Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

1.0

Pengenalan Perbincangan berkaitan tajuk demokrasi merupakan sebahagian dari

perbincangan mengenai sistem politik. Sistem politik adalah suatu sistem yang kompleks kerana ia melibatkan pelbagai kategori dan

kadang-kadang berkait antara satu sistem dengan sistem yang lain. Sistem politik biasanya merujuk kepada cara bagaimana pemerintahan itu dijalankan dalam negara termasuk dari segi pemilihan kerajaan dan pemimpin yang akan meneraju pemerintahan negara tersebut samada dalam sistem demokrasi, monarki, sosialis, autokrasi dan sebagainya. Sistem politik merupakan satu elemen utama yang melaksanakan fungsi pembentukan dasar sebuah negara. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara pula adalah elemen asas dalam perbincangan sistem politik dimana kerajaan merupakan satu set institusi-institusi yang akan melaksanakan pentadbiran dan pengurusan dalam pemerintahan sesebuah negara. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis kerajaan yang wujud dalam negara moden hari ini samada negara republik, monarki, demokrasi ataupun autokrasi. Sistem politik yang diamalkan juga berbeza mengikut negara. Contohnya negara kita Malaysia adalah sebuah kerajaan perseketuan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Kepelbagaian inilah yang

mewujudkan pengkelasan dalam sistem politik. Contoh demokrasi liberal, demokrasi sosialis dan autokrasi autoritarian merupakan sebahagian dari cara dan kaedah pengkelasan sistem politik. 1.1 Demokrasi

Demokrasi adalah salah satu sistem pemerintahan yang paling banyak diamalkan oleh kebanyakan yang negara-negara mengandungi moden pada hari ini.

Pemerintahan

negara

ciri-ciri

dan

prinsip-prinsip

demokrasi adalah dikatakan sebuah negara berdemokratik. Di zaman moden ini, hampir seluruh negara di dunia merujuk kerajaan mereka sebagai kerajaan yang demokratik kecuali Arab Saudi dan Brunei Darussalam yang masih mengamalkan sistem monarki. Demokrasi merupakan sebuah sistem pemerintahan yang melibatkan penyertaan rakyat dalam arus pentadbiran negara. Konsep demokrasi sudah mula digunakan sejak tahun 508 S.M lagi. Demokrasi bermula di zaman Greek kuno. Ia dipraktikkan dalam sistem
1 NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

pemerintahan di Negara Kota di Athens dan Sparta. Sistem ini diamalkan dengan semua rakyatnya menjadi anggota dewan. Mereka akan berbincang, berbahas, melantik ketua waima menetapkan hukuman dalam dewan tersebut. Namun sistem ini hanya sesuai dalam negara yang kecil dan semua rakyatnya terdidik. Seterusnya apabila berkembangnya kerajaan Rom dan masuknya agama Kristian ke benua Eropah, sistem ini terhapus namun kekal sebagai sebuah pemikiran yang akhirnya membawa kepada kejatuhan sistem monarki Rom pada tahun 500 M dan tertubuhnya Republik Rom. Pada masa ini muncul satu bentuk demokrasi yang baru yang bukan dijalankan secara langsung oleh rakyat tetapi melalui wakil-wakil mereka. 1.2 Definisi Demokrasi

Istilah demokrasi adalah berasal dari bahasa Yunani (Greek). Ia terdiri dari 2 perkataan iaitu demos dan kratos. Demos bermaksud 'bangsa' atau 'rakyat' manakala kratos bermaksud 'kekuasaan'. Definisi yang diberi oleh Kamus Dewan pula ialah pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya. Dengan itu secara mudahnya istilah demokrasi boleh ditakrifkan sebagai pemerintahan oleh rakyat. Maksudnya rakyat berkuasa dalam menentukan siapa yang berhak untuk memerintah dan bagaimana

pemerintahan negara harus dilaksanakan. Pelbagai definisi yang diberikan oleh para sarjana barat tentang istilah demokrasi. Namun yang paling tersohor ialah definisi yang diberikan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln iaitu demokrasi adalah Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat. Abraham Lincoln juga digelar sebagai Bapa Demokrasi kerana komitmennya dalam menjulang demokrasi. Definisi yang diberikan Abraham Lincoln sangat popular kerana ia berkaitan tentang kuasa rakyat dalam sistem demokrasi. Hakikatnya kerajaan yang tertegak adalah wujud dari mandat rakyat. Rakyat juga turut diberi peluang untuk membuat keputusan dan mengawal kerajaan. Sistem demokrasi sangat menekankan soal hak, keadilan, kebebasan, kesamaan, kedaulatan dan suara rakyat. Pengabaian dan penafian hak individu dan kumpulan biasanya boleh mencetuskan konflik dan masalah dalam sesebuah negara. Walaupun dalam sistem demokrasi mengutamakan suara majoriti, namun hak minoriti yang menekankan soal hak kesaksamaan, kebebasan, keadilan, pemilikan harta, peluang ekonomi
2 NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

dan sebagainya tetap tidak diabaikan. Setiap warganegara berhak untuk mendapat hak masing-masing. Diskriminasi dan penindasan terhadap kumpulan minoriti atau mana-mana kumpulan haruslah dielakkan dari berlaku. Kestabilan politik adalah penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni seterusnya agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan.

2.0

Prinsip-Prinsip Demokrasi

Sesebuah negara dikatakan demokrasi apabila mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi dalam pemerintahanya. Robert A. Dahl1 menyatakan terdapat 7 prinsip dalam amalan demokrasi. 1. Kawalan keatas kepentingan pemerintah Ketua kerajaan

melaksanakan pemerintahan berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya. Ketua kerajaan dikawal oleh badan perundangan (legislative) dan tidak boleh memerintah sewenangwenangnya. 2. Pilihanraya yang telus dan adil Pilihanraya adalah satu elemen yang utama dalam amalan demokrasi. Demokrasi akan bertambah subur apabila terdapat penyertaan rakyat dan warganegara dengan aktif

dalam pemilihan siapa yang akan mengetuai kerajaan. Namun begitu pilihanraya tersebut mestilah dilakukan dalam dengan cara yang telus dan adil. 3. Hak memilih dan dipilih Setiap warganegara mempunyai hak untuk memilih pemimpin pilihan mereka dan mereka juga mempunyai hak untuk dipilih sebagai pemimpin. Hak memilih adalah untuk memberi hak kepada rakyat menilai keberkesanan kerajaan dalam pentadbiran negara. Hak untuk dipilih pula memberi peluang kepada setiap warganegara yang berkelayakan dan berkemampuan serta memenuhi

Etika Berwarganegara (hlm. 56)


3 NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

pra-syarat untuk dipilih dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh pemilihnya. 4. Kebebasan bersuara Bebas nyatakan pendapat masing-masing keatas apa jua isu atau permasalahan yang dihadapi oleh setiap warganegara. Rakyat mestilah diberikan kebebasan untuk

menyuarakan pendapat mereka, mengkritik serta memberi pandangan masing-masing. Apabila rakyat tidak dapat menyuarakan apa yang mereka tidak puas hati dan apa yang terbuku, maka saluran aspirasi akan tersekat, dan ini akan menyebabkan pembangunan tidak akan berjalan dengan baik seterusnya boleh mendatangkan musibah kepada negara. 5. Kebebasan maklumat Demokrasi memerlukan maklumat yang tepat, untuk itu rakyat memerlukan sumber maklumat yang mencukupi tentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perjalanan pentadbiran negara. Media juga perlu bebas dalam mendapatkan dan melaporkan maklumat kepada rakyat. Saluran-saluran informasi seperti televisen, radio, akhbar dan internet juga perlu bebas dari pengaruh kerajaan. 6. Kebebasan berpolitik Rakyat mesti diberi kebebasan untuk menyertai mana-mana parti politik mengikut idealogi dan doktrin masing-masing. Tiada halangan atau paksaan untuk menyertai parti pemerintah sahaja. Adanya kebebasan berpolitik ini akan menyuburkan lagi demokrasi. 7. Kebebasan untuk berpersatuan Rakyat juga mesti diberi kebebasan untuk berpersatuan atau membentuk satu kumpulan yang boleh mewakili suara mereka dalam arus pembangunan negara. Setiap

warganegara yang merasa lemah dan memerlukan kumpulan yang ramai bagi menyalurkan rintihan dan desakan mereka bebas menubuhkan persatuan asalkan mengikut tatacara perundangan yang betul. Contohnya kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan adanya persatuan dan pertubuhan ini akan memudahkan rakyat memberikan aspirasi mereka secara terbuka dan lebih baik lagi.

NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

3.0

Jenis-jenis Demokrasi

Terdapat beberapa bentuk dan jenis demokrasi yang dikenalpasti pada hari ini. Bentuk dan jenis tersebut terhasil disebabkan oleh perkembangan dalam pelaksanaanya yang berbeza bergantung kepada keadaan dan tempat. Jenisjenis demokrasi adalah seperti berikut :1. Demokrasi berdasarkan cara menyampaikan pendapat :a) Demokrasi Langsung Dalam demokrasi lansung rakyat ikut serta dalam proses pembuatan keputusan dan dasar oleh kerajaan. Bukan itu sahaja, di bawah demokrasi cara langsung, rakyat memerintah secara langsung. Semua rakyat di sesuatu kawasan berkumpul di satu tempat yang terbuka (seperti dewan orang ramai/masyarakat) dan menentukan undangundang, program serta dasar kerajaan. Mereka juga melantik penjawat-penjawat awam (pegawai-pegawai awam). Demokrasi corak ini telah diamalkan di Greece dan Rom pada purbakala. Hari ini demokrasi cara langsung dilaksanakan di beberapa Canton di Switzerland. Di negara-negara moden demokrasi bentuk ini tidak dapat diamalkan kerana penduduknya terdiri daripada berjuta-juta orang.

b) Demokrasi Tidak Langsung/Demokrasi Perwakilan Di bawah demokrasi tidak langsung, rakyat memilih wakil-wakil mereka semasa pilihanraya umum diadakan secara berkala (pada lazimnya sekali dalam lima tahun) dan wakil-wakil yang dipilih itu mentadbir kerajaan: mereka menggubal, meluluskan serta menguatkuasakan

undang-undang dan dasar-dasar demi kepentingan seluruh raykat. Di bawah sistem demokrasi ini, punca kuasa terakhir terletak di tangan rakyat. Wakil-wakil yang dipilih bagi sesuatu tempoh tertentu melapor balik kepada semua pengundi. Ini adalah kerana mereka

bertanggungjawab kepada rakyat. Pengundi menilai prestasi wakilwakil itu dan menentukan sama ada atau tidak wakil-wakil itu perlu dipilih semula bagi sesuatu tempoh yang lain. Rakyat mempunyai

kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan pemimpin dan kerajaan

NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

mereka. Rakyat boleh menolak sama sekali mereka yang tidak layak, yang tidak berkesan dan cekap, yang tidak jujur dan yang mementingkan diri sendiri tanpa mengira kepentingan semua rakyat. c) Demokrasi perwakilan dengan pengawasan lansung dari rakyat Demokrasi jenis ini merupakan campuran diantara demokrasi langsung dan demokrasi tidak langsung (perwakilan). Rakyat memilih wakilnya untuk duduk didalam dewan rakyat, tetapi wakil yang dipilih akan dipantau oleh rakyat melalui referendum dan perundangan rakyat. Contoh negara yang mengamalkan demokrasi jenis ini ialah negara Swiss. Referendum dijalankan dengan mengadakan pungutan suara rakyat bagi memastikan kehendak rakyat secara lansung. Referendum pula boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu :I. Referendum Wajib Referendum penggubalan dilaksanakan ini dilakukan ketika ada perubahan penting. rakyat Jadi atau ia

undang-undang untuk meminta

yang

persetujuan

secara

langsung terhadap perkara-perkara yang sangat penting dan menjadi dasar kepada pemerintahan negara. II. Referendum Tidak Wajib Referendum ini dilaksanakan jika dalam waktu-waktu tertentu setelah keputusan atau dasar yang diambil oleh kerajaan telah diputuskan dan diumumkan. Referendum tidak wajib akan dijalankan apabila terdapat permintaan dari rakyat setelah sesuatu keputusan dan dasar diumumkan oleh pemerintah. Namun jika tiada desakan dari rakyat, keputusan dan dasar yang telah diumumkan itu akan diteruskan untuk dilaksanakan dalam pentadbiran negara. III. Referendum Konsulatif Referendum ini pula sekadar meminta persetujuan kerana rakyat tidak memahami sesuatu permasalahan. Kerajaan meminta pandangan dari ahli-ahli yang pakar dalam bidang permasalahan tertentu bagi mengambil sebarang keputusan dan dasar yang akan digubal.

NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

2.

Demokrasi Berdasarkan Keutamaan a) Demokrasi Formal Secara asasnya demokrasi jenis itni menempatkan semua orang dalam kedudukan yang sama dalam bidang politik tanpa mengurangkan hak mereka dalam ekonomi. Individu diberi kebebasan yang luas sehingga demokrasi jenis ini juga dipanggil demokrasi liberal. b) Demorasi Material Demokrasi material memandang manusia mempunyai hak yang sama rata dalam bidang sosio-ekonomi sehingga kesaksamaan dalam bidang politik tidak menjadi keutamaan. Demokrasi jenis ini biasanya dikembangkan di negara-negara yang beridealogi sosialis-komunis. c) Demokrasi Campuran Demokrasi jenis ini merupakan campuran dari kedua-dua demokrasi formal dan material. Ia mampu mewujudkan kesejahteraan rakyat dengan memberi kesaksamaan terhadap hak rakyat tanpa mengira darjat dan kedudukan seseorang itu.

3.

Demokrasi Berdasarkan Prinsip Idealogi a) Demokrasi Liberal Demokrasi liberal memberikan kebebasan yang luas kepada hak individu. Kebebasan dan hak asasi manusia diutamakan dalam dasar pemerintahan negara. Dalam demokrasi liberal kuasa adalah ditangan rakyat dan ia adalah sebuah negara yang pemerintahanya berkonsepkan kerajaan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat. b) Demokrasi Rakyat/Proletar Demokrasi ini bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada segenap lapisan rakyat. Tiada perbezaan kelas dan semua warganegara mempunyai hak yang sama dari sisi undang-undang dan politik. Dalam demokrasi jenis ini tiada pertandingan dalam pemerintahan kerana hanya terdapat satu parti sahaja yang
7 NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

menjalankan urusan pemerintahan. Individu tiada kuasa untuk menghalang keputusan yang diambil oleh pemerintah. System ini lebih dikenali dengan Sistem Komunis. (Etika Berwarganegara. hlm 59) Sistem Demokrasi Seperti yang telah dibincangkan, terdapat pelbagai jenis dan bentuk demokrasi yang boleh diklasifikasikan mengikut keadaan dan tempat. Tetapi asas dan prinsip demokrasi yang diamalkan dalam pemerintahan tetap sama walau apa pun bentuk dan jenisnya. Namun setiap negara mempunyai sistem pemerintahan yang berbeza mengikut model demokrasi yang digunapakai oleh negara masing-masing. Contoh-contoh model demokrasi ialah

demokrasi liberal, demokrasi terpimpin dan demokrasi sosialis. 4.1 Demokrasi Liberal Sistem demokrasi liberal merujuk kepada sistem politik dimana kedaulatan rakyat adalah asas kepada sistem pemerintahan. Ciri-ciri demokrasi liberal adalah :i. Terdapat lebih dari satu parti politik yang bersaing dalam mendapatkan kuasa politik. ii. Persaingan untuk mendapatkan kuasa adalah terbuka. iii. Adanya pilihanraya iv. Kumpulan pendesak turut memainkan peranan dalam

mempengarahi kepurusan kerajaan. v. Kebebasan hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, beragama, media massa dan sebagainya. vi. Terdapat pengasingan kuasa iaitu kuasa dan fungsi badan eksekutif, legislatif dan kehakiman tidak bertindih antara satu sama lain.

Didalam amalan demokrasi liberal, terdapat dua sistem yang dominan yang digunapakai oleh kebanyakan negara moden hari ini. Dua sistem tersebut adalah sistem berpresiden dan sistem berparlimen. Kedua-dua sistem ini

NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

masih menggunakan prinsip-prinsip yang sama, cuma yang membezakan kedua-duanya ialah sistem atau tatacara pemerintahannya. Sistem berparlimen berasal daripada sistem Westminster di Britain. Kebanyakan negara-negara dibawah Komanwell menggunapakai sistem ini. Setiap rakyat akan mengundi perwakilan mereka di dewan rakyat melalui pilihanraya. Di parlimen pula, parti yang memenangi paling banyak kerusi akan membentuk kerajaan yang akan memerintah negara. Ketua kerajaan akan dilantik daripada ahli-ahli perwakilan ini. Ketua kerajaan bagi negara yang mengamalkan sistem berparlimen dipanggil Perdana Menteri. Perdana menteri yang akan dilantik biasanya adalah ketua parti politik yang mendapat majoriti terbesar di parlimen (badan perundangan/legislatif). Pada masa yang sama perdana menteri juga adalah ketua badan eksekutif yang akan menjalankan urusan pentadbiran negara dengan dibantu oleh barisan kabinetnya. Ketua negara dan ketua kerajaan adalah individu yang berlainan bagi negara yang mengamalkan sistem berparlimen. Malaysia adalah contoh negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dimana ketua negara Malaysia ialah tidak YDP dipilih Agung. melalui Ketua negara sistem Raja

Berpelembagaan

pilihanraya,

tetapi

mewarisi

pemerintahan secara tradisi dan mengikut giliran. Ada juga negara yang ketua negara menggunakan gelaran Presiden. Negara ini dikatakan sebagai negara Republik kerana tidak mempunyai raja berpelembagaan. Pemilihan presiden sebagai ketua negara dilakukan melalui pilihan raya. Contoh negara republik yang mengamalkan sistem ini ialah Singapura dan India. Di dalam sistem demokrasi berpresiden pula, ketua negara atau juga dipanggil Presiden, dipilih oleh rakyat secara terus melalui sebuah pilihanraya. Presiden yang dipilih menjadi ketua negara, pada masa yang sama juga bertindak sebagai ketua kerajaan iaitu ketua badan eksekutif dimana beliau akan melantik barisan kabinet yang akan membantu beliau dalam melaksanakan dasar serta urusan pentadbiran negara. Presiden mempunyai kuasa yang tertinggi dan menjadi simbol kepada sesebuah negara republik. Perbezaan yang paling ketara diantara sistem berpresiden dengan sistem berparlimen ialah sistem berpresiden mengamalkan konsep pengasingan kuasa yang mutlak. Tiada pertindihan diantara badan legislatif dengan eksekutif seperti didalam sistem berparlimen dimana ahli-ahli badan
9 NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

eksekutif juga dipilih dari badan legeslatif. Presiden bertanggungjawab secara terus kepada rakyat bukan kepada parlimen.

4.2 DEMOKRASI SOSIALIS Sistem demokrasi seterusnya ialah sistem demokrasi sosialis. Sistem

demokrasi sosialis juga dikenali sebagai totalitarianisme. Demokrasi sosialis adalah demokrasi yang sangat membatasi agama pada rakyatnya, dengan prinsip agama dianggap candu yang membuatkan manusia terpisah dari pemikiran yang rasional dan nyata. Demokrasi sosialis muncul karena adanya komunisme. Awalnya komunisme lahir sebagai reaksi terhadap kapitalisme di abad ke-19, yang mana mereka itu mementingkan pemilikan individu dan mengenepikan buruh. Prinsip yang digunakan oleh sistem sosialis ialah semua adalah milik rakyat dan dikuasai oleh negara untuk kemakmuran rakyat secara keseluruhanya. Sosialisme sangat membatasi demokrasi pada rakyatnya, dan karenanya sosialisme juga disebut anti liberalisme. Antara ciriciri sistem demokrasi sosialis adalah :i. ii. iii. Hanya mempunyai satu idealogi sosialis yang rasmi. Penguasaan politik dilakukan oleh satu parti sahaja. Terdapat kekaburan antara aktiviti awam dengan aktiviti swasta jika dibandingkan dengan keadaan yang terdapat dalam demokrasi liberal. Kumpulan swasta tertakluk kepada pengawalan negara yang lebih tinggi darjah pengawalanya. iv. Tiada konsep pemisahan kuasa seperti dalam demokrasi liberal. Ini bermakna badan eksekutif, legislatif dan kehakiman dikawal oleh satu pihak sahaja.

5.0

Islam Dan Demokrasi Secara umumnya, sistem demokrasi yang didukung majoriti negara-

negara pengamalnya merupakan satu sistem dimana rakyat diberikan mandat mutlak dalam menggubal sebarang undang-undang. Rakyat berhak

menentukan segala-galanya sehingga mereka berhak memansuhkan ataupun

10

NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

mencipta undang-undang yang mungkin tidak bertepatan dengan norma dan adat kebudayaan bahkan agama sekalipun. Namun itu semua adalah gambaran demokrasi yang dicipta oleh dunia Barat yang mana segalanya adalah berlandaskan kekuasaan rakyat semata-mata. Definisi demokrasi pada pandangan Islam pula adalah berbeza. Islam merupakan satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah s.w.t dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi anjuran Islam adalah merujuk kepada al-Quran dan sunnah. Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam 2. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara demokrasi Islam, rakyat akan memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Beliau menyatakan:1. Tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yang memenangi dalam sesebuah negara sekalipun boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan kedaulatan. Hanya Allah s.w.t pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar. Semua yang lain adalah hamba-Nya. 2. Allah s.w.t penggubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalah milik-Nya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh-Nya walaupun semua orang bersetuju mahu membuat undang-undang lain atau mengubah undang-undang Allah s.w.t. 3. Sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah s.w.t, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan Allah s.w.t, perintahnya tidak wajib ditaati oleh orang-orang Islam
2

http://bobex.wordpress.com/2007/03/01/demokrasi-barat-vs-islam/

11

NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

Di dalam demokrasi Islam, prinsip Syura amatlah dititikberatkan. Syura di sini adalah kata nama daripada perkataan al-Musyawaratun atau Watasyawarun yang membawa erti mengutarakan pendapat. Definisi tersebut jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah penting di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan al-Quran. Prinsip ini adalah bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud Seorang Islam dengan seorang Islam yang lain diibaratkan seperti bahagian pada satu bahagian, setiap satunya (bahagian) menguatkan bahagian yang lain. Selain daripada sistem Syura, terdapat satu lagi cara atau sumber ketiga yang menjadi pegangan dalam perlaksanaan sesuatu undang-undang Islam iaitu ijmak. Ijmak ditafsirkan sebagai persetujuan umat Islam tentang soal agama. Ia merupakan persetujuan pendapat orang yang timbul sama ada secara rasional ataupun mengikut hukum. Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik dalam perlaksanaan sistem demokrasi Islam. Demokrasi yang didukung Rasululllaah s.a.w pada ketika itu tidak sama sekali menidakkan hak rakyat. Namun demikian, hak tersebut terbatas menurut batasan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Soal pentadbiran dan perkara yang tidak ditetapkan oleh syariah diselesaikan melalui musyawarah dikalangan ulama dan pemimpin Islam. Dapat disimpulkan di sini bahawa demokrasi yang berprinsipkan Barat yang mendokong kuasa mutlak rakyat adalah berbeza dengan negara yang berdemokrasikan prinsip Islam. Perbezaan tersebut adalah berdasarkan pegangan agama yang menggariskan batasan tertentu dan undang-undang yang wajib diikuti mengikut syariat yang telah ditetapkan-Nya. Manakala demokrasi dari pandangan Barat pula mempercayai bahawa perlembagaan dan agama adalah dua sistem yang berbeza dan terasing antara satu sama lain.

12

NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

6.0

Kesimpulan Dan Perbincangan Kita sedia maklum bahawa negara kita adalah salah sebuah negara

yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem Raja Berperlembagaan. Sejak merdeka dari penjajahan sudah 55 tahun sistem demokrasi telah berjalan di bumi Malaysia. Namun sejauh manakah pelaksanaan demokrasi atau sesubur manakah demokrasi yang diamalkan di negara kita. Untuk mengukur sejauh manakah pelaksanaan demokrasi, kita boleh menilainya melalui beberapa aspek. Aspek yang pertama ialah kita melihatnya dari sudut pilihanraya. Dalam amalan demokrasi, pilihanraya adalah satu elemen yang paling utama. Warganegara yang sudah memenuhi syarat sebagai pemilih dan telah mendaftar sebagai pengundi boleh memilih calon siapa yang akan memegang tampuk pemerintahan negara melalui sebuah pilihanraya. Namun pilihanraya yang berjalan haruslah telus dan adil. Badan yang menguruskan pilihanraya juga mestilah bebas dari pengaruh pihak yang bertanding, khususnya pemerintah. Tempoh pilihanraya pula bergantung kepada perlembagaan negara masing-masing, namun biasanya satu penggal tidak melebihi 5 tahun. Aspek kedua ialah sistem pemerintahan kerajaan. Harus ada pemisahan kuasa diantara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman. Doktrin pemisahan kuasa akan mengelakkan berlakunya pemusatan kuasa berada pada satu tangan sahaja. Pengurusan kuasa harus disusun mengikut aturan undang-undang yang mengehadkan fungsi dan kuasa sesuatu badan. Badan-badan ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari badan legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut. Doktrin pengasingan kuasa akan mewujudkan keadaan semak dan imbang dalam proses pemeritahan dan pentadbiran negara. Aspek yang seterusnya ialah sejauh manakah rakyat diberi kebebasan individu seperti hak untuk bersuara, hak untuk berkelompok dan keadilan sosial. Sebagai negara demokrasi rakyat mesti diberi ruang untuk menyatakan pendapat dan kritikan mereka keatas dasar pemerintahan kerajaan. rakyat berhak untuk mengkritik dan memberi pendapat jika mereka merasa tidak berpuas-hati

13

NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

keatas suatu keputusan dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan. Ini juga akan dapat mengelak dari kerajaan memerintah sewenang-wenangnya dan menggunakan wang negara sesuka hati mereka. Hak dan kebebasan pula hendaklah berada diatas prinsip kesamarataan. Setiap orang diberi hak dan kebebasan yang sama. Tidak boleh dibezakan atas sebab perbezaan jantina, keturunan, bangsa, kepercayaan agama dan idealogi. Namun bagi memastikan amalan demokrasi itu berjaya dan subur terdapat beberapa syarat, pertamanya rakyat mestilah berpendidikan. Ini kerana pendidikan akan membantu mereka membuat keputusan yang bijak, adil dan munasabah. Rakyat perlu menunjukkan minat dalam hal-ehwal negara dan politik. Mereka perlu mengambil bahagian secara cergas dan giat dalam pentadbiran dan politik negara. ini bukan bermakna mereka terlibat secara lansung dalam bidang politik, tetapi sekurang-kurangnya mereka mesti prihatin dan mempunyai sikap ambil tahu tentang keadaan politik negara. Mereka perlu mengkikiskan sikap acuh tak acuh dan mesti sama-sama terlibat dalam membela hak-hak mereka. Mereka juga perlu menunjukkan kesedaran tentang isu-isu semasa negara dan dunia. Syarat kedua ialah setiap rakyat perlu mempunyai integriti dan kejujuran yang tinggi. Rasuah mesti dihapuskan sama sekali. Amalan rasuah tidak harus diberi ruang dalam kehidupan. Ini kerana rasuah bukan sahaja akan memusnahkan amalan demokrasi malah boleh menghancurkan sesuatu bangsa sekaligus. Syarat ketiga ialah rakyat harus mempunyai sikap toleransi, bertanggungjawab dan bersedia menerima keputusan golongan majoriti dan hak golongan minoriti juga tidak boleh diabaikan. Syarat keempat pula ialah pemimpin yang berkesan, cekap, bersih dan amanah. Ini bagi memastikan setiap rakyat mendapat hak mereka dan kekayaan negara dapat dinikmati dan dikongsi bersama. Akhir sekali ialah peranan media massa. Media massa perlu memainkan perananya secara bebas dan adil, tidak berat sebelah dalam menyebarkan maklumat dan fakta kepada rakyat. Jika syarat-syarat diatas dipenuhi, sudah pasti kita akan dapat melihat suburnya amalan demokrasi di negara kita. Kita tidak perlu terlalu mengagung-agungkan demokrasi ala barat yang terlalu menekankan hak asasi manusia sehingga melanggar norma-norma dan fitrah manusia.
14 NO. MATRIK : 210694

GMGA1024 POLITIK & PENTADBIRAN

Demokrasi negara kita biarlah mempunyai acuan sendiri yang dilihat sesuai dengan budaya timur.

15

NO. MATRIK : 210694

You might also like