Kemelesetan Ekonomi: Pemberhentian Pekerja Dan Langkah Wajar Mengatasi

You might also like

Download as doc
Download as doc
You are on page 1of 3

KEMELESETAN EKONOMI: PEMBERHENTIAN PEKERJA DAN LANGKAH WAJAR

MENGATASI.

Sejak awal lagi dunia diramalkan akan berhadapan dengan kemelesetan ekonomi pada
tahun 2009. Skandal kewangan dan krisis yang dihadapi institusi kewangan dan
perbankan Amerika Syarikat serta Eropah telah mengheret bersama ekonomi dunia ke
kancah masalah.

Kesannya turut dirasai di Malaysia, apabila syarikat tempatan dan antarabangsa


yang beroperasi di negara ini mula berkira – kira untuk mengecilkan saiz operasi
perniagaan mereka. Permintaan global yang semakin berkurang ekoran krisis ekonomi
tersebut menyebabkan pengilang terutamanya, terpaksa mengecilkan perniagaan
mereka. Apabila saiz perniagaan dikecilkan ia pasti akan membabitkan pengurangan
jumlah pekerja.

Berdasarkan ramalan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), kira – kira 200,000


pekerja di Malaysia bakal diberhentikan pada tahun ini. Angka ini jauh lebih besar
berbanding hanya 85,000 pekerja diberhentikan ketika negara berhadapan dengan krisis
kewangan pada tahun 1998. Ini merupakan faktor di luar kawalan semua pihak. Ia
merupakan masalah global yang terpaksa ditelan walaupun pahit.

Meskipun banyak syarikat memberhentikan pekerja disebabkan masalah


kegawatan ekonomi ini namun masih ada majikan di negara ini yang memerlukan
pekerja bagi mengisi pelbagai jawatan di syarikat masing – masing. Beberapa pihak
telah tampil untuk membantu menangani isu pemberhentian pekerja dan
penggangguran di Malaysia seperti Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga
Kerja (JTK) dan Pertubuhan Keselamatan sosial (PERKESO).

Melalui satu akhbar yang disiarkan pada 12 Februari yang lalu berkaitan dengan
Karnival Mini Pekerjaan selama dua hari anjuran Jabatan Tenaga Kerja Butterworth dan
Georgetown, membuktikan bahawa masih terdapat syarikat yang sedang memerlukan
pekerja. Hampir 1000 jawatan kosong ditawarkan sepanjang karnival ini diadakan dan
lebih daripada 1000 pengunjung yang mendaftar di 15 buah syarikat yang menyertai
Mini Karnival ini..
Terdapat beberapa langkah lain yang wajar diambil dan dilaksanakan bagi
menangani isu pemberhentian pekerja di negara kita ini. Antaranya ialah menyediakan
program latihan semula kepada pekerja. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industi mencadangkan bahawa pekilang yang tidak
ada permintaan produk atau terpaksa mengurangkan operasi, tidak memberhentikan
pekerja sebaliknya memberi mereka peluang untuk melatih semula (retraining) sehingga
ekonomi kembali stabil dan pekerja dapat kekal.1

Ini kerana jika pekerja terlatih diberhentikan maka pengambilan semula kelak
akan menggunakan kos yang mahal. Kerajaan kini dalam proses mencadangkan agar
satu dana disediakan bagi membantu pekilang untuk mengadakan program latihan
semula yang dilihat dapat menangani isu pemberhentian pekerja ini.

Kerajaan juga mengambil peranan dalam membantu pekerja – pekerja industri


yang mengalami isu diberhentikan majikan kerana kegawatan ekonomi. Menteri Sumber
Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam menyatakan bahawa kerajaan pada sadarnya
menyetujui dengan cadangan supaya 20,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam
siisi oleh pekerja – pekerja industri yang diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi
global.2

Langkah ini bertujuan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat


kegawatan ekonomi global mengisi kekosongan jawatan yang kebanyakannya dalam
perkhidmatan sokongan seperti kearni, pembantu am dan pemandu kenderaan
kerajaan. Menurut Datuk Dr. S. Subramaniam lagi, Kementerian Sumber manusia
melalui Jabatan Tenaga Rakyat akan mencari mekanisme bagi membolehkan pekerja
industri mengisi jawatan berkenaan.

Salah satu lagi langkah yang sedang diberi perhatian adalah cadangan
penubuhan tabung pemberhentian kerja yang sedang dibincangkan dalam rangka
rancangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)3. Idea tabung seumpama ini
1
Berita Bernama. Program Latihan Semula Tangani Pemberhentian Pekerja. 29 Januari 2009.
2
Berita Bernama. Kerajaan Setuju Kekosongan Jawatan Awam Diisi Pekerja Industri. 13 Februari 2009.
3
Berita Bernama. Perkeso Kaji Tabung Berhenti kerja. 14 Februari 2009.
pertama kali dikemukakan pada tahun 1997 oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC) semasa krisis ekonomi Asia lepas yang turut melanda Malaysia.

Di bawah cadangan MTUC itu, setiap pekerja boleh menyumbang RM1 sebulan
dan ini diimbangi dengan sumbangan oleh majikan. Ia menganggarkan sejumlah rm14
juta dapat dikumpul setiap bulan berdasarkan 7 juta pekerja aktif dimana PERKESO
pada masa kini mempunyai 5.5 juta pencarum..

Langkah aktif yang diambil oleh negeri Selangor untuk menangani masalah
pemberhentian pekerja ini adalah dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi
membincangkan cara – cara mengatasi masalah pemberhentian pekerja dalam negeri.
Ahli jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri
Abdul khalid Ibrahim dengan anggotanya sendiri yang terdiri daripada beberapa exco
kerajaan negeri dan wakil kesatuan sekerja yang berkaitan.4

Penubuhan jawatankuasa itu bertujuan membuat kajian terperinci mengenai


keadaan pasaran kerja di Selangor di samping merangka langkah – langkah bantuan
bagi setiap pekerja yang diberhentikan.

Kesimpulannya, isu pemberhentian pekerja ini merupakan masalah global yang


perlu dititik beratkan. Sesuatu perlu dilakukan supaya kesannya dapat dikurangkan dan
tidak menjadi masalah serius kepada negara. Dalam keadaan gawat pekerja tempatan
perlu diutamakan. Jika boleh, gantung sementara kemasukan pekerja asing. Dengan itu
ruang yang kosong dapat diisi oleh pekerja tempatan yang diberhentikan.

4
Berita Bernama. Selangor Tubuh Jawatankuasa Tangani Masalah Pemberhentian Pekerja. 21 Januari
2009.

You might also like