Institusi Agama Di Eropah Zaman Pertengahan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan INSTITUSI AGAMA DI EROPAH ZAMAN PERTENGAHAN 1.

0 Pengenalan Zaman Pertengahan di Eropah merupakan tempoh masa yang memperlihatkan pengaruh agama Kristian yang meluas ke atas masyarakat Eropah. Eropah melalui zaman Pertengahan dalam tiga peringkat. Pertama ialah zaman Pertengahan Awal (400 BCE 1000 BCE) diikuti oleh zaman Pertengahan Lanjutan (1000 BCE 1300 BCE) dan ketiga ialah zaman Pertengahan Akhir (1300 BCE 1500 BCE). Agama Kristian terdiri daripada dua aliran iaitu Arianisme dan Orthodoks. Semasa Zaman Pertengahan di Eropah, gereja merupakan institusi agama yang sangat berkuasa. Pada masa zaman Pertengahan ini, gereja mengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah. Gereja secara realitinya dikawal oleh pemerintah negara iaitu raja. Raja menggunakan gereja sebagai alat bagi memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut keuntungan. Gereja ialah sebuah badan bebas dan mempunyai kuasa yang luas. Hilang ketaatan kepada gereja atau mempersoalkan arahan atau ajaran dianggap sebagai pengkhianatan terhadap gereja dan dihukum mati.1 Exalt not yourself, but if you would reign the longer, be subject to God. It is written, Gods to god and caesars to Caesar. The palace is the Emperors, the Churches are the Bishops. This emphasis on an independent role for the church made possible the emergence of a dual power structure between church and state that formed one of the most important elements of medieval civilization. 2 Penekanan ke atas peranan bebas gereja membolehkan kemunculan dua struktur kuasa antara gereja dan negara yang salah satunya membentuk elemen terpenting pada zaman Pertengahan. Gereja pada zaman Pertengahan tidak bergantung pada sumbangan ahli-ahlinya. Gereja memperoleh pendapatan melalui hasil daripada tanah ladang yang luas, pelbagai bayaran yang besar dan hasil daripada pungutan cukai tetap iaitu tithe.3 Raja, putera raja dan tuan tanah yang kaya memberi sumbangan derma kepada gereja dan biara. Fungsi gereja bukan hanya
1

Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 182. 2 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm. 181. 3 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 182.

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan sebagai badan keagamaan tetapi mempunyai sistem perundangan yang teliti.4 Gereja mempunyai mahkamah sendiri yang menyelesaikan semua perkara yang melibatkan bukan sahaja kepada monk tetapi juga pelajar, pejuang, janda, anak-anak yatim dan golongan yang kurang berupaya.5 Gereja juga mempunyai organisasi negara. Pope sebagai ketua agung semua anggota gereja dan persatuan keagamaan pada zaman Pertengahan Eropah. Bahasa rasmi seluruh gereja ialah Latin. 6 Gereja di Eropah semasa zaman Pertengahan ialah gereja Katholik.7 2.0 Asal-usul agama Roman Khatolik Agama misteri membentuk satu kategori pemujaan baru dan adakalanya diserapkan ke dalam agama Kristian.8 Kepercayaan pagan ini turut diserapkan dalam agama Kristian Katholik. Agama misteri ini dikenali kerana ajaran agama misteri ini memasuki komuniti atau penganut yang hampir dengan cara upacara tertentu atau misteri. Terdapat banyak jenis upacara ini: pemujaan Serapis; Cybele, juga dikenali sebagai The Great Mother; Isis dan Mithra, Tuhan Parsi.9 Agama misteri ini, termasuk Kristian, mempunyai banyak ciri persamaan. Agama ini datang daripada Timur. Agama ini bersifat universal, tidak terhad kepada kumpulan etnik yang khusus atau kedudukan sosial.10 Agama ini mempunyai sifat yang tersendiri dan peribadi yang lebih baik berbanding sivik dan masyarakat yang dimiliki oleh agama pagan Rom dan Greek. Agama ini menawarkan janji permulaan kehidupan yang baik selepas mati. Daripada ciri-ciri ini, dapat dilihat bahawa pemujaan ini melanda pelbagai

Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 182. 5 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 182. 6 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, hlm. 183. 7 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadworths, hlm. 178. 8 Cruz, Jo Ann Hoeppner Mohan & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 48. 9 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, hlm. 48. 10 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-149, hlm. 48.

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan kategori yang merentas dalam pemikiran Hellenestik sebagai falsafah-falsafah pemerintahan: Epicureanisme, Stoicisme dan Neoplatisme. Agama misteri yang tersebar meluas dalam Empayar Rom sebelum kejayaan Kristian ialah Mithraisme, pemujaan kepada The Unconquerable Sun.11 Mithra selalunya digambarkan membunuh seekor lembu jantan, sumber kehidupan dan gambaran ini menyampaikan idea tentang kehidupan melalui kematian. 12 Pemujaan ini mengamalkan banyak misteri tentang kesucian makan dan minum dan menyokong sikap yang beretika tinggi. Penganut dihakimi sesuai dengan kehidupan selepas mati berdasarkan kelakuan yang beretika tinggi. Walaupun Mithraisme berasal dari Parsi, agama ini tersebar meluas ke Barat dan popular khususnya dalam kalangan Tentera Rom. Maharaja Aurelian (270-275) berniat untuk menjadikan Mithraisme agama negara tetapi mangkat sebelum sempat melaksanakannya.13 3.0 3.1 Hierarki institusi agama gereja Katholik Pope Gereja Katholik di Eropah semasa Zaman Pertengahan terdiri daripada beberapa tingkat hierarki. Pope berada pada kedudukan yang tertinggi diikuti oleh cardinal, archbishop, bishop, priest, deacons, monk, abbot, vicar dan paling bawah ialah nuns. Pope juga digelar sebagai papa. The Latin word papa merely means father, a title given by courtesy to other priests than the pope. It is not known for certain when the word pope was first applied exclusively to the bishop of Rome.14 Pope merupakan ketua kepada gereja Katholik disebabkan kedudukannya yang terletak pada hierarki tertinggi.15 The powers of the pope were very great, every one admitted,....16 Pope dianggap
11

Cruz, Jo Ann Hoeppner Mohan & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 48. 12 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 48. 13 Cruz, Jo Ann Hoeppner Mohan & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-149, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 48. 14 Holt, Rinehart & Winston, 1970, The Western Heritage from the Earliest Times to the Present, United States: Stewart & Easton, hlm. 172. 15 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 181. 16 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Jawatan pope wujud dalam insitusi agama Roman Katholik dengan penyenaraian Saint Peter sebagai pope pertama dalam Annurio Pontificio (buku tahunan rasmi Vatican).17 Pengaruh dan kekuasaan Pope adalah luas. Antara perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa Pope ialah hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan archbishop, bishops dan abbot. Pope berkuasa dalam melantik archbishop, bishops dan abbot. Hal ini berdasarkan penyataan berikut bahawa Pope mempunyai kuasa tersebut: should the king or the pope have the advantage of selecting the bishops and the abbots of rich monasteries. Naturally both were anxious to place their friends and supporters in these influential positions. Moreover, the pope could claim a considerable contribution from those whom he appointed, and the king naturally grudged him the money.18 Pope juga berperanan sebagai ketua kepada curia iaitu mahkamah.19 Dalam menguruskan gereja, pope memerlukan pendapatan yang banyak dan pendapatan ini diperolehi daripada archbishop, bishops dan abbot. Archbishop, bishops dan abbot digesa untuk memberikan sumbangan. Perlantikan archbishop, bishops dan abbot adalah melalui pemilihan yang dilakukan oleh pope. Lebih banyak sumbangan yang diberikan oleh archbishop, bishops dan abbot maka lebih besar peluang mereka dipilih oleh pope untuk menjawat jawatan.20 Dalam perkataan lain, pope berhak untuk memilih dan melantik kepada kenaikan setiap kelas mobiliti sosial ataupun hierarki. Bidang kuasa pope bukan hanya sebagai penggubal undang-undang yang agung tetapi pope juga merupakan hakim yang agung.21 Pope berkuasa untuk membuat pengecualian kepada semua undang-undang manusia, contohnya membenarkan sepupu berkahwin dan
Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, Hlm 196 17 The Americana Encyclopedia: Volume 21 Oporto to Photoengraving. 1997. hlm. 366. 18 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn,Hlm 195 19 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, hlm. 184. 20 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 184. 21 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, hlm. 183.

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan membebaskan rahib daripada ikrar atau sumpah yang dibuat.22 Pengecualian ini dikenali sebagai dispensations.23 Pope mengawal semua bahagian gereja Katholik melalui warkah atau legates.24 3.2 Cardinal Cardinal ialah jawatan kedua tertinggi dalam institusi gereja Katholik selepas pope. Cardinal merupakan pegawai tinggi gereja Roman Katholik yang paling kanan di bawah Pope dan mewakili golongan paderi Roman. Cardinal dalam institusi gereja Khatolik adalah terdiri daripada 12 orang. Jawatan cardinal yang berperanan dalam memilih pope hanya wujud pada tahun 1059 selepas Pope Nicholas II dilantik menjadi pope.25 Tugas cardinal ialah membantu pope dalam menguruskan gereja. Selain itu, cardinal juga turut membantu pope mentadbir mahkamah yang dikenali sebagai curia.26 Tugas cardinal yang paling besar ialah dalam memilih pope. Selepas kematian seseorang pope adalah menjadi tugas cardinal untuk memilih pope yang baru bagi menggantikan pope sebelumnya yang telah meninggal dunia. Sebelum tahun 1059, pemilihan pope adalah di bawah kawalan raja dan golongan tuan-tuan tanah. Selepas Pope Nicholas II dipilih pada tahun 1059, Pope Nicholas II telah mengeluarkan perintah agar hak pemilihan pope yang sebelumnya dipegang oleh raja dan golongan tuan-tuan tanah dipindahkan buat selamanya kepada cardinal.27 Langkah yang dilakukan oleh Pope Nicholas II ini bertujuan untuk membebaskan gereja daripada kawalan raja dan golongan tuan-tuan tanah. Pemilihan pope yang baru dilakukan melalui
22

Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 183. 23 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 183. 24 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 183 25 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 151. 26 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 184. 27 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 151.

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan institusi yang dikenali sebagai College of Cardinals.28 ..the college of cardinals fashioned a form of election that depended upon a majority vote of those presnt... 29 College of Cardinals ini merupakan institusi khas yang bertanggungjawab dalam pemilihan pope yang baru dan masih wujud sehingga kini di Vatican City. Cardinal juga berperanan sebagai penasihat utama30 kepada pope dalam membuat sesuatu keputusan misalannya dalam meluluskan rang undang-undang yang baru. Di samping itu cardinal bertindak sebagai pentadbir kepada pope.31 Cardinal membantu pope dalam menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang, permohonan yang telah diselesaikan dan isu keputusan bertulis (decretal letters).32 3.3 Archbishop Selepas cardinal ialah archbishop. Nama lain bagi archbishop ialah metropolitan.33 As time went on, it became necessary to have archbishops, whose seats were usually in the Roman capitals or chief cities of the provinces, and who in charge of all the churches in their respective provinces. These men were called metropolitans. 34 Sejarah archbishop atau metropolitan bermula dari Asia Minor dan juga di Pulau Crete, Greek namun ahli sejarah belum dapat mengetahui tarikh tepat bila archbishop pertama dilantik.35 Archbishop ialah institusi yang dikenali dalam gereja melalui Council of Nicea (341M) dan juga Council of Antioch (341M).36 Archbishop merupakan orang yang berada ataupun orang yang kaya serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan. Secara asasnya archbishop lebih berkuasa daripada bishop.37 Seorang
28

Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 151. 29 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 408 30 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm. 180. 31 Western Civilization Comprehensive Volume, hlm. 180. 32 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 409. 33 Messmer, Sebastian, 1907, The Catholic Encyclopedia Volume I, New York: Robert Appleton Company, hlm. 15. 34 Holt, Rinehart & Winston, 1970, The Western Heritage from the Earliest Times to the Present, United States: Stewart & Easton, hlm. 172. 35 Messmer, Sebastian, 1907, The Catholic Encyclopedia Volume I, New York: Robert Appleton Company,hlm. 15. 36 The Catholic Encyclopedia Volume I. hlm. 15. 37 Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America:

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan archbishop merupakan seorang bishop yang mana kekuasaanya melebihi kuasa yang ada dalam wilayahnya.38 Kawasan yang berada di bawah kekuasaan archbishop mengandungi beberapa daerah yang ditadbir oleh bishop.39 Archbishop juga merupakan seorang bishop dan biasanya bishop daerah yang paling penting dalam wilayahnya. Antara tugas lain archbishop ialah menjalankan fungsi membaca doa umum dan upacara pertabalan raja. 40 Archbishop mempunyai kawalan ke atas semua bishop dalam wilayahnya dan juga berkuasa ke atas semua wilayah bishop.41 Dengan kata yang lebih tepat, archbishop mengetuai semua bishop. 3.4 Bishop Bishop berada di bawah archbishop dalam hierarki. Orang yang memegang jawatan bishop adalah dilarang untuk berkahwin. According to the law of the Church, the bishops and abbots could not marry and so could have no children to whom they might transmit their property. 42 Sama seperti archbishop, bishop juga merupakan orang yang berada ataupun orang yang kaya serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan. Bishop dianggap sebagai pengganti kepada pemimpin43 dan kuasa yang dipegang dipindahkan kepada mereka dengan kekuasaan Tuhan. Bishop mewakili Gereja Sedunia dalam daerah masing-masing. Asal-usul jawatan bishop adalah tidak jelas tetapi kemungkinan uskup telah menubuhkan jawatan bishop, priest dan deacon dalam gereja Kristian pada abad kedua Masihi.44 Setiap bishop mempunyai gereja khas sendiri yang dikenali sebagai cathedral.45 Selain cathedral gereja lain di bawah kawalan bishop ialah
Wadsworth. hlm.180. Robinson, James Harvey 1926. Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. Boston: Mass., Ginn. hlm. 184. 39 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 118. 40 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, hlm. 402. 41 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 184. 42 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 147 43 Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time. hlm. 184. 44 The New Encyclopedia Britannica: Volume 2 Micropdia Ready Reference, 1998, hlm. 238. 45 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of the Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 185.
38

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan basilica. Basilica memperlihatkan pembahagian hierarki yang jelas dalam institusi agama Katholik.46 Gereja yang dimiliki oleh bishop ini dianggap yang terbaik dan terbesar di wilayahnya. Dari segi saiz dan kecantikan, gereja yang dimiliki oleh bishop ini jauh melebihi gereja daerah yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab bishop untuk mengawasi tanah dan pemilikan yang dalam wilayahnya. 47 Bishop mempunyai kuasa yang besar ke atas harta, priests dan juga kakitangan gereja yang lain dalam daerah mereka.

Rajah : Cathedral

Rajah : Basilica di Vatican Kuasa bishop merangkumi pelbagai aspek. Pertama dan paling penting ialah kerohanian.48 Bishop secara rasmi diiktiraf untuk menjalankan tanggungjawab dalam
46 47

The Americana Encyclopedia: Volume 6 Cathedral to Civil War. 1997. hlm. 2. Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of the Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 185. 48 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan gerejanya iaitu penyelamatan jiwa.49 Bishop merupakan pusaka kepada saint tempatan dan bertanggungjawab untuk semua perayaan dan upacara yang diperlukan oleh saint. Untuk sebab ini, orang melihat bishop sebagai pelindung rohani dan mereka taat setia kepada bishop. Kedua ialah bishop biasanya datang daripada keluarga yang berkuasa.50 Situasi di selatan Gaul pada abad keenam secara jelas menunjukkan gambaran ini. Penulis dan ahli sejarah yang terkenal iaitu Gregory,51 Bishop Tours (573-594) datang daripada kelurga Gallo-Roman yang lama dan kaya dan selama beberapa generasi memegang kuasa ke atas Tours dan Langres dan hampir sebagai hak milik kekeluargaan. Ketiga ialah bishop mampu memperoleh martabat yang hebat daripada pengaruhnya di Mahkamah Diraja.52 Dalam kurun ketujuh dan kelapan bishop sentiasa hadir di mahkamah diraja.53 Seorang lelaki dari keluarga yang penting boleh memulakan kerjayanya sebagai pentadbir sekular atau pemimpin tentera di mahkamah dan kemudiaannya menerima daerah untuk ditadbir sebagai penganugerahan untuk kerjayanya. Memiliki pengaruh di mahkamah mampu meningkatkan martabat seorang bishop. Keempat ialah fungsi sekular tempatan bishop membolehkan beliau memperoleh kuasa dan pengaruh.54 Di Byzantine Itali dan juga kerajaan barbarian yang baru ditubuhkan bishop memegang lebih banyak jawatan dalam kerajaan tempatan. Di beberapa bandar, bishop dan pegawai gereja yang lain merupakan kerajaan yang berkesan. Bishop mengendalikan pentadbiran tempatan, menyelesaikan pertikaian undang-undang tempatan dan memberikan projek bangunan awam, pendidikan, bantuan untuk orang miskin, mengambil berat orang yang sakit, pengebumian orang yang

History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 120. Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120. 50 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120. 51 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120. 52 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120. 53 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120. 54 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 120.
49

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan meninggal dunia dan membaiki tembok kota.55 Di samping tugas rohani, bishop juga mempunyai tanggungjawab bukan rohani, membuatkan bishop orang yang paling penting di bandar. Kelima, dalam kerajaan barbarian, gereja dengan cepat menjadi pemilik tanah tunggal yang terbesar selepas raja.56 Menjelang abad ketujuh, tiga suku daripada tanah yang pernah dimiliki oleh gereja telah pun menjadi kepunyaan gereja. Kebanyakannya walaupun bukan semua, tanah yang dipegang oleh gereja dalam daerah jatuh ke tangan bishop.57 Dalam masyarakat yang mana tanah merupakan hampir satu-satunya sumber kekayaan, menjadi tuan tanah bermaksud bahawa bishop mempunyai kekuasaan yang besar. The bishops became the vassals of the king or of other feudal lords by doing homage for a fief and swearing fidelity, just as any other vassal would do.58
Bishops and abbots practically chosen by the feudal lords. The lord could in this way control the choice of the prelates, for in order to become a real bishop or abbot, one had not only to be elected, he had also to be solemnly invested with thw appropriate powers of a bishop or abbot and with his lands. Whwn a bishop or abbot had been duly chosen, the feudal lord proceeded to the investiture. The new bishop or abbot first became the man of the lord by doing him homage, and then the lord transferred to him the lands and rights attached to the office. No careful distinction appears to have been made between the property and the religious powers. The lord often conferred both by bestowing upon a bishop the ring and the crosier, the emblems of religious authority. It seemed shocking enough that the lord, who was often a rough soldier, should dictate the selection of the bishops; but it was still more shocking that he should assume to confer religious powers with religious emblems. Yet even worse things might happen, since sometimes the lord, for his greater convenience, had himself made bishop.59

3.5

Priest Priest merupakan paderi atau pendeta. Sejarah priest bermula dalam gereja

Kristian awal sebagai bishop pertama dan yang lebih tua atau presbyters. Menjelang penghujung abad kedua, bishop gereja mula dikenali sebagai priest dan mula melakukan
55

Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 121. 56 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492,hlm. 121. 57 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 121. 58 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of the Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 147 59 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 148

10

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan fungsi atau peranan priest yang tertentu terutamanya berkaitan dengan Eucharist.60 Ini merupakan asal-usul kemunculan priest. Agama Kristian bermula sebagai agama di bandar-bandar di Eropah dan mengambil masa yang lama untuk tertubuhnya rangkaian kariah yang meresap di kawasan desa. Sistem priest dan kariah di kebanyakan bahagian yang kini dikenali sebagai Belgium, Belanda, barat Jerman dan utara Perancis tidak ditubuhkan sehingga abad kelapan di bawah Empayar Carolingian awal dan sistem priest dan kariah ini tidak ditubuhkan dengan banyak di Timur Jerman iaitu Rhine sehinggalah abad kesembilan. Sifat kepaderian secara jelas berbeza dengan besar dari satu tempat ke tempat yang lain. Di kawasan bandar priest memainkan peranan yang penting. Tugas yang dilakukan oleh priest ialah mentadbir jemaah gereja dan ahli-ahlinya serta mengurus gereja di bawah pengendaliannya. 61 Lazimnya priest menguruskan gereja kecil yang dikenali sebagai chapel. Chapel merupakan tempat untuk sembahyang, berdoa, berkhutbah, menjalankan upacara keagamaan, pengebumian, perkahwinan dan pembaptisan.62 Latar belakang antara priest bandar dengan priest luar bandar adalah berbeza. Priest di bandar kemungkinan berasal daripada keluarga yang penting dan menikmati pendidikan yang baik.63 Berbeza dengan priest luar bandar, priest luar bandar berasal daripada keluarga miskin seperti jemaah gerejanya, dan tidak mampu membaca kitab dan mengendalikan upacara sembahyang di gereja dengan baik.64 Sama seperti bishop, priest juga dilarang untuk berkahwin.

60 61

The New Encyclopdia Britannica: Volume 9 Micropdia Ready Reference. 1998. hlm. 695. Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 122. 62 The Americana Encyclopedia: Volume 6 Cathedral to Civil War, 1997, hlm. 285. 63 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 122. 64 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 122.

11

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan

Rajah : Chapel Pendapatan yang diperolehi priest ialah the priest were supposed to be supported by the lands belonging to the parish church and by the tithes. But both of these sources of income were often in the hands of laymen or of a neighboring monastery, while the poor priest received the merest pittance, scarcely sufficent to keep soul and body together.65 Hukuman untuk dosa yang dikenakan oleh priest dikenali sebagai penance. This took a great variety of forms. It might consist in fasting, repeating prayers, visiting holy pleces, or abstaining from ones ordinary amusements. A journey to the Holy Land was regarded as taking the place of all other penance. Instead, however, of requiring the penitent actuallly to perform the fasts, pilgrimages, or other sacrifices imposed as penance into a contribution, to be applied to some pious enterprise, like building a church or bridge, or caring for the poor and sick.66 3.6
65

Deacons

Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm.186 66 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm 186

12

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan

Deacon merupakan jawatan di bawah priest dan terletak pada kedudukan yang paling rendah dalam hierarki atasan gereja (bishop-priest-deacon). Deacon merupakan pegawai gereja yang menyelenggarakan hal-hal duniawi dan juga hal-hal yang berkenaan dengan gereja.67 Deacons, whose task was to give help to Christians in their ordinary daily affairs and especially to take care of the administration of the charity;... 68Sejarah deacon tercatat dalam Bible iaitu dalam Acts of the Apostles (6:1-6).69 Tugas deacon yang berkaitan dengan gereja ialah deacon dipertanggungjawabkan untuk menjalankan fungsifungsi gereja yang penting. Antara tugas deacon yang paling penting ialah membaca atau memimpin nyayian gereja yang dikenali sebagai gospel.70 Deacon juga menjalankan kewajipan penting yang bukan berkaitan dengan gereja seperti memberi sumbangan derma kepada golongan yang miskin. Jawatan deacon ini boleh menjadi pekerjaan seumur hidup atau langkah permulaan ke arah kepaderian. Gereja zaman Pertengahan Awal yang besar terutamanya yang diduduki oleh bishop mempunyai pegawai pendeta yang lain. Dokumen-dokumen yang ada menerangkan tentang subdeacon, penjaga pintu, penyembuh (exorcist), lektor serta pembantu paderi dalam upacara gereja (acolytes) dan semua golongan ini secara rasmi dimasukkan dalam minor orders. Mereka menjalankan pelbagai upacara keagamaan yang berkaitan dengan gereja, pentadbiran dan fungsi-fungsi praktikal dalam membantu paderi dan deacon dalam menguruskan gereja.71 3.7 Monk Monk (dalam bahasa Latin monachus, bermaksud seseorang yang hidup bersendirian) merupakan orang yang yang mencari kebenaran dengan hidup secara terpisah daripada dunia dan memisahkan diri daripada masyarakat dan mengabdikan diri

67 68

Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 123. Holt, Rinehart & Winston, 1970, The Western Heritage from the Earliest Times to the Present, United States: Stewart & Easton, hlm. 172. 69 Colliers Encyclopedia: Volume 7 Colonna to Decatur. 1997. New York: P. F. Collier. hlm. 750. 70 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 123. 71 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 123.

13

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan sepenuhnya kepada Tuhan.72 Those who Lived by the Rule of St. Benedict had to cut off all ties with their families and their previous lives before entering the monastery.73 Monk berkait rapat dengan institusi kebiaraan. Komuniti biara Kristian yang terawal ditubuhkan di padang pasir di Mesir. Tradisi Desert Fathers paling baik digambarkan oleh Saint Anthony of Egypt (250-315M) yang mengatur pengikutnya ke dalam biara kuno pada awal abad keempat.74 Pada waktu inilah peranan atau tugas monk muncul. Dalam peraturan Saint Benedict, monk wajib melakukan beberapa siri aktiviti dengan penekanan utama ke atas sembahyang dan kerja-kerja manual. 75 Beberapa jenis kerja fizikal perlu dilakukan oleh monk untuk beberapa jam setiap hari kerana kemalasan merupakan musuh kepada jiwa.76 Walau bagaimanapun, kerja-kerja fizikal yang dilakukan oleh monk ini tidak dibenarkan melebihi kewajipan rohani mereka. Sembahyang wajib dilakukan oleh monk. Amalan doa ini merupakan pekerjaan Tuhan. Menurut peraturan Saint Benedict, monk mementingkan aktiviti pemujaan. Mereka bangun pada pukul 2.00 pagi setelah mendengar loceng berbunyi. Rutin tersebut dilakukan pada waktu malam dan lama dan tanpa berkata dan berfikir, monk bangun daripada tidur mereka dan pergi ke gereja. Monk akan berkumpul di gereja dan bersamasama menyanyikan lagu pujian. Lagu pujian yang dinyanyikan oleh monk ialah Domine, labia mea aperies ataupun dalam bahasa Inggeris Lord, open thou my lips. Semua monk berkumpul bersama sebanyak tujuh kali semasa hari sembahyang umum dan menyanyikan lagu-lagu gereja iaitu lagu-lagu suci atau pujian.77 Lagu yang dinyanyikan ini akan diiringi alunan muzik yang indah. Upacara sembahyang umum dan menyanyikan lagu-lagu gereja ini dipanggil monastic hours.78 Selain itu, tugas yang dilakukan oleh monk juga termasuklah melakukan meditasi peribadi dan membaca.79 Peraturan yang
72

Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America: Wadsworth. hlm. 136. 73 Holt, Rinehart & Winston, 1970, The Western Heritage from the Earliest Times to the Present, United States: Stewart & Easton, hlm. 176. 74 The New Encyclopdia Britannica: Volume 8 Micropdia Ready Reference. 1998. hlm. 245. 75 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm. 137. 76 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 137. 77 Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm. 137. 78 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 123. 79 Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America:

14

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan ditetapkan oleh Saint Benedict ini adalah bersifat bersama iaitu monk makan, bekerja, tidur dan melakukan aktiviti pemujaan bersama.80 Kebiaraan Kristian ini mempunyai asal-usul daripada dunia kuno, khususnya dalam Roman Mesir separuh abad kedua kemudiannya. Ini bermula secara perlahanlahan tetapi kemudiannya dalam abad ketiga dan keempat ianya menarik minat orang ramai yang ingin meninggalkan kehidupan duniawi. Kebiaraan Kristian ini mula-mula tersebar ke seluruh Timur Eropah dan kemudiannya tersebar meluas di Barat Eropah. Menjelang abad kelapan, kebiaraan Benedict telah tersebar menyeluruh di barat Eropah. Sungguhpun monk yang sebenar adalah terdiri daripada golongan lelaki, wanita kemudiannya turut menjadi monk dan memisahkan diri daripada kehidupan duniawi dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Tuhan.81 Kebiaraan memainkan peranan yang tidak boleh diketepikan dalam tamadun zaman Pertengahan Awal. Monk menjadi hero baru dalam tamadun Kristian.82 Pengabdian monk kepada Tuhan menjadi keunggulan yang tertinggi dalam kehidupan Kristian.83 Monk memainkan peranan signifikan yang bertambah dalam penyebaran agama Kristian kepada seluruh dunia Eropah.

3.8

Abbot Abbot dikenali sebagai father of the monastery. Abbot, satu perkataan Greek

untuk father telah dipilih oleh Benedict untuk gelaran bagi ketua biara. Abbot ini merupakan paderi kampung ataupun paderi pada peringkat rendah.84 Tugas abbot ini ialah mengubati pesakit serta mengajar Kitab Injil dan juga bahasa Latin. Abbot juga
Wadsworth. hlm.137. Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 137. 81 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 138. 82 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 138. 83 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 138. 84 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 126.
80

15

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan mempunyai kuasa penuh ke atas monk.85 Setiap biara Benedictine ditadbir secara tegas oleh abbot.86 An abbot would sometimes secure for his monastery the protection of a neighboring lord by giving up his land and receiving it back again as a fief.87 Jawatan abbot adalah bersifat tradisional, kekuasaan ketua yang tidak boleh dipersoalkan, tetapi sejak kekuasaan ini bersifat kebapaan, ianya perlu diimbangkan dengan kasih bapa.88 Sungguhpun kata-kata abbot adalah muktamad, abbot perlu membuat semua keputusan yang penting selepas berbincang dengan monk. Benedict menggambarkan bagaimana abbot patut menyeimbangkan disiplin dengan kemaafan, mengambil teknik yang berbeza untuk memandu monk dengan personaliti-personaliti yang berbeza dan menunjukkan contoh dalam semua perkara dengan perbuatannya dan bukan hanya kata-kata. Jika dipandang sepintas lalu, ini mungkin kelihatan seperti sifat alim yang jahil, tetapi jawatan abbot yang ditentukan oleh Benedict bertahan dengan ujian masa dan terbukti selama beberapa abad sebagai cara yang berkesan untuk memimpin sesiapa yang mengikut cara hidup yang amat sukar.

3.9

Vicar Jawatan vicar wujud dalam hierarki institusi agama Kristian Katholik dan berada

di bawah abbot. Selain itu, jawatan vicar ini turut tergolong dalam bidang kependetaan atau kepaderian. Asal-usul vicar yang sebenar ialah pegawai kerajaan yang rasmi dalam Empayar Rom dan memakai gelaran seperti vicar Rom, vicar hakim dan vicar Itali.89 Gelaran ini digunakan dalam pelbagai cara untuk paderi dalam gereja zaman
85

Spielvogel, Jackson J., 1939, Western Civilization Comprehensive Volume, United States of America: Wadsworth, hlm.184. 86 Western Civilization Comprehensive Volume, hlm.184. 87 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn, hlm. 147 88 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 126. 89 The Encyclopedia Americana: Volume 28 Venice to Wilmot, John. 1997. Connecticut: Grolier Incorporated.

16

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan Pertengahan dan terus digunakan dalam Roman Katholik.90 Vicar memainkan peranan yang penting dalam institusi agama. Tugas utama vicar adalah pembantu kepada abbot. Kebiasaannya abbot atau paderi kampung yang menjalankan tugas-tugas rohani seperti mengajar Kitab Injil dan bahasan Latin serta mengubati pesakit. Namun adakalanya abbot tidak dapat hadir dan di sinilah vicar memainkan peranan. Vicar akan mengambil alih tugas-tugas yang biasanya dilakukan oleh abbot. Dengan kata lain, vicar bertindak sebagai pembantu atau pengganti kepada abbot dalam menguruskan jemaah gereja jika abbot tidak ada.91 Vicar ini akan memperoleh 1/3 daripada hasil kutipan cukai yang dikenali sebagai tithe.92 Kebanyakan vicar ini adalah terdiri daripada golongan yang miskin. 93 Vicar merupakan orang perantaraan antara golongan paderi dengan masyarakat. Secara dasarnya, masyarakat akan bersemuka dengan vicar bagi menyampaikan masalah mereka. Seterusnya vicar yang akan menyampaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat kepada abbot. Vicar bukan sahaja berperanan dalam membantu abbot mengajar Kitab Injil, bahasa Latin serta mengubati pesakit tetapi juga turut mempunyai tanggungjawab atau tugas lain yang penting. Vicar ataupun dikenali juga sebagai pendeta kariah merupakan golongan paderi yang akan orang temui dalam urusan yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka.94 Tugas lain yang dilakukan oleh vicar ini ialah vicar berperanan dalam menyembuhkan jiwa, menjalankan lima daripada tujuh upacara iaitu pertaubatan, perkahwinan, pembaptisan, upacara keagamaan yang menyediakan wain dan roti (eucharist) serta perbuatan melumurkan minyak.95 Dua upacara lain pula ialah pengesahan dan perlantikan paderi dan tugas-tugas ini dirujuk kepada bishop. 3.10 Nuns

hlm. 74. The Encyclopedia Americana: Volume 28Venice to Wilmot, John. hlm. 74. 91 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 401. 92 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 401. 93 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492,hlm. 401. 94 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 401 95 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492, Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 402.
90

17

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan Dalam hierarki institusi agama, jawatan nuns merupakan jawatan yang paling rendah. Rahib atau monk bukan terdiri daripada lelaki sahaja tetapi juga wanita. Rahib wanita ini dikenali sebagai nuns. Wanita mengikut langkah lelaki dengan meninggalkan hal-hal dunia dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Tuhan.96 Seperti monk, nuns juga berkait dengan institusi kebiaraan. Sejarah awal nuns bermula di kawasan gurun Mesir oleh Saint Anthony of Egypt. Tradisi Desert Fathers oleh Saint Anthony of Egypt (250315M) yang mengatur pengikutnya termasuk nuns ke dalam biara kuno pada awal abad keempat merupakan sejarah awal kemunculan jawatan nuns.97 Di Eropah, sejarah kebiaraan bermula dengan biara untuk lelaki di selatan Gaul, Perancis. John Cassian (360-435M) kemudiannya menubuhkan rumah biara untuk lelaki dan wanita di Marseilles dalam dekad pertama abad kelima dan juga awal abad keenam. Caesarius (470-542M) kemudiannya menubuhkan biara untuk wanita yang penting di Arles.98 Nuns pada abad ketujuh dan kelapan memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama Kristian. Pada zaman Pertengahan Akhir, kebanyakan nuns berasal daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah. Wanita-wanita yang ingin menjadi nuns perlulah mengisytiharkan diri mereka miskin. Wanita yang menjadi nuns ialah wanita yang hebat dan permaisuri yang telah bersara, kemudian menjalani kehidupan yang terasing di biara.99 Di Jerman semasa zaman Pertengahan, kebanyakan nuns ialah wanita yang terpelajar.100 Selain itu, terdapat juga wanita yang menjadi nuns kerana kematian suami. Wanita ini tidak ada tempat untuk bergantung dan oleh itu mereka mengambil keputusan menjadi nuns. Terdapat juga wanita yang tidak ingin berkahwin dan menjadi nuns.101 Di samping itu, terdapat keluarga yang tidak dapat mencari calon suami untuk anak perempuan mereka ataupun seseorang wanita tidak dapat mencari calon suami yang sesuai.102 Dalam zaman Pertengahan juga masalah rogol berleluasa dan merupakan perkara biasa dalam masyarakat Eropah. Oleh itu, bagi mengelakkan daripada dirogol
96

Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America: Wadsworth. hlm. 138. 97 The New Encyclopdia Britannica: Volume 8 Micropdia Ready Reference. 1998. hlm. 245. 98 Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard, 2004, Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. Boston: Houghton Mifflin Company, hlm. 124. 99 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 124. 100 Spielvogel, Jackson J. 1939. Western Civilization Comprehensive Volume. United States of America: Wadsworth. hlm.181. 101 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 181. 102 Western Civilization Comprehensive Volume. hlm. 181.

18

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan terdapat wanita yang menjadi nuns agar mereka lebih selamat. Golongan nuns ini tidak boleh memisahkan diri mereka sepenuhnya daripada golongan lelaki sungguhpun amalan double monasteries dikembangkan.103 Satu biara untuk rahib lelaki dan satu lagi untuk biara wanita akan membentuk dua bahagian dalam satu institusi yang sama. 104 Lokasi bagi biara lelaki dan wanita ini adalah berdekatan antara satu sama lain dan dipimpin oleh abbess iaitu rahib wanita yang menjadi ketua biara.105 4.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, No wonder that the churchmen were by far the most powerful class in the Middle Ages. They controlled great wealth; they alone were educated; they held the keys of the kingdom of heaven and without their aid no one could hope to enter in. By excommunication they could cast out the enemies of the Church and could forbid all men to associate with them, since they were accursed. By means of the interdict they could suspend all religious ceremonies in a whole city or country by closing the church doors and prohibiting all public services.106 Setiap peringkat hierarki dalam institusi agama di Eropah mempunyai peranan masing-masing. Tujuannya untuk memanipulasikan masyarakat demi kepentingan sendiri, gereja dan raja. Pemanipulasian yang dilakukan oleh institusi gereja ini melalui setiap peringkat hierarki bertujuan untuk mengaut keuntungan daripada segi kewangan. Dalam zaman Pertengahan, gereja dipandang tinggi dan mempengaruhi semua aspek kehidupan masyarakat Eropah dari segi sosial, ekonomi, amalan, intelektual, budaya dan kehidupan harian mereka. Institusi agama Kristian Katholik yang wujud pada zaman Pertengahan ini menyebabkan masyarakat Eropah berada dalam keadaan yang mundur dan tidak mencapai kemajuan dalam hidup.

103

Cruz, Jo Ann Hoeppner & Gerberding, Richard 2004. Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. Boston: Houghton Mifflin Company. hlm. 124. 104 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 124. 105 Medieval Worlds: An Introduction to European History, 300-1492. hlm. 124. 106 Robinson, James Harvey, 1926, Medieval and Modern Times: An Introduction to the History of Western Civilization from the Dissolution of the Roman Empire to the Present Time, Boston: Mass., Ginn,hlm. 187

19

Institusi Agama di Eropah Zaman Pertengahan

20

You might also like