Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tarian Ngajat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:1. Ngajat Induk 2. Ngajat Bebunoh 3. Ngajat Lesong 4. Ngajat Semain 5. Ngajat Berayah 6. Ngajat Ngemai antu pala Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orangorangIban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawatengkorak musuh. Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak,bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar. Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang'.

Tarian Zapin Melayu


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan tidak banyak gerakan bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan (50an) dan enam puluhan (60an). Tarian Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Secara realitinya, kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut. Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islamdan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab. Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.

Tarian Singa
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Keduadua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Tarian Bharata Natyam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkatperingkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

You might also like