Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

KEPENTINGAN KREATIVITI DALAM PENGURUSAN BERKUALITI Oleh: Norasmah Mohd Noor Pengurusan sangat penting di dalam sesebuah organisasi.

Sebesar mana sesuatu organisasi tersebut, sama ada swasta atau kerajaan, fungsi utama pengurusan terletak di bawah tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah, penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi tersebut. Kecemerlangan sesebuah organisasi tersebut bergantung kepada kualiti pengurusannya. Kualiti di sini merujuk pula kepada kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk dan

perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh beberapa tokoh yang membicarakan tentang kualiti ini daripada perspektif yang berlainan. Definisi kualiti di bawah ISO 9000 ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat (JPM, 2008). Dalam Implementing Total Quality (Goetsch & Davis, 1995), Fred Smith of Fedral Express mendefinisikan kualiti sebagai performance to the standard expected by the customer. Terdapat juga beberapa orang tokoh yang telah banyak menyumbang dalam falsafah pengurusan kualiti seperti W Edwards Deming, Kaoru Ishikawa, Joseph Juran, Armand Feigenbaum dan Philip Crosby. Menurut Ahmad Zamri Mansor (2011), Deming telah mendefinisikan bahawa kualiti adalah ditentukan oleh pelanggan pada peringkat awalnya dan meluaskan definisi kualitinya kepada membuatkan setiap orang melaksanakan dengan tepat pada kali pertama. Dalam mempertingkatkan kualiti, Demings telah menciptaDeamings Seven

Deadly Diseases dan Demings 14 points. Kaoru Ishikawa, seorang ahli kumpulan penyelidikan kawalan kualiti bagi Union of Japanese Scientists and Engineers pula mendefinisikan kualiti sebagai memenuhi keperluan pelanggan. Menurut beliau lagi, perkhidmatan yang berkualiti akan dicapai jika kepuasan pelanggan dapat dipenuhi. Ishikawa telah menekankan bahawa pihak pengusaha organisasi juga haruslah memberikan banyak usaha dalam membentuk pekerja dan organisasi yang berkualiti supaya produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dapat memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan. Joseph Juran mendefinisikan kualiti sebagai penyesuaian untuk kegunaan, iaitu dari segi ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dan jaminan terhadap bebas dari kegagalan (freedom from failure). Juran menekankan kepada tiga perkara penting untuk menjayakan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi iaitu komitmen dan tindakan dari pihak pengurusan, latihan dalam pengurusan kualiti menyeluruh dan penambahbaikan kualiti secara berterusan. Menurut Ahmad

Feigenbaum pula, kualiti didefinisikan sebagai produk yang paling berfaedah yang dibuat mengikut spesifikasi pelanggan. Beliau turut berpendapat bahawa faktor teknologi dan manusia membawa ke arah peningkatan kualiti. Tokoh yang membawa konsep kualiti menyeluruh ke peringkat yang lebih difahami iaitu Philip Crosby menyatakan bahawa kualiti bukan saja betul, malah ia juga percuma. Beliau telah membentuk gerakan sifar di Martin Marietta pada tahun 1960-an yang bercanggah dengan teori-teori stratistikal Deming yang mengatakan bahawa kesilapan sentiasa berlaku di dalam mana-mana organisasi.

Berdasarkan pandangan-pandangan beberapa tokoh yang dibincangkan, penulis lebih cenderung melihat kualiti yang dibangunkan oleh Armand Feigenbaum. Dalam falsafah kualiti yang dibangunkan oleh Feigenbaum, pengawalan kualiti menyeluruh adalah satu sistem yang efektif yang mengintegrasikan pembangunan kualiti, penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha penambahbaikan kualiti oleh pelbagai pihak dalam sesebuah organisasi untuk membolehkan fungsi-fungsi organisasi mencapai tahap ekonomik yang seterusnya dapat memenuhi kepuasan pelanggan (Ahmad Zamri Mansor, 2011). Beliau turut berpendapad bahawa faktor teknologi dan manusia dapat membawa ke arah peningkatan kualiti. Namun, faktor manusia dianggap lebih penting dalam mencapai kualiti. Pengawalan kualiti bukan sahaja penting dalam peringkat

pengeluaran, malah juga penting dari segi pemasaran serta perkhidmatan selepas jualan (ibid). Organisasi yang produktif berupaya untuk bersaing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Oleh itu mereka berusaha untuk meningkatkan produktiviti menerusi teknologi moden bagi mengeluarkan produk dan perkhidmatan baru dengan harga yang lebih kompetatif. Persaingat sengit, perubahan cita rasa pengguna serta peningkatan tahap pendidikan masyarakat, kekurangan tenaga pekerja dan kekurangan sumber pengeluaran menyebabkan organisasi memberi penuh perhatian kepada peningkatan produktiviti dan kualiti. kualiti produk atau perkhidmatan ini boleh diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan. Untuk mencapai kualiti yang diingini kreativiti sangat penting dalam membangunakan organisasi yang bertaraf world Class. Dalam pengurusan sesebuah organisasi yang menekankan kualiti, kreativiti boleh memainkan peranan penting ke arah meningkatkan kualiti pengurusan. Penulis melihat

kepentingan kreativiti ini menerusi pendekatan cost of conformance Feigenbaum dan juga konsep Kawalan kualiti menyeluruh (Total Quality Control) dalam melaksanakan program kualiti beliau. Dalam falsafah kualiti yang dibangunkan oleh Feigenbaum, Pengawalan Kualiti menyeluruh adalah satu sistem yang efektif yang mengintegrasikan pembangunan kualiti, penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha penambahbaikan kualiti oleh pelbagai pihak dalam sesebuah organisasi untuk membolehkan fungsifungsi organisasi mencapai tahap ekonomik yang seterusnya dapat memenuhi kepuasan pelanggan. Apabila manusia dianggap lebih penting dalam mencapai kualiti, maka kreativiti amat penting dalam mengendalikan sesebuah organisasi. Kreativiti dianggap sebagai kebolehan semulajadi dan individu yang mempunyai kebolehan itu dianggap sebagai seorang yang mempunyai beberapa kualiti sejati yang jarang dijumpai. Menurut Jones (1972), manusia sememangnya mempunyai potensi untuk bersifat kreatif. Dengan persekitaran dan teknik yang sesuai maka potensi kreatif ini boleh dikenalpasti, dipupuk dan diukur. Bagi Torrence (1974) pula, kreativi merupakan satu proses yang menjadikan seseorang itu peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenalpasti perkaraperkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubahsuai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain. Pengurusan kualiti sesebuah organisasi tidak seharusnya mementingkan kualiti pengeluaran dan perkhidmatan tetapi turut mengujudkan budaya kualiti dan kreativiti terhadap sumber manusia dalam organisasi tersebut. Dengan memiliki sumber manusia

yang kreatif dan berkualiti, pengurusan sesebuah organisasi itu mampu untuk meningkat maju. Anjakan paradigma dalam pemikiran dengan menanamkan unsurunsur kreatif di samping budaya kualiti yang sedia wujud seharusnya diberikan keutamaan. Sebagai contoh dalam meningkatkan kualiti banyak organisasi yang mengamalkan konsep TQM dengan menggunakan opsyen-opsyen tertentu seperti JustIn-Time, Statistical Process Control, Quality Circle dan sebagainya. menerusi opsyen ini, mereka cuba meningkatkan idea yang inovatif dan mampu dilaksanakan dalam persaingan dengan organisasi-organisasi yang lain. Pengurusan yang berkualiti dengan menerapkan unsur-unur kreativiti boleh mendatangkan faedah kepada sesebuah organisasi dan ini boleh dilakukan dengan anjakan paradigma dalam pemikiran menerusi penerapan unur-unsur kreativiti dalam pengurusan. Dalam menghadapi era pasaran global, pemikiran terhadap pengurusan, memerlukan perubahan atau anjakan paradigma dalam pemikiran tentang kualiti pengurusan secara teori dan praktis, ia akan melibatkan kualiti dan kuantiti sesuatu keputusan yang dihasilkan. Pelbagai perkara perlu diambilkira dalam mengurus sesebuah organisasi seperti pengurusan berasaskan masa, perkembangan yang pesat terhadap teknologi, pengeluaran intensif, pendidikan untuk tenaga kerja, kewangan berasaskan aktiviti dan sebagainya. Untuk mencapai perubahan dalam struktur, sistem, perhubungan dan bentuk aktiviti yang mengintegrasikan kesemua matlamat,

pengurusan sesebuah organisasi itu perlu membuat penyesuaian terhadap perubahan dalam paradigma pemikiran. Penulis sangat menekankan kreativiti dalam meningkatkan kualiti pengurusan kerana terdapat banyak pandangan cendikiawan terhadap pengurusan yang berkaitan

dengan kreativiti ini dapat melonjakkan sesuatu organisasi di peringkat antarabangsa dan dianggap world class. Menurut Stenberg dalam Breakthrough Thinking In Total Quality Management (Hoffher, Moran and Nadler, 1994) Identifies three different types of intelligence analytical, creative and constextual play equally important roles in solving different types of problem. Kenyataan ini membuktikan bahawa peningkatan keberkesanan dan pemikiran yang kreativiti adalah penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang yang timbul. Terdapat kreativiti beberapa ini seperti syarikat The besar Geberal peringkat Services

antarabangsa

menekankan

Administration, USA menekan: meeting the customer needs the first time and every time. Syarikat Boeing pula: Providing our customers with products and services that consistenly meet their needs expectations. Goetsch & David (1995), menyatakan bahawa quality is a dynamic atate associate with product, services, people, processes enviromental that meet or exceed current expectations. Dinamik disini merujuk kepada kualiti di mana kualiti boleh dan sentiasa berubah. Manakala produk, perkhidmatan, manusia dan persekitaran menunjukkan bahawa kualiti tidak sahaja tertumpu kepada produk dan perkhidmatan tetapi juga melibatkan manusia dan proses serta persekitaran di mana kualiti itu disediakan. Penekan ini kepada kreativiti ini boleh kita perhatikan kepada kreatif dan inovatif yang ditonjolkan oleh syarikat penerbangan Air Aisa. Syarikat penerbangan ini begitu kreatif dalam pengendalaikan penerbangan setanding dengan Syarikat Penerbangan Mas yang telah lama beroperasi. Di atas kekreatifan dan inovatif syarikat ini, maka ia telah mula melakar perjalanan ke peringkat antarabangsa dalam tempoh yang singkat. Ini

bertepatan dengan pandangan Mumford & Gustafson (1988) yang melihat kreativiti sebagai penjanaan produk-produk yang bersifat novel dan berguna bagi masyarakat. Bagi meningkatkan produktiviti berdasarkan kreativiti di dalam sesebuah organisasi, beberapa elemen yang dikemukan oleh Hoffher, Moran dan Nadler (1995), boleh dijadikan garis panduan di dalam pengurusan. Antaranya ialah mewujudkan peraturan tentang kritikan apabila sesuatu idea itu dijanakan khususnya di dalam mesyuarat, menggalakkan free wheeling biarpun seganjil mana idea yang diberikan, cuba meningkatkan idea dengan membina atau mencantumkan dengan idea-idea lain, setiap orang dilayan dengan secara adil dengan mengenepikan perbezaan status dalam masyarakat, mengekalkan sikap yang positif, menangani idea-idea sebaik mungkin dengan menukarkan kemungkinan yang negatif kepada positif dan menggalakkan komitmen pihak atasan terhadap polisi yang menyokong kepada perubahan dan peningkatan berterusan. Perkara-perkara yang dinyatakan oleh Hoffher, Moran dan Nadler ini merupakan langkah penting yang boleh diamalkan dalam pengurusan berkualiti sesebuah organisasi bagi mewujudkan budaya kreativiti. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi yang ingin maju dan terkehadapan haruslah mengamalkan sikap mementingkan kreativiti dalan meningkatkan kualiti organisasi. Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibincangkan oleh penulis, kualiti dan kreativiti merupaka dua elemen yang boleh disepadukan dalam pengurusan sesebuah organisasi. Keutamaan kepada perkhidmatan dan kepada pelangggan memerlukan seseorang itu kreatif dan inovatif. Oleh itu pihak pengurusan perlu mewujudkan unsur kreativiti dalam mengurusan organisasi mereka. Idea-idea yang kreatif perlu dipupuk dan digalakkan bagi menghasilkan pemikiran yang berkualiti di samping insentif kepada

subordinat agar berupaya mempengaruhi tingkahlaku dalam tugasan mereka khususnya untuk melaksanakan sesuatu yang menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti.

BIBLIOGRAFI Ahmad Zamri Mansor (2011). Kumpulan TQM Definisi Kualiti (Perbandingan di antara Tokoh-tokoh). Tutorial2313. blogsot.com. (Dimuat turun pada 6 Mei 2011). Ainon dan Abdullah (1995). Kemahiran Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Pub & Dist. Sdn. Bhd. Fadzila Azni Ahmad (2010). Pengurusan Kualiti yang Lazim. Http:// (Dimuat turun pada 6 Mei 2011) Goetsch, D. L. and Davis, S. (1995). Implementing Total Quality. Englewood: Prentice Hall. Jersy Hoffher, G. D., Moran, J. W. and Nadler, G. (1994). Breakthrough Thinking In Total Quality Management. N. Jersey: Prentice Hall. Krishnamurthy V. (1986). Developing Work Ethos for People Productivity. New York: John Weatherhill, Inc. Yong, L. M. S. (1994). Kreativiti: Ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

TAJUK 10 : PENINGKATAN KUALITI


PENGENALAN Pendidikan prasekolah dianggap semakin penting kepada ibu bapa. Ini dapat dilihat daripada peningkatan bilangan kelas prasekolah anjuran kerajaan dan swasta.Pemilihan tadika oleh ibu bapa kebanyakannya berpandukan populariti . Mereka tidak didedahkan perkara yang diperlukan oleh anak-anak iaitu mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak dan tahap keupayaan anak-anak. Begitu juga dari segi kualiti perkhidmatan pendidikan yang yang ditawarkan tidak pernah dipertimbangkan. Hal ini memberi kesan kepada pendidikan yang tidak seragam dan menjejaskan masa depan kanak-kanak serta negara. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan satu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan bertujuan bagi menyelaras dan menyeragamkan kurikulum pendidikan prasekolah di negara kita. Keseragaman kurikulum ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang menjana generasi akan datang yang berketerampilan daripada segi sahsiah dan intelektual. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat

1. Mengenalpasti kualiti-kualiti yang perlu ada disesebuah kelas parsekolah. 2. Menghuraikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikuasi oleh guru. 3. Membincangkan pelbagai bentuk strategi pengajaran guru agar kualiti prasekolah senantiasa meningkat dari semasa ke semasa 4. Menghuraikan bentuk-bentuk program prasekolah yang dapat meningkatkan kualiti prasekolah . 5. Menyatakan cara-cara untuk mengawal langkah-langkah kesihatan kanak-kanak 6. Menyatakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak diprasekolah. 7. Membincangkan jenis-jenis persekitaran dan penyediaan ruang pembelajaran untuk kanakkanak prasekolah.

Pengajaran dan pembelajaran


Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilihat menerusi tingkahlaku dan perkembangan murid. Murid-murid meningkat dari segi perkembangan kognitif, sosialisasi, emosi dan fizikal. Pengajaran Guru Beberapa teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan oleh guru.

a. Belajar Melalui Bermain

Main merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Kanakkanak belajar menerusi bermain untuk memahami persekitarannya. Konsep main untuk orang dewasa adalah berbeza. Main bagi orang dewasa ialah riadah seperti bersukan untuk kesihatandan keseronokan. Kanak-kanak bermain untuk belajar sambil mendapat keseronokan.
Kebaikan bermain untuk kanak-kanak adalah seperti berikut: (i) Menguasai kemahiran dan pengetahuan baru (ii) Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus (iii) Meningkatkan daya imaginasi (iv) Meningkatkan sosialisasi (v) Menyelesaikan masalah

b. Pendekatan Bertema Pendekatan bertema seringkali diguna pakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik. Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Ia merupakan pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Pengajaran bertema membolehkan pelajar

mengubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran dalam bidang-bidang kurikulum tertentu. Organisasi sesuatu pelajaran menggunakan pendekatan bertema, pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekpresikan sesuatu tema yang diterima pakai.Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan ini. c. Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu dapat membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya terpisah-pisah. Kesemua unsur yang ada pada diri manusia dikembangkan secara optimum dan pengembangan itu dilakukan secara tidak berasingan tetapi sentiasa dikaitkan antara satu sama lain.

Konsep bersepadu ini hendaklah dilaksanakan dengan, Teras kesepaduan adalah Rukun Negara Pendidikan bersepadu memberi peluang kepada kanak-kanak Mendalami atau meneroka sesuatu topik Lebih banyak pilihan & motivasi untuk belajar dengan kepuasan Pembelajaran lebih aktif, menyeronokkan & bermakna Meningkatkan daya imaginasi & kreativiti Mengembangkan kemahiran berbahasa Menghayati nilai-nilai murni Belajar bersama rakan sebaya

Aspek-aspek Kesepaduan Kesepaduan antara komponen Kesepaduan kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai murni Kesepaduan aktiviti dalam dan luar kelas Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid Kesepaduan berbagai kaedah dan teknik Kesepaduan teori dan amali Kesepaduan pengalaman langsung Kesepaduan rohani dan jasmani

d. Pendekatan Projek Pendekatan projek di dalam Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendekatan yang memperkembangkan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Projek boleh dijalankan secara kelas atau dalam kumpulan kecil Kebaikan menggunakan pendekatan projek:

a.

Projek memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan dramatik, pembinaan, melukis dan mewarna. Dengan cara ini projek dapat menghubungkan aktiviti-aktiviti tersebut dengan kehidupan diluar sekolah. Pendekatan projek memberi peluang kanak-kanak untuk menjalankan kajian sendiri dan membentangkannya didalam pelbagai cara. Kanak-kanak berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.

b.

c.

e. Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak. Matlamat ICT Penggunaan ICT dapat mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat. Penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin dengan kaedah pengajaran untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajjaran dan pembelajaran. Membantu kanak-kanak mengembangkankebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Ramai kanak-kanak belajar secara field dependent. Belajar secara konkrit. Mereka mudah faham jika ada rajah, ilustrasi dan latihan. Dalam ICT terrdapat bahan yang interaktif, grafik, teks dan muzik yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Internet membolehkan kanak-kanak meneroka, mencari bahan. Dapat meneroka berulang kali. E-mail (komunikasi), net meeting membolehkan guru dan kanak-kanak bertukar idea.

Kelebihan ICT Dalam P&P Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak penerokaan dan penemuan. Membawa sikap positif mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.

ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala. Ia menarik kerana bercorak interaktif. Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai. Bahan dapat digunakan berulangkali

Pembelajaran kanak-kanak Untuk melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran di prasekolah, pengelolaannya dibahagikan secara kelas, kumpulan dan individu. a. Aktiviti Kelas. Kajian menunjukkan bahawa pengajaran secara keseluruhan kelas sebagai pengajaran langsung didapati paling efektif bagi pengajaran kemahiran asas. Akan tetapi untuk menggunakannya potensi pengajaran secara keseluruhan, guru-guru perlu memastikan bahawa struktur pelajarannya dan perkembangan kandungan seharusnya jelas kepada pelajar. Akriviti kelas merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan keseluruhan kelas untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan dan memberikan maklumat semasa perbualan pagi, memberi arahan, penerangan dan membuat aktiviti penamat pada setiap akhir pembelajaran. Aktiviti kelas yang lain adalah seperti; Membuat percubaan Berlakon Menyanyi beramai-ramai Menonton Bercerita Membuat lawatan Bersoal jawab Menyampaikan maklumat kepada kelas Untuk pengajaran secara aktiviti kelas, terdapat panduan yang perlu diikuti oleh guru. Memberi fokus kepada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan penggunaan frasa yang kabur. Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsep-konsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi membantu kanak-kanak mengekalkan dan memahani topik. Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Bahan pengajaran hendaklah disampaikan dalam langkahlangkah kecil mengikut tahap kanak-kanak dan kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar kelangkah seterusnya.

Menjadikan penyampaian tentang sesuatu topik sejelas mungkin. b. Kumpulan.

Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran pembelajaran telah membawa kepada perkembangan teknik pengajaran aktiviti kumpulan. Pengajaran kumpulan menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti kumpulan ialah satu kaedah pengajaran pembelajaran yang membahagkan kanak-kanak kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbezabeza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan masing-masing Tiga alternatif asas mengumpulkan kanak-kanak ialah: Kumpulan mengikut kebolehan Kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek yang sama sekiranya ditempatkan di dalam kumpulan yang sama akan mencapai potensi mereka yang maksimum jika diberi cabaran dan dikelilingi oleh mereka yang mempunyai tahap perkembangan intelek yang hampir sama. Kumpulan mengikut minat Pengumpulan mengikut minat adalah suatu proses pemilihan kendiri. Biasanya, ia berorientasikan projek. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang mahu membuat kajian tentang pengangkutan dalam komuniti mereka dalam mata pelajaran kajian tempatan boleh bekerja bersama-sama . Pelajar-pelajar ingin mempelajari tentang sumber asli di tempat-tempat tertentu boleh membentuk kumpulan yang lain. Pelajar-pelajar yang berminat untuk sama-sama berbincang tentang sumber manusia boleh membentuk satu kumpulan yang lain. Kumpulan mengikut kadar pencapaian Biasanya pengumpulan mengikut kebolehan atau minat akan dapat menentukan kadar pembelajaran sesuatu kumpulan. Guru seharusnya tahu bahawa pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza walaupun mereka mempunyai kebolehan yang sama. Sebagai contoh , kumpulan yang berkebolehan mungkin akan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang lebih lama kerana ingin mendalami projek tersebut. Sebaliknya, kumpulan pelajar lain mungkin berupaya untuk mencapai objektifnya tetapi pada kadar yang berlainan. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan dalam kelas/bilik darjah, guru sepatutnya bergerak daripada satu kumpulan kepada kumpulan yang lain untuk membimbing dan menyelia mereka sekiranya perlu. Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua untuk meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan kerja diselesaikan mengikut rancangan . Guru juga sepatutnya meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Ringkasan yang baik digunakan untuk memotivasikan pelajar berusaha untuk penambaikan. Hasil kerja yang baik boleh dipamerkan dalam kelas. Pengajaran kumpulan paling baik digunakan apabila pembelajaran yang melibatkan pelajar digalakkan.

Contoh aktiviti kumpulan: Bentuk doh Main pondok Main bongkah Main cantuman puzzle Main permainan tradisional Berkebun Penerokaan Permainan bahasa/ matematik Membuat kolaj/capan/cetakan/melukis/mewarna Pertandingan menyusun huruf/perkataan/ gambar bersiri

c. Individu Pengajaran individu telah menjadi agak terkawal dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan seperti mana jenis-jenis pengajaran yang lain, ia membawa makna yang berbeza kepada orang lain. Pada asasnya pengajaran individu boleh dikatakan sebagai pembelajaran mengikut kadar individu adalah berasaskan pada premis di mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang mengambil masa yang lebih. Pelajar bekerja untuk mencapai matlamat yang sama, tetapi ada yang mencapai matlamat dengan lebih awal. Pengajaran jenis ini diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting. Jenis-jenis pengajaran individu Dalam pengajaran individu, setiap pelajar bukan sahaja belajar mengikut kadar masing-masing tetapi juga memilih yakni selalunya dengan bantuan guru iaitu matlamat yang spesifik dan tugasan individu. Sebagai contoh , pelajar dan guru akan menentukan objektif pencapaian dan kemudiannya membuat pilihan tugasan-tugasan yang dirancang untuk mencapai objektif. Kebaikan pengajaran individu ini ialah dapat mempertingkatkan tanggungjawab , memenuhi kehendak-kehendak tertentu , membolehkan penjadualan yang fleksibel dan memastikan kualiti yang berterusan. Walaubagaimanapun , kelemahan pengajaran individu ialah ia mahal , mengambil banyak masa dan mengurangkan aktiviti kumpulan. Perlu diingat bahawa latihan dan perkembangan manusia , sama ada dalam urusan perniagaan atau sekolah adalah dicipta / dibuat untuk pelajar dan tidak untuk memudahkan guru. Contoh aktiviti individu: Melukis Menyusun bongkah Menggunting/menampal Menguntal manik / bunga Mengenakan butang baju Membaca buku kecil / kad bacaan. 10.1.2 Tindakan susulan Berdasarkan kepada huraian diatas, beberapa tindakan susulan perlulah dilakukan dengan sempurna. Ini adalah disebabkan untuk menjadikan sebuah prasekolah yang berkualiti peranan

guru di dalam menguruskankan penggunaan kaedah, teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlulah ditingkatkan mengikut kemampuan dan kefahaman anda memahami keperluan kanak-kanak. Program Prasekolah Kebanyakkan ibu bapa berkehendakan bahawa anak memasuki prasekolah yang berkualiti sahaja agar dapat membantu anaknya mencapai taraf kehidupan kepada kedudukan yang baik apabila dewasa nanti. Untuk itu ibu bapa akan memilih hanya prasekolah yang berkualiti dan mengikut spek yang membolehkan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh terutamanya dari segi pemakanan, keselamatan, kawasan, kedudukan dan persekitaran prasekolah itu sendiri. Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai. Ada yang menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Model Froebel, Montessori, Piaget, Head Start, Perkembangan Menyeluruh, Kurikulum Terbuka dan Campuran dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model tradisional dan ini dianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak yang sepatutnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial, personaliti, moral dan potensi kanak-kanak. Prasekolah anjuran agensi kerajaan pula menekankan aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan kognitif. Berdasarkan program yang ada ibu bapa dapat memilih program yang dikehendaki. Ciri-ciri program yang dikehendaki antaranya ialah : Program yang boleh membantu kanak-kanak meningkatkan tahap akedemik dan kejayaan kanak-kanak. Ini adalah disebabkan banyak terdapat kegagalan dalam pelajaran akibat prasekolah yang dimasuki tidak membantu memperkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Program yang menekankan Literasi kanak-kanak dan kesediaan untuk membaca. Persekitaran prasekolah yang akan dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan sosialisasi dan kemahiran tingkahlaku yang positif. Rumusan Kualiti pendidikan prasekolah perlu ditekankan secara menyeluruh. Pentadbiran dan pengelolaan organisasi prasekolah perlu menitikberatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada ibu bapa dan masyarakat. Latihan 1:: Jelaskan perbandingan bentuk program kanak-kanak antara program Head start, program Montessori, High Scope.

10.3 Persekitaran Prasekolah Jenis-jenis Pusat Pembelajaran di ruang dalaman kelas Prasekolah dan aktiviti a. Sudut Pembelajaran Kognitif. Pusat pembelajaran ini sangat penting kerana ia boleh merangsangkan proses pemikiran kanakkanak ketahap yang lebih tinggi dan komplek Untuk itu peralatan yang terdapat dipusat pembelajaran ini perlulah banyak yang merangsangkan minat dan kebolehan kanak-

kanak untuk meningkatkan keupayaan dan tahap pencapaiannya, Disamping itu pusat kognif ini juga dapat membina atau untuk membentuk keyakinan, sifat berdikari dan belajar kendiri. Menurut Piaget: dipusat pembelajaran inilah kanak-kanak akan dapat membentuk dan menambahkan lagi ilmu pengetahuannya . Manakala Dewey pula bependapat kanak-kanak akan:dapat memahami dengan lebih mendalam lagi jika dia melakukan sendiri aktiviti itu. b. Pusat Pembelajaran Main Peranan: Sudut ini merupakan sudut untuk membina keyakinan diri dan semangat berdikari serta memupuk sifat kerjasama. Disudut ini juga kanak-kanak akan memegang beberapa watak dan akan berperanan dengan watak-watak tertentu dan ini membolehkan kanak-kanak itu mendalami watak-watak itu yang dipegangnya. Untuk itu aktiviti untuk menggambarkan diri sendiri serta orang-orang lain seperti bercerita dan berlakon yang diadakan samada didalam bentuk kumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk menggalakkan kepada perkembangan sosioemosi yang mementingkan kepada kemahiran berkomunikasi. c. Pusat Pembelajaran muzik Pada pusat pembelajaran ini kanak-kanak akan diberi peluang untuk menggunakan pelbagai peralatan muzik yang mudah dan ringkas seperti piano, pianika, tamborin, kastenet, kompang, kerincing dan drum untuk belajar mencipta bunyi, mengikut rentak dan irama serta mendisiplinkan diri dengan bermain muzik mengikut peraturan. Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan adalah seperti menyanyikan lagu-lagu mudah sambil bertepuk tangan dan membuat pergerakan mengikut lirik atau irama serta memainkan alat muzik. Ini bermakna pusat pembelajaran muzik ini sangat sesuai untuk membentuk disiplin dan akan dapat untuk menggalakkan perkembangan sosio-emosi dan kognitif. Disamping itu telivisyen, radio dan VCD perlu diadakan untuk kanak-kanak melihat dan menonton pelbagai rancangan kanak-kanak. d. Pusat Pembelajaran Bahasa Di Pusat pembelajaran bahasa ini diletakkan rak-rak buku, meja, kerusi dan pelbagai buku cerita serta pelbagai media yang bertujuan untuk kanak-kanak berkomunikasi dan aktiviti bahasa dan literasi. Aktiviti-aktiviti berbahasa atau literasi yang kerap diadakan adalah seperti aktiviti bercerita, membaca buku dan permainan kad huruf. Kesemua akrtiviti ini dapat merangsangkan perkembangan bahasa dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi seperti bertutur, menulis atau mendengar. Dipusat pembelajaran ini juga boleh diletakkan peralatan pelbagai media audio-visual untuk menggalakkan perkembangan sosio-emosi dan perkembangan literasi kanak-kanak. e. Pusat Pembelajaran Sains Pusat ini memberi pendedahan kepada alam sains dengan menggunakan kaedah-kaedah inkuiri dan penemuan. Pada sudut pembelajaran sains ini kanak-kanak akan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti secara hands-on dan minds-on dengan menggunakan deria-deria melalui pemerhatian, lawatan, eksperimen dan penerokaan konsep-konsep sains yang berkaitan dengan alam sekitar.

f. Pusat pembelajaran Matematik dan manipulatif/ Blok Pada pusat ini adalah diharapkan kanak-kanak akan dapat berinteraksi dengan bahan-bahan manipulatif seperti blok kayu yang pelbagai saiz dan bentuk, polidron, blok bernombor, puzzle dan lain-lain lagi. Bahan yang terdapat di pusat ini hendaklah bahan yang taan lasak dan tidak bertoksid. Disamping itu bahan yang terdapat di pusat pembelajaran ini akan dapat memberi pendedahan kepada konsep awal nombor, permainan-permainan nombor dan konsep-konsep matematik. Di pusat ini juga akan diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti nyanyian dan pergerakan yang melibatkan konsep matematik dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat menghayati matematik dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan g. Pusat Pembelajaran Seni Pusat pembelajaran seni merupakan sebuah pusat yang dapat mengcungkil bakat kreativiti kanakkanak. Terdapat pelbagai pealatan seni yang digunakan untuk pusat pembelajaran ini antaranya ialah esel, pensil warna, cryon, berus pelbahai saiz, cop-cop gambar haiwan, copcop buah-biah dan pelbagai peralatan lagi. Tujuannya ialah untuk kanak-kanak mebuat contengan, melukis, mewarna, membuat kraf, mengecap dan menstensil dengan menggunakan pelbagai alat dan media. Di pusat pembelajaran seni juga kanak-kanak digalakkan menggunakan bahan kitar semula atau bahan buangan untuk memupuk perasaan cinta pada alam dan bumi kita. h. Pusat Pembelajaran Teknologi. Di Pusat pembelajaran teknologi akan diletakkan komputer, printer serta pelbagai perisian dan program-program pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kognitif kanak-kanak. Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan di pusat pembelajaran ini ialah aktiviti mengira, menaip, menyebut, melakar, mengkategorikan dengan berpandukan kepada perisian-perisian yang diprogramkan. Contoh program Microsoft office, print artist, publisher, word dan pelbagai program kanak-kanak yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Kebanyakkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada ruang dalaman lebih menumpukan kepada pembentukan dan perkembangan sahsiah diri kanak-kanak secara menyeluruh an bersepadu. Setiap perkembangan itu akan diperkembangkan menurut amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, perkembangan sosio-emosi, Perkembangan Pendidikan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Fizikal dan perkembangan Kreativiti dan Estetika. Untuk itu aktiviti yang dijalankan pada setiap ruang dalaman itu perlulah mengambilkira tentang umur, saiz, keluasan bilik, bahan yang ada dan kemampuan kanak-kanak.

Latihan 2: Nyatakan kepentingan pusat pembelajaran dalam membantu pembelajaran kanak-kanak yang membolehkan mereka meneroka, mencuba, berinteraksi dengan persekitaran?

10.3.2 Pelan luar Keinginan untuk bermain adalah merupakan perkara lumrah pada setiap kanak-kanak dan ianya mempunyai nilai-nilai tertentu. Dengan bermain kanak-kanak dapat mempertingkatkan tahap keyakinan diri iaitu dengan memperluaskan minda, membentuk sosilsasi da bole menyelesaikan masalah. Pepatah ada mengatakan, main adalah pekerjaan kanak-kanak. Untuk itu ruang-ruang pembelajaran perlulah ada pengubahsuaian sama ada untuk ruang dalam mahupun ruang luar kelas. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati. Sebelum abad ke 20an kebanyakan ruang pembelajaran luar kelas banyak meggunakan bahan yang diperbuat daripada kepingan logam kini ianya telah betukar kepada peralatan yang menjurus kepada aktiviti permainan imaginasi dan direka bentuk dengan mengambil kira ciri-ciri ketahanan, keselamatan dan penggunaan jangka panjang. Untuk itu ruang luar kelas perlulah disusun dan dirancang dengan rapi seperti ruang dalam kelas. Ruang luar kelas hendaklah sentiasa bersih dan selamat dan penyediaan aktivitinya banyak bertumpu kepada keadaan cuaca dan suhu. Ruang di luar kelas hendaklah mempunyai permukaan yang licin dan kesat untuk memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. Kawasan pembelajaran luar kelas juga perlulah bersetentangan dengan ruang pembelajaran dalam kelas dan berdekatan dengan tandas. Pelan luar yang dirancang perlulah mudah dilihat oleh guru atau pembantu untuk mepastikan agar guru dapat mengawasi setiap pergerakan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti Segala longkang hendaklah ditutup.

a. Jenis taman permainan dan susun atur


Jenis taman permainan dapat dklasifikasikan mengikut zon ativiti yang akan diadakan Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa berada di ruang luar kelas. Untuk itu guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan bahan yang boleh diklassifikasikan dan diletakkan kepada zon-zon tertentu. Setiap zon akan memainkan peranan yang unik didalam memperkembangan tahap jasmani, emosi, rohani dan sosial kanak-kanak. Adalah diharapkan semasa kanak-kanak ini berada di ruang luar bilik darjah ia akan dapa mempertingkatkan kecekapan berbahasa an beomunikasi, memperluaskan lagi tahap kemahiran berfikir, mengamalkan sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin, melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan kanakkanak itu seorang yang kreatif, imaginatif dan ekpresif Zon Aktiviti Ruang Luar Kelas Praseklah Di dalam kelas prasekolah terbahagi kepada beberapa zon pembelajaran untuk menentukan aktiviti yang dijalankan. Zon aktiviti pembelajaran di luar kelas prasekolah terbahagi kepada dua iaitu zon senyap dan zon bising. a. Zon Senyap Zon Transisi: Ini merupakan zon peralihan yang diletakkan dibahagian hadapan tempat permainan. Di zon ini juga kanak-kanak akan memikirkan di zon mana yang ia akan bermain.
Zon main air: Zon ini merupakan zon yang membolehkan kanak-kanak bermain air

samada air itu diletakkan didalam besin atau pada tempat yang khas yang telah tersedia bina.

Zon main pasir : Pada zon ini kanak-kanak akan dapat membina dan membentuk

kekuatan tangan dan jari dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat mengimbangi otototot motor halus didalam mengodinasikan mata-tangan kanak-kanak.
Zon main drama : Tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain peranan dan amat

berguna untuk memperkembangkan kemahiran sosialisasi dan kemahiran literasi kanakkanak. Pada zon ini perlu disediakan satu pondok agar kanak-kanak dapat memainkan peranan dan berinteraksi bersama.
Zon selesa/ sosial: Zon ini sangat mustahak kerana kedudukan zon ini amat selesa

kerana didalam zon ini perlu ada kawasan yang teduh samaada ditutupi oleh pokok atau tempat yang beratap. Pada zon ini juga perlu diletakkan beberapa buah kerusi meja, air pancutan dan tempat rehat. Semasa berada di zon ini kanak-kanak itu akan dapat meningkatkan kemahiranberbahasa dan kemahiran sosialnya. Ini adalah disebabkan dizon ini kanak-kanak boleh berinteraksi bersama rakan.
Zon perkhidmatan : To aid in the maintenance of the playground, trash receptacles

should be strategically located around picnic tables, seating areas, etc. For supervised playgrounds, storage for loose play materials such as balls, jump ropes, dramatic play props, and big loose parts should also be provided. Consideration should also be made as to whether storage of maintenance equipment (mowers, rakes, blowers, etc.) should be located on or in close proximity to the playground. b. Zon bising
Zon main buaian: Ini adalah merupakan permainan yang paling diminat oleh kanak-

kanak dan aktviti ini hendalah diletakan berjauhan dengan tempat permainan lain untuk tujuan keselamatan. Untuk tujuan keselamatan kerangka yang digunakan hendaklah stabil. Tiada unit buaian yang bersentuhan manakala tali buaiannya ada lapisan plastisol atau yang setara untuk mengelakkan kecederaan. Ketinggian buaian 2000 2100 mm. Saiz tempat duduk 600 x 100mm serta tali buaian itu panjangnya 1250-1800 mm. Tujuan permainan buaian ini adalah untuk latihan kekuatan tangan dan membina keyakinan diri.
Zon permukaan kasar: Zon ini mengandungi permukaan konkrit yang melibatkan aktiviti

bermain melantunkan bola, melompat, mengayuh basikal dan aktiviti yang banyak melibatkan aktiviti motor kasar dan penglibatan kordinasi anggota badan. Zon biasa : Merupakan zon yang merupakan padang. Dimana untuk menggalakkan kanak-kanak berlari, bermain bola. Banyak tedapat pokok dan terdapat tempat yang berpayung untuk kanak-kanak berehat.
Zon kreativiti: Pada zon ini kanak-kanak itu dapat melahirkan kreativiti untuk membina

alat permainannya sendiri. Untuk itu di zon ini tedapat peralatan seperti bongkah-bongkah kayu dan plastik yang pelbagai bentuk untuk memudahkan membina dan meruntuh peralatan permainan yang disukainya. Satu tempat penyimpanan peralatan hendaklah disediakan untuk membolehkan kanak-kanak itu menyimpan kembali peralatan bongkah yang telah digunakan.

Zon Permainan motor kasar: Merupakan zon yang dilengkapi dengan peralatan

permainan seperti papan gelongsor, palang bergayut, jongkang-jongkit, papan imbangan, terowong dan getah pelapik. Perancangan untuk menempatkan peralatan ini hendaklah mengambil kira aspek keselamatan, saiz badan dan persekitaran prasekolah itu sendiri. 4.2.3 Kelengkapan Peralatan Sesebuah kelas prasekolah yang kondusif dan berkualiti dapat menyediakan peralatan yang digunakan pada permainan luar dan peralatan dalaman. Jenis-jenis peralatan dan bahan adalah disarankan seperti berikut: a. Peralatan Dalaman Berikut adalah cadangan peralatan pembelajaran yang boleh digunakan didalam kelas: Bil Pusat Pembelajaran Peralatan 1. Pusat Bahasa 1. Carta poket

2.

Pusat Teknologi

3.

Pusat Manipulatif

2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4. 5. 1.

Buku besar Buku cerita kanak-kanak Buku kecil bergambar Buku Puisi kanak-kanak Buku cerita/ lagu kanak-kanak Telivisyen CD, DVD & Radio Komputer Pencetak Perisian

Board plus starter kit diperbuat dari tech-foam 2. Linking quarter circle block 3. Pelbagai jenis bentuk Blok

4.

Pusat Kognitif

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Alat pengukur Kanta pembesar Set magnet Set Tabung uji Foam alphabet Foam numbers Alat penimbang Alat formasi bentuk geografi Model haiwan Model Sayur-sayuran

5.

Pusat Pendidikan Islam

6.

Pusat Estetika

Kreativiti

dan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Carta huruf Hijaiyyah Huruf-huruf jawi Cop huruf jawi Buku cerita Buku cerita pendidikan moral / tauladan Panduan wuduk/ Solat Kelengkapan solat Warna air Berus Apron Peralatan dan media lukisan Play dough Serbuk warna Alat Permainan dalam Alat muzik

b. Perabot Prasekolah Peralatan perabot di kelas prasekolah hendaklah bersesuaian dengan keperluan murid. Berikut adalah cadangan bentuk-bentuk perabot yang sesuai untuk kelas prasekolah: Meja trapezium Meja rectangular Meja bulat Kerusi murid Kotak menyimpan carta Rak buku rendah Rak manipulatif Rak buku permukaan sebelah Rak serbaguna Rak ABM beroda Rak buku belipat Papan esel

b. Peralatan Permainan Luar Prasekolah.


Aktiviti permainan luar memerlukan peralatan. Berikut cadangan peralatan yang sesuai untuk aktiviti permainan luar. Papan jongkangjongkit Buaian Gelongsor Rangka bergayut Kotak main air dan pasir Terowong

Tiang bola keranjang Pondok da getah pelapik

Susun atur persekitaran ruang pembelajaran


Berikut adalah garis panduan susun atur ruang pembelajaran prasekolah:
Bahan dan peralatan hendaklah pada saiz dan ketinggian kanak-kanak.Peralatan

seperti gambar, papan buletin hendalah pada tahap penglihatan kanak-kanak, bukan tahap guru. Keadaan almari, rak-rak buku dan lainlain bahan hendalah mudah dicapai oleh kanak-kanak. Perabot seperti kerusi dan meja hendaklah bersesuaian dengan saiz kanakkanak. Kelas hendaklah diuruskan dengan baik dengan kedudukan barang disusun dengan teratur bukannya berselerak kerana ini boleh mempengaruhi perlakuan kanak-kanak. Pastikan aliran pergerakkan kanak-kanak tiada penghalangnya (traffic flow). Perlu disediakan satu ruang untuk kanak-kanak berlari. Ruang untuk pemeblajaran seni hendaklah diletakkan berhampiran dengan sinki supaya mudah untuk kanak-kanak membasuh dan membersihkan peralatan seni lukisnya. Ruang permainan alat muzik hendaklah diletakkan jauh dengan ruang untuk bercerita atau membaca buku. Bilik prasekolah dan persekitarannya perlulah bersih, kemas dan menyeronokkan. Persekitaran fizikalnya hendaklah bersih dan selamat terutamanya di tandas yang perlu senantiasa bersih. Menyeronokkan dengan warna yang pelbagai terutamanya bahanbahan yang letakkan dipapan buletin hendaklah disusun dengan kemas. Penyediaan bilik hendaklah membolehkan kanakkanak itu bertanggung jawab menjaga peralatan yang ada seolah-olah kepunyaan sendiri. Pengurusan peralatan pembelajaran hendaklah disimpan pada tempat asalnya selepas digunakan. Guru perlulah boleh melihat, memerhati dan mengawasi setiap ruang bilik prasekolah untuk itu kabinet atau almari yang tinggi hendalah diletak ditepi dinding manakala kabinet , almari dan rak yang rendah diletkkan ditengah-tengah. Tempat penyimpanan bahan perlu diberi perhatian terutamanya penyediaan tempat kering dan basah. Ruang dan sudut hendaklah tidak tetap dan ada kalanya perlu ditukar kedudukannya supaya tidak membosankan kanak-kanak. Setiap ruang atau sudut perlulah pelbagai guna dan mempunyai pelbagai makna. Perlu diingat ruang yang ada boleh membantu keperluan dan minat kanak-kanak. Pemilihan peralatan Segala peralatan yang diguna pakai diprasekolah hendaklah mengikut kepada kesesuaian saiz badan, ketinggian, bahan yang digunakan dan mengikut kehendak falsafah pendidikan prasekolah. Iaitu untuk membolehkan kanak-kanak bebas membuat keputusan, membina meningkat kemahiran, meningkatkan konsep kendiri yang positif, interaksi sosial dan lebih menumpukan kepada pembelajaran berpusat kanak-kanak dan pemblajaran berpusatkan bahan.Peralatan yang ada juga hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tidak mudah lentur, rosak dan tahan untuk digunakan oleh kanak-kanak

RUMUSAN

Tajuk ini melihat kepada peningkatan kualiti yang lebih menumpukan terhadap pengajaran guru dan pembelajaran kanak-kanak, pelaksanaan program yang meliputi kurikulum yang ada diprasekolah dan aktiviti serta persekitaran yang meransangkan pembelajaran. Disamping itu penyediaan ruang dan perancangan kemudahan kanak-kanak dan pemilihan peralatan yang digunakan di dalam program pendidikan prasekolah. GLOSARI ICT Pelan luar Pelan dalam Sudut pembelajaran dan pembelajaran : Teknologi maklumat dan komunikasi : Kawasan luar bangunan prasekolah : Kawasan dalam bilik prasekolah : Tempat dimana diletakkan peralatan pengajaran

untuk digunakan oleh guru da kanak-kanak Zon aktiviti prasekolah: Ruang atau sudut pembelajaran.
UJIAN 1 Belajar melalui bermain adalah merupakan satu pendekatan pendidikan prasekolah yang menjadi sinonim kepada pendekatan pembelajaran di prasekolah. a. Apakah kepentingan belajar melalui bermain yang dapat mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah? b. Bagaimanakah belajar melalui bermain mempengaruhi perkembangan kanakkanak?

You might also like