Download as doc
Download as doc
You are on page 1of 31

BAB 5

HUKUM KEDUA TERMODINAMIK


5.1 Pengenalan
• Semua proses yang berlaku mesti mematuhi hukum
pertama termodinamik
• Bagaimanapun, hukum pertama termodinamik tidak
mencukupi bagi kita menganalisis sesuatu sistem
dengan lengkap
• Hukum ini tidak dapat memastikan bahawa sesuatu
proses itu benar-benar boleh berlaku ataupun tidak
• Hukum pertama termodinamik tidak menetapkan
sebarang panduan untuk menentukan arah pemindahan
tenaga dan had-had tertentu pertukaran tenaga
• Kekurangan yang terdapat pada hukum ini dapat
diatasi dengan memperkenalkan prinsip am yang
dipanggil hukum kedua termodinamik
• Hukum ini dikemukakan bagi menerangkan perkara-
perkara yang tidak diterangkan oleh hukum pertama
termodinamik
• Hukum kedua termodinamik menyatakan bahawa,
walaupun jumlah pemindahan haba ke atas sistem
yang mengalami satu kitar bersamaan kerja bersih,
tetapi haba kasar iaitu haba yang dibekalkan kepada
sistem mestilah melebihi kerja bersih. Iaitu,

Qkasar > Wbersih


Qbekalan
Qpanas
• Ini bermakna, tidak kesemua haba yang dibekalkan
kepada sistem dapat ditukarkan kepada kerja.
Terdapat sebahagian haba mesti dibuang oleh sistem
untuk ia beroperasi
• Secara umum, hukum kedua menyatakan bagi
menghasilkan sejumlah kerja dari haba yang
dibekalkan, sistem perlu menyingkirkan sejumlah
haba ke sekitaran

5.2 Takungan Haba

• Takungan haba boleh ditakrifkan sebagai satu sistem


yang mempunyai kebolehan menerima dan
menyingkirkan haba dalam jumlah yang tak terhingga
tanpa menghadapi perubahan suhu
• Secara praktik laut, tasik, sungai dan udara atmosfera
boleh dimodelkan sebagai takungan haba
• Sebagai contoh, air panas yang disingkirkan oleh loji
kuasa stim ke tasik atau laut tidak akan menaikkan
suhu air tasik atau laut tersebut secara
keseluruhannya
• Oleh kerana sistem perlu menerima haba dan
menyingkirkan sejumlah darinya bagi menghasilkan
kerja, maka ia mestilah mempunyai dua takungan
haba
• Takungan haba yang membekalkan haba dipanggil
takungan panas atau punca dan takungan yang
menerima haba dipanggil takungan sejuk atau sinki
• Dari pengertian ini, arah pengaliran haba dapat
menentukan jenis takungan haba

5.3 Kenyataan Hukum Kedua Termodinamik

• Dua kenyataan paling penting yang biasa dirujuk


dalam bidang termodinamik ialah Kenyataan
Clausius dan Kenyataan Kelvin-Planck
• Kenyataan Kelvin- Plank menggariskan bentuk
pertukaran haba kepada kerja dan mentafsirkan
prinsip enjin haba, iaitu satu alat yang digunakan
untuk menghasilkan kerja
• Kenyataan Clausius pula menggariskan konsep
pemindahan haba di antara dua takungan haba dan
mentafsirkan prinsip enjin haba balikan

5.3.1 Kenyataan Kelvin-Planck

• Kenyataan Kelvin-Planck:

“Adalah mustahil bagi sebarang sistem yang


beroperasi dalam kitar termodinamik menghasilkan
kerja kepada sekitaran dengan hanya menerima haba
dari sebuah takungan haba sahaja”
• Kenyataan ini bermaksud sesuatu sistem yang
menjalani satu kitar termodinamik tidak dapat
menukarkan kesemua haba yang dibekalkan dari
takungan panas ke bentuk kerja
• Ini disebabkan terdapat sebahagian dari haba perlu
disingkirkan ke takungan haba yang kedua; takungan
sejuk

• Bagi membolehkan sesuatu sistem beroperasi, ia


mestilah mempunyai dua takungan haba untuk
pembekalan dan pembuangan haba berlaku

• Oleh kerana sebahagian haba perlu dibuang kepada


takungan sejuk, maka semua enjin haba mempunyai
kecekapan haba kurang dari 100 peratus

• Untuk enjin haba mempunyai kecekapan 100%, ia


perlu menukarkan kesemua haba yang dibekalkan
kepada kerja. Ini menyalahi kenyataan Kelvin-Planck
5.3.2 Kenyataan Clausius

• Kenyataan ini menyatakan bahawa:


“Adalah mustahil bagi sebarang sistem yang
beroperasi dalam satu kitar termodinamik dengan
hanya menghasilkan pemindahan haba dari punca
sejuk ke punca yang lebih panas”

• Oleh itu, bagi memindahkan haba dari badan sejuk


kepada badan yang lebih panas, sistem memerlukan
satu faktor luaran

• Faktor tersebut ialah kerja

• Jadi, bagi memindahkan haba dari badan sejuk


kepada badan yang lebih panas, sejumlah kerja
perlulah dibekalkan kepada sistem

• Satu contoh alat yang menggunakan prinsip ini ialah


peti sejuk. Salah satu komponen utama peti sejuk
ialah pemampat yang membekalkan kerja kepada
sistem ini
5.4 Enjin Haba

• Enjin haba merupakan satu alat yang menukarkan


haba kepada kerja

• Enjin haba adalah suatu sistem yang beroperasi dalam


satu kitar termodinamik dan menghasilkan sejumlah
kerja dari haba yang dibekalkan

• Merujuk kenyataan Kelvin-Planck, tidak semua haba


yang dibekalkan kepada sistem dapat ditukar ke
bentuk kerja. Haba yang selebihnya perlu dibuang ke
takungan haba yang kedua

• Prinsip enjin haba ditunjukkan dalam Rajah di bawah


• Contoh enjin haba termasuklah loji kuasa stim dan
enjin kenderaan
• Dalam loji kuasa stim takungan panas ialah ruangan
pembakaran di dalam dandang dan takungan sejuk
pula ialah air laut, sungai atau tasik yang digunakan
untuk menyejukkan pemeluwap
• Merujuk Rajah di atas, haba yang dibekalkan dari
punca iaitu takungan panas ialah Qp, kerja yang
dihasilkan ialah Wbersih dan haba yang disingkirkan ke
takungan sejuk ialah Qs
• Hukum pertama termodinamik bagi satu kitar adalah:

ΣQ=ΣW

Qp – Qs = Wbersih

• Hukum kedua termodinamik telah menetapkan


bahawa haba kasar mestilah lebih besar dari kerja
bersih

Qp > Wbersih

• Oleh yang demikian Qp mestilah lebih besar dan Qs

• Enjin haba berbeza antara satu sama lain tetapi


kesemuanya mestilah mematuhi kreteria
berikut:
1. menerima haba dari punca yang bersuhu tinggi
seperti tenaga suria, relau dan reaktor nuklear.
2. menukarkan sebahagian dari haba ini kepada
kerja, biasanya dalam bentuk pusingan aci.
3. menyingkirkan haba buangan kepada sinki
yang bersuhu rendah seperti, laut, sungai dan
udara atmosfera.
4. beroperasi da1am satu kitar

• Prestasi enjin haba dinyatakan oleh kecekapan haba,


ηt yang ditakrifkan sebagai nisbah kerja bersih kitar
kepada jumlah haba dibekalkan
• Merujuk kepada rajah enjin haba, maka

ker ja bersih kitar


ηt =
jumlah haba dibekalkan

Wbersih Q p − Q s Q
= = =1− s
Qp Qp Qp

di mana

Qp = jumlah haba yang diterima oleh sistem


dari takungan panas
Qs = jumlah haba yang disingkirkan oleh sistem
ke takungan sejuk

• Oleh kerana Qp> Qs, maka kecekapan haba sesuatu


sistem sentiasa kurang dari 1 atau 100%

5.5 Enjin haba balikan


• Enjin haba balikan ialah sebuah sistem termodinamik
yang beroperasi dalam suatu kitar dan berfungsi
memindahkan haba dari takungan sejuk kepada
takungan panas
• Menurut kenyataan Clausius, sejumlah kerja perlu
dibekalkan kepada enjin haba balikan untuk ia
beroperasi
• Konsep enjin haba balikan ditunjukkan dalam Rajah
di bawah
• Enjin haba balikan boleh dibahagikan kepada dua
iaitu pam haba dan peti sejuk
5.5.1 Peti sejuk

• Peti sejuk seperti juga enjin haba bekerja dalam kitar


termodinamik
• Bahan bekerja yang digunakan di dalam sistem
penyejukan dipanggil bahan pendingin
• Contoh bahan pendingin yang lazim digunakan
adalah Refrigerant-134a dan Ammonia
• Kitar penyejukan yang digunakan dengan meluas
ialah kitar penyejukan mampatan wap
• Peti sejuk yang beroperasi menggunakan kitar ini
terdiri dari empat komponen utama iaitu pemampat,
pemeluwap, injap pengembangan dan penyejat seperti
ditunjukkan
• Takungan panas sistem ini ialah pemeluwap di mana
haba disingkirkan kesekitaran dan takungan sejuk
pula ialah penyejat di mana haba diserap dari ruangan
yang disejukkan
• Pemampat pula membekalkan sejumlah kerja kepada
sistem untuk ia beroperasi
• Kecekapan penyejuk dinyatakan meng-gunakan
istilah pekali prestasi (coefficient of performance)
dan disimbolkan dengan COPp
• Tujuan penyejuk ialah menetapkan ruangan sejuk
pada suhu yang rendah dengan menyingkirkan haba
dari ruangan tersebut
• Oleh itu. Qs ialah kuantiti yang diutamakan. Untuk
menetapkan suhu di dalam suatu ruangan sejuk pada
suhu Ts, Qs ialah jumlah haba yang perlu disingkirkan
dari ruangan tersebut
• Pekali prestasi penyejuk ditakrifkan sebagai nisbah
haba yang disingkirkan dari, takungan sejuk kepada
kerja yang dibekalkan
Haba di singkir dari takungan sejuk
COPp =
Kerja yang dibekalkan
Q
= s
W

• Sekiranya lebih banyak haba dapat disingkirkan dari


takungan sejuk, maka pekali prestasi penyejuk
semakin tinggi

Merujuk Rajah peti sejuk, didapati W = Qp – Qs,


maka,
Qs
COPp =
Q p − Qs

• Nilai COP boleh melebihi 1. Jika nilai COP lebih dari


1, maka jumlah haba yang disingkirkan dari rungan
sejuk lebih besar dari jumlah kerja yang dibekalkan
• Semakin tinggi COP sistem penyejukan, prestasinya
semakin bagus
Contoh 5.1

Ruangan menyimpan makanan sebuah peti sejuk


ditetapkan pada suhu 4oC dengan menyerap haba dari
ruangan tersebut dengan kadar 360 kJ/min. Jika kuasa
yang diperlukan oleh peti sejuk ialah 2 kW, tentukan,

a) pekali prestasi peti sejuk


b) kadar haba yang dibuang kesekitaran

Penyelesaian

a) COPp ditentukan menggunakan persamaan. Nilai Qs


perlu ditukarkan dahulu ke dalam kW, iaitu

 kJ  1 min 
Q s = 360   = 6 kW
 min  60 s 


Q 6
s
COPp = = =3

W 2

b)  =Q
Q p
 +W
s
 = 360 + 2(60) = 480kJ / min
5.5.2 Pam Haba

• Pam haba juga digunakan bagi memindahkan haba


dari takungan sejuk kepada takungan panas
• Pam haba beroperasi dalam kitar yang sama seperti
penyejuk tetapi berlainan tujuan
• Tujuan pam haba ialah menetapkan ruangan yang
dipanaskan pada suhu yang tinggi
• Ini dapat dilaksanakan dengan menyerap haba dari
ruangan sejuk
• Contoh pam haba ialah sistem pemanas yang
digunakan untuk memanaskan bilik atau bangunan
pada musim sejuk
• Bagi pam haba, haba yang dibekalkan kepada
takungan panas, Qp adalah kuantiti yang diutamakan
• Kecekapan pam haba juga dinyatakan dengan pekali
prestasi dan ditakrifkan sebagai nisbah haba yang
dipindahkan ke takungan panas kepada kerja yang
dibekalkan

Haba dipindahkan kepada takungan panas Q P


COPPH − =
Jumlah ker ja yang dibekalkan W

Menggantikan W = QP – QS ke dalam
persamaan di atas, maka
QP
COPPH =
Q P − QS
Dengan membahagikan Qp – Qs = W dengan
W, maka,
Q P QS W
− =
W W W

iaitu,

COPPH – COPP = 1 atau COPPH = COPP + 1


Contoh 5.2

Sebuah pam haba digunakan bagi memanaskan sebuah


rumah dan menetapkan suhunya pada 20 oC. Pada suatu
hari apabila suhu udara di luar jatuh kepada -2 oC,
rumah dijangkakan akan kehilangan haba pada kadar 80
000 kJ/jam. Jika prestasi pam haba ialah 2.5, tentukan,

a) kuasa yang digunakan oleh pam haba


b) kadar haba yang dipindahkan dari udara luar yang
sejuk

Penyelesaian

a) Untuk menetapkan suhu rumah, jumlah kehilangan


haba mestilah bersamaan dengan haba yang
dipindahkan ke dalam rumah oleh pam haba. Kuasa
yang digunakan oleh pam haba ditentukan dengan
menggunakan takrifan pekali prestasi pam haba,
iaitu,

 = Q P 80000
W =
COPPH 2 .5

= 32 000 kJ/jam atau 8.9 kW

Q S = Q P − W = 80000 − 32000
= 48 0000 kJ/jam atau 13.3 kW
5.6 Proses Tak Bolehbalik

• Proses dikatakan tak boleh balik jika sistem dan


sekitarannya tidak dapat dikembalikan semula kepada
keadaan asalnya setelah ianya berlaku

• Sebagai contoh apabila secawan kopi telah sejuk, ia


tidak akan menjadi panas semula seperti keadaan
asalnya dengan mengambil haba yang hilang ke
sekitaran

• Proses tabii lazimnya tak boleh balik. Ini disebabkan


terdapatnya sebarang jenis geseran, samada geseran
mekanikal, bendalir ataupun elektrik semasa proses
tersebut berlaku

• Keupayaan hasilan kerja sesebuah sistem akan


berkurangan jika terdapat kesan geseran semasa
proses berlaku

• Faktor ini juga menyebabkan sesebuah sistem


mempunyai kecekapan kurang dari 100 peratus
seperti yang diterangkan dalam kenyataan hukum
kedua termodinamik
5.7 Proses Bolehbalik

• Proses ini ditakrifkan sebagai satu proses di mana


selepas ianya berlaku, sistem dan sekitarannya dapat
dikembalikan kepada keadaan asalnya

• Dalam keadaan yang sebenar, proses ini tidak wujud


kerana setiap proses terdapat faktor-faktor tertentu
yang menyebabkannya menjadi proses tak boleh balik

• Namun proses boleh balik ini menjadi rujukan kepada


jurutera dalam merekabentuk sesuatu alat yang lebih
baik

• Walaupun proses boleh balik mustahil untuk dicapai,


tetapi penghampiran kepadanya boleh dilakukan

• Enjin haba akan menghasilkan kerja yang lebih besar


dan enjin haba balikan akan menggunakan kerja yang
minimum jika proses yang berlaku adalah boleh balik

• Lazimnya proses boleh balik dianggap sebagai


proses yang unggul bagi memudahkan analisis
Proses Bolehbalik Dalaman dan Luaran

• Sesuatu proses melibatkan interaksi antara sistem dan


sekitaran
• Sesuatu proses bolehbalik tidak akan melibatkan
ketidakbolehbalikan yang berkaitan dengan kedua-
dua sistem dan sekitaran
• Proses bolehbalik dalaman terjadi jika tiada
ketidakbolehbalikan dalam sempadan sistem semasa
proses itu berlaku
• Semasa proses bolehbalik dalaman, sistem melalui
satu siri keadaan-keadaan keseimbangan dan apabila
proses ini dibalikkan, sistem melalui keadaan-
keadaan keseimbangan yang sama sehingga kembali
kepada keadaan asal
• Satu contoh proses bolehbalik dalaman adalah proses
mirip statik
• Proses bolehbalik luaran terjadi jika tiada
ketidakbolehbalikan di luar sempadan sistem semasa
proses itu berlaku
• Pemindahan haba di antara takungan haba dan
sesuatu sistem adalah contoh proses bolehbalik luaran
jika permukaan luar sistem berada pada suhu
takungan haba yakni pemindahan haba berlaku
melalui perbezaan suhu yang kecil tak terhingga
• Jika pemindahan haba di atas berlaku melalui
perbezaan suhu yang terhingga, proses itu adalah
proses takbolehbalik luaran
• Proses bolehbalik seluruh atau proses bolehbalik
melibatkan tiada ketidakbolehbalikan dalam sistem
ataupun sekitarannya
5.8 Prinsip Carnot

• Prinsip Carnot menerangkan had-had kecekapan haba


bagi kedua-dua proses boleh balik dan tak boleh balik

• Terdapat dua kenyataan prinsip Carnot:

1. Bagi 2 takungan haba yang diberi, tiada enjin haba


yang mempunyai kecekapan terma yang lebih besar
dari enjin boleh balik(enjin Carnot)

2. semua enjin haba boleh balik(enjin Carnot) yang


beroperasi di antara dua takungan haba yang sama,
mempunyai kecekapan haba yang sama

• Kenyataan pertama menyatakan bahawa enjin haba


yang beroperasi secara boleh balik akan mempunyai
kecekapan yang lebih tinggi dari kecekapan enjin
haba yang beroperasi secara tak boleh balik

• Ini disebabkan geseran dan faktor-faktor lain

• Begitu juga enjin haba balikan tak boleh balik akan


mempunyai pekali prestasi yang kurang dari enjin
haba balikan yang beroperasi secara boleh balik

• Ini menunjukkan bahawa kecekapan haba enjin


Carnot bergantung hanya pada aras suhu Tp dan Ts
dan bukan pada bahan bendalir bekerja enjin
5.9 Skala Suhu Kelvin

• Pertimbangkan satu sistem menjalani satu kitar kuasa


boleh balik yang beroperasi di antara dua takungan
haba pada suhu θp dan θs

• Mengikut konsep enjin haba, kecekapan haba hanya


bergantung kepada pemindahan haba atau suhu di
antara dua takungan haba tersebut

η = f (θP , θS )
QS
η = f (θ P , θ S ) = 1 −
QP
QS
atau = 1− f (θ P ,θ S )
QP
QS
= ϕ (θ S ,θ P )
QP
T
= S
TP

• Oleh kerana, persamaan di atas dalam bentuk fungsi,


maka ia boleh ditulis

QS
= ϕ( θS , θ P )
QP
Skala suhu Kelvin diperolehi dengan mengambil
fungsi,
TS
ϕ=
TP

dengan T ialah suhu mutlak yang menyatakan suhu


pada skala Kelvin.

Oleh itu, Persamaan di atas menjadi,


 QS  T
  = S
 Q P  bb TP

atau
QS Q P Q
= atau  = pemalar
TS TP  T  bb

Persamaan di atas hanya sah bagi proses boleh


balik sahaja
5.10 Prestasi Maksimum Enjin Haba Dan Enjin
Haba Balikan

• Kitar yang beroperasi secara boleh balik akan


menghasilkan prestasi yang tertinggi

• Bagi enjin haba, kecekapan haba maksimumnya


ialah:
Ts
ηmak = 1 −
TP

• Kitar kuasa yang beroperasi secara boleh balik dan


menghasilkan kecekapan yang tertinggi ialah kitar
Carnot

• Persamaan di atas juga dikenali sebagai kecekapan


Carnot

• Pekali prestasi bagi sistem yang menjalani kitar peti


sejuk boleh balik yang beroperasi di antara dua
takungan haba ialah:

TS
COPPmak =
TP − TS

dan bagi pam haba pula,

TP
COPPHmak =
T P − TS
Contoh 5.3

Satu kitar kuasa yang beroperasi di antara dua takungan


haba menerima haba, Qp, dari takungan panas pada suhu
2000 K dan menyingkirkan haba kepada takungan sejuk
pada 400K. Bagi setiap kes yang berikut, tentukan
samada kitar beroperasi secara boleh balik, tak boleh
balik ataupun mustahil.

a) Qp = 1000 kJ , W = 850 kJ
b) Qp = 2000 kJ , Qs = 400 kJ
c) W = 1600 kJ , Qs = 500 kJ
d) Qp = 1000 kJ , η = 30%

Penyelesaian

Kecekapan maksimum kitar kuasa ialah,


TS 400
η mak = 1 − = 1− = 0.8
TP 2000

W 850
a) η= =
Q P 1000
= 0.85

Kitar ini mustahil kerana kecekapan sebenarnya


melebihi kecekapan maksimum
QS 400
b) η = 1−
QP
= 1−
2000
= 0.8
Kitar adalah boleh balik kerana kecekapannya
menyamai kecekapan maksimum,

c) QP = W + QS = 1600 + 500 = 2100 kJ

Kitar adalah tak boleh balik kerana kecekapan


kurang dari kecekapan maksimum

d) Kitar adalah tak boleh balik kerana kecekapannya


kurang dari kecekapan maksimum.
Contoh 5.4

Sebuah sistem penyejukan digunakan sebagai


penyaman udara untuk menyejukkan dan menetapkan
sebuah bilik pejabat pada 20oC. Untlik tujuan ini sistem
ini perlu menyingkirkan haba pada kadar 25 kW dari
ruangan yang disejukkan. Suhu udara luar ialah 34oC.
Tentukan kuasa minimum yang perlu dibekalkan
kepada sistem penyejukan dan kadar pemindahan haba
ke udara luar.

Penyelesaian

Dalam kes ini, kita perlu menentukan kuasa minimum


untuk sistem penyejukan. Kuasa minimum untuk enjin
haba balikan hanya diperolehi jikalau ia beroperasi
secara boleh balik.

Oleh itu, kita perlu menganggap sistem penyejukan ini


beroperasi secara boleh balik. Untuk menentukan kuasa
masukan, kita perlulah menentukan dahulu pekali
prestasi sistem penyejukan ini apabila ia beroperasi
secara boleh balik.

COPPmak =
TS
=
( 20 + 273) = 20.9
TP − TS 34 − 20
Menggunakan takrifan pekali prestasi penyejuk, maka
kuasa minimum,

 = QS = 25 = 1.19 kW
W
COPP 20.9

dan kadar pemindahan haba ke udara luar,


 =W
Q  = 26.2 kW
 +Q
P S
5.11 Kitar Carnot

• Jika kecekapan semua enjin haba adalah kurang dari


100%, apakah kitar yang paling cekap yang
mungkin?

• Jawapannya adalah kitar Carnot

• Kitar Carnot adalah kitar boleh balik

• Setiap proses boleh dibalikkan dan dengan ini sebuah


enjin haba yang beroperasi dengan kitar Carnot boleh
menjadi peti sejuk

• Enjin haba dan enjin haba balikan yang beroperasi


secara boleh balik dijadikan perbandingan kepada
enjin haba dan enjin haba balikan yang sebenar

• Kitar Carnot terdiri dari empat proses boleh balik,


dua proses sesuhu dan dua proses adiabalik

• Kitar Carnot bagi gas unggul ditunjukkan dalam


Rajah di bawah:
• Empat proses boleh balik yang membentuk kitar
Carnot ialah:

proses 1-2 :pengembangan adiabatik boleh balik


di mana suhu menurun dari TP kepada
TS

proses 2-3 :pemampatan sesuhu boleh balik pada


suhu, TS, dan pada masa yang sama
kitar membebaskan haba, QS, kepada
takungan sejuk

proses 3-4 :pemampatan adiabatik boleh balik di


mana suhu meningkat dari TS kepada
TP

proses 4-1 :pengembangan sesuhu boleh balik


pada suhu, TP, dan pada masa yang
sama kitar menerima haba, QP, dari
takungan panas
Rajah 5.4 Kitar Carnot bagi enjin haba

Dalam Rajah 5.4 dapat dilihat bahawa tekanan berubah-ubah dari P4 kepada P1 semasa
pemanasan sesuhu dan dari P2 kepada P3 semasa penyejukan sesuhu. Secara praktik, adalah
lebih mudah bagi memanas atau menyejukkan sesuatu gas pada tekanan malar atau isipadu
malar. Oleh itu, adalah sukar untuk menjalankan enjin haba yang mengikuti kitar Carnot
apabila gas digunakan sebagai bendalir bekerja. Satu lagi kekurangan kitar Carnot ialah
nisbah kerjanya iaitu nisbah kerja bersih kepada kerja kasar adalah kecil. Dari Rajah 5.4,
kerja bersih adalah bersamaan dengan luas kawasan berlorek (1-2-3-4-1). Jumlah ini kecil
jika dibandingkan dengan kerja kasar proses pengembangan iaitu luas kawasan b-4-1-2-b-a-b.

Kitar Carnot bagi enjin haba balikan boleh didapati dengan menterbalikkan arah keempat-
empat proses. Dalam kes ini, bentuk kitar masih sama tetapi arab pemindahan haba dan kerja
adalah terbalik. Haba sebanyak. Qs, diserap dari takungan sejuk dan haba sebanyak Qp,
disingkirkan kepada takungan panas. Kerja bersih sebanyak Wbersih diperlukan bagi proses
pemindahan haba ini. Gambarajah p-υ kitar Carnot bagi enjin haba balikan ditunjukkan
dalam Rajah 5.5.
Rajah 5.5 Kitar Carnot bagi enjin haba balikan

You might also like