Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap beberapa individu atau kumpulan yang telah banyak membantu serta memberikan saya tunjuk ajar samada secara langsung atau tidak langsung. Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan bantuan serta kerjasama yang telah diberikan saya berjaya menyiapkan folio ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang berikut:

Ayahanda serta bonda yang telah memberikan saya dorongan dan harapan sepanjang tempoh saya menyiapkan folio ini. Guru Pendidikan Islam,Ustazah Monaliza,yang banyak memberikan saya tunjuk ajar serta membetulkan segala kesalahan saya yang berkaitan dengan folio ini. Pihak sekolah kerana telah memberikan saya peluang untuk menyiapkan folio ini.

Segala kerjasama dan bantuan yang telah dihulurkan amat saya sanjungi.Sekian,terima kasih.

PENDAHULUAN

Para pelajar kelas 505 Maktab Rendah Sains Mara Taiping telah diwajibkan untuk menyiapkan sebuah folia dimana 10% daripada folio ini akan disumbangkan dalam markah peperiksaan Sem I.Tajuk yang telah diberikan ialah Ajaran Sesat. Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang di bawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah di dalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut: Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu. Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan bahkan mempunyai unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci. Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasulrasul,Kitab, Qadadan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat.Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan.Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya di negara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma serta daya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.

Walaubagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan Tarikat Nurul Zaman ke atas balai polis Batu Pahat Johor pada hari Khamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan mencederakan 23 orang awam.

KAEDAH KAJIAN
Sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja kursus ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah rujukan bagi memantapkan lagi kerja kursus saya.Kaedah yang telah saya gunakan ialah :

BUKU RUJUKAN - Saya telah menggunakan beberapa buku rujukan bagi mendapat beberapa maklumat yang saya perlukan.

RUJUKAN GURU -Saya telah berjumpa dengan beberapa guru bagi mendapatkan kepastian terhadap sesuatu mengenai kerja kursus ini yang saya tidak faham.

PERPUSTAKAAN - Saya telah melawati perpustakaan bagi mendapatkan sesuatu maklumat berkaitan keja kursus ini.

DAPATAN KAJIAN

ciri-ciri ajaran sesat


Ciri-ciri ajaran sesat yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut.:Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyu Mempercayai ada Nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad. Mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Rasulullah saw. Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orangorang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi dan sebagainya. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup. Mendakwa pengikut-pengikut ajarannya sahaja akan masuk syurga. Mendakwa gurunya memegang pintu syurga. Mempercayai gurunya boleh menebus dosa dengan wang. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan kepada orang yang menyeru namanya. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada tuhan. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan mendapatkan anak yang soleh. Mengaku Allah menjelma dalam dirinya. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya. Mendakwa ajaran dan Tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah saw secara jaga. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga. Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru.
5

Meninggalkan sembahyang jemaah kerana mengamalkan Suluk. Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi bolehditunaikan ditempat-tempat lain. Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maksudnya. Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya.

Bentuk-bentuk ajaran sesat

Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-

i. Bentuk Ajaran Baru. Ajaran bentuk tarikat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara b. Dumin.

ii. Bentuk Tarikat. Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur.Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal atau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.

iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi. Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada dukundukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun dan sebagainya.Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan

FAKTOR LAHIRNYA AJARAN SESAT

Jika dikaji masyarakat Islam dinegara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawakepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpuncadari dua faktor utama:Faktor Dalaman Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dantersembunyi didaerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempeloporiajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dansangat disegani oleh masyarakat sekitar.Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yangdipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakatumum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaranatau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia.Oleh kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengangurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilahdirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi.Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendakimengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah, menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.

Faktor luaran Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan haldemikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar masyarakat Islam.Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatanadalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orangawam, samaada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku.Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, seringkaligolongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentusebagai khalifah atau Mahaguru. Oleh kerana itu manifesto ilmu yang dikembangkan itudisesuaikan dengan kehendak masa dan suasana.Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan
8

iniadalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat didalam aspek akidahislam, disamping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalammengenai ajaran Islam yang sebenarnya.

CARA-CARA PERKEMBANGAN AJARAN SESAT.


Melalui Ajaran o Penyusupan ajaran sesat melalui cara tersebut adalah lahir dari guru-guru yang membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri dengan mengemukakan ajaran dan amalan yang didakwa beramal dengan ajaran beliau kononnya akan mendapat sesuatu yang Ghaib seperti Kasyaf dan Laduni iaitu mengetahui alam ghaib dan mendapat limpahan ilmu Allah dan Tajalli iaitu penjelmaan hakikat zat, sifat, dan Afal Allah kepadanya. Kemudian disogokkan pula kepada murid-murid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudah mendapat ketinggian darjat, pangkat, damn kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai.

Melalui Tarikat. o Melalui cara Tarikat ini selalunya menggunakan nama Tarikat yang masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi dengan ditokok tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang mendakwa sebagai Guru Mursyid yang mendapat tauliah dari guru asalnya serta boleh mentauliahkan orang lain.

Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi. o Cara ini adalah merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk di sesuatu tempat itu,maka dilakukan upacara pemujaan.Ada juga yang melakukan pemujaan ke atas roh, para Wali dan Keramat, iaitu menziarahi kubur orang yang dianggap Wali dan Keramat serta melakukan upacara tradisional seperti melepaskan ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang ternakan ke atas kubur itu serta menyeru roh para Wali dan Keramat itu agar dapat memberi pertolongan kepada mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka danapakala beroleh kejayaan, mereka akan membayar nazar di atas kubur orang yang dianggap Wali dan Keramat atau mereka membayar nazar di tempat yang menjadi pujaan
9

mereka.Terdapat juga mereka yang melakukan pertapaan iaitu dengan menyembunyikan diri di tempat yang sunyi seperti di bukit, atau gunung atau gua tertentu dengan tujuan untuk mendapat ilmu Ghaib, Sakti, gagah perkasa, kebal dan lain-lain bagi tujuan kehebatan diri dan kepentingan diri serta untuk mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat.

SENARAI AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Nasrul Haq Budi Suci Al-Watan Budi Suci Sejati Jawa Faradin Silat Sunda Pukulan Ghaib Tusuk Hikmat Ilmu Kebatinan Potong Maya Naluri Kaula Haqqullah Syahadah Rampai Wali Suci Kalimat Sakti Silat Pukulan Jarak Jauh Ilmu Tenaga Dalam Hikmat Zikir Sha`ban Islam Haq Asal Wujud Garis Laksmana Al-Ma`zat Trancendentel Meditation- Maharisi Mahish Yugi Ilmu Kebatinan Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar Kumpulan Ikhwan/al-Mas Kuasa Ghaib ( Tahan Diri) Mohd Nordin Putih

10

Nasrun S.T.Qahar Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya Wali Sembilan Khatijah binti Ali @ Puan Tijah Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin Ajaran Mohd Seman Al-Banjari Al-Arqam Golongan Anti Hadis Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su) Syiah Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang Ajaran Hj.Kadar Ahmad Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat Tarikat Mufaridiah Ajaran Hassan Anak Rimau Tarikat Aurad Ismailiah Ajaran Martabat Tujuh Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh) Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit Ajaran Ahmadiah/ Qadiani Ajaran Mohd Nor Seman Ajaran Ayah Pin Al-Ma`unah Ajaran Azhar Wahab Ajaran Hj.Banuar Ajaran Sesat Lia Eden

11

Contoh-contoh ajaran sesat


Qadiani Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah: beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu); beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah; beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat; menghapuskan jihad; mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr; mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T; mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji; mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India; menghukum kafir selain penganut Qadiani.

12

Bahai

Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah: beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.; beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai; beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal); beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi; beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib; mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut; menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka; memansukhkan agama Islam; menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru; mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

13

Taslim

Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah: beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad; beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim; mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu; mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin; menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka; solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan); menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

14

Al-Arqam Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah AuradMuhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian. Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah

Ciri-ciri kesesatan ajaran Al-Arqam ialah: Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Kaabah. Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Al-Mahdi. Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa Al-Rasyidin Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga(yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya. Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya

15

Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan SayyidulMujaddidin. Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas di kalangan pengikut kerana di percaya ia akan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya. Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT


Kesan terhadap individu: (a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam; (b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat; (c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik; (d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

Kesan terhadap masyarakat: (a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka; (b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat; (c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.
16

Kesan terhadap negara: (a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu; (b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT


Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.

Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

17

RUMUSAN
Allhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan folio ini serta berjaya mencapai objektif kerja kursus ini dilakukan. Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam di negara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama.Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin. Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam.Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak.Sabda Rasulullah saw. Ertinya: Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku

Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah haruslah memahami bahawa sesungguhnya tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah telah menyatakan bahawa Mukmin yang kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir dari peningkatan ketakwaan kepada Allah.Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam islam ialah Rasulullah sendiri
18

telah cedera parah dalam peperangan Uhud. Jika ada kekebalan dalam islam sudah tentu Rasulullah dan para sahabat tidak akan cedera dalam peperangan. Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat di dalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umatumat islam di negara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh di sebalik tabir Islam.

RUJUKAN
Rujukan yang saya telah lakukan dalam proses menyiapkan keja kursus ini ialah :

INTERNET

http://ms.wikipedia.org/wiki/Organisasi_ajaran_sesat http://fitrahcorner.blogspot.com/ http://www.jheat.terengganu.gov.my/ajaranSesat.php http://www.johordt.gov.my/jaj/images/stories/SUDUTILMU/Syarifah_Qadiani.pdf http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1289.0

BUKU RUJUKAN

Abdulfatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1993. Ajaran Sesat, Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara, Kor Agama AngkatanTentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.

19

BUKU TEKS Mohd Zaini Yahya, Zamri Abd Rahim, Afandi Sahy,Pendidikan Islam tingkatan 5,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur,2006.

LAMPIRAN

20

21

22

23

24

You might also like