Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LANJUTAN KULIAH 7 -TEORI PEREBAKAN DASAR LAUTAN & PLAT TEKTONIK

(ii) TEORI PELUASAN / PEREBAKAN DASAR LAUTAN - Teori yang dikemukakan oleh ahli geoglogi berdasarkan penemuan permatang dan lurah di dasar laut. - Magma yang panas daripada bahagian mantel sentiasa tertolak naik ke bahagian kerak bumi didasar lautan. - Dasar lautan kemudiannya akan mengalami retakan dan retakan ini dikenali sebagai sempadan pencapahan. - Arus perolakan dari lapisan mantel terus menolak magma secara berterusan menyebabkan

Rajah : Perluasan / Perebakan Dasar Lautan

(iii)

magma tersebut memenuhi retakan atau rekahan tersebut lalu membeku dan membentuk permatang dasar laut. Pergerakan magma yang berlaku secara berterusan menyebabkan retakan menjadi semakin membesar. Dasar laut lama akan tertolak kearah kedua-dua belah bagi membolehkan dasar laut baru yang lebih besar terbentuk. Ianya di buktikan dengan mengkaji batuan di dasar lautan di mana batuan berdekatan dengan permatang lautan adalah lebih muda berbanding batuan yang jauh daripada permatang lautan. Ini menunjukkan magma baru telah mengalir keluar dan membeku di zon permatang dasar lautan. Batuan yang lebih jauh telah lama terbentuk.

TEORI TEKTONIK PLAT

- Mengikut teori ini kerak bumi terdiri daripada kepingan-kepingan atau plat-plat. Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan. - Plat-plat ini terapung di atas lapisan mantel dan arus perolakan daripada bahagian mantel ini akan menggerakkan plat-plat tersebut.

Rajah: Sel-sel Arus Perolakan Magma di Bawah Kerak Bumi

Pergerakan plat-plat dalam pelbagai arah sama ada mewujudkan pertembungan plat, pencapahan plat atau perselisihan plat. Daya mampatan ( pertembungan plat ) akan menyebabkan kerak bumi terlipat lalu menghasilkan gunung lipat dan daya tegangan ( pencapahan plat ) akan menghasilkan lurah.

Peta : Sempadan Plat-plat Tektonik Sekarang

JENIS SEMPADAN PLAT TEKTONIK


o

Pergerakan plat-plat ke arah yang sama menghasilkan pertembungan. Kejadian ini mewujudkan sempadan pertembungan. o Manakala pergerakan plat-plat ke arah yang bertentangan menyebabkan terjadinyasempadan pencapahan / pemisahan.

Pergerakan Plat Secara Pertembungan

Pertembungan Dengan Plat Lautan

Plat

Benua

Perhatikan Rajah di atas Plat Benua bertembung dengan Plat Lautan diatas menunjukkan pertembungan antara plat benua dengan plat lautan. Kejadian ini menyebabkanplat lautan menjunam ke bawah plat benua. lni berlaku kerana plat lautan lebih tumpat. Di kawasan junaman, terbentuk jurang lautan yang dalam. Misalnya pertembungan Plat Pasiflk dengan Plat Filipina menghasilkan Jurang Mariana yang merupakan jurang terdalam di dunia.

Pertembungan

Plat

Benua

Dengan Plat Benua Apabila Plat Benua bertembung dengan Plat Benuaseperti rajah di bawah, mampatan benua akan berlaku. Batuan yang termampat menghasilkanbanjaran gunung lipat muda. Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan cara ini. Dalam pertembungan ini, pinggir plat benua akan terlipat. Kejadian ini menghasilkan banjaran gunung di sepanjang sempadan pertembungan

Pertembungan Plat Lautan Dengan Plat Lautan

Apabila plat lautan bertembung dengan plat lautan seperti di rajah di atas, salah satu daripadanya akanmenjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di dalam laut.

Peta : Plat Tektonik Asia Tenggara

Peta: Plat-plat Tektonik Yang Utama Di Dunia

KEJADIAN GEMPA BUMI o Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi secara tiba-tiba di kawasan sempadan plat tektonik. Ia berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembungan, berselisih atau berpisah dan tergelincir. Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak bumi kerana tidak dapat keluar ke permukaan bumi.
o

Akibatnya gelinciran berlaku dan tenaga yang terpendam itu akan terlepas secara tibaIni menyebabkan bahagian bumi berkenaan bergegar dan berlakunya kejadian gempa

tiba.
o

bumi.
o

Mengikut pengkaji, gempa bumi berlaku setiap hari tetapi kerana gegarannya kecil dan berlaku di kawasan yang tiada penduduk, maka tiada belaku banyak kerosakan dan tiada mangsa.
o

Titik dimana sempadan plat yang pecah dipanggil focus gempa bumi, manakala titik yang terletak di atas permukaan bumi iaitu yang secara menegak di atas focus dipanggilepicenter. Apabila sesuatu plat pecah dan putus ia akan mengeluarkan gegaran seismik yang boleh membawa kerosakan beribu-ribu km dari epicenter.

Kekuatan gempa bumi bergantung kepada jenis-jenis pergerakan seperti;-

1. gempa bumi di sempadan perpisahan plat lebih lemah biasanya bawah daripada magnitud lapan dan focusnya sedalam 25 km. 2. gempa bumi disempadan perselisihan bermagnitud kurang daripada 8.3 3. gempa bumi disempadan pertembungan boleh sampai sedalam 700 km dan bermagnitud melebihi 9. Tenaga yang dibebaskan boleh bertukar bentuk pergerakan gelombang. o Bagaimanapun gempa bumi yang besar berlaku sekali sekala yang boleh membawa kemusnahan dan mengorbankan ramai penduduk.
o

Ukuran kekuatan gempa bumi diukur dengan alat Seismograf dalam bacaan skala ritcher diperkenalkan oleh Charles Ritcher 1935. ( Bacaan kurang daripada 2 tidak dirasai oleh manusia, manakala bacaan lebih daripada 6 dianggap sebagai gempa bumi yang serius.)
o

Laporan Gempa Bumi besar dalam sejarah yang dicatatkan adalah di China 1976 ( kematian 255 000 orang ), Jepun 1923 ( kematian 143 000 orang ), Peru 1970 ( kematian 66 000 orang ) dan Iran 1990 ( kematian 50 000 orang ).
o

Lokasi kawasan aktif gempa bumi adalah

1. 2. 3. 4.

Sekitar Lautan Pasifik ( Lingkaran Api Pasifik ) Permatang Tengah Atlantik. Kawasan Hotspots ( Hawaii, Valles, Yellowstone dan Lembah Long Island. Jaluran Kawasan Mediterranean.

Rajah. : Keratan rentas kerak bumi Asia Tenggara yang menggambarkan proses-proses Plat Tektonik( Gempa Bumi ) dalam zon pertembungan plat.

Peta Dunia : Taburan gunung berapi, penara basalt dan kawasan gempa bumi yang utama

Gempa Bumi Di Aceh

You might also like