Pelan Bilik Darjah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3.

LAKARAN PELAN LANTAI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Sudut Mata Pelajaran


Ruangan perbincangan
Bahan Sumber

Tong Sampah Ruang Akses Internet

Papan Putih/ Skrin Putih

Rajah 1: Pelan Lantai Bilik Darjah Mesra Budaya 3.1 Kriteria Bilik darjah Yang Mesra Budaya 3.1.1 Aspek Fizikal Susun atur tempat duduk murid-murid dalam pelan lantai bilik darjah yang telah dilakar menitikberatkan tentang kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Kepelbagaian etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya di kalangan murid-murid. Aktiviti keceriaan kelas seperti mengecat dinding dengan melukis mural-mural juga boleh dilakukan oleh guru kelas dengan bantuan daripada murid-murid dalam kelas. Tema lukisan mural yang dipilih adalah lebih sesuai jika berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian dapat membantu murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan

Pintu

Meja guru

Papan Kenyataan/ Jadual

Meja dan Kerusi Murid

Pintu

dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Aktiviti sedemikian merupakan salah satu cara guru untuk memujudkan persekitaran mesra budaya di dalam bilk darjah. Ruangan perbincangan atau bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latar belakang dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincangkan di ruang ini, di mana secara tidak langsung murid-murid dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture.

3.1.2 Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan Penyediaan sudut pembelajaran juga adalah amat penting. Selain daripada sudutsudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperti sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Murid-murid secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Di samping itu, murid-murid juga dapat mengetahui bertapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat yang majmuk seperti di Negara kita Malaysia ini. Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini, murid-murid yang berbangsa Melayu dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama murid-murid yang berbangsa Cina. Dengan demikian, murid-murid tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga

sensitiviti sesuatu kaum etnik. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge.

Sudut pembelajaran elektronik seperti ruangan akses internet juga amat penting. Murid-murid dari pelabagai latar belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti

bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Rujukan

Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice. NSW: Dcroom Helm.

Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).: Bell&Howell, Columbus, Ohio. Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill. Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of Education ( 2nd ed), 9 ,5355-5359.

Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon. Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development.

Reading,MA:Addison-Wesley.

Weinstein,C.S.

(1987).

Spaces

for

children.

New

York:Plenum

Press.

Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon

You might also like