Gejala Ponteng Di Kalangan Pelajar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KAJIAN TINDAKAN
GEJALA PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM

DISEDIAKAN OLEH:

ENI BINTI AZNAN 801026-02-5928 PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah faktor-faktor seperti masalah pelajar, latarbelakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, suasana sekolah dan persekitaran mempengaruhi masalah gejala ponteng di kalangan pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 20 orang pelajar yang dikenalpasti dalam gejala ponteng. Hasil kajian menunjukkan pengaruh persekitaran merupakan faktor utama yang mendorong gejala ponteng di kalangan pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Selain faktor persekitaran, faktor-faktor lain yang turut menjadi pendorong terhadap kegiatan ponteng ialah masalah diri pelajar, diikuti dengan masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan peranan pihak kolej. Hasil kajian mencadangkan beberapa langkah perlu diambil oleh kesemua plhak yang terlibat iaitu ibu bapa, pihak pengurusan kolej, masyarakat dan kerajaan dalam usaha menangani gejala ponteng yang semakin serius jika tidak dibendung.

PENGENALAN
Keberkesanan pembelajaran sesebuah kolej banyak bergantung kepada tahap disiplin pelajar berkenaan.Ini bermaksud disiplin pelajar akan

mempengaruhi pencapaian dan juga imej sesebuah institusi pengajian. Disiplin pelajar merosot boleh merangkumi semua aspek .Terdapat akta yang telah menggariskan dengan jelas setiap bahagian atau kategori disiplin pelajar di institut pengajian. Dalam kes disiplin dalam persekitaran sekolah termasuklah merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah, ponteng kelas, mencuri dan sebagainya. Dalam tinjauan kajian ini hanya tertumpu kepada kes ponteng kelas pelajar Kolej Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tinjauan ini dilakukan di atas sebab pengkaji mendapati kes ponteng kelas pelajar semester 2 di kolej yang berkenaan begitu ketara dan merunsingkan (berdasarkan peratusan kehadiran yang dilaporkan oleh pensyarah-pensyarah modul bagi kelas berkenaan). Terdapat juga pelbagai rungutan dan aduan daripada pensyarah yang mengajar mengatakan bahawa bilangan pelajar yang ponteng kuliah amat serius dan sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu langkah saya sebagai pensyarah di kolej ini dalam usaha mencari punca dan menangani masalah ponteng. Semoga maklumat tentang punca-punca dan cara mengatasi masalah ponteng kuliah dapat difahami dengan lanjut, menyeluruh dan mendalam. Dengan adanya panduan ini, langkah-langkah yang positif dan lebih berkesan dalam menangani masalah ponteng kuliah di kolej dan kolej lain amnya. Maklumat tentang kekerapan ponteng kuliah pelajar diperolehi dan dikumpul melalui rekod kehadiran dari setiap pensyarah modul. Kedua, berdasarkan maklumat yang dikumpul, sebilangan pelajar atau di sini dikenali sebagai responden akan menjalankan pilot-test. Seterusnya, senarai semak dan borang soal selidik diberi kepada responden yang terlibat dalam kes ponteng kelas. Analisis data yang akan dikumpul akan digunakan untuk mengukuhkan sumber maklumat yang berkaitan dengan punca-punca dan cara mengatasi

ponteng kelas. Di samping itu juga pemerhatian dengan tindak-tanduk pelajar ponteng kuliah juga diambil kira dalam kajian ini. Oleh yang demikian, kajian ini bakal mengenal pasti dan mendalami sejauh manakah tahap kecenderungan punca-punca masalah ponteng kuliah ini menular. Ianya dikaji dari perspektif pelajar. Diharapkan daripada dapatan ini agar dapat menyenaraikan cara-cara / langkah-langkah untuk mengatasi masalah ponteng kuliah dan seterusnya pihak pengurusan kolej akan mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah ponteng kuliah ini pada masa akan datang.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti kekerapan ponteng kuliah pelajar 2. Mengenal pasti punca-punca ponteng kuliah pelajar semester 2 di Komuniti Sungai petani. 3. Mengenal pasti cara mengatasi masalah ponteng kuliah pelajar

PERSOALAN KAJIAN
1. Sejauh manakah kekerapan ponteng kuliah? 2. Apakan di antara punca ponteng kuliah pelajar? 3. Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kuliah pelajar atas mengikut faktor berikut: a. Faktor diri yang melibatkan sikap dan minat terhadap pelajaran. b. Faktor pengaruh pensyarah dalam memupuk minat c. Peranan rakan sebaya d. Keceriaan Keluarga 4. Apakah persepsi pelajar terhadap cara mengurangkan masalah ponteng kelas pelajar.

BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara berikut: i. Responden pelajar yang terlibat dalam ponteng kelas di sekolah yang dikaji. ii. Lokasi kajian hanya melibatkan pelajar-pelajar yang mendaftar bagi kursus sepenuh masa di Kolej Komuniti Bukit Mertajam. iii. Pemerhatian dilakukan berdasarkan kelas yang banyak pelajar yang terlibat kes ponteng kelas. iv. Maklum balas instrumen bergantung kepada kesungguhan dan ketelusan responden bergantung kepada skala likert. v. Oleh kerana kajian ini perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat sahaja, maka bilangan responden yang terlibat hanya 20 orang sahaja.

METODOLOGI
Maklumat tentang kekerapan ponteng kuliah pelajar diperolehi dan dikumpul melalui rekod kehadiran pelajar sesi Julai 2011 dari setiap pensyarah modul yang mengajar kelas berkaitan. Pilot-test dijalankan berdasarkan dua faktor iaitu soal selidik dan temubual. Kemudian maklumat dalam soal selidik telah dimurnikan dan diubahsuai. Seterusnya, borang soal selidik diberi kepada responden yang terlibat dalam kes ponteng kuliah. Responden yang terlibat dalam kajian semuanya pernah ponteng kelas. Antaranya responden juga didapatkan daripada senarai pelajar yang dirujuk kaunseling atas sebab ponteng kelas. Respon terhadap soal selidik adalah dikumpul semasa menghadiri sesi kaunseling dan juga semasa pengkaji sit-in dalam kelas yang berkaitan. Responden diberi penerangan satu demi satu semasa menjawab borang soal selidik ini.

ANALISIS DATA
Data yang dikumpul dianalisis. Statistik seperti peratus, min dan sisihan piawai dapat dikonstruk dan mengenal pasti tahap kecenderungan punca ponteng kuliah pelajar dan menentukan peratusan persepsi pelajar dalam cara menangani ponteng kuliah di sekolah.

Jadual 1 Jadual Kekerapan Ketidakhadiran Mengikut Kelas Sesi Pengajian Julai 2011

Jadual 2 Perbezaan Peratusan Kekerapan Ponteng Kuliah Mengikut Kelas

Peratus Ketidakhadiran Mengikut Kelas

Semester 4 SMK 1 SMK 2 SMK 3

Berdasarkan Jaduai 1, petunjuk skala di atas menunjukkan bahawa apabila seseorang pelajar yang ponteng kuliah lebih daripada 3 kali adalah dikategorikan dalam sangat kerap ponteng kuliah. Pelajar yang dikatakan kerapkali ponteng kuliah adalah ponteng kelas antara 2 hingga 5 kali dalam tempoh 15 minggu. Manakala pelajar yang ponteng 2 kali dan kebawah dikategori ponteng kelas sekali-sekala. Sehubungan itu, maklumat tersebut adalah berkaitan dengan peratusan kekerapan ponteng kuliah pelajar mengikut kelas yang telah dipilih. Semua responden yang terlibat pernah ponteng kelas dalam tempoh berkenaan. Responden dipilih secara rawak dari setiap kelas. Antara responden ini, 15

orang daripada Sijil Modular Kebangsaan 1, 15 orang daripada Sijil Modular Kebangsaan 2, Sijil Modular Kebangsaan 3 dan Sijil Fesyen Dan Pakaian Semester 4. 72 orang responden yang dipilih dalam mengumpul data. Proses mengumpul data juga dilaksanakan dengan bantuan Penasihat Akademik.

Walaubagaimanapun, terdapat responden yang tidak mahu memberi pendapat dalam kajian ini. Kumpulan pelajar ini merasa ragu-ragu dan takut tindakan diambil terhadap mereka walaupun pengkaji menjelaskan bahawa nama mereka tidak akan didedahkan. Kajian tetap dijalankan dengan penuh toleransi Berdasarkan analisis Jadual 2, secara keseluruhannya peratusan kekerapan ponteng kuliah mengikut kuliah menunjukkan bahawa responden adalah dianggap sangat kerap ponteng kuliah. Antaranya didapati pelajar SMK 3 mempunyai peratus kekerapan ponteng kuliah sebanyak 13.3% berbanding dengan 20% bagi SMK 1 dan 2. Didapati juga 4 orang pelajar semester 2 Sijil Fesyen Pakaian 4 yang kerap kali ponteng kelas. Secara keseluruhannya, terdapat 17.1% pelajar yang sekali sekala ponteng kuliah. Daripada analisis data tersebut, jelaslah terdapat perbezaan kadar kekerapan ponteng mengikut kelas. Antaranya yang melibatkan 72 orang responden. 68 orang responden

perempuan dan 4 orang responden lelaki. Analisis kajian ini menunjukkan

bahawa responden lelaki adalah lebih kerap ponteng kuliah berbanding dengan responden perempuan. Berdasarkan analisis kajian ini menunjukkan bahawa dalam tempoh 15 minggu ini responden kekerapan ponteng kelas yang paling tinggi ialah sebanyak 8 kali, manakala yang paling kurang ponteng kelas adalah dua kali. Maklumat ini adalah berdasarkan maklumat yang tercatat dalam rekod kehadiran oleh pensyarah modul. Responden yang dicatat lewat 15 minit masuk kuliah tanpa alasan adalah dianggap ponteng kuliah dalam kajian ini. Daripada maklumat yang didapati, waktu yang paling kerap responden ponteng kuliah adalah waktu pagi iaitu pada hari Isnin dan petang pada hari Jumaat. Waktu itu adalah waktu permulaan minggu selepas cuti hujung minggu. Manakala Jumaat petang adalah waktu dihujung kuliah sebelum pulang ke kampung. Apabila diteliti rekod kehadiran pelajar, didapati hanya sesetengah pensyarah yang mencatatkan pelajar yang ponteng kelas, begitulah diberitahu oleh penasihat akademik apabila ditanya. Daripada analisis data yang dikumpul, boleh dikatakan bahawa kekerapan ponteng kuliah bagi pelajar SMK 1 dan SMK 2 yang dikaji berada di tahap yang tinggi. Maka faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kuliah juga disoal selidik dan dianalisis sebagai tindakan proaktif bagi mengenal pasti punca-punca ponteng kuliah.

Kecenderungan Responden Dalam Ponteng Kuliah Mengikut Ceraian Punca Ponteng Kelas Untuk menjawab soalan kajian : Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kelas pelajar menengah atasmengikut faktor berikut: a. Faktor Budaya dan Persekitaran b. Faktor pensyarah c. Peranan Pentadbir d. Keceriaan Kuliah

Analisis dibuat berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar yang pernah ponteng kuliah dari SMK 1, SMK 2, SMK 3 dan Semester 4. Kajian ini adalah merujuk kepada persepsi pelajar yang pernah ponteng kelas sebagai responden. Ianya terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu. Data ini boleh memberikan maklumbalas kepada pihak pengurusan kolej tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kuliah memandangkan kes ponteng kuliah yang kian menular. Jadi,ia akan memberikan impak sejauh manakah faktorfaktor yang dikenalpasti dapat membantu pihak kolej dalam menangani kes ponteng kuliah. Data yang dikumpul dari soal selidik adalah dianalisis untuk menentukan tahap kecenderungan pelajar ponteng kuliah. Dalam kajian ini, punca-punca ponteng kelas telah dibahagikan kepada 5 kategori utama, iaitu budaya dan pengaruh persekitaran, faktor pensyarah, peranan pentadbir dan keceriaan kelas. Antara setiap punca tersebut diceraikan kepada ceraian tertentu. Berdasarkan analisis kajian, faktor pensyarah dikatakan kurang memberi dorongan kepada pelajar untuk ponteng kelas (purata min 3.78). Ini kerana

konflik / tidak suka dengan guru berkenaan, seterusnya responden tidak minat dengan subjek berkenaan dan juga pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Seperti yang dijelaskan oleh Abdullah (2005) bahawa pensyarah bukan sahaja mengajar di dalam kelas dan memberi nota semata-mata. Mempelbagaikan kaedah mengajar dan juga aktiviti dapat memotivasikan pelajar untuk belajar. Faktor lain yang mempunyai tahap kecenderungan tinggi dalam mempengaruhi responden ponteng kelas adalah peranan pentadbir berdasarkan analisis min taburan skor, 3.74. Peranan pentadbir di sini merujuk kepada sistem pentadbiran tidak konsisten dalam mengambil tindakan disiplin dan tindakan disiplin tidak adil yang di ambil oleh pensyarah terhadap responden juga menggalakkan pelajar ponteng kuliah. Di samping itu juga pihak pentadbir yang jarang membuat pemeriksaan mengejut menjadikan responden berani ponteng kuliah. Abdullah (2004:11) menjelaskan bahawa pihak pentadbir perlulah bertindak adil dan tegas serta menguatkuasakan kuasa yang ada pada mereka dengan sebaiknya.

Faktor budaya dan persekitaran (purata min =3.58) dimana pelajar mudah terpengaruh oleh rakan sebaya dan juga sifat pelajar yang ingin mencari keseronokan / bermain. Seterusnya keceriaan kelas (purata min =3.21) juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng kelas. Ini disebabkan oleh suasana dalam kelas tidak dapat memotivasikan pelajar menyebabkan mereka ponteng kuliah. Di samping itu, fasiliti atau kemudahan dalam kuliah yang rosak dan buruk tidak menggalakkan pelajar belajar. Ini selaras dengan pendapat Abdullah (2004:39), beliau mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah ketara dan dapat mempengaruh nilai-nilai seseorang pelajar. Sekiranya personaliti rakan sebaya cenderung kepada negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan. Pendek kata, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada diri sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat di sekelilingnya.

Jadual 3 Jadual Menunjukkan Taburan Faktor Utama Ponteng kelas

FAKTOR UTAMA PONTENG KELAS


3.9 3.8 3.7 3.6 3.5 3.4 3.3 3.2 3.1 3 2.9 Konflik Diri Sistem Pentadbiran Budaya Dan Persekitaran Keceriaan kelas Konflik Diri Sistem Pentadbiran Budaya Dan Persekitaran Keceriaan kelas

Jika diteliti, dapatan menunjukkan peranan pentadbir khasnya pensyarah dalam kelas memainkan peranan yang amat penting dalam menangani masalah ponteng kelas (65.9%).Untuk mengelakkan ponteng kuliah, pelajar lebih cenderung kepada memperbaiki kaedah P&P oleh pensyarah dalam kelas. Ini selaras dengan pandangan Abdullah (2005:29) bahawa kepelbagaian teknikteknik yang dititikberatkan oleh pensyarah dapat menarik minat pelajar belajar. pensyarah yang tidak berwawasan akan menyebabkan pelajar mengambil jalan ponteng. Begitu juga responden inginkan motivasi bagi mengelakkan ponteng kuliah yang juga memperolehi sebanyak 65.9 % seperti dalam data analisis. Faktor ini secara langsung berkaitan dengan pihak pentadbir melalui pemantauan aktiviti pelajar dan memberi galakan positif dari semasa ke semasa (65.8%). Seterusnya, peraturan kolej perlu juga diketatkan lagi bagi mengelakkan pelajar ponteng kelas. Sebanyak 63.4% responden cenderung mengetatkan lagi peraturan sekolah dalm menyelesaikan masalah ponteng kelas. Seterusnya, pemeriksaan mengejut dengan lebih kerap dan peningkatan keceriaan kelas dipersetujui oleh kebanyakan responden (53.7%) untuk mengurangkan pelajar ponteng kelas. Secara keseluruhannya, melebihi lima puluh peratus (57.2%) responden setuju dan mempunyai keinginan untuk mendapat cara yang sesuai untuk menangani masalah ponteng kuliah. Tafsiran persepsi di atas adalah selaras dengan pendapat Abdullah (2004:30) bahawa pihak kolej dengan kerjasama pensyarah perlu prihatin dan sentiasa mengambil tahu mengenai para pelajarnya. Peraturan yang ketat dan pengawalan yang berterusan ke atas para pelajar adalah penting. Di kolej, pensyarah dan pengarah hendaklah bertindak dalam satu pasukan dan bukan menjadi pemerhati atau mengambil pendirian Itu bukan tugas aku untuk lari daripada tugas (Rajaguru, 1982:272).

Jadual 3 Draf menunjukkan Taburan Persepsi Responden

PERSEPSI RESPONDEN
Ingin Mendapat Tahu Cara Yang Sesuai Untuk Menangani Masalah Ponteng Sekolah Meningkatkan Keceriaan Bilik Kuliah / Bengkel Mengetatkan Peraturan Kolej Mengetatkan Peraturan Kolej Galakan Positif Dari Masa Ke Semasa Inginkan Motivasi 50 55 60 65 70 Meningkatkan Keceriaan Bilik Kuliah / Bengkel Inginkan Motivasi

Galakan Positif Dari Masa Ke Semasa

IMPLIKASI DAN CADANGAN


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kekerapan ponteng kuliah pelajar di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang memandangkan kes ponteng kuliah yang dirujuk kepada Pegawai Kaunseling adalah begitu ketara sehingga menjadi satu Implikasi daripada fenomena ini secara langsung telah

mengganggu P&P dalam kelas dan seterusnya menggugat pencapaian akademik. Diharapkan dengan adanya analisis data ini dapat memberi sedikit impak kepada pihak kolej supaya kes ponteng kuliah dapat dikurangkan sehingga minimum.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sedar akan faktor-faktor yang mendorong mereka ponteng kuliah. Mungkin kerana mereka tidak pandai dalam menangani masalah yang dihadapi, maka ponteng kuliah menjadi jalan pintas bagi mereka mengelakkan diri daripada masalah.. Melalui kajian ini dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya dapat mengetahui di manakah kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran di kolej. Dalam membendung masalah disiplin seperti ponteng kuliah, saya percaya daya kepimpinan seseorang pengarah yang berkesan can make a difference. Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan kelak. Begitu juga dengan hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak kolej agar: 1. lebih bijak semasa mengambil tindakan disiplin. 2. pensyarah perlu mempelbagaikan keadah pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar. 3. profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan menjalankan amanat mendidik dengan cemerlang. 4. pihak pentadbir kolej perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah.

5. keceriaan bilik kuliah juga perlu dijaga.

KESIMPULAN
Tinjauan persepsi tentang ponteng kuliah pelajar di Kolej Komuniti Bukit Mertajam dijadikan tajuk kajian ini adalah berdasarkan keseriusan kes ponteng kuliah pelajar yang dirujuk untuk kaunseling di kolej. Merujuk kepada rekod kaunseling didapati bahawa pelbagai alasan dan sebab yang menyebabkan pelajar ponteng kuliah. Maka penyebab ponteng kuliah seperti yang didapati daripada pelajar dianalisis menjadi salah satu persoalan kajian. Perbandingan min taburan skor digunakan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar dalam ponteng kuliah mengikut ceraian faktor ponteng kelas. Analisis menunjukkan bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran kolej perlu dipertingkatkan contohnya keberkesanan sistem merit-demerit, budaya kolej, fasiliti dan kemudahan dalam kelas perlu diprihatin. Keunikan dalam kajian ini ialah semua hasil kajian adalah berdasarkan pandangan pelajar yang pernah ponteng kuliah semata-mata. Perbandingan menangani peratusan dalam tinjauan kelas persepsi pelajar tentang cara

masalah

ponteng

menunjukkan

kebanyakan

pelajar

berpendapat bahawa peranan pentadbir ( Pengarah, Ketua jabatan, pensyarah) merupakan hero dalam menangani kes ponteng kuliah, seperti mengetatkan lagi peraturan disiplin kolej, kekerapan pemeriksaan mengejut dan seterusnya pemantauan aktiviti pelajar dengan lebih berkesan. Jika sistem pengurusan dan pentadbiran berkesan dan lebih sistematik, keharmonian kolej dapat dipupuk.

Dapatan adalah berdasarkan min taburan skor sebagai tinggi, sederhana dan rendah. Data yang dikumpul melalui penglibatan 72 responden dalam tempoh 1 semester. Berdasarkan rekod kehadiran dan temu bual dengan Penasihat Akademik, didapati ramai pensyarah tidak membuat rekod pelajar yang ponteng kuliah ketika itu. Malah maklumat menunjukkan bahawa kekerapan ponteng kuliah yang tinggi adalah pada awal dan akhir minggu. Ini mungkin berkaitan

dengan tempoh cuti dan balik kampung. Didapatihanya ketika sesetengah pensyarah sahaja pelajar ponteng kuliah, Diharap dengan dapatan ini, masalah ponteng kelas dapat dikurangkan kelak.

BIBLIOGRAFI
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang:Rhythm Industries Sdn. Bhd.. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap Masalah Disiplin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB. Diploma Perguruan. Selangor Darul ehsan:Percetakan Polygrafic (M) Sdn. Bhd. KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur:Percetakan Watan Sdn. Bhd.. Mohamed Htta Shaharom. (2004). Psikologi & Kaunseling Remaja:Panduan Remaja Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd.. Sufean Hussin dan che Zainon Omar. (2002). Masalah Remaja Daripada Keluarga Ibu Tunggal:Siri Laporan Kajian Masyarakat. Kuala Lumpur:Tinggi Press Sdn. Bhd..

You might also like