Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Tulisan Jawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Batu Bersurat Terengganu, tulisan tahun 1303 M, merupakan artifak bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai. Ia bercatatkan undang-undang setempat yang dipengaruh oleh Syariah, maka merupakan bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia. Tulisan Jawi ( ,) juga dipanggil Yawi di Pattani, ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu. Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia[1] dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah o 1.1 Sejarah awal o 1.2 Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi 2 Nasib tulisan Jawi 3 Abjad 4 Menulis Jawi di komputer o 4.1 Sistem komputer o 4.2 Papan kekunci Jawi o 4.3 Perisian 5 Contoh o 5.1 Nama-nama hari dalam tulisan Jawi 6 Galeri 7 Bacaan lanjut o 7.1 Sejarah o 7.2 Kaedah 8 Rujukan 9 Lihat juga 10 Pautan luar

[sunting] Sejarah
[sunting] Sejarah awal

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya. [2][3] Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.[4][5][6] Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Nama "Jawi" membayangkan akar umbinya di Jawa, bak hujah sesetengah ilmuwan.[7] Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa.[8] Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.[9] Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 13001399 M yang ditemui di Sumatera,[10] sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19. Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya selewat abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi[11] oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya.[8][11]

[sunting] Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi


Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.[12] Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.[13]

Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja Joo III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).[13] Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karyakarya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu. Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut Pendeta Za'ba, "kebiasaan penulis-penulis yang ramai ... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang"[14], apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan Jawi yang baru pada tahun 1938.[15]

[sunting] Nasib tulisan Jawi


Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu[16] di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Johor di Malaysia, Patani di Thailand[12], dan juga Sulu dan Marawi di Filipina. Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam, misalnya "Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan" sebagai ganti ejaan Za'ba yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986.[17] Tulisan Jawi juga kelihatan di muka belakang wang kertas Ringgit Malaysia dan dolar Brunei. "Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita." Perhatian penuh mengenai nasib tulisan Jawi oleh tokoh bahasa Melayu Pendeta Za'ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957) [18][19] Mengimbau kembali akar-umbinya di zaman kerajaan Majapahit,[20] Indonesia kurang berminat dengan tulisan Jawi yang dipandang oleh masyarakat setempat sebagai "kampungan" dan tidak seanggun, seindah dan semasyhur tulisan Jawa.[21] Walau apapun, tulisan Jawi masih digunakan

secara meluas di madrasah-madrasah tradisional di seluruh Jawa, tetapi dalam bentuk lainan yang bernama Pegon. Seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr. Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan Jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti. Menurutnya, "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?"[22]

[sunting] Abjad
Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[23] Nama Bentuk huruf Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata Padanan Rumi a b t s, (th) j h, () c kh d z, (dh) r z s

alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal ra zai sin

syin sad dad ta za ain ghain nga fa pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha ya ye

sy s, () d, () t, () z, () awal: a, i, u; akhir: k, () gh ng f p k, q, (q) k g l m n w, u, o v h y, i, e taling e pepet hujung

nya hamzah ta marbutah


Catatan:

ny awal: gugur; akhir: k, () t, h, ()

1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab. 2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi. 3. Huruf diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v. 4. Huruf imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan .

[sunting] Menulis Jawi di komputer


Untuk menulis jawi di komputer, pengguna perlukan empat komponen;

sistem komputer yang menyokong UNICODE fon yang mempunyai huruf-huruf jawi papan kekunci yang membolehkan pengguna memasukkan huruf-huruf jawi perisian yang menyokong tulisan kanan-ke-kiri

Anda tidak perlukan sebarang perisian istimewa atau yang mahal untuk menulis jawi.

[sunting] Sistem komputer


Sistem pengoperasian Vista/XP menyokong UNICODE, dan ini membolehkan pengguna menulis jawi dengan mudah. Dalam penulisan jawi di Vista/XP, ia memerlukan enjin paparan yang akan memaparkan tulisan jawi secara betul. Pada XP, enjin ini adalah c:\windows\system32\usp10.dll. Versi yang digunakan adalah versi 1.40. Versi ini menyokong penulisan kanan-ke-kiri tetapi tidak dapat memaparkan semua huruf jawi dengan betul. Contohnya, pengguna tidak boleh memaparkan huruf 'gaf' atau 'kaf' dengan betul. Pada Vista, enjin usp10.dll adalah versi 1.61, dan enjin ini menyokong semua huruf jawi dengan betul. Anda boleh menukar usp10.dll' anda kepada versi yang terkini.

Untuk sistem pengoperasian Window 7, anda boleh menulis Jawi tanpa sebarang masalah. Sistem ini mempunyai banyak fon yang mempunyai huruf Jawi seperti Times New Roman, dan Arabic Typesetting.

[sunting] Papan kekunci Jawi


Kini, SIRIM telah menyiapkan satu piawai untuk susunatur papan kekunci untuk Jawi. Papan kekunci cadangan ini adalah diasaskan pada papan kekunci Arab(Saudi Arabia). Papan kekunci ini menambahkan 8 huruf untuk menulis Jawi. Huruf-huruf ini diletakkan pada kedudukan huruf Arab yang tidak digunakan dalam Jawi seperti tanda kasrah, damma dan fatthah. Untuk Window 7, susunatur susunatur papan kekunci jawi boleh diperolehi di sini. satu susunatur papan kekunci jawi. Anda boleh mereka-cipta papan kekunci dengan mudah dengan menggunakan perisian MSKLC. Umpamanya, anda boleh menggunakan kaedah ponetik, umpamanya huruf a dipadankan dengan ,huruf b dengan dan sebagainya.

[sunting] Perisian
Kebanyakan perisian dewasa ini menyokong UNICODE dan tulisan kanan-ke-kiri. Contohnya, OpenOffice (percuma dan berdasarkan sumber terbuka), Microsoft Office, notepad.exe and wordpad.exe. Anda tidak perlukan sebarang perisian mahal untuk menulis jawi.

[sunting] Contoh
[sunting] Nama-nama hari dalam tulisan Jawi
Isnin Selasa Rabu

Khamis Jumaat Sabtu Ahad

[sunting] Galeri

Penggunaan skrip Jawi khat pada papan tanda Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan.

[sunting] Bacaan lanjut


[sunting] Sejarah

H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263. R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40. J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.

[sunting] Kaedah

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

[sunting] Rujukan
1. Andrew Alexander Simpson [2007]. Language and National Identity in Asia, 35660, Oxford University Press. ISBN 0199267480. 2. John U. Wolff,Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-5173:480 pages 3. Robert Leon Cooper Language spread: studies in diffusion and social change, Center for Applied Linguistics, Indiana University Press,: 1982 p. 40 ISBN 0-253-32000-3: 360 pages 4. John U. Wolff, Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-5173:480 pages: pp343 5. Kratz, E. U. Southeast Asian Languages and Literatures: A Bibliographical Guide to Burmese, Cambodian, Indonesian, Javanese, Malay, Minangkabau, Thai and Vietnamese. London, New York: Tauris Academic Studies, 1996. 6. R. B. Cribb, Audrey Kahin,Historical dictionary of Indonesia, Scarecrow Press: 2004: ISBN 08108-4935-6 583 pagespp 459 7. Hans H. Wellisch The conversion of scripts, its nature, history, and utilization: Wiley: 1978 ISBN 0-471-01620-9: 509 pages" pp95-96 8. 8.0 8.1 Ann Kumar, John H. McGlynn, Mastini Hardjoprakoso, Perpustakaan Nasional (Indonesia), Illuminations: the writing traditions of Indonesia : featuring manuscripts from the National Library of Indonesia: Weatherhill: 1996 ISBN 0-8348-0349-6: 297 pages 9. Notes on the ancient history of Southeast Asia, Kuwata Rokuro, Memoirs of the Faculty of Literature, Osaka University, ISSN 04721373

10. Hoevell, WR van, Sjair Bidasari: Een Oorspokelijk Malesich Gedicht, Verhandilengen van het Koninklijk Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetnschappen, 1843 11. 11.0 11.1 Bagian Kesenian Bara Ai Ksusasteraan IndonesiaL Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagain Kesenian Kemeterian Pendidak dan Kubudayaan, Yogyakarta: 1955 12. 12.0 12.1 An overview of Jawi's origin in Brunei, Brunei Times article dated July 16, 2007 13. 13.0 13.1 The Legacy of Malay Letter, Annabel Teh Gallop, The British Library dan Arkib Negara Malaysia, ISBN 0-7125-0376-6 14. Za'ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College, 1949, ms. 11. 15. > Peranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi>6. Sistem Ejaan Jawi Za'ba, Koleksi Digital. Dicapai pada 7 Feb 2012. 16. AKSARA-The Passage of Malay Scripts. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26. 17. Ismail bin Dahaman, Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa & Pustaka, 1986. Diterima pada 7 Februari 2012. 18. AKSARA-The Passage of Malay Scripts. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26. 19. Bakti pendeta Za'ba. Cyberita, 19 September 2011. Dicapai pada 7 Februari 2012. 20. Rediscovering the royal capital of Majapahit, Gomperts, Amrit. , The Newsletter No.53 Spring 2010 21. Bagian Kesenian Bara Ai Kesusasteraan Indonesia Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagian Kesenian Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta: 1955 22. UtusanOnline - Pensyarah Korea bimbang tulisan Jawi semakin dilupakan 23. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/3-02_abjad.htm

[sunting] Lihat juga


Bahasa Arab Pegon Bahasa Melayu Perubahan aksara penulisan bahasa Melayu sehingga kini

[sunting] Pautan luar


(Bahasa Melayu) Portal eJawi - Komuniti Jawi Anda (Bahasa Melayu) Transliterasi Rumi kepada Jawi (Bahasa Melayu) Asas menulis jawi (Bahasa Melayu) Perisian menulis Jawi (Tidak diuji). (Inggeris) TERUJA (Transliteration Engine for Rumi to Jawi) (Inggeris) Rencana Omniglot mengenai tulisan bahasa Melayu (Inggeris) perisian transliterasi rumi-jawi (Inggeris) Transliterasi laman web Rumi kepada Jawi (Bahasa Melayu) MUAT TURUN Papan Kekunci Jawi Fonetik (Bahasa Melayu) Unicode Font for Jawi Writing

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tulisan_Jawi&oldid=2276229" Kategori:

Tulisan bahasa Melayu

Pemulihan Tulisan Jawi Di Malaysia


Selamat Datang ke Blog Tulisan Jawi dan Sejarah Asal Usul Tulisan Jawi...

Halaman Pilihan
Home Latar Belakang Jawi Istilah Jawi Kajian Pemulihan Sejarah Tulisan Jawi

Sunday, March 13, 2011

Sejarah Tulisan Jawi (Ringkasan)


Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Tulisan Jawi juga dikenali sebagai skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun beliau memetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi didalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas disini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut Satu Persoalan timbul iaitu dari manakah datangnya istilah Jawi untuk tulisan Jawi ?

Skrip tulisan jawi ini berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa. Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab. Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu keambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993). adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15M hingga awal abad ke-20M.Dalam manuksrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu Bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata,duit syiling, batu lontar, tembikar dan seumpamanya ukiran-ukiran pada masjid , istana azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu telah menyumbangkan kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakan pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat. Berdasarkan lakaran sejarah, tulisan jawi sangat berpengaruh sebagai medium perantaraan masyarakat dan hubungan antara negara luar.

==

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

You might also like