Mempelawa Individu Menyertai Cadangan Menubuhkan Syarikat Usahasama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MEMPELAWA INDIVIDU MENYERTAI CADANGAN MENUBUHKAN SYARIKAT USAHASAMA.

TUJUAN 1. Tujuan Penubuhan syarikat usahasama ini adalah untuk: i. Membina stesen minyak,kawasan rehat & pusat membeli-belah,bengkel membaiki kereta,restaurant,tempat mencuci kereta serta lain-lain yang berkaitan.

ii. Memperincikan faktor-faktor dan elemen yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih pemegangan saham syarikat. iii. Meningkatkan kecekapan menguruskan perniagaan.

DASAR & STRATEGI i. Mengambilalih eset-eset berpotensi melalui satu perjanjian melibatkan pemindahan hak kepunyaan, tanggungan dan aset kepunyaan pihak yang lain sama ada secara sebahagian atau menyeluruh. Mengurus modal termasuk pembinaan, pengurusan, penyenggaraan, pembaikan dan penggantian aset seperti bangunan, infrastruktur, peralatan dan kemudahan lain bagi membangunkan aset dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Mengurus cadangan projek-projek jangka pendek dan jangka panjang seperti Pelaburan Hartanah, Pengedaran Barang-Barang Kawalan seperti tepung, gula dan minyak masak,Rangkaian Pasar Basah,Penternakan dan lain-lain.

ii.

iii.

. MATLAMAT Matlamat penubuhan ialah beroperasi dengan cekap, bertanggungjawab dan menguntungkan dalam perniagaan stesen minyak,kawasan rehat & pusat membeli belah,bengkel membaiki kereta,restaurant,tempat mencuci kereta serta lain-lain yang berkaitan dan memain peranan dalam usaha membangunkan projek-projek jangka pendek dan jangka panjang yang lain meskipun persaingan sengit terpaksa dihadapi. TANGGUNGJAWAB Penubuhan ini bertanggungjawab terhadap lima pihak: a. Terhadap para pemegang saham syarikat

Untuk melindungi pelaburan para pemegang saham dan menghasilkan keuntungan yang berpatutan. b. Terhadap para pelangan. Untuk memikat dan mengekalkan pelanggan dengan cara memaju dan membekalkan barangan serta perkhidmatan yang menambah nilai dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesan terhadap alam sekitar, dengan sokongan kemahiran teknologi, persekitaran dan perdagangan yang sesuai. Terhadap para kakitangan Untuk menghormati hak-hak kemanusiaan kakitangan, menyediakan suasana kerja yang baik dan selamat bagi kakitangan, dan syarat-syarat perkhidmatan yang menarik dan bersaing untuk menggalakkan pembangunan dan memanfaatkan sepenuhnya kebolehan kakitangan dan peluang kerja yang adil dan saksama, menggalakkan penglibatan kakitangan dalam perancangan dan penentuan hala tuju kerjanya mereka. Kejayaan komersial syarikat bergantung kepada komitmen padu semua kakitangan. Terhadap golongan yang mempunyai hubungan perniagaan dengan syarikat. Untuk berusaha mewujudkan hubungan yang saling menguntungkan dengan para kontraktor, pembekal dan dalam usahasama dan menggalakkan penerapan prinsip-prinsip ini dalam hubungan tersebut. Keupayaan untuk menerapkan dasar ini secara berkesan adalah satu foktor penting dalam menentukan sama ada untuk menjalin atau meneruskan hubungan tersebut. Terhadap masyarakat Untuk menjalankan perniagaan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, mematuhi undang-undang negara di mana syarikat beroperasi, menyatakan sokongan untuk hak-hak asasi manusia selaras dengan peranan sebagai syarikat perniagaan dan menyumbang ke arah pembangunan berkekalan.

c.

d.

e.

KEUNTUNGAN Keuntungan adalah unsur penting dalam menyempurnakan kesemua tanggungjawab ini dan memastikan perniagaan dapat dijalankan sepenuhnya. Keuntungan adalah penentu sama ada perniagaan kita terlaksana secara efisyen, dan sama ada pelanggan menghargai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat. Keuntungan penting untuk memastikan para pemegang saham memperolehi keuntungan yang berpatutan. Syarikat yang ditubuhkan perlu mengikut peruntukan-peruntukan perundangan dan memenuhi harapan pemegang-pemegang saham terhadap pulangan modal. Pemegang-pemegang saham syarikat adalah merupakan pemilik syarikat; tetapi syarikat pula diuruskan oleh pihak pengurusan yang diberi kuasa oleh pemilik-pemilik syarikat ini. Pemilik syarikat tidak dapat meneliti setiap urusniaga yang dikendalikan oleh pihak pengurusan.

Oleh itu untuk memastikan bahawa pengurusan syarikat menjalankan tugas mereka dengan sempurna,syarikat yang ditubuhkan mesti melantik juruaudit. Juruaudit yang dilantik akan memegang jawatan sehingga tamat Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya. Juruaudit bertindak melindungi kepentingan pemegang-pemegang saham serta pengguna-pengguna penyata kewangan yang lain dan meningkatkan kebolehpercayaan penyata kewangan yang disediakan oleh pihak pengurusan. PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT Keahlian dan Mesyuarat Jawatankuasa Audit terdiri daripada tiga (3) Pengarah bebas, bukan eksekutif dengan dipengerusikan oleh seorang yang dilantik oleh lembaga pengarah syarikat usahasama. Ahli-ahli pengurusan kanan akan diwajibkan menghadiri sekurang-kurangnya empat (4) mesyuarat yang akan diadakan setiap empat bulan operasi perniagaan atas jemputan Pengerusi Jawatankuasa Audit . . Ringkasan Aktiviti Jawatankuasa Audit akan menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dibawah bidang tugasannya.Antara aktiviti-aktiviti utama yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Audit pada tahun kewangan berakhir adalah seperti berikut::

i.

Mengkaji dan meluluskan Rancangan Audit Tahunan bagi tahun berakhir. Semasa mengkaji Rancangan Audit Tahunan ini, Jawatankuasa Audit akan mengkaji skop dan liputan aktiviti-aktiviti unit perniagaan bahagian masing-masing dan asas penilaian Audit Dalaman serta pemeringkatan risiko bidang-bidang audit yang dicadangkan. Bersama juruaudit luar, mengkaji strategi audit dan skop audit berkanun bagi penyata kewangan Kumpulan bagi tahun berakhir tersebut. Mengkaji penyata kewangan suku tahunan yang tidak diaudit dan Penyata Kewangan Syarikat dan Kumpulan yang telah diaudit, serta mengesyorkannya untuk diluluskan oleh Lembaga Pengarah, setelah berpuas hati bahawa keperluan laporan kewangan dan pendedahan maklumat daripada audit penyata kewangan oleh juruaudit luar telah dibincangkan. Mengkaji penemuan Juruaudit Luar dan membuat tindakan susulan daripada cadangancadangan yang dibuat.Mengkaji audit terhadap prestasi / operasi syarikat dan membuat cadangan-cadangan yang sesuai berkaitan dengannya. Mengkaji dan membuat penilaian ke atas kecukupan dan keberkesanan tindakbalas daripada pihak pengurusan dalam menyelesaikan isu audit yang dilaporkan. Bermesyuarat dengan juruaudit luar tanpa kehadiran pihak pengurusan untuk memastikan kerjasama diantara pihak pengurusan dan juruaudit luar.Mengkaji proses dan penyiasatan yang dilakukan oleh Juruaudit Dalaman, penemuan audit dan analisis risiko terhadap

ii. iii.

IV.

v. vi.

setiap tugasan audit dan menekankan audit susulan untuk memastikan tindakan pembetulan yang sewajarnya diambil dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Audit Dalaman dilaksanakan. Fungsi Audit Dalaman Syarikat mempunyai Jabatan Audit Dalaman,yang melapor kepada Jawatankuasa Audit dan membantu Lembaga Pengarah memantau dan mengurus risiko dan kawalan dalaman. Jabatan Audit Dalaman bertanggungjawab membuat penilaian bebas sama ada sistem kawalan dalaman mencukupi, cekap dan berkesan dalam mengenal pasti potensi pendedahan kepada risiko bagi proses perniagaan utama dalam syarikat. Jawatankuasa Audit meluluskan rancangan audit dalaman sebelum tahun kewangan yang baru. Skop Audit Dalaman meliputi pengauditan semua unit dan operasi, termasuk syarikat-syarikat subsidiari.Syarikat mengamalkan pendekatan berteraskan risiko dalam pelaksanaan dan pemantauan kawalan.Proses pemantauan turut dijadikan asas untuk terus mempertingkatkan proses pengurusan risiko dalam mencapai matlamat keseluruhan Syarikat. Laporan yang terhasil daripada pengauditan tersebut dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit dan dikemukakan kepada pihak yang berkaitan untuk perhatian dan tindakan mereka.Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tindakan pembetulan terhadap kelemahan yang dilaporkan seperti yang dicadangkan, diambil dalam tempoh masa yang dikehendaki. Pihak pengurusan juga bertanggungjawab untuk memastikan laporan bertulis mengenai tindakan yang dirancang atau disiapkan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Juruaudit Dalaman syarikat. Mesyuarat dan Minit Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun, dan biasanya akan dihadiri oleh Ketua Eksekutif Kumpulan,Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Juruaudit Dalaman Kumpulan dan jika diundang, seorang wakil daripada juruaudit luar. Ahli Lembaga Pengarah yang lain boleh menghadiri mesyuarat atas jemputan Jawatankuasa Audit. Sekurangkurangnya sekali dalam setahun, Jawatankuasa Audit akan bermesyuarat dengan Juruaudit luar tanpa kehadiran mana-mana pegawai eksekutif Kumpulan. Kedua-dua Juruaudit Dalaman dan luar, boleh meminta diadakan mesyuarat jika mereka menganggapnya perlu. Salah seorang daripada Setiausaha Syarikat hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Audit. Minit setiap mesyuarat hendaklah diedarkan kepada setiap ahli Lembaga Pengarah. Pengerusi Jawatankuasa Audit hendaklah melaporkan kepada Lembaga Pengarah mengenai setiap mesyuarat yang diadakan. Kuasa Jawatankuasa Audit hendaklah diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah seperti berikut:-: i. ii. Mempunyai kuasa untuk menyiasat sebarang perkara dalam bidang tugasannya. Sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya.

iii.

Hak penuh, bebas dan tanpa sekatan terhadap sebarang maklumat, rekod, hartanah dan kakitangan Syarikat dan manamana syarikat lain dalam Kumpulan.

iv. Saluran komunikasi terus dengan juruaudit luar dan mereka yang melaksanakan fungsi atau aktiviti juruaudit dalaman (jika ada). v. vi. Boleh memperolehi nasihat profesional bebas atau sebarang nasihat lain. Boleh mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar.

Prinsip tadbir urus korporat yang baik adalah penting untuk mencapai matlamat prestasi keseluruhan Syarikat dengan integriti dan memperolehi dan mengekalkan kepercayaan pihak berkepentingan yang lain. Oleh itu, pengekalan tadbir urus korporat yang berkesan adalah keutamaan penting penubuhan syarikat usahasama ini. PROJEK CADANGAN SECARA USAHASAMA MEMBINA,MENYIAP & MENGUSAHAKAN STESEN MINYAK, KAWASAN REHAT, PUSAT MEMBELI-BELAH,TEMPAT MENCUCI KERETA, RESTAURANT,GERAI TANI,HOME STAY SERTA LAIN-LAIN YANG BERKAITAN DI ATAS LOT 1407. JALAN JENIANG, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN.

CUCI KERETA

RESTAURAN

PASARAYA MINI

HOME STAY

CADANGAN TAPAK PROJEK

KAEDAH KEUNTUNGAN

PULANGAN/INCOME 1. JUALAN MINYAK/PETROL SALES

JENIS MINYAK X PURATA JUALAN SETAHUN X KEUNTUNGAN SELITER CONTOH: RON 95 X 2,500,000L setahun X RM 0.60 = RM 1,500,000 setahun RON 97 X 1,200,000L setahun X RM 0.50 = RM 600,000 setahun DIESEL X 2,000,000L setahun X RM 0.40 = RM 800,000 setahun JUMLAH PELANGAN DARI JUALAN PETROL RM 2,900,000 setahun

2.
o o

PULANGAN JUALAN RUNCIT& LUBRICANT PULANGAN DARI JUALAN MINYAK PELINCIR = RM 50,000 setahun PULANGAN DARI JUALAN RUNCIT = RM 100,000 setahun JUMLAH PULANGAN DARI JUALAN RUNCIT DAN PELINCIR RM 150,000 setahun

3.

PULANGAN DARI SEWAAN DAN LAIN-LAIN CONTOH PULANGAN SEWAAN YANG DITERIMA DARI SEWAAN GERAI PULANGAN DARI CUCIAN KERETA = RM 250,000 setahun PULANGAN DARI RESTAURAN = RM 650,000 setahun PULANGAN DARI GERAI TANI = RM 200,000 setahun PULANGAN DARI HOME STAY = RM 120,000 setahun JUMLAH PULANGAN DARI SEWAAN DAN LAIN-LAIN = RM 1,220,000 setahun

4.

JUMLAH PULANGAN KASAR (GROSS)(1+2+3)

= RM 4,270,000 setahun

(TOLAK -)

A.
o o o

KOS OPERASI GAJI/EPF/SOCSO RM XX,XXX UTILITI RM XX,XXX Nota: apa-apa jua perkara yang membolehkan syarikat beroperasi

JUMLAH KOS OPERASI

RM XX,XXX

B.
o o o o o o

KOS PENGURUSAN LESEN RM XX,XXX BAYARAN SEKRETERIAT RM XX,XXX AUDIT FEE RM XX,XXX BAYARAN AM RM XX,XXX TANGGUNGAN HUTANG RM XX,XXX Nota: apa-apa jua perkara yang melibatkan pengurusan operasi syarikat

JUMLAH KOS PENGURUSAN RM XX,XXX

C.
o o o o

KOS TAHUNAN PEMBAIKAN DAN PENJAGAAN RM XX,XXX INSURAN KEBAKARAN RM XX,XXX CUKAI TAKSIRAN RM XX,XXX CUKAI TANAH RM XX,XXX JUMLAH KOS TAHUNAN RM XX,XXX

5. 6.

JUMLAH KOS TAHUNAN (A-B-C)

RM XX,XXX RM XX,XXX

JUMLAH PULANGAN SELEPAS TOLAK KOS (A-B-C)

(BAKI BOLEH BAHAGI) (TOLAK -)

PEMBAHAGIAN o BAHAGIAN PENGUSAHA RM XX,XXX o BAHAGIAN PEMEGANG SAHAM RM XX,XXX o SIMPANAN MENANGGUNG RISIKO RM XX,XXX o BAYARAN ROYALTI RM XX,XXX o Nota: apa-apa jua kos yang perlu di keluarkan oleh pengusaha tetapi tidak dikategorikan di dalam kumpulan pengurusan dan operasi JUMLAH PEMBAHAGIAN RM XX,XXX

JUMLAH PULANGAN /KEUNTUNGAN BERSIH RM XX,XXX

MINAT EMEL KEPADA

jvfund@yahoo.com

You might also like