Nordin Batik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Nordin Batik

Nordin Batik Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perusahaan batik di negeri Kelantan. Syarikat ini adalah hak milik Tn Haji Nordin dengan berasaskan nama Syarikat Sendirian Berhad. Syarikat ini beroperasi di bawah naungan Tn Haji Nordin b. Mahmood yang menubuhkannya pada tahun 1993 Nordin Batik telah menjadi syarikat yang terulung di negeri Kelantan apabila wujudnya Wisma Nordin yang terletak pada di Lot 74, Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan yang mana bernilai lebih kurang 2 juta. Di samping mengusahakan perusahaan batik, Tn Haji Nordin juga telah membangunkan hotel bajet Paloh Inn yang terletak pada bangunan yang sama. Di bangunan wisma nordin juga terletaknya Showroom Nordin Batik iaitu merupakan sebuah pusat jualan kraftangan yang pertama seumpamanya di Bandar Kota Bharu.

NORDIN BATIK 2. LATAR BELAKANG 2.1 Sejarah kewujudan Penglibatan Tuan Haji Nordin dalam bidang batik mula timbul sejak dari zaman kanak-kanak lagi, dimana beliau telah terdedah kapada dunia batik. Sebenarnya, batik telah menjadi sebahagian daripada hidup Tuan Haji Nordin kerana bapanya, iaitu Haji Mahmood bin Muhammad sendiri ialah seorang penggiat batik disekitar awal 40-an. Haji Mahmood telah menjadikan batik sebagai sumber pendapatan utama keluarga dengan membuat sarang batik (batik cop) dan mengusahakan batik secara tradisional di rumahnya di Jalan Gajah Mati bersama seorang pekerja yang diusahakan secara kecil-kecilan. Berkat dari pemerhatian sejak kecil, minat Tuan Haji Nordin terhadap batik mula makin berkembang. Pada tahun 1963, beliau telah mula membantu bapanya dalam pembatikan dan kemudian telah keluar mencari pengalaman berniaga batik dengan bapa saudaranya sendiri, Tuan Haji Muhammad Amin bin Idris. Pada tahun 1968 hingga 1972, berbagai pengalaman yang ditimba sepanjang terbabit dalam bidang perjualan yang mana Tuan Haji Nordin sebagai jurujual di kedai bapa saudaranya terletak di Pasar Lama Kota Bharu, atau lebih dikenali sebagai Pasar Zink Merah. Setelah lebih empat tahun sebagai jurujual, Tuan Haji Nordin telah membuat keputusan untuk mengambil upah membuat batik sendiri, sekaligus mewarisi tradisi batik daripada bapanya. Beliau telah membuka tapak di Kampung Sireh dengan menubuh sebuah kilang dan diusahakan dengan dibantu oleh tiga orang pekerja menggunakan wang simpanannya sendiri. Beliau juga mengambil upah daripada pembatik-pembatik disekitar Kota Bharu. Pada 29hb Oktober 1993, Tuan Haji Nordin telah menubuhkan syarikat sendiri dengan nama Nordin Batik Sdn. Bhd di Lot 184, Kampong Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Syarikat Nordin Batik adalah sebuah syarikat persendirian yang telah ditubuhkan bagi mengilang dan mengedar batik tradisional untuk pasaran di dalam dan di luar negeri Kelantan. Setelah melalui pelbagai rintangan dan jatuh bangun dalam industri batik serta mendapat persaingan yang sengit daripada pengusaha-pengusaha batik disekitar Kota Bharu, beliau telah mengambil langkah yang berani pada masa yang tepat

untuk mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menubuhkan Wisma Nordin. 2.2 Punca dan jumlah modal Bagi membangunkan syarikat yang gah ini, Tuan Haji Nordin memerlukan modal yang banyak. Namun syarikat yang dikenali ramai ini asalnya ialah syarikat biasa yang bermula dengan jumlah modal yang sedikit sahaja. Tuan Haji Nordin dan isteri telah mengeluarkan modal sebanyak RM500 yang diambil daripada duit simpanan mereka. Syarikat ini mempunyai lesen perniagaan yang sah. 2.3 Tujuan/kepentingan produk Syarikat ini ditubuhkan bagi tujuan mengilang dan mengedar batik tradisional untuk pasaran di dalam dan di luar Kelantan. Tuan Haji Nordin juga terus mengusahakan produk ini kerana ianya telah menjadi sebahagian daripada hidup beliau selain bagi membangunkan produk tempatan supaya lebih dikenali penduduk serta pelancong.

You might also like