Notes: Caklempong (Form 3)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Caklempong

Sejarah Caklempong
Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat
Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14.
Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong. (Sumber: Abd Samad
Idris, 1970)

Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur,caklempong turut


memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti
menyatupadukan penduduk setempat caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan
Sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacara
perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya.

Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik
warisan bangsa milik semua dan bukannya tertumpu kepada Negeri Sembilan sahaja. Muzik
caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan untuk turus
menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.

Alat-alat Muzik Caklempong


Ensembel caklempong terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga set gong berbusut krcil yang
disusun dalam barisan mendatar dan setiap set gong diletakkan pada rak yang ditentukan.
Pada umumnya, gong berbusut mempunyai garis pusat lebih kurang 14 sentimeter di
bahagian atas, busutnya pula berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter dan tinggi gong lebih
kurang 8-10 sentimeter. Gong-gong kecil diperbuat daripada tembaga.

Gereteh. Set gong utama dalam ensembel caklempong. Gereteh terdiri daripada 15 buah
gong yang disusun berbaris-baris dalam dua barisan (7 gong dalam barisan pertama, dan 8
gong dalam barisan yang kedua). Caklempong utama ini menghasilkan melodi utama dalam
lagu. Jika terdapat gereteh yang kedua dalam ensambel, melodi berbalas akan dimainkan.
Gong disusun dalam nada C Major satu oktaf.

Tingkah dan Saua. Set gong tingkah dan saua mempunyai lapan gong berbusut dalam satu
barisan yang diletak dalam rak masing-masing. Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang
yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan Tingkah banyak tertumpu
kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang.
Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti Tingkah cuma yang
membezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan. Saua diketuk mengikut corak irama
Ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklah
terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua. Notasi Caklempong Tingkah dan Saua tidak
disediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Saua bermula dari
not E rendah.
Gendang. Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang
digunakan pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang lembu mempunyai
getaran yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua
permukaan berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo
dengan cara pukulan melalu.

Serunai

Bangsi, Serunai dan Pupuik. Bangsi berbentuk seperti rekorder bersaiz 25-30 sentimeter,
notasi buluh dan mempunyai tujuh lubang untuk menghasilkan tujuh skala ton menyamai
Gereteh. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya. Serunai juga diperbuat
daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai berukuran lebih kurang 14
sentimeter dan hanya mempunyai empat lubang. Serunai menghasilkan skala pentatonic
menyamai lima ton terawal Gereteh iaitu C, D, E, F dan G. Pupuik terdiri daripada pupuik
gadang (diperbuat daripada daun kelapa) dan pupuik tanduk (diperbuat daripada tanduk
kerbau). Erofon ini membawa melodi yang sama dengan caklempong gereteh terutama
dalam lagu yang dihasilkan.

Rujukan:

1) Patricia Matusky & Tan Sooi Beng. Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik.
Penang, The Asian Center, 1997.

2) http://www.caklempong.com/muzik.asp

Prepared by: Jerry Ubin [UiTM, Practicum 05 Jan – 03 April 2009]


Created on: 20 Jan. 09, 20:48:25

You might also like