Professional Documents
Culture Documents
Dakapan Bestari
Dakapan Bestari
Dakapan Bestari
Oleh:
Arif Fadzilah bin Abu Talib
Zainudin bin Abd Samad
Sek Keb Parit Sapran, Kayu Ara Pasong.
ABSTRAK
Emosi merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai, namun begitu manusia amat
kurang mengambil perhatian ke atasnya, kecuali apabila berlaku sesuatu timpaan negatif
atau konflik antara dua pihak atau lebih. Pendekatan Dakapan Bestari ini ditumpukan
kepada 4 orang pelajar peserta kelas pemulihan khas; pembelaian emosi individu
adalah menjadi subjek kajian, di mana emosi adalah ”kunci” kepada peleraian kemelut
psikologi yang membayangi hidup dan minda mereka, terasa disisihkan, serta terasa ada
kekurangan padanya. Kajian ini berlandaskan kepada teori Emotional Intellingence yang
di kemukakan oleh Daniel Goleman, diperkukuhkan dengan teori Multiple Intelligences
oleh Howard Gardner, dan mempunyai potesi cerah untuk digabungkan dengan Teori
Spiral oleh Imam Ghazali. Subjek kajian adalah tertumpu kepada pelajar kelas
pemulihan khas. Guru Pemulihan Khas bertindak sebagai pelaksana kepada modus
operandi yang disenaraikan dalam proposal yang telah dikemukakan terlebih dahulu.
Instrumen kajian adalah terdiri dari hardware dan soft ware yang ada di sekolah serta
penggunaannya adalah sebagai finishing touch sesudah emosi pelajar berkenaan dapat
distabilkan untuk jangka pendek. Bagi tujuan jangka panjang pembelaian emosi ini
ditumpukan kepada komunikasi harian serta body contact yang dilakukan sekerap
mungkin. Hasil kajian adalah jangka panjang dan tidak dapat dinyatakan dalam tempoh
yang pantas kerana pelajar bermasalah pembelajaran ini mempunyai kestabilan emosi
yang volatile; ia boleh berubah kepada keadaan lain pada bila-bila masa.
Empat pelajar sekolah ini yang bermasalah tegar untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaran memang menjadi beban utama kepada guru berkaitan. Mereka amat tidak
berminat untuk duduk dalam sesi pemerolehan ilmu kerana terasa kekurangan dan tidak
mampu untuk mendepani serta mengikuti tahap pembelajaran biasa . Berbagai helah yang
mereka cipta supaya tidak dilibatkan dalam sesi berkenaan. Guru kelas biasa sememangnya
akan berang terhadap mereka ini kerana dalam keadaan biasa mereka yang demikian akan
mampu mempengaruhi pelajar lain untuk tidak memberi tumpuan kepada perjalanan sesi
pembelajaran ketika itu. Perhatikan…as Goleman (1998, p. 19) states, “When IQ test scores
are correlated with how well people perform in their careers the highest estimate of how much
difference IQ accounts for is about 25 percent (Hunter & Hunter, 1984; Schmidt &Hunter,
1981). A careful analysis, though, suggests a more accurate figure may be no higher than ten
percent and perhaps as low as four percent” (Sternberg, 1997). Guru Pemulihan bertindak
sebagai pemudah cara untuk menyuburkan sifat minat belajar dan mampu meningkatkan
pencapaian.
Pendekatan latih tubi dalam kelas pemulihan khas tidak mendatangkan kesan, kerana
pelajar-pelajar ini tidak mempunyai daya tumpuan yang panjang, mereka hanya mampu
bertahan tidak lebih dari 10 minit dalam setiap sesi pertemuan dengan guru pemulihan di
dalam bilik pemulihan khas. Sehubungan dengan itu kekuatan guru dan iltizam para pengkaji
adalah satu sumbangan yang amat berharga untuk membangunkan pelajar bermasalah tegar
ini.
Ketiadaan tumpuan dan kebosanan yang mendalam merupakan masalah utama kepada empat
pelajar yang menjadi subjek kajian ini. Pendekatan secara Multiple Intelligences yang
dikemukakan oleh Howard Gardner nampaknya kurang mendatangkan hasil kepada mereka,
kerana ia bersifat rencam dan perlukan masa yang panjang untuk dapat mereka ikuti.
Pendekatan ini diubah suai dengan mengambil aspek yang boleh diapplykan ke atas mereka
dan tumpuan dibuat keatas pembelaian bakat serta perkembangan emosi mereka dengan
harapan agar mereka mampu untuk ”berlembut” dan tekun untuk menghadapi pembelajaran.
Sejajar dengan….when
dengan it comes to the question of whether a person will become a “star
performer” (in the top ten percent, however such performance is appropriately assessed) within
1
that role, or be an outstanding leader, IQ may be a less powerful predictor than emotional
intelligence (Goleman 2002).
Rajah 1
Rajah 1 di atas digunakan sebagai asas penilaian kepada cara mana pelajar ini
harus didekati. Selepas ujian pra dibuat berasaskan kepada instrumen yang
berupa bahan permainan / pengamatan dapat dikategorikan pelajar terpilih ini
tergolong kepada kelompok self smart.
Pelajar Kelas Pemulihan Khas 100% berpeluang menjadi pelajar normal dan
mampu memperoleh ilmu pengetahuan
1. Membantu 4 ( empat ) orang pelajar pemulihan khas bermasalah belajar untuk belajar;
2. Membangun emosi 4 ( empat ) orang pelajar pemulihan khas untuk berminat belajar;
3. Menanam kesedaran kepada 4 ( empat ) orang pelajar sedar ” Masih ada yang sayang ”;
4. Mewujudkan suasana seronok untuk belajar kepada 4 ( empat ) orang pemulihan khas;
2
4.0 KUMPULAN SASARAN:
Tumpuan diberikan kepada pemerhatian, temu bual, dan kunjung ziarah keatas 4 orang pelajar terpilih.
5.1.1 PEMERHATIAN:
Para pengkaji membuat pemerhatian keatas empat (4) pelajar yang telah terpilih untuk mengenal pasti
di manakah masalah utama mereka di segi pergaulan dan komunikasi.
Latar belakang pelajar yang dikaji amat penting untuk diketahui, maka usaha mengunjungi dan
menziarahi keluarga pelajar ini dijalankan. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas bagi
membuat keputusan tindakan seterusnya berlandaskan kepada paradigma keluarga pelajar keatas
pentingnya belajar.
Tingkah laku pelajar dalam bergaul dijadikan subjek utama bagi menentukan cara mana mereka
boleh dibantu untuk dipulihkan.
Pertemuan dengan keluarga 4 orang pelajar pemulihan khas ini telah membantu guru pemulihan khas
untuk memilih pendekatan sesuai untuk menjalankan usaha pengajaran dan pembelajaran formal.
5.2.7TINDAKAN DIJALANKAN:
Tindakan yang dijalankan adalah proses berturutan dari pemerhatian, temu bual,dan kunjung ziarah.
Pendekatan yang dibuat oleh guru pemulihan adalah:
Sentuhan fizikal = bersalaman
Dakapan bestari = body contact ( untuk pelajar lelaki sahaja )
Belaian emosi = menghibur / kecindan
Bicara bestari = kata perangsang
Setiap kali pengajaran kelas pemulihan khas berlangsung setiap hari.
Responden diperhatikan oleh pengkaji dalam masa 14 hari, pemerhatian ini dibuat diluar pengetahuan ke
empat-empat pelajar berkenaan, tingkalah laku mereka ternyata berbeza dengan pelajar normal yang
biasanya gembira dan mudah bergaul dengan ramai rakan.100% pergerakan mereka di sekolah
menjurus kepada berada di dunia sendiri dan amat jarang mereka dapat menumpukan perhatian kepada
hal pelajaran.
Perbualan dibuat oleh pengkaji dan guru pemulihan khas dengan 4 pelajar pemulihan khas ini. Pada
peringkat awal mereka begitu sukar untuk mendengar, menjawab, dan memahami pertanyaan. 95% apa
yang dikatakan oleh mereka tidak lahir dari hati sanubari mereka. Sebaliknya mereka menyembunyikan
keadaan sebenar dan tiada kesungguhan untuk menjawab pertanyaan temu bual.
Empat keluarga pelajar dikunjungi, perbualan secara santai dan terbuka dilakukan dengan ibu bapa
pelajar. Tiada soalan tetap dikemukakan kerana kunjungan ini semata-mata bertujuan untuk melihat latar
belakang keluarga serta di tahap manakah sosio ekonomi mereka.
Bagi melindungi identiti pelajar, mereka di kodkan dengan A, B,C, dan D, ia menjelaskan:
FASA PERTENGAHAN
KOD PELAJAR 0 1 2 3
4
A /
B /
C /
D /
FASA TERKINI
KOD PELAJAR 0 1 2 3
A /
B /
C /
D /
FASA AWAL
KOD PELAJAR 0 1 2 3
A /
B /
C /
D /
FASA PERTENGAHAN
KOD PELAJAR 0 1 2 3
A /
B /
C /
D /
FASA TERKINI ( SELEPAS 6 BULAN )
KOD PELAJAR 0 1 2 3
A /
B /
C /
D /
6
PERUBAHAN PELAJAR A
GRAF PERKEMBANGAN
12
10
0
AW AL PERTENGAHAN TERKINI
JULAT MASA
PERUBAHAN PELAJAR B
35
30
25
20
10
0
AWAL PERTENGAHAN TERKINI
JULAT MASA
PERUBAHAN PELAJAR C
35
30
25
20
10
0
AW AL PERTENGAHAN TERKINI
JULAT MASA
PERUBAHAN PELAJAR D
16
14
12
10
0
AW AL PERTEN GAHAN TERK INI
JULAT MASA
7
PERUBAHAN PENCAPAIAN
5
4.5
4
3.5
3
SKALA LIKERT 2.5 PEREMPUAN
2 LELAKI 1
1.5
1 LELAKI 2
0.5 LELAKI 3
0
AWAL PERTENGAHAN TERKINI
JULAT MASA
Pengkaji akan datang dicadangkan juga supaya lebih menumpu kepada cara mana dapat
membantu pelajar bermasalah pengelihatan dan pendengaran yang kurang acute tetapi tidak cukup
serius untuk di serahkan kepada kelas pendidikan khas.
Pelajar kelas pemulihan khas memerlukan kasih sayang seorang pendidik dan sekalung
keyakinan agar mereka dapat menilai diri mereka sendiri serta berhasrat untuk memajukan dirinya.
Usaha gigih guru dan pengkaji adalah penting bagi menghasil satu pendekatan yang lebih berkesan
berasaskan teori Emotional Intelligence yang dikemukakan oleh Daniel Goleman dan Multiple
Intelligences oleh Howard Gardner ia boleh digabung kaitkan dengan Teori Spiral yang kemukakan
oleh Imam Ghazali.
KESIMPULAN:
Pelajar pemulihan Khas mempunyai potensi untuk meningkat maju dan dapat sama-sama bersaing dalam
medan kehidupan dengan usaha bantuan berterusan yang berteraskan belaian emosi, pengembangan
minat, pemupukan bakat,serta pengiktirafan
RUJUKAN
8
9