Peranan Guru

You might also like

You are on page 1of 12

PERANAN GURU PENGENALAN

Kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada faktor guru . Guru guru samada di taska ataupun prasekolah hendaklah diberi latihan yang secukupnya sebelum mereka dipertanggungjawabkan untuk mengasuh dan membimbing murid . Guru perlu menguasai ilmu dan kemahiran dalam aspek aspek perkembangan kanak kanak dan pendekatan pengajaran sejajar dengan kehendak matlamat pendidikan prasekolah yang menekankan kepada perkembangan yang menyeluruh , menyediakan kemahiran asas dan memupuk sikap positif murid . Bagi pendidikan awal kanak kanak , Datin Rosmah memberi penekanan terhadap empat aspek iaitu kesihatan , pemakanan , keselamatan dan persekitaran yang boleh mewujudkan suasana yang kondusif . Guru guru hendaklah memainkan peranan dalam aspek aspek yang ditekankan ini untuk mencapai perkembangan kanak kanak secara menyeluruh .

Persekitaran pusat jagaan Persekitaran pusat jagaan yang baik dapat menggalakkan pembelajaran kanak kanak . Persekitaran yang selesa , selamat , berwarna warni, dan menarik dapat memberikan galakan atau stimulasi kepada kanak kanak . Suasana pembelajaran yang tenang , selamat dan mencabar sangat mustahak dalam menimbulkan motivasi intrinsik kepada kanak kanak . Persekitaran yang baik juga membolehkan guru guru dan pengasuh bekerjasama dalam suasana yang gembira , tenang dan selesa . Sebuah pusat jagaan yang baik seharusnya mempunyai kawasan yang menyediakan ruang kepada kanak kanak bergerak . Kawasan luar yang menarik di tanam dengan pokok pokok kecil atau besar , mempunyai peralatan yang tetap dan yang boleh diubah supaya dapat mengembangkan fizikal kanak kanak . Kawasan luar ini juga dapat menyediakan maklumat maklumat baru yang boleh didapati oleh kanak kanak . Daripada bahan bahan yang terdapat disitu , kanak kanak boleh meningkatkan daya imaginasi mereka selain dapat membuat uji kaji . Aktiviti aktiviti di kawasan luar ini juga boleh menjadikan kanak kanak aktif di samping dapat mempelajari kawalan motor kasar . Kawasan luar juga ini juga perlu disediakan dengan
1

aktiviti permainan pasir , tanah liat dan permainan air . Kanak kanak juga dapat mempelajari benda benda hidup dan dapat belajar kemahiran berkomunikasi dengan orang lain .

Ruang persekitaran pusat jagaan dibahagikan kepada dua ruang iaitu dalam bangunan dan luar bangunan . Ruang dalam bangunan meliputi ruang : Bilik darjah Penyediaan makanan ( dapur ) Bilik air

Ruang bilik darjah yang dibincangkan termasuklah saiz kelas , pusat pusat pembelajaran , jenis perabot , lantai , warna dinding , jumlah pencahayaan dan bilangan tingkap . Kesemua faktor tersebut mempengaruhi kebolehan pembelajaran kanak kanak ( Dodge dan Colker , 1988 ) . Ruang luar bangunan pula adalah persekitaran luar bilik darjah termasuklah : Pusat mainan pasir Pusat peliharaan haiwan Pusat kolam ikan Pusat tanaman
2

Kolam renang Pusat permainan luar

Guru boleh melakukan berbagai bagai cara bagi menghasilkan persekitaran yang menarik dan menyokong keperluan pembelajaran . Kelas yang disusun dengan selamat , ceria dan ruang yang praktikal dapat menggalakkan penglibatan kanak kanak sepenuhnya diruang ruang tersebut .

Ruang bilik darjah Guru hendaklah membahagikan ruang dalam bilik darjah kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan kanak kanak nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu . Contohnya , pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf . Selain itu , pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian . Contohnya , alat permainan blok disimpan di rak pusat manipulatif . Ini membolehkan kanak kanak dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan aktiviti bebas . Disamping itu , bahan yang berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh kanak kanak . Ini juga menggalakkan kemahiran kanak kanak bagi menyusun mengikut jenis , bentuk , warna dan sebagainya . Pusat pembelajaran ataupun sudut yang perlu ada dalam sebuah kelas berdasarkan komponen pembelajaran ialah : Pusat bahasa Pusat manipulatif Pusat drama ataupun main masak masak Pusat seni dan kraf Pusat kognitif Pusat tekonologi Pusat kerohanian dan moral Pusat perbualan awal

Sekiranya guru mempunyai ruang kelas yang besar , guru bolehlah menyediakan kesemua pusat tersebut . Pusat lukisan sebaiknya disediakan di luar kelas kerana ruang tersebut kebiasaannya basah dan becak serta memerlukan punca air bagi mencuci dan membersihkan bahan dan alatan lukisan . Selain daripada itu ia juga memudahkan pergerakan kanak kanak bagi mengeringkan hasil kerja lukisan mereka . Guru juga perlulah menyediakan ruang pengering lukisan berdekatan dengan pusat . Sekiranya ruang kelas agak kecil , memadai dengan hanya guru menyediakan ruang berikut di kelas : Ruang perbualan di mana ruang ini boleh digunakan untuk aktiviti kelas seperti perbualan pagi , bercerita , muzik dan pergerakan serta nyanyian . Pusat bahasa dan kognitif Drama ataupun pondok Pusat kraf ataupun lukisan di luar kelas

Ruang penyediaan makanan Ruang penyediaan makanan atau dapur wajib diambil kira ketika merancang ruang untuk pusat pendidikan kanak kanak di peringkat awal . Kewujudan ruang ini membenarkan kita menyediakan minuman berkhasiat dan bersih untuk kanak kanak dengan cara yang selamat .

Ruang penyediaan makanan

Ruang bilik darjah Bagi memastikan susunan ruang dalam bilik darjah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran , guru hendaklah mengambil kira beberapa perkara antaranya ialah peralatan yang disusun atur mudah alih bagi kegiatan atau aktiviti tertentu di ruang tersebut . Sesuatu bahan itu mestilah mudah diambil , diguna dan disimpan , semula oleh kanak kanak . Selain itu , pusat blok dan pusat drama merupakan pusat yang menghasilkan bunyi bising apabila kanak kanak berinteraksi semasa berada di pusat ini . Aktiviti seperti membaca memerlukan keadaan senyap supaya kanak kanak dapat menumpukan perhatian tanpa gangguan . Oleh itu , guru hendaklah menjauhkan pusat yang bising daripada pusat yang senyap untuk mengelakkan sebarang gangguan berlaku . Pusat blok dan drama boleh disusun berdekatan , manakala pusat bahasa bacaan ataupun pusat teknologi perlu disusun jauh daripada pusat tersebut . Di samping itu , guru hendaklah memastikan peralatan , rak dan perabot mempunyai saiz dan ketinggian yang sesuai dengan kanak kanak . Guru juga boleh mempamerkan dan menyusun alatan pada ketinggian yang dapat dicapai oleh kanak kanak , supaya mereka tahu dan dapat membuat pilihan yang sesuai . Ini termasuklah ketinggian papan buletin dan juga poster yang ditampal perlu pada paras penglihatan kanak kanak . Guru juga perlulah mengasingkan bahan guru daripada bahan kanak kanak iaitu mengasingkan bahan permainan ataupun ransangan yang boleh digunakan oleh kanak kanak tanpa penyeliaan daripada bahan yang akan digunakan bagi aktiviti pengajaran tertentu yang memerlukan penyeliaan guru .

Guru juga berperanan memastikan susunan perabot dan alatan hendaklah memudahkan pergerakan guru dan kanak kanak daripada satu kawasan ke kawasan lain . Elakkan ruang yang terlalu luas atau terbuka sehingga menyebabkan kanak kanak berlari di ruang tersebut . Guru juga perlulah mengelakkan ruang yang terlalu sempit dan sesak sehingga menyebabkan kanak kanak terlanggar . Bagi mengelakkan kesesakan , keluarkan perabot yang tidak penting dan jarang digunakan . Guru juga perlu memastikan bahan yang mudah pecah tidak disusun di tengah laluan kanak kanak . Contohnya , akuarium sebaiknya disusun di tepi dinding .

Pusat pembelajaran dalam kelas


Pusat bahasa Ia merangkumi pusat bacaan , pusat bercerita dan ruang menonton televisyen . Pusat bahasa ini penting kerana : Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi Berinteraksi dengan bahan bacaan , bahan bergambar dan bahan bercetak Menambah perbendaharaan kata dan mengukuhkan kemahiran bahasa Memupuk minat membaca dan sayangkan buku Menggalakkan kemahiran membaca dan menulis

Guru perlu menyediakan peralatan yang diperlukan untuk pusat bahasa seperti berikut :

Rak buku untuk buku cerita , buku bergambar , buku besar , buku bersiri dan ensiklopedia Kad bacaan seperti kad huruf , kad suku kata , kad perkataan , kad cantum , kad imbasan dan kad bergambar Carta carta tunggal Kaset cerita Buku cerita yang dihasilkan oleh kanak kanak

Guru hendaklah menyediakan kusyen , radio kaset dan televisyen untuk melengkapkan sudut ini .

Pusat perkembangan fizikal Pusat perkembangan fizikal dibahagikan kepada dua , iaitu pusat manipulatif ataupun motor halus di dalam kelas dan pusat motor kasar di luar kelas . Pusat manipulatif memerlukan satu kawasan luas yang sesuai . Oleh kerana kanak kanak akan sibuk bergerak dan berinteraksi ketika menjalankan aktiviti di pusat ini , guru hendaklah meletakkannya berdekatan dengan pusat aktiviti yang bising seperti pusat main masak masak dan drama . Guru perlu menyediakan permaidani kerana ia dapat menyerap bunyi bising dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bunyi bising . Bagi penjagaan alat manipulatif , guru menyediakan ruang penyimpanan yang berlabel . Ini membolehkan manipulatif tersebut sentiasa disusun kemas dan bersistem . Keadaan tersebut juga menyenangkan kanak kanak ketika mencari mengembalikannya . Semasa proses menyimpan , guru perlu memastikan kanak kanak tidak membaling atau mencampak permainan tersebut . Guru juga perlu memastikan blok yang rosak dan tajam di bucunya boleh diperbaiki dengan menggosok bucu tersebut dengan kertas pasir .

Pusat drama atau main masak masak Pusat drama kadangkala dikenali dengan sudut main pondok atau masak masak . Pusat drama merupakan ruang yang memberi peluang kepada kanak kanak untuk : Bermain peranan
7

Main olok olok Main masak masak Main jual beli Melakonkan pengalaman yang mereka pernah alami dan juga lakonkan imaginasi

Permainan ini memberi peluang kanak kanak bercakap dan mendengar . Menurut Griffing ( 1983 ) , permainan drama dapat memberi peluang meningkatkan perkembangan kognitif , emosi dan kemahiran sosial . Ruang ini sesuai diletak berdekatan dengan pusat yang agak bising seperti pusat blok dan manipulatif .

Pusat seni dan kraf Bertujuan menyediakan ruang dan alatan bai menjalankan aktiviti seni , kraf dan lukisan . Guru menyediakan peralatan seperti alatan mewarna , warna air , bekas pembancuh warna , kertas lukisan dan kertas warna , krayon , easel , gam dan sebagainya .

Pusat kognitif ( sains dan matematik ) Penggunaan alat boleh dibahagikan kepada dua iaitu : Peralatan yang terus boleh digunakan oleh kanak kanak Peralatan yang memerlukan bimbingan guru untuk menggunakannya

Bagi peralatan yang terus dapat digunakan oleh kanak kanak , guru boleh meletakkan bahan tersebut di rak yang boleh dicapai oleh mereka , seperti bongkah , nombor , kad nombor , manik , kalendar untuk alatan matematik . Bagi alatan sains pula , guru boleh meletakkan bahan yang boleh diteruskan oleh kanak kanak seperti model manusia , model gigi , tumbuh tumbuhan dan cangkerang haiwan laut . Alatan yang memerlukan bimbingan guru perlu diletak disudut tertentu di bawah kawalan guru . Kanak kanak perlu memaklumkan dan meminta kebenaran sebelum menggunakannya . Contoh peralatan ialah teropong , koleksi serangga , ulat , rangka haiwan dan model organ .

Ruang dapur Ruang dapur digunakan untuk penyediaan makanan , memasak dan mencuci peralatan . Kanak kanak tidak digalakkan masuk ke ruang tersebut semasa proses penyediaan makanan dijalankan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku . Bagi memastikan kebersihan dapur dan mengelak daripada serangga dan tikus menyerang , guru hendaklah memastikan sampah dibuang setiap hari , peralatan memasak dicuci dan dibersihkan dan bahan makanan yang mudah rosak disimpan dalam bekas kedap udara ataupun di dalam peti sejuk . Bagi mengelakkan keracunan makanan pula , guru perlu memastikan penyediaan makanan adalah bersih dan bahan makanan seperti jem , cili sos dan susu tidak melebihi tarikh luput .

Tandas lelaki dan perempuan Guru perlu mengasingkan tandas antara lelaki dan perempuan . Selain itu , guru juga hendaklah memastikan tandas kerap dicuci bagi mengelakkan daripada bau yang tidak disenangi dan tandas yang kotor . Guru perlu menyediakan peralatan seperti singki , shower , cermin , penyidai tuala , rak berus gigi dan tuala lap tangan , alatan pembersihan . Guru juga perlulah memastikan kanak kanak sentiasa memakai selipar apabila masuk ke dalam tandas untuk tujuan keselamatan .

Ruang kawasan luar kelas


Pusat pemeliharaan haiwan Guru hendaklah memastikan sangkar haiwan perlu dicuci sekurang kurangnya seminggu bagi memastikan kebersihan haiwan tersebut . Bekas makanan juga perlu disediakan dan guru memilih jenis haiwan yang boleh dipelihara seperti burung , arnab dan kura kura . Guru juga boleh mengagihkan tugas memberikan dan membersihkan secara bergilir gilir supaya dapat memupuk haiwan peliharaan dan sikap tanggungjawab .

Pusat main pasir dan air Pusat ini biasanya diletakkan di luar kelas . Ruang main pasir dan main air dua ruang yang sangat digemari oleh kanak kanak kerana mereka dapat meneroka dan bermain dengan air dan pasir apabila mereka bermain di luar kelas . Pusat ini bukan sekadar sebagai tempat mereka bermain tetapi juag ruang di mana kanak kanak berinteraksi dengan rakan sebaya sewaktu mereka menjalankan aktiviti . Ketika menjalankan aktiviti bermain pasir , guru mestilah memastikan kanak kanak tidak membaling pasir kepada rakan dan pasir hanya dimain dalam sandpit .

10

Selepas kanak kanak bermain pasir , peralatan yang digunakan mestilah dibersihkan , dikeringkan dan dikembalikan ke tempat asal . Begitu juga dengan peralatan sukan yang sudah digunakan perlu dibersihkan dan dikembalikan ke stor penyimpanan . Guru harus memastikan alatan yang rosak diperbaiki dan elakkan menggunakannya sehingga siap dibaiki . Guru juga hendaklah menutup lubuk pasir bagi mengelakkan daripada najis haiwan dan bekas main air perlu dibersihkan dan dikeringkan selepas digunakan bagi mengelakkan bekas berkarat dan pembiakan nyamuk .

KESIMPULAN
Kesimpulannya , guru mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap perkembangan kanak kanak . Guru hendaklah memainkan peranan dengan sebaik mungkin untuk mencapai perkembangan kanak kanak secara menyeluruh . Selain daripada itu , guru juga menjadi role model kepada kanak kanak . Apa yang dilakukan oleh guru , semuanya menjadi contoh kepada mereka . Guru mestilah memastikan persekitaran pusat jagaan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa , kondusif dan bewarna warni agar kanak kanak akan merasa gembira apabila berada di pusat jagaan .

11

RUJUKAN
Bloom , B.S . ( 1981 ) . All The Children Learning . New York : Mcgraw Hill . Dopyera , M.L. & Dopyera J. ( 1993 ) . Becoming a teacher of young chidren .New York : McGraw Hill , INC .
http://bustamkamri.blogspot.com/2010/06/persekitaran-pelik-lawan-biasa.html http://eprints.utm.my/2348/1/AziziYahaya_Keberkesanan_Pendidikan_Prasekolah_KEMAS.pdf

12

You might also like