Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

FASAKH

Pengertian Fasakh
Fasakh ialah membatalkan pernikahan dengan kuasa kadi kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika akad atau terdapatnya kecacatan pada isteri atau suami. Penceraian melalui fasakh tidak boleh dirujuk semula. Jika ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru. Fasakh boleh berlaku kerana : (a) terdapatnya kecacatan ketika aqad seperti tidak menepati syarat-syarat pada Rukun Nikah. (b) terdapatnya kecacatan pada rumahtangga yang disebabkan oleh suami/isteri

Sebab-sebab yang mengharuskan fasakh (disebabkan oleh suami/isteri)


(a) suami tidak memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal, atau tidak membayar mas kahwin isterinya. (b) tidak diketahui kedudukan suami, sama ada masih hidup atau mati selama bertahun-tahun lamanya. (c) salah seorang daripada suami atau isteri menjadi cacat sebagaimana yang dibenarkan oleh hukum syarak. (d) murtad salah seorang daripada suami atau isteri atau kedua-duanya. (d) masuk Islam salah seorang daripada suami atau isteri dan tidak diikuti oleb seorang lagi dalam masa idah. (f) berlakunya persetubuhan syubhat disebabkan salah sangka. (g) suami zalim, iaitu selalu menganiaya isteri seperti memukul, mengugut, atau tidak melayan isteri dengan baik dan adil. (h) tidak bernafsu sebagai seorang lelaki (i) kecacatan syarie pada suami dan isteri (j) Suami mempunyai penyakit yg merbahaya spt AIDS, SARS, JE, Siplis dsb .

Hikmah Fasakh
1. Mengelakkan isteri dianiayai dan disiksa oleh suami. 2. Menunjukkan keadilan Allah kepada hambanya. Jika suami diberikan talak, isteri diberikan fasakh. 3. Memberi peluang isteri berpisah drp suaminya dan memulakan hidup baru.

You might also like