Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP (MINOR) BENGKEL TEKNIK MEWARNA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGARANG (KATEGORI PROGRAM PENDIDIKAN

KHAS INTEGRASI)

TARIKH : 3 JULAI 2012 9 JULAI 2012

TEMPAT : BILIK TAYANG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK SENGGARANG

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP (MINOR) PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGARANG (KATEGORI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)

1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan

yang bertujuan untuk

pengalaman sedia ada dengan

amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah menjadi amalan dan atau aktiviti rutin yang telah

budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu

menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.

2.0

OBJEKTIF

Melalui program Internship, pelajar akan dapat:

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. 2. Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah. 3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. 4. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan. 5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

6. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi. 7. Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru. 8. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa. 9. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran, projek/ aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan. 10. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

3.0 FOKUS PROJEK INTERNSHIP MINOR

Projek yang telah dibincangkan dan telah dipersetujui bersama dengan pentadbir sekolah ialah bengkel mewarna untuk murid-murid pendidikan khas. Bengkel mewarna ini bertujuan untuk pemilihan murid yang berbakat serta berpotensi untuk ke pertandingan peringkat daerah Batu Pahat.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

TARIKH : 3/7/2012 - 9/7/2012 TEMPAT : Bilik tayang Pendidikan Khas Integrasi SK Senggarang, Batu Pahat Johor

5.0 ALATAN YANG DIPERLUKAN

BIL

AKTIVITI

BAHAN YANG DIPERLUKAN

KUANTITI

1.

Bengkel Mewarna (Disediakan oleh PPKI SK SENGGARANG)

-Kertas A4 -Pensil Warna Swan

30 Helai 30 Kotak

6.0 JADUAL BENGKEL

BIL

TARIKH

AKTIVITI

KELAS

1.

3 Julai 2012

Bengkel Mewarna (Pemilihan Murid)

Terbilang Bestari Cemerlang

2.

4 Julai 2012

Bengkel Mewarna (Pemilihan Murid)

3.

5 Julai 2012

Bengkel Mewarna (Pemilihan Murid)

Gemilang

4.

9 Julai 2012

Bengkel Mewarna (Murid yang terpilih)

Mohd Farid Bin Haron (Cemerlang) Nurhidayah Bt Tugiman (Bestari)

Bengkel dijalankan selepas waktu rehat / kelas Pendidikan Seni Visual

7.0 PENUTUP

Penilaian pelajar dalam projek Internship ini dibuat oleh pengurus sekolah dan mentor pada minggu akhir tempoh Internship. Penilaian dibuat secara berterusan selama empat minggu melibatkan aspek-aspek perancangan, pelaksanaan dan

penilaian projek atau aktiviti yang dijalankan, kemahiran interpersonal, sikap dan sahsiah.

PERKARA Disediakan oleh,: Nur Hidayah Binti Hainan Setiausaha, Bengkel Teknik Mewarna Sekolah Kebangsaan Senggarang

TANDATANGAN / ULASAN

Disemak oleh : Pn. Zubaidah bt Sahri Penyelaras Kurikulum Pendidikan Khas Integrasi SK Senggarang.

Diluluskan oleh : Pn. Rohana bt Ahmad. Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi, SK Senggarang.

You might also like