Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

3.1 Kesannya kepada alam sekitar. 3.1.

1 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang

menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit dimakan ke tempat-tempat menyebabka lain. Jika makanan makanan yang dan dihinggapi seterusnya lalat atau lipas keracunan diserang

penyakit yang serius. Bahan buangan yang terdiri daripada bekas-bekas yang boleh menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk yang merupakan vektor penyakit. 3.1.2 Kerosakan Tanah dan Kualitinya Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa makanan dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah menyebabkan tanah rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan yang telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya juga menyebabkan pencemaran tanah. 3.1.3 Membunuh Haiwan Bawah Tanah Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik membunuh haiwan-haiwan bawah tanah. 3.1.4 Banjir Selain itu pencemaran tanah juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan

persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat. 3.1.5 Menjejaskan Keindahan Alam Pencemaran tanah juga menyebabkan keindahan dunia pada masa kini terjejas. Kawasan persekitaran yang penuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang tanpa sikap bertanggungjawab menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan persekitaran yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar yang dibuang mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada kita dan juga hidupan lain. 3.1.6 Keselamatan Selain daripada itu, sampah-sampah yang terdiri daripada benda-benda tajam seperti pecahan kaca dan potongan tin juga akan menyebabkan kawasan yang dikotori itu berbahaya kepada keselamatan. 3.1.7 Eutrofikasi Selain daripada kesan secara fizikal, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan kedalam kawasan air yang sama boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses eurofikasi di mana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.

Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap: peringkat antarabangsa pemerintah organisasi individu.

Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam. Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman. Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam pembuangan sampah. Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.

You might also like