Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Minat Pelajar Asli Dalam Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA TERHADAP MINAT PELAJAR ASLI DALAM MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN DUA DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN SUNGAI KOYAN

IKMAL HISHAM BIN MAT IDERA

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2012

BAB 1 PENGENALAN

Penggunaan multimedia mutakhir ini telah mula berkembang dalam bidang perniagaan, pentadbiran, perbankan dan khususnya dalam bidang pendidikan.

Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya. Ini dibuktikan dengan kewujudan pelbagai aplikasi multimedia yang menjurus kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan. Penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan merupakan satu inovasi yang besar impaknya. Perisian multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya (Ismail 2002). Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Ia bersesuaian dengan pendidikan di Malaysia yang merupakan suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Pelajar sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembeajaran yang berbeza daripada kaedah tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru. Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) dapat memberikan suasana yang berbeza dan memberi variasi kepada pelajar. PBK mungkin mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu konsep sains yang sedang dipelajari dan juga dapat mempertingkatkan pemahaman serta motivasi dan minat pelajar. (Aszoura, 2007) 1.1 Latar belakang masalah

Dalam budaya hidup kini yang berteraskan teknologi, telah menjelmakan satu anjakan paradigma baharu terhadap cara pengajaran di dalam kelas. Ini tidak terkecuali juga tempiasnya terhadap pelajar-pelajar asli. Walaupun mereka masih mengamalkan cara hidup tradisional tetapi mereka juga terdedah kepada ledakan teknologi masa kini terutamanya komputer. Pelajar-pelajar yang terdedah kepada teknologi ini sentiasa mendambakan pembaharuan dalam bidang pembelajaran.

Setiap masa, guru mencari alternatif baru untuk membantunya dalam sesi pengajaran dalam kelas. Ia bertujuan agar dapat menarik minat dan motivasi pelajar terhadap matapelajaran yang diajar. Masa kini, multimedia mencetuskan satu fenomena baru dalam bidang pendidikan agar sesi pembelajaran menjadi lebih menarik. Menurut Ismail (2002) yang telah dipetik oleh (Saridah Hussein, 2006), multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran georafi tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan. Sekolah ini terletak di daerah Lipis, Pahang dan jaraknya sejauh 32km dari bandar Kuala Lipis.

1.2 Pernyataan Masalah Kebanyakan guru berhadapan dengan masalah untuk cuba membina daya imaginasi terhadap pelajar, contonhya apabila berkaitan dengan tajuk yang melibatkan kemudahan frasarana, tempat-tempat pelancongan, teknologi pengakutan dan sebagainya. Pelajar-pelajar asli kebanyakannya mengalami masalah untuk berimaginasi terhadap apa yang diperkatakan oleh guru. Ini mengakibatkan mereka berasa bosan terhadap matapelajaran ini. Dengan adanya inovasi dalam pembelajaran iaitu penggunaan multimedia, diharapkan dapat mengurangkan masalah ini. Seperti dinyatakan Rozinah (2002) yang telah dipetik oleh (Saridah Hussein, 2006), menyatakan bahawa perisian multimedia memberi motovasi kepada pelajar dengan menjadikan pembelajaran lebih menarik apabila pelajar memahami apa yang dipelajari dalam konteks yang sebenar. Masalah ini adalah berkaitan dengan keupayaan pelajar untuk memahami dengan lebih jelas apa yang cuba disampaikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Norfadzlan & Supli Effendi, 2010).

1.3 Objektif kajian

Penyelidik telah menetapkan objektif kajian ini ialah i) membandingkan minat pelajar terhadap dua kaedah iaitu kaedah biasa (lembaran kerja) dan berbantukan perisian multimedia bagi pelajar orang asli. ii) mengenalpasti kelebihan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran geografi di dalam kelas bagi pelajar orang asli

1.4 Persoalan kajian

Untuk mencapai objektif-objektif tentang kajian, pengkaji seterusnya menyenaraikan beberapa persoalan kajian iaitu 1. Adakah faktor kemunduran pelajar asli dalam pelajaran dapat dikurangkan dengan penggunaan multimedia dalam kelas 2. Adakah terdapat hubungan antara pelajar yang mempunyai kemahiran membaca dengan penggunaan multimedia dalam matapelajaran geografi bagi pelajar asli 3. Adakah terdapat hubungan antara jantina dengan penggunaan multimedia dalam matapelajaran geografi 4. Adakah terdapat hubungan antara tempat tinggal dengan minat belajar pelajar asli dalam matapelajaran geografi

1.5 Hipotesis

H01 H02

Kemunduran pelajar asli dapat dikurangkan dengan penggunaan multimedia dalam kelas Terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai kemahiran membaca dengan penggunaan multimedia dalam matapelajaran geografi bagi pelajar asli

H03 H04

Terdapat perbezaan antara jantina dengan penggunaan multimedia dalam matapelajaran geografi Terdapat perbezaan antara tempat tinggal dengan minat belajar pelajar asli dalam matapelajaran geografi

1.6 Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini boleh dipecahkan kepada empat pihak iaitu pelajar, guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Kemajuan orang asli.

1.

Pelajar Bahan multimedia yang digunakan dapat menarik minat pelajar kerana elemen-elemen dalam multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video lebih menarik berbanding gaya pembelajaran konvesional

2.

Guru Guru dapat mempelbagaikan lagi gaya pengajaran dan tidak hanya tertumpu kepada gaya pengajaran berpusatkan guru sahaja. Selain itu, interaksi dua hala akan menjadi lebih berkesan dengan penggunaan multmedia

3.

Kementerian Pelajaran Malaysia Pihak kementerian dapat menjadikan kajian ini sebagai rujukan untuk mengatasi masalah kemunduran pelajar asli

4.

Jabatan Kemajuan orang asli (JAKOA) Pihak JAKOA diharap dapat menjadi pihak agen perubahan kepada kemunduran pelajar asli dalam pelajaran dengan cara menggalakkan pelajar asli lebih dekat dengan teknologi semasa

1.7 Skop kajian

Terdapat beberapa batasan di dalam kajian yang dilakukan. Kajian ini dilaksanakan hanya meliputi pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan. Mereka bukanlah merupakan perwakilan sampel sebenar untuk setiap tingkatan. Kajian ini juga dijalankan pada waktu persekolahan sahaja di sebabkan kekangan masa. Selain itu pencapaian pelajar yang diuji sewaktu sebelum dan selepas pembelajaran dipengaruhi oleh pengetahuan kognitif dan sedia ada pelajar terhadap matapelajaran geografi.

1.8 Definisi aprosional

1.

Geografi Geografi merupakan mata pejalaran teras di peringkat Sekolah Menengah Rendah dan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat Sekolah Menengah Atas. Mata pelajaran Geografi bertujuan untuk melengkapkan murid dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Mata pelajaran ini menyediakan murid menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Mata pelajaran Geografi merupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah. Kandungan mata pelajaran Geografi adalah relevan dengan kehidupan manusia.

2.

Orang Asli Menurut (Hasan Mat Nor,1998) yang dipetik oleh (Nurul Farhana, 2010), orang asli ialah kumpulan etnik natif yang mendiami sesebuah wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara, dengan kumpulan etnik terbabit datang dari wilayah tersebut sebelum wilayah itu menjadi sebuah negara yang berdaulat. Istilah orang asli yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan pribumi yang dibincangkan ini adalah merupakan gelaran rasmi yang diguna pakai setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Dari sudut Perlembagaan Persekutuan pula masyarakat orang asli tidak ditakrifkan sebagai bumiputera. Mengikut artikel 160 (2) di dalam Perlembagaan Persekutuan Orang Asli hanya ditakrifkan sebagai orang asli Semenanjung Tanah Melayu dan tidak disebutkan sebagai bumiputera untuk membolehkan mereka menikmati hak yang setaraf dengan kaum bumiputera yang lain.

3.

Multimedia Perkataan multi bermaksud banyak atau pelbagai dan media bermaksud perantara untuk berkomunikasi. Menurut (Rozinah, 2005), menggunakan multimedia bermaksud menggunakan pelbagai media sama ada visual atau auditori untuk tujuan interaktiviti dan komunikasi dengan komputer.

Menurut sebuah laman web yang menyediakan maklumat secara atas talian iaitu wikipedia; Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. (Wikipedia, 2011)

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

Dalam bab ini, pengkaji akan menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan dengan tajuk. Sorotan penulisan ini akan melihat beberapa pandangan dan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat samada terdapat persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan.

2.1 Rujukan Kajian Lepas 2.1.1 Latar belakang orang asli

Istilah orang asli merupakan satu panggilan terhadap satu kelompok etnik yang mula-mula sekali tinggal di Malaysia. Pada zaman pemerintahan Inggeris, orang asli dipanggil dengan istilah sakai. Panggilan ini adalah perkataan Melayu yang bermaksud hamba. Menurut (Hunt,1952) yang dipetik oleh (Mohd Fauzi & Mohd Afandi, 2010), sakai juga membawa erti satu kelompok primitif yang tinggal di hutan belantara, mundur dan serba kotor dan panggilan Sakai ini amat tidak disenangi oleh orang asli kerana maksudnya yang tidak baik. Menurut (Iskandar Carey, 1976) yang dipetik oleh (Rohani & Nur Hidayah, 2010), masyarakat orang asli merupakan antara penduduk peribumi yang terdapat di Malaysia, khususnya di Semenanjung atau Malaysia Barat.

Pada 2010 JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah melaporkan jumlah penduduk orang asli telah meningkat kepada 178,197 orang daripada 141,230 pada tahun 2006 (Komuniti Kita, 2011). Menurut (Hartini, 2010) di Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu,Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa. Bagi kaum Negrito, terdapat Orang Kensiu, Orang Kintak, Orang Lanoh, Orang Jahai, Orang Mendriq dan Orang Bateq. Bagi kaum Senoi, terdapat Orang Temiar,Orang Semai, Orang Semoq Beri, Orang Jah Hut, Orang Mahmeri, Orang Che Wong. Bagi kaum Proto-Melayu pula, terdapat Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Orang Jakun, Orang Semelai dan Orang Temuan. Kaum orang asli yang berbeza mempunyai budaya, bahasa dan cara hidup yang berbeza.

Jadual 1: Kelompok etnik orang asli di Semenanjung Malaysia SENOI MELAYU-PROTO NEGRITO Semai Temuan Kensiu Temiar Semelai Kintak Jahut Jakun Jahai Che Wong Kanaq Lanoh Mah Meri Orang Kuala Mendriq Semoq Beri Orang Seletar Bateq Sumber : http://www.komunitikita.my 2.1.2 Hak orang asli dari perundangan Malaysia

Menurut (Mohd Fauzi & Mohd Afandi, 2010), telah termaktub dalam undang-undang Malaysia Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (disemak 1974), Perkara 3(1) telah mentakrifkan orang asli ini sebagai: a) mana-mana orang yang bapanya adalah seorang dari kumpulan rumpun bangsa orang asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang asli, dan termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki orang itu; b) mana-mana orang dari apa-apa kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa masih kanak-kanak oleh orang asli dan yang telah dididik sebagai seorang arang asli, lazim bercakap dalam bahasa orang asli, lazim mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang asli dan adalah seorang dari sesuatu masyarakat orang asli, atau c) anak dari apa-apa persatuan antara seorang perempuan orang asli dengan seorang lelaki dari suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa orang asli, lazim mengikut cara hidup orang asli dan adat dan kepercayaan orang asli dan masih lagi menjadi seorang dari sesuatu masyarakat orang asli. 2.1.3 ICT dan Komuniti Orang Asli

Menurut (Hakansson dan Deer, 2006), yang dipetik oleh (Nurul Farhana, 2010), antara isu yang dibincangkan semasa Persidangan Informasi Sejagat (World Summit Information Society) adalah berkenaan menjaga hak-hak kaum peribumi dengan gerbang informasi dan hak mereka untuk mengakses kemudahan ICT dan jaringannya. Dari aspek pendidikan, mereka mencadangkan pendidikan jarak jauh (distance education) kepada mereka dimana pembelajaran boleh dilaksanakan di rumah. Ini memandangkan mereka tinggal jauh di pedalaman. Akan tetapi, interaksi dengan komuniti luar juga diperlukan bagi memastikan maklumat dapat disampaikan dengan berkesan.

Namun demikian, masih kurang kajian khusus yang meninjau penggunaan ICT di kalangan murid-murid orang asli di Malaysia. Kesannya, masyarakat tidak mendapat orang asli berhubung gambaran yang jelas akan kedudukan dan persepsi pelajar

penggunaan ICT terutamanya ketika di sekolah. Ini juga adalah penting untuk anak-anak orang asli diberi perhatian sewajarnya akan kepentingan penggunaan teknologi dalam dunia serba moden ini (Nurul Farhana, 2010). 2.1.4 Minat

Menurut (Sharifah Alwiah,1985) yang telah dipetik oleh (Hartini, 2010), minat adalah daya penggerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Minat dapat mendorong dan membantu pelajar untuk mengikuti atau memahami apa yang dipelajarinya. Pelajar yang mempunyai minat akan mendorong mereka untuk berusaha sehingga berjaya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh (Mohd Risdi,2008) yang mana telah dipetik oleh (Hartini, 2010), minat adalah sesuatu perkara penting dalam pendidikan sebagai matlamat atau proses iaitu sebagai objektif. Minat seseorang itu boleh menentukan apa yang hendak dilakukannya. Menurut (Zurida, Ahmad Nurulazam, & Mohd Ali, 2004) pengajaran guru yang lebih mengutamakan penyampaian dan penyaluran maklumat kepada pelajar turut mempengaruhi sikap dan minat pelajar. Justeru, guru perlu mencari alternatif kepada pengajaran secara transmisi kepada suatu pendekatan yang boleh melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Russel,1968; Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003) dalam kajian yang dilakukan oleh (Norma, 2004) mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktiviti yang memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktivitiaktiviti seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalah dipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini.

2.1.5 Pembelajaran menggunakan multimedia

Teknik pengajaran perlu divariasikan dengan pelabagai teknik selain daripada teknik konvesional. Penyebaran luas penggunaan multimedia membawa kepada harapan bahawa teknologi ini akan digunakan secara total dalam bilik darjah. Pendidik telah mengiktiraf dan menggunakan sistem ini kerana kekuatan dan faedah yang ditawarkan. (Rozinah, 2005). Ini dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan dan hilang minat terhadap sesuatu matapelajaran. Menurut (Norfadzlan & Supli Effendi, 2010) penggunaan modul multimedia memberi kesan dan impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional yang memerlukan guru untuk menggunakan papan putih dan pelajar lebih banyak mendengar. Cadangan bagi meningkatkan penggunaan modul multimedia ini ialah dari segi pembinaan dan pembangunan modul multimedia, pembina modul perlu memperbanyakkan lagi ciri-ciri interaktif supaya dapat menarik minat pelajar.

Menurut (Zurida et al., 2004) program-program multimedia turut mempunyai peranannya tersendiri dalam membolehkan para pelajar melihat perkaitan antara teori dan aplikasinya dalam konteks. Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh (Zamri & Nur Aisyah, 2011) menunjukkan perisian aplikasi multimedia membantu proses pengajaran guru di dalam bilik darjah menjadi lebih fleksibel dan efektif. Selain itu, alat bantu multimedia ini juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha menarik minat dan motivasi dalam pembelajaran berteraskan bahan sastera. Sistem multimedia menawarkan keupayaan teknologi yang paling berkuasa termasuk motivasi, keanjalan, pembangunan kemahiran pemikiran yang kreatif dan kritikal, dan menambahbaikkan kemahiran menulis. Dengan integrasi sistem multimedia dalam pengajaran, ia menjadi efektif. Pengajaran simulasi komputer dapat dijalankan tanpa membahayakan diri seseorang. (Rozinah, 2005)

2.2 Kerangka Teori Kajian dan Konseptual

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan multimedia terhadap minat pelajar asli dalam matapelajaran geografi tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan. Penyelidik akan menggunakan soal selidik untuk melihat sama ada penggunaan multimedia dapat menarik minat pelajar asli bagi matapelajaran geografi tingkatan 3. Berikut adalah kerangka teori kajian ini.

Penggunaan multimedia dalam pembelajaran Minat geografi Lembaran kerja

Pelajar orang asli tingkatan dua

Gambarajah 1 : Kerangka konseptual

10

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Metadologi penyelidikan memberi panduan dalam perlaksanaan serta cara melaksanakan penyelidikan. Kaedah dalam sesuatu kajian sangat penting bagi memastikan keputusan yang dikehendaki. Menurut Mohd. Majid Konting (1994), kaedah penyelidikan dalam pendidikan adalah merujuk bagaimana kita mendapatkan maklumat bagi mencapai satu matlamat penyelidikan pendidikan. Setiap kaedah akan dijelaskan secara terperinci untuk memudahkan pemahaman kepada pembaca. Melalui kaedah juga penyelidik dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan dapat mempengaruhi hasil dapatan yang diperoleh nanti. Aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam bab ini termasuklah rekabentuk kajian, instrumen kajian, subjek kajian, dan prosedur. Kaedah yang digunakan ini dapat memudahkan penyelidik mencari maklumat dan mengutip data yang dikehendaki. Seterusnya, memudahkan penyelidik menganalisis data dengan betul. 3.1 Rekabentuk Kajian

Untuk kajian ini, kajian tinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik. Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan eksperimental yang paling popular, yang digunakan dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang sains sosial untuk meninjau keberkesanan sesuatu produk atau rancangan (Piaw, 2011). Kaedah tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian seperti ini kerana ia mengkaji tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yang dikemukakan. Menurut (Blake & Champion,1976) yang dipetik oleh (Norfadzlan & Supli Effendi, 2010), kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi. Reka bentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan para penyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa memerlukan kehadiran penyelidik. Menurut (Babbie,1973) seperti dalam kajian yang dilakukan oleh (Nurul Farhana, 2010) menyatakan, kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian adalah bersifat logik, saintifik dan khusus.

11

Melalui penggunaan soal selidik, identiti responden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan berkaitan tanpa kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang longgar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah. Kajian ini menumpukan perhatian untuk mengkaji perkaitan di antara penggunaan multimedia dengan minat. 3.2 Instrumen Kajian

Penyelidik menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen bagi mendapatkan data daripada responden. Merujuk kepada (Sekaran,1992) seperti di dalam kajian yang dilakukan oleh (Nurul Farhana, 2010) berpendapat bahawa kajian soal selidik bagi mendapatkan data merupakan cara terbaik dalam pengumpulan maklumat. Dalam kajian ini, penyelidik membahagikan kepada tiga bahagian dalam soal selidik, iaitu : Bahagian A Bahagian A mempunyai dua soalan yang meninjau aspek latar belakang responden iaitu jantina, kemahiran membaca dan tempat tinggal responden. Bahagian B Bahagian ini mengandungi 24 item atau soalan yang diukur dengan skala Likert. Lima pilihan jawapan disediakan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Responden dikehendaki memilih satu daripada lima pilihan jawapan tersebut. Soalan yang di reka adalah bertujuan untuk menjawab persoalan kajian. 3.3 Subjek Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan dalam daerah Lipis, Pahang. Penyelidik telah mengenalpasti adanya pelajar orang asli di tingkatan 2 di sekolah ini. Populasi kajian akan terdiri daripada 90 orang pelajar orang asli yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan dalam daerah Lipis, Pahang. Kesemua populasi merupakan sampel kajian. Ini kerana, bilangannya yang terhad dalam sesebuah sekolah tersebut. Menurut (Mohd Risdi, 2008) yang telah dipetik oleh (Hartini, 2010), menyatakan memandangkan jumlah pelajar populasi boleh diambil sebagai sampel kajian. orang asli adalah terhad, maka kesemua

12

3.4 Prosedur Kajian

Terdapat beberapa prosedur yang harus diikuti oleh penyelidik untuk pengumpulan data. Penyelidik perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menghantar kertas cadangan kajian dan termasuk borang soal selidik. Prosedur kajian seterusnya dapat di lihat pada carta prosedur kerja yang disediakan di bawah ini.

Membina borang soal selidik

Mendapatkan kelulusan dari EPRD

Mendapatkan kelulusan dari sekolah yang

Mengenalpasti jumlah populasi

Mengedarkan borang soal selidik

Dapatan kajian Rajah 1 : Prosedur kajian

3.5 Kesimpulan

Bab ini menerangkan secara terperinci tentang kaedah kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Beberapa aspek penting seperti rekabentuk kajian, lokasi, instrumen kajian, subjek kajian dan prosedur kajian turut dibincangkan. Daripada kaedah yang dipilih ini, pengkaji berharap agar hasil dapatan dapat menentukan keberkesanan penggunaan multimedia terhadap minat pelajar asli dalam matapelajaran geografi tingkatan dua.

13

Bibliografi Aszoura, M. S. (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan Satu. Universiti Terbuka Malaysia. Retrieved from http://eprints.oum.edu.my/173/1/Konsep_sains.pdf Hartini, A. R. (2010). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Orang Asli Terhadap Kerja Amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Tiga Buah Sekolah Menengah Dalam Daerah Kluang, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HARTINIAP073063D2011TTT.p df Komuniti Kita. (2011). Sejarah Dan Latar Belakang Orang Asli. http://www.komunitikita.my. Retrieved from http://www.komunitikita.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1042:sejar ah-dan-latar-belakang-orang-asli-2&catid=290&Itemid=593 Mohd Fauzi, M. H., & Mohd Afandi, A. B. (2010). Analisis Faktor Kemiskinan Orang Asli : Aplikasi Model Multinomial Logit. Universiti Teknologi Mara. Retrieved from http://eprints.ptar.uitm.edu.my/3304/1/LP_MOHD_FAUZI_MOHD_HARUN_10_24.pdf Norfadzlan, Z., & Supli Effendi, R. (2010). Keberkesanan Penggunaan Modul Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Media (p. 9). Tanjong Malim. Retrieved from http://images.norfadzlan2010.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TLiSGwooCHc AAGVNuLM1/KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL MULTIMEDIA DALAM PROSES ( P%26P) KEMAHIRAN HIDUP.pdf?key=norfadzlan2010:journal:35&nmid=375350096 Norma, H. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun 5 Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Retrieved from http://images.dehewaraspak.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RvGZ@woKCt MAAAi9jmo1/hubungan penggunaan ABM dgn minat pljr.pdf?key=dehewaraspak:journal:27&nmid=58573975 Nurul Farhana, J. (2010). ICT Dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli Di Sekolah-sekolah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/thesis FullText.pdf Piaw, C. Y. (2011). Kajian Tinjauan. Kaedah Penyelidikan (2nd ed., pp. 120-154). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Rohani, M. Y., & Nur Hidayah, M. S. (2010). Fenomena Bahasa Orang Asli Melayu-Proto: Kajian Suku Duano. mymla.org. Petaling Jaya: Universiti Malaya. Retrieved from http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p60.pdf Rozinah, J. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan (1st ed., p. 173). Cheras: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

14

Saridah Hussein. (2006). Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Lokus Dua Matra Terhadap Pelajar Tingkatan Dua. OUM. Retrieved from http://eprints.oum.edu.my/175/1/Perisian_multimedia.pdf Wikipedia. (2011). Multimedia. Retrieved from http://ms.wikipedia.org/wiki/Multimedia Zamri, M., & Nur Aisyah, M. N. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Journal of Language Studies, 11(3), 163-177. Retrieved from http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA vol 11 (3) 2011/pp163_177.pdf Zurida, I., Ahmad Nurulazam, M. Z., & Mohd Ali, S. (2004). Kesan Pengajaran Kontekstual Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Pelajar Sekolah Dalam Fizik (pp. 1-139). Pulau Pinang. Retrieved from http://eprints.usm.my/10527/1/Kesan_Pengajaran_Kontekstual_Terhadap_Motivasi_Da n_Pencapaian_Pelajar_Sekolah_Dalam_Fizik.pdf Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengjaran. Kuala Lumpur:Sanon Printing corporation Sdn. Bhd.

15

You might also like