Spal

You might also like

Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kemudahan Sanitasi Sistem Pelupusan Air Limbah (SPAL) Komponen Projek/SPAL Komponen utama: Set sinki (Jika perlu)

) Paip PVC a. Paip outlet b. Kelengkapan paip (Fittings) Penapis dan Perangkap sisa a. Penapis sisa makanan b. Kekotak Konrit (sump) atau Kotak Fibre Glass a. b. c. a. b. c. d. e. f. g. Lubang resapan Gelung konkrit Penutup gelung konkrit Kelengkapan paip (Fittings) Alat Turasan Media (Filter Trench) Batu kerikil Pasir Granite Sabut kelapa Arang Bata pasir Simen

Paip Menggunakan paip jenis PVC bersaiz 40mm / 75mm / 80mm Digunakan sebagai penyambung saliran daripada sinki ke penapis / kotak SPAL, dari penapis / kotak SPAL ke lubang serapan dan seterusnya disambung ke kotak turasan media atau disambung terus ke longkang berdekatan dengan 'outlet' Hendaklah menrangkumi semua kelengkapan seperti soket penyambung, penyambung 'tee' dan sesiku (elbow) Penapis/Kotak SPAL Merupakan komponen yang penting untuk memastikan keberkesanan SPAL yang digunakan. Biasanya bakul plastik diletakkan di atas kekotak konkrit untuk berfungsi sebagai penapis dan hendaklah ditutup untuk mengelakkan gangguan tikus atau haiwan ternakan. Terdapat juga kotak SPAL yang diperbuat daripada PVC yang telah siap, berada di pasaran. Lubang Resapan Digunakan untuk menampung air limbah untuk satu jangka masa dan hendaklah diselenggara supaya dapat digunakan berterusan. Biasanya dibuat daripada gelung konkrit yang ditanam tidak lebih daripada 1 meter supaya boleh diselenggara dan selamat Bahagian atas gelung konkrit yang ditanam hendaklah ditutup dengan Penutup Gelung Konkrit bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan masalah bau. Kotak Turasan Media Digunakan sebgai penapis akhir untuk memastikan air limpahan dari lubang resapan lebih bersih, tidak berbau dan tidak becak. Bertujuan untuk mengelakkan pencemaran persekitaran jika tiada langkah berhampiran untuk dialirkan 'discharge' atau air limbahan dari lubang resapan. Dibina dengan mebuat dinding atau sesekat daripada bata (dalam 3 lapisan bata) mengikut saiz tertentu dan dimasukkan media di dalamnya. Bahan-bahan yang digunakan dalam kotak turasan adalah batu kerikil, pasir, granite, sabut kelapa dan arang.

Jenis Kok (Gelung Konkrit) Tudung kok dengan pemegang Batu-bata Pasir Batu kerikil Simen Set sinki Bottle Trap "S" Paip PVC Elbow Soket "T" Penapis Sisa Makanan

Saiz Diameter 3' x 2' Diameter 3' 8" x 2"

Kuantiti 2 biji 1 biji Ikut keperluan Ikut keperluan Ikut keperluan

50 kg 3.5' x 1' 40 mm 40 mm x 20' 40 mm 40 mm

2 beg 1 set 1 unit Ikut kesesuaian 1 unit 1 unit 1 unit

Kaedah Pembinaan Kotak SPAL/Sump Dibina mengikut saiz bakul plastik/perangkap sisa yang dibeli atau dibekalkan setiap negeri, terdapat juga kotak SPAL dari jenis plastikm Fibre Glass dan binaan bata. Bagi binaan, sebanyak 24 ketul bata digunakan untuk membina kotak SPAL dengan bukaan 16 inci lebar, 16 inci panjang dan 8 inci tinggi. Paip PVC (40mm) dipasang dari "Bottle Trap" atau "S" Trap ke kotak SPAL dengan kecerunan yang sesuai supaya air dari sinki dapat dialirkan ke kotak SPAL dengan lancar, kemudian paip PVC (40mm) dipasang dari kotak SPAL ke lubang serapan untuk mengalirkan air yang telah disaring kotak SPAL masuk ke lubang saliran. Lubang resapan 2 biji kok (gelung konkrit) berdiameter 1 meter dan tinggi 0.5 meter ditanam 1 meter ke dalam tanah, selebihnya dibiarkan di atas permukaan tanah dan perlu ditutup dengan sempurna. Kok ditebuk bertentangan dengan arah aliran air yang masuk dari Kotak SPAL dan dipasang T soket bersaiz 40mm untuk tujuan overflow dari lubang serapan ke kotak turasan media. Paip PVC 40mm dipasang keluar dari lubang serapan ke kotak turasan media mengikut kesesuaian tempat dan jarak dari longkang atau parit bertujuan untuk tujuan discharge. Kotak Turasan Media Dibina dengan membuat dinding/sesekat daripada batu pasir (dalam 3 lapisan bata). Bersaiz 0.5 meter lebar, 1.5 meter panjang dan 8 inci tinggi, jumlah bata sebanyak 28 bata, lantai dilepa simen 2 inci, dan sejumlah batu kerikil untuk memenuhi lubang kotak turasan media. Bahan-bahan Kotak Turasan adalah seperti batu keriki, pasir, granite, sabut kelapa dan arang supaya air masuk dari lubang serapan dapat melalui batu kerikil untuk tujuan turasan dan dialirkan keluar ke mana-mana parit atau longkang berdekatan.

Penyelenggaraan

Paip 1. Paip saluran air limbahan hendaklah diperiksa mengikut kekerapan sesuai (2 minggu) 2. Sekiranya paip berkenaan tersumbat, tuan rumah hendaklah membuat penyucian di dalam saluran paip berkenaan dengan cara menjolok saluran berkenaan dan kemudian mengalirkan air panas/bergaram untuk menanggalkan sisa makanan/ dapur yang terlekat di saluran paip itu. 3. Sekiranya paip saluran/kelengkapan paip pecah/rosak, tuan rumah hendaklah menggantikan paip secara terus. Penapis 1. Hendaklah diselenggara dengan kekerapan 1 minggu sekali atau mengikut keperluan semasa. 2. Penapis yang digunakan bagi system pelupusan air limbah adalah terdiri daripada Kotak SPAL, kekotak konkrit, bakul plastic dan sebagainya. 3. Penapis system diselenggara melalui kaedah pembersihan secara manual dan penyucian dengan menggunakan air panas/garam. Lubang Resapan 1. Penyelenggaraan lubang resapan hendaklah dibuat mengikut keperluan yang bergantung kepada kadar resapan di lokasi yang dilaksanakan. 2. Lubang resapan bagi sistem adalah terdiri daripada gelung konkrit bertetulang beserta penutup. 3. Penyelenggaraan yang berlaku di lubang resapan adalah disebabkan isipadu air limbah yang melebihi kapasiti lubang resapan dan disebabkan kadar resapan yang terlalu rendah. 4. Lubang resapan yang penuh hendaklah diselenggara dengan cara mengeluarkan lapisan atas (lemak/pepejal) dan dilupuskan dengan betul (secara tanam dan sebagainya) Kotak Turasan Media 1. Kotak turasan media hendaklah diselenggara secara berkala iaitu 3 bulan sekali. 2. Media digunakan di dalam kotak turasan adalah terdiri daripada batu kerikil, pasir, granite, sabut kelapa, arang dan sebagainya. 3. Penyelenggaraan di kotak turasan media adalah kerana tersumbat dan pecah. Ianya hendaklah diperbaiki. Sekiranya media yang digunakan rosak hanya hendaklah diganti/ditukar. 4. Kotak turasan media hendaklah dipastikan tiada tumbuhan dan rumpai di atas/disekeliling kawasan kotak turasan media untuk memastikan ianya berkesan.

You might also like