Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 79

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

BAB 1 PSS SMK TENDONG

1.1 KEISTIMEWAAN PSS SMK TENDONG

PSS SMK Tendong mempunyai pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat. Maklumat-maklumat ini disediakan di PSS induk dan koridorkoridornya berjumlah 35 buah. Selain bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. PSS menyediakan access point untuk membolehkan capaian maklumat melalui internet dibuat menggunakan komputer di unit perpustakaan.

Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS SMK Tendong sebagai sebuah PSS cemerlang dan seterusnya sebagai bench mark kepada sekolah-sekolah sekitarnya. PSS SMK Tendong sering menerima kunjungan pelawat-pelawat kenamaan termasuklah Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia bersama dengan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan sebagai pengiring iaitu :

1. Dato Dr Abdul Shukor Abdullah pada 17 November 1998, 2. Tan Sri Abdul Rafie Mahat pada 16 Jun 2002, 2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


3. Ketua Jemaah Nazir Malaysia iaitu Hj Ahmad Zabidi B.

Shamsuddin pada 8 September 2004.


4. Dato Hj Ahamad Sipon pada 4 Disember 2005

1.2 Kejayaan yang diraih :


1. Johan PSS Cemerlang, Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, Negeri

Kelantan (2002) 2. Johan Anugerah Sekolah sebagai Koridor Raya Maklumat Peringkat Negeri Kelantan (2002) 3. Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2003) 4. Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2004) 5. Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2005)
6. Johan

Anugerah

Pusat

Sumber

Sekolah

Cemerlang

Peringkat

Kebangsaan (2006) (dipetik daripada Majalah Rasmi SMK Tendong IQRA')

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


1.3 Bidang Tugas Pengawas Pusat Sumber :

1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Pengawas PSS 2. Membantu melakukan kerja-kerja memproses bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya. 3. Membantu dalam kerja semakan terimaan bahan dari pembekal. 4. Menjadi serantan dalam perhubungan dalaman dengan pengguna PSS. 5. Membantu guru dan staf sokongan dalam pengedaran bahan bukan buku (pinjaman dan pemulangan). 6. Membantu dalam penyusunan bahan sumber di rak-rak dan sebagainya. 7. Menyimpan bahan-bahan yang telah digunakan oleh pengguna ke tempat asal. 8. Menjaga kebersihan PSS, menyusun dan mengemas. 9. Membantu dalam penyemakan buku, majalah dan akhbar yang diterima daripada pembekal dan merekodkan ke dalam buku stok. 10. Membantu menguruskan Alat Pandang Dengar ( termasuk perkakasan dan perisian). 11. Menjadi petugas seranta dan watak personal dengan para pengguna PSS.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


12. Menguruskan perkhidmatan rujukan. 13. Melakukan kerja-kerja baik pulih bahan-bahan yang rosak. 14. Melakukan kerja-kerja perkeranian jika perlu.

15. Menjalankan tugas-tugas pelbagai di PSS mengikut keperluan arahan

semasa oleh Pengetua / guru PSS.

1.4 Tempoh Perkhidmatan :


2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

1. Ahli Biasa : Februari 2002 - Disember 2004, 2. Pengerusi Unit Perpustakaan : Januari 2005 - November 2005, 3. Pengerusi Pusat Sumber Sekolah *: Januari 2007 - November 2007,
4. Ahli Biasa di Perpustakaan Negara Malaysia : Nov 2010 Nov 2013

*Unit Perpustakaan + 35 Koridor PSS

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

1.5 Anugerah & Penghargaan yang diterima oleh saya daripada Pengetua Kanan SMK Tendong :

1. Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun 2001 Keputusan : 5A, 3B, dan 1C

2. Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun 2002 Keputusan : 5A, 3B, dan 1C

3. Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran Sejarah Tahun 2002.

4. Anugerah Program Nilam (Program Membaca) PINGAT GANGSA : Apr

2003 *73 buah buku

5. Anugerah Program Nilam (Program Membaca) PINGAT PERAK : Nov

2005 *205 buah buku

6. Sijil Penghargaan PENGAWAS PSS sesi 2002 / 2003 : Nov 2005

7. Sijil Penghargaan PENGERUSI UNIT PERPUSTAKAAN sesi 2004 /

2005 : Nov 2005 8. Sijil Penyertaan Kursus Pengurusan Pengawas PSS : Feb 2007
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

9. Sijil Penghargaan PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH sesi 2006 /

2007 : Nov 2007

10. Anugerah Pengawas PSS Cemerlang : Nov 2007

Saya berasa bangga dan bertuah kerana berpeluang menerima sijil akademik dan sijil penghargaan ( no. 1 sehingga no. 7) daripada seorang Pengetua Kanan yang mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang kenamaan termasuklah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bagi sijil dan penghargaan bermula dari no.8 sehingga no. 10, saya menerimanya daripada Tn. Hj. Ameri B. Hj. Awang. Beliau bukanlah orang asing di SMK Tendong kerana sudah berkhidmat semenjak tahun 1980-an sehingga sekarang bermula sebagai guru biasa sehinggalah menjadi Penolong Kanan Pentadbiran.

Syarat penganugerahan Sijil Penghargaan daripada PSS SMK Tendong *sijil penghargaan untuk Pengawas PSS hanya diberi kepada Pengawas PSS yang akan menamatkan zaman persekolahan atau bertukar sekolah sahaja.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


1.6 Kronologi perkhidmatan saya sebagai Pengawas PSS dari tahun 2002 sehingga tahun 2007

Saya dilantik sebagai ahli biasa bermula Februari 2002 melalui sesi temuduga yang dijalankan oleh exco PSS Tingkatan Enam Atas, saya menjadi ahli biasa sehingga Disember 2004. Sepanjang tempoh itu, saya bersama guru-guru PSS dan rakan seperjuangan bekerja keras dalam merealisasikan impian bekas Pengetua Kanan SMK Tendong Gred DG 54 iaitu Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj Wan Yaacob A.M.N. yang mahu melihat PSS SMK Tendong berjaya dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.

Atas kepercayaan yang diberikan oleh Pn Siti Zainab Bt. Mohamad (Pengerusi Unit Perpustakaan kini Penyelaras PSS SMK Tendong) kepada saya melalui pengalaman dan hasil kerja saya selama 2 tahun. Beliau telah menawarkan jawatan exco PSS sebagai Pengerusi Unit Perpustakaan pada penghujung tahun 2004 dan disokong oleh bekas Penyelaras PSS SMK Tendong, Tn. Hj Abd Rahman B. Mahmood . Ketika itu saya berusia 17 tahun dan saya telah mencipta sejarah kerana buat pertama kali Pengawas PSS Tingkatan 5 diberi peluang untuk menganggotai exco tertinggi dan saya adalah satu-satunya wakil Pengawas PSS Tingkatan 5 dipilih untuk ke jawatan itu kerana sebelum ini jawatan exco hanya diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam Atas sahaja. Dalam carta organisasi, saya berada di bawah Pengerusi Pusat Sumber Sekolah bersama AJK nya tetapi saya diberi
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

kepercayaan untuk mengetuai barisan exco Unit Perpustakaan Tingkatan Enam Atas. Walaupun mereka tua 2 tahun daripada saya tetapi mereka tetap menghormati saya berdasarkan pengalaman saya selama 2 tahun menjadi Pengawas PSS, mereka juga kerap meminta bantuan saya mengenai soal pembahagian tugas dan urusan harian Unit Perpustakaan. Ketika itu PSS SMK Tendong muncul juara peringkat negeri sebanyak dua kali dan mendapat tempat ketiga di peringkat kebangsaan.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

10

1.7 FAKTA MENARIK mengenai Pengerusi Unit Perpustakaan SMK Tendong bagi sesi 2004-2005 :

a. Pengawas

PSS

Tingkatan

yang

pertama

kali

dilantik

untuk

menganggotai barisan exco tertinggi PSS kerana sebelum ini exco PSS dipilih dalam kalangan Pengawas PSS Tingkatan Enam Atas sahaja.

b. Satu-satunya Pengawas PSS berbangsa Cina dalam barisan Exco PSS

Sesi 2004-2005.

c. Mempunyai pengalaman sebagai ahli biasa selama 2 tahun bersama

kejayaan memenangi Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2003) dan Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2004).

d. Jawatan Pengerusi Unit Perpustakaan diperkenalkan oleh Pn. Siti Zainab

(Pengerusi Unit Perpustakaan) buat kali pertama pada tahun bagi Exco PSS bagi sesi 2004 / 2005. Saya merupakan orang yang pertama dilantik ke jawatan itu. Namun begitu, jawatan ini dimansuhkan untuk tahun-tahun seterusnya dan bermakna saya juga adalah orang yang terakhir memegang jawatan itu.

e. Ahli-ahli saya ialah PENGAWAS PSS TINGKATAN ENAM ATAS & saya

bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mereka dan ahli-ahli di bawah


2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

11

mereka terdiri dari Pengawas PSS Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.

Saya kembali belajar di SMK Tendong pada Julai 2006 untuk Tingkatan Enam Rendah dan sekali lagi mendapat kepercayaan untuk memegang jawatan Pengerusi Pusat Sumber Sekolah pada penghujung tahun 2006. Pelantikan ini dibuat bagi menggantikan Pengerusi PSS sesi 2006-2007 iaitu saudara Faiz B. Che Ismail yang menamatkan tempoh perkhidmatannya pada bulan November 2006. Jawatan ini merupakan jawatan kedua tertinggi selepas jawatan Ketua Pengawas Sekolah. Jawatan ini berbeza dengan jawatan yang saya pegang dulu kerana saya bertanggungjawab terhadap Unit Perpustakaan serta 35 koridor PSS SMK Tendong. Apa yang membanggakan saya ialah ketika saya dilantik ke jawatan itu, PSS SMK Tendong baharu sahaja muncul Juara Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada September 2006. Saya dipilih berdasarkan pengalaman saya berkhidmat kepada PSS selama 4 tahun dan telah menjadi Pengerusi Unit Perpustakaan selama setahun sewaktu belajar di Tingkatan Lima. Tambahan pula, saya telah berkhidmat bersama lima orang bekas Pengerusi PSS masing-masing mempunyai karakter yang tersendiri.

Salah satu tanggungjawab saya sebagai pengerusi ialah memegang kunci unit perpustakaan. Tugas ini amat berat kerana saya

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan harta di unit


2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

12

perpustakaan. Selain itu, saya perlu datang seawal jam 7.00 pagi untuk setiap hari bagi merancang tugasan yang akan diberi kepada ahli-ahli di bawah saya. Saya adalah orang yang terakhir dapat balik setelah selesai tugasan di unit perpustakaan pada waktu petang. Sebagai seorang ketua, saya sentiasa memantau kehadiran Pengawas PSS sambil dibantu oleh guru bertugas. Bukan mudah untuk menjadi seorang ketua kerana saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak buah dengan bekerja bersama-sama mereka. Saya akui memang wujud tekanan

kepada saya kerana saya perlu menjaga nama dan membawa imej yang baik khususnya kepada ahli-ahli saya dan semua pelajar kerana status PSS SMK Tendong sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada September 2006. Namun, hasil sokongan daripada semua pihak membolehkan saya menjalankan tugas & tanggungjawab ini dengan sempurna sehingga saya menamatkan zaman persekolahan dan perkhidmatan saya sebagai Pengawas PSS.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

13

1.8 FAKTA MENARIK mengenai Pengerusi Pusat Sumber Sekolah bagi Sesi 2006-2007 :

1. Pengerusi PSS / Pengawas PSS yang PERTAMA :

a. mempunyai pengalaman mengenai selok-belok pentadbiran dan perjalanan urusan di PSS (selama 4 tahun) bersama

kejayaan Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan sebanyak dua kali (tahun 2003 & 2005) dan mendapat Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (tahun 2004).

b. dilantik menjadi Pengerusi sebanyak DUA KALI sepanjang

kariernya.

c. Berbangsa Cina memegang jawatan

tertinggi sebagai

Pengerusi kerana Pengawas PSS berbangsa Cina yang terakhir hanya menjadi exco PSS pada tahun 2002 dengan memegang jawatan sebagai exco biro disiplin iaitu pada tahun 2002.

2. Pengerusi PSS dari tahun 2002 sehingga tahun 2006 TIDAK

PERNAH menjadi Pengawas PSS SMK Tendong sebelum mereka dipilih ke jawatan itu. Oleh yang demikian, pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada bakat kepimpinan walaupun mereka tiada pengalaman sebagai Pengawas PSS.
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

14

3. Satu-satunya Pengawas PSS berbangsa Cina dalam barisan exco tertinggi PSS sesi 2006-2007.

4. Pengerusi PSS KEDUA selepas saudara Faiz B. Che Ismail ketika

PSS SMK Tendong memenangi Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2006.

5. Selepas saya menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi PSS, bermula dari tahun 2008 sehingga sekarang masih belum ada lagi Pengawas PSS berbangsa Cina dilantik ke jawatan Pengerusi PSS SMK Tendong.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


1.9 Bidang Tugas Pengerusi Pusat Sumber Sekolah:

15

1. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pengawas PSS bagi exco tertinggi, unit perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah.

2. Menyediakan

jadual

bertugas

khususnya

kepada

ahli

di

unit

perpustakaan.

3. Memantau kehadiran ahli-ahli di semua koridor dengan bantuan exco

atau ketua koridor y/m dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ahliahli di Unit Perpustakaan.

4. Mengadakan sesi temuduga bagi pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan

4 dan bertanggungjawab mencadangkan ahli-ahli baharu kepada Penyelaras PSS / Pengerusi Unit Perpustakaan (Guru)

5. Memegang kunci unit perpustakaan dengan memulakan perkhidmatan seawal jam 7.15 pagi dan menamatkan perkhidmatan pada jam 3.00 petang.

6. Menyediakan laporan mengenai perkara-perkara yang berkaitan seperti masalah disiplin, kebajikan ahli-ahli, perjalanan jadual bertugas dan lainlain kepada guru-guru PSS.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

16

7. Memastikan buku-buku, bahan cetak, majalah, surat khabar, alat multimedia di unit perpustakaan sentiasa dalam keadaan kemas, baik & teratur dan suasana perpustakaan dalam keadaan bersih dan ceria.

8. Menerangkan kepada pelawat-pelawat sama ada pelawat dalam negeri, luar negeri, atau kenamaan mengenai urusan harian di PSS.

1.10 Senarai bekas Pengerusi PSS : a. Azieman B. Abdullah ( 2002 ) b. Muhammad Khairul B. Zakaria ( 2003 ) c. Ismail B. Remli ( 2004 ) d. Azmi B. Ismail ( 2005 ) e. Faiz B. Che Ismail ( 2006 ) f. Chua Tiong Ung ( 2007 ) g. Mohd Hafiz B. Yaakub ( 2008 )

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

17

1.11 Senarai Koridor-koridor PSS SMK Tendong di bawah tanggungjawab Pengerusi Pusat Sumber Sekolah :

1. Bilik Alat Pandang Dengar (APD) 2. Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) 3. Bilik Self Access Learning (SAL) 4. Klinik Matematik 5. Balai Seni 6. Galeri Warisan 7. Galeri PSS 8. Bilik Auditorium Wawasan PIBG 9. Bilik Pengawas 10. Stesen Kaji Cuaca 11. Bilik Kaunseling 12. Makmal Sains 13. Bilik PIBG 14. Bilik Kesihatan 15. Kafeteria Sri Tendong 16. Bilik Gerakan 17. Mini PSS dalam bilik darjah 18. Studio Radio Sri Tendong 19. Pondok Ilmu 20. Bilik Guru 21. Bilik Buku Teks
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


22. Bilik Iqra 23. Unit Penilaian & Peperiksaan 24. Laluan Ilmu 1 & 2 25. Dataran Nilam 26. Taman-Taman 27. Taman Herba 28. Taman Sains 29. Taman Terbiar 30. Taman Sains Geografi 31. Taman Warisan 32. Taman Arif 33. Taman Sayur-Sayuran 34. Musalla Al-Falah 35. Koperasi

18

KEJAYAAN PSS SMK TENDONG...KEBANGGAANKU UNTUK SELAMA-LAMANYA.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


1.12 Hasil didikan yang tegas daripada...

19

1. Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj. Wan Yaacob A.M.N.

a. Bekas Pengetua Kanan SMK Tendong Gred DG 54

b. Bintang Ahli Mangku Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 1999.

c. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia 1999.

d. Anugerah Pelantikan Pengetua Cemerlang DG54 oleh Menteri Pelajaran Malaysia 2002.

e. Pencalonan Pelantikan Sebagai Pengetua Cemerlang Gred JUSA C oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2004

f. Anugerah Pelantikan sebagai Perunding Kanan Menteri Pelajaran Malaysia 2007

2. Tn. Hj. Che Ismail B. Hj. Che Hussin a. Guru Cemerlang Sejarah STPM Gred DG 48
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


b. Bekas Ketua Pemeriksa Kertas Sejarah STPM Peringkat Kebangsaan. c. Panel Penggubal Subjek Sejarah STPM Peringkat Negeri Kelantan.

20

3. En. Look Thien Jee a. Guru Kanan Teknik & Vokasional Gred DG 44 b. Bekas Panel Penggubal Subjek Pengetahuan Moral SPM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2005

4. Pn. Siti Zainab Bt. Mohamad


a. Guru Subjek Bahasa Inggeris & Malaysian University English Test

(MUET) Gred DG 44 b. Penyelaras PSS SMK Tendong

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

21

....telah banyak mematangkan saya sepanjang saya belajar dan bekerja selama hampir 5 tahun bersama mereka. Contohnya, ketika saya menjadi Pengerusi, saya diamanahkan untuk memegang kunci PSS dan perlu membuka pintu Perpustakaan seawal jam 7.00 pagi bagi memastikan ahliahli PSS yg lain dapat bertugas dengan baik pada jam 7.15 pagi dan saya adalah orang yang terakhir yang dapat pulang dan mengunci pintu PSS pada jam 3 petang. Beliau amat menitik beratkan soal disiplin kerja. Ketika saya belajar di Tingkatan Enam Atas, kami dilatih supaya hadir ke sekolah lebih awal dengan program kelas seawal jam 7.00 pagi dan program kawad kaki pada jam 7.15 pagi. Hasil didikan beliau dan guru-guru yang saya sebutkan di atas kepada saya menyebabkan sehingga sekarang saya masih membawa budaya ini ketika berpraktikal di Hospital Raja Perempuan Zainab (II) dan Hospital Selayang. Saya menjadi seorang yang berdisiplin dalam soal menepati masa dan bekerja hasil ketegasan daripada mereka.Terima Kasih Puan, Cikgu & Thank You Teacher !!!

Sebenarnya, saya adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Ramai orang berkata, anak lelaki bongsu adalah manja dengan ibu-bapa. Situasi ini berlainan dengan saya kerana hasil daripada ketegasan merekalah telah banyak mematangkan hidup saya. Setiap kali apabila saya memberikan jawapan iaitu saya ialah anak bongsu, ramai yang sukar untuk

mempercayainya.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

22

Sehingga sekarang saya masih berhubung dengan Pn Siti Zainab dan datang melawat PSS bila ada kelapangan. Guru-guru PSS masih lagi menghormati saya selaku bekas Pengerusi PSS sehinggakan ada yang bertanya awak datang ke sini untuk bertugas ?. Pn. Siti Zainab sendiri menyatakan kepada saya kejayaan PSS merupakan hasil penat lelah saya dan rakan-rakan lain sewaktu menjadi Pengawas PSS. Kehadiran semula saya pada setiap tahun selepas saya menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi PSS ke PSS SMK Tendong ibarat Sireh Pulang ke Gagang kerana di sanalah saya dilatih untuk menjadi seorang pelajar dan pelatih yang berdisiplin ketika bekerja. Apa yang menarik perhatian saya ialah hasil kerja saya masih ada di sana dan tidak diubah walaupun sudah lima tahun saya meninggalkan PSS :-)

Akhir sekali..Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada bekas penyelaras PSS SMK Tendong, Tn Hj Abd Rahman B. Mahmood, penyelaras kini Pn Siti Zainab Bt. Mohamad dan guru-guru koridor PSS kerana memberi sepenuh kepercayaan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menerajui PSS SMK Tendong yang muncul sebagai salah sebuah perpustakaan terbaik di peringkat negeri Kelantan dan Kebangsaan pada tahun 2006. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua dan jasa anda akan ku kenang sehingga akhir hayat..terima kasih :-)

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


1.13 Perpustakaan sebahagian daripada hidup saya

23

Saya sebagai bekas Pengerusi PSS SMK Tendong sudah biasa berada di perpustakaan dan menjadi impian saya untuk melawat

perpustakaan lain tidak mengira di mana tempatnya. Bermula pada Jun 2007, apabila saya menyertai lawatan sambil belajar ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan berpeluang melawat Perpustakaan di sana. Setelah saya belajar selama setahun di Sungai Buloh, saya melawat sebuah perpustakaan yang terbesar di Malaysia iaitu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada November 2010 dan mendaftar sebagai ahli biasa di sana. Saya berasa kagum dengan suasana dan keadaannya kerana mempunyai sebanyak 8 aras yang mengandungi setiap buku yang berbeza-beza. Setakat November 2012, saya sudah enam (6) kali pergi ke sana dan ada sekali saya membawa 6 orang kawan saya ke sana untuk menyiapkan tugasan dan mencari maklumat.

Tidak lupa juga, lawatan saya ke Perpustakaan Kuala Lumpur yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Di sana hanya terdapat 3 aras namun kawasannya tetap luas dan banyak bahan rujukan yang disediakan. Sebagai rakyat Kelantan, Perpustakaan Negeri di Kota Bharu juga saya lawati.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

24

BAB 2 KEHIDUPAN SAYA DI KOLEJ DAN DI HOSPITAL


2.1 Semester 3

Semester 3 merupakan semester yang mencabar buat saya dan rakan-rakan yang lain kerana terpaksa belajar 8 subjek termasuk menyediakan proposal untuk subjek Kaedah Penyelidikan. Saya dilantik selaku AJK Fotostat kelas semasa akhir semester 2. Jawatan ini amat besar tanggungjawabnya kerana terpaksa menguruskan semua nota-nota dan memerlukan sifat amanah ketika memegang duit bayaran fotostat. Bukan itu sahaja, saya perlu berhadapan dengan kerenah rakan-rakan saya yang melengah-lengahkan bayaran duit fotostat apabila diminta. Selain tu, ada juga masalah dari pensyarah-pensyarah sendiri yang lambat untuk memberi nota kepada kami. Mujurlah saya dibantu oleh Gan Khian Fie untuk melaksanakannya. Cara kami bekerja ialah tidak melengah-lengahkan nota yang diberi dan terus fotostat untuk diedarkan kepada rakan sekelas. Dengan itu, kami dapat belajar dengan tenang dan dapat memahami sesuatu bahan pelajaran dengan mudah.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


2.2 Semester 4

25

Semester 4 merupakan peluang untuk kami menimba pengalaman bekerja di hospital melalui latihan praktis. Saya membawa budaya kerja yang penuh dengan disiplin sejak zaman persekolahan iaitu datang bekerja seawal 7.15 pagi dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Rekod kehadiran saya seawal jam 7.13 pagi dan paling lewat ialah pada jam 7.29 pagi, rekod ini dapat saya kekalkan bermula dari Julai 2011 sehingga Mei 2012 dan menyamai rekod kehadiran saya terdahulu sewaktu saya menjadi Pengerusi Unit Perpustakaan (2005) dan Pengerusi PSS (2007). Saya memulakan tugas di OPD dengan kawasan bekerja yang agak sempit. Ketika saya bekerja di situ, Pn. Maisom ada meminta bantuan kami untuk mengisi ubat untuk SPUB tetapi malangnya beliau mendapati ramai pelatih keluar rehat beramai-ramai pada jam 10 pagi. Beliau memberi nasihat kepada semua pelatih agar tidak mengulangi perkara itu untuk masa akan datang. Kami juga ditugaskan untuk membantu PPF di unit Klinik Psikiatrik sekali seminggu mengikut giliran.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

26

LP saya iaitu Tn. Hj. Abd. Rahman (PPF U40), bersara pada pertengahan bulan Oktober. Oleh itu, tugas beliau diambil alih sementara oleh Tn. Hj. Khairuddin (PPF U38). Beliau telah banyak membuat pembaharuan dari segi pembahagian tugas kepada pelatih dan merangka susunan ubat-ubatan baharu di sub-stor. Kebetulan dalam jadual giliran saya ditempatkan di unit berkenaan bermula dari 23 Oktober 2011 sehingga 3 November 2011. Kebiasaannya pelatih-pelatih terdahulu bekerja tanpa tekanan di unit sub-stor kerana sekadar merekod dan membekalkan ubat kepada OPD, IPD, dan Farmasi Satelit sehinggakan di situ menjadi tempat kegemaran bagi pelatih untuk bersembang. Namun begitu, sebaik sahaja saya ditempatkan di unit sub-stor, saya menghadapi beban kerja yang terlampau banyak berikutan banyak pembaharuan yang diperkenalkan oleh Hj. Khairuddin. Hj. Khairuddin telah mengarahkan saya menyusun kembali ubat-ubatan di dalam sub-stor. Memburukkan lagi keadaan apabila hanya saya seorang sahaja pelatih yang ditempatkan di situ dan saya hanya dibantu oleh PPF U32 iaitu En. Nik Hazlan bagi menyusun kembali ubatubatan di sub-stor. Susunan terdahulu ialah mengikut pengkelasan farmakologi dan susunan yang beliau inginkan ialah mengikut urutan abjad dari huruf A sehingga huruf Z. Saya juga perlu menyenaraikan dan menyusun kembali ubat-ubat mata, telinga, dan inhalasi berjumlah 50 jenis mengikut turutan abjad, kerana susunan terdahulu adalah secara rawak dan tidak teratur. Saya masih ingat kata-kata En. Nik Hazlan kepada saya iaitu ketika penyusunan semula ubat-ubatan di sub-stor, ramai yang datang mengambil kesempatan untuk curi tulang sedangkan ketika saya penat bekerja berseorangan, tiada seorang pun yang sudi menolong saya.
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

27

Tugas saya tidak berhenti di situ sahaja kerana pada minggu berikutnya Hj Khairuddin memberi tugasan kepada saya untuk menyediakan Bin Kad baharu bg ubat-ubatan List A dan melengkapkan senarai nombor bin kad bagi kategori ubat-ubatan di HRPZ II. Saya juga turut dibebani dgn stok banyak yang baharu diinden oleh En Nik Hazlan dan perlu menyusun kembali ubat-ubat tersebut mengikut huruf yang telah ditetapkan. SEMUA TUGASAN ini berjaya disempurnakan oleh saya sendiri dalam masa 2 MINGGU dengan bantuan En Nik Hazlan dan TANPA BANTUAN WALAU SEORANG PUN DARI RAKAN-RAKAN PELATIH SENDIRI. Sehingga kini, susunan ubat yang saya susun dahulu masih kekal sehingga sekarang Beban kerja saya juga bertambah apabila saya diarahkan oleh Hj. Khairuddin untuk bekerja di OPD disebabkan ramai pelatih yang bercuti. Hj. Khairuddin menghormati saya sehinggakan beliau menegur saya terlebih dahulu apabila berselisih dengan saya ketika waktu pagi sebelum masuk bekerja. Sebelum saya menamatkan latihan praktis untuk semester 4, saya mendapatkan markah dan sempat bersalaman dengan beliau sebelum kembali ke kolej untuk menduduki peperiksaan. Ini juga sebagai

penghormatan buat diri saya sebagai pelatih yang mewakili KSKB Sg Buloh.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

28

2.3 Ringkasan tugasan saya di sub-stor selama 2 minggu bersama En Nik Hazlan

1. Menyusun

kembali

ubat-ubat

daripada

mengikut

pengkelasan

farmakologi kepada susunan abjad dari A sehingga Z tanpa mengira pengkelasan farmakologi ubat tersebut.

2. Menyenaraikan dan menyusun kembali ubat-ubat mata, telinga, dan

inhalasi yang kesemuanya berjumlah 50 jenis mengikut turutan abjad. Susunan asal ialah secara rawak dan kelihatan tidak teratur.

3. Menyediakan Bin Kad baharu bagi ubat-ubatan List A.

4. Melengkapkan senarai nombor bin kad bagi ubat-ubat yang nombor bin

kadnya tiada.

5. Dibebani dengan stok banyak yang baharu diinden oleh En Nik Hazlan

dan perlu menyusun kembali ubat-ubat tersebut mengikut huruf yang telah ditetapkan.

2.4 Semester 5
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

29

Sebelum saya memulakan latihan praktis untuk semester 5, saya dapati jadual kerja saya berlainan dengan rakan-rakan yang lain. Kebiasaannya, pelatih-pelatih menjalani praktikal di Farmasi Bekalan Wad dan Klinik Kesihatan selama dua bulan berturut-turut. Berbeza dengan saya apabila Hj. Khairuddin mengatur jadual kerja selama sebulan di IPD, dua bulan di Klinik Kesihatan dan kembali ke hospital selama sebulan di Farmasi Satelit. Apabila difikirkan balik, mungkin Hj. Khairuddin berbuat demikian kerana saya telah banyak menolong beliau di Unit Sub-Stor dan beliau menyediakan jadual yang agak berlainan berbanding dengan orang lain. Namun begitu, jadual saya ini diubah pada saat-saat terakhir kerana menghadapi masalah kekurangan pelatih. Akhirnya, jadual kerja saya sama seperti rakan-rakan yang lain. Walau bagaimanapun, saya mengalami tekanan fizikal dan mental kerana sebaik sahaja saya memulakan tugas di Farmasi Satelit, Pn. Maisom Bt. Hamat (PPF U38) tidak sempat menyediakan jadual untuk kami selama sebulan kerana beliau keliru dengan perubahan jadual yang telah dilakukan oleh Hj. Khairuddin. Tambahan pula, Farmasi Satelit adalah unit yang paling sibuk jika dibandingkan dengan unit-unit lain kerana di sana melibatkan pesakit yang menerima rawatan di dalam wad. Saya akan menceritakannya secara lebih lanjut di bahagian yang seterusnya.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

30

Saya memulakan semester 5 pada bulan Januari 2012 di unit Farmasi Pesakit Dalam (IPD). Saya membiasakan diri bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Ada kalanya, saya ditinggalkan bekerja berseorangan pada jam 10.00 pagi kerana beberapa orang staf dan kawankawan saya keluar rehat sehinggakan disedari oleh Penolong Pegawai Farmasi U38 iaitu Hjh. Zalilah. Beliau menyatakan kepada saya yang saya adalah SEORANG ANAK YANG BAIK. Tugasan saya mengenai Farmasi Bekalan Wad mendapat pujian daripada Hj. Khairuddin kerana saya memasukkan pengiraan mengenai ubat suntikan. Terima kasih kepada PPF U32 iaitu Tn. Hj. Wan Rosidi dan En. Mohd Noor di atas tunjuk ajar mengenai pengiraan ubat suntikan sewaktu saya bekerja di IPD.

Pada minggu terakhir saya di IPD, Tn. Hj. Wan Rosidi memberi kepercayaan kepada saya untuk menggantikan kerjanya selama satu minggu kerana beliau akan menghadiri kursus dan bercuti. Beliau menyuruh saya menyediakan profil pesakit dan menampal preskripsi di fail yang disediakan. Walaupun banyak profil dan preskripsi perlu ditampal, akhirnya saya berjaya juga menyiapkannya dengan bantuan rakan-rakan yang lain.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

31

Di IPD juga, saya menyambut Tahun Baharu Cina pada 23 dan 24 Januari 2012 (Isnin dan Selasa). Saya memohon kebenaran melalui surat bercuti kepada Hjh Zalilah untuk mengambil satu hari cuti tambahan pada 22 Januari. Setelah saya kembali dari bercuti, saya berbincang dengan Hjh Zalilah untuk menggantikan cuti yang saya ambil. Beliau tidak memaksa saya untuk menggantikannya. Walaupun Hjh. Zalilah berkata sedemikian, saya tetap menggantikannya demi berlaku adil kepada kawan-kawan saya yang lain iaitu Mohd Aminuddin, Anis, dan Wan Norsyamimy kerana mereka bekerja sewaktu saya bercuti. Tambahan pula, saya mahu melatih diri saya supaya lebih bertanggungjawab dan membiasakan diri bekerja pada hari cuti umum. Hjh. Zalilah mencadangkan kepada saya supaya bekerja pada 5 Februari 2012 (Ahad) iaitu hari Maulidur Rasul. Saya datang bekerja pada hari berkenaan, ternyata suasananya berbeza berbanding hari bekerja kerana hanya beberapa orang staf sahaja bekerja pada waktu itu. Saya menyiapkan bekalan untuk Floor Stock pada waktu pagi dan mengisi preskripsi pada waktu petang. Kedua-dua pesanan tersebut hadir dalam kuantiti yang banyak.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

32

Saya amat menitik beratkan soal disiplin kerja terutamanya di IPD kerana saya adalah satu-satunya pelatih berbangsa Cina. Biasanya orang Cina rajin bila bekerja dan saya berasa malu apabila saya malas bekerja seterusnya dipandang serong oleh staf farmasi. Tambahan pula, saya bekerja dengan dua orang PRP perempuan iaitu Chua Sue Hoon dan Ong Huey Chin dan seorang PRP lelaki iaitu Terence Foo. Bukan sahaja saya dapat menjaga nama baik mereka bertiga malahan saya juga dapat menjaga nama baik Sue Hoon lebih-lebih lagi kami berdua berkongsi tempat asal kelahiran, tarikh kelahiran, nama keluarga dan sebutan yang sama iaitu CHUA. Mungkin disebabkan saya komited ketika bekerja, Sue Hoon dan Huey Chin begitu mengambil berat mengenai diri saya sehinggakan mereka tercari-cari saya ketika saya berada di Unit Prabungkus. Saya berada di sana atas arahan Hjh. Zalilah untuk membantu menyiapkan kerja di sana disebabkan kekurangan pelatih. Hubungan kami bertiga begitu rapat sehingga menggelarkan diri masing-masing sebagai cek mek (sejenis kuih di Kelantan) dan Teh O Beng (teh ais). Kami bergurau bersama-sama ketika bekerja sehinggakan saya tidak sedar yang mereka berdua sebenarnya Pegawai Farmasi tetapi berkawan seperti rakan baik sendiri.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

33

Saya menghargai Terence Foo kerana walaupun saya sudah habis menjalani latihan praktis di hospital, beliau masih menegur saya. Ketika itu saya berada di luar stadium dan beliau berada di dalam kereta. Terence membunyikan hon dan bertanya khabar saya. Terence masih menghormati saya walaupun saya hanyalah seorang PPF Pelatih yang masih belum menamatkan pengajian. Apa yang menariknya, saya tidak sedar kehadiran beliau di dalam kereta ketika itu dan beliau dengan rendah diri membunyikan hon dan menegur saya terlebih dahulu. Inilah penghormatan bernilai buat diri saya kerana orang yang berpangkat tinggi menegur orang bawahannya terlebih dahulu.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

34

Tidak lupa juga kepada Ong Huey Chin yang mengajak saya keluar makan bersama-sama dengan Chua Sue Hoon. Beliau telah mengajak saya sebanyak dua kali. Kali pertama kami tidak dapat keluar disebabkan sibuk dengan kerja masing-masing. Untuk kali kedua, kami bertiga keluar bersama dan kebetulan selepas 4 hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-24. Huey Chin memberi ucapan selamat hari jadi yang panjang lebar berbanding rakan-rakan saya yang lain di Facebook. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada saya. Komennya yang membuatkan saya terharu ialah beliau berharap dapat saya dapat bekerja bersama-samanya untuk masa akan datang dan sempat berpesan kepada saya agar tidak keluar sehingga lewat malam dengan motosikal kerana akan membahayakan diri. Bagi Sue Hoon, beliau merupakan orang pertama yang mengucapkan selamat hari jadi kepada saya di Facebook. Saya berasa segan dengan mereka berdua dengan kedudukan mereka sebagai Pegawai Farmasi lebih tinggi jika

dibandingkan dengan saya hanya seorang PPF Pelatih tetapi mereka berdua sudi berkawan dengan saya, bergurau senda, menghormati dan begitu

mengambil berat tentang diri saya walaupun saya sudah tamat menjalani latihan praktis di HRPZ (II).

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

35

Di Farmasi Satelit, saya memulakan tugas sebelum jam 8 pagi untuk mengemas dan top up ubat sehinggakan seorang PPF U29 iaitu Pn. Hasmarisa hairan dan memuji saya. Saya meneruskan tugas sehingga jam 12.20 tengah hari tanpa keluar rehat pada jam 10 pagi. Sepanjang 20 hari bekerja di Farmasi Satelit, saya hanya keluar rehat jam 10 pagi hanya SEKALI SAHAJA ! Keadaan Farmasi Satelit yang sempit menyukarkan proses kerja. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan pada minggu terakhir apabila pelatih UniKL mula bercuti dan pelatih Uitm terlibat dengan presentation di universiti. Ketika itu, saya dan Mohd Aminuddin terpaksa melakukan dua kerja dalam masa yang sama iaitu pengisian Unit of Use dan terpaksa membantu Pn. Hasmarisa di kaunter discaj. Saya menerima penghargaan daripada seorang PPF U32 (KUP) iaitu Pn. Suaibah. Beliau memberi wang belanja untuk makan tengah hari kepada saya ketika saya sedang bekerja. Berikut adalah senarai tugas saya selama sebulan tanpa sebarang jadual bertugas di Farmasi Satelit :

a. Pengisian losyen. b. Pengisian Unit Of Use (lebih daripada 600 keping slip berjaya diisi oleh saya). c. Pengisian Unit Dose. d. Menokok tambah stok ubat. e. Menyimpan kembali ubat discaj.. f. Pengisian dan pendispensan di kaunter discaj.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


2.5 Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu

36

Setelah saya menamatkan latihan praktis selama dua bulan di Farmasi Pesakit Dalam dan Farmasi Satelit, saya memulakan tugas di KKB selama dua bulan. Suasana kerja di sana jauh berbeza jika dibandingkan dengan hospital kerana di klinik kerjanya lebih santai. Staf di klinik begitu prihatin dengan kami kerana mereka menyuruh kami duduk ketika melakukan proses pengisian. Namun begitu saya tetap melakukan kerja sambil berdiri kerana sudah biasa dengan suasana kerja di hospital. Tambahan pula, kerja sambil berdiri lebih cepat. Walau bagaimanapun, saya menghargai jasa baik staf farmasi di atas nasihat dan peringatan mereka kepada kami. Mereka sering kali menyuruh kami rehat pada jam 10.00 pagi tetapi saya tetap juga bekerja pada waktu itu dan keluar rehat lebih awal pada jam 12.30 tengah hari. Perkara ini telah menjadi kebiasaan saya kerana saya tidak suka menangguhkan kerja dan akan menyiapkannya sehingga selesai. Ramai yang beranggapan saya adalah seorang yang degil dan enggan menerima nasihat daripada orang lain terutamanya mengenai soal rehat. Namun, kedegilan saya inilah telah membawa kejayaan yang membanggakan untuk diri saya. Bekerja adalah sesuatu perkara yang membosankan kerana perlu melakukan benda yang sama setiap hari sehingga mendorong kita melanggar disiplin bekerja. Namun, sekiranya kita mempunyai minat yang mendalam dan bermotivasi kerja tersebut boleh menjadi sesuatu perkara yang menyeronokkan.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

37

Mungkin ramai orang pelik dengan cara saya bekerja kerana agak berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. Saya mengalami pengalaman hebat bersama PSS SMK Tendong selama lima tahun dengan disiplin kerja yang tinggi. Saya juga tegas dengan pendirian diri sendiri kerana saya tahu apa yang terbaik untuk diri saya dan saya mampu untuk melakukannya. Orang lain mungkin seronok mengambil kesempatan untuk curi tulang tetapi berbeza bagi saya kerana saya tidak biasa dan berasa pelik jika berbuat demikian. Saya merasakan praktikal perlu dilakukan dengan bersungguhsungguh kerana ia merupakan batu asas dan bekalan untuk saya bekerja kelak. Tambahan pula, tempoh praktikal yang singkat selama dua bulan perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Bekerja di klinik ibarat syurga untuk orang yang suka bekerja sambil lewa. Pengalaman berharga yang dapat ditimba di sana ialah mendispen ubat kepada pesakit. Memang tidak dinafikan bekerja di kaunter amat menyeronokkan kerana sekadar duduk dan memberi arahan pengambilan ubat kepada pesakit. Kesabaran yang tinggi perlu ada pada setiap staf dan pelatih kerana perlu berdepan dengan berbagai-bagai kerenah pesakit. Ada pesakit jenis peramah dan tidak kurang juga yang jenis mudah hilang sabar sehingga memarahi staf farmasi akibat terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


2.6 Hasil yang saya perolehi sepanjang

38

berpraktikal

setahun di HRPZ dan Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu sangat

membanggakan :

1. Saya tidak pernah menyuruh orang lain punch kad untuk saya walau

sekali pun sekalipun terpaksa berjalan jauh dari klinik psikiatrik dan Farmasi Satelit.

2. Rekod kehadiran bekerja yang cemerlang iaitu sampai di hospital dan klinik seawal jam 7.00 7.15 pagi. Punch kad sendiri paling awal jam 7.13 pagi dan paling lewat jam 7.29 pagi

3. Mengutamakan kerja terlebih dahulu dengan tidak keluar rehat pada jam

10 pagi dan baharu keluar rehat sebelum jam 12.30 tengah hari. Jika keluar rehat jam 10 pagi kerana terlibat dengan lunch break duty atau terpaksa menemani kawan keluar rehat pada waktu itu.

4. Pn. Wan Badariah (PPF U29) di Farmasi Pesakit Luar menggalakkan

saya bercuti kerana berpendapat hanya saya banyak membuat kerja lebih di situ ketika saya bercadang untuk mengambil cuti di OPD. (September 2011).

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

39

5. Berpeluang menyediakan persediaan sitotoksik drug walaupun sebelum

ini pelatih tidak dibenarkan untuk melakukannya dan Pegawai Farmasi CDR sendiri menyuruh dan mengawasi saya ketika itu. Sebanyak 26 persediaan telah saya sediakan selama 3 jam bersama-sama dengan seorang PPF U29 iaitu En. Hassan B. Awang Ali. (21 Ogos 2012)

6. Menyusun kembali kesemua ubat-ubatan di sub-stor dan menyediakan

bin kad baharu atas arahan pemangku Local Preseptor iaitu PPF U38 Hj Khairuddin B. Yang Shariff. Tugasan ini berjaya saya laksanakan selama 2 minggu bersama-sama PPF U32 iaitu En. Nik Hazlan dan tanpa bantuan walau seorang pun daripada rakan-rakan pelatih.

7. Saya tetap menggantikan cuti tambahan yang saya ambil sempena

Tahun Baharu Cina di Farmasi Pesakit Dalam walaupun Hjh Zalilah tidak memaksa saya untuk berbuat demikian.

8. Menerima pujian dari seorang PPF perempuan U29 iaitu Pn. Hasmarisa

kerana saya adalah orang yang paling awal bekerja di Farmasi Satelit.

9. Bekerja tanpa sebarang jadual bertugas dan terpaksa melakukan semua kerja di Farmasi Satelit selama 20 hari bekerja.

10. Mendapat pujian daripada Local Preseptor iaitu Hj Khairuddin PPF U38

disampaikan oleh pensyarah saya iaitu En Alioddin B. Damsah. (28 Mac 2012).
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

40

11. Di stor Klinik Kesihatan Kota Bharu, saya dapat mempelajari sesuatu yang jarang berlaku iaitu kuantiti stok yang diterima tidak sama dengan kuantiti stok dalam borang inden. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh PPF U32 iaitu Hj. Nik Hussain kepada saya.

12. Walaupun saya terpaksa mengulang semester tetapi banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Walaupun sedih kerana mengulang semester tetapi ada hikmah di sebaliknya seperti apa yang saya ceritakan di atas.

13. Belajar 3 tahun di kolej amat berbeza jika dibandingkan dengan bekerja lebih daripada 30 tahun.

14. Akhir sekali, menerima pujian daripada seseorang amatlah mudah, tetapi untuk menerima penghormatan satu perkara yang amat sukar.

15. Prinsip yang saya pegang ketika berpraktikal : a) Bangun awal


b) Datang awal bekerja c) Datang punch card sendiri d) Utamakan kerja dahulu e) Rehat setelah semua kerja selesai sepenuhnya

f) Balik pada jam 5 petang dengan punch kad sendiri.


2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


2.7 Selayangku Sayang

41

Saya menjalani satu lagi latihan praktis selama sebulan iaitu di Hospital Selayang (HS). Ramai kawan-kawan saya merungut kerana terpaksa bangun awal dan bersedia untuk menaiki bas seawal jam 6.30 pagi. Namun ia bukanlah satu masalah besar buat saya kerana saya sudah biasa bangun awal sejak di bangku sekolah lagi dan dan berpraktikal selama setahun di Kota Bharu. Saya boleh bertolak pada jam 7.20 pagi tetapi disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas, saya mengambil keputusan untuk bertolak 40 minit lebih awal. Tambahan pula, saya perlu membiasakan diri untuk menjalani latihan praktis di hospital sekitar Lembah Klang kerana bas kolej bertolak seawal jam 6.30 pagi. Apa yang menariknya saya berulang alik selama setahun ke HRPZ dengan menggunakan kenderaan sendiri dan atas kemahuan saya sendiri untuk datang awal bekerja tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

42

Saya berasa bangga sepanjang 30 hari bekerja, saya merupakan orang yang paling awal sampai untuk menunggu bas seawal jam 6.00 pagi. Seingat saya hanya 3 hari saya tewas kerana saya dapati ada orang lebih awal lagi daripada saya. Sedangkan mereka yang berpraktikal di Hospital Putrajaya dah Hospital Serdang pun terkejar-kejar untuk menaiki bas. Boleh dikatakan saya telah membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi keadaan ini. Apa yang peliknya ialah saya seorang lelaki berpraktikal dekat sahaja tetapi boleh bangun dan datang awal berbanding mereka yang berpraktikal jauh tetapi datang lambat. Semua ini bergantung kepada sikap kita sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun.

Cabaran saya bukan setakat di situ sahaja kerana, di HS staf dan pelatih tidak dibenarkan untuk keluar rehat pada jam 10 pagi. Namun saya memandang perkara ini dari sudut positif kerana di HRPZ juga saya tidak keluar rehat pada waktu itu, benarlah dalam pepatah mengatakan alah bisa, tegal biasa dan saya mampu melakukannya di HS dan tidak pernah mengambil kesempatan untuk keluar curi tulang. Biasalah bagi kawan-kawan yang lain turut merungut kerana sebelum ini mereka sudah terbiasa keluar rehat pada jam 10 pagi. Di sana kerjanya begitu leceh kerana kami terpaksa mengisi dan menulis label sendiri ditambah pula dengan bilangan item yang terlalu banyak. Lebih mengecewakan apabila kerusi di OPD boleh dibilang dengan jari dan kami boleh dikatakan berdiri sepanjang hari sehingga jam 5 petang.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

43

Apa yang menggembirakan saya apabila saya membelek buku log dan mendapati ada komen dari local perseptor iaitu Pn Hjh Rahani Bt. Awang (PPF U36) iaitu RAJIN DAN SEDIA MENERIMA

TANGGUNGJAWAB dan saya mendapat markah yang tinggi iaitu 51/52. Keseluruhannya walaupun banyak cabaran yang saya hadapi di sana, namun saya dapat melakukannya dengan baik dan saya dapat

mengaplikasikan budaya positif seperti di negara Jepun ini bermula di sekolah, HRPZ dan di Hospital Selayang. Tidak hairanlah jika bekas Perdana Menteri kita memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan negara Jepun sebagai roll model dalam perkhidmatan awam. Dasar ini menyamai dasar yang diamalkan oleh bekas Pengetua Kanan SMK Tendong DG 54 iaitu Pn. Hjh Wan Karimah Bt. Hj Wan Yaacob. Kadang-kadang kita terlalu tergila-gilakan artis-artis kacak dan cantik dari Jepun dan Korea tetapi kita tidak mahu belajar budaya positif mereka seperti menepati masa dan membaca buku.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

44

2.8 Fakta menarik mengenai diri saya ketika berpraktikal di Hospital Selayang

1. Sentiasa bangun seawal jam 5 pagi dan menjadi orang pertama yang menunggu bas seawal jam 6 pagi.

a) Saya sebagai seorang lelaki berjaya menewaskan perempuan untuk datang awal menunggu bas. Lebih-lebih lagi jarak antara blok lelaki dan perempuan terlalu jauh. Blok perempuan lebih dekat untuk menunggu bas.

b) Bas hanya bertolak pada jam 6.30 pagi sehingga 6.40 pagi dan perjalanan hanya mengambil masa setengah jam sahaja.

c) Saya mendahului rakan-rakan saya yang berpraktikal jauh di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk menunggu bas.

2. Dapat menerima cabaran tidak rehat pada jam 10 pagi kerana saya sudah biasa melakukannya selama setahun di HRPZ II dan KKB. Bekerja dari jam 8 pagi sehingga jam 2 petang tanpa henti dalam masa seminggu.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

45

3. Punch kad datang dan balik sendiri kecuali sekali saya menyuruh kawan untuk punch kad disebabkan jarak antara OPD dan Jabatan kecemasan terlalu jauh.

4. Mendapat komen melalui buku log dari local perseptor iaitu Pn Hjh

Rahani Bt. Awang (PPF U36) iaitu RAJIN DAN SEDIA MENERIMA TANGGUNGJAWAB dan saya mendapat markah yang tinggi iaitu 51/52.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


2.9 Mencari kecantikan dalam keburukan

46

Dari segi pencapaian akademik, saya jauh ketinggalan berbanding kawan-kawan sekelas saya dari segi PNGK. Namun, perlu diingat setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bagi saya, mereka yang mendapat PNGK yang tinggi atau cemerlang tidak semestinya cemerlang dalam prestasi dan sikap ketika bekerja. Walaupun PNGK saya rendah jika dibandingkan dengan PNGK kawan-kawan saya yang lain tetapi saya mampu menandingi mereka dari segi sikap atau attitude ketika bekerja. Ramai yang memandang remeh mengenai sikap ketika bekerja kerana mereka merasakan kerja merupakan satu perkara yang mudah dan mereka mengambil sikap acuh tidak acuh mengenainya. Berbeza dengan saya amat menitik beratkan displin kerja kerana saya menyedari apabila saya rajin bekerja, maka secara tidak langsung saya akan memperbaiki diri sedikit demi sedikit walaupun pada asalnya saya kurang pandai dalam akademik dan saya telah buktikan terutamanya di HRPZ.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

47

Kita perlu mengkaji kelemahan diri kita dan kelebihan kita yang ada melalui muhasabah diri. Saya sesekali tidak menganggap diri saya hebat apabila dapat melakukan sesuatu perkara yang orang lain tidak mampu lakukan. Begitu juga, apabila saya melihat rakan-rakan saya yang memperolehi keputusan cemerlang kerana mereka pun insan biasa yang pasti ada kekurangan di sebalik kecemerlangan itu. Sebenarnya terlalu ramai insan yang lebih hebat tetapi menyembunyikan kehebatan mereka daripada pandangan orang lain. Sudah pasti kita akan menemui insan-insan yang lemah dari segi luarannya tetapi dalam diam-diam mereka mempunyai kehebatan tersembunyi. Maka carilah kecantikan dalam keburukan !

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


2.10 Merajinkan diri

48

Dalam bekerja kita perlu ada sifat merajinkan diri dan boleh melakukan pelbagai perkara apabila diminta dengan sempurna ataupun tanpa disuruh. Apabila saya mengimbas kembali beban kerja yang terpaksa saya pikul di HRPZ II seperti menyusun kesemua ubat-ubat di sub-stor dan bekerja tanpa jadual selama sebulan di Farmasi Satelit. Saya tertanya-tanya kepada diri sendiri, mengapa saya sering menjadi mangsa ? mengapa tiada orang lain yang boleh disuruh selain daripada saya ? mengapa saya perlu menghadapi situasi yang penuh tekanan ini ?mengapa ? mengapa ? mengapa ?. Mungkin ini dinamakan sebagai takdir kerana takdir telah menentukan saya adalah orang yang sesuai untuk menggalas tugasan yang telah diberi oleh Hj. Khairuddin. Pada mulanya saya merungut kerana tugasan tersebut amat mencabar saya dari segi fizikal dan mental. Namun, saya berfikiran positif kerana saya telah melalui pengalaman hebat bersama PSS SMK Tendong dan bersedia untuk melaksanakannya. Tambahan pula, beliau juga akan memberi markah kepada saya. Saya tahu jika saya malas dalam bekerja akan menyebabkan saya terlepas peluang yang ada dan paling teruk tidak menyedari apa-apa peluang yang datang.

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita mahu , bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut . TETAPI kerana Tuhan tahu kita berhak lebih baik daripada itu.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

49

BAB 3 KOMEN

1. Mastura Mohamad

mantap ar chua!! experience make us grow with the flow.. success selalu keyh!! 14 Februari 2012

2. Chua Sue Hoon

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........ So proud of u!!!! haha... Keep it up k... yerrr...., i feel nei jiu nu.., always ask u to snake.. Dnt learn from me.. haha.... So cute!!

no 1 filling 4 d unit dose......... no 1 as rajin as Cai Zhong An dohhhh....." ya lar.. i always saw u're d only 1 that do extra works in IPD... 21 Februari 2012

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


3. Huey Chin

50

WAOH!U MEMANG GENG!!:D PROUD TAT U R CHINESE N MY FRD:) GOOD JOB N KEEP IN UP, OKAY, CHUA:p HAHAHAHA:p 21 Februari 2012

ok la chua~ yeah yeah i knw we cant wait for july!;P hope they as good as u! 18 May 2012

4. Terence Foo

alright..looking at it very good chua.. u hold good positions in school proud of u man what u said in ur blog is very true.. about the life in hrpz about punctuality and dicipline.

haha nice blog man..u ada banyak pencapaian


2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


next time sure successful coz u r hardworking person. 25 Februari 2012

51

5. Ilyn Shakri

wah chua. tahniah tahniah truskan bkat chua tue ea pustakawan ea? 25 Februari 2012

6. En Mat, KSKB Sg Buloh Tahniah Chua, saya bangga punya seorang pelatih PPF seperti kamu. Saya berharap kamu berjaya dalam karier kamu nanti. 4 Mac 2012

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


7. BADRUL

52

ok2...hehe...hebat..smpai pengerusi ekh saya biasa smpai standard naib pengerusi jer huhu hehe....mmg bnyak anugerah tu...kami x sampai tahap tu...

wow...memang hebat PSS SMK TENDONG dan Tuan Pengerusinya..heheehe... 16 Jun 2012

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

53

BAB 4 MUTIARA KATA

Rajin bercakap, rajin bekerja BAGUS Rajin bekerja, malas bercakap KENA BULI Malas bekerja, rajin bercakap WAYANG CINA Malas bekerja, malas bercakap TAK GUNA Malas bekerja, suka mengadu NYAMUK Malas bekerja, selalu ponteng BAIK BERHENTI Malas bekerja, suka menyebuk BAIK MATI

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


Belajar dalam kelas..

54

Kebaikan 1. Ada peluang untuk tidur dalam kelas. 2. Kelas berhawa dingin seperti berada di dalam musim salji. 3. Dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan. 4. Tidak memenatkan dari segi fizikal. 5. Jarang dimarahi sama ada daripada pengajar atau rakan sendiri.

Keburukan: 1. Manja kerana asyik tidur dalam kelas atau nota kerap diberi oleh pengajar tanpa inisiatif sendiri 2. Memenatkan mental kerana terpaksa study untuk exam. 3. Mudah melakukan kesilapan ketika belajar kerana jarang-jarang dimarahi oleh pengajar (pengajar terlepas pandang) 4. Membosankan apabila terpaksa berada di kolej selama 9 jam.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


ketika praktikal..

55

Kebaikan: 1. Lebih mudah untuk difahami berbanding teori. 2. tidak perlu setiap hari untuk study nota. 3. Dapat pendedahan awal sebelum dilantik menjadi PPF. 4. Masa berlalu begitu pantas dalam masa 9 jam kita bekerja berbanding 9 jam berada di kolej. 5. Apabila kita telah dimarahi oleh staf farmasi, kita akan mudah ingat sampai bila-bila dan kesilapan bekerja dapat diminimumkan.

Keburukan:
1. Kerap dimarahi oleh PPF atau PF jika melakukan kesilapan.

2. Sangat memenatkan terutamanya bekerja di OPD dan di Farmasi Bekalan Wad. 3. Cukup membosankan apabila berada di farmasi klinikal dan stor. 4. Tiada masa untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan. 5. Rutin harian apabila habis kerja : mandi, makan sembahyang, tidur untuk menunggu hari keesokannya. BELAJAR vs BEKERJA
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

56

Ramai orang cemerlang dlm PELAJARAN kerana... BELAJAR


1. menarik minat seseorang kerana sentiasa menemui perkara-perkara

yang baharu dalam bidang yang dipelajarinya.


2. pembakar semangat apabila berjaya dengan cemerlang dalam

peperiksaan.

Tetapi !!! BUKAN SEMUA orang yang cemerlang dalam pelajaran akan cemerlang dalam DUNIA PEKERJAAN yang akan diceburinya kerana..

BEKERJA..
1. Merupakan suatu perkara yg membosankan dan memenatkan dari

segi fizikal dan mental kerana kebiasaannya rutin bekerja adalah SAMA dan TIDAK UBAH SEPERTI BEKERJA DI KILANG.
2. Memerlukan pengorbanan, tanggungjawab, dan disiplin yang tinggi

terhadap tugas yang telah diamanahkan.

Anda tidak perlu cuba untuk menjadi orang lain untuk tampak hebat, percaya dengan diri sendiri, ada juga mempunyai kelebihan.
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

57

Bahagian terbaik untuk seseorang itu ialah perbuatan baiknya tidak diketahui oleh orang lain.

Hidup kita bagaikan secawan teh. Kita perlu merasai kewangiannya perlahan-lahan walaupun pada mulanya ianya berasa pahit. Kepahitan ibarat kelemahan kita dan kewangian seperti kelebihan pada diri kita.

If you cannot do great things, do small things in a great way.

Jangan biarkan pendapat orang lain menenggelamkan suara hati anda. Apa yang lebih penting, anda perlu berani ikut kata hati dan naluri anda.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan

Kita suka menonton filem. Filem itu dihasilkan daripada skrip. Skrip dihasilkan oleh seorang penulis skrip atau pengarah yang hebat. Jadi,

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

58

mengapa tidak kita sendiri yang mencipta skrip untuk menghasilkan filem yang hebat mengenai diri kita ? fikir-fikirkanlah

Manusia ada kelebihan dan keburukan masing-masing. Kita perlu ada kesedaran diri dan gunakan kelebihan orang lain untuk membaiki

kelemahan kita serta gunakan kelebihan kita untuk membaiki kelemahan orang lain.

Praktikal sama lah seperti kita berlatih bermain bola sepak. Jika kita inginkan kemenangan sudah pasti kita akan berlatih bersungguh-sungguh untuk menjaringkan seberapa banyak goal (matlamat) yang mungkin. Untuk melakukannya bukan satu perkara yang mudah kerana kita perlu melalui beberapa halangan seperti bentesan daripada pihak lawan. Pada masa yang sama, kita juga akan berusaha sedaya upaya untuk menghalang pihak lawan daripada membolosi pintu gol kita.

You cannot control what happens to you, but you can control your attitude toward what happens to you, and in that, you will be mastering change rather than allowing it to master you.

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

59

BAB 5 RUMUSAN

Sepanjang tempoh 10 tahun, pelbagai kenangan suka dan duka telah saya lalui bermula di SMK Tendong, kolej, dan hospital. Saya berjaya mendisiplinkan diri saya untuk menepati masa dan bekerja hasil daripada penglibatan saya sebagai Pengawas PSS SMK Tendong. Sesuatu perkara yang jarang dialami dan amat sukar untuk dilakukan oleh orang lain. Sepanjang belajar bersama-sama guru-guru terutamanya bekas Pengetua Kanan iaitu Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj. Wan Yaacob, saya telah menyaksikan SMK Tendong merangkul 60 anugerah di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Kejayaan yang paling bermakna buat beliau sebelum bersara apabila PSS SMK Tendong memenangi pertandingan negeri dan kebangsaan. Kejayaan ini selaras dengan motto sekolah iaitu Bersama Menghasilkan Kecemerlangan.

I ALREADY MARRIED WITH PHARMACY BUT STILL FALLING IN LOVE WITH LIBRARY

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

60

Budaya yang cemerlang ini saya terapkan semasa saya belajar di kolej dan hospital. Ternyata hasilnya sangat membanggakan. Oleh itu, saya menggabungkan cerita di sekolah dan di kolej untuk menghasilkan satu kisah yang menarik. Bukan semua orang dapat melakukan dengan apa yang telah saya lakukan kerana ia memerlukan ketabahan, kecekalan, semangat dan disiplin yang tinggi untuk mencapainya. Jika saya dapat melakukannya, anda juga mampu melakukannya juga. Contohilah sikap dan amalan positif yang diamalkan oleh negara timur seperti rakyat negara Jepun dan Korea. Tidak hairanlah mereka lebih berjaya daripada kita dari segi budaya menepati masa, membaca, dan disiplin kerja yang tinggi.

Masih segar di ingatan saya segala nasihat, teguran, sindiran daripada guru-guru di SMK Tendong. Tanpa mereka saya tidak akan berjaya sehingga ke hari ini dan saya tidak akan melalui pengalaman-pengalaman hebat seperti apa yang saya ceritakan secara panjang lebar. Walaupun saya dibebani dengan banyak tugas dan tanggungjawab sepanjang 10 tahun ini sama ada di sekolah, di kolej, dan di hospital namun saya dapat melaksanakannya dengan begitu baik. 10 tahun telah saya lalui dengan jayanya tetapi saya tidak tahu sama apa yang akan terjadi kepada diri saya untuk 10 tahun akan datang.

****PRACTICE MAKE PERFECT****

BAB 6
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

61

LAMPIRAN

PROFIL HJH WAN KARIMAH BT HJ WAN YAACOB A.M.N

SEJARAH PERKHIDMATAN Bil. Jawatan Nama Sekolah Tempoh (Dari Hingga) 1. Guru Penolong Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa, Kelantan 1973-1974

2. Guru Penolong SM Lemal Pasir Mas, Kelantan 1.1.1975 - 30.8.1977

3. Guru Penolong SM Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas, Kelantan 1.9.1977 31.12.1983

4. Guru Penolong 1.1.1984 3.1.1988

5. Penyelia Petang (Tingkatan Kanan) 1.4.1988 28.2.1992

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


6. Pen. Kanan Pentadbiran (Tingkatan Kanan) SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan 1.3.1992 15.1.1994

62

7. Pengetua, DG3 (Tingkatan Kanan) SMK Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan 16.1.1994 - 15.11.1995

8. Pengetua DG48 16.11.1995 15.4.2002

9. Pengetua Kanan, DG54 SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan 16.4.2002 31.12.2006

10. Senior Consultant (Perunding Kanan) Institut Aminuddin Baki 19.3.2007 - sekarang

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


DARJAH PERNAH DITERIMA : KEBESARAN/SURAT KEPUJIAN/PENGHARGAAN

63

YANG

1 Bintang Ahli Mangku Negara Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong 1999

2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia 1999

3. Surat Penghargaan Majlis Belia Jajahan Pasir Mas 2000

4. Anugerah Pelantikan Pengetua Cemerlang DG54 Menteri Pelajaran Malaysia 2002

5. Tauliah Mejar Kadet Remaja Sekolah Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan 2002

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


6. Pencalonan Pelantikan Sebagai Pengetua Cemerlang Gred JUSA C Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2004

64

7. Anugerah Pelantikan sebagai Perunding Kanan Menteri Pelajaran Malaysia 2007

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

65

ANUGERAH DAN PENGHARGAAN YANG PERNAH DITERIMA OLEH SEKOLAH YANG DIPIMPIN SEPANJANG TAHUN 2000 HINGGA 2006

Bil. Anugerah dan Penghargaan yang diterima, Nama Sekolah Peringkat & Tahun

1. Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan (kategori Sek.Men Luar Bandar) - tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Kebangsaan 1999

2. Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Pengurusan Kewangan dan Akaun - tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Kebangsaan 2000

3. Anugerah 3K - tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Kebangsaan 2000

4. Juara pengurusan Kewangan dan Akaun


2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2000

66

5. Juara Taman Sumber tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2000

6. Juara Pengurusan Organisasi & Perkhidmatan (POP) tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2000

7. Juara Pengurusan Kemahiran Hidup tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2000

8. Juara Pengurusan Displin tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2000

9. Juara Pengurusan Displin tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


2001

67

10. Juara Pengurusan Organisasi & Perkhidmatan (POP) tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2001

11. Juara Akademik STPM tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2001

12. Juara Pengurusan PIBG tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2001

13. Juara Pengurusan Organisasi & Perkhidmatan (POP) tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri - 2001 14. Juara Taman Sumber tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


2001

68

15. Juara Pusat Sumber tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2001

16. Juara PSS Cemerlang (Peringkat Luar Bandar) tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2001

17. Juara Taman Sumber tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2002

18. Juara Pusat sumber tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2002

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


19. Juara Takmir Musalla tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2002

69

20. Sekolah Sebagai Koridor Raya Maklumat Anjuran PSPN tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2002

21. Juara PSS Cemerlang tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2003

22. Juara Takmir Musalla tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2003

23. Juara Makmal ERT tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2003

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


24. Juara Laman Web tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2003

70

25. Juara Pengurusan Bilik Buku Teks tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2003

26. Juara Landskap tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2003

27. Juara Makmal Sains tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2003

28. Juara Bengkel Kemahiran Hidup tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2003

29. Juara Takmir Musalla tempat pertama


2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

71

30. Juara Taman Sumber tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

31. Juara Landskap tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

32. Juara Aktiviti PAK tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

33. Juara Makmal Sains tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

72

34. Juara Bengkel Kemahiran Hidup tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

35. Juara Pusat Sumber Sekolah tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

36. Juara Akademik PMR (Pencapaian Keseluruhan 2003) tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

37. Juara Akademik STPM (Pencapaian Cemerlang 2003) tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

38. Juara Kaunseling tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

39. Juara Pengurusan Maklumat tempat kedua SMK Tendong, Pasir


2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


Mas, Kelantan Negeri 2004

73

40. Juara Pengurusan SPBT tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

41. Anugerah Khas PSS Cemerlang tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Kebangsaan 2004

42. Anugerah Juara Keseluruhan Sekolah Menengah tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2004

43. Juara Pengurusan & Organisasi (POP) tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


44. Juara Makmal Sains tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

74

45. Juara Bimbingan dan Kaunseling Sek.Men tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

46. Juara Pusat Sumber Sekolah (PSS) tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

47. Juara Takmir Musalla tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

75

48. Juara Bengkel Kemahiran Hidup tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

49. Juara Taman Sumber tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

50. Juara Landskap Sekolah Menengah tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

51. Juara Pusat Akses Kendiri (PAK) Sekolah Menengah tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


52. Juara kelab dan Persatuan tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

76

53. Juara Kantin Berbintang tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

54. Juara Kecemerlangan STPM tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Negeri 2005

55. Juara Kokurikulum Akademik tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

56. Juara Kelab dan Persatuan tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

57. Juara Kokurikulum Pendidikan Islam tempat kedua SMK Tendong, Pasir
2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


Mas, Kelantan Daerah 2006

77

58. Juara Displin tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

59. Juara PSS tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

60. Juara Makmal Sains tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?

78

61. Juara Pengurusan Akademik tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

62. Juara Pengurusan Bilik PAK tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006 63. Juara Pengurusan SPBT tempat kedua SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah - 2006

64. Juara Bengkel Kemahiran Hidup tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

65. Juara Kantin tempat ketiga SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

2002 - 2012

Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu ?


66. Juara Keseluruhan Anugerah Juara PPD Pasir Mas/Tumpat tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

79

67. Pertandingan sekolah Berbintang PPD Pasir Mas/Tumpat 5 bintang SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Daerah 2006

68. Anugerah Pusat Sumber Cemerlang tempat pertama SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan Kebangsaan 2006

2002 - 2012

You might also like