Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

1.Faktor kedatangan Jepun ke Negara kita 2.Faktor kejayaan Jepun 3.Dasar pemerintahan Jepun 4.Gerakan Nasionalisme 5.kesan pemerintahan Jepun 6.Iktibar daripada pendudukan jepun 1. Faktor kedatangan Jepun a. Pemodenan & perindustrian oleh Maharaja Meiji b. Kemenangan Jepun terhadap Russia dalam perang Russia-Jepun pada 1905(kuasa besar) c. Pertambahan penduduk memerlukan tanah pertanian d. Bekalan bahan mentah (petroleum,bijih timah & getah) e. Kawasan pasaran baru hasil perindustrian 2.Faktor kejayaan Jepun a. Perancangan awal perang - propaganda - aktiviti perisikan b. Kelemahan tentera british - tidak bersedia - tentera kurang latihan - askar India menjadi anti-british - pertahanan hanya di Singapura c. Semangat tentera Jepun - kemegahan Negara - Rela mati - Berpengalaman d. Kelengkapan perang tentera Jepun - moden - kereta kebal yang sesuai e. Pakatan Jepun Thailand - Laluan mendarat - Penyerahan Kelantan,Terengganu,Kedah & Perlis f. Peranan KMM - membantu menyebarkan propaganda - memberi maklumat perisikan

menjadi penunjuk arah

3.Dasar pemerintahan Jepun

a. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu di bahagikan kepada pentadbiran


pusat dan pentadbiran wilayah b. Politik - Sultan hanya ketua agama Islam dan adapt istiadat Melayu dan diberi Elaun - Tanah Melayu sebagai tanah jajahan Jepun - Majlis agama ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah c. Ekonomi - ekonomi di Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan peperangan - mata wang Jepun diperkenalkan - Ekonomi kawalan

d. Penjepunan dan sosial


Sekolah Inggeris dan cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Kesetian penduduk kepada maharaja Jepun Nyanyian lagu kebangsaan Jepun setiap pagi di sekolah Budaya Jepun digalakkan melalui bahasa Cuti sempena hari-hari perayaan Negara Jepun Layanan yang baik kepada orang melayu untuk mendapat kerjasama Layanan yang kasar kepada orang cina kerana menyokong Kerajaan China dalam Perang China-Jepun Layanan baik kepada orang India untuk mendapatkan kerjasama bagi mengusir British di India.

4.Gerakan Nasionalisme

a. Malayan Peoples Anti Japanese Army


-

Ditubuhkan oleh PKM Kerjasama dengan British untuk mendapat bantuan kewangan.tentera,latihan dan senjata. Taktik perang gerila

b. Force 136 - ditubuhkan oleh tentera bersekutu di pahang,Johor & kedah untuk menentang Jepun - Latihan anggota daripada tentera bersekutu di Sri Lanka. c. Askar Melayu Setia (AMS) perang Gerila kerjasama & menadapat bantuan daripada Force 136.

d. Pasukan Wataniah Pahang Diketuai oleh Yusof Mahiden Sultan Pahang sebagai Pemerintah kehormat e. Gerila Kinabalu Pimpinan Albert Kwok Lancar pemberontakan Double Tenth tetapi gagal f. Pasukan Gerila Datu Mustapha - Penentangan di Kudat

g. Pasukan Gerila di Sandakan - Penentangan di Sandakan h. Penetangan di pesisir pantai Sarawak Gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun. 5. Kesan pemerintahan Jepun a. Politik Orang tempatan diberi peluang menjadi pegawai daerah PETA ditubuhkan untuk menentang tentera bersekutu Peluang orang Melayu menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran Kegiatan pertubuhan politik mula bergiat apabila Jepun menerima tekanan daripada tentera bersekutu. KRIS ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaaan Semangat kebangsaan bersemarak kerana haluan berbeza mengikut kaum dan berpaksi kepada negara asal masing-masing. b. Ekonomi merosot (gaji dikurangkan) kadar pengangguran meningkat Perdagangan antarabangsa terhenti Ekonomi kawalan hanyalah menguntungkan Jepun Amalan rasuah,menyorok barang dan pasaran gelap berlaku di merata tempat Mata wang di cetak tanpa kawalan menyebabkan inflasi Harga bekalan & keperluan harian melambung tinggi Cipataan baru berasaskan bahan tempatan oleh penduduk tempatan. c. Sosial - penduduk dalam kesengsaraan & ketakutan - perintah berkurung dan sekatan perjalanan - saling mencurigai antara satu sama lain kerana dianggap sebagai anti-Jepun - menjadi tali barut pihak Jepun

rakyat menjadi buruh paksa wabak penyakit merebak kebuluran berlaku di Tanah Melayu

6. Iktibar daripada pendudukan Jepun a. Kesedaran agar tidak mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing b. Untuk mendapatkan kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara,kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada negara lain c. Pendudukan Jepun memberi pengajaran kepada kita untuk menolak semua penjajahan sama ada Barat atau Timur

BAB 2 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10

MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun Tujuan Penubuhan Malayan Union Ciri-ciri Malayan Union Faktor-faktor penentangan Malayan Union Cara penentangan Malayan Union. Tujuan penubuhan UMNO Perjuangan UMNO Faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 .Rumusan.

1. Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun a. PKM (Parti Komunis Malaya) telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari melalui tenteranya MPAJA (Malayan Peoples Anti-Japanese Army) atau Bintang Tiga b. PKM menimbulkan huru-hara dan keganasan. c. Tindakan MPAJA - menguasai balai polis dan pejabat pentadbiran - menjalankan undang-undang sendiri - mengenakan cukai kepala,cukai harta dan tanah - mencullik dan menyeksa penduduk yang bekerjasama dengan Jepun - merampas harta benda dan membunuh d. Kesan pemerintahan MPAJA - Penduduk kampong atau orang melayu menetang PKM - Berlaku ketegangan kaum dan pertumpahan darah - Pentadbiran British diperkenalkan untuk melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam e. Pentadbiran tentera British (PTB) - Diperkenalkan pada bulan September 1945 - Diketuai oleh Sir Ralph Hone - Kejayaan PTB ialah :-

i. ii.

iii.
iv.

Menghapuskan PKM dan MPAJA menyerahkan senjata Memujuk PKM dan MPAJA menyerahkan senjata Mengawal pergaduhan antara kaum Mewujudkan keamanan dan menegakkan undang-undang

2.Malayan Union (MU) a. PTB berjaya mengamankan Tanah Melayu dan British melaksanakan pentadbiran Malayan Union b. (MU) Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di Kings House Kuala Lumpur c. Gabenor pertama adalah Sir Edward Gent d. Tujuan penubuhan (MU) Malayan Union - membentuk suatu bangsa Malayan Union - Menyediakan Tanah Melayu kea rah berkerajaan sendiri - Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam - Mengukuhkan pertahanan British - Menjamin terus penguasaan British - Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British - Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu - Memastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja 3.Ciri-ciri Malayan Union a. Satu unit politik NNMB,NNMTB,dua buah negeri selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan b. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan dibentuk c. Gabenor British dilantik oleh Raja England d. Jus Soli - Kewarganegaraan sama rata bagi rakyat Malayan Union e. Majlis Raja-Raja Melayu - membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu f. Ketua Pentadbir - Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri g. Parlimen British Pemutus undang-undang Malayan Union 4.Faktor-faktor,penentangan Malayan Union a. Kedaulatan dan kuasa raja Raja-raja melayu kehilangan takhta dan maruah. Menjadi ahli majlis Raja-Raja melayu tanpa kuasa Pungutan zakat dibawah kuasa Gabenor British b. Tamadun orang Melayu Sistem beraja,bahasa melayu dan tulisan jawi terhakis kesultanan melayu akan tercabar orang melayu akan kehilangan tanah air c. Kerakyatan Jus Soli mengancam status quo orang melayu sebagai pribumi jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan imigran

Sir Harold Mac Michael Tindakan Mac Michael mengacam akan menurunkan raja-raja melayu dari takhta jika baginda tidak menerima Malayan Union. Masa yang cukup tidak diberi kepada raja-raja melayu untuk berunding dengan majlis mesyuarat negeri e. Golongan yang menyokong parti kebangsaan melayu Malaya (PKMM) Api (Angkatan Pemuda Insaf) AWAS(Angkatan Wanita Sedar) BATAS (Barisan Tanah Melayu) f. Alasan menyokong Malayan Union menyatukan sistem pentadbiran pentadbirantidak berasaskan pemerintahan beraja dan pembesar melayu. kerakyatan terbuka kepada yang ingin menjadi rakyat. penyatuan pentadbiran agama islam. janji british yang memberikan kemerdekaan. 5.Cara penentangan Malayan Union a. Individu Dato Onn Jaafar menulis surat kepada Utusan Melayu dan menyuruh menubuhkan United Malays Organizatioa (U.M.O) sebagai pertubuhan menentang Malayan Union. Raja-raja Melayu seperti Sultan Johor menghantar surat kepada setiausaha Tanah Jajahan Pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu menentang secara terbuka dalam akhbar The Times di London. b. Akhbar Bantahan berterusan melalui Majlis,Utusan Melayu dan Warta Negara. Utusan Melayu 12 oktober 1945 menyeru supaya raja-raja Melayu memikirkan kesan Malayan Union Warta Negara 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang Malayan Union. c. Kolektif Demonstrasi secara aman Persatuan-persatuan melayu sebagai alat untuk menentang Malayan Union Persatuan-persatuan telah menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. 1 - 4 Mac 1946 Kongres Melayu menubuhkan UMNO/PEKEMBAR Pengerusi Konngres Pertama Dato Onn Jaafar. 30-31 Mac 1946 Kongres Melayu kedua membantah. Pengisytiharan Mlayan Union 1 April 1946 Memutuskan 3 perkara penting iaitu :i) pemulauan oleh raja-raja Melayu ii) meminta oranga melayu yang dilantik menganggotai majlis pentadbiran Malayan Union memulaukan perlantikan.

d.

iii)
d.

Berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

Rapat Umum Orang Melayu menunjukkan penentangan melalui rapat umum kepada L.D Gammans dan David Rees Williams di setiap Bandar. Kaum wanita memainkan peranan penting dalam penentangan MU.

6.Penubuhan Umno. a. Pada tahun 1946 di Kuala Lumpur melalui kongres Melayu. b. 29 buah persatuan telah menandatangani di Istana Besar,Johor Bahru pada 11 Mei 1946 c. Yang Dipertua pertamanya ialah Dato Jaafar. 7.Perjuangan Umno a. menyatupadukan orang melayu b. Menumbangkan Malayan Union c. Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang melayu d. Memajukan pendidikan orang melayu e. Memperjuangkan ketuanan Melayu f. Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan g. Menghapuskan semangat kenegerian dan kedaerahan orang melayu. 8.Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM) a. Pihak British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu menentang British secara kekerasan. b. Rundingan antara British dengan raja-raja Melayu dan UMNO berakhir dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948. c. PTM dibentuk pada 1 Febuari 1948 9. Ciri-ciri PTM (1948) a. Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 konsep Raja Berperlembagaan Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan Kuasa Pesuruhjaya Tinggi British terhadap perlindungan istimewa orang Melayu Syarat kerakyatan diperketatkan Gabungan 11 buah negeri (semua Negeri kecuali Singapura) membentuk sebuah persekutuan Ketua Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British-dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan . 10. Rumusan Perpaduan orang melayu membolehkan Malayan Union ditolak dan mengembalikan semula status quo orang melayu melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

BAB 3 1. 2. 3. 4.

ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

Komunis Langkah Membanteras Ancaman Komunis. Kesan Darurat Rumusan

1. Komunis a. Penyusupan Di Tanah Melayu fahaman komunis disebarkan melalui parti Kuomentang(KMT) dan Parti Komunis Nanyang Disebarkan melalui kesatuan sekerja,persatuan,kelas-kelas malam dan penerbitan Parti komunis Indonesia menyebarkan fahaman kepada orang melayu. b. Parti Komunis Malaya (1930) tujuan menubuhkan Republik Komunis Malaya melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu. bekerjasama dengan British menentang Jepun Sekolah latihan khas 101 di Singapuara ialah markas pasukan gerila mendapat latihan taktik perang bagi menentang Jepun MPAJA (Tentera Anti Jepun) dibentuk dan mendapat bekalan senjata daripada British melalui Force 136 d. Keganasan Komunis MRLA (unit gerila) ditubuhkan untuk mencapai matlamat melalui pemberontakan bersenjata. Pemberontakan dengan menyerang lading dan lombong milik syarikat Eropah Serang balai polis,membakar kilang,membakar bas,merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British. 2. Langkah Membanteras Ancaman Komunis a. Pengisytiharan darurat peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus lading berbangsa Eropah di Sg. Siput. Perak. Tindakan ini untuk melindungi kepentingan ekonomi British Undang-undang darurat 1948 dikuatkuasakan. b. Pengharaman PKM dan parti berhaluan kiri PKM diharamkan pada 23 Julai 1948 AWAS,PETA,PERAM,PKMM dan Hibul Muslimin parti berhaluan kiri turut diharamkan c. Pasukan Keselamatan Keanggotaan pasukan polis disusun dan diperbesar hingga bertambah anggotanya. Membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel

e.

f.

g. h.

Pasukan Home Guard diperingkat kampung membentuk pasukan polis dan tentera menjaga keselamatan Mata-mata khas Melayu(Special Constabels) dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong terpencil Rancangan Briggs petempatan baru bagi penduduk dipinggir hutan Kampung Baru Tujuan menyekat bekalan makanan ,wang,maklumat dan ubatubatan kepada komunis. Melumpuhkan gerakan Min Yuan (pekerja lombong dan ladang). Kampong dilengkapi kemudahan asas,dipagari dan dikawal oleh Special Constabels Ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memperoleh bekalan yang cukup Pergerakan keluar masuk penduduk dikawal. Laksana program Gerakan Kelaparan bagi memastikan komunis tidak mendapat bantuan. Sekatan jalanraya dilaksanakan Sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan bagi penduduk berumur 12 tahu ke atas Perang Saraf kempen memenangi hati dan fikiran rakyat. Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunismendapat kerjasama pelbagai kaum. Risalah menentang komunis diedarkan ke seluruh Tanah Melayu. Konsep kawasan hitam dan kawasan putih kawasan yang aktif dengan kegiatan komunis dikenakan perintah berkurung (kawasan hitam) kawasan yang bebas daripada ancaman Komunis (kawasan putih) Syarat kewarganegaraan dilonggarkan agar mendapat sokongan orang cina dan India. Tawaran hadiah bagi menangkap,membunuh atau memberi maklumat tentang gerila komunis. Pengampunan beramai-ramai. Menawarkan pengampunan melalui risalah,poster,iklan, dan wayang gambar agar pengganas menyerah diri. Pertemuan Baling. rundingan diadakan pada 25 dan 29 Disember 1955 di Baling Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng bubarkan PKM,meletak senjata dan menyerah diri. Chin Peng akan meletakkan senjata dan menyerah diri sekiranya PKM boleh diterima sebagai parti politik yang sah. Rundingan gagal kerana syarat Chin Peng tidak boleh diterima.

3. Kesan Darurat a. Politik undang-undang darurat membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri melonggarkan syarat kerakyatan kepada bukan melayu

b.

langkah memberikan taraf berkerajaan sendiri menubuhan MCA merupakan usaha menarik minat orang cina dalam politik.

Ekonomi. kemusnahan sistem perlembagaan,kemudahan awam,jentera melombong dan gangguan terhadap buruh ladang menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara. Kurang tumpuan kepada pembanguna kawasan luar bandar dan taraf hidup rakyat akibat mempesar pasukan keselamatan untuk melindungi dan menjamin keselamatan rakyat. Sosial Ramai terkorban kesengsaraan hidup penduduk Tanah Melayu Penduduk luar Bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian akibat daripada kesukaran untuk bergerak dan terikat dengan undang-undang. Catuan makanan menyebabkan penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada ubi dan keledek. Penubuhan Jawatankuasa antara kaum (1949) adalah untuk menjalinkan hubungan penduduk berbilang kaum di tanah Melayu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berorentasikan Tanah Melayu dilaksanakan dapat memupuk perasaan cinta akan Tanah Air . Penggunaan bahasa Penghantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman masyrakat berbilang kaum

c.

4. Rumusan.

Sokongan dan kerjasama rakyat penting bagi menentang ancaman Komunis BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

1. Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum a) b) c) d) e) f) g) h) Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum Pendidikan Alat Perpaduan Kerjasama Kaum Ke Arah Berkerajaan Sendiri Sistem Ahli Syarat Kerakyatan Perlu Perikatan Pilihanraya

1. Bagi kestabilan politik,ekonomi, dan keharmonian masyarakat


maka British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika tanah Melayu ingin mendapat kemerdekaan a) Penubuhan Jawatankuasa hubungan antara kaum.(CLC).

keanggotaan i) Umno - diketuai oleh Dato Onn Jaafar ii) MCA - diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock iii) Seorang wakil kaum India,Ceylon,Serani dan Eropah. iv) Pemgerusi ialah Dato E>E>C Thuraisingam dan penasihat Sir Malcolm Mac Donald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara) Rundingan i) Hasil daripada kompromi sebagai tolak ansur antara UMNO-CLC maka beberapa perkara penting telah dipersetujui ii) Hasil rundingan - kelonggaran syarat kerakyatan - Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang melayu. - pilihanraya akan diadakan - pembentukan sistem pendidikan

Parti-parti politik kearah perpaduan kaum UMNO Dato Onn Jaafar i) membuka keahlian kepada bukan melayu ii) syarat kerakyatan Persekutuan dan negeri dilonggarkan. iii) mencadangkan sistem ahli Tunku Abdul Rahman i) menubuh parti perikatan MIC K.L Deraser i) menyokong kerjasama kaum dalam sebuah parti ii) menganggotai parti perikatan pada tahun 1955 MCA Tun Tan Cheng Lock i) menyokong kerjasama kaum dalam sebuah parti (IMP) ii) menyokong pembentukan parti perikatan. IMP Dato Onn Jaafar i) konsep kerjasama kaum dalam satu parti ii) membuka keahlian kepada semua kaum

b) -

PAS Hj. Ahmad Fuad i) keahlian parti kepada semua orang Islam tanpa mengira kaum ii) menyertai konvensi Nasional tajaan UMNO (1954) Parti Negara Dato Onn Jaafar i) terbuka kepada semua kaum ii) menerima kenyataan Jus Soli dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi -

iii)

warganegara Tanah Melayu konsep semua kaum dalam parti.

c) Pendidikan alat perpaduan sistem pendidikan yang sama dapat menyatukan rakyat Tanah Melayu dan melahirkan perasaan taat setia yang tidak berbelah bagi. cadangan laporan pelajaran Tanah Melayu Laporan Barne 1951. i) wajib bagi pendidikan sekolah rendah ii) bahasa penghantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris iii) bahasa penghantar Bahasa Inggeris bagi Sekolah Menengah. Laporan Fenn-Wu 1951 i) menolak Laporan Barnes kerana ingin mengekalkan sistem pendidikan Vernakular Cina. Ordinan Pelajaran 1952 i) Pendidikan sekolah rendah wajib ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sekolah Rendah iv) Bahasa penghantar Bahasa Inggeris bagi Sekolah Menengah.

Laporan Razak 1956 i) Sistem sekolah umum menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar bagi sekolah rendah dan menengah ii) Sekolah jenis umum menggunakan bahasa Cina,Tamil dan Inggeris sebagai bahasa Penghantar iii) Pendidikan rendah adalah wajib iv) Bahasa Ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon. v) Sekolah pelajaran,sistem peperiksaan,latihan perguruan dan sistem Nazir yang sama.

2. Kerjasama Kaum Kearah Berkerajaan Sendiri


Kerjasama kaum menjadi prasyarat bagi PTM untuk berkerajaan sendiri. a)Sistem ahli. Idea penubuhan oleh Dato Onn Jaafar Diperkenalkan untuk melatih orang melayu dan kaum lain dalam pentadbiaran Tanah Melayu dilaksanakan April 1951-Jun 1955 Ciri-ciri sistem Ahli. i) Sistem kabinet bayangan ii) Anggota dikenali sebagai ahli

iii)

iv) v)

Pelantikan oleh pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu Ahli di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British Ahli seramai 9 orang 5 penduduk Tanah Melayu 4 pegawai British.

b)Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan. Persekutuan i) secara kuatkuasa undang-undang ii) secara permohonan iii) Secara naturalisasi iv) RIDA ditubuhkan sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan negeri pada tahun 1951 Tujuan RIDA adalah membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang melayu Tukar ganti menunjukkan kerjasama erat antara orang melayu dengan kaum lai n demi merialisasikan perpaduan kaum c)Parti perikatan Penubuhannya melahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum Kerjasama tersebut dapat mewujudkan suasana politik yang stabil dan kepentingan ekonomi terjamin. Kerjasama ini juga dapat melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya

d)Pilihanraya pilihanraya diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang boleh memerintah. i) Majlis Bandaran ahli-ahli majlis Bandaran dipilih melalui pilihanraya oleh penduduk bandar berkenaaan 1951 - Di Georgetown,Pulau Pinang 1952 - Di Kuala Lumpur ii) Pilihanraya Negeri kemenangan parti perikatan UMNO-MCA menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kerjasama antara kaum dalam politik tanah air konsep kerjasama mengukuh keyakinan rakyat kepada Parti Perikatan

iii) 1954

Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan British telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya

Peruntukan jumlah keseluruhan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ialah sebanyak 100 kerusi. Jawatankuasa mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.Parti Perikatan menentang dan menuntut tiga perlima akhirnya dipilih. Tunku Abdul Rahman telah ke London untuk menuntut kerusi dalam pilihanraya tetapi gagal. d)Pilihanraya pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan i) Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan pada 27 Julai 1955. ii) Parti Perikatan telah mengeluarkan Manifesto yang pertama dalam Pilihanraya. dalam tempoh 4 tahun kemerdekaan akan dicapai pendidikan rendah diwajibkan melindungi hak-hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan Menamatkan daruat Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan iii) Kemenangan Parti Perikatan adalah kerana:sikap tolak ansur parti dalam pembahagian kerusi pilihanraya kebijaksanaan pemimpin kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik negara kesepakatan menentang komunis semangat untuk mencapai kemerdekaan Manifesto pilihanraya yang dapat diterima umum Rumusan --Kemenangan Parti Perikatan dalam setiap Pilihanraya telah menunjukkan bahawa dasar kerjasama kaum dan politik merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang bangsa.

BAB 5

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

1.Rombongan merdeka a) Matlamat b) Perjanjian London c) Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu d) Suruhanjaya Reid e) Perlembagaan Merdeka 2.Pemasyuran kemerdekaan a) Peristiwa pemasyuran kemerdekaan b) Kandungan pemasyuran kemerdekaan 1.Rombongan merdeka a) Matlamat Rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pihak British Rombongan terdiri daripada empat orang wakil Raja-Raja melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan dengan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman b) Perjanjian London Rundinagan di London telah dipengerusikan oleh Lord LennoxBoyd(Setiausaha Tanah Jajahan British) Rundingan berlangsung dari 18 januari 8 Febuari 1956. Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan 31 Ogos 1957 Perlantikan suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Merdeka Perniagaan dan kepentingan British di Tanah Melayu tidak akan diambil alih oleh Parti Perikatan Bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu satu perjanjian pertahanan dengan British di tandatangani. Konsep raja Berperlembagaan dikekalkan Pembahagian kuasa diantara kerajaan pusat dan negeri di teruskan.

2.Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu a) Suruhanjaya Reid suruhanjaya bebas (Mac 1956) untuk menyusun perlembagaan PTM (Pengerusi) Lord William Reid. Tugas :-i) merangka perlembagaan ii) membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat & negeri iii) menjamin kedudukan Raja-Raja Melayu iv) mewujudkan satu rupa bangsa PTM (Persekutuan Tanah Melayu) Pindaan :-

Negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri. ii) Kerakyatan secara Jus Soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu iii) Kedudukan istimewa orang melayu kekal tanpa menjejaskan kaum lain iv) Institusi Raja-Raja Melayu dan Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan v) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.Bahasa cina dan Tamil menjadi bahasa penghantar di sekolah masing-masing. vi) Agama rasmi ialah agama Islam namun agama lain boleh diamalkan. b) Perlembagaan Merdeka Sebuah kerajaan Persekutuan dengan nama Persekutuan Tanah Melayu Ketua negara ialah Yang di-Peruan Agung Parlimen di bentuk dengan adanya Dewan Rakyat dan Dewan Negara Ketua Pentadbiran ialah Perdana Menteri dibantu sebuah Kabinet Agama Islam ialah agama Persekutuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di PTM dan boleh memohon dengan syarat tertentu. Kedudukan istimewa orang melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara lain.

i)

3.Pemasyuran Kemerdekaan a) Pada 31 Ogos 1957 pemasyuran kemerdekaan PTM telah dilakukan di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur. b) Kemerdekaan ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara ini kepada pemerintah tempatan setelah dikuasai oleh penjajah selama 446 tahun. c) Kandungan pemasyuran Kemerdekaan PTM mencapai taraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan Ratu England. Penguasaan British keatas Negeri-Negeri Selat Terbatal Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 PTM yang merdeka mengandungi Negeri Johor,Pahang,N.Sembilan,Selangor,Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu, Perak,Melaka dan Pulau Pinang. PTM merupakan sebuah negara yang demokrasi. Rumusan :Pemasyuran Kemerdekaan adalah pernyataan kemerdekaan penting sebagai tanda pembebasan negara daripada penjajahan British.

BAB 6 PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK & SABA

1.Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak a. Kekalahan Jepun b. Penyerahan Sarawak Kepada British c. Gerakan Anti Penyerahan d. Reaksi British e. Langkah Ke Arah Kerajaan Sendiri Di Sarawak f. Parti Politik Di Sarawak 2.Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah a) b) c) d) Kekalahan Jepun Penyerahan Sabah kepada British Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah Parti Politik di Sabah

1. Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak a) Sarawak selepas kekalahan Jepun - Sarawak berada dibawah pentadbiran tentera British sehingga Julai 1946 b) Penyerahan Sarawak kepada British - Faktor-faktor penyerahan. i) Desakan daripada kerajaan British ii) Pertikaian keluarga

iii) masalah kewangan - Wakil Charles Brooke iaitu Gerard T.Mac Bryan telah mendapatkan tandatangan ketua-ketua Bumiputera dan pemimpin dalam majlis tertinggi Sarawak dengan menggunakan tipu muslihat. - 8 Febuari 1946,Brooke membuat pengisytiharan pergerakan Sarawak. - Penyerahan mendapat bantahan daripada orang Melayu Dan Iban - Majlis negeri meluluskan rang undang-undang dengan jumlah undi sebanyak 18 menyokong dan 16 menentang - 1 Julai 1946,Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British c) Gerakan Anti Penyerahan - Gerakan menentang penyerahan negeri Sarawak kepada kerajaan British 1946-1949 - Bantahan disertai oleh (PKMS),(BPM),(BPS),(PDS). - Faktor-faktor gerakan anti Penyerahan 1. Perlembagaan 1941 2. Tipu muslihat 3. Anthony Brooke tidak dilantik sebagai raja Sarawak(agar mudah menuntut kemerdekaan) Cara bantahan 1. surat bantahan 2. kawat 3. telegram 4. poster 5. Demonstrasi d) Reaksi British - British mengeluarkan notis pekeliling No. 9 - Kesan notis 1. Kakitangan kerajaan meletak jawatan 2. Tunjuk perasaan setiap 1 Julai (1 Julai 1947 membantah perlantikan gabenor Sarawak Sir Charles Arden Clarke) 3. Barisan pemuda Melayu mengadakan perhimpunan - Tindakan British untuk melemahkan gerakan anti penyerahan 1. penubuhan Young Malay Association (YMA) 2. melagakan orang-orang melayu dengan orang dayak.British menuduh perjuangan anti -

penyerahan hanyalah untuk mengekalkan hak istimewa orang melayu Sarawak. 3. Britisah mencemuh gerakan anti penyerahan dalam majlis-majlis rasmi - Gerakan anti penyerahan semakin lemah akibat propaganda British. - Golongan dari BPM (Barisan Pemuda Melayu) Sibu bertemu secara sulit lalu menubuhkan Rukun Tiga Belas. - Sir Duncan Stewart(Gabenor Sarawak Kedua) telah dibunuh oleh Rosli Dhobi (anggota rukun tiga belas) - British mengharamkan Persatuan Melayu,Sarawak dan kekal berkuasa sehingga tahun 1963 e) Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri -1946 1. Pentadbiran Sarawak disusun semula untuk memudahkan pentadbiran 2. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian 3. Bahagian diketuai oleh seorang Residen 4. Setiap bahagian dibahagi kepada daerah dan diketuai oleh Pegawai Daerah. -1947 1. Majlis tempatan dibentuk untuk memberi peluang ahli-ahli mengambil bahagian dalam pentadbiran tempatan 2. Fungsi menguruskan : pelajaran rendah bekalan air jalan raya kesihatan mengawal perbelanjaan cukai -1956 1.

Satu pindaan dalam keahlian Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Sarawak.Ahli bertambah seramai 10 orang f) Parti Politik Sarawak - Parti negara Sarawak (PANAS) - Parti Bersatu Rakyat (SUPP) - Persatuan Cina Sarawak (SCA) - Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) - Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) - Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)

Parti Perikatan Sarawak SCA BERJASA PESAKA PANAS SNAP

2. Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah a) Kekalahan Jepun - Sabah berada di bawah pentadbiran tentera British b) Pergerakan Sabah Faktor-faktor pergerakan desakan pelabur dan pemodal Eropah mengeksploitasi sumber bahan mentah Menjamin Kedudukan dan keselamatan c) Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah - Perlembagaan baru (1950) Wakil-wakil anak negeri di beri peluang melibatkan diri dalam pemerintahan negeri Majlis Kerja dan Majlis Undangan ditubuhkan - Pilihanraya Majlis Tempatan (1952) memilih perwakilan secara demokrasi - Pindaan Perlembagaan (1960) pindaan perlembagaan bagi menambah jumlah bilangan kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan .Dilantik oleh Gabenor British. - Pilihanraya (1962) British memperkenalkan Pilihanraya Majlis Undangan

d) Parti -

politik di Sabah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) Pertubuhan Sabah Bersatu (USNO) Pasok Momogun Persatuan Cina Sabah (SCA) (Gabungan Parti Bersatu dan Parti Demokratik)

1962 Parti Perikatan ditubuhkan untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya. UNKO USNO SCA Pasok Momogun

Rumusan :Parti Perikatan telah membawa Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan dalam Persekutuan Malaysia.
BAB 7 MALAYSIA YANG BERDAULAT

1. Gagasan Persekutuan Malaysia a) idea pembentukan Persekutuan Malaysia b) Cadangan Tunku Abdul Rahman c) Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia 2.Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia a) Negeri-negeri terlibat b) Negara-negara jiran c) Negar-negara Barat 3.Perjanjian dan Pengisytiharan Persekutuan Malaysia a) Langkah kearah pembentukan Persekutuan Malaysia b) Pengisytiharan Persekutuan Malaysia c) Konfrontasi dan Perdamaian d) Pemisahan Singapura. 1.Gagasan Persekutuan Malaysia a) idea pembentukan Pesekutuan Malaysia - Pembentukan Gagasan Persekutuan Malaysia adalah untuk membebaskan negeri-negeri Sarawak,Sabah,Singapura dan Brunei - Gagasan Persekutuan Malaysia telah dikemukan oleh Tunku Abdul Rahman dan diisytiharkan pada 16 September 1963. b) Cadangan Tunku Abdul Rahman - idea ini mendapat sambutan positif dan pada 1964 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan - Peranan jawatankuasa adalah untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat bagi merialisasikan gagasan Persekutuan Malaysia. c) Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia - mempercepatkan kemerdekaan - keseimbangan kaum - memajukan sosioekonomi - keselamatan dan kestabilan negara 2.Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia a) Negeri-negeri terlibat

Persekutuan Tanah Melayu penduduk pada umumnya menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia - Singapura PETIR ,pimpinan Lee Kuan Yew menerima gagasan Persekutuan Malaysia malah dapat menyelamatkan parti tersebut daripada parti berhaluan kiri. Referendum diadakan bagi meninjau pendapat penduduk.Hasilnya rakyat menyokong - Sabah Kesemua parti politik di Sabah bergabung membentuk parti perikatan dan kebanyakan menyokong gagasan Persekutuan Malaysia Parti Pasok Momogun,pada peringkat permulaan menentang.Namun akhirnya menyokong. - Sarawak Sekular parti politik bergabung membentuk Perikatan Sarawak kecuali SUPP.Semua parti tersebut menyokong untuk menyertai Gagasan Persekutuan Malaysia kecuali SUPP. - Brunei Idea gagasan disokong oleh Sultan Omar Ali Saifuddin tetapi ditentang oleh parti rakyat Brunei,pimpinan A.M Azhari Tentangan kerana menyatakan Brunei akan menjadi Tanah Jajahan Persekutuan Malaysia dan Azhari mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei,Sarawak dan Sabah. Pemberontakan oleh Parti tersebut telah dilancarkan setelah usul ditolak dalam Majlis Undangan Negeri Brunei. Rundingan masih diteruskan tetapi tiada kesepakatan tentang perkara minyak dan kekanan Sultan Brunei dalam perlantikan sebagai Yang diPertuan Agung. Brunei akhirnya menarik diri daripada menyertai gagasan pada Julai 1963. b) Negara-negara Jiran Indonesia Parti Komunis Indonesia (PKI) menuduh gagasan tersebut sebagai Neokolomialisme. PKI berasa tergugat dengan pembentukan kerana gagasan akan menyekat pengaruhnya Presiden Soekarno berhasrat untuk menyatukan Indonesia denagan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesian Raya. - Filipina Filipina menentang kerana Sabah didakwa sebahagian daripada Wilayah Kesultanan Sulu

British tidak bersetuju kerana Laporan Suruhanjaya Cobbold dan PBB mengesahkan rakyat Sabah bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia. c) Negara-Negara Barat - Britain dan Amerika Syarikat menyokong pembentukan gagsan kerana dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura,Sarawak,Sabah dan Brunei.Malah pengaruh Komunis dapat disekat 3.Perjanjian dan Pengisytiharan Persekutuan Malaysia a) Langkah kearah pembentukan Persekutuan Malaysia 27 Mei 1961 Gagasan Persekutuan Malaysia cadangan Tunku Abdul Rahman :- Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia Matlamat - memberi penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah Hasil Laporan - Penubuhan Suruhanjaya Cobbold Feb-April 1962 Suruhanjaya Cobbold Matlamat - meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak Hasil Laporan rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia. - Ogos 1962 Jawatankuasa antara kerajaan (JAK) Matlamat membincangkan hak dan kepentingan Sabah,Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan Hasil Laporan Laporan Tuntutan 20 perkara Sabah - Sept. 1962 Referendum Singapura Matlamat meninjau pendapat penduduk Singapura Hasil Laporan Penduduk bersetuju menyertai Gagasan Persekutuan Malaysia. - Ogos 1963 Suruhanjaya PBB Matlamat meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak atas permintaan Filipina dan Indonesia. Hasil Laporan Penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia. b) Pengisytiharan Persekutuan Malaysia - Pada 9 julai 1963 ,Perjanjian Persekutuan Malaysia telah di tandatangani di London.Antara Kandungan perjanjian Persekutuan Malaysia ialah : Kerajaan persekutuan bertanggungjawab semua urusan hal ehwal luar

Agama rasmi persekutuan ialah Agama Islam.kecuali Sabah dan Sarawak,agama lain bebas diamalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan Bahasa Lain masih boleh digunakan Bahasa Rasmi bagi Sabah dan Sarawak ialah Bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Pembentukan Persekutuan Malaysia Sabah dan Sarawak diberikan Kuasa mengawak hak ehwal imigrasen dan perkhidmatan awam Rakyat Bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Isi perjanjian dimasukkan ke dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia Pada 16 September 1963,lahir sebuah negara Malaysia yang berdaulat.

c)

d)

Konfrontasi dan perdamaian - Indonesia dan Filipina enggan mengiktiraf Malaysia malah memutuskan hubungan diplomatic. - Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia - Pemimpin Indonesia dan Malaysia tetap meneruskan usaha perdamaian Rundingan Bantahan rasmi kepada PBB Pertahanan melalui pasukan pertahanan tempatan Askar wataniah Bantuan ketenteraan daripada Negara-negara komanwel Rakyat Malaysia bersatu menghadapi konfrontasi - Perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ditandatangani pada bulan Ogos 1966.Jeneral Soeharto berjaya mengambil alih kuasa daripada presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September. Pemisahan Singapura - penyertaan singapura dalam persekutuan Malaysia telah menimbulkan banyak masaalah.Singapura telah membangkitkan isu sensitive sehingga meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat.

Faktor Pemisahan Singapura Malaysia Masaalah ekonomi i) menuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian,perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat. ii) Menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat. Pertikaian Parti Perikatan-PETIR i) PETIR menuduh MCA tidak mewakili kepentingan dan kaum Cina iii) PETIR bertanding menetang Parti Perikatan dalam pilihanraya 1964 di Semenanjung Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia i) menuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum ii) menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Rusuhan kaum i) banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentiment perkauman. iii) rusuhan kaum yang berlaku di Singapura Menggugat keselamatan Negara Rumusan :Pemisahan Singapura daripada Malaysia adalah untuk memastikan keharmonian,keselamatan dan perpaduan rakyat Mlaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.Pembentukan Persekutuan Malaysia memajukan semangat kerjasama,setikawan dan sikap toleransi anatara satu sama lain.

You might also like