang memberikan warna ton istimewa kepada alat ini: WARNA TON PENERANGAN bunyi berdering dan rendah semasa dram dipukul di tengah bunyi tajam semasa dram dipukul di bahagian tepi di mana kulit dipaku kepada badan kayu. bunyi merendam semasa dram dipukul di bahagian tengah sambil menekan muka kulit dengan sebelah tangan yang lain. -

You might also like