Nota Pss3112

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 58

http://www.ipislam.edu.my/index.

php/artikel/read/346/bab-02-penilaian-rangkarancangan-jangka-panjang-pertama-rrjp-1-1971-90

BAB 02 : PENILAIAN RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA (RRJP 1) 1971-90 I : PENDAHULUAN 2.01 Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-90, menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.

2.02 Dalam tempoh RRJP1, empat rancangan pembangunan lima tahun telah dilaksanakan. Sungguhpun dalam tempoh tersebut negara telah mencapai kemajuan ekonomi dan sosial yang membanggakan, ekonomi negara pernah melalui tahun-tahun yang penuh dengan cabaran kesan daripada batasan dan kelemahan ekonomi dalam negeri di samping ketidakpastian dan ketidakstabilan ekonomi antarabangsa. Namun demikian, ekonomi negara telah muncul dengan lebih kukuh dan kini bersedia untuk melangkah ke dekad sembilan puluhan dengan kekuatan dan ketahanan yang lebih. II : TUJUAN DAN MATLAMAT RRJP1 Dasar Ekonomi Baru

2.03 Matlamat utama penggubalan DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dan membangunkan satu bangsa melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dari segi pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, Kerajaan sedar betapa beratnya tanggungjawab yang terlibat

memandangkan bahawa pada masa RRJP1 dilancarkan hampir separuh daripada jumlah isirumah di negara ini adalah miskin. Kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1970 adalah sebanyak 49.3 peratus daripada jumlah isi rumah dan matlamat yang ditetapkan ialah untuk mengurangkannya kepada 16.7 peratus menjelang tahun 1990. Bilangan isirumah miskin yang terbesar adalah diluar bandar dengan kadar kemiskinan sebanyak 58.7 peratus berbanding dengan 21.3 peratus di kawasan bandar. Matlamat yang ditetapkan ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan diluar bandar dan bandar masing- masing kepada 23 peratus dan 9.1 peratus menjelang tahun 1990. Dari segi kumpulan etnik, Bumiputera merupakan golongan miskin yang terbesar, merangkumi 74 peratus daripada isirumah miskin di Semenanjung Malaysia pada tahun 1970. Kadar kemiskinan dikalangan Bumiputera juga adalah yang tertinggi iaitu 65 peratus berbanding dengan 26 peratus dikalangan kaum Cina dan 39 peratus dikalangan kaum India.

2.04 Dari segi paras pendapatan, pendapatan purata isirumah pada tahun 1970 ialah hanya sebanyak $264 sebulan. Sebanyak 27 peratus isirumah memperolehi pendapatan?kurang dari $100 sebulan, manakala 31 peratus lagi diantara $100 hingga $200 sebulan.

2.05 Strategi serampang dua mata DEB yang kedua pula bertujuan untuk menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Matlamat ini diharap akan dapat dicapai melalui penyusunan semula corak gunatenaga, hakmilik modal saham dalam sektor syarikat dan pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

2.06 Teras utama strategi kedua DEB ini adalah untuk menyusun semula corak gunatenaga supaya menggambarkan komposisi penduduk berbagai kaum di negara ini untuk semua sektor dan semua peringkat pekerjaan dalam ekonomi. Matlamat ini penting memandangkan semasa DEB dilancarkan, struktur pekerjaan memperlihatkan ciri-ciri perbezaan yang amat ketara. Bumiputera tertumpu dalam sektor pertanian tradisional dan dalam ketegori pekerjaan yang berpendapatan rendah manakala kaum

bukan Bumiputera pula lebih tertumpu di sektor ekonomi moden dan di bidang profesional dan teknikal yang boleh menghasilkan produktiviti serta pendapatan yang lebih tinggi, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2-1. Pencapaian matlamat ini memerlukan usaha-usaha yang gigih ke arah meningkatkan mobiliti tenaga kerja secara meluas diantara sektor-sektor ekonomi. PenyerapanBumiputera dalam pekerjaan baru, terutamanya di sektor perindustrian dan perkhidmatan, perlu dikekalkan pada kadar yang tinggi.

2.07 Satu lagi unsur penting dalam strategi penyusunan semula masyarakat ialah pembentukan MPPB untuk memastikan penglibatan yang berkesan individu-individu Bumiputera dalam sektor-sektor moden. Matlamatnya ialah supaya dalam tempoh satu generasi, Bumiputera dapat memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30 peratus daripada semua kegiatan perdagangan dan perindustrian dalam ekonomi negara.

2.08 Dari segi penyusunan semula hakmilik modal pula, matlamat yang ditetapkan ialah untuk meningkatkan bahagian modal saham Bumiputera dalam sektor syarikat daripada 2.4 peratus dalam tahun 1970 kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 1990. Untuk mencapai matlamat ini, pemilikan Bumiputera dijangka berkembang pada kadar yang pesat sebanyak 30 peratus setahun berbanding dengan jangkaan 14.5 peratus setahun bagi keseluruhan modal saham sektor syarikat dalam tempoh yang sama. Hakmilik saham -bagi bukan Bumiputera dan rakyat asing pula dijangka berkembang pada kadar yang sederhana, masing-masing sebanyak 15.4 peratus dan 10.3 peratus setahun. Adalah menjadi matlamat RRJP1 bahawa menjelang tahun 1990, pemilikan modal saham Bumiputera dipertingkatkan kepada sekurang-kurangnya 30 peratus, sementara bahagian rakyat Malaysia yang lain dijangka meningkat daripada 34.3 peratus kepada 40 peratus, manakala rakyat asing pula berkurangan daripada 63.3 peratus kepada 30 peratus.

2.09 Di samping matlamat di atas, strategi penyusunan semula masyarakat adalah juga bertujuan untuk menghasilkan integrasi yang lebih kukuh antara negeri-negeri dan wilayah dalam negara. Matlamat ini dijangka dapat dicapai dengan melaksanakan

berbagai strategi dan program untuk mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah serta mewujudkan pengagihan yang lebih saksama. Untuk mencapai hasrat ini, usahausaha perlu dibuat bagi memperbaiki lagi peluang-peluang untuk meningkatkan kemajuan sosial dan ekonomi di kawasan-kawasan kurang maju di samping memudahkan mobiliti tenaga kerja antara wilayah dan pekerjaan. Rangka Ekonomi Makro RRJP1

2.10 Pencapaian matlamat DEB telah dirancang untuk dilaksanakan dalam konteks pertumbuhan ekonomi yang pesat. Oleh itu, strategi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dibawah RRJP1 telah ditetapkan pada kadar 8 peratus setahun. Kadar pertumbuhan ini adalah perlu bagi memastikan wujudnya peluang pekerjaan yang mencukupi untuk membolehkan penyusunan semula masyarakat dilaksanakan tanpa menjejaskan golongan lain di samping menyediakan khidmat sosial dan kemudahan infrastruktur yang diperlukan bag-i mencapai matlamat sosio-ekonomi DEB. Dengan pertumbuhan ekonomi pada paras 8 peratus setahun, kadar pengangguran dijangka dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus dalam tahun 1970 kepada 3.6 peratus menjelang tahun 1990, dan dengan itu mencapai paras gunatenaga penuh.

2.11 Prospek pertumbuhan ekonomi yang pesat dijangka berpunca daripada penggunaan kekayaan sumber-sumber asli negara bagi mempercepatkan pertumbuhan pengeluaran pertanian serta kemajuan industri berasaskan bahan mentah. Penggerak utama kepada pertumbuhan yang pesat ialah perkembangan pelaburan swasta dan awam. Dalam tempoh tersebut, pelaburan dijangka berkembang pada kadar 9.1 peratus setahun, manakala nisbah pelaburan kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) akan meningkat daripada 17.7 peratus dalam tahun 1970 kepada 22.3 peratus menjelang tahun 1990. Pelaburan awam dijangka meningkat pada kadar 10.1 peratus setahun. Sebahagian besar pelaburan tersebut adalah bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dan pembangunan luar bandar, di samping perusahaan awam yang bertujuan bagi mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti perdagangan dan perindustrian moden. Per-kembangan pelaburan awam yang pesat dijangka diikuti oleh

pelaburan swasta yang lebih menggalakkan iaitu pada kadar 8.5 peratus setahun dalam tempoh tersebut.

2.12 Penggerak yang kedua bagi meningkatkan ekonomi ialah perkembangan pesat eksport negara, yang diramal akan meningkat pada kadar 7.1 peratus setahun. Perkembangan eksport ini adalah penting untuk mendapatkan pertukaran asing yang mencukupi bagi membiayai import yang semakin meningkat, khususnya bagi tujuan pelaburan. Keluaran industri pembuatan, khususnya yang berasaskan sumber serta lain-lain industri yang mempunyai potensi untuk berkembang dijangka menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan pendapatan eksport. Eksport barangan pembuatan dijangka menyumbang sebanyak 38.1 peratus kepada jumlah eksport barangan dan perkhidmatan menjelang tahun 1990, berbanding dengan 12 peratus dalam tahun 1970. Import pula dijangka berkembang pada kadar 5.2 peratus setahun, selaras dengan usaha-usaha kearah penggantian import.

2.13 Tabungan negara sebagai nisbah kepada KNK dijangka meningkat daripada 14 peratus dalam tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990, sejajar dengan jangkaan pertambahan pendapatan. Ini akan membolehkan sebahagian besar pelaburan yang diperlukan dibiayai melalui sumber dalam negeri. Dengan jangkaan adanya pertambahan tabungan dan pendapatan eksport bersih, masalah sumber atau tukaran asing bagi pembentukan modal dijangka tidak timbul. Seterusnya, keperluan pembiayaan daripada sumber asing untuk menampung kekurangan sumber dalam negeri dijangka kecil dan kedudukan akaun imbangan pembayaran dalam tempoh RRJP1 dijangka memuaskan.

2.14 Dalam tempoh RRJP1, perubahan besar dijangka berlaku dalam struktur ekonomi. Pertumbuhan pesat KDNK seperti yang diunjurkan akan juga diikuti oleh pemodenaan dan kepelbagaian ekonomi negara.

2.15 Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar 5.4 peratus setahun hasil

daripada usaha-usaha meneroka tanah baru dan pembangunan in-situ, peningkatan produktiviti serta tanaman baru yang bernilai tinggi di samping meningkatkan pembangunan sektor perikanan dan ternakan. Sungguhpun demikian, sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi keseluruhannya adalah lebih kecil disebabkan oleh perkembangan pesat dalam sektor-sektor lain. Walau pun peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dijangka meningkat kadar peningkatan diramal rendah.

2.16 Sektor pembuatan akan menjadi sektor yang dijangka berkembang paling pesat dengan kadar pertumbuhan sebanyak 12.2 peratus setahun. Ini mencerminkan daya dinamis, kekuatan dan potensi sektor tersebut. Denganperkembangan pesat ini, sektor pembuatan dijangka menyumbang lebih daripada satu pertiga peningkatan KDNK. Faktor-faktor yang menjadi asas kepada perkembangan ini termasuklah sumber asli yang banyak, tenaga kerja yang ramai, peningkatan pendapatan swasta serta potensi untuk mengeluarkan barangan perantaraan dan barangan modal ekoran daripada perkembangan asas industri. Di samping pertumbuhan industri berintensif buruh seperti tekstil dan elektronik yang akan menjadi penggerak kepada perkembangan sektor pembuatan, industri-industri baru termasuk industri-industri barangan keluaran getah dan kayu, petro-kimia serta industri kerja logam akan muncul. Di akhir tempoh RRJP1, sektor ini dijangka menjadi sektor terbesar dalam ekonomi dengan sumbangan sebanyak 26.2 peratus kepada KDNK berbanding dengan 13.9 peratus pada tahun 1970, manakala peluang pekerjaan dalam sektor ini akan meningkat dua kali ganda daripada 8.7 peratus jumlah keseluruhan pekerjaan dalam tahun 1970 kepada 16.8 peratus menjelang tahun 1990.

2.17 Sektor perkhidmatan pula dijangka berkembang selaras dengan perkembangan keseluruhansektor-sektor lain dalam ekonomi. Pertumbuhan pesat dijangka akan dapat dilihat terutama dalam sektor elektrik dan air serta dalam sektor kewangan, bank, insuran dan hartanah, sejajar dengan usaha memperbaiki infrastruktur sosial dan fizikal serta pembangunan institusi. III : PENGALAMAN MASA LALU DAN PERSPEKTIF DI MASA HADAPAN

2.64 Pencapaian matlamat pertumbuhan dan sosio-ekonomi dalam tempoh RRJP1 pada keseluruhannya adalah membanggakan. Pengajaran dan pengalaman yang diperolehi daripada usahausaha pembangunan yang lalu akan menjadi asas yang amat berguna untuk merumus dasar dan strategi masa hadapan. Perspektif SosioEkonomi

2.65 DEB telah banyak menyumbang ke arah penyertaan yang seimbang dikalangan rakyat Malaysia dalam pembangunan negara. Oleh yang demikian, teras dasar ini akan terus dijadikan sebagai panduan dalam pembangunan negara dan dalam usaha untuk terus mengurangkan kadar kemiskinan tanpa mengira kaum dan ketidakseimbangan ekonomi untuk memastikan faedah pembangunan diagih dengan saksama. Walau bagaimanapun, perhatian yang lebih akan diberi kepada usaha mengatasi kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti dalam dua dekad pembangunan yang lalu.

2.66 Berhubung dengan usaha membasmi kemiskinan, walaupun pencapaiannya telah melebihi matlamat, masalah golongan termiskin yang akan terus wujud dalam dekad seterusnya perlu diberi perhatian. Arahaliran dan pengurusan sumber akan diperbaiki bagi memastikan kumpulan sasaran mendapat faedah yang sepenuhnya daripada usaha-usaha Kerajaan. Keutamaan akan diberi kepada peningkatan mutu kehidupan dari segi tempat tinggal dan kemudahan awam yang sewajarnya. Seterusnya masalah kemiskinan relatif juga akan di-beri perhatian yang lebih. Pembasmian kemiskinan relatif dan masalah golongan termiskin akan terus dilaksanakan tanpa mengira kaum.

2.67 Memandangkan kepada kurangnya pencapaian dari segi matlamat penyusunan semula masyarakat, usaha-usaha menyusun semula perlu ditumpukan secara lebih meluas bagi membolehkan Bumiputera memperkukuhkan dan memperluaskan asas ekonomi mereka, di samping meningkatkan daya saing dan kecekapan mereka dalam aktiviti-aktiviti ekonomi. Usaha-usaha untuk mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera dan meningkatkan hakmilik mereka dalam sektor syarikat akan terus dilaksanakan. Dalam meneruskan usaha-usaha ini, perhatian yang sewajarnya akan diberi kepada kedudukan sosio-ekonomi golongan minoriti dikalangan masyarakat

Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Kekuatan dan Ketahanan Ekonomi

2.68 Tumpuan pembangunan ekonomi dalam dekad sembilan puluhan adalah untuk meneruskan pertumbuhan pesat yang telah dicapai beberapa tahun kebelakangan ini serta mengukuh dan menguatkan daya berkembang. Memandangkan pertumbuhan ekonomi di masa hadapan akan dipengaruhi oleh perkembangan luar, langkah-langkah akan ditumpukan bagi meningkatkan ketahanan dan keteguhan ekonomi bagi mengurangkan kesan buruk ekonomi dunia. Daya penggerak kepada pertumbuhan ekonomi negara dijangka berpunca daripada perkembangan pesat aktiviti-aktiviti dalam negeri melalui peningkatan kegiatan nilai ditambah daripada sumber-sumber asli dan sumber-sumber baru yang boleh menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi.

2.69 Usaha-usaha yang lebih giat perlu dilaksanakan bagi meningkatkan pengembelingan sumber-sumber dalam negeri. Di masa lalu pertumbuhan ekonomi adalah dibiayai dari tabungan dalam negeri dan pinjaman asing. Jika negara ingin terus mengurangkan pergantungan kepada pinjaman luar negeri, sumber-sumber bagi pelaburan perlu dibiayai dari dalam negeri. Usaha-usaha meningkatkan kecenderungan menabung, dengan itu, perlu diteruskan. Pada masa yang sama, usaha untuk menarik kemasukan pelabur asing perlu dipergiatkan bagi memenuhi keperluan perkembangan pelaburan. Kecekapan Pelaburan

2.70 Sungguhpun negara telah berjaya meningkatkan pelaburan pada kadar purata 26.6 peratus dalam dekad tujuh puluhan kepada 32.1 peratus dalam dekad lapan puluhan, peningkatan tersebut tidak menghasilkan pertumbuhan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap kecekapan penggunaan modal adalah rendah. Ini antara lain disebabkan oleh sebilangan daripada pelaburan tersebut melibatkan infrastruktur fizikal dan penggunaan modal yang besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk mendapatkan pulangan. Dari perspektif faktor ketiga pula, kecekapan pengeluaran penggunaan teknologi baru dan keusahawanan adalah ditahap rendah.

2.71 Penekanan perlu ditumpukan kepada meningkatkan lagi kecekapan didalam ekonomi. Oleh itu, dasar-dasar akan ditumpukan kepada usaha untuk meningkatkan kecekapan modal, terutama melalui peningkatan penggunaan teknologi baru dan menambah kemahiran buruh serta pembangunan institusi dan infrastruktur. Selaras dengan langkah-langkah tersebut, usaha-usaha akan juga diambil bagi mengurangkan kesan gangguan dalam ekonomi dengan memudah dan melonggarkan lagi peraturan dan proses pentadbiran. Ia juga boleh dicapai melalui perubahan organisasi, kaedah pemasaran yang lebih baik dan pengurusan buruh yang lebih cekap.

Keteguhan Sektor Swasta

2.72 Sektor swasta dijangka memainkan peranan utama sebagai penggerak bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Walau bagaimanapun, diawal dekad lapan puluhan pertumbuhan sektor swasta adalah lembab dan hanya kembali teguh mulai tahun 1987.

2.73 Apabila negara melangkah ke dekad sembilan puluhan, sektor swasta akan menerajui perkembangan ekonomi. Sungguhpun dasar yang lebih fleksibal dan pragmatik merupakan teras kepada usaha-usaha Kerajaan bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta di dalam ekonomi, sektor swasta harus mengambil risiko dan mempunyai inisiatif serta berkesanggupan dalam memainkan peranan ini. Sektor swasta perlu berupaya merebut segala peluang bagi mempertingkatkan peranannya terutama dalam menceburi bidang-bidang baru dan menggunakan teknologi yang lebih baik.

2.74 Usaha-usaha yang lebih gigih dan bersepadu perlulah diteruskan bagi memperkenal dan memasarkan keluaran negara di pasaran antarabangsa. Penekanan akan diberi kearah mempertingkatkaan kecekapan dan daya pengeluaran bagi membolehkan usahawan Malaysia menjadi terkemuka di pasaran tersebut. Selain dari itu, sektor swasta harus lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada faedah

perlindungan tarif yang tinggi supaya kemampuan mereka untuk bersaing dapat dikekalkan dalam jangka panjang.Pembangunan dan Rantaian di Antara Sektor

2.75 Struktur ekonomi Malaysia telah mengalami perubahan yang ketara dalam tempoh RRJP1. Di samping pertukaran kearah struktur yang lebih kukuh, terdapat juga kelemahan-kelemahan dan batasan-batasannya, terutama di dalam dua sektor utama iaitu sektor pembuatan dan pertanian. Sektor perkhidmatan pula tidak berkembang sepesat yang dijangkakan.

2.76 Sektor pembuatan telah memberi sumbangan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi dan pewujudan pekerjaan. Di sebalik pertumbuhan yang pesat ini, ianya telah memperlihatkan beberapa kelemahan struktur. Pertumbuhan sektor industri masih tertumpu kepada beberapa industri seperti elektronik, tekstil dan pakaian yang bertujuan untuk eskport. Selain daripada tertumpu di kawasan perdagangan bebas, industri-industri tersebut mempunyai rantaian antara industri dan sektor yang terbatas di samping terlalu bergantung kepada kos upah yang rendah untuk terus mengekalkan daya saingan. Bagi industri-industri untuk pasaran dalam negeri pula, pertumbuhan terlalu bergantung kepada perlindungan yang tinggi, yang telah menyekat keupayaan mereka untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

2.77 Bagi sektor pertanian pula, masalah yang dihadapi oleh sektor ini adalah berpunca dari faktor-faktor luaran dan dalaman. Pada umumnya di pasaran antarabangsa, hargaharga bagi barangan pertanian telah mengalami kejatuhan harga sebenar. Bagi faktor dalaman pula, masalah yang dihadapi oleh sektor ini lebih merupakan masalah struktur. Tanah yang boleh diusahakan untuk tujuan pertanian di Semenanjung Malaysia adalah terhad. Manakala di Sabah dan Sarawak pula sungguhpun masih terdapat tanah yang luas, ianya sukar untuk diusahakan memandangkan kekurangan kemudahan infrastruktur dan ini menyebabkan usaha untuk membangunkannya agak terbatas. Kegiatan pertanian juga menghadapi masalah pulangan yang rendah dan kos buruh yang sentiasa meningkat. Ini menyebabkan sumber modal dan buruh berpindah ke sektor perindustrian yang memberi pulangan dan upah yang lebih tinggi. Ini telah

menimbulkan masalah seperti tanah terbiar dan kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan.

2.78 Sektor perkhidmatan telah menunjukkan beberapa kemajuan hasil daripada perkembangan di sektor-sektor utama ekonomi. Sektor ini di masa-masa lepas memainkan peranan sebagai sektor penyokong yang hanya berkembang selaras dengan perkembangan sektor-sektor lain dalam ekonomi. Sektor-sektor perkhidmatan tradisi seperti pengangkutan, perjalanan dan insuran, kewangan dan bank hanya dapat memenuhi keperluan dalam negeri dan tahap kecanggihannya masih ketinggalan berbanding dengan kemajuan di peringkat antarabangsa.

2.79 Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan bidang-bidang perkhidmatan yang tidak bergantung kepada perkembangan sektor utama, seperti industri riadah, pelancongan, pendidikan dan kesihatan yang disediakan oleh sektor swasta dan lain-lain perkhidmatan yang seumpamanya. Tambahan pula, bidang-bidang yang baru muncul yang dapat memberi pulangan yang tinggi seperti perkhidmatan juruperunding, teknologi maklumat dan lain-lain perkhidmatan ikhtisas telah berkembang agak perlahan. Perkhidmatan ini bukan sahaja diperlukan untuk memenuhi permintaan dalam negeri, tetapi juga harus dapat dieksport bagi tujuan mengurangkan defisit akaun sektor perkhidmatan dalam akaun imbangan pembayaran.

2.80 Pembangunan ekonomi yang berkekalan juga memerlukan asas S&T serta P&P yang kukuh. Perbelanjaan tahunan bagi P&P yang kurang daripada satu peratus daripada KNK adalah tidak setanding dengan lain-lain negara perindustrian. Tambahan pula, sumbangan sektor swasta kepada usaha ini masih lagi kecil iaitu hanya kira-kira 15 peratus dari jumlah keseluruhan perbelanjaan P&P. Di samping itu, kebanyakan kerja-kerja penyelidikan yang mempunyai nilai komersil yang dijalankan oleh institusi penyelidikan Kerajaan tidak dapat dimunafaatkan oleh sektor swasta untuk dijadikan projek komersial yang berdaya maju.

IV : PENUTUP 2.81 Arah pertumbuhan yang telah dirintis oleh negara dalam tempoh dua dekad yang lalu adalah amat membanggakan walaupun banyak rintangan yang terpaksa dilalui terutama semasa kemelesetan pada pertengahan dekad lapan puluhan. Kejayaan yang dicapai selama ini adalah hasil dari sumbangan semua rakyat Malaysia yang telah sanggup berkorban dan berusaha gigih dalam menghadapi cabaran. Dekad akan datang adalah lebih mencabar lagi terutama sekali apabila negara kita maju kehadapan demi untuk mengekalkan kejayaan yang dicapai. Ini memerlukan setiap rakyat Malaysia bersikap lebih dedikasi dan berdisiplin demi untuk melicinkan proses membina negara dan mempercepatkan pencapaian objektif perpaduan negara.

STRATEGI BASMI KEMISKINAN

PETALING JAYA: Strategi untuk membasmi kemiskinan di kawasan bandar perlu turut mengambil kira usaha dan langkah untuk membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin. Abdullah berkata dalam banyak aspek, kemiskinan di bandar secara tidak langsung mencerminkan kemiski-nan di kawasan luar bandar yang berkait rapat dengan penghijrahan luar bandar-bandar. Beliau berkata ramai penduduk luar bandar cenderung berhijrah ke bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan peluang kerja, dengan itu apabila mereka gagal mencapai semua itu, mereka menjadi golongan miskin di bandar. Oleh itu, katanya usaha untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan di kawasan bandar patut dilakukan serentak dengan usaha membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar. Jadi (jika) kelemahan ini dibiarkankita tidak akan selesai dengan (masalah kemiskinan) (ia) tidak akan jadi tamat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Mengenai Golongan Miskin dan Berpendapatan Rendah di Kawasan Bandar di sini kelmarin. Terdahulu, ketika berucap merasmikan persidangan itu, Abdullah ber-kata wujud keperluan untuk menyediakan dan memastikan pengagihan secara adil terhadap peluang-peluang berkualiti untuk menangani kemiskinan di kawasan luar bandar dan juga di kawasan bandar di negara ini. Abdullah berkata jika penduduk di luar bandar disediakan peluang ber-kualiti, ini akan membantu mereka meningkatkan pendapatan bagi kehidupan yang

lebih baik dan sekaligus dapat mengurangkan penghijrahan penduduk miskin ke kawasan bandar. Beliau berkata sebab itu kenapa kerajaan membangunkan kawasan koridor ekonomi di beberapa kawasan di negara ini. Katanya populasi di kawasan bandar di Malaysia terus bertambah dan kemiskinan di kawasan bandar kini menjadi isu yang semakin penting. Ketika semakin ramai penduduk Malaysia memilih untuk tinggal di bandaraya-bandaraya, kita akan dapati isu kemiskinan di Malaysia akan menjadi lebih bertumpu di bandar. Katanya kemiskinan di kawasan bandar adalah sukar untuk ditangani kerana ia melibatkan pelbagai faktor dan ini termasuk trend demografi jangka panjang seperti penghijrahan luar bandar-bandar, isu pengurusan ekonomi seperti pembangunan perin-dustrian, isu sumber manusia seperti kemasukan besarbesaran pekerja asing dan pelbagai elemen lain. Abdullah berkata semasa beliau mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau memastikan yang Misi Nasional yang merupakan kerangka dan garis panduan bagi pencapaian Wawasan 2020 akan mendukung prinsip Pertumbuhan Sak-sama dan teras ketiga misi itu mensasarkan ketidaksamaan dalam semua bentuk sama ada kemiskinan, pengagihan pendapatan, pemilikan ekuiti atau penyertaan dalam perdagangan dan industri. Abdullah berkata dalam menangani kemiskinan, kita perlu memastikan supaya tidak menggunakan kaedah lama. Daripada memberikan ikan untuk mereka makankita perlu berikan mereka pancing kerana mereka boleh dapat lebih lagi daripada yang kita berikan (kepada mereka). Jadi dengan itu kita perlu pastikan pengagihan

saksama terhadap peluang berkualiti kepada mereka tanpa mengira kaum. Untuk menangani kemiskinan kita perlu membina kapasiti mereka bagi membolehkan mereka menjana pendapatan lebih baikdan juga memastikan pendidikan berkualiti, katanya. Abdullah berkata untuk membantu golongan miskin, kerajaan memperuntukkan sejumlah besar dana bagi tujuan subsidi pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan awam. Abdullah berkata sungguhpun kerajaan telah berjaya dalam beberapa aspek untuk membasmi kemiskinan di kawasan bandar, bagaimanapun untuk benarbenar berjaya ia memerlukan penyelesaian lebih kreatif seperti men-yegerakan usaha memperbaiki penyelarasan antara pelbagai agensi kerajaan dan mempunyai pangkalan data berse-padu merupakan permulaan yang baik. Pangkalan data hanya berfaedah kepada agensi yang menggunakannya. Kita perlu pastikan semua agensi relevan menggunakannya secara aktif dan mengemas kini pangkalan data E-Kasih dan ia perlu dikongsi dengan NGO, kata Perdana Menteri. Katanya agensi-agensi kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan pemegang amanah lain dalam menangani kemiskinan, terutamanya kemis-kinan di bandar berikutan keadaan kepelbagaian kemiskinan di bandar. Pendekatan kita terhadap masalah ini juga perlu secara holistik dan komprehensif. Agensi-agensi perlu bersedia untuk turun padang membantu dan juga menggaji lebih ramai kakitangan daripada latar belakang berbeza yang memahami dan boleh berkomunikasi untuk membantu golongan miskin. Syarikat swasta juga boleh memainkan peranan untuk menangani kemiskinan di bandar, khususnya dalam mewujudkan peluang kerja dan kemudahan. Selain itu, perbadanan juga perlu memikirkan bagaimana cara

terbaik mengubah program tanggungjawab sosial mereka yang sedia ada bagi memberikan lebih banyak faedah kepada golongan miskin dan kurang kemampuan di bandar, katanya. Abdullah berkata beliau percaya NGO boleh dan dapat memainkan peranan lebih besar dalam menangani kemiskinan di kawasan bandar, lebih-lebih lagi mereka berpotensi membantu usaha kerajaan untuk mengenal pasti isirumah miskin di bandar yang perlukan bantuan. Dalam ucapannya, Perdana Menteri juga berkata Malaysia mempunyai rekod cemerlang dalam membasmi kemiskinan menerusi Dasar Ekonomi Baru, tanpa mengira kaum. Sejak itu, kerajaan telah mencapai banyak kejayaan dalam usaha untuk membasmi kemiskinan. Dalam tempoh hanya lebih 30 tahun dari 1970 hingga 2007, peratus mereka yang tergolong miskin daripada isirumah Malaysia telah menurun daripada 49.3 peratus kepada 3.6 peratus.

KEMISKINAN BANDAR: PENSWASTAAN KAWASAN SETINGGAN DAN PEMINGGIRAN SOSIAL Oleh : Khairol Azli Mohamad

A.

PENDAHULUAN

Kertas kerja ini akan mengupas isu kemiskinan dengan menumpukan kepada kemiskinan bandar dengan isu penswastaan kawasan setinggan dan peminggiran sosial yang yang dipetik daripada tajuk kertas kerja 4 dan 8 iaitu Peminggiran Sosial Dan Kemiskinan Melayu Bandar dan Penswastaan Kawasan Setinggan: Halangan Dan Kejayaan.

Sebenarnya isu kemiskinan merupakan satu topik yang sering kali menjadi topik perbualan dan perbincangan di mana-mana jua, di warong-warong kopi mahupun di seminar-seminar yang dianjurkan oleh badan kerajaan juga swasta. Ianya bukan sahaja melanda negara-negara miskin seperti Bangladesh, India dan Nepal malah kemiskinan juga menyerang negara-negara maju di Amerika Syarikat, England dan Jepun. Walaupun berbagai usaha yang dilakukan oleh banyak pihak untuk membasminya namun ianya tetap berlaku. Dalam isu kemiskinan ini, banyak juga kajian berhubung dengan kemiskinan yang dilakukan dan pelbagai teori pemikiran yang dikemukakan menggunakan pendekatan yang berbeza dan ada antara mereka yang lebih menekankan dari segi emosional dan perasaan yang dilandasi oleh unsur moral dan kemanusiaan. [1] Ada juga yang melihanya dalam aspek yang lain kerana kemiskinan sebenarnya merupakan satu isu yang subjektif untuk diperbincangkan dan boleh dilihat dari pelbagai aspek. Kemiskinan sering dikaitkan dengan faktor ekonomi, pertumbuhan dan sistem agihan yang dijalankan oleh kerajaan berdasarkan sistem-sistem ekonomi kapitalis, sosialis atau campuran. Ini kerana sistem agihan dan pertumbuhan akan memberi kesan kepada

kemiskinan sesebuah negara. Selain itu, kemiskinan juga dikaitkan dengan masalah atau gejala sosial yang berlaku di sesebuah tempat dan sebagainya kerana kemiskinan dikatakan sebagai salah satu faktor kepada gejala sosial yang berlaku.

Dari segi ukuran kemiskinan, ianya adalah berbeza mengikut tempat, keadaan dan masa. Di Amerika contohya pendapatan di bawah RM1000 adalah sudah dianggap miskin berbeza dengan negara kita. Di Malaysia beberapa pengkaji seperti Chamsuri Siwar telah menggunakan tiga Pendekatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk mengenal pasti kemiskinan yang berlaku di Malaysia iaitu PGK Nasional RM425, PGK DBKL RM500 yang berasaskan kos sara hidup di bandar dan PGK RM700 sebagai patokan kelayakan bagi permohonan rumah kos rendah[2]. Golongan yang pendapatan seperti inilah akan diklasifikasikan sebagai golongan miskin jika pendekatan ini digunakan. Ramai pakar sains sosial yang berpendapat bahawa punca utama kemiskinan adalah akibat sistem ekonomi yang berlaku dan diamalkan namun sebenarnya ianya bukannya bersifat mutlak kerana banyak faktor lain lagi yang menyumbang ke arah terjadinya masalah ini. Pendapat berasaskan bahawa tujuan utama di sebalik pertumbuhan ekonomi yang berkembang di negara barat pada dekad selepas kemelesetan ekonomi yang teruk pada tahun 1930-an akibat kemusnahan yang dasyat disebabkan Perang Dunia ke-II adalah untuk mengembangkan strategi bagi memaksimumkan kadar pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK). Teori yang dibuat ialah semakin tinggi kadar pertumbuhan yang dicapai melalui penggunaan sepenuhnya sumber sedia ada dengan sendirinya akan menangani isu pengagihan seperti kemiskinan dan ketaksamaan. Bahkan isu pengagihan sebenarnya tidak dapat lari dari isu pertumbuhan dan pemaksimuman pengeluaran dianggap satu-satunya petunjuk pertumbuhan yang dapat memenuhi keperluan manusia sama ada fizikal atau material. [3] Teori ini sebenarnya dipraktikkan dinegara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang akhirnya membawa pergolakan sosial, politik, dan ekonomi yang timbul akibat kemiskinan yang teruk, keadaan seba kekurangan yang melampau dan perasaan tidak puas hati. Ini disebabkan sistem ekonomi tersebut hanya menekankan terhadap kemajuan fizikal dan material sahaja sehingga mengabaikan faktor

kemanusiaan, keagamaan dan moral. Ini melahirkan gejala kemiskinan yang serius dikebanyakan negara di dunia termasuklah di negara-negara maju yang rata-rata kedapatan rakyat mereka yang tidak mempunyai rumah kediaman serta penjagaan sosial yang baik.

Namun begitu, bukan sahaja faktor ekonomi sahaja yang menjadi penyebab kepada kemiskinan, malah banyak lagi faktor lain seperti faktor peperangan seperti di Kosovo, faktor bencana alam seperti di Bangladesh, faktor politik seperti di Brazil, dan sebagainya yang menjadi punca kemiskinan. Ini kerana pada asasnya kemiskinan wujud hasil daripada interaksi atau hubungan yang membabitkan semua aspek yang berkaitan dengan manusia dan kehidupannya. Dalam analisis sosio-ekonomi, masalah kemiskinan sering dikaitkan dengan aspek sosio-budaya kerana manusia hidup dalam suatu lingkungan kebudayaan yang membangun tingkah laku masyarakatnya. [4] Sebagai contoh peratusan penduduk di bawah garisan kemiskinan di negara miskin dan membangun termasuklah di Indonesia (1972 88) sebanyak 58 %, Singapura (197282) sebanyak 31 %, Thai (1962 86) sebanyak 65 %, dan India (1972 83) sebanyak 71%.[5] Di Malaysia pula peratus penduduk di bawah paras kemiskinan ialah 37 peratus dari tahun 1973 sehingga 1987 dan sehingga bulan April tahun 1994 sejumlah 105 844 keluarga termiskin telah didaftarkan di seluruh negara sebagai penerima bantuan daripada agensi kerajaan. Seramai 72 843 keluarga di Semenanjung Malaysia dan selebihnya di Sabah dan Sarawak. Lima negeri kemiskinan tertinggi ialah Kelantan (23 567), Sarawak (16 795), Sabah (16 404), Kedah (13480), dan Terengganu (10, 088). Pada tahun 1995, kemiskinan di Malaysia terus berkurangan kepada 8.9 peratus dan 6.1 peratus pada tahun 1997 selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat.[6] Walau bagaimanapun pada tahun 1998, kadar kemiskinan meningkat sedikit berbanding dengan tahun 1997[7] berikutan keadaan ekonomi yang jatuh pada bulan Julai tahun yang sama.[8]Negara juga dijangka mencatatkan kadar kemiskinan sebanyak 5.5 peratus pada tahun 2000 nanti.[9] Di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kadar kemiskinan 0.5 peratus pada 1995 dan 0.1 peratus pada 1997.

B.

KONSEP-KONSEP UTAMA Di dalam kajian berhubung dengan kemiskinan bandar beberapa konsep utama

dapat di utarakan di sini yang boleh membantu memperjelaskan tentang konsep kemiskinan bandar itu sendiri. Antaranya ialah:

Konsep Kemiskinan Pentakrifan kemiskinan tidak dapat dinyatakan secara tepat dan mutlak kerana ia merupakan satu istilah yang subjektif. Namun begitu kemiskinan biasanya dikaitkan dengan kekurangan pendapatan, kesusahan dan ketidakmampuan individu dan isi rumah untuk memenuhi keperluan harian.

Secara umumnya kemiskinan yang ditakrifkan oleh Charles Booth (disebut dalam Holman, 1978:3) sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang susah untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup yang mencukupi. Definisi ini menjelaskan hubungan antara kemiskinan dan ketidakmampuan dalam memenuhi keperluan yang minimum bagi mengekalkan kecekapan fizikal atau bagi memenuhi keperluan asas.

Ahli-ahli ekonomi pula menggunakan pendapatan sebagai asas ukuran bagi garis kemiskinan. Mereka menumpukan kepada garis pendapatan minimun yang diperlukan oleh isi rumah itu bukan sahaja untuk memenuhi zat tubuh badan tetapi juga untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup yang lain. Jika seseorang berada di bawah garis tertentu yang ditetapkan, maka ia dianggap miskin kerana garis pendapatan itu telah mengambil kira jumlah yang diperlukan untuk mendapatkan keperluan asas di peringkat secukup hidup. Garis ini adalah membezakan mereka dengan golongan lain. Namun jumlah ini adalah agak sukar untuk dijadikan ukuran kerana taraf hidup sesuatu kawasan adalah berbeza. Contohnya di Malaysia, anggaran kemiskinan pada tahun 1997 adalah berdasarkan kepada pendapatan garis kemiskinan berikut: iaitu RM460 sebulan bagi saiz isi rumah 4.6 di Semenanjung, RM 633 sebulan bagi isi rumah 4.9 di Sabah dan RM 543 sebulan bagi saiz isi rumah 4.8 di Sarawak[10]

Ahli-ahli sosiologi pula tidak meletakkan pendapatan semata-mata sebagai asas ukuran mereka, tetapi juga pada faktor-faktor lain seperti agihan pendapatan dan peluang sosial. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada dalam penghuraian sebab dan akibat kemiskinan yang dialami oleh sesuatu golongan. Contohnya aspek ketidakseimbangan sosial sebagai puncak kepada kepincangan ekonomi.

Ketidaksamaan ini akan menjadi satu faktor kepada kepincangan sosial dalam masyarakat (Gunnan Myrdal, 1970). Sumbangan paling penting ahli sosiologi ialah bila mereka menentukan kemiskinan berdasarkan kepada kedudukan seseorang dalam masyarakat. Hal ini bermakna golongan miskin ialah yang berada di peringkat paling bawah dalam struktur stratifikasi masyarakat (lower less person). Lewis

(Moyniham, 1969:182) menjelaskan bahawa golongan kelas bawahan ini mempunyai sifat dan ciri-ciri budaya tersendiri yang dikenali sebagai culture of poverty. Penjelasan ini memberikan gambaran tentang golongan miskin dan menunjukkan bahawa struktur stratifikasi masyarakat yang berbeza memainkan peranan penting kepada petunjuk kemiskinan dan ketaksamaan sosial. Dr. Syed Hussin Ali (1964) pula berkata, golongan miskin adalah mereka yang mempunyai kelas, status sosial dan kuasa yang paling rendah dalam masyarakat. Golongan tersebut dikatakan miskin kerana pendapatan daripada kerja mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas dan kemudahan sosial yang dimiliki sekurang-kurangnya pada kadar yang paling minimun. Kesimpulannya, menurut beliau, terdapat tiga faktor yang dapat dijadikan ukuran dan perbezaan ekonomi antara golongan miskin dan masyarakat lain iaitu pendapatan, pemilikan dan kerjaya dan seterusnya struktur stratifikasi masyarakat[11].

Konsep Kemiskinan Mutlak

Konsep kemiskinan mutlak merupakan satu konsep yang menggunakan satu ukuran yang menggunakan jumlah pendapatan isi rumah sebagai kayu ukur garis kemiskinan

sesebuah masyarakat. Sebagai contoh di Malaysia adalah seperti yang telah dinyatakan dalam petunjuk garis kemiskinan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi tahun 1997 yang terdapat dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Kemiskinan mutlak adalah bersifat mutlak dengan diwakili oleh jumlah pendapat isi rumah yang secara jelas dapat menggambarkan kuasa beli yang ada pada keluarga terlibat sekaligus memberi kesan kepada kepenggunaannya. Pendapatan yang kurang akan mengakibatkan kuasa beli dan kepenggunaan menurun seterusnya akan menjejaskan keselesaan dalam kehidupan seharian.

Namun begitu, petunjuk ini adalah tidak tetap dan sering berubah kerana ia adalah berdasarkan kepada nilai mata wang dan taraf hidup semasa bagi penduduk dalam kawasan tersebut yang nyata berbeza mengikut masa dan tempat.

Konsep Kemiskinan Relatif

Konsep kemiskinan relatif pula ialah konsep kemiskinan yang dilakukan dengan membandingkan purata pendapatan dan bahagian pendapatan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara berbagai-bagai kumpulan penduduk sama ada mengikut purata pendapatan, etnik, kawasan kediaman dan sebagainya. Melalui cara ini mereka yang dianggap miskin ialah golongan yang menerima pendapatan paling rendah dari segi agihan pendapatan negara. Mengikut Bank Dunia, mereka berkisar pada 40 peratus penduduk yang termiskin dalam sesebuah masyarakat. Kebajikan yang diterima oleh kumpulan ini pada teorinya juga adalah rendah jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain[12].

Konsep Kemiskinan Psikologi-sosial Konsep kemiskinan psikologi-sosial juga dapat digunakan untuk mengetahui ukuran kemiskinan. Pendekatan ini dikenali juga sebagai teori psikologikal digelar oleh

Frank atau psikodinamik oleh Havens. Teori ini memberikan tumpuan utama kepada aspek kehidupan dan keperibadian individu itu sendiri. Ianya adalah meliputi ciri-ciri sosial, budaya dan psikologi individu yang dianggap penting serta boleh menggalakkan modenisasi dan pembangunan ekonomi masyarakat tersebut. Dengan kata lain, peranan character dan personality individu sebagai faktor yang akan membawa kepada perubahan sosial dan pembangunan dalam masyarakat. Tokoh-tokoh dalam pendekatan ini menekankan kepada dua faktor utama iaitu pertama, faktor psikologi, iaitu yang berkisar mengenai mentaliti dan budaya masyarakat setempat. Sama ada mudah mengalah, kurang motivasi, latihan dan sebagainya. Dan yang kedua ialah faktor kebudayaan tradisional yang menjadi tradisi dan budaya masyarakat setempat. Contohnya sikap konservatif yang tak mahu menerima perubahan dalam sistem sosial, ekonomi dan politik mereka.

C.

ISU-ISU SOSIAL

Isu Kemiskinan Bandar

Tahun 1950-an dan 1960-an, Malaysia merupakan sebuah negara yang cepat membangun sehinggakan penekanan terhadap aspek kemiskinan terabai. Ini mengakibatkan berlakunya peristiwa berdarah pada Mei 1969 yang berlaku antara sebabnya ialah akibat jurang perbezaan kemiskinan yang begitu ketara antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Selepas itu kerajaan telah menggubal dasar baru agar jurang kemiskinan dirapatkan iaitu Dasar Ekonomi Baru pada 1970. Hasilnya, ramai usahawan bumiputera dilahirkan untuk mengimbangi usahawan dari kaum lain.

Namun begitu masih ramai lagi yang berada pada tahap kemiskinan. Lahirnya istilah kemiskinan bandar yang kebanyakan mereka adalah penghijrah daripada luar bandar terutamanya di Kuala Lumpur. Sejak dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970, ramai penduduk luar bandar telah berhijrah ke bandar-bandar besar yang

mempunyai peluang ekonomi yang lebih cerah. Mereka berhijrah ke bandar sematamata ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus berbanding di luar bandar. Ramai daripada mereka berjaya merebut peluang yang ada di bandar dan tidak kurang juga yang kurang berjaya. Maka lahirlah istilah kemiskinan bandar yang mana peratusan besar mereka adalah golongan penghijrah tadi.

Antara faktor kemiskinan bandar menurut pendapat ahli sosiologi, golongan ini ialah pertamanya mereka tidak sanggup atau tidak berupaya merebut segala peluang ekonomi oleh kerajaan, kedua, tidak berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada Program Rakyat Termiskin, ketiga, semata-mata berserah kepada nasib dan takdir dan yang keempat ialah institusi keluarga yang tidak stabil.[13] Isu kemiskinan bandar juga sering dihubungkan dengan persoalan-persoalan

produktiviti ekonomi yang rendah, pendapatan isirumah yang kurang, kesukaran untuk mendapatkan kesampaian kepada kemudahan-kemudahan dan peluang-peluang ekonomi.[14] Walau apa pendapat pakar sosiologi sekalipun, yang nyata isu kemiskinan bersifat kompleks dan mempunyai pelbagai dimensi yang berbeza dan banyak faktor yang berinteraksi secara dinamik yang menyumbang ke arahnya.

Walaupun kerajaan telah melakukan berbagai-bagai usaha untuk membasmi kemiskinan khususnya kemiskinan bandar seperti Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), namun isu kemiskinan bandar masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya dan dijangka akan menjadi lebih parah dengan pesatnya proses perbandaran dan pertambahan penduduk bandar. Penduduk bandar mencapai 53 % daripada jumlah penduduk pada tahun 1993 dan pada tahun 2000 dijangka akan meningkat melebihi 60 % akibat proses migrasi desa dan antarabangsa. [15] Ini akan menambahkan lagi masalah kemiskinan bandar. Pertambahan penduduk di bandar sebenarnya memerlukan kepada kepada

kemudahan dan perkhidmatan bandar seperti kemudahan perumahan yang meliputi

kemudahan pembentungan, pembuangan sampah, rekreasi, persekolahan, kesihatan, bekalan air, letrik dan sebagainya untuk hidup selesa. Kekurangan rumah kos rendah serta harga rumah yang melambung menyebabkan ramai golongan penghijrah mendirikan kawasan setinggan di tanah kerajaan. Ini akan merosakan persekitaran bandar dan boleh menjejaskan imej negara kita.

Isu Penswastaan Kawasan Setinggan

Golongan setinggan telah pun dikenalpasti sebagai salah satu golongan miskin bandar. Dalam fasa perlaksanaan Dasar Ekomomi Baru (DEB) yang menggalakkan penghijrah golongan bumiputera ke bandar dan kawasan industri melalui strategi penyusunan semula masyarakat. Walau pelbagai usaha yang di buat untuk menyusun kembali petempatan setinggan yang kebanyakan didiami oleh bumiputera, status mereka sebagai golongan miskin bandar akan kekal untuk beberapa lama yang akan datang. Menyedari masalah ini, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk memenuhi keperluan perumahan golongan miskin bandar. Kerajaan telah menubuhkan Tabung Dana Rumah Kos Rendah yang bernilai RM 1.1 billion pada tahun 1994. Dan pada bulan Ogos dalam tahun yang sama juga diadakan Tabung Pusingan Rumah Kos Rendah yang bernilai RM 500 juta.[16]

Namun begitu pelbagai masalah timbul kerana kerajaan tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk membiayai sepenuhnya kos perumahan tersebut demi untuk mendahului projek-projek yang bersifat mega seperti pembinaan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya yang bernilai RM 20.1 billion[17], Lebuh Raya dan Jalan Raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang bernilai RM 10.0 billion[18] dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor yang bernilai RM 9.0 billion.[19] Justeru, sebagai langkah alternatif, penswastaan setinggan diambil sebagai langkah alternatif iaitu dengan menyediakan perumahan kos rendah melalui pihak swasta yang

dijangka akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih efisen sekaligus dapat membantu golongan miskin bandar untuk menikmati kawasan perumahan yang selesa.

Matlamat utama kerajaan mewujudkan dasar penswastaan dan demokrasi Pemilikan rumah ialah untuk selain untuk meluaskan peranan sektor swasta dalam sistem pengagihan rumah kos rendah ialah untuk memperluaskan pemilihan dan pemilikan rumah. Untuk lebih menarik minat pihak swasta memasuki projek perumahan kos rendah, tanah disediakan oleh pihak kerajaan dan ini akan menjimatkan lagi kos pembinaan untuk memenuhi objektif sosial iaitu untuk membantu golongan miskin bandar. Dan sejak Rangcangan Malaysia Keempat pihak swasta yang ingin mengadakan projek perumahan diwajibkan oleh pihak kerajaan untuk membina sekurang-kurangnya 30 peratus perumahan kos rendah daripada keseluruhan projek mereka. Namun begitu perumahan kos rendah sering kali dikaitkan dengan bahan binaan yang bermutu rendah dan tidak berkualiti, ruang yang sempit dan kurang selesa membuatkan ramai penghuni setinggan tidak mahu berpindah.

Peminggiran Sosial

Isu kemiskinan dengan isu peminggiran sosial pada hakikatnya amat berkait rapat antara satu sama lain namun tak banyak kajian mengenainya diketengahkan. Ini penting untuk menyelesaikan sekurang-kurang isu peminggiran sosial yang berlaku terhadap golongan miskin amnya dan golongan miskin bandar khususnya.

Pada tahun awal kemerdekaan Malaysia, ekonomi negara begitu pesat membangun sehingga wujud jurang perbezaan yang ketara antara kaum di Malaysia. Keadaan sosio-ekonomi kaum masing-masing ditetapkan terhad di kawasan tertentu sahaja dengan aktiviti ekonomi tertentu iaitu kaum Cina di bandar, Melayu di kampungkampung, dan India di estet-estet. Ini mengakibatkan jurang perbezaan yang ketara antara kaum sehinggalah tercetusnya peristiwa berdarah pada Mei 1969.

Ini merupakan salah satu kesan peminggiran sosial yang berlaku terhadap golongan miskin yang kebanyakannya dari golongan Bumiputera. Tidak dinafikan bahawa Tragedi Berdarah Mei 1969 ini merupakan rentetan daripada sentimen yang wujud sebelum merdeka lagi, tetapi masyarakat bumiputera dirasakan dipinggirkan dalam sektor sosio-ekonomi. Mereka tidak diberi peluang untuk merebut peluangpeluang ekonomi yang ada dan peminggiran sosial terus wujud.

Peminggiran sosial dikalangan keluarga Melayu termiskin ini berlaku apabila sebllangan daripada para penghijrah luar bandar yang miskin mula menetap di kawasan perbandaran. Mereka ini terus terpinggir tanpa menerima sebarang bentuk maklumat dan bentuk bantuan yang bakal diterima. Mereka bukan sahaja terpinggir dari sebarang bentuk bantuan dari mana-mana pihak bahkan turut terpinggir dalam sistem sosial dan ekonomi bandar terutamanya dalam dunia perkerjaan.[20]

Peminggiran sosial bukan sahaja meliputi tentang aspek perumahan, pekerjaan atau kesihatan bahkan ianya lebih luas dalam konteks masyarakat mencakupi aspek mobiliti, dalam masyarakat komunikasi, pekhidmatan kewangan, penyertaan dalam organisai politik dan sebagainya.[21] Dalam hal ini peminggiran merujuk kepada situasi atau ketidakmampuan seseorang untuk turut serta menikmati beberapa aspek kehidupan moden yang diakui oleh masyarakat sebagai kehidupan yang mencukupi. Ketidakmampuan tersebut menyebabkan mereka terpinggir atau terketepi daripada memperolehi keperluan asas dan kemudahan sosial yang lain pada kadar yang paling minimum. Oleh itu kekurangan dan peminggiran mempunyai kaitan yang rapat dengan kemiskinan.[22] Seorang pakar sosiologi yang bernama William dalam artikelnya yang

bertajuk, Exclusion: The Hidden Face Of Poverty, menyatakan golongan yang dinafikan hak sosial oleh kerajaan akan mewujudkan satu pembagian kelompok yang berasingan dari keseluruhan penduduk.[23] Seterusnya golongan ini akan terus terpinggir daripada masyarakat daripada terus mendapat peluang-peluang ekonomi yang wujud di kawasan tersebut. Ini berlaku dikawasan setinggan.

Peminggiran sosial bukan sahaja wujud dalam aspek ekonomi bahkan juga wujud dalam aspek leisure dan komunikasi. Menurut Tomlinson (1986) beberapa bentuk sukan masa kini amat mahal dan tidak sesuai terhadap golongan miskin. Contoh sukan yang agak mahal dan tidak mampu dinikmati oleh golongan miskin ialah golf, tenis dan sebagainya.[24] Golf contohnya memerlukan perbelanjaan yang mahal, umpamanya kos untuk membeli set untuk untuk bermain golf sahaja sudah menelan belanja beribu ringgit yang sama sekali menafikan hak golongan miskin untuk menikmatinya.

Dari sudut politik pula, menurut Ward (1686) yang menulis artikel Excluding the Poor, mengambil bahagian dalam secara aktif dalam organisasi politik tidak dianggap satu gaya hidup yang penting pada abad ke-20, sebaliknya ia merupakan satu unsur bagi menjayakan sistem demokrasi. Oleh itu, sesiapa yang terpinggir daripada menyertai organisasi politik secara aktif sama ada disebabkan oleh kekurangan wang, masa pengetahuan atau pengalaman akan mendapati kekurangan peluang penyertaan dalam proses yang demokratik seterusnya akan mengalami juga kekurangan yang lain seperti sukar mendapatkan pekerjaan, gaji yang rendah dan sebagainya. Ini menunjukkan peminggiran daripada menyertai kegiatan dalam dalam organisasi politik menyebabkan pula kekurangan dalam berbagai aspek kehidupan dan peluang sosioekonomi yang lebih baik.[25]

Jelaslah kepada kita bahawa konsep kekurangan, kemiskinan dan peminggiran sosial amat berkait rapat. Ini kerana dalam kemiskinan bukan sahaja kekurangan wujud dari aspek kekurang pendapatan, peluang-peluang dalam ekonomi, dan sebagainya bahkan turut mengalami peminggiran dari aspek sosial. Pemahaman yang mendalam tentang peminggiran sosial amatlah penting kerana dengannya kita dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang kemiskinan yang diperbincangkan terutamanya berhubung dengan kemiskinan bandar.

D. KOMENTAR DAN CADANGAN

Saya berpendapat tajuk Kemiskinan Bandar: Penswastaan Kawasan Setinggan Dan Peminggiran Sosial perlulah diperbincangkan dengan lebih mendalam agar beberapa isu sosial dapat diselesaikan. Seminar akademik dan kajian kajian-kajian ilmiah patut diperbanyakkan demi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan masalah sosial lain yang berkait dengan isu ini. Walaupun isu kemiskinan tidak dapat diselesaikan secara total, sekurang-kurangnya isu lain yang bersangkut paut dengannya dapat diselesaikan. Sebagai contoh, isu kemiskinan bandar adalah berkait rapat dengan isu penswastaan setinggan dan juga isu peminggiran bandar.

Dalam teori ekonomi Islam, kemiskinan sering kali dikaitkan dengan masalah sosial yang lain seperti keruntuhan moral di kalangan remaja, masalah penagihan dadah, pelacuran dan sebagainya. Walaupun kemiskinan bukanlah semata-mata faktor yang menyebabkan kewujudan masalah-masalah tadi tetapi masalah kemiskinan turut dikatakan sebagai penyumbang besar ke arah timbulnya masalah-masalah tadi. Ini lebih-lebih lagi dalam isu kemiskinan bandar, jurang perbezaan dari segi sosio-ekonomi membuatkan wujudnya tekanan yang hebat dalam jiwa mereka. Tekanan-tekanan seperti ingin mendapatkan wang dengan cepat mengakibatkan mereka mencuri, merompak, berjudi dan sebagainya. Ini membuatkan sesebuah negara akan menjadi kacau bilau, penuh dengan gejala yang kurang sihat dan keharmonian sesebuah negara turut lenyap.

Kemiskinan bandar juga membuatkan tekanan kejiwaan dalam diri mereka. Tekanan terhadap masalah harian seperti kehidupan yang terus menerus yang tidak selesa, masalah kekurangan kemudahan asas di kawasan mereka menyebabkan mereka mencari saluran untuk lari daripada masalah mereka dan wujudlah gejala sosial yang lain seperti lepak, bohsia, lumba haram dan sebagainya. Ianya wujud akibat tekanan yang hebat dalam hidup mereka.

Kemiskinan juga boleh mengakibatkan konflik keluarga tercetus sehingga runtuhnya institusi keluarga. Apabila institusi keluarga telah lebur maka semakin banyaklah isu-isu sosial yang timbul selepas itu. Tambahan pula dengan isu peminggiran sosial, maka makin bertambahlan masalah dan tekanan dikalangan penduduk miskin bandar sekaligus makin menjadi-jadilah masalah sosial yang lain.

Selain itu, kemiskinan bandar yang kebanyakannya daripada mereka dari golongan setinggan turut memberi masalah kepada negara. Masalah setinggan ini juga merupakan satu masalah yang serius. Banyak kes-kes gejala sosial yang dicatatkan dilakukan oleh penduduk setinggan akibat tekanan dan peminggiran yang mereka hadapi. Kawasan setinggan yang ada juga boleh mencacatkan permandangan persekitaran sesebuah bandar seperti Kuala Lumpur. Ini boleh menjejaskan negara kita yang sedang menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020.

Sesungguhnya kemiskinan merupakan satu masalah sosial yang patut ditangani oleh semua pihak. Ini kerana ia merupakan tanggungjawab sosial yang membebani semua pihak untuk diselesaikan. Kemiskinan merupakan satu masalah yang serius dan ia berkait rapat dengan masalah-masalah yang lain seperti yang disebutkan sebahagiannya di atas.

Namun saya lebih berpendapat bahawa isu kemiskinan bandar lebih merupakan tanggungjawab sosial kerajaan. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah kemiskinan bandar haruslah dipuji kerana peratusan kemiskinan berjaya dikurangkan dari awal pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hingga sekarang. Langkah tersebut temasuklah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), penswastaan perumahan setinggan, dan juga mewujudkan beberapa intitusi seperti Amanah Saham Bumiputera, Tabung Amanah IKHTIAR dan sebagainya.

Dalam isu penswastaan perumahan setinggan contohnya, langkah yang tegas perlu diambil oleh kerajaan kerana isu ini merupakan isu terpenting dalam kes kemiskinan bandar. Rata-rata masyarakat setinggan masih belum menikmati

perumahan yang selesa akibat kos membeli rumah yang terlampau tinggi, kekurangan rumah murah, dan beberapa masalah yang lain. Langkah penswastaan kawasan setinggan merupakan langkah yang bijak dengan menetapkan bahawa pemaju perumahan dimestikan membina 30% perumahan kos rendah memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan yang mencikupi untuk membina rumah kos rendah. Namun ini tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju kerana risiko kerugian dan tidak mendapat untung yang lebih. Ini menimbulkan masalah kepada pemaju yang mahukan keuntungan yang maksimum. Maka usaha ini tidak berjaya sepenuhnya kerana masih wujud perumahan setinggan. Oleh itu, kerajaan sepatutnya mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab ini kerana ia adalah tanggungjawab sosial kerajaan. Kalau dilihat sekarang kerajaan lebih mendahulukan projek-projek mega yang menelan belanja berbillion ringgit seperti Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya (RM20.1 billion), Pusat Hidroelektrik Bakun, Sarawak (RM15.0 billion), Logi Kuasa Bebas (RM12.0 billion), Rangkaian Transmisi Tenaga Nasional (RM11.0 billion) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (RM20.1 billion). Kalau dilihat projek mewah ini adalah bersifat jangka masa panjang dan ianya bukan untuk dinikmati oleh semua orang seperti pembinaan Pusat Hidroelektrik Bakun di Sarawak contohnya, hanya 30% bekalan kuasa dibekalkan kepada tempatan dan 70% lagi untuk tujuan eksport. Ianya penting untuk jangka masa panjang bukan sekarang. Masalah setinggan ialah masalah

rakyat dan ia berkait rapat dengan masalah pembangunan fizikal dan pembangunan insan yang mana ianya patut diseimbangkan keduanya terutamanya dalam era keruntuhan sosial dan moral sekarang.

Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak berjaya dalam konteks penswastaan perumahan setinggan dan kerajaan harus lebih bertanggungjawab dalam

menyelesaikan masalah perumahan swasta.

Selain itu dasar-dasar lain perlu digubal dan dilaksanakan bagi membela golongan ini agar tidak terpinggir. Dalam masalah kesihatan contohnya kerajaan harus membiayai sepenuhnya kos kesihatan golongan ini kerana ia merupakan masalah yang asas dan hasrat kerajaan untuk menswastakan institusi kesihatan tidak patut dilaksanakan kerana ia akan meningkatkan lagi kos perubatan dan ini boleh menyebabkan golongan miskin bandar akan terus terpinggir.

Namun begitu, pihak lain tidak semestinya berlepas tangan dalam isu ini kerana ia adalah masalah yang global dan harus ditangani bersama. Banyak perkara yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak lain sama ada agensi swasta. Pihak swasta seharusnya bersama-sama dengan kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kes penswastaan perumahan setinggan umpamanya, pihak swasta nampaknya lebih mengutamakan keuntungan semata-mata daripada kebajikan. Negara pernah dikejutkan dengan isu perobohan perumahan setinggan awal tahun ini. Perobohan yang dilakukan secara kejam ini dilakukan tanpa mengeluarkan notis amaran terlebih dahulu dan dilakukan dengan menggunakan kekerasan samsengsamseng upahan.[26] Ini nyata sekali bertentangan dengan hak asasi manusia. Pihak swasta mahupun kerajaan tidak seharusnya mengulangi peristiwa ini walaupun demi untuk menjalankan pembangunan. Pembangunan dalam ertikata sebenarnya haruslah berteraskan pembangunan fizikal dan pembangunan rohani.

Kerajaan dalam menangani isu ini haruslah membuat penyelesaian yang lebih bersepadu bukan hanya agensi-agensi atau kementerian yang berkaitan sahaja dalam

isu ini. Semua kementerian yang ada dalam kerajaan harus bersama-sama bertanggungjawab. Sebagai contoh Kementerian Pembangunan Usahawan juga turut membantu menangani isu ini secara langsung. Kementerian lain seperti Kementerian Penerangan boleh turut serta secara tiddak langsung seperti memberi pemahaman kepada masyarakat tentang masalah ini bukan semata-mata menjadi alat kepada parti pemerintah.

D.

PENUTUP

Sebagai penutup kalam, semua pihak hendaklah memandang isu kemiskinan sebagai suatu isu yang boleh dilihat dari perbagai aspek dan perspektif sama ada dari sudut perumahan setinggan dan penswastaannya, kemiskinan bandar dan sebagainya. Ini penting bagi mempelbagaikan bentuk-bentuk kajian berhubung dengan masalah kemiskinan seterusnya memudahkan kita menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan kajian hanya bersifat sempit dan tidak meluas dengan mengkaji dari sudut pendapatan isi rumah dan perumahan sahaja dengan mengenepikan isu-isu sosial lain yang berkaitan seperti peminggiran sosial. Kajian yang bersifat sempit ini akan menyulitkan lagi peluang untuk menyelesaikan masalah ini.

Justeru, kajian yang meluas dan pelbagai semestinya diperbanyakkan demi untuk melihat negara berada dalam keadaan stabil dan harmoni dengan agihan pendapatan yang adil. Perlu dingat bahawa keharmonian negara tidak akan wujud jika hanya pembangunan fizikal, kebendaan dan material sahaja yang dijalankan dengan mengabaikan aspek keagamaan, sosial dan moral. Pembangunan yang berta sebelah ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial yang kronik seperti yang berlaku di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu. Setiap sering kali kedengaran di mediamedia massa yang menghebahkan berita sumbang mahram, pesta seks, dan banyak lagi yang wujud antara puncanya ialah kemiskinan yang wujud akibat pembangunan yang tidak seimbang.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menggunakan pendekatan keusahawanan sosial bagi membantu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia merupakan satu daripada langkah untuk memastikan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran masing-masing agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan. Beliau berkata, salah satu daripada elemen keusahawanan sosial ialah transformasi sosial yang inovatif dan komprehensif yang dilaksanakan oleh kementeriannya menerusi program pembangunan kejiranan lestari. "Transformasi sosial memerlukan usaha berterusan dalam dua aspek utama iaitu pembangunan fizikal dan modal insan. "Program pembangunan kejiranan lestari bertujuan membangunkan kawasan dan penduduk setempat dengan misi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dijalankan dengan usaha sama pelbagai jabatan dan agensi di negeri ini,'' ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat NKRA bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah kepada kerajaan negeri di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai. Katanya, program lestari memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu membasmi kemiskinan, pembangunan infrastruktur fizikal, pembangunan insan, kesejahteraan sosial dan pembasmian dadah dan jenayah. Menurut Sharizat, antara kawasan yang bakal menerima program tersebut adalah Kampung Skudai Kiri, Kampung Dato' Sulaiman Menteri, Kampung Melayu Pandan, Taman Puteri Wangsa dan Taman Tampoi Indah. "Sebanyak 102 program telah dilaksanakan di bawah program berkenaan iaitu program motivasi dan kesedaran, kelas kemahiran, latihan keusahawanan, persatuan usahawan penduduk dan program kemahiran ibu tunggal," katanya. Beliau berkata, seramai 1,544 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin bakal mendapat manfaat daripada program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) di bawah NKRA bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah. Katanya, antara projek 1AZAM adalah AZAM tani, AZAM niaga, AZAM kerja dan AZAM khidmat yang akan dilaksanakan dengan berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan produktif.

"Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) merupakan antara agensi awal di Johor yang melaksanakan program 1AZAM. "Di bawah projek rintis ini seramai 70 KIR miskin tegar telah menyertai AZAM tani, 63 KIR sertai AZAM niaga, 48 KIR menyertai AZAM kerja dan 30 KIR untuk AZAM khidmat," katanya. Shahrizat turut menggesa pelbagai pihak agar tampil memainkan peranan bagi memenuhi keperluan pembangunan sosial masyarakat setempat. Katanya, kerjasama semua pihak mampu merealisasikan keusahawanan sosial untuk mencapai hasrat kerajaan membasmikan kemiskinan tegar menjelang akhir tahun ini.

Guna pendekatan berfokus basmi kemiskinan Shahrizat


LABIS 10 Jan. Kerajaan akan menggunakan pendekatan secara fokus untuk membasmi kemiskinan menerusi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Niaga membabitkan 7,000 keluarga miskin di seluruh negara pada masa ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pendekatan dan program itu memberi peluang kepada golongan berkenaan berdikari dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan tidak bergantung pada bantuan bulanan semata-mata. Beliau berkata, menerusi program 1Azam Niaga, keluarga miskin yang tersenarai dalam perangkaan e-Kasih kementeriannya telah diberikan bantuan modal untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah masing-masing. Kita mengawasi semua kes keluarga miskin di bawah NKRA kementerian saya. Kita telah mengambil bilangan mereka dan kita ada carta dan periksa apa yang berlaku. Kita mengikuti perkembangan mereka supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan. Program ini begitu teliti dan kita bukan hanya memberi, katanya ditemui

selepas mengadakan lawatan sempena program NKRA 1Azam Niaga di Kampung Sawah Baru di sini hari ini. Dalam lawatannya di sekitar Labis, Shahrizat turut beramah mesra dengan golongan wanita komuniti berketurunan Cina di Taman Labis Indah selain mengadakan perjumpaan dengan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) Bahagian Labis di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. Shahrizat berkata, daripada 44,643 keluarga dalam kelompok miskin tegar pada tahun lalu, 99.75 peratus berjaya dikeluarkan daripada kelompok itu dan hanya tinggal 108 keluarga yang masih memerlukan tumpuan kerana memperoleh pendapatan di bawah RM440 sebulan. Bagaimanapun, senarai bilangan keluarga miskin ini mudah berubah-ubah. Katakan di Kedah dan Perlis, kita sudah bantu tetapi kerana banjir mereka kembali miskin, maka kita perlu mula balik, itu tidak mengapa kerana kita memberi mereka jaring keselamatan agar tidak kebuluran, katanya. Menurutnya, menerusi program NKRA yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, usaha membasmi kemiskinan kini dilaksanakan lebih terperinci dengan setiap masalah dikenal pasti. Kerajaan kini lebih fokus dalam program yang dilaksanakan untuk mengeluarkan keluarga ini daripada kelompok miskin tegar. Kita bukan setakat meninjau rumah mereka, tetapi kita juga menilai tahap kemiskinan mereka sama ada termasuk dalam miskin tegar, miskin atau mudah miskin, katanya.

Shahrizat berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membuka bilik gerakan untuk memantau kemajuan program-program membasmi kemiskinan dan memastikan keberkesanannya di peringkat akar umbi.

Dua dasar ekonomi jangka panjang yang diperkenalkan oleh pemerintah ini bermatlamat untuk membasmi kemiskinan. Pemerintah merasakan antara punca utama berlaku masalah dalam perpaduan kaum disebabkan oleh kemiskinan rakyatnya. Oleh itu apabila berlaku rusuhan kaum pada 13 mei 1969, pemerintah terus sahaja memperkenalkan DEB sebagai salah satu ubat mengatasi masalah perpaduan. Namun setelah tamat tempoh DEB dilaksanakan dan diteruskan dengan DPN, pemerintah masih lagi meletakkan matlamat basmi kemiskinan sebagai perkara yang penting. Dan dasar-dasar ekonomi yang lain juga diperkenalkan sebagai sambungan kepada dua dasar ini masih juga menjadikan kemiskinan sebagai masalah sehingga ke hari ini. Kenapa? Siapakah kumpulan miskin yang ingin dibela oleh DEB dan DPN? Adakah kumpulan sasar tersebut telah keluar daripada zon kemiskinan setelah tamat tempoh pelaksanaannya? Inilah persoalannya. Bagaimanakah cara DEB dan DPN membela kumpulan termiskin. Pemerintah mentafsirkan kumpulan utama yang miskin adalah masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar. Oleh itu DEB diperkenalkan dengan fokus membantu masyarakat luar bandar. Pelbagai agensi ditubuh dan dinaik taraf bagi memberi tumpuan yang lebih terhadap masyarakat luar bandar. Agensi seperti Felda, Felcra, Risda dan sebagainya digiatkan fungsinya agar mampu memberi bantuan kepada kumpulan misksin di luar bandar. Contoh agensi-agensi ini berfungsi agar masyarakat yang

tidak mempunyai tanah dan rumah mampu memilikinya apabila mengikuti sekim yang diperkenalkan. Manakala DPN pula memberi tumpuan yang lebih meluas termasuk masyarakat miskin di bandar. Peranan sektor swasta juga digalakkan terlibat sama dalam proses pembangunan negara. Pendidikan dan latihan menjadi teras utama pelaksanaan DPN khususnya dalam aspek membasmi kemiskinan. Dua dasar ini secara terperincinya memberi fokus kepada aspek kemiskinan. Walaupun matlamat tersebut tidak sepenuhnya berjaya dilaksanakan namun peranannya sedikit sebanyak berjaya mengubah ekonomi masyarakat. Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, masyarakat Malaysia sebenarnya bukan sepenuhnya bermasalah dari segi perpaduan kaum. Tetapi masalah tafsiran pemerintah terhadap kumpulan masyarakat, yang dilihat hanya pada bangsa sahaja tetapi tidak kepada kelas ekonomi masyarakatnya.

kerana masalah kemiskinan yang utama ialah di kawasan luar bandar yang melibatkan masyarakat Melayu. Dengan melihat struktur kerja dan tahap pendapatan kelompok ini yang rataratanya berkaitan dengan pertanian, mereka menerima pendapatan yang sedikit disebabkan polisi pihak British yang mengamalkan pendekatan pecah dan perintah. Kerajaan pernah memperkenalkan Revolusi Hijau bagi menambahkan pengeluaran beras berasaskan pengenalan penanaman padi dua kali setahun dengan menggunakan benih yang berhasil tinggi, bahan kimia, sistem pengairan dan alat jentera.

Istilah Revolusi Hijau merujuk kepada perubahan yang berkaitan pengetahuan teknologi pertanian makanan bijian baru yang mula diperkenalkan di negara-negara Dunia Ketiga pada tahun 1960an. Para petani di kawasan Revolusi Hijau telah mendapat faedah daripada projek ini seperti di kawasan pengairan Muda di Kedah dan Perlis. Antara tahun 1965 dan 1975, pendapatan petani di kawasan ini telah meningkat sebanyak 2.4 kali ganda (Jomo, 1991).

Usaha kerajaan bagi membasmi kemiskinan secara besarbesaran dimulakan dengan Dasar Ekonomi Baru dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) yang menyatakan salah

satu objektifnya ialah pembasmian kemiskinan. Matlamatnya ialah mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.7 peratus pada tahun 1990 (Malaysia,1973:73).

Malaysia adalah antara beberapa buah negara membangun yang dikatakan telah berjaya mengurangkan kemiskinan. Sepanjang tempoh DEB, sejumlah RM329,000 juta telah diperuntukkan untuk pembasmian kemiskinan yang meliputi Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima. Perbelanjaan ini meliputi 73.1 peratus daripada perbelanjaan pembangunan kerajaan bagi tempoh berkenaan (Malaysia, 1989).

Proses pelaksanaan dasar dan strategi pembasmian kemiskinan lebih banyak melalui proses atas-bawah yang melibatkan perancangan dan pelaksanaan agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, kementerian-kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Daerah (Chamhuri Siwar, 1995). Kerajaan menubuhkan beberapa agensi bagi menggerakkan usaha pembasmian kemiskinan seperti FELDA (Federal Land Development Authority), FELCRA (Federal Land Consolidation and

Rehabilitation Authority) dan RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority).

Di samping itu beberapa program khusus yang lebih terancang telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan tumpuan kepada masyarakat luar bandar. Salah satu daripadanya Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperkenalkan pada tahun 1989. PPRT telah diwujudkan khusus untuk membantu golongan miskin seramai 107,000 orang di seluruh negara (Mohd Taib Haji Dora, 2000). Sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan bagi program ini dengan matlamat membantu keluarga termiskin di seluruh negara berdikari dan menjayakan diri dalam arus pembangunan negara. PPRT melibatkan enam buah kementerian yang dikoordinasi oleh Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan negeri turut membantu menjayakan projek-projek sosioekonomi PPRT melalui agensi negeri masing-masing seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, PERDA, KEDA dan JENGKA. Mohd Taib (2000) menjelaskan bahawa tiga agensi kerajaan yang aktif memberi bantuan ialah KEMAS (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat) dan Baitulmal (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan). Setiap agensi ini mempunyai kumpulan sasar masing-masing seperti Baitulmal yang memberi fokus kepada golongan fakir manakala KEMAS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia memberi bantuan kepada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM300 sebulan sebagai sasaran.

Melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) 2006-2010, kerajaan bertekad mengurangkan kemiskinan daripada 5.7 peratus kepada 2.8 peratus pada tahun 2010. Sebanyak RM11.52 bilion diperuntukkan iaitu RM4.46 bilion untuk membasmi kemiskinan dan RM7.06 bilion lagi bagi menyusun semula masyarakat.

Kemiskinan tegar akan dikurangkan melalui peluasan program berpakej di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) seperti Program Peningkatan Ekonomi, Pogram Pembangunan Infrastruktur Asas dan Program Pembangunan Insan kepada kumpulan sasar bagi membangunkan modal insan dan bina upaya (Malaysia, 2006: 373).

Walaupun sukar menghapuskan kadar kemiskinan umum,

pengurangan daripada 8.5 peratus (1999) kepada 5.7 peratus (2004) adalah sesuatu yang membanggakan. Matlamat mengurangkan kemiskinan tegar daripada 1.9 peratus pada 1999 kepada 1.2 peratus pada 2004 seterusnya kemiskinan tegar sifar akan menjadi kenyataan jika dilihat kepada peruntukan kewangan dan program yang dirancang oleh kerajaan. Tekad dan azam kerajaan untuk mencapai kadar kemiskinan 2.8 peratus selepas berakhirnya tempoh RMK-9 dilihat akan menjadi kenyataan.

Penambahan peruntukan bagi membasmi kemiskinan dalam jangka masa panjang mengikut jangka masa rancangan menterjemahkan usaha membasmi kemiskinan sentiasa menjadi perhatian istimewa pihak kerajaan.

Semasa membentangkan RMK-9 di Dewan Rakyat, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menegaskan bahawa program pembasmian kemiskinan akan ditumpukan kepada usaha bina upaya dalam kalangan golongan miskin dengan menambah baik akses kepada pendidikan dan kemahiran, memupuk nilai positif serta membina keyakinan dan motivasi diri.

KEMELUT ekonomi yang melanda dunia awaltahun ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang berpendapatanrendah. Sementara mereka yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin tegar dikawasan luar bandar, golongan miskin di bandar juga tidak terlepas. Golongan miskin bandar ini mengharungi kehidupan yang mencabar walaupun dalam senario ekonomi yang memberangsangkan kerana kos kehidupan yang lebih tinggi di bandar. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil berat akan nasib golongan ini mengumumkan beberapa langkah untuk membantu mereka semasa membentangkan Belanjawan 2010. Beliau berkata, kadar perbandaran meningkat begitu pesat dengan 63 peratusdaripada penduduk kini mendiami kawasan bandar. "Kadar kemiskinan di kawasanbandar terus meningkat kerana kos kehidupan yang terus meningkat, pendapatanyang rendah dan masalah perumahan," katanya. Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu peruntukan sebanyak RM48juta untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan di bandar-bandar, yangtermasuk bantuan kebajikan dan bayaran sewa rumah. MENINGKATKAN PEMILIKAN RUMAH DI KALANGAN PENDUDUK MISKIN BANDAR

Dalam usaha memudahkan lagi pemilikan rumah bagi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah, beliau mengumumkan pada awal Oktober bahawa lebih 44,000 rumah kos rendah akan dijual pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 setiap unit oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) menjelang akhir 2010. "Sebagai langkah tambahan, JPN akan menyediakan 74,000 kediaman kos rendahuntuk disewakan pada 2010," katanya. Kerajaan juga bimbang dengan bilangan projek rumah yang terbengkalai. Sehingga hari ini, sejumlah 148 projek persendirian yang terbengkalai membabitkan 49,913 unit dan 31,824 pembeli. Daripada jumlah ini, 87 projek masih belum dipulihkan dengan 41 daripadanya membabitkan rumah kos rendah dan sederhana. Najib berkata, kerajaan akan menimbangkan bantuan kewangan yang wajar untukmemulihkan projek perumahan kos rendah dan sederhana dalam senarai projek terbengkalai sedia ada. Satu peruntukan sebanyak RM200 juta bagi tujuan ini akan disediakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. KEMENTERIAN KHUSUS UNTUK JAGA GOLONGAN MISKIN BANDAR Dalam usaha menangani kemiskinan bandar melalui satu cara holistik, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditukar namanya kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dengan peranan barunya untuk memperkukuh dan

memperluas program pembasmian kemiskinan bandar di seluruh negara. Kemiskinan bandar kini turut meliputi mereka yang berpendapatan bulanankurang daripada RM3,000. Untuk mengelakkan pertindihan tanggungjawab, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata pihaknyaakan berusaha bersama Jabatan Kebajikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam pengagihan bantuan bagi golongan miskin. Kementerian juga berusaha bersama pihak lain seperti Kementerian Perumahandan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perdana Menteri serta jabatan lain. STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN Untuk membantu menambahbaik taraf kehidupan di kalangan golongan miskin danpeluang untuk mata pencarian, kerajaan memperuntukan RM180 juta bagi ProgramPembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Program ini, yang menawarkan latihan kemahiran serta kemudahan kredit mikromeliputi Program Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya,Program Kecemerlangan Pendidikan, Program Bantuan Rumah dan Program PembangunanMasyarakat Setempat.

Kerajaan juga menawarkan program latihan kemahiran serta keusahawanan kepadalebih daripada 3,000 wanita menerusi Jabatan Pembangunan Wanita dan AmanahIkhtiar Malaysia. Adalah diharapkan melalui usaha ini, kadar kemiskinan dapatdikurangkan daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 2.8 peratus pada 2010. Skim Program Lonjakan Mega Luar Bandar, yang diumumkan semasa pembentanganbelanjawan itu juga akan dilanjutkan ke tahun yang berikut bersama satuperuntukan sebanyak RM141 juta untuk membantu 5,600 keluarga keluar daripadakemiskinan tegar. Skim ini akan tertumpu di kawasan seperti Batang Sadung danBatang Lupar di Sarawak; Pulau Banggi di Sabah; dan Tanjung Gahai dan Chemomoidi Pahang. Najib juga berkata 50,000 isirumah tegar yang didaftar di portal pembasmiankemiskinan Jabatan Perdana Menteri, e-Kasih, serta 4,000 isirumah Orang Asliakan menerima bantuan. Langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan termasuk pengagihan bantuankebajikan persekutuan pada hari pertama setiap bulan, dengan bantuan kebajikanbagi Semenanjung bermula pada 1 September lepas dan bagi Sabah dan Sarawak bermula 1Januari tahun depan. PERLINDUNGAN SOSIAL BAGI YANG KURANG BERNASIB BAIK Dalam satu langkah untuk mempertingkat jaringan perlindungan sosial,kerajaan akan terus membantu orang kurang upaya, warga

emas, ibu tunggal dankanak-kanak yang memerlukan bantuan kebajikan. Untuk memastikan keberkesanan penyaluran bantuan dan mencegah pertindihan,Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri sedangmenyiapkan pangkalan data berpusat eKasih. Usaha lanjut oleh kerajaan untuk memperkukuh jaringan perlindungan sosialjuga membabitkan peruntukan RM224 juta bagi golongan kurang upaya dan bagipelaksanaan Program Pemulihan Dalam Masyarakat dan untuk membina dan menaiktaraf empat Taman Sinar Harapan. Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukan RM174 juta untuk membantuwarga emas dan menaikkan taraf dua Rumah Seri Kenangan. Selain daripada itu, sebanyak RM15 juta telah diperuntukan bagi TabungKebajikan Perubatan Malaysia, Majlis Hospice Malaysia dan Persatuan Orang ButaMalaysia untuk membantu pesakit miskin membeli peralatan perubatan. Ibu bapa dan penjaga juga boleh menarik nafas lega kerana peningkatan dalamkadar elaun daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap anak istimewa yangdidaftarkan di sekolah khas yang diusahakan oleh NGO berkuatkuasa 1 Januari tahunhadapan. Kira-kira 4,000 kanak-kanak istimewa juga akan menerima manfaatdaripada peruntukan RM3.3 juta tersebut.

SUBSIDI BERAS BAGI GOLONGAN MISKIN Satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu lebih 200,000 keluarga miskindan miskin tegar ialah melalui subsidi beras (Subur), yang dilancarkan olehNajib pada November. Di bawah skim itu, kira-kira 43,500 keluarga miskin di bandar yangberpendapatan RM450 sebulan dan miskin tegar yang berpendapatan RM420 setiapbulan masing-masing akan menerima satu kupon bagi beras percuma sebanyak 30kgsetiap bulan. Selain daripada itu, lebih 150,000 keluarga berpendapatan RM1,500 setiapbulan di kawasan bandar dan RM1,000 di luar bandar yang dikategori sebagaimiskin akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap enam bulan. Lebih kurang 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara juga akan menerimamanfaat daripada inisiatif ini dengan mereka boleh menggunakan kupon RM10 untukmembeli beras 10 kg gred ST15 yang bernilai RM24 pada harga RM14. Pengagihan kupon ini dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani yang akan mengagihkannya kepada penerima yang berdaftar di e-Kasihmelalui anggota Parlimen. Mereka yang tidak disenaraikan dalam e-Kasih perluberdaftar dengan agensi-agensi Kementerian dan jawatankuasa keselamatan danpembangunan kampung.

Selain daripada golongan miskin bandar dan miskin tegar, skim ini juga akandiperluaskan kepada rumah-rumah kebajikan dan mereka akan diberi baucar bernilaiRM10 setiap bulan. - BERNAMA

1.Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Peranan: 1.PPRT membantu keluarga termiskin di seluruh negara untuk menjadi lebih berdikari. 2.PPRT membantu golongan miskin menjayakan diri dalam arus pembangunan negara.

PPRT telah diwujudkan khusus untuk membantu golongan miskin seramai 107,000 orang di seluruh negara. Sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan bagi program ini dengan matlamat membantu keluarga termiskin di seluruh negara untuk menjadikan mereka lebih berdikari dan menjayakan diri dalam arus pembangunan negara. 2.Program Bantuan Rumah Peranan: 1.Program Bantuan Rumah membantu keluarga miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selesa.

Pada tahun 2009,peruntukan lima puluh juta ringgit disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih seribu buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua,uzur,cacat dan ibu atau bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam. 3.Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KWPKM) Peranan: 1.KWPKM meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

2.KWPKM melatih dan membangunkan wanita untuk menjadi usahawan menerusi program Amanah Ikhtiar Malaysia.

KWPKM telah dipertanggungjawabkan untuk melahirkan seramai 4,000 orang usahawan wanita.Di antara bidang keusahawanan yang ditawarkan adalah peruncitan, penternakan, kesihatan dan penghasilan makanan. 4.Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Peranan: 1.JKM membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari. 2.JKM mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang. 3.JKM meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Subahan Kamal menyerahkan bantuan wang tunai kepada golongan kurang berkemampuan pada majlis di Kampung Selayang Indah, Selayang. - UTUSAN/ZAINI HUSIN JKM telah menyalurkan bantuan tunai kira-kira RM1.4 juta setiap bulan kepada golongan memerlukan di Selangor. Sumber:Berita Utusan Melalui program-program sedemikian,peratusan kemiskinan dapat dikurangkan.Oleh itu,pihak kerajaan harus meneruskan usaha untuk membasmi kemiskinan bagi melahirkan masyarakat yang proaktif.

You might also like