Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Bahaskan peranan dan kepentingan perinstiwa 4 Mei 1919 sebagai pencetus kepada penubuhan Parti Komunis China .

Pengenalan Peristiwa 4 Mei 1919 telah meletus selepas tamatnya perang dunia yang pertama iaitu bermula pada 1915 dan berakhir pada 1918 . Selepas perang ini dikatakan telah meribah tradisi lama kepada peradaban baru hasil gerakan yang di lakukan oleh golongan intelektual , pedagang dan petani . Dalam perang dunia pertama Jepun telah berjaya mengalahkan Jerman di mana China pada masa tersebut di bawah pimpinan Yuan Shih Kai pada Mei 1915 adalah merupakan sekutu utama Jepun . Peperangan Jepun Jerman bermula pada lewat Ogos 1914 dan Jepun telah berjaya menawan kepentingan Jerman di Shantung . Sehubungan dengan itu Jepun telah mendesak China supaya menerima Dua Puluh tuntutan sebagai kata dua yang menjadikan China sebagai protektorat Jepun . Tuntutan Jepun semakin ketara di mana mengambil kesempatan di atas kemenangan perang dunia pertama dengan mendapat kawalan ke atas keretapi , hasil cukai , lombong dan hasil hutan serta hak untuk melatih tentera melalui pinjaman besar ke atas China . China juga tidak dibenarkan memajak mana-mana pelabuhan , teluk dan pantai kepada kuasa ke tiga . 1Pada September 1918 Chang Tsung Hsiang yang merupakan menteri ke Jepun telah bersetuju untuk mengakui Jepun merampas hak-hak Jerman di Shantung . Dalam perang China telah menyertai pihak yang menang . Namun demikian layanan yang diberikan umpama seperti pihak yang kalah di mana China terpaksa mematuhi beberapa syarat kepada pihak yang menang . Dalam perjanjian Versailles 1919 China terpaksa meyerahkan wilayah Shangtung kepada Jepun . Keadaan adalah berpunca daripada Great Britain , Perancis , Russia dan Italy telah membuat perjanjian sulit
1

Bisson Thomas , 1938 , Japan in China , New York .Hlm 45

dengan Jepun sekiranya Jepun membantu dalam pihak yang menang akan diberi ganjaran wilayah tersebut . Keadaan bertambah tegang di mana pihak China telah membawa usul untuk menghapuskan Dua Puluh tuntutan dan beberapa kepentingan asing telah ditolak oleh persidangan tersebut dengan menyatakan ia adalah diluar skop oleh persidangan itu . Dalam masa yang sama China telah menjadi ahli ikatan bangsa bersatu dengan menandatangani perjanjian dengan Austria dan berunding persetiaan berasingan dengan Jerman .Persetiaan tersebut telah membatalkan hak kawasan asing Jerman dan dikembalikan semula ke China namun demikian Jepun masih lagi berminat untuk mendapatkan Shangtung .2 Reaksi daripada rakyat China telah menerima baik penamatan perang tersebut dengan harapan akan menamatkan penderitaan mereka di bawah tekanan imperialisme Barat dan mengalu-alukan perkara 14 yang dianjurkan oleh presiden Amerika Syarikat , Wilson . Namun demikian keadaan itu telah musnah dengan timbulnya isu Shantung yang mana secara tidak langsung telah menimbulkan kebangkitan menentang yang meletuskan peristiwa 4 Mei 1919 . Pada detik 4 Mei 1919 cetusan rasa tidak puas hati bermula dari beberapa buah persatuan pelajar di institusi pengajian tinggi Beijing yang di pelopori oleh pelajar dari universiti Beijing bagi membantah keputusan persidangan di Paris mengenai isu Shantung . Sikap kuasa barat yang tidak menpedulikan rayuan China supaya Shantung di kembalikan mencetuskan kemarahan China . Penyerahan Shantung kepada Jepun

dianggap suatu pengkhianatan terhadap China yang sama-sama berperang dengan kuasa bersekutu semasa perang dunia yang pertama .3
2

Kenneth Scott Latourette , 1970 , Sejarah China Moden , Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka . Hlm 100 . 3 Franke Wolfgang , 1970 , A Century Of Chinese Revolution , Oxford , Basil Blackwell . Hlm 65

Sebenarnya peristiwa perjanjian Paris itu hanya menjadi katalis kepada perasaan tidak puas hati orang China terutama golongan terpelajar terhadap tindakan kuasa Barat dan Jepun yang menindas mereka . Bibit bibit rasa tidak puas hati terutama terhadap Jepun telah bermula sejak tahun 1915 apabila negara itu mengemukakan dua puluh perkara tuntutan . China telah dapat mengesan bahawa kuasa barat bersikap talam dua muka dalam memperjuangkan isu isu antarabangsa . Mereka memperjuangkan isu-isu seperti keadilan , hak sama rata , hak sama taraf dan hak menentukan nasib sendiri selagi tidak menjejaskan kepentingan mereka . 4

Sebagai tindak balas terhadap perjanjian Versailles pada 4 Mei 1919 seramai 5000 pelajar di peking berhimpun di Tianamen Square . Mereka melaung-laungkan slogan Pelihara kedaulatan China . Hukumkan pengkhianat dan jangan tandatangan perjanjian . Selepas itu pelajar-pelajar ini mengadakan ucapan di jalan raya dengan meminta orang Cina membeli barangan China dan memulaukan barangan Jepun , membentuk protect Shantung volunteers teams dan latihan ketenteraan . Pada 3 dan 4 Jun kerajaan telah menahan 900 orang pelajar yang membuat ucapan di jalan jalan raya dan menukar bangunan universiti Peking sebagai penjara . Sehingga akhir bulan Jun Seramai 1150 orang pelajar telah di tangkap dan dipenjarakan . Begitu juga 22 orang pemimpin demontrasi termasuklah Ken-ni Tsao dan Hsu Te- Heng turut sama ditangkap. Akibat daripada tindakan kerajaan itu didapati telah menimbulkan gerakan patriotik yang akhirnya menjalar ke seluruh negara melibatkan pelajar pelajar dari Tientsin , Jinan , Taiyuan , Shanghai , Wuhan , Changsha , Sian , Canton , Nanking , Hangzahou , Kaifeng , Fuzhou , Hefei dan Nanchang . Para pembelot yang pro Jepun
4

Lin Yu-Sheng 1979, The Crisis of Chinese Conciousness , The university Of Wisconsin . Hlm 38

adalah terdiri daripada Cao Rulin , Chang Tsung-Tsung dan Lu Zongyu . Apabila kerajaan tidak mengendahkan tuntutan mereka maka golongan ini telah membakar rumah para pembelok yang pro Jepun itu . Pada akhir bulan Mei sebanyak 200 bandar di seluruh China telah menutup sekolah , universiti dan maktab sebagai rasa simpati kepada pergerakan pelajar . Begitu juga para pedagang turut sama menutup kedai masing-masing sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan . Ahli-ahli sejarah menyifatkan peristiwa tunjuk perasaan itu sebagai kemuncak kepada kegiatan politik , intelektual , dan kebudayaan yang berlangsung sejak 1916 lagi . Oleh itu tarikh terjadinya peristiwa tunjuk perasaan itu dijadikan rujukan kepada kegiatan-kegiatan yang mendorong kepada beberapa perkembangan baru dalam masyarakat China .5 Selepas 5 Jun 1919 , gerakan ini mula mendapat tempat di kalangan pekerja , peniaga , dan para pedagang . Mereka menampilkan slogan pelajar dan pedagang bergerak bersama dan menutup kedai serta mengantungkan perniagaan untuk meyelamatkan negara . Di Shanghai sahaja lebih daripada 50 kilang dan perusahaan bersama 70 000 pekerja telah melancarkan mogok . Mengikut statistik lebih 150 bandaraya di 22 buah wilayah china terlibat dalam memberhentikan perniagaan sama ada di kilang mahupun di kedai persendirian . Akibat tekanan kuat daripada rakyat ketiga-tiga pembelot yang dimaksudkan telah dipecat daripada kerajaan manakala perwakilan China tidak hadir semasa majlis menandatangani perjanjian damai pada 28 Jun 1919. Dalam peristiwa ini buat pertama kalinya sejak revolusi 1911 kuasa rakyat telah berjaya membawa tekanan sehingga membawa kepada kejatuhan regim Tuchan . Oleh

Fairbank , John K , Resicheur , Edwin , O & Craig ,1978 , East Asia : Modenrn Tansformation , Boston ,Houghton & Miffin . Hlm 73

sebab itu telah timbul pelopor-pelopor baru para intelektual keluaran barat khususnya demokrasi liberal . Sejak tahun 1920 telah muncul ramai intelektual yang berusaha mencari alternatif membina model baru dalam mencari penyelesaian masalah negara . Ekoran daripada itu telah muncul dua kumpulan intelektual yang mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mencari penyelesaian kepada masalah negara .6 Di satu pihak kumpulan intelektual lebih tertarik kepada falsafah Marxis Leninisme berikutan kejayaan revolusi Bolshevik Russia pada tahun 1917 . Chen Tu Hsiu menjadi tokoh utama kumpulan ini . Peranan golongan Bolshevik telah berjaya mengatur langkah dalam penubuhan Parti Komunis di Shanghai . Dalam pada itu juga Russia yang membawa ideologi komunis telah menjalinkan hubungan yang baik dengan China dan bersetuju menyerahkan segala hak dan keutamaan yang diperolehi semasa pemerintahan Tzar .7 Mereka telah melihat Marxis sebagai satu falsafah sosial yang berasaskan kepada sains dalam memahami masalah masyarakat . Manakala leninisme pula dianggap sebagai satu alat yang berguna untuk merangka strategi dan susunan organisasi bagi melancarkan gerakan untuk menghapuskan segala bentuk kebekuan masyarakat dan pelbagai jenis penindasan yang berlaku dalam masyarakat . Falsafah dialektikal materialistic anjuran Karl Marx menjadi pegangan utama golongan ini . Manakala satu pihak lagi ialah terdiri daripada segolongan intelektual yang berpegang kepada falsafal liberal barat . Hu Shih adalah merupakan pelupor kumpulan ini . Beliau telah menolak marxisme dan Leninisme . Beliau telah menganggap bahawa revolusi yang menjadi kaedah utama dalam falsafah berkenaan sebagai satu gejala yang merosakkan . Golongan ini lebih cenderung

melakukan perubahan secara evolusi . Mereka berpegang teguh kepada fahaman


6

Rupawan Ahmad , Abd Ghapa Harun , 2000 , Sejarah China Moden , Bangi , Universiti Kebangsaan Malaysia . Hlm 36 7 W . Eberhard ,1950 , A History of China , London . Hlm 73

pragmatisme dan positivisme sebagai inspirasi untuk meneruskan proses pembudayaan sains dan menyuburkan nilai-nilai demokrasi dalam masyarakat dan negara China .8 Namun begitu kedua-dua aliran ini didapati menganjurkan penolakkan secara total ke atas tradisi tradisi China . Matlamat masing-masing adalah bertumpu kepada proses pembudayaan sains dan penyuburan demokrasi di China . Tetapi mereka berbeza dari segi cara bagaimana hendak melaksanakan kedua-dua proses itu . Oleh sebab itu maka dari segi politik mereka telah berpecah dua iaitu golongan yang dipelopori oleh Chen Tu Hsiu telah menyertai Parti Komunis China manakala golongan yang satu lagi telah menyertai Parti Nasionalis ( Koumintang 1912 1924 ) . Bermula dari peristiwa 4 Mei 1919 telah mengerakkan fahaman dan ideologi Marxisme apabila Li Ta-Chao mengerakkan idea menerusi penulisan penterjemahan dan kelas-kelas pemahaman marxisme . Antara artikal yang di hasilkan beliau ialah Comparison Between the French and Russian Revolution dan Victory Of Bolshevism 1918 serta My Understanding Of Marxism Mei 1919 . Beliau juga telah berusaha untuk mengeluarkan akhbar Morning News disamping mengeluarkan kolum khusus iaitu Marxis Study . Selain daripada itu beliau juga telah menerbitkan kerja-kerja Marx dan kerja-kerja mengenai Marxisme kemudiannya telah menyebarkan di kolej-kolej di

Peking . Pada Mac 1920 , Persatuan Pembelajaran Marxisme telah di tubuhkan bagi memandu belia dalam pembelajaran teori Marxisme . Selain daripada itu , banyak lagi akhbar yang mempunyai peranan dalam menyebarkan pengaruh marxis seperti Weekly Review yang bertindak menterjemahkan Manifesto of the Communist Party , iaitu penekanan di buat dalam soal-soal perjuangan kelas dan perpaduan para pekerja .

Op cit , FairBank . Hlm 80

Manakala New Youth menjadi majalah resmi untuk mengembangkan idea marxisme . bagi majalah Xiangjiang review pula mengeluarkan isu memuji Revolusi Oktober . Golongan intelektual juga mengembangkan idea pragmatisime yang di perkenalkan oleh Hu Shi ( 1891 1962 ) ketika di ambang kebangkitan gerakan 4 Mei . Idea ini lebih menekankan beberapa reformasi dalam isu sosial dan politik dan menentang sosial revolusi . Pada awal Mei 1919 , John Dewey salah seorang ahli falsafah pragmatisme dan pendidik Amerika Syarikat telah dijemput untuk datang ke China bagi memberikan kuliah . Pada Julai tahun yang sama , Hu Shi telah membicarakan soal perlunya tindakan dari membincangkan soal-soal isme . Beliau menyuarakan pendapat apa yang perlu bagi pragmatisme ini menentang kod etika feudal dan penyebaran idea Marxisme di China . Perkembangan intelektual bertambah meningkat di mana ada golongan Guild socialism , yang berasal dari Britain merupakan satu trend reformasi golongan pertengahan pada abad ke 20 . Ia menekankan kepada pembentukan industry autonomy serta menghapuskan pengeksploitasian serta mengakui kebebasan pekerja . Namun demikian revolusi ini di dapati menentang revolusi pekerja . Pendokong ideologi ini ialah Li Qichao ( 1873 1929 ) dan Zhang Dongsun ( 1886 1973 ) . Mereka mengerakkan idea ini menerusi Liberation and Reform . Pada Oktober 1920 , ahli falsafah British , Bertand Rusell telah di jemput untuk memberi kuliahnya di China . Beliau ialah seorang yang menentang Revolusi Bolshevik dan menyokong guild socialism yang juga

merupakan pendekatan yang paling sesuai untuk China bagi menjalankan industri dan pendidikannya . Li dan Zhang mengambil kesempatan dari kuliah bergerak Rusell untuk menyebarkan fahaman ini kepada penduduk China .

Seterusnya doktrin new village diperkenalkan oleh penulis Jepun Mushyakoji Saneatsu dan di bawa oleh Zhou Zuoren . Saneatsu menyarankan tentang pembentukan reasonable society dengan persamaan untuk semua penduduk dalam new village . Beliau juga membina new village di Hiuga , Kyushu , Jepun pada tahun 1918 . Zuoren telah pergi ke Hiuge untuk menyiasat dan melihat yang ianya sesuai dan praktikal untuk dilaksanakan . Anarkisme juga telah diperkenalkan di China selepas 4 Mei 1919 iaitu awal abad 20 . Liu Shifu bertanggungjawab untuk menyebarkan fahaman ini ke China selepas revolusi 1911 . Persatuan anarkisme seperti Persatuan Xin ditubuhkan dengan menerbitkan jurnal mereka sendiri seperti Huiming Record dan Peoples Voice . Ide ini telah diteruskan oleh beberapa orang pelajar Peking seperti Ou Shengbai . Absolute Freedom adalah asas utama bagi golongan anarkisme . Mereka telah menentang pemerintah dan sanggup menggulingkan kerajaan . Mereka juga menyokong kebebasan organisasi untuk pekerja dan perlaksanaan segera terhadap perinsip pemberian kepada setiap orang apa yang mereka perlukan . Bagaimanapun dalam kebanyakan intelektual yang berkembang ideology Marxis adalah lebih berpengaruh . Dari sini menjelaskan bahawa gerakan 4 Mei 1919 telah menjadi pencetus utama dalam pembentukan Parti Komunis China 1921 . Teori pergelutan kelas Marxis telah membantu memahami para intelektual memahami keadaan masyarakat China ketika itu . Melalui teori berkenaan mereka berusaha memahami masalah perbezaan jurang kekayaan yang begitu meluas dalam masyarakat di luar bandar . Mereka membina perspektif marxis untuk meneliti mengapa berlakunya eksplotasi ke atas para petani . Setelah memahami punca-punca perbezaan kekayaan dan membentuk eksploitasi kemudian mereka menoleh kepada Leninisme untuk menyusun

organisasi bagi mengatasi perbezaan tersebut . Mereka berpendapat bahawa Marx dan Lenin ada mengemukakan preskripsi penyelesaian yang boleh di aplikasikan di negara mereka . Marx mengemukakan formula penghapusan harta persendirian sebagai cara menghapuskan penumpuan Lenin tentang imperialisme . Mereka mendapati huraian Lenin tentang imperialisme ada kebenarannya dalam konteks apa yang wujud di China ketika itu .
9

Dari teori yang telah dikemukakan merupakan langkah dalam menjadikan

Parti Komunis China mula bertapak pada 1921 . Melalui teorinya Lenin menawarkan kaedah-kaedah revolusi yang sesuai dengan peranan politik yang di tawarkan oleh para intelektual . Lenin menampilkan teknik pengambilan kuasa dan kaedah-kaedah mobility massa yang jelas . Dalam pada itu pihak yang memegang ideologi komunis ini mengambil jalan yang betul dengan berkerjasama dengan Parti Kuomintang ( KMT ) dengan membentuk barisan bersatu . Perkara ini telah di suarakan oleh pihak komunis sejak tahun 1930 lagi bagi menghadapi pendudukan Jepun . Penyatuan kedua-dua parti menjadi kenyataan pada tahun 1937 . Parti Komunis China ( PKC ) yang pada awalnya bersetuju dan patuh dengan arahan KMT sebaliknya melancarkan peperangan gerila tertakluk kepada arahan PKC sahaja . Peperangan gerila ini didapati amat berkesan dimana PKC telah berjaya merampas semula kawasan yang di ambilalih oleh kerajaan pusat di samping menawan beberapa kawasan wilayah baru . Serentak dengan itu didapati imej PKC semakin meningkat sebaliknya pihak KMT kekuasaan mereka semakin menurun . Ini disebabkan oleh kecekapan PKC dalam mengendalikan beberapa kerajaan tempatan di wilayah yang diduduki manakala KMT menunjukkan beberapa kelemahan dalam pentadbiran termasuk anggotanya yang terlibat dengan rasuah ,pembajiran serta perkhidmatan yang tidak cekap .Rentenan dari sini
9

Hsu Immanuel , C.Y.1990 , The Rise of Modern China , New York , Oxford University Press . Hlm 43

maka tercetuslah perang saudara antara PKC dan KMT di mana kesudahannya PKC telah dapat bertapak kukuh di China .10 Keadaan ini adalah gambaran jelas pengaruh PKC adalah merupakan cetusan daripada peristiwa 4 Mei 1919 . Penutup Kesimpulannya di sini jelas menunjukkan kejadian 4 Mei 1919 adalah detik yang bersejarah bagi China kerana dalam peristiwa ini telah mengalihkan China dari tradisi lama ke peradaban baru . Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti atas galakan guru dan para pensyarah telah berjaya menyelamatkan China dari memenuhi dua puluh tuntutan oleh Jepun dan berjaya menjatuhkan tiga orang yang pro Jepun dalam tuntutan tersebut . Kekuatan para pelajar dengan menubuhkan kesatuan seperti kesatuan Arus baru , Kesatuan majalah Rakyat , kesatuan Suara Bersama dan kesatuan Kerjasama adalah pendorong utama kepada kejayaan 4 Mei ini . Apa yang lebih penting adalah gerakan ini telah menimbulkan satu fahaman dan ideologi Marxis yang sebelum ini tidak mendapat tempat di China . Oleh sebab itu , tidak menghairankan pada 1921 terbentuknya Parti Komunis China yang memperjuangkan hak sama rata telah mendapat tempat dikalangan rakyat bawahan hasil cetusan golongan intelektual . Adalah tidak keterlaluan dikatakan di sini peristiwa 4 Mei 1919 adalah cetusan pertama kearah pembentukan negara komunis sehingga sekarang dan Parti Komunis China terus mendapat mandate daripada rakyat .

Bibliografi
1. Bisson Thomas , 1938 , Japan in China , New York . 2. Kenneth Scott Latourette , 1970 , Sejarah China Moden , Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka .
10

Yusuff Iskandar dan Khalil Yusoff , 1979 , Diskusi Sejarah , Pulau Pinang , Teks publishing Sdn Bhd . Hlm 438 .

3. Franke Wolfgang , 1970 , A Century Of Chinese Revolution , Oxford , Basil Blackwell . 4. Lin Yu-Sheng 1979, The Crisis of Chinese Conciousness , The university Of Wisconsin . 5. Fairbank , John K , Resicheur , Edwin , O & Craig ,1978 , East Asia : Modenrn Tansformation , Boston ,Houghton & Miffin . 6. Rupawan Ahmad , Abd Ghapa Harun , 2000 , Sejarah China Moden , Bangi , Universiti Kebangsaan Malaysia . 7. W . Eberhard ,1950 , A History of China , London . 8. Hsu Immanuel , C.Y.1990 , The Rise of Modern China , New York , Oxford University Press . 9. Yusuff Iskandar dan Khalil Yusoff , 1979 , Diskusi Sejarah , Pulau Pinang , Teks publishing Sdn Bhd .

You might also like