Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

(a) Takrifkan taburan penduduk tidak sekata?

[5]

Taburan penduduk tidak sekata bermaksud taburan penduduk yang tidak sama seragam / jumlahnya (1m) dimana ada kawasan yang mempunyai penduduk padat (1m), sederhana (1m) dan jarang (1m). Contoh kawasan mengikut taburan ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (kawasan padat), Pantai Barat Johor (kawasan sederhana) dan Kawasan Bario di pendalaman Sarawak (kawasan jarang) (2m) (b) Mengapakah taburan penduduk antara negeri di Malaysia berbeza? [10] Faktor Fizikal. Meliputi bentuk muka bumi, jenis dan kesuburan tanih yang boleh dikaitkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi pertanian dan ketersampaian. Kawasan tanah pamah yang rata dan landai boleh dijadikan kawasan pertanian padi seperti di Dataran Kedah Perlis (Jelapang Padi Malaysia), akan menyokong kepada taburan penduduk padat. Berbanding dengan kawasan pergunungan seperti Banjaran Titiwangsa menyokong kepada taburan penduduk jarang. Faktor sumber galian. Taburan sumber semula jadi yang tidak seimbang. Negerinegeri di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih kaya dengan sumber mineral seperti bijih timah. Begitu juga dengan pantai timur Semenanjung Malaysia lebih kaya dengan petroleum. Sumber mineral ini menyokong kepada taburan padat. Berbanding dengan kawasan tanpa bahan mineral seperti Banjaran Rocky yang menyokong taburan penduduk jarang. Faktor ekonomi. Pelbagai sektor ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan tertumpu di negeri pantai barat yang menjana peluang perkerjaan yang banyak. Tawaran gaji lumayan berbanding dengan negeri lain. Contohnya kawasan perindustrian Shah Alam. Peluang pekerjaan dengan gaji lumayan, menyokong taburan padat. Malahan boleh dikaitkan dengan migrasi dari negeri pantai timur dan utara ke pantai barat semenanjung. Berbanding kawasan Ranau yang masih bergantung kepada ekonomi pertanian menyokong kepada penduduk jarang. Faktor sejarah pembangunan/ pentadbiran. Lebih awal berlaku dan tertumpu di negeri pantai barat khususnya pembangunan sumber alam seperti sektor perlombongan dan perladangan.Bandar utama seperti Ipoh dan Taiping dijadikan pusat pentadbiran awal. Kemasukan migran China (lombong bijih) dan India (ladang getah) di zaman penjajahan telah menyokong kepada taburan padat. Berbanding kawasan pendalaman yang bergungganang. Faktor pengangkutan dan kemudahan sosial Pelbagai jenis sistem dan jaringan pengangkutan lebih maju dan padat di negeri pantai barat boleh dikaitkan dengan halangan fizikal yang sedikit berbanding dengan kawasan lain. Meningkatkan ketersampaian/mudah sampai, mudah bergerak,cepat dan pantas.

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

Contohnya kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi kerana adanya jaringan lebuh raya. Dasar kerajaan Melalui dasar kerajaan untuk memajukan sesebuah kawasan dengan lebih cepat. Sesebuah kawasan dipilih untuk dijadikan pusat penyediaan kemudahan seperti pentadbiran dan pendidikan. Program transformasi desa dan Dasar Pembandaran Negara telah mempercepatkan pembangunan. Contohnya Bandar Pusat Jengka Pahang, telah dilengkapi dengan pusat pendidikan yang menarik minat ramai migrasi masuk. Pemarkahan : 5 isi x 2 markah (c) Huraikan kesan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar fizikal di negeri yang menjadi tumpuan penduduk. [10] Pencemaran sumber air. Kawasan padat penduduk seperti Kuala Lumpur, mempunyai banyak kawasan perumahan. Penghuni kawasan perumahan akan membuang air sisa kumbahan domestik ke dalam sungai. Air sisa buangan ini mengandungi virus E-coli, bakteria, minyak dan toksin yang mengubah ba, rasa,warna dan sifat kimia air bersih. Contohnya Sungai Gombak dan Sungai Kelang tercemar akibat pembuangan sisa domestik dari penduduk seperti setinggan dan sisa kumbahan Pencemaran udara. Kawasan padat meningkatkan pertambahan penggunaan kenderaan . Kenderaan yang menggunakan bahan api fosil akan melepaskan asap ke atmosfera. Situasi ini diburukan lagi dengan pembakaran terbuka hasil buangan domestik penduduk di kawasan pelupusan sampah. Asap yang mengandungi karbon monoksida dan sulfur dioksida akan menyebabkan atmosfera beracun, berjerubu dan hujan asid. Pencemaran sampah sarap, bau dan bunyi. Kawasan padat mempunyai aktiviti ekonomi (terutamanya perniagaan) yang sangat pesat. Sisa-sisa pepejal aktiviti ekonomi tidak diurus dengan baik. Impaknya bau busuk dari kawasan pengumpulan dan pelupusan sampah seperti di Bukit Nanas. Kenderaan pengangkutan produk dan pengunjung juga mencemarkan bunyi (melebihi 70 dba). Contohnya di Medan Selera Jalan Tunku Abdul Rahman. Peningkatan suhu setempat. Kawasan padat memerlukan lebih banyak tapak binaan yang menyebabkan penebangan lebih banyak pokok. Proses fotosentisis terganggu dan oksigen semulajadi merosot. Kelembapan semulajadi juga merosot menyebabkan peningkatan kadar haba rasa dan haba pendam. Proses pulau haba bandar mula bertambah aktif. Contohnya Kuala Lumpur mengalami haba yang dibebaskan oleh metabolisme manusia/penduduk dan juga haba dari sumber kenderaan.

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

Hakisan tanah dan tanah runtuh. Kawasan padat memerlukan banyak taman perumahan dan jaringan jalan raya untuk meningkatkan darjah ketersampaian. Kawasan tanah tinggi dipilih sebagai taman perumahan untuk golongan elit. Bukit ditarah dan diteres untuk pembinaan rumah dan jalanraya.. Air hujan menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh seperti di Bukit Antarabangsa. Banjir kilat. Sikap penduduk di kawasan padat yang menjadikan longkang, parit dan sungai sebagai tapak pelupusan semulajadi telah menyebabkan sistem saliran tersumbat. Apabila hujan, jumlah peningkatan larian air permukaan tidak dapat ditampung oleh sistem perparitan. Banjir kilat akan berlaku (terutamanya di kawasan bandar) menyebabkan kerosakan harta benda dan nyawa. Pemarkahan : 5 isi x 2 markah 2 Rajah 1 di bawah menunjukkan Model Peralihan Demografi.

Rajah 1 Berdasarkan model peralihan demografi di atas, (a) Apakah yang dimaksudkan dengan model peralihan demografi. [4] Model peralihan demografi ialah graf garis yang menggambarkan transisi atau perubahan kependudukan (1m) yang dialami oleh sesebuah negara (1m) dari dahulu hingga kini dan pada masa akan datang.Komponen penting dalam model peralihan demografi ialah kadar kelahiran(1m), kadar kematian(1m) dan pertumbuhan penduduk (1m). Model ini juga boleh mengukur tahap pembangunan ekonomi dan sosial sebuah negara.(1m)

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

(b) Jelaskan ciri kependudukan bagi setiap peringkat dalam model peralihan demografi berkenaan. [10] Peringkat 1 Kadar pertumbuhan penduduk adalah rendah. Saiz penduduk adalah kecil kerana kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi dan tidak stabil. Kadar kelahiran tinggi kerana tiada amalan perancangan keluarga, perkhawinan usia muda dan pertanian. Setiap keluarga mahukan anak yang ramai untuk membantu kerja-kerja di kebun atau di ladang, bagi sebuah negara mundur dengan teras ekonomi pertanian. Kadar kematian juga tinggi kerana negara mundur tidak mempunyai teknologi perubatan seperti vaksin mencegah taun. Contoh negara di peringkat 1 ialah Afrika. Peringkat 2 dan 3 Kadar pertumbuhan penduduk meningkat tinggi pada tahap awal dan pertengahan, tetapi mulai menurun pada tahap akhir. Saiz penduduk mula meningkat dari awal peringkat 2 kerana kadar kelahiran masih tinggi manakala kadar kematian mulai menurun. Penduduk negara peringkat 2 (negara membangunan) dan 3 (negara perindustrian baru) mula mengamalkan perancangan keluarga tetapi kurang berjaya. Faktor kegagalan seperti faktor agama (yang melarang perancangan keluarga atau pengguguran), taraf pendidikan juga sederhana (menyebabkan kurang mengetahui kaedah merancang keluarga) dan adat (orang cina mahukan anak lelaki sahaja). Kadar kelahiran dan kematian, mula menurun pada tahap akhir peringkat 3 kerana hampir memasuki peringkat negara maju. Contoh negara peringkat 2 ialah Malaysia dan negara peringkat 3 ialah Singapura. Peringkat 4 atau peringkat akhir menunjukkan pertumbuhan penduduk adalah menurun hingga hampir sifar Namun saiz penduduk meningkat kerana kemasukan migrasi asing ke negara maju (peluang pekerjaan dengan upah yang tinggi). Kadar kelahiran adalah rendah, manakala kadar kematian terus menurun dengan drastik dan menghampiri kelahiran sifar. Amalan perancangan keluarga yang berjaya kerana penduduk peringkat 4 adalah masyarakat moden yang mahukan saiz keluarga ( kos hidup tinggi). Negara maju juga tidak memerlukan tenaga kerja manusia, seperti operasi robot di kilang kereta Jepun.

(c) Pada peringkat manakah negara maju berada dan huraikan kesankesan pertumbuhan penduduknya terhadap pembangunan ekonomi dan sosial. [11] Negara maju ialah di peringkat 4 (1m). Kesankesan pertumbuhan penduduknya terhadap pembangunan ekonomi dan sosial; Pendapatan perkapita penduduk tinggi. Negara maju seperti Kanada dan Jepun mempunyai banyak peluang pekerjaan menggunakan kemahiran teknologi yang bergaji lumayan seperti jurutera automotif. Oleh itu tabungan dan kuasa beli dapat dipertingkatkan dan memudahkan penduduk berbelanja untuk menjana ekonomi dalaman. Negara maju mampu mencapai taraf miskin sifar kerana kuasa beli penduduknya yang tinggi.

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

Taraf pendidikan tinggi. Penduduk negara maju mempunyai kewangan yang kukuh. Mereka mampu menghnantar anak-anak mereka ke pusat pendidikan moden. Oleh itu kadar buta huruf amat rendah, dan mengwujudkan mesyarakat celik ICT. Permintaan terhadap sekolah swasta lebih tinggi kerana penduduk negara maju mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi. Taraf kesihatan tinggi. Penduduk negara maju dengan pendapatan perkapita yang tinggi mampu membayar kos rawatan menggunakan rawatan moden. Penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung, kegagalan ginjal boleh dirawat menggunakan teknologi moden. Jumlah doktor pakar juga dapat mengimbangi permintaan daripada penduduk kerana bayaran yang diterima adalah tinggi. Masalah sosial kurang. Kebanyakan bandar di negara maju telah mencapai taraf bandar selamat. Pemantauan menggunakan CCTV di keseluruhan kawasan bandar dapat mengurangkan jenayah sosial seperti ragut, rompakan dan pelacuran. Penduduk negara maju juga mempunyai kesadaran moral yang lebih tinggi untuk menjaga keselamatan unit kejiranan mereka. Setinggan sifar. Penduduk negara maju mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi. Oleh itu mereka mampu memiliki rumah atau kediaman yang baik seperti di Singapura. Housing Development Board (HBD) telah berjaya menyediakan kawasan kediaman yang baik dan dapat mengatasi masalah setinggan bandar. Saiz pasaran dalaman kurang/ kecil. Penduduk negara maju yang terlibat dengan perniagaan atau perusahaan perlu bergantung kepada pasaran luar negara. Ini disebabkan piramid penduduk negara maju adalah piramid mantap, yang tidak menggalakan anak ramai. Oleh itu pasaran dalaman negara maju menjadi kurang atau kecil seperti di Singapura, penduduknya hanya 3 juta orang. Pasaran barangan terhad dan memerlukan barangan dieksport ke negara luar seperti Indonesia. Kekurangan bekalan sumber tenaga kerja muda. Berdasarkan piramid penduduk mantap, jumlah penduduk muda dan penduduk tua adalah sama kerana penduduk negara maju mengamalkan perancangan keluarga sepenuhnya. Oleh itu bekalan sumber tenaga kerja muda semakin berkurangan. Pergantungan kepada mesin dan robot berada ditahap sangat tinggi seperti di negara Jepun. Industri automotifnya menggunakan tenaga kerja mesin dan robot sepenuhnya. Pemarkahan : 5 isi x 2 markah 3 (a) Berdasarkan negara Malaysia, (i) namakan lima kawasan larangan untuk menangkap ikan, [5] a) b) c) d) e) Taman Laut Pulau Payar Taman Laut Sipadan Taman Laut Pulau Tioman Taman Laut Pulau Kapas Taman Laut Ligitan
5

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

Lain-lain taman laut juga diterima 1 taman laut = 1 markah Max 5 markah (ii) huraikan bagaimana teknologi moden dapat membantu mempertingkatkan produktiviti perikanan negara, [10] Pembakaan dan penetasan benih. Teknologi pengkulturan mampu menghasilkan proses pembakaan dan penetasan benih seperti benih udang harimau dan benih ikan kerapu yang bermutu tinggi, cepat membesar dan berhasil. Penggunaan teknologi ini dapat meningkatkan penghasilan dan penjualan ikan secara ternakan (akuakultur/ marinkultur). Pendapatan perkapita nelayan akan meningkat. Kemudahan pengawetan/dingin beku / tong-tong plastik. Teknologi moden menghasilkan alat dingin beku yang boleh dipasang di bot/ kapal nelayan.oleh itu kualiti dan kesegaran hasil perikanan laut dapat di kekalkan. Ianya sangat penting kerana ikan yang segar boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi. Teknologi bekalan oksigen ditangki plastik juga boleh menyimpan ikan hidup. Ikan-ikan yang masih hidup boleh dijual dengan harga yang tinggi di restoran makanan laut. Alat ecosonar, echosounder dan Global Positioning System (GPS). Pengesanan kedudukan ikan menjadi lebih mudah, tanpa memerlukan khidmat juruselam. Oleh itu hasil tangkapan akan meningkat kerana nelayan dapat mengesan kedudukan/ lokasi tangkapan yang banyak. Penggunaan teknologi ini dapat menjimatkan masa dan kos bahan api nelayan. Peningkatan hasil tangkapan membolehkan nelayan membeli bot/ kapal menagkap ikan yang lebih besar. Bot/ kapal moden untuk menangkap ikan. Penggunaan bot yang besar /moden dilengkapi alat telekomunikasi, membantu kerja-kerja menangkap ikan. Nelayan juga boleh menjalankan aktiviti perikanan laut dalam/ lebih lama di laut/ hasil tangkapan lebih banyak. Semasa musim tengkujuh (monsun timur laut nov-mac), alat komunikasi sangat penting untuk mendapatkan bantuan atau melaporkan sebarang kerosakan. Penggunaan tukun tiruan. Tukun tiruan sangat penting untuk menggantikan habitat semulajadi marin akuatik, yang telah musnah akibat penggunaan pukat tunda dan pencemaran. Teknologi tukun tiruan konvesional menggunakan tayar telah diperbaiki menggunakan konkrit dan kenderaan lama. Pembentukan habitat tiruan membantu pembiakan ikan dengan kuantiti yang lebih banyak. Peralatan penangkapan ikan Pelbagai jenis pukat seperti pukat harimau, appolo. Teknologi peralatan pukat moden ini memerlukan engin bermotor untuk mengoperasikannya. Namun hasil berlipat kali ganda daripada kaedah tradisional. Kebanyakannya bot/ kapal nelayan dengan berat melebihi 100 tan mempunyai teknologi peralatan pukat tunda. Pemarkahan : 5 isi x 2 markah
6

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

(iii) bincangkan kepentingan sektor perikanan terhadap pembangunan sosioekonomi negara. [10] Menjana peluang pekerjaan kepada penduduk. Sektor perikanan telah menjana pekerjaan seperti nelayan, pekerja kilang ais, pemandu lori ikan, bengkel membaiki bot dan lain-lainnya. Oleh itu sektor perikanan telah dapat mengurangkan kadar pengangguran guna tenaga dan meningkatkan taraf hidup penduduk.. Peluang pekerjaan juga telah memberikan pendapatan perkapita, meningkatkan tabungan dan kuasa beli. Meningkatkan KDNK Negara. Hasil perikanan dieksport ke luar negara seperti Singapura, Jepun dan Taiwan. Pihak kerajaan dapat mengutip cukai eksport untuk meningkatkan pendapatan negara. Peningkatan pendapatan negara akan disalurkan semula kepada nelayan seperti subsidi pembelian diesel, pinjaman modal dan bantuan kepada koperasi nelayan. Kesan pengganda. Sektor perikanan telah menggalakkan perkembangan industri berkaitan seperti industri pengetinan ikan, pemprosesan ikan kering dan keropok, pembuatan bot, kilang ais dan lain-lainya. Sektor perikanan juga membantu sektor pelancongan melalui konsep homestay di kampung nelayan tradisonal. Pelancong berpeluang tinggal bersama keluarga nelayan dan merasai sendiri pengalaman hidup sebagai nelayan seperti di Kampung Nelayan Tradisonal di Tanjung Balau Membekalkan sumber protein. Ikan merupakan sumber protein yang penting kepada penduduk negara ini dan mendapat permintaan yang tinggi. Malahan ramai penduduk negara ini lebih memilih ikan berbanding sumber daging atau telur kerana masalah kesihatan. Oleh kerana permintaan yang tinggi membolehkan sektor perikanan terus berkembang. Membantu meningkatkan teknologi. Sektor perikanan membantu perkembangan teknologi awet beku, penggunaan radar pengesan, penyediaan habitat tiruan atau tukun tiruan. Nelayan tradisonal dapat mempelajari teknologi baru untuk meningkatkan hasil tangkapan. Meluaskan pasaran dalaman. Sektor perikanan telah menambahkan kuantiti ikan dalam negara. Peningkatan kuantiti ikan dapat menstabilkan harga pasaran. Oleh itu sektor perikanan mampu meningkatkan kuasa beli pengguna dan rangkaian pemasaran dalam negara Pemarkahan : 5 isi x 2 markah

ATAU

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

(b)

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebuah kawasan pelancongan, (i) namakan kawasan kajian tersebut, [1] Kawasan kajian luar pelancongan ialah Pantai Tanjung Balau Kota Tinggi Johor (ii) terangkan dua kaedah kajian yang telah anda digunakan, [4] Pemerhatian. Menggunakan borang lihat dan catat, kamera video, kamera digital untuk merekodkan elemen-elemen fizikal dan impak alam sekitar fizikal di Pantai Tanjung Balau (Pelajar wajib jawab kaedah ini jika tiada max 2markah) Soal selidik. Menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat jumlah responden dan ciri responden mengenai kepentingan ekonomi pelancongan di Pantai Tanjung Balau kepada sosioekonomi penduduk sekitarnya Temubual. Menggunakan borang tanya dan catat, kamera video, kamera digital dan alat perakam suara untuk menghuraikan kepentingan ekonomi pelancongan di Pantai Tanjung Balau kepada alam sekitar manusia (responden peniaga, pekerja,pelancong, atau penduduk setempat) Mengkaji sumber-sumber sekunder meliputi data dan maklumat dari Majlis Daerah/Pembandaran, syarikat swasta, agensi Kerajaan yang lain. Mengumpulkan maklumat berkaitan Pantai Tanjung Balau dan kawasan sekitarnya.

Pemarkahan : 2 isi x 2 markah (iii) nyatakan dua tujuan kajian tersebut dilaksanakan, [2] a) membuktikan kawasan kajian mempunyai faktor fizikal yang mampu menarik minat pelancong b) menghuraikan kepentingan ekonomi pelancongan kawasan kajian kepada sosioekonomi penduduk sekitarnya c) mennyatakan impak ekonomi pelancongan di kawasan kajian terhadap alam sekitar fizikal Pemarkahan : 2 isi X 1 m= 2m

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

(iv) huraikan daya tarikan fizikal yang mampu menarik minat pelancong ke kawasan kajian, [6] Pantai Tanjung Balau panjang, berteluk dan berpasir putih halus. Pasirnya halus dan berwarna putih seperti tepung kerana terbentuk daripada terumbu karang yang telah mati dan hancur. Pantai yang panjang dan berteluk sangat sesuai untuk mandi, berkayak, berjemur, memancing dan menarik minat pelancong ASEAN, Eropah Tombolo yang dihubungkan dengan beting pasir yang boleh dilalui semasa air surut dijadikan tempat pertandingan berenang. Ianya menarik minat pelancong, terutamanya pelajar sekolah. Pertandingan berenang juga sering diadakan dari tombolo ke kawasan pantai Gua batu kapur dan hutan. Gua batu kapur cantik dengan pemandangan kars dan hutan dara yang kaya dengan habitat semulajadi flora dan fauna.. Ianya sangat menarik minat, terutama pelancong dari negara maju yang telah pupus habitat semulajadinya akibat proses urbanisasi yang pesat. Bonggol batu besar sepanjang Pantai Tanjung Balau, merupakan batu igneus berusia melebihi 300 juta tahun dengan susun lapis yang sangat cantik sesuai untuk kajian geologi. Jabatan geologi juga bercadang mengezonkan kawasan bonggol batu besar sebagai kawasan pemeliharaan. Bonggol batu ini sering menjadi rujukan pelajar-pelajar dalam akjian alam sekitar. Pemarkahan : 3 isi X 2 markah = 6m (v) terangkan kepentingan aktiviti pelancongan kepada sosioekonomi penduduk sekitarnya, [8] Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Pantai Tanjung Balau. Peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengganguran, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk. Ini akan dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk setempat sekaligus boleh meningkatkan taraf hidup mereka. Peluang pekerjaan wujud dalam sektor perkhidmatan pelancongan seperti pemandu pelancong, sektor perhotelan, sektor pengangkutan dan sebagainya. Contohnya untuk penduduk Kampung Indah dan Kampung Aman. Kesan Pengganda/Rantaian ekonomi yang berkaitan. Pelancongan di Pantai Tanjung Balau menggalakkan pertumbuhan atau perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti industri kraf tangan, perniagaan makanan, pengangkutan, telekomunikasi, perkhidmatan perhotelan dan lain-lain yang berkait secara langsung dengan industri pelancongan. Contohnya penduduk Kampung Indah membuat kraftangan daripada kulit belangkas.

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

Menggalakkan industri lain secara tidak langsung seperti pembinaan perhotelan, pengangkutan, kewangan dan bank,perniagaan pasaraya akan tumbuh dan berkembang dengan pesat. Penduduk Kampung Indah dan Kampung Aman boleh bekerja dalam industri selain pertanian dan pelancongan. Meningkatkan jualan barangan domestik atau pasaran dalaman. Permintaan barangan domestik meningkat kerana permintaan penduduk dan pelancong. Penjualan barangan domestik dalam kuantiti yang banyak akan menguntungkan peniaga di sekitar kawasan kajian. Contohnya penduduk Kampung Indah berniaga di medan selera Tanjung Balau. Menggalakkan pembangunan kawasan sekitar yang mundur . Pembangunan infrastruktur dan pembangunan sumber alam berlaku dengan lebih cepat. Infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, bekalan telefon dan jalan berturap. Ianya bertujuan memberikan keselesaan kepada pelancong, tetapi dapat dikongsi bersama oleh penduduk Kampung Indah dan Kampung Aman. Menggalakkan perkembangan teknologi dan R&D. Pelancongan di Pantai Tanjung Balau menggalakkan perkembangan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara khususnya yang berkaitan dengan pelancongan seperti bidang promosi dan kajian strategik, kajian pemuliharaan sumber alam untuk mengekalkan tarikan pelancongan, kajian kualiti perkhidmatan, teknologi komunikasi serta pengangkutan. Selaras dengan perkembangan ini, Pihak Berkuasa Tempatan Kejora telah menubuhkan Unit Pelancongan Tanjung Balau.

Pemarkahan : 4 isi X 2 markah = 8M (vi) nyatakan empat impak aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal. [4] a) Pencemaran air pencemaran air di sungai balau akibat pembuangan sisa domestik, sisa perniagaan dan sisa penginapan. air bersih tercemar dan hidupan akuatik mati b) Pencemaran udara peningkatan kenderaan pelancong terutama hujung minggu. aktiviti perkhemahan menggunakan unggun api juga menyebabkan peningkatan gas karbon monoksida c) Pencemaran bau kerana pelancongan membuang sisa-sisa makanan di sepanjang pantai, tanpa pengurusan yang sempurna d) Peningkatan suhu setempat kerana kemerosotan kelembapan semulajadi dan oksigen semulajadi akibat penebangan pokok-pokok disepanjang pantai e) Peningkatan kadar hakisan pantai kerana penebangan pokok-pokok bakau dan rhu untuk pembinaan jeti dan chalet
10

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

Pemarkahan : 4 isi X 1 markah = 4m

Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai eksport petroleum mentah, produk petroleum dan gas asli cecair Malaysia pada tahun 2002 dan 2006. Eksport Malaysia Petroleum Mentah Produk Petroleum Gas Asli Cecair Jumlah (a) Nilai Eksport ( RM : Juta) Tahun 2002 11,159.5 7,591.8 11,119.4 29,870.7

Tahun 2006 29,359.6 15,131.8 20,790.2 65,281.6

Berdasarkan jadual 1 di atas, lukis graf bar untuk menunjukkan nilai eksport petroleum mentah, produk petroleum dan gas asli cecair Malaysia antara tahun 2002 hingga 2006 [10]

Item Pemarkahan Tajuk yang betul Skala yang sesuai Petunjuk Kebersihan dan kesempurnaan Plotan : 6 bar Jumlah markah

Markah 1 1 1 1 6 10

Chart Title
35,000.00 30,000.00 25,000.00 Axis Title 20,000.00 15,000.00 10,000.00 5,000.00 0.00 Petroleum Mentah Produk Petroleum Axis Title Gas Asli Cecair Series1 Series2

11

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

(b)

Terangkan kesan terhadap ekonomi sesebuah negara akibat terlalu bergantung kepada sumber tenaga petroleum dan gas asli [6] Kemelesetan ekonomi/perkembangan ekonomi lembab. Harga bahan api petroleum dan gas asli meningkat yang akan meningkatkan kos pengeluaran sesuatu barangan dari sektor perindustrian. Harga barangan pengguna menjadi lebih mahal. Kegiatan ekonomi sukar dijanakan kerana beban kos pengeluaran yang semakin bertambah. Kos pengangkutan meningkat. Peningkatan harga sumber tenaga petroleum dan gas akan menjejaskan industri penerbangan dan pengangkutan awam. Harga tambang meningkat dan membebankan penumpang. Oleh itu dan industri pengangkutan terjejas. Pendapatan yang semakin berkurangan, boleh menyebabkan syarikat pengangkutan lumpuh dan berlakunya pembuangan pekerja. Kadar pengangguran akan meningkat dan menyebabkan peningkatan jenayah sosial. Kadar inflasi negara meningkat. Kos sara hidup bertambah apabila harga barangan menjadi mahal akibat peningkatan kos pengangkutan hasil peningkatan harga minyak. Pengguna merasai beban sara hidup terutama untuk mendapatkan barangan keperluan asas (barangan makanan). Harga barang yang tinggi menyebabkan kuasa beli penduduk negara merosot. Ketidakstabilan sosio-ekonomi negara. Sesetengah negara mengalami rusuhan dan tunjuk perasaan jalanan akibat peningkatan harga barangan asas pengguna yang membebankan rakyat. Di Malaysia keadaan ini masih terkawal kerana pihak kerajaan memberikan subsidi. Namun peningkatan jenayah sosial tidak dapat dibendung kerana terdapat penduduk yang mencari jalan mudah mendapatkan wang. Ini mengurangkan kemasukan pelaburan asing kerana faktor keselamatan. Pemarkahan : 3 isi X 2 markah = 6m

(c)

Berdasarkan negara Malaysia, (i) senaraikan tiga jenis sumber tenaga alternatif yang boleh dimajukan, ci1 ci2 ci3 ci4 ci5 ci6 Tenaga hidroelektrik Tenaga solar Tenaga biomas (daripada sampah sarap dan bahan organik reput) Tenaga ombak Tenaga angin Tenaga nuklear

[3]

Pemarkahan : 3 isi X 1 markah = 3m

12

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

(ii) huraikan kelebihan sumber tenaga alternatif tersebut berbanding dengan petroleum dan gas asli [6] Bekalan sumbernya berterusan dan tidak pupus. Sumber tenaga alternatif boleh dihasilkan dengan aliran air sungai untuk tenaga hidroelektrik, damparan dan lurutan ombak untuk tenaga ombak, kekuatan tiupan angin untuk tenaga angin dan pancaran bahangan matahari untuk tenaga suria. Ini kerana sifatnya sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui, tidak seperti tenaga petroleum/gas asli yang tidak boleh diperbaharui. Bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar. Udara yang dibebaskan oleh sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidroelektrik adalah bersih dan tidak mencemarkan. Ini berbeza dengan tenaga petroleum dan gas asli yang membebaskan bahan pencemar udara yang banyak seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Mudah dialir dan dipindahkan Tenaga alternatif seperti hidroelektrik boleh dialir/ dipindahkan kabel elektrik dari pusat penjanaan tenaga seperti dari turbin empangan hidroelektrik Empangan Kenyir. Berbeza dengan tenaga petroleum dan gas yang perlu diangkut dari pusat penapisandengan sistem pengangkutan darat. Bekalan mudah terputus jika ada halangan seperi banjir, tanah runtuh dan kesesakan lalulintas.

Kos penyelenggaraannya murah. Tenaga alternatif seperti tenaga solar hanya memerlukan peralatan ringkas seperti panel pengumpul cahaya dan pembolehubah elektrik. Kos penyelenggaraannya murah berbanding tenaga petroleum dan gas asli yang memerlukan janakuasa/generator bekalan tenaga diselenggara dari masa ke semasa yang menelan kos penyelenggaraan yang tinggi. Pemarkahan : 3 isi X 2 markah = 6m

5. [5]

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan transformasi desa? Transformasi desa ialah satu proses kepada perubahan/pembangunan (1m) sosioekonomi desa(1m). Iaitu dari segi ruang(1m) aktiviti ekonomi (1m)dan sosial penduduknya. Contohnya Felda Jengka sedang mengalami transformasi desa menjadi sebuah bandar kecil(1m)

(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan sesebuah kawasan di luar bandar. [10]

13

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

Wujudnya sumber yang ada. Kawasan yang mempunyai sumber primer seperti pertanian, pembalakan, perlombongan, perikanan lebih mudah untuk dimajukan. Ini disebabkan kawasan tersebut mempunyai sumber yang boleh dimajukan dan menjana banyak peluang pekerjaan dengan upah lumayan. Pendapatan perkapita yang tinggi juga dapat meningkatkan jumlah tabungan dan kuasa beli. Darjah ketersampaian yang tinggi. Kawasan yang telah mempunyai jalan pengangkutan darat, air atau udara lebih mudah untuk dimajukan. Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya memudahkan hasil pertanian dipasarkan ke kawasan bandar. Begitu juga bahan-bahan binaan mudah dibawa masuk untuk tujuan pembangunan. Jarak dari kawasan bandar juga memudahkan pelabur luar masuk memajukan kawasan tersebut. Dasar Kerajaan. Kawasan yang telah dizonkan sebagai kawasan perindustrian lebih mudah untuk dimajukan. Tumpuan kepada pembangunan luar bandar seperti perindustrian di kawasan luar bandar. Ianya menepati strategi pembangunan dengan cara penyerakan industri dalam program pembangunan wilayah. Sikap penduduk yang positif. Tahap pendidikan penduduk yang baik, lebih mudah menerima kemajuan dan pembangunan. Jumlah penduduk yang ramai juga menyediakan pasaran dalaman yang luas untuk perniagaan. Kemajuan yang cepat menarik minat migrasi masuk dan menambahkan jumlah penduduk. Bentuk muka bumi. Kawasan yang mempunyai bentuk muka untuk aktiviti pertanian seperti tanah pamah (padi), tanah tinggi beralun (kelapa sawit, getah dan koko). Terdapat juga bentuk muka bumi seperti teluk, jeram, air terjun untuk aktiviti pelancongan. Oleh itu kawasan tersebut lebih dimajukan kerana mampu menjana ekonomi untuk penduduk sekitarnya dan negara. Pengaruh Bandar/pekan berhampiran. Interaksi bandar-desa memudahkan kawasan tersebut dimajukan seperti penduduk desa ke bandar untuk bekerja dan bandar memerlukan bahan mentah dari desa. Pengaruh likungan bandar akan menjadi lebih besar dan sempadan bandar juga akan membesar secara organik. Teknologi yang digunakan. Penduduk mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu perkara emudahkan penerimaan maklumat terkini. Oleh itu proses kemajuan akan menjadi lebih mudah kerana mereka dapat turut serta dalam pelaksanaan pembangunan tersebut. Proses penyampaian maklumat menjadi lebih mudah dan cepat kepada pihak pentadbiran dan penduduk.

Pemarkahan : 5 isi x 2 markah

14

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

(c) Huraikan kesan transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal. [10] Pencemaran udara. Pembersihan dan pembakaran hutan untuk tapak perumahan telah membebaskan asap dan debu ke udara. Peningkatan partikel terampai (pM10) telah mendorong kepada fenomena jerebu. Peningkatan bilangan kenderaan juga telah membebaskan lebih banyak asap yang mengandungi gas karbon monoksida dan sulfur dioksida yang mendorong kepada hujan asid. Pencemaran air. Aktiviti pertanian menggunakan baja kimia dan racun serangga menyebabkan sisa-sisa kimia dihanyutkan air ke sungai, semasa hujan. Situasi ini diburukan lagi dengan sisa kumbahan dari IKS . Sisa kimia dan kumbahan telah mengubah warna, bau, rasa dan sifat kimia air sungai. Kandungan bakteria dan EColi juga menjejaskan kehidupan akuatik dan menyebabkan air bersih tercemar. Pencemaran bau. Kawasan desa dengan ekonomi pertanian, mempunyai kilang memproses kelapa sawit dan getah. Sisa kilang memproses getah dan kelapa sawit mempunyai bau yang busuk dan tidak menyenangkan. Pencemaran bau ini mengganggu aktiviti ekonomi yang lain seperti pelancongan. Penduduk tempatan juga terganggu dengan bau yang busuk. Kerosakan ekologi hutan. Aktiviti pembalakan dan perlombongan telah menyebabkan banyak hutan ditebang. Penebangan ini menyebabkan kepupusan spesies flora dan fauna, kerana kerosakan habitat semulajadi. Penebangan hutan untuk pembinaan kawasan perumahan telah memusnahkan pelbagai spesies berharga Menyebabkan kepupusan hidupan liar seperti harimau, gajah serangga dan lain-lain. Hakisan tanah, tanah runtuh, tanah tandus. Pembersihan hutan untuk pembangunan pertanian di desa dan pembinaan petempatan. Pemotongan dan penarahan bukit menyebabkan tanah runtuh dan ketandusan tanah. Kemusnahan tanaman tutup bumi menyebabkan hakisan dan gegalur akibat larian air permukaan. Tanah yang dihakis akan menyebabkan penimbunan kelodak di sungai, menjadikan sungai tohor. Banjir lumpur. Aktiviti pertanian di kawasan hulu sungai meningkatkan hasil hakisan dimendapkan ke dalam sungai. Sungai menjadi keroh, berkelodak dan cetek, menyebabkan berlaku banjir lumpur. Banjir lumpur menyebabkan kawasan pertanian musnah. Kawasan tadahan air juga terjejas menyebabkan berlaku kekeringan sumber air semasa musim kemarau. Pemarkahan : 5 isi x 2 markah 6 (a) Namakan lima buah bandar raya global . Judul Isi Jawapan Contoh bandaraya global ialah: 1. New York di Amerika Syarikat 2. London di Britain 3. Paris di Perancis 4. Tokyo di Jepun 5. Los Angeles di Amerika syarikat 6. Shanghai di China
15

[5] Markah 1 bandar = 1 Markah. MAX 5 Markah

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

(b) Pilih sebuah bandar daripada (a), terangkan ciri bandar raya global tersebut. [10]

Ciri Penduduk. Penduduknya melebihi 10 juta orang. Dikenali sebagai (megacity). Bandaraya global menjadi tumpuan penduduk negara maju.Taburan penduduknya padat dan tepubina. Mengalami penduduk optimum seperti Tokyo Ciri Ekonomi. Ekonomi bandaraya global bersifat global di peringkat kuarterner dan kuiner. Menjadi penentu kepada keputusan ekonomi dunia (ciri unggul) seperti bandaraya New York yang menjadi Pusat Perdagangan Dunia WTC (World Trade Centre). Menjadi Pusat kewangan dunia/Transaksi kewangan dunia, ibu pejabat bank dan firma kewangan antarabangsa beroperasi di sini. Bandaraya global juga merupakan pusat pelaburan, pasaran modal/saham sedunia. Ciri Sosial. Bandaraya global termaju dengan memiliki kualiti hidup yang tinggi. Menjadi pusat Persidangan Dunia Persidangan G8, Kesatuan Ekonomi Eropah (EC) Pusat NGO (badan bukan kerajaan) dunia. Infrastruktur bertaraf global seperti pusat pendidikan dunia Universiti tersohor, pusat hiburan dunia dan lain-lain. Masyarakat kosmopolitan gaya hidup antarabangsa yang mementingkan status, kecekapan pengurusan masa, sangat bergantung kepada penggunaan teknologi tinggi dan lain-lain. Ciri Teknologi. Bandaraya global memiliki teknologi termaju dan menjadi Pusat R&D global teknologi ICT, robotik, aeroangkasa dan lain-lain. Menjadi Pusat Maklumat Info dan infrasturuktur bertaraf global seperti lembah silikon di Amerika Syarikat. Bandaraya global yang mengawal penyebaran teknologi ke negara lain. Ciri Fizikal Bandar. Bangunan padat dan tepubina. Bangunan bertingkat dan berkembang secara vertikal. Landskap bandar terdiri daripada mercu tanda global seperti WTC, World Bank, Pejabat PBB dan lain-lain. Nilai ruang/harga tanah di bandaraya global sangat mahal. Pemarkahan : 5 isi x 2 markah (c) Huraikan kesan negatif persekitaran fizikal yang dihadapi oleh bandar raya global. [10]

Pencemaran udara. Pertambahan kenderaan menggunakan bahan api fosil di bandaraya global menyebabkan pencemaran udara. Begitu juga dengan ekonomi perindustrian. Kenderaan dan industri akan melepaskan asap , karbon monoksida, sulfur dioksida. Contoh; Bandar Tokyo Pencemaran air. Sisa kumbahan daripada domestik dan sisa toksid daripada kilang di bandaraya globa mengandungi BOD, E-Coli, raksa, sulfur. Bahan pencemar ini mampu menyebabkan kemusnahan ekosistem air. Mengubah bau, rasa, warna dan sifat kimia air bersih, menjejas dan membunuh hidupan akuatik.

16

Contoh jawapan trial geo 2 stpm johor

Pencemaran bunyi. Bunyi bising jentera atau mesin dan kenderaan berat yang beroperasi 24 jam. Bandaraya global mempunyai aktiviti kilang besi dan keluli yang mengeluarkan bunyi melebihi 70 dba. Situasi ini menganggu kehidupan seharian penduduk bandaraya global. Hujan asid Pelepasan asap oleh kenderaan dan industri mengandungi karbon monoksida. Tindak balas bahan kimia dengan air hujan menghasil asid berkarbonik yang mondorong kepada hujan asid. Hujan asid menyebabkan cat bangunan luntur, kereta mudah karat dan penyakit kulit. Pulau haba bandar. Peningkatan suhu setempat akibat penebangan pokok menyebabkan bangunan konkrit, tanah bersimen dan bertar akan memerangkap haba. Bahan seperti asap, jelaga, debu memerangkap haba di kawasan bandar. Kemerosotan kualiti tanih. Tanah di bandaraya global menjadi berasid dan tidak subur akibat sisa buangan kumbahan kilang tidak sistematik. Tanah yang kehilangan kesuburan menyebabkan pokok-pokok di bandaraya global terbantut pembesarannya. Pemarkahan : 5 isi x 2 markah

17

You might also like