Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Soalan Andaikan anda menyertai rombongan lawatan ke beberapa buah tempat pada cuti sekolah yang lalu.

Anda diminta menyediakan suatu laporan tentang lawatan itu. Panjangnya laporan anda tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Laporan Lawatan Ke Melaka Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah mengadakan lawatan ke Melaka pada 20 Januari 2013. Lawatan itu disertai oleh 36 orang murid tahun enam dan dua orang guru. Murid-murid berkumpul di sekolah pada pukul 7:30 pagi. Bas bertolak pada pukul 8:00 pagi. Rombongan tiba di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kira-kira 10:00 pagi. Destinasi kami yang pertama ialah melawat bangunan-bangunan peninggalan sejarah di Bandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota AFamosa, Bangunan Stadthuys, dan Gereja St.Paul. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda. Seterusnya kami singgah di gerai yang menjual cenderamata. Di gerai-gerai ini terdapat pelbagai jenis barang dan makanan. Kemudian, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari. Kira-kira pukul 1:30 tengah hari, bas bertolak ke Air Keroh. Di sini terdapat beberapa tempat menarik. Kami telah melawat ke Taman Buaya, Taman Rama-rama dan Taman Mini Malaysia. Pada keseluruhannya lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah banyak memberikan manfaat kepada kami. Kami mempelajari sejarah negeri dan mengenal negara Malaysia.

Disediakan oleh,
Siti Norhalizah

27 Januari 2013.

. (SITI NORHALIZAH) Setiausaha, Tahun Enam Anggerik, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana.

You might also like