Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

2.1.

3 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK

Fokus utama Teori Humanistik ialah kepada keunikan, individualiti dan perikemanusiaan setiap individu. Walaupun terdapat persamaan antara manusia dalam pelbagai perkara, sebenarnya manusia juga mempunyai banyak perbezaan. Keunikan setiap individu ialah dirinya sendiri. Antara pakar psikologi humanistik ialah Abraham Maslow. Maslow percaya bahawa setiap individu mempunyai cirri dalaman yang terdiri daripada potensinya dan desakan untuk mencapai potensi tersebut. Kesedaran tentang ciri ini wujud melalui ekspresi diri sendiri secara spontan dan tidak tersekat. Maslow mengutarakan teori keperluan manusia yang menerangkan bahawa setiap keperluan asas manusia harus dipenuhi sebelum keperluan lain yang lebih tinggi dapat dipenuhi. Teori ini menegaskan kepentingan cara pengajaran-pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya. Carl Rogers dengan sarana pertamanya iaitu terapi tumpuan orang (terapiberpusatkan klien) Guru membantu klien mengenalpasti masalahnya, bertindak terhadap masalah Itu dan menuju ke arah penyelesaian. Keperluan-keperluan manusia disusun mengikut hierarki, keperluan yang paling asas ialah keperluan fisiologi dan ini diikuti dengan keperluan keselamatan, kasih sayang dan kepunyaan, harga diri dan yang paling tinggi sekali ialah keperluan sempurna kendiri.

11

You might also like