Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1.0 KONSEP 1.1. KONSEP PENGUJIAN Pembelajaran sering dikaitkan dengan perubahan tingkah laku pelajar.

Justeru itu, pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya.Prosedur pengujian itu dikatakan sistematik kerana prosesnya mesti teratur dengan mengikut peraturan tertentu untuk mentadbirkan ujian dan menetapkan pemarkahan atau penggredan secara terperinci. Hasil jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai market akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Cronbach (1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu system yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

1.2. KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran terdiri daripada proses iaitu langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Selain itu, pentaksiran juga adalah suatu maklumat iaitu bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Pentaksiran juga merupakan penghakiman iaitu proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Pentaksiran menghasilkan produk dalam konteks pendidikan dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan. Pentaksiran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau

penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau market yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu. Pentaksiran haruslah dilihat sebagai proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan semasa proses P&P dan aktiviti yang dijalankan berterusan serta aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik. Dapat disimpulkan, pentaksiran merupakan satu episode dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, member skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. 1.3. KONSEP PENILAIAN Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Gay, (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Popham, (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Dapat disimpulkan bahawa penilaian digunakan untuk menentukan perubahan tingkah laku seorang individu dan membuat pertimbangan nilai. Selaian itu penilaian merupakan proses membuat analisis. dan proses selepas pentaksiran dan pengujian dijalankan.

3.0. JENIS-JENIS UJIAN PENILAIAN BAHASA 3.1. PENILAIAN FORMATIF Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar. Biasanya, skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. Ia berbentuk khusus dan terhad kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa. Ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan. Tujuan utama ujian formatif ini dibina dan dijalankan oleh guru ialah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan dan kefahaman, aspek tertentu dalam tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan awalan dan akhiran, atau ujian pembendaharan kata tentang beberapa sinonim atau antonym yang boleh digolongkan dalam ujian jenis ini. Contohnya guru telah mengajar murid mengenai pengguna kata kerja dengan betul, dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya tentang kata kerja yang telah diajar dalam bulan itu. Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran berbentuk ujian formatif itu diasaskan dan dibina secara terhad maka ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek bahasa. 3.2. PENILAIAN SUMATIF Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Misalnya, ujian bahasa yang dibina oleh guru untuk ujian akhir semester dan tahun, atau oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi penghujung persekolahan sekolah menengah rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi penghujung

persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian bahasa yang bercorak sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan menyeluruh seperti lisan, bacaan, dan penulisan. Aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, semantik, dan peribahasa ( simpulan bahasa, perumpamaan ), dan seumpamanya kerap juga menjadi bahan ujian dalam ujian bahasa yang bercorak sumatif. 3.3. UJIAN KEFASIHAN - Menentukan setakat mana seseorang menguasai sesuatu bahasa - Menilai umum seseorang dalam bahasa yang dipelajari - Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai. - dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik muka yang jelas, posisi tubuh yang betul, kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi. 3.4. UJIAN KEMAJUAN - Digunakan dalam bilik darjah - Adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas sahaja. - Berasaskan objektif pengajaran - Mengukur dan menilai pelajar menguasai bahan atau perkara yang diajar. - Membolehkan guru mengetahui dengan jelas kemahuan setiap pelajar. 3.5. UJIAN BAKAT - Mengesan bakat seseorang menguasai sesuatu bahasa asing - Untuk menelah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran. - Selalunya melibatkan data-data bahasa yang artificial- mengandungi pelbagai unsur bahasa. 3.6. UJIAN PENCAPAIAN - Menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan, atau isi pelajaran yang telah diajar.

- Soalan-soalan dikemukakan berdasarkan isi pelajaran yang telah diajar sahaja. - Boleh diajar pada akhir kursus setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.

4.0 KAEDAH PENTAKSIRAN 4.1 PORTFOLIO 4.1.1 PENGENALAN Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukit pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. 4.1.2 CIRI-CIRI PORTFOLIO 1. Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan,

perlaksanaan dan penilaian yang teliti. 2. Dijalankan secara kolaboratif. 3. Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk. 4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif. 5. Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.

4.1.3 JENIS PORTFOLIO 1. Porfolio kerja harian Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. 2. Portfolio hasil terbaik Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif. 3. Portfolio dokumen. Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa

tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan. 4.1.4. PENILAIAN PORTFOLIO 1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. 2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. 3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama. 4.1.5 KEPENTINGAN PORTFOLIO 1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik. 2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar 3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. 4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar. 5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio. 4.1.6 PERANCANGAN PORTFOLIO 1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. 2. Kenalpasti isi kandungan portfolio. 3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio. 4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

4.1.7 PENILAIAN BAGI PORTFOLIO 1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. 2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. 3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai. 4.1.8 MEREKOD PENILAIAN PORTFOLIO - Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak. - Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai - ciri-ciri paling penting penentuan gred. 4.1.9 KRITERIA PENILAIAN 1. Struktur dan organisani 2. Strategi pengurusan 3. Variasi isi yang sesuai 4. Struktur ayat dan gaya bahasa 5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri. 6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiapnota anekdot dan refleksi pelajar. 8. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

4.2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN 4.2.1. KUALITI PERMERHATIAN - Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. - Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. - Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. - Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. - Tekal dan stabil dalam penilaiannya. 4.2.2. BENTUK PERANCANGAN - Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. - Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. - Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian. 4.2.3. MEREKOD PENILAIAN PEMERHATIAN - Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi: - Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas - Menjalankan Tugasan - Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . - Cara merekodkan dapatan dan rumusan - Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. - Tindakan Susulan - Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan

dicapai. 4.2.4. JENIS PEMERHATIAN - Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai. - Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa. - Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan. - Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen. 4.2.5. STRATEGI PELAKSANAAN - Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang. - Menggunakan senarai semak. - Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian - Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan - Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. - Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian. 4.2.6. FUNGSI PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN - Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. - Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik

4.3 PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 4.3.1 KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut: i. Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar kuliah atau pengajaran guru; ii. Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat; iii. Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan iv. Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan v. Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan vi. Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat 4.3.1.1. MENDENGAR DENGAN AKTIF Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar. 4.3.1.2 TUJUAN MENDENGAR mendapatkan maklumat mencatat nota menjalankan atau menunaikan arahan mengecam bunyi mengenal pasti sesuatu perkara menjawab soalan mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu

digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah: i. Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa ii. Berikan tumpuan kepada guru iii. Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan iv. Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya v. Bersifat positif dan terbuka vi. Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti vii. Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah viii. Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar ix. Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda x. Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.

4.3.2 KEMAHIRAN BERTUTUR Kemahiran bertutur pula adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan

daripada alat sebut (artikulator) manusia. Ia tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi perlu ditiru atau diajuk. 4.3.2.1. Aspek yang ditekankan dalam kemahiran bertutur Sebutan Tekanan Mora Jeda Intonasi Nada Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras bahasa 4.3.2.2. Penilaian Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. 4.3.2.3 Tujuan kemahiran membaca i. Serta merta Membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan. Membaca cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk habiskan sesuatu bahan bacaan. ii. Lanjutan Membetulkan fahamannya yang salah, membanding fikiran dan pengalaman orang lain untk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Proses membaca melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea

dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea dan membuat generalisasi dan penialain. 4.3.2.4. Jenis-jenis Bacaan Mekanis Mentalis Intensif Ekstensif 4.3.2.5. Peringkat membaca Kesediaan membaca Prabacaan Mekanis Membaca dan memaham 4.3.2.6. Penilaian Kemahiran Menulis Dalam kemahiran menulis, pelajar harus berupaya menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat dan jelas tentang perasaan, pengalaman diri, dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan. 4.3.2.7 Aspek yang ditekankan semasa menulis Ayat gramatis Tanda baca sesuai Ejaan betul Karya kreatif Tulisan cantik dan jelas 4.3.2.8. Peringkat Menulis Peringkat Pramenulis Peringkat Mekanis Peringkat Pelahiran

4.4. KONTRAK PEMBELAJARAN 4.4.1 PENGENALAN Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran. 4.4.2. KONSEP Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis. Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti : Bentuk akhir tugasan dihasilkan Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?) Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja) Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

4.4.3. FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-

mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya bukti menunjukkan objektif tercapai bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri Menghasilkan kerja yang terancang Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya 4.4.4. BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ? Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:1. Penilaian objektif tugasan Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru 2. Hasil Pembelajaran Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll) Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru 3. Penilaian Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian

tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny 4.4..5. FORMAT / BENTUK KONTRAK Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas. PERINGATAN: Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat 4.5. PENILAIAN BAHASA BERASASKAN AKTIVITI BAHASA 4.5.1. SYARAHAN - Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai : (a) Kata alu-aluan/pendahuluan (b) Kata-kata penghadapan (c) Isi (d) Penutup - Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan. - Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan. - Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan - Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan.

4.5.1.1. Peringkat dan Langkah/Kemahiran Persediaan Memahami tajuk dan kehendak soalan. Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan Penulisan Menulis perenggan pendahuluan Mengembangkan isi-isi secara tersusun Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup Penyemakan Menyemak ejaan dan tanda baca Menyemak tatabahasa Menyemak jumlah perkataan 4.5.2. PANTUN - Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi. - Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat. - Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat. - Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud umpama dan ibarat - Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. - Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. - Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris. - Antara cirri-ciri pantun ialah :i) Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan ii)Bahasa bebas dari pantang larang iii) Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan. iv) Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham.

4.5.3. SAJAK - Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.

- Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas. - Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad. - Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak. - Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama. 4.5.4. CERAMAH - Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. - Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton. - Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan. - antara jenis-jenis ceramah ialah :i) Ceramah agama ii) Ceramah pendidikan iii) Ceramah kesihatan iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya 4.5.5. FORUM satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal. teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya. 4.5.6. DEBAT

pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu. huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta. setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan. pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya. sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai. masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan. 4.5.7. PIDATO huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

4.6 PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK 4.6.1. DEFINISI BROSUR - Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Rubrik Penilaian Brosur 1. Lemah (0-5) 2. Sederhana (6-8) 3. Cemerlang (9-10) 4.6.1.1. Kreativiti dan keaslian 1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat) 2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian. 3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

4.6.1.2. Fungsi 1. Reka bentuk dan paparan yang salah 2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik. 3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar. 4.6.1.3. Tatabahasa 1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah 2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki. 3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan. 4.6.1.4. Ilustrasi 1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai. 4.6.2. DEFINISI POWER POINT Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti background format, drawing, colour, transitions dan animations, drawing tools dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

4.6.2.1. Matlamat Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict.

4.6.2.2. Objektif Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru. 4.6.2.3. Ciri-ciri Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut: -Hasil ciptaan sendiri -Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri -Berasaskan Windows -Interaktif 4.6.2.4. Aspek penilaian adalah sepertiberikut : 1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti 2. Keberkesanan kesinambungan persembahan 3. Ketepatan isi kandungan 4. Kelengkapan laporan 5. Cara penyampaian maklumat 6. Keistimewaan persembahan 7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd 8. Masa terhad untuk persembahan.

You might also like