Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Tenaga Nuklear Kebaikan atau Keburukan?

Kemajuan pesat di seluruh dunia telah mendorong pelbagai negara untuk mengaplikasikan tenaga nuklear di negara mereka sendiri di mana negara-negara maju seperti Amerika dan Rusia telah lama menggunakan sumber janakuasa nuklear. Ini juga telah mendorong Malaysia untuk menggunakan tenaga nuklear pada tahun 2021 apabila Malaysia menghadapi krisis tenaga di mana sumber bahan asli seperti pertroleum, gas asli dan arang batu akan mengalami kesusutan dan habis. Sejak daripada insiden tsunami di Fukushima, Jepun pada tahun 2011, tenaga nuklear dianggap satu tenaga yang membawa keburukan dengan mencemari sumber makanan, menyebabkan kes penyakit kanser meningkat dan terpaksa mengasingkan zon yang telah tercemar. Namun begitu, kita harus melihat dahulu kebaikan tenaga nuklear. Bagi suatu negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia, tenaga elektrik adalah satu elemen penting dalam pembangunan di mana ianya boleh dijana dengan arang batu, gas, dan sistem hidro, tetapi tenaga nuklear boleh membekalkan berjuta kali ganda daripada sumber tenaga yang sedia ada dengan menggunakan jumlah yang sedikit. Kemudian kandungan sumber uranium iaitu bahan bakar tenaga nuklear adalah lebih banyak di bumi ini dan boleh bertahan sehingga 100 200 tahun lagi. Seterusnya, tidak seperti tenaga sumber asli yang lain, tenaga nuklear tidak menghasilkan karbon dioksida yang menyebabkan pemanasan global, sesuai dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan 40 % daripada pencemaran karbon dioksida (CO2) pada tahun 2020. Bahan bakar tenaga nuklear, uranium adalah lebih ringan dan memudahkan untuk pengangkutan. Di sebalik kebaikan, terdapat keburukan dan kelemahan tenaga nuklear. Pertama,tenaga nuklear memerlukan penjagaaan yang amat rapi kerana radiasi nuklear boleh membawa kecacatan genetik dan kekal di bumi ini untuk beribu-ribu tahun lamanya dan menyebabkan sesuatu kawasan yang tercemar itu harus diasingkan seperti apa yang berlaku di Chernobyl , Ukraine,1986 sehingga sekarang. Kedua, bahan nuklear itu boleh diseludup oleh digunakan oleh pengganas untuk membuat bom atom yang impaknya seperti diceritakan di Nagasaki dan Hiroshima,Jepun 1945. Kawalan keselamatan terhadap stesen janakuasa tenaga nuklear harus dipertingkatkan, kerana ianya menjadi sasaran pengganas untuk diletupkan. Tenaga nuklear juga boleh dijadikan sebab oleh kuasa besar dunia untuk mengenakan sekatan ekonomi kepada Malaysia seperti yang dikenakan kepada Iran. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memberitahu 5 lokasi tapak janakuasa tenaga nuklear di Malaysia telah dikenalpasti iaitu satu di Kedah, Perak, Terengganu dan dua di Johor. CAP menekankan lagi, kurangnya penyertaan dan penyebaran informasi kepada orang awam mengenai projek ini dan menyeru bersama Gabungan Menentang Nuklear Malaysia (MY-CAN) membatalkan projek ini dan melabur dalam sumber tenaga yang diperbaharui (seperti tenaga solar, hidro, angin) yang kosnya semakin lama semakin murah berbanding tenaga nuklear yang mahal dari segi pembinaan dan merbahaya.

Bagi saya, Malaysia sendiri mempunyai rekod yang tidak menyakinkan di dalam pembinaan, di mana kes stadium runtuh, parlimen bocor, tragedi Highland Tower dan banyak lagi, seperti meletakkan Malaysia seperti telur di hujung tanduk dan menimbulkan persoalan, Apa akan terjadi sekiranya stesen janakuasa nuklear ini meletup ?.

Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.

You might also like