Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SISTEM ZAMINDAR (Tuan Tanah Sistem Zamindari Zamindar bermaksud tuan tanah dan Sistem Zamindari pula ialah

sistem bagi pemungutan cukai tanah daripada tuan tanah secara tetap. Dalam hal ini terdapat kekeliruan berkenaan dengan siapakah tuan tanah. Dalam kajian ini tuan tanah dikatakan terdiri daripada pembesar tempatan yang terdiri daripada pegawai Mughal yang ditugaskan mengutip cukai. Oleh itu, mereka telah dianggap sebagai Zamindar kerana mereka telah memperoleh tanah dan memajaknya kepada petani. Dengan kata lain mereka berkemampuan untuk membeli tanah dan menyewakannya kepada petani. Ciri-ciri Sistem Zamindari Suntharalingam .R ( 1987 ) menggariskan ciri-ciri sistem Zamindari seperti yang berikut:

a) Kelas zamindar diisytiharkan sebagai tuan tanah yang mempunyai hak ke atas ladangnya. b) Zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya. Taksiran ladang adalah pada kadar 45% hasilnya dan daripada kutipan 9/10 harus diserahkan kepada kerajaan dan 1/10 akan disimpan oleh Zamindar sebagai ganjarannya. Mengikut perhitungan tahun 1793, jumlah cukai tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di wilayah Bengal ialah Rs 27 juta setahun. c) Cukai untuk setiap ladang milikian zamindar yang ditetapkan pada tahun 1793 adalah kekal sepanjang masa.Cukai itu harus dijelaskan dalam bentuk wang tunai. d) Zamindar yang gagal menjelaskan cukainya akan dilucutkan tanahnya serta boleh dipenjara. e) Petani yang bermastautin yang telah mengerjakan tanah dengan bayaran sewa yang tetap untuk selama dua belas tahun tidak boleh disingkirkan oleh zamindar kecuali jika gagal membayar sewanya. f) Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya rendah jika dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia menyediakan kemudahan, atau jika harga hasil tanah bertambah. Sebab-sebab sistem Zamindari dipilih a) Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa Zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan. b) Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja tetapi diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian. c) Kelas tani dan rakyat Bengal akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh Zamindar dan kapitalis tempatan.

Kesan sistem Zamindari terhadap masyarakat India 1. Kesan positif: a) Wujudnya peluasan kawasan penanaman padi. Ini dapat dilihat daripada angka berikut iaitu pada tahun 1793 sebanyak 35 % kawasan Bengal diusahakan, tetapi terlaksananya sistem ini ia meningkat sebanyak 80 % pada penghujung abad ke 19. b) Peningkatan pertanian komersial untuk diekspot seperti jut, sutera, tebu, candu, dan nila. c) Nilai hasil tanah di Bengal telah bertambah daripada Rs65 juta pada tahun 1793 kepada Rs 2,970 juta pada tahun 1947. d) Kutipan sewa oleh kelas Zamindar bertambah daripda Rs 30 juta pada tahun 1793 kepada Rs 130 juta pada tahun 1876-77, dan Rs 168 juta pada tahun 1900-01 2. Kesan negatif: a) Peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani. Tiada satu undang-undang atau akta yang boleh menyekat Zamindar meningkatkan kadar cukai. Walaupun ada usaha daripada pihak kerajaan British, tetapi usaha ini tidak berjaya dilakukan kerana golongan Zamindar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat dasar undang-undang. Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan. ( Metcalf T.R , 1964 ). b) Kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa kepada Zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai petani yang tidak mempunyai tanah dan menggugatkan industri pertanian di India. Keadaan ini kerana pihak Zamindar bukannya penguasaha pertanian, tetapi hanya sebagai orang tengah bagi petani mengusahakan tanah. Sebagai kesannya India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran. Selain itu para petani yang memiliki tanah gagal meneruskan pegangannya dan ia bertukar tangan kepada pihak Zamindar. c) Suasana ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah menyebabkan para Zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang bercorak bukan produktif. Dalam aspek ini modal digunakan untuk membeli dan menyewa tanah, meminjam wang, serta menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana para Zamindar telah dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut:

i) Saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana kegagalan rancangan perindustrian. ii) Suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti sewa tanah. Ini berikutan sebanyak 77 % penduduk bergantung kepada tanah untuk mendapatkan sumber pendapatan di Bengal. ( Suntharalingam .R , 1987 )

) Sistem ini telah diperkenalkan oleh Lord Cornwallis pada tahun 1790 di Bengal. Zamindar- Tuan tanah terdiri daripada pegawai-pegawai Moghul yang ditugaskan untuk memungut cukai. Zamindar diberikan hak milik tanah & dikenakan cukai tahunan sebanyak 89% daripada hasil pertanian. Pada 1790, kadar cukai ditetapkan pada 10 tahun sekali dalam nisbah 89:11. Namun pada 1793, kadar ini telah ditetapkan untuk selamanya yang dikenali sebagai Permanent Settlement (penyelesaian tetap). Sistem ini bertujuan untuk mendorong tuan tanah untuk memajukan sektor pertanian yang akan dimajukan ekonomi di India. Kelemahan Sistem Zamindar Muncul sistem Absentee Landlord dan orang tengah telah mengambil kesempatan dan mengekploitasi situasi ini. System ini amat membebankan rakyat terutamnya golongan petani yang terpaksa menyewa tanah daripada tuan tanah dan membayar cukai. Hal ini telah memberi peluang kepada zamindar untuk mengambil kesempatan terhadap petani. Petani terpaksa membayar cukai dan juga menjelaskan sewa tanah. Akhirnya petani-petani tersebut hidup melarat dan dihimpit bebanan hutang. Ini secara tidak langsung telah melumpuhkan ekonomi India. Melalui sistem ini zamindar tidak mahu melabur kembali lebihan pendapatan bagi memelihara kesuburan tanah kerana sewanya sangat tinggi. Zamindar menggunakan modal tersebut untuk memberi sewa dan meminjamkan wang tersebut kepada petani untuk menguruskan pemasaran hasil tanah yang diusahakan oleh petani. British juga menetapakan kadar cukai perlu dibayar pada waktunya oleh zamindar-zamindar, jika tidak tanah-tanah mereka aka dilelong. Sistem ini dikenali sebagai Sun Set Law. Manakala Permanent Settlement amat membebankan kerana para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi walaupun tiada hasil yang diperoleh daripada pertanian tersebut.

Di rantau Asia Selatan, antara negara yang mengalami perubahan dalam dasar ekonomi yang dijalankan ialah negara India. Dalam usaha memenuhi keinginan British untuk memaksimumkan eksploitasi ekonomi, maka satu perubahan diperkenalkan terhadap dasar sedia ada di Bengal. Pada tahun 1793, satu sistem percukaian tanah baru diperkenalkan oleh British yang dikenali sebagai sistem Zamindari (Permanent Settlement). Zamindar bermaksud tuan tanah dan sistem zamindari pula ialah sistem bagi pemungutan cukai tanah daripada tuan tanah secara tetap. Tuan tanah dikatakan terdiri daripada pembesar tempatan yang terdiri daripada pegawai Mughal yang ditugaskan mengutip sukai. Oleh itu, mereka telah dianggap sebagai zamindar kerana telah memperoleh tanah dan memajaknya kepada

petani. Sistem ini mempunyai motif ekonomi iaitu menggalakkan lebih banyak pelaburan daripada pemodal Barat ke atas tanah. Antara sebab-sebab berlaku perubahan dasar kepada dasar zamindari ialah kerana Lord Cornwallis, Gabenor General Inggeris merasakan bahawa zamindar boleh dan akan berperanan untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan. Misalnya, bagi masyarakat di Benagl, hasil pendapatan dalam kadar tertentu haruslah diserahkan kepada kerajaan pusat di Delhi melalui zamindar. Golongan zamindar ini diletakkan sebagai golongan penengah antara pemerintah serta golongan petani. Cukai yang dibayar itu biasanya adalah dalam bentuk hasil. Zamindar yang bertanggungjawab mengutip cukai tersebut akan mengambil sebahagian hasil upahnya sementara sebahagian lagi akan dihantar kepada kerajaan. Selain itu, Cornwallis juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam pertanian jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja, tetapi diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini, Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan aktiviti peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi telah menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui perkembangan dan perubahan sistem pertanian. Di samping itu, kelas tani dan rakyat Bengal juga akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian yang akan dijalankan oleh zamindar dan kapitalis tempatan. Ini kerana jika pada tahun 1793, hanya 35% sahaja kawasan di Bengal diusahakan namun menjelang penghujung abad ke-19, angka ini meningkat sehingga 80%. Dalam pada masa yang sama, sektor pertanian juga telah dijalankan secara komersial iaitu penumpuan diberikan kepada penanaman sejenis tanaman dan untuk tujuan eksport seperti jut, sutera, tebu, candu dan nila. Sebaliknya di Madras, satu sistem yang dikenali sebagai Ryotwari telah diperkenalkan. Sistem ini diperkenalkan oleh Thomas Munro pada tahun 1912 sebelum diperluaskan ke kawasan-kawasan lain, termasuklah Bombay pada tahun 1818. Dalam sistem ini, ia mengiktiraf petani sebagai pemilik tanah. Ia dibangunkan selepas kegagalan sistem zamindari membangunkan ekonomi India secara ekonomik dan adil. Mula diperkenalkan di Madras, 1812 dan diluaskan hingga ke Bombay pada tahun 1816. Ia digagaskan dengan desakan para pegawai British dengan alasan beberapa kelebihan sistem ini jika dibandingkan dengan sistem zamindari. Selain itu, perubahan berlaku kepada sistem Ryotwari ini adalah kerana sistem ini dilaksanakan bagi menghalang peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani kerana tiada undang-undang atau akta yang boleh menyekat zamindar meningkatkan kadar cukai. Walaupun ada usaha daripada kerajaan British, tetapi usaha ini todak berjaya dilakukan kerana golongan zamindar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat dasar undang-undang. Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan. Di samping itu, kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi kesulitan pembayaran sewa kepada para zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai petani yang tidak

mempunyai tanah dan ianya telah menggugat industri pertanian di India. Keadaan ini berlaku kerana pihak zamindar bukanlah pengusaha pertanian, tetapi hanya sebagai orang tengah bagi petani untuk mengusahakan tanah. Sebagai kesan, India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah mati tanpa pengeluaran yang dilakukan. Manakala itu, suasana ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah menyebabkan para zamindar memilih untuk meneruskan perniagaan yang bercorak bukan produktif. Dalam aspek ini, modal digunakan untuk membeli dan menyewa tanah, meminjam wang serta menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana pada zamindar telah dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut iaitu saiz pasaran untuk hasil pertanian di Bengal adalah terhad kerana kegagalan rancangan perindustrian. Sementara itu pula, suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti sewa tanah. Ini berikutan sebanyak 77% penduduk bergantung kepada tanah untuk mendapatkan sumber pendapatan di Bengal.

Bibliografi Metcalf T.R. ( 1964 ) The Aftermath of Revolt. India 1857 - 1870. Princeton Uni. Press. Suntharalingam. R ( 1987 ) Modul 2: JHH 353 Imperialisme dan Nasionalisme di Benua Kecil India. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

You might also like