Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PENGGUNAAN TEKNIK ZIEFIR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN SOALAN DARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN NOMBOR DUA

DIGIT BAGI MURID TAHUN 4


Oleh: Farakemelia Binti Razali&Norizah Binti Ahmad Unit Matematik Pendidikan Rendah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Pendaraban ialah konsep kepada penambahan secara berulang. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam topik pendaraban ialah kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji penggunaan Teknik Ziefir dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan solan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Kajian tindakan ini telah dijalankan terhadap 6 orang murid 4 Bestari di Sekolah Kebangsaan Telok Pasu. Tinjauan awal melalui pemerhatian, analisis dokumen dan juga ujian OTI 1 menunjukkan murid murid mempunyai masalah dalam melakukan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit menggunakan algoritma biasa dan sukar mengingati sifir. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos, analisis dokumen dan juga temubual. Data yang dikumpul bagi setiap responden dianalisis menggunakan jadual dan graf. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

PENGENALAN Pada 28 Januari 2010, pengkaji telah menjalani praktikum terakhir di Sekolah Kebangsaan Telok Pasu selama 12 minggu dan diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas 4 Bestari bagi subjek Matematik. Kebanyakan daripada murid Tahun 4 Bestari mempunyai pencapaian yang rendah dalam subjek matematik. Secara umumnya, mereka dapat menguasai konsep penambahan dan penolakan dengan baik tetapi sangat lemah dalam menguasai konsep pendaraban dan pembahagian. Pengkaji mendapati kebanyakan murid masih tidak dapat melakukan pendaraban dengan baik terutamanya apabila melibatkan pendaraban dengan pekali lebih dari 1 digit seperti 23 x 45, 135 x 24 dan sebagainya. Mereka seringkali mengalami kesukaran dalam meletakkan nombor mengikut nilai tempatnya. Kecuaian pula sering berlaku apabila murid murid melakukan proses penambahan terutamanya apabila melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, masih ada murid yang salah konsep apabila melakukan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Malah, halangan terbesar yang dihadapi oleh murid dalam melakukan pendaraban ialah tidak mengingati sifir. Suraidah binti Abdul Salim, SK Sungai Manggis, dalam kajiannya berjudul Teknik Formula Kreatif Mengingati Sifir 6, 7, 8, 9 ada menyatakan bahawa kesukaran yang dihadapi murid dalam melakukan pendaraban adalah berpunca daripada kesukaran untuk menghafal dan mengingati sifir. Kajian Safinaz, Nellie dan Oon (1999) menyatakan punca kesilapan yang dilakukan murid adalah tidak berhati hati atau cuai, tidak menulis sifar di tempat yang sepatutnya dan tidak menguasai nilai tempat. Geary, 2004; Kilpatrick, Swafford, & Findell, 2001; Koscinski & Gast, 1993 pula berpendapat bahawa kebanyakan murid menggunakan cara pengiraan yang tidak tepat dan bersesuaian dalam melakukan pengiraan matematik. Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP, 1996) mengatakan bahawa apabila murid berupaya untuk menguasai sesuatu kemahiran, maka mereka akan mempunyai keyakinan diri, menyukai matematik, berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari Matematik. Dapatan daripada kajian ini telah menyokong dapatan Rozita binti Paiman, SK Kampung Melayu dalam kajiannya yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Mendarab Dua Nombor yang tururt menggunakan Teknik Ziefir.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

133

METODOLOGI

Bentuk kajian yang dijalankan ini adalah kajian tindakan kerana tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Objektif pertama kajian ini ialah meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit menggunakan Teknik Ziefir. Objektif kedua kajian ini ialah mengenalpasti jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit sebelum dan selepas menggunakan Teknik Ziefir. Objektif ketiga kajian ini ialah mengenalpasti adakah Teknik Ziefir membantu murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan tidak rawak iaitu persampelan bertujuan dalam memilih responden. Murid murid yang dijadikan kumpulan sasaran ini adalah dipilih berdasarkan keputusan Ujian OTI 1. Dalam Ujian OTI 1 tersebut, terdapat enam orang murid Tahun 4 Bestari yang telah meninggalkan ruangan kosong untuk soalan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit dalam kertas 2 Matematik. Selain itu, keenam enam murid ini juga mendapat gred D bagi subjek Matematik dalam Ujian OTI 1 tersebut. Oleh itu, 6 orang murid ini telah dipilih sebagai responden pengkaji yang terdiri daripada empat orang lelaki dan 2 orang perempuan. Selain itu, keenam enam murid ini juga mempunyai pencapaian yang lemah dalam subjek matematik berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam bilik darjah dan juga hasil analisis buku latihan mereka. Berikut ialah jadual tindakan yang telah dijalankan:

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Aktiviti Ujian Pra Temubual Sesi Pengajaran 1 Sesi Pengajaran 2 Sesi Pengajaran 3 Sesi Pengajaran 4 Sesi Pengajaran 5 Ujian Pos Temubual

Tarikh kumpul data 6 Julai 2010 7 Julai 2010 8 Julai 2010 12 Julai 2010 14 Julai 2010 18 Julai 2010 21 Julai 2010 25 Julai 2010 26 Julai 2010

Tempat / Catatan Kelas 4 Bestari Kelas 4 Bestari Kelas 4 Bestari Kelas 4 Bestari Kelas 4 Bestari Kelas 4 Bestari Kelas 4 Bestari Kelas 4 Bestari Kelas 4 Bestari

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen kajian untuk mengumpul data yang diperoleh. Instrumen kajian ini adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan Teknik Ziefir dalam membantu meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Instrumen kajian yang telah digunakan oleh pengkaji ialah ujian pra, analisis dokumen, temubual dan juga ujian pos. Ujian pra telah diberikan pada peringkat awal kajian mankala ujian pos akan diberikan di peringkat akhir kajian. Ujian pra yang telah diberikan ini sangat penting untuk penyelidik mengetahui tahap murid dalam kemahiran pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Manakala, ujian pos yang diberikan kepada murid murid pula adalah untuk mengetahui sama ada terdapat peningkatan markah murid murid dalam ujian ini jika dibandingkan dengan ujian yang terdahulu. Ujian ini juga sangat penting untuk memastikan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Dalam kajian ini, analisis dokumen yang dilakukan oleh penyelidik ialah analisis terhadap jawapan murid di dalam ujian pra dan ujian pos. Analisis ini bertujuan untuk melihat jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit sebelum dan selepas menggunakan Teknik Ziefir. Temubual yang dijalankan pula adalah bertujuan untuk melihat adakah Teknik Ziefir membantu murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Selain itu, pengkaji telah menggunakan alat statistik deskriptif untuk mengutip data bagi setiap bahagian.

134

DAPATAN KAJIAN Dapatan pertama adalah berkaitan dengan peningkatan kemahiran menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit menggunakan Teknik Ziefir. Graf di bawah menunjukkan graf markah semua responden pada ujian pra dan ujian pasca:

Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


120 100 80 60 40 20 0 A B C Murid D E F

Markah Murid

Ujian Pra Ujian Pos

Berdasarkan data yang ditunjukkan dalam graf di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan markah yang mendadak diperoleh oleh setiap murid. Peningkatan markah yang paling tinggi adalah sebanyak 100 markah iaitu apabila murid C dan E yang memperoleh markah 0 dalam ujian pra telah berjaya memperoleh markah 100 dalam ujian pos. Ini membuktikan bahawa Teknik Ziefir telah berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit dengan berkesan. Dapatan yang kedua pula ialah mengenalpasti jenis kesilapan yang dilakukan murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit sebelum dan selepas menggunakan Teknik Ziefir. Keputusan daripada analisis dokumen terhadap jawapan murid dalam ujian pra dan juga ujian pos menunjukkan bahawa terdapat empat jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Jenis jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah kesilapan nilai tempat, salah konsep, sifir dan juga kecuaian. Walaubagaimanapun, penggunaan Teknik Ziefir dilihat telah berjaya mengurangkan jumlah murid yang melakukan kesilapan semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Ini terbukti apabila ketika murid menjawab soalan ujian pra, kebanyakan murid melakukan pelbagai kesilapan tetapi setelah menggunakan Teknik Ziefir, hanya dua orang murid yang masih melakukan kesilapan dan hanya pada satu item. Jadual di bawah menunjukkan jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit beserta dengan kekerapan dalam ujian para dan juga ujian pos:

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

135

Kesilapan Ujian Pra Nilai tempat Salah konsep Sifir Kecuaian 22 24 7 4

Kekerapan Ujian Pos 0 0 1 1

Dapatan yang ketiga adalah mengenalpasti sama ada Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Melalui temubual yang telah dijalankan, didapati Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Jadual di bawah menunjukkan peratusan jawapan temubual murid mengikut tema.

Tema Soalan Dan Jawapan Pendapat Teknik Ziefir Senang Susah Analisis Jawapan Betul Salah Teknik Ziefir dapat membantu Membantu Tidak membantu

Kekerapan

6 0

5 1

6 0

PERBINCANGAN

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

136

Bagi soalan pertama, pengkaji telah bertanyakan pendapat murid tentang Teknik Ziefir yang mereka gunakan samada cara itu menyenangkan ataupun menyukarkan mereka.Kesemua murid iaitu seramai 6 orang telah menjawab bahawa Teknik Ziefir senang dan tiada seorang pun yang menjawab susah. Bagi soalan kedua pula, pengkaji ingin melihat cara murid menggunakan Teknik Ziefir semasa menyelesaikan solan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Ini kerana pengkaji ingin memastikan bahawa murid murid telah menggunakan Teknik Ziefir dengan menggunkana cara yang yang betul seperti yang diajar. Pengkaji juga ingin melihat sama ada murid murid berjaya menyelesaikan soalan yang diberi dengan betul dan mengetahui punca bagi jawapan yang salah. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, didapati 5 orang berjaya menjawab soalan yng diberi dengan betul manakala seorang murid lagi melakukan kecuaian ketika proses pengiraan jawapan akhir. Kesimpulannya, daripada hasil temubual yang telah dijalankan, kesemua murid mengakui bahawa Teknik Ziefir yang dipelajari telah berjaya membantu mereka menyelesaikan solan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Ini kerana, semua murid telah mendapat gred A dalam ujian pos yang telah dijalankan dan bersesuaian dengan syarat penyelidik yang menetapkan bahawa setiap murid hendaklah mencapai sekurang kurangnya gred B dalam ujian pos bagi menentukan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Melalui perbandingan markah yang diperoleh murid dalam ujian pra dan juga ujian pos, didapati setiap murid menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pos malah peningkatan markah yang tertinggi adalah sebanyak 100 markah. Selain itu, gred markah yang dicapai oleh murid dalam ujian pos juga telah berubah jika dibandingkan dengan ujian pra. Dalam ujian pra terdahulu, hanya seorang murid yang berjaya mendapat markah lulus dengan memperoleh gred D manakala lima murid lain memproleh gred E dan dikategorikan sebagai gagal. Namun, setelah menggunakan Teknik Ziefir, semua murid telah berjaya mendapat gred A.

Analisis jawapan murid dalam ujian pra dan ujian pos pula memberikan gambaran yang jelas tentang jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit . Pelbagai kesilapan yang dilakukan murid apabila menjawab soalan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit menggunakan algoritma biasa. Antaranya ialah kesilapan meletak nombor pada nilai tempat yang betul, kesilapan sifir, kesilapan konsep pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit dan juga kecuaian. Perbezaan ketara pula dapat dilihat pada ujian pos apabila tiada murid yang melakukan kesilapan nilai tempat dan juga salah konsep. Hanya seorang murid yang masih melakukan keslahan sifir dan seorang murid melakukan kecuaian ketika melakukan pengiraan. Walaubagaimanapun, kesilapan itu hanyalah melibatkan satu item sahaja bagi setiap orang murid. Analisis jawapan temubual murid pula menujukkan bahawa Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Ini terbukti apabila kesemua murid iaitu seramai 6 orang telah menjawab bahawa Teknik Ziefir senang dan tiada seorang pun yang menjawab susah. Malah, 5 orang murid telah berjaya menjawab soalan yang diberi ketika sesi temubual dijalankan dengan betul manakala seorang murid lagi melakukan kecuaian ketika proses pengiraan jawapan akhir. Di akhir sesi temubual juga, kesemua murid mengakui bahawa Teknik Ziefir yang dipelajari telah berjaya membantu mereka menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Rozita Paiman (2008). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Dua Nombor Bagi Pelajar Tahun 5 Siantan 2. Kajian tindakan yang diserahkan untuk keperluan JPN Johor tidak diterbitkan. Johor. Suraidah binti Abdul Salim (2008). Tenik Formula Kreatif Mengingati Sifir 6,7,8 & 9. Kajian tindakan yang diserahkan untuk keperluan PPD Kuala Langat. Selangor. Dunn, R, Dunn, K (1978).Teaching Students through Their Individual Learning Styles. Blackwell Publishing. Gales, Yann (2001). Piaget Constructivism Theory. Presented at The American Educational Research Association, April, 2-20. Sharifah Alwiah Alsagoff. 1984. Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

Muka Surat

137

You might also like