Peta/Map

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.

sumber maklumat bagi kawasan berkenaan.

Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut : Peta topo Peta panduan jalanraya Peta khusus Atlas Peta imejan satelit Peta orienteering

Kegunaan peta
1. 2. 3. 4.
Membolehkan seseorang mengetahui keadaan muka bumi dari satu tempat ke suatu tempat. Mambolehkan memahami maklumat dalam peta. Untuk menyenangkan dan membantu kita menjalankan tugas. Amat berguna jika sesat.

Anatomi Peta
Sheet number Ia juga dipanggil nombor helaian peta. Setiap peta mempunyai nombor helaian yang berbeza yang menunjukkan lokasi yang berbeza dan bersambung dengan nombor helaian yang lain. Tajuk Peta Menunjukkan kawasan yang di tunjukkan oleh peta. Contohnya, Lembah Kelang. Ia berada di bahagian atas tengah peta.

Skala Skala menunjukkan nisbah jarak didalam peta dengan jarak sebenar di muka bumi. Ia berada di bahagian bawah peta. Petunjuk Petujuk tanda-tanda didalam peta terdapat bahagian bawah peta. Ia bertujuan untuk memudahkan anda membaca peta muka bumi. Garisan Grid Garisan grid adalah garisan yang terdapat pada peta ynag digunakan untuk menentukan lokasi tempat. Garisan grid dibahagikan kepada dua iaitu garisan Utaraan dan garisan Timuran. Garisan Utaraan ialah garisan melintang manakala garisan Timuran ialah garisan yang menegak. Penunjuk utara peta Penunjuk utara menunjukkan utara peta. Ia berada dibahagian kanan atas peta.

Kandungan peta orienteering


Tajuk peta Arah Utara Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000 Petunjuk peta Garisan melaras utara-selatan Kredit kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb.

Warna-warna dalam peta


Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah : Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu Perang - kontor & jalanraya Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah Biru - kawasan berair

Bentuk muka bumi


Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah : Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

Membaca kedudukan
Terdapat dua cara untuk membaca kedudukan sesuatu objek didalam peta, iaitu menggunakan system bacaan grid empat angka dan bacaan grid enam angka. Contoh bacaan grid empat angka ialah 5198 manakala contoh bacaan enam angka ialah 513985. Bacaan enam angka adalah lebih tepat untuk memberitahu lokasi sesuatu tempat. Bacaan enam angka sebenarnya ialah pecahan dari bacaan grid empat angka. Cara bacaan ialah dengan membaca garisan grid Timuran dahulu diikuti bacaan grid Utaraan. Untuk menyenangkan anda membaca dan menggunakan peta, alat tambahan seperti protractor dan kompas perlu digunakan. (protractor diperlukan bagi kompas yang tidak mempunyai kelengkapan tersebut)

Protractor
Protractor ialah alat yang digunakan untuk mencari sudut dari satu lokasi ke satu lokasi lain didalam peta. Ia juga boleh digunakan untuk mencari kedudukan lokasi lain jika sudut diberikan. Bacaan protractor adalah dalam mile atau darjah. Bacaan mile bemula dari 0 hingga 6400 mil manakala bacaan darjah pula dari 0 hingga 360 darjah. Pada setiap protractor terdapat seutas benang. Benang ini digunakan untuk menyenangkan kita mendapatkan sudut.

Penjagaan protractor
1. Pastikan garisan yang terdapat pada permukaan protractor tidak tertanggal. 2. Pastikan benang sentiasa terikat pada protractor. 3. Jangan hempaskan protraktor kerana ia senang patah.

Penjagaan peta
1. Letakkan peta dalam map cover. Jangan biarkan ia terdedah kepada udara dan kelambapan kerana ia akan merosakkan peta. 2. Jangan duduk diatas peta. 3. Elakkan melipat peta. Ia akan menghilangkan tanda-tanda yang terdapat pada peta. Tetapi jika anda tepaksa melipat peta pastikan garisan lipatan adalah pada garisan grid peta. Ini mengelakkan tanda-tanda penting yang terdapat pada peta hilang. 4. Jangan menconteng terus pada permukaan peta. Ia menyebabkan tanda-tanda yang terdapat diatas peta tidak kelihatan. Jika anda ingin membuat tanda diatas peta maka anda dicadangkan untuk membuat tanda diatas alas lutsinar seperti map cover. 5. Elakkan peta dari terkena air.

You might also like