Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pembelajaran Berasaskan Otak: Prinsip-prinsip a. Otak Beroperasi Selari Otak beroperasi seperti komputer.

Ia boleh menjalankan dua atau lebih aktiviti pada satu masa yang sama. Contohnya kita boleh makan sambil menonton televisyen. Malah kanak-kanak boleh belajar melalui sains video dengan mendengar dan menonton. b. Pembelajaran Melalui Keselurahan Fisiologi Otak beroperasi berkait rapat dengan tekanan, nutrisi, senaman dan sebagainya. Jadi pembelajaran amat bergantung kepada sekeliling kita. Semasa kanak-kanak belajar, kita perlu memastikan suasana sekeliling adalah selesa dan mesra. Malah semasa kanak-kanak belajar sains, mereka lebih suka berhubung dengan alam semulajadi yang mesra. c. Bersifat semulajadi Ini bermakna kecerdasan otak bergantung kepada kurniaan gen-gen daripada ibu bapa. Walaupun terdapat otak genius tetapi ia juga perlu pupukan daripada ibu bapa dan guru. Oleh itu, semasa pembelajaran kita perlu merangsangkan keingintahuan kanak-kanak supaya neuron otak dapat terhubung dengan meluas. Jadi, otak dapat berfungsi dengan sempurnanya. d. Mentafsirkan dan menguruskan info melalui corak Maklumat dalam otak transfer menggunakan elektrik. Satu maklumat akan mengalir melalui beberapa laluan. Jadi, dengan laluan yang berbeza otak akan menguruskan maklumat dengan corak yang berbeza. Oleh itu, semasa kanak-kanak menerap ilmu ia akan disusun dengan corak yang tertentu yang boleh diserap dengan lama. Jadi, semasa murid belajar sains mereka akan berkhayalan kerana ini merupakan salah satu bentuk corak. e. Emosi mempengaruhi corak Otak kita dipengaruhi oleh perasaan. Sekiranya manusia berasa tertekan, otak kita susah untuk menerap maklumat dengan banyak atau berterusan. Di sebaliknya kita berasa tenanag dan senang, otak akan berfikir dengan kreatif dalam pembelajaran. Sebagai seorang guru yang peka dan prihatin, kami perlu memahami perasaan dan sikap kerana ia akan mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak. Semasa kakank-kanak belajar sains, emosi

mereka mungkin gembira kerana memenuhi keingintahuannya dan sebaliknya mungkin sedih kerana sentiasa dimarah oleh guru apabila terlalu aktif. f. Setiap otak dibahagi mengikut fungsi Otak kita dibahagi kepada beberapa bahagian mengikut fungi masing-masing. Semasa kita menyerap maklumat atau ilmu, otak kanan kita mengambil bahagian. Tetapi untuk menyimpan maklumat tersebut, otak kiri yang berfungsi untuk mengingatkannya. Oleh itu, untuk mengaktifkan kedua-dua bahagian otak, sebagai murid perlu menguasai kemahiran bahasa supaya dapat memahami dan mengingati dengan cepat dan sempurna. g. Pembelajaran melibatkan perhatian dan persepsi (tanggapan) periferal Otak menyerap ilmu secara langsung dengan kesedaran dan perhtian yang sepenuh. Di samping itu, stimulasi yang kecil juga akan mempengaruhi tumpuan kanak-kanak semasa pembelajaran. Contohnya dinding kelas yang kotor. Walaupun ini adalah aspek yang kecil tetapi ia akan mempengaruhi pemikiran dan tumpuan murid. Selain itu, pergerakan besar atau kecil juga amat penting. Kanak-kanak akan lebih bertumpuan dengan pelajaran sekiranya guru mempunyai senyuman yang mesra dan gerak-geri yang menarik seperti demostrsi tentang pembelajaran sains. Tambahan lagi, periferal adalah melibatkan penglihatan seperti carta, lukisan, gambar dan sebagainya. Karya seni yang menarik dapat menambahkan minat

pembelajaran. Oleh itu, untuk mempertingkatkan perhatian murid sains banyak alat boleh digunakan. Semantara itu, pendengaran juga terkandung dalam persepsi periferal. Jadi muzik boleh diguanakan sedangkan ia dapat merangsangkan emosi murid. h. Pembelajaran selalu menglibatkan proses secara langsung dan tidak langsung Pembelajaran secara langsung ialah pengajaran daripada guru atau ibu bapa. Malahan pembelajaran tidak langsung ialah melalui pengalaman dalam kehidupan. Dalam sekolah, murid sains amat bergantung kepada guru. Mereka akan memberi perhatian yang sepenuhnya sekira cara pengajaran guru menarik dan disukai. Malah pembelajaran tidak langsung membolehkan murid sains belajar melalui video, mizuk dan seni. Contohnya mereka boleh belajar video yang berkaitan dengan topik.

i.

Kita mempunyai dua jenis daya ingatan: Ingatan ruang dan ingatan belajar serta menghafaz Ingatan ruang adalah ingatan yang sementara. Contohnya otak kita dapat mengingati makanan yang kita makan semalam tetapi tidak dapat mengingat makanan sebulan yang lepas. Bagi ingatan belajar dan menghafaz jelas mendefinisikan bahawa murid belajar sesuatu ilmu lalu menhafazkannya. Dalam matapelajaran sains amat memerlukan pelajar sains mengingati banyak teori dan fakta. Ini tidak bermaksud mereka boleh menghafal semua fakta tetapi sekiranya meraka memahami isi yang belajar barulah mereka dapat menanamkan ingatan tersebut dengan dalam. Oleh itu, mereka boleh mengulangkaji topik banyak kali dan boleh melalui kuiz dan ujian.

j.

Otak memahami dan mengingat dengan berkesan sekiranya fakta dan kemahiran telah tersimpan dalam ingatan. Murid-murid sains mungkin telah dilengkapkan dengan ilmu semasa di rumah. Oleh itu, semasa pembelajaran dalam sekolah mereka boleh meyerap ilmu dengan lebih cepat. Contohnya kanak-kanak diberitahu bahawa kita perlu minum air setiap hari untuk memenuhi keperluan asas. Jadi semasa pembelajaran mereka telah dilengkapi dengan fakta ini dan lebih mudah menerima informasi tersebut. Sekira guru memberi penerangan yang selanjut, mereka juga boleh mengikut penerangan guru. Tambahan lagi, seperti yang dikemukan tadi tentang kemahiran amat diperlukan. Bagi kanak-kanak yang belajar sains aspek ini amat penting. Ini disebabkan sains berkaitan dengan alam dan kehidupan. Mereka belajar sains melalui kemahiran mendengar, pendengaran, sentuhan dan sebagainya. Dengan pengalaman yang lalu seperti kanak-kanak pernah melihat haiwan dan tumbuahan yang disebut dalam buku teks, mereka akan lebih mudah membayangkan dan mengaitkan lalu memperdalamkan ingatan mereka.

k. Pembelajaran dipertingkatkan melalui cabaran dan dihalang melalui hukuman. Semua pelajar tidak suka hukuman daripada guru semasa pembelajaran malahan bagi murid sains. Di sebaliknya, sekiranya murid sains mempunyai sikap ingin tahu dan minat, merka akan terus belajar tanpa sebarang paksaan. l. Setiap otak adalah unik

Setiap orang tidak mempunyai fikiran yang sama walaupun struktur dan fungsi agak sama. Oleh itu, murid yang berbeza akan belajar melalui cara yang disukai masing-masing. Kesimpulannya, objektif untuk pembelajaran berasakan otak adalah menukarkan pembelajaran hafalan kepada pembejaran infomasi dengan pemahaman.

You might also like