Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Projek Penternakan Ikan Tilapia PEMILIHAN TAPAK Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying

capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah : i. Suhu air - 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C ) ii. pH air - 6-8 iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppm iv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppm v. Ammonia - kurang dari 1.0 ppm vi. Kemasinan - 0-20 ppt Kedalaman air antara 3 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.

REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap array. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos. PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz. PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan haba. KADAR PELEPASAN BENIH Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor . KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.

PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress). PEMASARAN IKAN TILAPIA Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram. KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM:: Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau. Senang untuk memasarkan ikan.

PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN

Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit. Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:

Meningkatkan pH air Mengeraskan dasar kolam Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.

Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :

pHBawah 4 4 4.5 4.5 4.0 5.0 5.5 5.5 66 6.5Kg/haKapur Batu Putih - Limestone, CaMg (CO) 3805 3044 2283 1902 1012 888 Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime) 2917 2283 1776 1395 761

634 Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime) 1903 1522 1142 1015 507 507

Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah seperti berikut :

Jenis Baja Kadar yang disyorkan Baja Fosfati. Double Superfosfat (DSP)400 kg/ ha/ setahun ii. Triple Super Fosfat (TSP)340 kg/ ha/ setahunBaja Nitrogeni. Amonium Sulfat80 kg/ ha/ setahun ii. Amonium Nitrat1,350 kg/ ha/ setahun iii. Amonium liquar550 kg/ ha/ setahuniv. Urea67 kg/ ha/ setahun i. Amonium Sulfat80 kg/ ha/ setahun ii. Amonium Nitrat1,350 kg/ ha/ setahun iii. Amonium liquar550 kg/ ha/ setahuniv. Urea67 kg/ ha/ setahun Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan. Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut : ParameterNilai Yang Sesuai

i. Oksigen Terlarut (D.O)Lebih dari 2.5 ppm ii. Karbon dioksidaKurang dari 25 ppm iii. pH6 8 iv. Suhu air20 35oC (optimum 28 32oC) v. AmmoniaKurang dari 1.0 ppm PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA::

1. Kadar pelepasan = 3,000 5,000 ekor/ ha.2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air. ::PEMAKANAN::

1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis Omnivorous ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).

2. Terdapat 3 punca utama iaitu :

a. Makanan semulajadi bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll b. Makanan tambahan dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya. 3. Cara pemberian makanan :

a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang. 4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa

5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan adalah seperti berikut :

Saiz Ikan

% Makanan yang patut diberi mengikut berat badan

Anak ikan kurang dari 2 inci = 6 10% Anak ikan antara 2 6 inci = 3 6% Ikan lebih dari 6 inci = 2%

::AKTIVITI HARIAN::

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan 2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas 3. Memeriksa kualiti air. 4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar 5. Mengawal rumpair 6. Mengawal pemangsa 7. Membuat catatan harian

::PENUAIAN::

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada : a. Penuaian secara sebahagian menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik. b. Penuaian keseluruhan dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya. 2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan. 3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.

You might also like