Jurnal Refleksi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

4.

0 JURNAL REFLEKSI Penulisan jurnal refleksi Minggu Pertama (27 Januari 31 Januari 2013) Masalah : Pada minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Dulang, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang berminat untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang dalam Pendidikan Jasmani. Mereka lebih berminat untuk bermain bola sepak bagi murid lelaki dan bermain tali skiping bagi murid perempuan. Analisis Masalah : a. Mengenalpasti masalah Saya telah mengenalpasti masalah iaitu murid di sekolah ini telah terdedah dengan senario bermain bola sepak setiap kali belajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. b. Mengenalpasti punca penyebab isu. Hal ini terjadi kerana guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah ini bukan dari bidang Pendidikan Jasmani. Mereka kurang berpengalaman dalam merancang dan melaksanakan aktiviti untuk diajar ketika mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. c. Meramal kesan dan akibat isu yang difokuskan

Sekiranya saya tidak mendedahkan murid-murid di sekolah ini dengan aktiviti yang pelbagai dalam Pendidikan Jasmani, murid-murid hanya akan tahu bermain bola sepak sahaja. Mereka akan ketinggalan dalam mempelajari pelbagai aktiviti dalam Pendidikan Jasmani. Hal ini akan merugikan diri mereka sendiri. Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan

bimbingan orang lain. Jadi teori konstruktivisme sosial ini berperanan utama dalam pembelajaran dalam konteks sosio-budaya.

Cadangan dan idea : Jesteru itu, saya perlu mengubah persepsi murid-murid bahawa banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan setiap kali belajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Bermain bola sepak adalah aktiviti sampingan yang biasa dilakukan oleh guru yang kurang berpengalaman dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Saya akan mempelbagaikan aktiviti ketika mengajar Pendidikan Jasmani menurut sukatan buku teks. Menurut Fletcher (1965), dalam bukunya Frobels Chief Writing on Education, menegaskan bahawa melalui Pendidikan Jasmani, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendapat ini disokong oleh Lowenfield (1953), seorang ahli psikologi. Dalam bukunya, Play In Childhood, beliau menerangkan bahawa kegiatan-kegiatan Pendidikan Jasmani membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang. Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat dalam melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani, saya perlu : - Mempelbagaikan aktiviti yang menarik minat mereka untuk bermain. - Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai - Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati. - Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya. - Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.

Tindakan dan penambahbaikan yang telah diambil : Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu : - Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perlu diberi peluang untuk melakukan aktiviti atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai bermain. - Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri (self esteem), merealisasikan diri (self-actualization), kefahaman diri (self-understanding) dan pertimbangan sosial (social consideration). - Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar. - Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja. Kesimpulan keseluruhan : Saya akan melaksanakan setiap tindakan yang dicadangkan sepanjang menjalani praktikum ini. Pelaksanaan ini berkuatkuasa setelah masalah ini wujud iaitu bermula pada tanggal 29 Januari 2013. i. Penilaian tindakan

Hasil daripada tindakan dapat dilihat melalui penglibatan pelajar dalam melakukan aktiviti dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.

ii.

Halangan Terdapat beberapa halangan yang wujud dalam menjalankan setiap tindakan yang dicadangkan. Antaranya ialah : Murid-murid tidak dapat menerima perubahan yang drastik dalam masa yang singkat. Mereka perlu diberi masa agar dapat menerima perubahan ini secara perlahan-lahan. Pemikiran murid-murid yang sinonim dengan bermain bola apabila pada waktu Pendidikan Jasmani perlu diubah.

You might also like