Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

CULTIVATION THEORY

CULTIVATION THEORY DAN ISU-ISU SEKITAR PENDIDIKAN OLEH: ABU BAKAR BIN YAHAYA dan MAIYAPPAN A/L MUNIANDY

Cultivation Theory ialah satu teori sosial yang cuba melihat dan mengkaji kesan-kesan penontonan televisyen terhadap penonton-penonton dalam jangka masa yang panjang. Teori ini diasaskan oleh George Gerbner dari University Of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Hipotesis Gerbner ialah bahawa heavy viewer (penonton yang banyak menonton) berkemungkinan besar percaya bahawa apa yang

ditunjukkan melalui televisyen itu adalah gambaran sebenar apa yang terjadi dalam dunia nyata jika dibandingkan dengan light viewer (penonton yang kurang menonton).

Pada

tahun

1968,

gerbner

membuat

kajian

untuk

membuktikan bahawa hipotisis beliau itu betul dan dapat dijadikan satu teori. Beliau membahagikan penonton televisyen di Amerika Syarikat

kepada tiga kategori, iaitu:

CULTIVATION THEORY
i. Light viewers (penonton ringan yang menonton televisyen kurang daripada dua jam sehari). ii. Medium viewers (penonton sederhana yang menonton televisyen antara dua hingga empat jam sehari). iii. Heavy viewers (penonton berat yang menonton televisyen lebih daripada empat jam sehari).

Setelah

dianalisis,

beliau

membuat

kesimpulan

bahawa

golongan heavy viewers percaya dan berpendapat bahawa apa yang ditayang di televisyen itu adalah apa yang sebenarnya berlaku dalam dunia realiti. Maka pendapatnya itu dijadikan sebagai satu teori sosial atau teori komunikasi massa (mass communication) dinamakan Cultivation Theory.

Andaian asas Cultivation Theory ialah lebih banyak masa yang digunakan oleh penonton televisyen yang asyik tenggelam dalam dunia televisyen, lebih mendalamlah kepercayaan mereka terhadap apa yang ditayangkan di peti televisyen menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam masyarakat.

Cultivation Theory ini dirumuskan daripada beberapa projek kajian dan penyelidikan berskala besar bertajuk Cultural Indicators iaitu untuk mengenalpasti kesan-kesan penanaman atau penyemaian atau penyuburan (cultivated effects) televisyen ke atas penonton. Para
2

CULTIVATION THEORY
penyelidik memandang berat mengenai kesan-kesan program televisyen terutamanya program-program yang berunsur keganasan terhadap sikap, perilaku serta perangai masyarakat Amerika Syarikat.

Cultivation Theory dengan jelasnya menyatakan bahawa kesan-kesan penanaman atau penyemaian atau penyuburan

(cultivation effect) hanya akan wujud selepas masa yang lama seseorang itu menonton televisyen. Oleh sebab program-program televisyen di Amerika Syarikat pada masa kajian dijalankan mengandungi begitu banyak adeganadegan keganansan, penonton yang begitu banyak terdedah kepada adegan-adegan tersebut akan menanamkan kepercayaan yang berlebihlebihan dalam diri mereka tentang dunia nyata yang menakutkan.

Melalui salah satu analisis, Gerbner ingin melihat tentang Cultivation differential, iaitu bagaimana perbezaan persepsi antara golongan yang dikelaskan sebagai heavy viewers dengan light viewers dari empat aspek, iaitu: i. Kemungkinan Terlibat Dalam Keganasan. Gerbner berkata golongan light viewers berpendapat bahawa kemungkinan mereka menjadi mangsa keganasan dalam masa seminggu adalah 1 dalam 100, manakala heavy viewers pula berpendapat risikonya ialah 1 dalam 10 sedangkan statistic menunjukkan 1 dalam 10,000.
3

CULTIVATION THEORY

ii.

Rasa Takut Berjalan sendirian Pada Waktu Malam. Seperti yang dijangka, golongan heavy viewers sama ada lelaki atau perempuan, tahap ketakutan mereka berkait rapat dengan sebanyak televisyen. mana mereka menghabiskan masa menonton

iii.

Persepsi Tentang Aktiviti Polis. Golongan heavy viewers percaya bahawa 5% anggota

masyarakat terlibat dalam kerja-kerja penguatkuasaan undangundang. Mereka menggambarkan bahawa ramai anggota

masyarakat menjadi polis, hakim dan agen-agen kerajaan. Mereka juga beranggapan bahawa anggota-anggota polis boleh dikatakan setiap hari akan menggunakan pistol, pada hal, realitinya perkara ini tidak benar.

iv.

Tidak Mempercayai Orang Lain. Golongan heavy viewers mempunyai sikap curiga terhadap orang lain. Mereka seringkali mengeluarkan kenyataan untuk member amaran kepada orang-orang lain tentang

kemungkinan-kemungkinan perkara buruk akan berlaku.

CULTIVATION THEORY
Kaitan Cultivation Theory Dengan Isu-Isu Pendidikan. Teori ini juga merumuskan bahawa ada hubungkait antara penontonan televisyen yang banyak oleh golongan kanak-kanak dengan kepercayaan tentang realiti sosial apabila golongan kanak-kanak ini meningkat ke umur awal dewasa. Maknanya, jika pada zaman kanak-kanak dan zaman

persekolahan golongan ini terdedah begitu banyak dengan televisyen, keadaan ini boleh membentuk satu system kepercayaan, sikap, perangai dan tingkah laku mereka apabila mereka mulai masuk ke alam dewasa.

Berdasarkan teori ini, perkara penting yang perlu diberi perhatian bersungguh-sungguh oleh para ibubapa dan golongan pendidik adalah bahawa televisyen rupa-rupanya telah menjadi salah satu agen sosialisasi. Imej-imej dalam televisyen telah menyuburkan dan

menterjemahkan kepercayaan budaya, pandangan, ideology dan normanorma masyarakat. Dalam kata lain, televisyen menjadi media dan guru di mana para penonton belajar tentang masyarakat dan budaya. Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah:

1. Setakat mana dominannya televisyen sebagai agen sosialisasi zaman moden berbanding dengan agen-agen sosialisasi tradisional seperti ibubapa, keluarga, guru (sekolah) dan masyarakat. 1.1 Sebelum ini ibu bapa dan keluarga merupakan agen sosialisasi

yang sangat dominan dalam masyarakat Timur sama ada orang-orang


5

CULTIVATION THEORY
Melayu, Cina atau India. Segala pandangan hidup, kepercayaan, nilainilai dan norma-norma masyarakat ditanam melalui proses amalan dan penghayatan sedikit demi sedikit oleh ibubapa dan keluarga khususnya pada zaman kanak-kanak belum memasuki alam persekolahan.

1.2

Selepas anak-anak dimasukkan ke sekolah, bertambah satu

lagi agen sosialisasi, iaitu sekolah. Nilai-nilai kehidupan dan normanorma masyarakat yang ditanam oleh para guru di Malaysia tidak

bertentangan dengan apa yang ditanam oleh ibubapa dan keluarga, malah peranan ibubapa, keluarga serta guru (sekolah) dalam hal ini saling kukuh-mengukuhkan. Tetapi dengan adanya peranan televisyen dalam kehidupan anak-anak dan pelajar-pelajar ditambah pula kerana longgarnya ikatan kekeluargaan di mana sekarang ini peranan keluarga besar (extended family) semakin berkurang disebabkan tuntutan

kehidupan corak baru dan moden, iaitu lebih banyak anak-anak dipelihara dan dijaga oleh keluarga asas (nuclear family), televisyen semakin banyak mendominasi peranan sosialisasi. nampaknya

1.3

Hal ini terjadi kerana bukan sedikit anak-anak dan pelajar-

pelajar yang kecanduan menonton televisyen sehingga pada waktu makan pun mereka makan sambil menonton televisyen. Bagaimana pada waktu-waktu lain? Waktu lapang misalnya, atau waktu mengulangkaji pelajaran di dalam bilik. Betulkah mereka mengulangkaji pelajaran atau

CULTIVATION THEORY
hanya menonton televisyen sebab sekarang ini sudah menjadi perkara lumrah bagi keluarga yang berada, anak-anak dibekalkan dengan peti televisyen seorang satu dalam bilik masing-masing? Hal ini mungkin member jawapan kepada masalah social di sekolah apabila ada muridmurid atau pelajar-pelajar tidak menyiapkan kerja rumah, meniru kerja kawan kerana kerja tak siap, menipu guru malah menipu ibubapa.

2.

Apakah jenis manusia yang akan terbentuk jika televisyen

sudah menjadi agen sosialisasi yang dominan sedangkan programprogram televisyen itu banyak yang diimport? 2.1 Memang guru dan sekolah boleh membantu ibubapa dan

keluarga dalam menjadi agen sosialisasi untuk mendidik dan membentuk pelajar-pelajar sesuai dengan nilai-nilai masyarakat seperti yang

diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tetapi realitinya dengan pelbagai matapelajaran yang hendak disumbat ke dalam otak pelajar-pelajar untuk diluahkan semula di dewan peperiksaan, pihak sekolah melalui guru-guru ternyata tidak mampu untuk menjadi agen sosialisasi yang berkesan. Nampaknya televisyenlah yang menjadi guru mereka.

CULTIVATION THEORY

3.

Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pelbagai pihak

ibubapa, guru (sekolah) dan Kementerian Pelajaran untuk menangani masalah ini? 3.1 Ternyata daripada pemerhatian kita, program-program yang

tersiar di televisyen sama ada oleh agensi-agensi kerajaan ataupun televisyen swasta membawa pelbagai pengaruh. Walaupun pada awal program biasanya akan dipaparkan kenyataan bahawa program itu sesuai atau kurang sesuai ditonton oleh kumpulan umur anak-anak tertentu, tetapi berapa ramai ibubapa yang mengambil berat, lebihlebih lagi kalau anak-anak itu menonton sendirian di dalam bilik?

3.2

Jadi peranan dan tanggungjawab ibubapa dalam hal ini amat

penting sebab penontonan televisyen adalah di rumah bukan di sekolah. Mahu tidak mahu, ibubapa hendaklah mengubah cara dan sikap. Kebebasan perlu ada tetapi terbatas dan terpimpin. Mungkin ibubapa perlu bersama anak-anak semasa mereka mengulangkaji ,menemani mereka, di ruangan khas mulai jam tertentu hingga jam tertentu tanpa menonton televisyen. Untuk 8ember contoh dan teladan yang baik, ibubapa menemani mereka sambil membaca buku atau suratkhabar. Dengan cara ini anak-anak teruja untuk belajar dengan rajin tanpa didodoi dan dibelai oleh televisyen tetapi ditemani oleh ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali.

CULTIVATION THEORY
4. Persoalan seterusnya ialah apakah internet ada;ah relevan

ataupun perlu dikaji semula peranan dan pengisiannyanya? 4.1 Terkini, peranan dan internet, telefon melalui komputer khususnya seolah-olah

komputer

riba

bimbit

nampaknya

mengambilalih peranan televisyen. Kalau pada tahun 1968 Gerbner melalui Cultivation Theory membincangkan mengenai kesan

penontonan televisyen dalam tempoh masa yang panjang, adalah diyakini beliau juga akan membuat rumusan yang sama jikalau beliau mengkaji tentang internet.

4.2

Anak-anak dan pelajar-pelajar sekarang menggunakan masa

yang begitu banyak mengadap internet, menonton cerita melalui cara down load, online streaming seperti youtube, bersembangsembang melalui face book dan macam-macam lagi. Bahkan, melalui dasar langit terbuka sekarang dan kebijaksanaan serta kemahiran IT, anak-anak dan pelajar-pelajar boleh menonton bahan-bahan yang tidak sepatutnya ditonton seperti gambar-gambar lucah, adeganadegan ganas, nilai-nilai negative seperti hidup bersama lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan, gay, lesbian dan lain-lain.

4.3

Cabaran internet lebih hebat daripada televisyen kerana

computer riba dan telefon bimbit yang serba canggih boleh dibawa ke mana-mana dan kemudahan internet ada di mana-mana. Nampaknya internet merupakan salah satu agen sosialisasi terbaru seiring

CULTIVATION THEORY
dengan televisyen. Cabaran kepada ibubapa semakin hebat dan

tanggungjawab guru dan sekolah pula semakin berat.

5. 5.1

Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini? Keperluan kepada dasar-dasar yang mampu mengawal dan

menjadi landasan halatuju pendidikan serta pembentukan generasi muda agar terbimbing dengan baik nampaknya sangat mendesak. Ini bukan tanggungjawab Kementerian Pelajaran sahaja tetapi merupakan tanggungjawab banyak pihak seperti Kementerian Penerangan dan juga Kementerian Media dan Komunikasi. Adalah difikirkan Malaysia perlu kepada dasar-dasar seperti Dasar Penyiaran Negara dan Dasar Media dan Komunikasi Negara.

5.2

Di

samping

itu

pelaksanaan

Dasar

Pendidikan

Kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dilihat kembali. Kehendak-kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

sangatlah murni dalam usaha membentuk insan yang seimbang dan menyeluruh dari segi Intelek, jasmani, emosi dan rohani, penerapan nilai-nilai murni, pembentukan masyarakat berilmu melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, membentuk bangsa yang bersatu padu dan masyarakat yang harmoni bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan. Matlamatnya sangat jelas dan semangatnya sangat murni tetapi pelaksanaannya kurang berjaya.

10

CULTIVATION THEORY

5.3

Bukti kegagalannya ialah masalah dan gejala social yang

menjadi wabak dalam masyarakat kita. Anak-anak muda yang terlibat dengan pelbagai salah laku social, jenayah dan lain-lain yang

statistiknya semakin meningkat adalah HASIL PENGELUARAN system pendidikan kita. Tentulah ada perkara-perkara yang tidak kena di manamana yang menyebabkan kegagalan ini seolah-olah Malaysia tidak ada dasar pendidikannya dan Malaysia tidak ada falsafah pendidikannya.

RUMUSAN Dapatan-dapatan yang ditunjukkan kajiannya berdasarkan Cultivation oleh George Gerbner hasil dari Theory membuktikan bahawa

anggapan-anggapan dan kebimbangan masyarakat selama ini bahawa televisyen membawa kesan yang negative melalui filem, cerita dan adeganadegan keganansan, kehidupan bebas-lepas yang berlawanan dengan nilainilai dan norma-norma masyarakat Timur khususnya Malaysia ada asasnya.

Besarnya kesan televisyen itu kerana peti televisyen ini berada di dalam rumah, malah bagi sesetengah keluarga ada pada tiap-tiap bilik tidur dimiliki oleh setiap orang anak dengan kemudahan untuk menonton pelbagai saluran seperti Astro, Unify, cable TV dan sebagainya. Gerbner menyamakan peranan televisyen itu di dalam masyarakat Amerika Syarikat
11

CULTIVATION THEORY
semasa beliau membuat kajian (sekitar penghujung tahun 1960 dan 1970an) adalah seperti peranan agama (religion) suatu masa dulu. Maknanya televisyen itu begitu berpengaruh seperti besarnya pengaruh agama terhadap masyarakat Amerika Syarikat pada zaman dahulu.

Keadaan begini tidak kurangnya di Malaysia. Televisyen telah menjadi seorang anggota atau ahli keluarga yang tidak pernah jemu-jemu beroperasi siang dan malam. Masalahnya ialah cerita-cerita yang membawa kesan-kesan negative lebih banyak dan lebih diminati daripada programprogram yang membawa unsur-unsur positif, lebih-lebih lagi

penontonannya tidak atau kurang mendapat bimbingan ibubapa atau orang-orang dewasa.

Sekarang pula, internet melalui computer terutama computer riba dan telefon bimbit yang canggih merupakan rakan karib yang menambahkan lagi pengaruh negative (jika disalahgunakan) terhadap anakanak dan pelajar-pelajar. Kini boleh dikatakan hampir setiap pelajar sama ada secara berkongsi atau sendiri-sendiri mempunyai computer riba dan telefon bimbit. Penggunaannya sukar dikawal kerana kedua-dua alat ini

mudah dibawa ke mana-mana dan kemudahan internet pula ada di manamana. Mampukah ibubapa dan para guru mempastikan bahawa anak-anak dan pelajar-pelajar mereka tidak melayari ke mana-mana lautan internet yang seluas langit terbuka, lebih-lebih lagi kalau anak-anak

12

CULTIVATION THEORY
mengulangkaji di dalam bilik sendiri dengan pintu tertutup agar kebisingan televisyen di luar tidak mengganggunya untuk belajar?

Jadi, peranan ibubapa dan guru (sekolah) menjadi lebih berat. Ibubapa pula sangat mengharapkan pihak kerajaan mempunyai dasar yang jelas mengenai perkara ini. Walaupun agak ketinggalan, tetapi belum begitu terlambat untuk pihak kerajaan merancang dan melaksanakan tindakantindakan yang konkrit untuk menangani masalah ini. Mungkin Malaysia boleh belajar dari pengalaman negara-negara lain. Difahamkan Korea Selatan telah lama menyedari fenomena ini. Masyarakat Korea yang

dulunya terkenal dengan sikap kasar, kurang berbudi bahasa dan hidup dalam keadaan tegang kini sudah menunjukkan perubahan yang positif.

Apa yang dilakukan ialah mereka menggunakan filem dan televisyen sebagai medium untuk menyalurkan nilai-nilai positif. Mereka memanfaatkan sepenuhnya televisyen dan filem sebagai agen sosialisasi. Tindakan yang mereka buat ialah dengan memperbanyakkan cerita-cerita filem yang menggambarkan dan membenihkan kelembutan budi bahasa, kasih sayang dan nilai-nilai murni kemanusiaan. Filem-filem dan siri-siri televisyen mereka bukan sahaja diminati oleh rakyat mereka sendiri, malah ditontoni oleh orang-orang luar termasuk masyuarakat Malaysia melalui televisyen dan internet.

13

CULTIVATION THEORY
RUJUKAN: 1. Em Griffin, A First Look at Communication Theory, McGraw-Hill, Inc. 1991. 2. Joseph R. Dominick, The Dinamics Of Mass Communication, McGraw-Hill Publishing Company, New York, 1990. 3. Baran, Stanley J., Mass Communication Theory; Foundations, Ferment, and Future, 3rd Edition, Thomson Learning, Belmont, CA., 2003.

14

You might also like