Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

KONSEP PEMIKIRAN Pemikiran merupakan kegiatan atau perbuatan yang disimpulkan dan pemikiran ini tidak dapat diperhatikan

dengan mata kasar yang melibatkan perlambangan, penggunaan dan manipulasi yang simbolik. Menurut Greene (1975) di dalam Tim O Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa perkataan- perkataan yang digunakan seharian meliputi berbagai- bagai kegiatan fikiran yang luas. Sebagai contoh, pemikiran meliputi daripada berkhayal kepada perumitan atau bertelingkah dengan perasaan sendiri atau orang lain sehingga kepada membuat keputusan. Perihalan daripada Aristotle di dalam Tim O Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa kemampuan manusia merasionalkan sesuatu perihal atau subjek sehingga membawa kepada tindak balas yang berkeupayaan berfikir dan dengan ini menunjukkan pemikir itu manusia dibezakan dengan makhluk lain. Konsep pemikiran yang asas ialah ketika otak berfikir, otak secara langsung bertindak balas dengan berusaha untuk mengenal pasti rangsangan luar yang telah bertindak balas dengan deria. Seterusnya, otak akan menukarkan rangsangan ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang telah ada dalam ingatan atau simpanan memori. Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental manusia yang berupaya menyelesaikan masalah atau konflik dalam berbagai- bagai kemahiran berfikir. Pemikiran terbahagi kepada 7 jenis iaitu asosiatif, berpandu, kritis, penaakulan, induktif, deduktif, dan kreatif. Dalam aktiviti pemikiran, bidang yang berkaitan dengannya adalah kognitif komunikasi, tanggapan, pengingatan dan juga bahasa. Secara menyeluruh, pemikiran hanya dapat dimaksudkan melalui bahasa. Melalui teori relativiti bahasa (Whorf, 1956) di dalam Tim O Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa bahasa berkepentingan dalam menentukan pemikiran. Pemikiran mempunyai konsep asas yang menjadi turutan dalam aliran pemikiran iaitu terbahagi kepada cabangcabang tertentu. Antaranya ialah meneruskan,

menghubungkan, pergerakan, seterusnya masalah dan pertanyaan. Di dalam cabang masalah dan pertanyaan mempunyai aturan asas yang menyatakan tentang mendahului, destinasi yang diketahui dan yang tidak diketahui, serta kata- kata kabur. Sebagai ringkasan, pemikiran ialah satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar.

sssdsfdsgdgf
Input

Memproses

Output

Apakah perkaraperkara yang kita fikirkan? (Kandungan)

Bagaimana kita memikirkannya? (Operasi)

Jawapanjawapan yang diperoleh (Hasil)

Rajah 1: Konsep Pemikiran.

KOMUNIKASI Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan communicare yang berasal daripada kata Latin memberi makna penyertaan atau pemberitahuan. Menurut perkataan communis pula membawa pengertian milik bersama atau berlaku di mana- mana. Komunikasi secara umumnya menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok serta sifat ingin

mempengaruhi orang lain. Komunikasi ini lebih menjurus kepada soal sosial. Pemahaman umum mengenai komunikasi mempunyai 3 cabang pemahaman iaitu pertama, komunikasi sebagai tindakan satu arah. Hal ini mendefinisikan isyarat komunikasi sebagai semua kegiatan yang dilakukan seseorang untuk menyampaikan rangsangan untuk membangkitkan tindak balas orang lain. Pandangan ini menekankan pemboleh ubah tertentu seperti kandungan mesej, cara penyampaian mesej dan daya pemujukan. Kedua, komunikasi sebagai interaksi. Dalam pandangan ini, komunikasi menyamakan komunikasi dengan suatu
2

proses sebab-akibat atau aksi-reaksi,

yang arahnya sentiasa berubah. Seseorang

menyampaikan maklumat melalui 2 cara iaitu secara verbal atau tidak verbal. Manakala mesej yang diterima oleh pendengar juga diterima dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Salah satu unsur yang ditambahkan dalam cabang komunikasi ini adalah tindak balas

daripada respon (feed back), iaitu mesej yang disampaiakn oleh pemberi maklumat kepada penerima maklumat atau mesej, juga dikenali sebagai pendengar; menyampaiakn pula kepada sumber mesej yang lain lalu melihat tindak balas yang diberikan. Tindak balas yang ditunjukkan oleh penerima maklumat memberi petunjuk sama ada pemberi maklumat menyampaikan maklumat dengan berkesan atau tidak. Ketiga, komunikasi bertindak sebagai transaksi. Dalam konteks ini komunikasi

adalah suatu proses personal kerana makna atau pemahaman yang kita peroleh pada dasarnya bersifat peribadi. Pandangan ini mengisyaratkan bahawa komunikasi pada dasarnya adalah suatu proses dinamik yang berkesinambungan mengubah pihak-pihak yang terlibat dalam komunikasi. Orang-orang yang berkomunikasi dianggap sebagai komunikator yang secara aktif menghantar dan mentafsir maklumat atau mesej. Setiap pihak dianggap sumber sekaligus juga sebagai penerima mesej. Secara ringkas, komunikasi di atas menunjukkan terdapat komponen- komponen yang terlibat secara langsung dalam komunikasi iaitu, pertama ialah komunikator merupakan individu yang menyampaikan maklumat atau mesej kepada individu yang lain. Kedua, kandungan mesej yang dibawa oleh penyampai mesej. Ketiga, media iaitu medan untuk komunikator gunakan sama ada saluran tertentu untuk menyokong keberkesanan penyampaian maklumat kepada para pendengar atau penerima. Keempat adalah penerima mesej atau maklumat. Seterusnya yang terakhir ialah kesan atau tindak balas atau juga dikenali sebagai feed back yang melihat keberkesanan maklumat yang disampaikan.

TEORI- TEORI PEMIKIRAN Terdapat beberapa tokoh yang membincangkan mengenai teori pemikiran antaranya ialah Roger Sperry. Edward de Bono, Haward Gardner,Imam Al Ghazali, Kirby dan Goodpastar.Roger Sperry telah menyatakan bahawa di dalam otak manusia terdapat dua bahagian iaitu hemisfera otak kiri(HOKi) dan hemisfera otak kanan(HOKa). Sekiranya
3

hemisfera otak kiri tercedera,maka bahagian kanan badan akan menjadi lumpuh. Begitu juga dengan hemisfera otak kanan yang tercedera akan menyebabkan badan menjadi lumpuh di bahagian kiri. Jadi,hemisfera otak masing-masing mengawal bahagian badan yang berlawanan. Menurutnya,hemisfera otak kiri berfungsi untuk bahasa iaitu dalam penulisan dan lisan,logik,matematik, dan sains. Sementara itu,hemisfera otak kanan berfungsi untuk perhubungan ruang,pemikiran kreatif,fantasi,seni dan apresiasi muzik. Kedua-dua hemisfera ini juga mempunyai cara pemprosesan maklumat yang berbeza. Hemisfera otak kiri memproses maklumat secara berturutan manakala hemisfera otak kanan memproses maklumat secara keseluruhan. Walaupun,hemisfera otak kanan dan kiri mempunyai kebolehan untuk memproses maklumat dengan berlainan tetapi kedua-dua hemisfera ini bersama-sama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Menurut kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa perkembangan otak manusia meningkat pada masa yang berlainan berdasarkan kepada perkembangan hemisfera otak yang berlainan. Pada peringkat kanak-kanak iaitu diantara umur 3-6 tahun,perkembangan bahasa yang berada di hemisfera otak kiri berlaku dengan pantas. Pada peringkat umur diantara 8-10 tahun pula,berlaku perkembangan dalam kemahiran ruang seperti melukis,mencari arah dan mengenali bentukbentuk geometri. Haward Gardner pula telah mengemukakan teori pelbagai kecerdasan atau di kenali sebagai MI (Multiple Intelligences). Beliau mengatakan bahawa manusia memiliki 7 kecerdasan yang berlaianan iaitu kecerdasan muzik, kinestatik ,matematik-logik, linguistik, visual-spatial, interpersonal dan intrapersonal. Kecerdasan muzik ialah keupayaan individu dalam mengesan dan mengenal irama lagu. Individu ini juga dapat membezakan atau

mengubah rentak dan tempo dalam bentuk melodi yang mudah. Kinestatik pula ialah kebolehan individu mengeluarkan idea, meluahkan perasaan dan menyelesaikan menggunakan anggota badan. Matematik logik pula merupakan kebolehan seseorang itu menggunakan nombor secara berkesan dan pandai berhujah. Individu ini juga berupaya untuk menjangka. Seterusnya,linguistik ialah keupayaan seseorang untuk menggunakan kata-kata dalam bentuk lisan dan penulisan secara berkesan. Individu juga mudah untuk mengingati maklumat. Visual spatial ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan

bentuk,ruang,warna dan garisan. Kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan individu untuk memahami perasaan,hasrat dan tabiat individu lain. Intrapersonal ialah kebolehan untuk memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan,hasrat dan kehendak.

Kemahiran intrapersonal ini dapat membantu menangani perasaan marah atau sedih. Individu ini juga berkemampuan untuk membuat refleksi sendiri. Imam Al-Ghazali pula menyatakan bahawa akal manusia sangat terbatas,terutamanya pada perkara-perkara agama, akhlak, dan perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian, roh, akhirat, aqidah, hikmah, amal ibadat dan sebagainya. Menurutnya,hubungan antara akal dan pancaindera dilihat dari dua aspek. Pertamanya akal perlu membebaskan diri daripada

pengaruh pancaindera. Sebagai contoh,angan-angan dan khayalan akibat daripada penggunaan pancaindera. Keduanya,akal memerlukan pancaindera untuk berfikir tentang pengiraan,fikiran,hafalan dan ingatan. Al-Ghazali telah membuat perbandingan antara akal dan pancaindera. Menurutnya,akal lebih berautoriti berbanding dengan pancaindera untuk mendapatkan kebenaran dan ilmu. Edward de Bono pula mengatakan terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral. Beliau berkata kita perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan berfikir daripada pelbagai perspektif. Beliau telah memperkenalkan progam CoRT(cognitive research trust). Program ini mempunyai 6 bahagian iaitu pertamanya;keluasan persepsi, kedua;organisasi proses berfikir,ketiga;interaksi,argument dan pemikiran

kritis,keempat;pemikiran kreatif, kelima;maklumat dan perasaan dan keenam, ialah tindakan. Pemikiran CoRT melibatkan teknik-teknik seperti PMI(plus,minus interesting)iaitu setiap masalah itu dilihat daripada pelbagai aspek iaitu kelemahan dan kekuatan masalah sebelum mengambil sebarang keputusan. Seterusnya,mengambil kira semua faktor iaitu setiap keputusan yang dibuat perlu melihat semua perkara kerana melibatkan orang lain dan masyarakat. Oleh itu,kita perlu mengemukakan pelbagai pilihan untuk membuat keputusan. Seterusnya untuk mengambil sesuatu keputusan kita perlu berfikir jauh. Hal ini kerana keputusan yang diambil melibatkan kesan masa pendek dan panjang. Selain itu juga,kepentingan utama di gunakan dalam pemikiran CoRT. Dalam teknik ini kita disaranakan untuk berfikir perkara yang lebih penting dahulu berbanding perkara-perkara yang kurang penting. Kirby dan Goodpastar pula menekankan bahawa kesilapan manusia berfikir. Menurut mereka, manusia sentiasa berfikir dalam keadaan emosi . Mereka telah menyenaraikan lima kesilapan manusia berfikir. Pertamanya,memperibadikan sesuatu iaitu dikenali sebagai

pemikiran egosentrik. Individu ini melihat perkara-perkara yang terjadi berkaitan dengan sekelilingnya. Seterusnya,pemikiran berpolar. Pemikiran berpolar ini juga dikenali sebagai
5

hitam putih atau dikotomi. Pemikiran hitam putih ini melibatkan individu yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya sehingga tidak dapat melihat perkara yang positif dalam diri mereka. Ketiga,kesimpulan yang melampau. Individu ini membuat konklusi berdasarkan kejadian berlaku dalam hidupnya. Sebagai contoh,pelajar yang gagal akan menganggap dirinya gagal selamanya. Keempat,membesar-besarkan sesuatu. Individu ini cenderung melihat sesuatu yang telah berlaku daripada perseptif yang sentiasa negatif. Kelima,abstrak selektif iaitu kesilapan berfikir apabila seseorang individu tersebut terlalu fokus pada sesuatu perkara sehingga menghiraukan gambaran yang menyeluruh.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Menurut Ruggiero ( 1984) yang diterjemah oleh Ishak Ramly ( 2005 : 155) mentakrifkan berfikir sebagai aktiviti mental yang mengeluarkan idea, menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan ataupun memenuhi kehendak untuk memahami. Hal ini bermakna pemikiran merupakan proses minda yang bertujuan mencari makna dan pemahaman bagi sesuatu perkara, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat refleksi dan penerokaan terhadap sesuatu idea atau hujah. Pemikiran juga merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Pemikiran juga adalah aktiviti yang dilakukan hampir setiap masa.

rangsangan

Rajah 1 : Model Memproses Maklumat- Proses Berfikir Sumber : Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003 :102)

Model di atas menunjukkan maklumat yang diproses dalam otak semasa proses berfikir berlaku. Semasa proses berfikir, maklumat atau rangsangan yang diterima akan diproses ingatan sensori. Ingatan sensori merupakan ingatan jangka pendek yang wujud dalam deria manusia yang tidak hilang serta-merta. Seterusnya maklumat akan di hantar ke ingatan jangka pendek untuk diproses, disusun, di tapis dan disintesiskan sebelum di hantar ke maklumat jangka panjang, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003 :102). Pemikiran terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikiran kreatif, pemikiran logik, pemikiran positif dan pemikiran negatif. i) Pemikiran Kritis

Menurut kamus dewan edisi ke tiga (1996: m/s). Kritis merujuk kepada menimbang baik buruk sesuatu perkara dengan teliti dan bersifat mengkritik dengan tidak menerima atau mempersetujui sesuatu perkara begitu sahaja dengan sebulat- bulatnya. Jadi, pemikiran kritis boleh dianggap sebagai cara berfikir yang dilakukan dengan membuat penimbangan dan penelitian dalam semua aspek dalam membuat sesuatu keputusan. Mohd Michael Abdullah (2007:3) mendefinisikan kritis sebagai penimbangan baik atau buruk sesuatu perkara, kebenarannya, kejelasan bahasa dan susunan hujah. Pemikiran kritis bertujuan untuk mengajar kaedah-kaedah pemikiran agar dapat berhujah dengan lebih berkesan. Aspek yang diberi penekanan dalam pemikiran kritis adalah dalam aspek penghujahan. Individu yang mempunyai pemikiran kritis ini sering di kaitkan dengan individu yang lantang bersuara dan mengutamakan pendapat. Individu ini biasanya mampu berhujah dengan baik dan berfikir secara wajar dan relevan. Dewey (1933) yang dipetik oleh Azizi Yahaya (2005:209) mendefinisikan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif iaitu berfikir secara mendalam dan membuat pertimbangan yang serius dalam sesuatu perkara. Jelasnya, individu ini dapat berfikir secara tenang dan tidak tergopoh- gapah dalam membuat sebarang pertimbangan dan mereka akan memikirkan segala keburukan dan kebaikan yang akan diterima sekiranya membuat sesuatu keputusan. Pemikiran kritis dapatlah didefinisikan sebagai pemikiran yang kritikal dan analitikal. ii) Pemikiran Kreatif Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menghasilkan idea yang bernas. Ishak Ramly (2005: 158 ) pula menyatakan pemikiran kreatif merujuk kepada penekanan pada kecekapan dan keupayaan menggunakan minda bagi menghasilkan idea yang baru, pelbagai, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, tepat, jelas dan memberi pertimbangan pada penerokaan dan penemuan penciptaan yang lebih luas dan terbuka. Hal ini menjadikan individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif dapat merencana dan membuat keputusan bagi menghasilkan pelbagai idea yang baru. Kebiasaannya individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif ini juga mempunyai banyak idea-idea dan mampu menghuraikan idea mereka secara terperinci dan logik. Menurut Maimunah Osman (2005:1 ), pemikiran kreatif adalah keupayaan untuk menjana dan merealisasikan idea-idea baru. Ia juga melibatkan minda untuk memberi beberapa cara lain yang tidak bergantung pada kebiasaan. Individu yang mempunyai pemikiran sebegini
8

mempunyai keupayaan untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza dari orang lain. Mereka juga bersifat positif , membina dan dapat melakukan sesuatu kerja dengan pelbagai cara untuk memberi makna pada kerja tersebut. Pemikiran kreatif juga memperlihatkan keupayaan seseorang untuk melihat sesuatu daripada pelbagai sudut atau perspektif yang lebih luas. Keupayaan inilah yang akan mewujudkan daya kreativiti seseorang dalam menyelesaikan masalah, penambahbaikan, produktiviti, keberkesanan dan value added. iii) Pemikiran Logik

Ishak Ramly (2005: 159) menyatakan perkataan logik berasal dari Yunani yang bermaksud akal hujah. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1996: m/s) logik bermaksud dapat diterima akal, masuk di akal atau munasabah. Jadi, pemikiran logik dapat diklasifikasikan sebagai hujahan yang dapat diterima oleh akal. Pemikiran logik juga dikenali sebagai pemikiran penaakulan.Logik pula terbagi kepada dua iaitu logik induktif dan logik deduktif. a) Logik Induktif Induktif juga dikenali sebagai eg- rule-method iaitu bermula daripada spesifik kepada am atau contoh kepada prinsip, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003: 108). b) Logik Deduktif Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003: 108) menyatakan pemikiran deduktif juga dikenali sebagai rule- eg-method iaitu pemikiran yang berbentuk contoh atau am kepada sesuatu yang spesifik. Hal ini bermakna induktif adalah pemikiran yang berbentuk khusus kepada umum manakala sebaliknya deduktif berbentuk umum kepada khusus. iv) Pemikiran Positif Pemikiran positif apabila seseorang melihat sesuatu perkara atau longgokan idea dari pelbagai aspek kebaikan dan faedah. Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya, namun individu yang berfikiran positif akan melihat kepada kelebihan dan faedah yang dapat dicapai sekiranya sesuatu perkara di laksanakan dan berusaha menghadapi dan menyelesaikan rintangan ataupun halangan dalam melaksanakan perkara tersebut. Hal ini bermakna individu yang berfikiran positif ini mempunyai sifat yang optimis dan mahu maju
9

dan berjaya (Ishak Ramly, 2005:157 ). Sebagai contoh ahli perniagaan. Individu yang terlibat dalam perniagaan berisiko untuk memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian. Sekiranya seseorang individu mempunyai pemikiran yang positif, mereka akan mampu menghadapi segala risiko yang mendatang kerana mereka mempunyai motivasi yang positif dan yakin mereka mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Mereka juga tidak akan mudah berputus asa. Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006:34) berpendapat pemikiran positif bukan sifat semula jadi manusia dan sebaliknya pemikiran negatif adalah sifat semula jadi manusia kerana kesilapan, kesalahan, masalah, bahaya dan risiko dalam kehidupan memberi impak yang besar kepada pemikir. Oleh itu bagi memupuk kemahiran berfikir secara positif, ia perlu dilakukan secara sedar dan berniat. Individu perlu yakin dengan setiap perkara, benda atau kejadian mempunyai kebaikan dan setiap masalah juga boleh di selesaikan. Individu yang sentiasa berfikiran positif pasti dapat mencari pelbagai alasan yang logik dan dapat melaksanakan segala perancangan dengan berjaya dan menguntungkan. v) Pemikiran Negatif Ishak Ramly (2005:158 ) berpendapat, individu yang mempunyai pemikiran negatif banyak memikirkan mengenai keburukan, bahaya, risiko dan masalah apabila ingin melakukan sesuatu perkara. Individu yang terlalu berfikiran negatif akan membunuh kreativiti dan sering menolak idea baru. Hal ini kerana mereka sering melihat idea baru itu dari sudut kelemahannya sahaja. Mereka juga sering meramalkan masalah yang timbul sekiranya idea baru tersebut di laksanakan. Namun begitu, pemikiran negatif juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Faedahnya adalah mereka dapat menyediakan pelan darurat dan kecemasan bagi kemungkinankemungkinan yang di luar jangkaan. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindar masalah yang diramal akan berlaku. Pemikiran positif mengandaikan sesuatu yang dirancang akan berjalan lancar dan tiada sesuatu yang buruk akan berlaku. Namun pada hakikatnya, risiko, bahaya dan kesilapan banyak terjadi. Oleh itu, pemikiran yang negatif juga perlu dalam meramal perkara yang akan berlaku dan mencari jalan untuk mengatasi atau menghindari masalah tersebut.

10

GAYA PEMIKIRAN MEMPENGARUHI CARA DAN GAYA KOMUNIKASI ANTARA MANUSIA

Gaya- gaya pemikiran yang terbentuk dalam komunikasi tertentu banyak mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara manusia. Komunikasi antara manusia merangkumi tujuan komunikasi, isian komunikasi atau maklumat, dan kriteria hubungan baik iaitu keputusan yang dicapai sesama sendiri. Sebagai contoh yang jelas, dalam komunikasi interpersonal. Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan orang yang berkomunikasi mempunyai lebih dari dua orang atau lebih. Menurut R.Wayne Pace di dalam Khairuddinuad, mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara bersemuka. Komunikasi ini berlaku secara kontekstual bergantung kepada keadaan, budaya, dan juga konteks psikologi. Cara dan bentuk interaksi antara individu akan tercorak mengikut keadaan ini. Hal yang demikian, untuk memastikan keberkesanan dalam sesuatu komunikasi, pemikiran yang positif amat diperlukan. Dalam konsep komunikasi ini, rasa percaya (trust) adalah diperlukan. Apabila seseorang mempunyai perasaan bahawa dirinya tidak akan dipergunakan oleh orang lain, tidak akan dikhianati, maka seseorang itu akan lebih mudah untuk membenarkan dirinya menyertai sesuatu komunikasi dan seterusnya menjadikan komunikasi itu berkesan. Rasa percaya pada orang lain akan wujud melalui faktor- faktor seperti perilaku dan maksud orang lain, hubungan kekuasaan, dan kualiti komunikasi serta sifat terbuka. Melalui perilaku dan maksud orang lain, dapat dilihat dengan lebih jelas apabila orang yang berkomunikasi memiliki kemampuan, keterampilan, pengalaman dalam bidang yang diperkatakan, serta mempunyai sifat- sifat yang dapat diduga, diandaikan, jujur, dan konsisten. Berdasarkan hubungan kekuasaan, lebih jelas dapat diberikan contoh ialah seorang ketua. Ketua merupakan orang yang mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi. Hal yang demikian, apabila seseorang ketua mempunyai kuasa terhadap orang lain, maka orang yang mendengar atau menerima maklumat akan mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan. Hal ini menunjukkan komunikasi adalah berkesan. Melalui kualiti komunikasi dan sifat terbuka, pula merupakan kepakaran individu yang menyampaikan maklumat dengan jelas beserta harapan yang tinggi, maka menyusulnya adalah rasa percaya yang tinggi. Seterusnya keberkesanan komunikasi dapat dicapai. Hal ini akan menimbulkan rasa percaya yang tinggi

11

kepada mereka yang mendengar dengan pemikiran yang positif pada peringkat permulaan lagi. Dalam komunikasi yang lancer dan berkesan, perilaku menyokong (supportif) mestilah diwujudkan. Perilaku menyokong mempunyai pelbagai ciri atau indikator. Antaranya ialah evaluasi dan deskripsi, orientasi masalah serta spontan. Dalam konteks ini, pemikiran kritis adalah faktor mempengaruhi gaya komunikasi antara manusia lain. Pemikiran kritis menjadikan komunikasi lebih terbuka dalam menerima sesuatu idea, disamping cuba mempertimbangkan semula, menganalisa secara kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut. Selain itu, mampu mencerna beberapa idea dan konsep baru. Dengan itu, pemikiran ini membolehkan menganalisa hujah yang dinyatakan dalam komunikasi yang berlangsung sama ada hujah itu kuat atau lemah, teori berguna atau perlu menyangkalnya. Seterusnya membolehkan para komunikator berhujah dengan berkesan, baik dan lengkap bagi mencapai keberkesanan komunikasi. Melalui indikator evaluasi dan diskripsi; sebarang komunikasi yang berlangsung, penerima mesej atau pendengar tidak perlu memberikan kecaman atas kelemahan dan kekurangan yang dikesan. Sebaliknya pemikiran yang kritis itu mampu menyangkal dengan baik tanpa menyinggung perasaan orang lain. Dalam hal ini, cara komunikasi yang berlaku adalah berjaya kerana pendengar memahami apa- apa yang cuba disampaikan oleh komunikator. Tetapi sesuatu kesalahan yang dikesan tidak perlu ditegur secara langsung sebaliknya menukarkan cara berfikir supaya menukar persepsi pemahaman. Hal inilah yang mewujudkan pendengar menyumbangkan pemikiran kritis di dalam sesuatu komunikasi. Berdasarkan orientasi masalah pula; ketika berkomunikasi, para pendengar perlu menyumbang dalam sesuatu topik yang dibincangkan dengan memberikan idea kritis supaya berusaha untuk bekerjasama antara satu sama lain, mencari penyelesaian masalah atau membahagikan tugas untuk mencerna masalah seterusnya mengajak orang lain bersamasama menetapkan tujuan dan menentukan cara mencapai tujuan yang dikehendaki. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran kritis yang disumbangkan dapat mengukur keberkesanan komunikasi antara manusia. Selain itu, sifat spontan adalah cabang sokongan kepada corak komunikasi kerana sifat spontan adalah lebih jujur dan telus tanpa dibayangi perasaan hipokrit. Sebelum sifat spontan diaplikasikan dalam sesuatu komunikasi, berfikir secara kritis terlebih dahulu mampu menyelamatkan keadaan.

12

Dalam konteks persepsi interpersonal, menyatakan bahawa komunikasi yang dijalankan memberi makna kepada pemboleh ubah yang jelas atau mentafsir maklumat secara jelas. Persepsi ini diwujudkan dalam komunikasi sama ada daripada sumber kepada penerima atau daripada penerima kepada sumber dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Dalam hal ini, pengaruh yang kuat terhadap persepsi perlu diperhalusi kerana mampu menggagalkan sesuatu penyampaian maklumat. Dengan itu, pemikiran yang logikal diperlukan untuk merungkai maklumat yang diterima sama ada sahih atau tidak. Melalui Edward de Bono di dalam Dr. Sidek Baba, menyatakan bahawa pemikiran logikal adalah cara menjana maklumat atau idea daripada sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain. Dalam erti kata lain, komunikasi yang berkesan adalah dapat diwujudkan melalui pemikiran ini dengan menjurus persepsi yang positif kerana maklumat yang diterima atau dijana adalah daripada sumber yang sahih dan data yang tepat.

KESIMPULAN Pemikiran dan komunikasi mempunyai perkaitan yang menyumbang kepada sesuatu penyampaian maklumat kepada individu lain atau sesama manusia. Tidak kiralah pemikiran itu bermula daripada sumber kepada pendengar atau pendengar kepada sumber. Manusia itu adalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada berfikir. Namun begitu, pemikiran itu yang membezakan sesama mereka. Pemikiran matang dan profesional adalah pemikiran yang disesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi. Hal ini mampu menjaga hasil atau keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat. Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang akan menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah faham, ketidakpercayaan, bersikap tertutup dan sebagainya. Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusia mampu ditangani dengan bijak dari segi penggunaannya, gaya, dan juga cara berfikir. Cara komunikasi yang berlangsung sama ada terbuka, tertutup, mendatar dan sebagainya dipengaruhi secara langsung oleh jenis dan gaya pemikiran. Sesungguhnya pemikiran manusia itu bukanlah sesuatu yang terbatas dan tiada had tertentu tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk menggunakannya dengan cara yang bagaimana.

13

BIBLIOGRAFI Abdul Muati @ Zamri Ahmad. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Salam Haji Yussof,(2003).Imam AlGhazali Pendidikan Berkesan.Kuala

Lumpur:Utusan Publications Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006). Belajar berfikir. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Bhd. Astrid S. Susanto. (1987). Komunikasi: teori dan praktis. Indonesia. Penerbit Binacipta 1977. Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya .(2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Bhd Azlena binti Zainal & Munir bin Shuib, (2003) .Meningkatkan Potensi Minda.Kuala

Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. De Bono, E. (2001). Pemikiran praktikal: membincangkan cara- cara praktikal bagi pemikiran yang betul. Kuala Lumpur. Golden Books Centre Sdn. Bhd. http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/berfikir-logikal.html (Diperoleh pada 23/11/2011) http://jacs-inspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-pemikiran.html (Diperoleh pada 21/11/2011) http://khairuddinuad.files.wordpress.com/2011/03/komunikasiinterpersonal.ppt (Diperoleh pada 23/11/2011) http://wahyudiantoindra.multiply.com/journal/item/3 (Diperoleh pada 21/11/2011) http://www.angelfire.com/wa/anis/pkritis.html (Diperoleh pada 23/11/2011) http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran (Diperoleh pada 21/11/2011) http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran (Diperoleh pada 21/11/2011) Ishak Ramly. (2005). Pemikiran dan kurikulum Inilah kurikulum sekolah. (Hlm 135-176). Diperoleh pada November 2011, 24 daripada :
14

http://books.google.com.my/books?id=8zBfedLNZQC&pg=PA156&dq=john+barell+1991_+pemikiran&hl=en&ei=_aDNTuHJBIr4rQetu Nn5DA&sa=X&oi=book_result&ct=bookthumbnail&resnum=1&ved=0CDMQ6wEwAA#v=onepage&q=john%20barell%201991%20pemikiran&f=false. Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim,(2006) Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003). Jenis-jenis pemikiran. Psikologi pendidikan. (hlm 101-114).Selangor : Nightingle Printing Snd Bhd. Maimunah Osman. (2005). Pemikiran kreatif. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Mohd. Michael Abdullah. (1995). Pemikiran kristis. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mokhtar Muhammad. (2004). Komunikasi dan perubahan. Selangor Darul Ehsan. UPENA UiTM. O Sullivan, T. Saunders, D. Hartley, J. Fiske, J. (1996). Konsep penting dalam komunikasi. London. Routledge. Poh Swee Hiang, (2000).KBKK Kemahiran Berfikir secara kreatif dan

kritis.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Salhah Abdullah,(2009). Kecerdasan PelbagaiAplikasi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Samsuddin A. Rahim. (1997). Komunikasi asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Severin, J. W dan Tankard Jr, W. J. (1988). Teori komunikasi. New York. Communication Arts Books.

15

You might also like