Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

9.

SETTING OUT Sebelum sesebuah tiang dibuat, kerja-kerja setting out mesti dijalankan bagi

menentukan kedudukan sebenar tiang berdasarkan pelan. Kebiasaannya alat yang digunakan ialah teodolit. Dengan menggunakan teodolit ini juru ukur dapat menentukan grade line dengan tepat. Kemudian penandaan dibuat bagi kedudukan tetulang tiang (reinforcement column). (Rujuk rajah 9a)

Rajah 9.2.1

Penandaan bagi kerja setting out

130

9.3

PEMASANGAN TETULANG

Tetulang digunakan dalam pembinaan tiang bagi mengukuhkan struktur bangunan tersebut. Tetulang ini akan dipasang pada stump dengan lapping mengikut formula yang ditetapkan iaitu 42d. (d merupakan diameter bar tetulang). Walau bagaimanapun, kebiasaannya lapping bagi tiang yang biasa digunakan ialah 1000mm. Pembinaan tetulang bagi tiang ini mestilah merujuk kepada column schadule dan reinforcement column detail supaya semua kerja dapat diselaraskan.

Sebagi contoh : tinggi 1st floor hingga 2nd floor ialah 5500mm. Oleh sebab lapping bagi tiang yang ditetapkan ialah 1000mm, maka bar tetulang yang akan dibina tersebut mestilah dipasang setinggi 6500mm. Tujuannya adalah untuk lapping yang seterusyan.

Dalam pembinaan ini terdapat beberapa saiz bar tetulang yang biasa digunakan iaitu Y25, Y20, dan Y16 dan pengikatnya pula ialah R10 (link). spesifikasi yang telah ditetapkan. Walau bagimanapun, saiz dan jarak link ini mestilah berpandukan pelan dan mengikut

Pada kebiasaannya, tetulang bagi tiang ini akan dibentuk terlebih dahulu sebelum dipasang. Ikatan link pada bar tetulang mestilah kemas dan tersusun mengikut jarak yang telah ditetapkan.

131

Rajah 9.3.1 Kerja membentuk dan mengikat link dilakukan terlebih dahulu sebelum dipasang pada kedudukan sebenar tiang.

Rajah 9.3.2

Kerja pemasang dan lapping dibuat bagi tetuang tiang (reinforcement bar column)

132

9.4

PEMASANGAN KOTAK BENTUK (FORMWORK)

Sebelum kerja-kerja pemasangan kotak bentuk dijalankan, spacer block yang bersaiz 50mm x 50mm x 30mm mesti diikat pada reinforcement bar. Tujuannya bagi mengelakkan tetulang rapat pada kotak bentuk yang akan dibina.

Setelah kerja-kerja mendirikan tetulang siap, kotak bentuk mula dipasang mengikut bentuk, dimensi dan kedudukan di atas garisan grid seperti yang dinyatakan dalam pelan. Kedudukan ini penting bagi mengelakkan berlaku masalah terutamanya bagi kerja-kerja mengikat bata dan kedudukan rasuk.

Pemasangan kotak bentuk merupakan salah satu perkara penting dalam pembinaan struktur tiang. Antara perkara penting yang harus diberi perhatian ialah : Kotak bentuk yang dipasang perlulah bersih daripada kotoran supaya hasil konkrit baik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kotak bentuk mestilah kuat untuk menanggung beban kerja dan beban konkrit yang dituang kedalamnya. Kotak bentuk mesti dipasang penupang di sekelilingnya bagi menyokong kedudukan dan menambah kekuatannya. Ini dapat mengelakkan kotak bentuk daripada pecah semasa penuangan konkrit nanti. Permukaan dalam kotak bentuk perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu sebelum penuangan konkrit bagi memudahkan kerja mambuka semula kotak bentuk tersebut.

133

9.5

PEMERIKSAAN (INSPECTION)

Pemeriksaan (inspection) akan dijalankan setelah tetulang dan kotak bentuk siap dipasang. Kebiasaannya, pihak kontraktor atau wakilnya akan mengawasi kerjakerja pemasangan tetulang dan kotak bentuk bagi mengelakkan berlaku kesalah atau kesilapan. Kemudian, setelah semuanya siap dipasang, pihak consaltant akan dipanggil dan pemeriksaan dibuat bagi mendapatkan kelulusan sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan. Antara perkara yang dititikberatkan ialah : Kebersihan kotak bentuk dan tetulang spacer block bagi tujuan mengelakkan tetulang rapat dengan kotak bentuk. Cara pamasangan dan kedudukan tiang sama ada betul atau tidak. Jenis, bilangan, dan saiz tetulang yang digunakan. Kepugakan dan kelurusan tetulang dan kotak bentuk yang dibina.

134

Rajah 9.5.1

inspection akan dijalankan setelah kerja-kerja

pemasangan tetulang dan kotak bentuk siap.

9.6

KERJA-KERJA PENUANGAN KONKRIT

Dalam pembinaan ini, konkrit yang biasa digunakan ialah terdiri daripada gred 30 normal (G30N). Bagi memudah dan mempercepat kerja-kerja mengkonkrit tiang, peranca (scaffolding) akan dipasang bagi kedudukan yang tinggi dan tangga akan dibuat pada kotak bentuk bagi kedudukan yang rendah. Kerja-kerja mengkonkrit ini perlu dijalankan dengan cepat dan selamat. Bagi tiang yang ketinggiannya melebihi 10 kaki, perlulah dibuat opening ditengahnya supaya konkrit mudah dituang. Di samping itu, ia bertujuan bagi memudahkan vibrator poker dimasaukkan ke dalamnya bagi proses pemadatan.

135

Pemadatan mestilah dijalankan dengan sempurna bagi mengelakkan berlakunya honey comp setelah kotak bentuk dibuka.

Rajah 9.6.1

honey comp yang terbentuk akibat kerja

pemadatan yang tidak sempurna.

Rajah 9.6.2

Kerja penuangan konkrit sedang dijalankan

136

9.7

KERJA-KERJA MEMBUKA KOTAK BENTUK

Mengikut spesifikasi dan teori kerja-kerja membuka kotak bentuk ini dijalankan selepas 7 hari konkrit dituangkn. Namun, dalam pembinaan di sini, kotak bentuk Ini berdasarkan dibenarkan dibuka selepas 48 jam atau 72 jam selepas dituang.

pengawasan dan persetujuan pihak consaltant dan kontraktor yang menjalankan projek. Dalam pembinaan sebegini telah mengambil kira keadaan persekitaran dan masa perjalanan projek.

Rajah 9.7.1 tiang konkrit yang telah siap dibuka kotak bentuk

137

You might also like