Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

3.

0 Penghargaan
Saya,Muhammad Syukri Bin Mustamam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Mustamam dan Puan Esah kerana memberi bantuan kewangan dan sokongan moral kepada saya.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru geografi saya,Puan Jamilah Binti Abdul Manaf, yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga kajian ini selesai.Selain itu,saya amat berterima kasih kepada pemangku pengetua SMKA Sultan Muhammad,Encik Alias Bin Mahpol@Mohammad kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.Akhir sekali,tidak lupa juga kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama dan ahli kumpulan saya,Muhammad Abqori Azmi,Ahmad Faiz Azhar,Muhammad Arif Luqman Mohammad Ali serta Muhammad Aiman Zamli yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini.

4.0 Pendahuluan
Saya,Muhammad Syukri Bin Mustamam,pelajar tingkatan 3 Abu Bakar As-Siddiq bersama empat orang rakan saya,iaitu Abqori,Luqman,Faiz dan Aiman telah memilih tajuk Perniagaan runcit Pasar Malam Paya Ikan,Melaka.Kami memilih Pasar Malam Paya Ikan sebagai lokasi kajian kerana lokasinya berhampiran dengan kawasan tempat tinggal kami.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bulan Februari hingga bulan Julai.

5.0 Objektif Kajian


Antara objektif kajian yang saya jalankan seperti berikut: Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan,Melaka. Menyatakan kepentingan perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan,Melaka Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan,Melaka Mengenalpasti kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan,Melaka Menyatakan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan,Melaka Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

6.0 Kawasan kajian


Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Paya Ikan,Melaka.Kawasan ini terletak dalam daerah Melaka Tengah dan diselenggarakan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Jaraknya dari Bandar Melaka adalah kirakira 8 km.Dengan menaiki kereta dari Bandar Melaka,ia mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai di sana.

Peta Daerah Melaka Tengah

7.0 Kaedah kajian


Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut,kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu: 1)Kaedah pemerhatian : Kami telah melakukan pemerhatian di Pasar Malam Paya Ikan, Melaka dengan melihat jenis barangan yang dijual disana.

2)Kaedah soal selidik : Kami juga telah mengedarkan sebanyak 20 borang soal selidik kepada para pengguna dan peniaga di Pasar Malam Paya Ikan,Melaka

3)Kaedah temu bual : Kami telah menemu bual beberapa orang peniaga di Pasar Malam Paya Ikan,Melaka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

4)Kaedah rujukan : Kami telah mendapatkan beberapa rujukan di Perpustakaan SMKA Sultan Muhammad,serta rujukan dari internet.

8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di Paya Ikan,Melaka

Dari segi konsep, perniagaan runcit adalah aktiviti perjualan kepada pengguna terakhir. Perniagaan runcit melibatkan penjualan barangan dalam kuantiti yang kecil kepada orang ramai. Perniagaan ini biasanya dijalankan oleh peniaga secara individu dengan dibantu oleh ahli keluarga.Contohnya pasar malam, pasar tani,kedai runcit dan sebagainya. Di Paya Ikan,pasar malam merupakan perniagaan runcit yang utama di sini.Pasar Malam Paya Ikan diadakan di padang Paya Ikan dan dibuka pada hari Sabtu dari pukul 4 petang hingga 9 malam.Lokasinya yang berhampiran dengan jalan raya utama telah menyebabkan kawasan itu dikunjungi oleh orang ramai.Pelbagai jenis keperluan dijual disini antaranya:pakaian,minuman,makanan,barangan dapur,permainan dan sebagainya.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di Pasar Malam Paya Ikan,Melaka.


Kegiatan peniagaan runcit Pasar Malam Paya Ikan,Melaka telah banyak memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi di kawasan sekitarnya.Pasar Malam Paya Ikan mempunyai banyak kepentingan.Antaranya ialah Pasar Malam Paya Ikan telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia yang tinggal di sekitarnya.Golongan belia dapat bekerja sampingan di gerai pasar malam untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Selain itu,Pasar Malam Paya Ikan juga dapat memudahkan penduduk sekitar untuk membeli barangan keperluan harian antaranya, pakaian,makanan,barangan dapur dan sebagainya.Terdapat banyak barangan keperluan harian dijual di pasar malam.Penduduk sekitar juga tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Seterusnya,Pasar Malam Paya Ikan juga dapat membolehkan penduduk tempatan memasarkan produk mereka.Mereka bijak mengambil peluang dengan menjadikan pasar malam ini sebagai satu tapak untuk mereka memasarkan produk speperti makanan sampingan serta kerepek,jeruk dan lain-lain. Kepentingan pasar malam yang terakhir ialah dapat menyediakan barangan yang segar.Terdapat peniaga yang menyediakan barangan yang segar seperti sayur-sayuran,buahbuahan dan ikan kerana mereka menyediakan pada hari jualan dan bukannya pada hari sebelumnya.Hal ini juga dapat memastikan kualiti barang juga terjamin. Sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini,saya berasa amat beruntung dan bersyukur kerana kawasan ini mempunyai sebuah pasar malam yang mempunyai banyak kepentingan yang memberi kesan kepada kawasan sekitarnya.

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan
Perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan diwujudkan kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhinya.Antaranya ialah faktor governan iaitu pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab untuk memberi lesen perniagaan kepada para peniaga dan menyelenggara kawasan peniagaan.Ini dapat membantu kegiatan pasar malam berjalan dengan baik Selain itu,darjah ketersampaian juga menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit Pasar Malam Paya Ikan.Hal ini kerana lokasi pasar malam yang berhampiran dengan jalan raya utama di Bukit Baru menyebabkan orang ramai mudah untu sampai ke sana.Laluan ini juga merupakan laluan utama pekerja di luar Bandar untuk pulang ke rumah mereka.Jadi , ini memudahkan mereka berkunjung ke pasar malam Faktor yang ketiga ialah kesesuaian waktu berniaga.Kebanyakan pengunjung pasar mala mini terdiri daripada orang dewasa.Mereka akan pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang dan amat sesuai dengan waktu perniagaan pasar malam ini.Hal ini membolehkan mereka untuk membeli barang dengan mudah. Kemudahan infrastruktur merupakan faktor yang terakhir yang mempengaruhi perniagaan runcit Pasar Malam Paya Ikan.Kemudahan seperti jalan raya,lampu jalan dan sebagainya.Kemudahan infrastruktur membolehkan para penguna untuk sampai ke sana dan berbelanja di sana. Saya berasa amat bersyukur kerana faktor-faktor yang di atas telah mempengaruhi perniagaan runcit di sini.Ini memberikan kesan yang positif kepada kawasan sekitarnya.

8.4

Kesan

negatif

perniagaan

runcit

di

kawasan Paya Ikan


Perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan juga memberi kesan negatif kepada kawasan di sekitarnya.Terdapat beberapa kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan.Antaranya ialah Pasar Malam Paya Ikan menyebabkan kesesakan lalulintas di jalan raya utama di kawasan itu.Hal ini kerana kebanyakan penguna meletakkan kenderaan di bahu jalan dan menjadikan laluan jalan raya itu semakin sempit. Selain itu,perniagaan runcit pasar malam juga menyebabkan pencemaran

air.Kebanyakan peniaga membuang sisa makanan dan minyak ke dalam longkang berhampiran dengan tapak perniagaan.Ini akan menjadikan longkang itu tersumbat. Seterusnya,harga tanpa kawalan juga menjadi salah satu kesan negatife perniagaan runcit pasar malam.Peniaga meletakkan harga sesuka hati dan tanpa memikirkan perasaan penguna.Mereka mengambil kira kos pengangkutan dalam harga jualan mereka.Ini menyebabkan para penguna terpaksa membeli barang dengan harga yang lebih tinggi. Akhir sekali,barangan yang dijual juga tidak berkualiti.Peniaga tidak memeriksa kualiti barangan mereka.Hal ini kerana barang jualan yang mereka jual di tempat lain dijual di sini.Mereka seharusnya memikirkan betapa pentingnya kualiti barangan yang dijual. Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini amat bertanggungjawab untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan.Ini kerana pengguna seharusnya mendapatkan hak mereka yang sewajarnya.

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di Paya Ikan
Terdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di Paya Ikan.Antaranya ialah pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah(MBMB) bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang untuk membendung masalah seperti pencemaran air.Para peniaga akan menjadi lebih takut untuk membuang sisa makanan dan minyak ke dalam longkang.Selain itu,pihak MBMB juga wajar menyediakan banyak tong sampah di tapak pasar mala mini. Di samping itu,pihak Kementerian Kesihatan seharusnya melakukan pemeriksaan tahap kesihatan kepada para peniaga.Para peniaga seharusnya menerima suntikan vaksin daripada hospital.Penjual juga akan sentiasa pada tahap kesihatan yang baik. Seterusnya,pihak berkuasa tempatan seperti MBMB seharusnya mengawal

pengeluaran lessen kepada para peniaga.Kebanyakan peniaga menganggap berniaga ini sebagai jenis pekerjaan yang bermusim.Mereka berniaga mengikut sesuka hati mereka.Pihak berkuasa tempatan seharusnya menarik semua lesen perniagaan mereka. Akhir sekali,pihak berkuasa tempatan hendaklah mewujudkan sebuah kawasan khas untuk perniagaan runcit ini.Kawasan in agak kurang sesuai kerana tidak mepunyai tempat meletak kereta serta kawasannya yang agak beralun.Dengan adanya,kawasan yang baru,para peniaga dapat berniaga dalam keadaan yang selesa

9.0 Rumusan
Melalui kajian ini,saya dapat mengetahui definisi perniagaan runcit serta konsepkonsep.Saya juga mendapati bahawa Pasar Malam Paya Ikan merupakan perniagaan runcit yang memainkan peranan yang sungguh besar di kawasan ini. Selain itu,Pasar Malam Paya Ikan juga mempunyai beberapa kepentingan.Antaranyan ialah menyediakan peluang pekerjaan,menjimatkan kos penguna dan menyediakan barangan yang segar.Hal ini membuktikan bahawa perniagaan runcit dapat membantu ekonomi sesebuah masyarakat. Governan,peningkatan taraf hidup dan kesesuaian waktu berniaga merupakan antara faktor yang mempengaruhi Pasar Malam Paya Ikan.Hal ini membolehkan perniaga boleh mencari rezeki di tapak perniagaan itu. Di samping itu,Pasar Malam Paya Ikan juga membawa kesan negatif kepada kawasan sekitarnya.Antara kesan negatifnya ialah masalah sosial,kesesakan lalulintas dan barangan yang dijual tidak berkualiti. Dengan melakukan kajian ini,saya ingin mencadangkan beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif.Antaranya ialah kuatkuasakan undang-undang,wujudkan kawasan khas untu para peniaga dan pengawalan pengeluaran lesen.

11.Rujukan
Abdul Rahim Md Nor,2004,Buku Teks Geografi Tingkatan 3,Selangor:Cerdik Publication Sdn. Bhd. Melaka,2005,Info Bandaraya Melaka Bersejarah,Melaka:Percetakan Surya Sdn. Bhd. Ng Ah Kiah,2011,Longman Panduan Revisi Esensi Geografi Tingkatan 2,Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

You might also like