Sumbangan Pasaran Saham Kepada Pembangunan Ekonomi Negara

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 55

Sumbangan Pasaran Saham Kepada Pembangunan Ekonomi Negara

MOHAMMAD TAQIUDDIN MOHAMAD. BSh (UM), M.Econs (UKM) PROFESOR DR JONI TAMKIN BORHAN, BSh, MSh (UM), PhD (Edinburgh) JABATAN SYARIAH & EKONOMI UNIVERSITI MALAYA

DEFINISI SAHAM
Bahasa Keberuntungan, kesempatan, sedikit daripada sesuatu yang banyak. Disebut juga sebagai Asham Bainahum (bahasa arab) yang bererti undilah di antara mereka, sahimahu yg bererti bagilah, akhoza sahman yang bererti mengambil kesempatan.

ISTILAH
Saham adalah perincian yang dibahagi ke dalam kelompok kelompok modal perusahaan dan ditetapkan melalui surat berharga yang mencantumkan nilai nominal. Surat berharga atau sijil saham yang diberikan kepada pemilik saham adalah sebagai pengakuan terhadap haknya. Majoriti fuqaha Islam mengharuskan saham berasaskan kepada syarikat saham bersama kerana syarak mengharuskan penanaman modal sama ada sama nilainya atau tidak di kalangan rakan kongsi. (Muhammad Kamal Atiyah, 1992; 98.)

Dalam erti kata lain, para pemegang saham secara bersama menanam modal dan mereka bersedia menghadapi sebarang keuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku Sekiranya berlaku kemuflisan syarikat, wang yang tinggal selepas dibayar segala hutang piutang hendaklah dibahagikan di kalangan pemegang saham. Mereka secara bersama menanggung kerugian oleh firma disebabkan oleh kemuflisan tersebut.

PANDANGAN ISLAM TERHADAP SAHAM


Yusuf Al-Qardhawi; Saham merupakan sebahagian daripada syarikat atau bank. Nilai saham akan berubah, iaitu ia akan turun dan naik berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh syarikat atau bank berkenaan.

Jika nilai saham naik, maka nilai keuntungan boleh diperolehi oleh para pelabur dan begitu juga sebaliknya. Sifat ini telah menjadikan pelaburan saham halal di sisi syara dan tiada halangan terhadapnya sama ada bagi menerbitkan, menjual, membeli atau menyimpan saham berkenaan. (Taufik, 2000). Dr Wahbah Al-Zuhaily turut menyatakan bahawa pelaburan saham adalah satu kegiatan yang halal dan diharuskan di sisi syarak (Wahbah al-Zuhaily; 1997).

KOMPONEN INDUSTRI KEWANGAN DI MALAYSIA


Perbankan Institusi bukan Kewangan Pasaran Wang

Pengurusan Kekayaan

KEWANGAN ISLAM

Pasaran Modal

Pngurusan Aset Produk Berstruktur & Derivatif

Takaful

KEDUDUKAN PASARAN SAHAM DALAM SISTEM KEWANGAN MALAYSIA

Pasaran Kewangan (Financial Market)

Pasaran Wang dan Pertukaran Asing

Pasaran Modal

Pasaran Derivatif

Pasaran Luar Pesisir (Offshore)

KEDUDUKAN PASARAN SAHAM DALAM SISTEM KEWANGAN MALAYSIA

Pasaran Kewangan
Pasaran Wang dan Pertukaran Asing Pasaran Luar Pesisir (offshore)

Pasaran Modal

Pasaran Derivatif

Pasaran Ekuiti/ Saham

Pasaran Bon/ Sukuk

KLSE (Kuala Lumpur KLSE Stock Exchange)

Sekuriti Hutang Awam (Public Debt Securities)

MESDAQ

(Pasaran Hutang Swasta) Private Debt Securities

UNSURUNSUR DALAM PASARAN MODAL Pengantara Pasaran Produk Aktiviti

Saham Sukuk Dana Amanah

Dagangan Pengurusan Pelaburan Kewangan Korporat

Pelabur
Bursa Saham (Exchanges) Rumah penjelasan Pendepositan

Institusi
Undang-undang sekuriti

Infrastruktur Peraturan

Garis panduan Peraturan Bursa

PASARAN MODAL ISLAM

Pasaran Ekuiti (Saham)

Pasaran Hutang Bentuk Kontrak Instrumen Institusi

Unit Amanah (unit trust)

Pasaran Bon (Sukuk)

I-REITs
Syarikat Tersenarai Awam

Sekuriti Hutang Awam Islam

Sekuriti Hutang Swasta Islam (IPDS)

BURSA MALAYSIA

Sekuriti Hutang Tersenarai & Tidak Tersenarai

PASARAN SAHAM/EKUITI
Ekuiti merujuk kepada bahagian pemilikan saham dalam perniagaan atau syarikat yang merupakan bahagian modal yang disumbangkan oleh pemilik. Ini bermaksud para pelabur dalam pasaran ekuiti memiliki kepentingan bersama dalam syarikat yang mereka laburkan. Sebagai pemilik bersama, tanggungan mereka hanya terhad kepada jumlah modal yang disumbangkan. Pasaran ini melibatkan dagangan di Bursa Malaysia yang mempunyai dua bahagian iaitu papan pertama dan papan kedua. Penyenaraian sesebuah syarikat di kedua-dua papan ini ditentukan oleh saiz dan modal berbayar syarikat, penguasaan dan juga rekod perniagaan.

OPERASI DAGANGAN DI BURSA MALAYSIA


ASPEK Modal berbayar PAPAN UTAMA (KLSE) Modal minimum RM20juta PAPAN KEDUA (MESDAQ) Modal minimum RM5juta dan tidak melebihi RM20juta Mempunyai rekod perniagaan yang menguntungkan tidak kurang tiga tahun berturut-turut Membayar dividen tiga tahu berturut-turut

Rekod peniaga

Mempunyai rekod perniagaan yang menguntungkan sehingga lima tahun berturut-turut Membayar dividen selama lima tahun berturut-turut

Rekod Dividen

KEISTIMEWAAN SAHAM DAN HAK-HAK PEMILIKNYA


KEISTIMEWAAN SAHAM Saham-saham mempunyai nilai yg sama, di mana modal perusahaan dibahagi ke dalam bentuk saham-saham dengan nilai yg sama, dan hasil daripada nilai-nilai ini adalah sama, baik di dalam bentuk hak mahupun t/jawab pemegangnya di dalam perusahaan Boleh diperdagangkan iaitu hak pemilikannya boleh dipindahkan kepada orang lain melalui pemindahan hak milik seperti dijual, dihibahkan, diwasiatkan, digadaikan dan sebagainya. Bebanan tanggungjawab pemegangnya hanya menjurus kepada jumlah/nilai saham yang dimiliki.

INSTRUMEN PASARAN EKUITI


I.

SAHAM BIASA (common shares)

Pemilikan sesebuah syarikat oleh pemegang saham Pemegang saham mempunyai hak pemilikan, hak berkongsi untung, hak mengundi ahli Lembaga Pengarah Menanggung risiko yang dikaitkan dengan pemilikan tersebut Tidak mempunyai ciri-ciri yang bercanggah dengan syarak MPS akan menyenaraikan syarikat-syarikat yang diluluskan oleh Syariah Senarai akan dikemaskinikan 2 kali dalam setahun iaitu pada bulan Mei dan Oktober. Dua indeks Islam digunakan iaitu Indeks Islam RHB yang dilancarkan pada tahun 1996 dan Indeks Syariah Kuala Lumpur pada bulan April 1999. Indeks-indeks Islam ini berfungsi untuk menjejaki prestasi sekuriti patuh Syariah di dalam Bursa Malaysia. Ia dibina daripada kaunter-kaunter yang diklasifikasikan sebagai patuh Syariah oleh MPS, SC. Bursa Malaysia turut memperkenalkan beberapa siri indeks yang baru (Siri Indeks FMB) antaranya Indeks EMAS FTSE Bursa Malaysia Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia.

III.

HAK LANGGANAN BOLEH PINDAH (TSR) TSR merupakan suatu kontrak yang memberikan pemegangnya hak tetapi bukan kewajipan , utk melanggan saham biasa baru pada harga kuat kuasa terdahulu dalam tempoh masa tertentu. Ia tidak bernilai selepas tempoh masa yg ditetapkan. Diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia

IV. WARAN PANGGILAN Merujuk kepada instrumen yang memberi hak kepada pemiliknya, tetapi bukan kewajipan untuk membeli dengan kuantiti tetap sesuatu aset (saham) dengan harga tertentu dalam tempoh masa terhad. Lazimnya diterbitkan oleh pihak ketiga misalnya bank saudagar. Tiga Ciri Utama; i. Aset pendasar; Hak membeli saham dalam syarikat (aset). ii. Harga guna hak; Harga pd mana pemegang waran boleh memlilih utk menggunakan hak membeli saham pendasar. Harga ditetapkan pada masa waran diterbitkan. iii. Tempoh guna hak; Hak yg ada bagi waran hanya boleh diguna dalam satu tempoh terhad. Selepas tempoh, waran sudah tidak bernilai.

v. Amanah Saham Berteraskan Islam


Amanah saham merujuk kepada pelaburan dalam satu dana yang diuruskan secara profesional oleh pengurus-pengurus dana. Modal terkumpul seterusnya dilaburkan untuk mendapatkan pulangan yang dinikmati oleh pelabur dalam bentuk dividen atau bonus Menjadi pilihan pelabur kerana mempunyai risiko yang rendah. Berbanding amanah saham biasa, amanah saham diuruskan berdasarkan prinsip Syariah dan melibatkan pelaburan dalam syarikat-syarikat yang diktiraf halal oleh MPS.

SENARAI SAHAM AMANAH BERTERASKAN SYARIAH


ABRAR Investment Fund Amanah Saham Bank Islam Amanah Saham Darul Iman Amanah Saham Kedah Amanah Saham Wanita Arab- Malaysian Tabung Ittikal BHLB Pacific Dana Al-Ihsan BHLB Pacific Dana Al-Mizan Dana Al-Aiman Kuala Lumpur Islamic Bond Fund Kuala Lumpur Ittikal Fund Lifetime Dana Putra Mayban Dana Yakin OSK - UOB Dana Islam Pacific Dana Aman RHB Islamic Bond Fund RHB Mudharabah Fund TA Islamic Fund Tabung Amanah Bakti

HAK-HAK KEKAL PARA MEMEGANG SAHAM Hak bersuara di dalam syarikat secara langsung ataupun tidak langsung. Hak mendapat keuntungan perniagaan, begitu juga terhadap asetaset perniagaan. Hak mengawasi perjalanan perniagaan seperti menghitung keuntungan dsb. Hak mengundurkan diri dalam pemilikan saham sama ada menjual, membeli dan menghibahkannya.

PERBEZAAN UMUM ANTARA SAHAM DAN SUKUK (BON ISLAM) SAHAM


Sebahagian daripada modal

PERBEZAAN
SURAT BERHARGA

SUKUK
Sebahagian daripada pinjaman, dan nilainya tidak termasuk ke dalam sebahagian modal Penghutang bukan org yang turut bekerjasama dalam perusahaan Setelah tertubuhnya perusahaan untuk memperluaskan pelaksanaannya

Orang yang turut bekerjasama di dalam perusahaan Pada waktu penubuhan perusahaan & sesudahnya

PEMEGANG

WAKTU PENGELUARAN

Mempunyai saham

PERUSAHAAN Tidak mesti mengeluarkan PERSEORANGAN bon

PERBEZAAN UMUM ANTARA SAHAM DAN SUKUK (BON ISLAM)


SAHAM
Mempunyai hak untuk hadir & hak memberikan suara Kadang-kadang keuntungan hilang kerana hutang perusahaan @ kerugiannya Mempunyai hak dalam keuntungan yang berubahrubah sesuai dengan keadaan perusahaan Nilai nominal tidak boleh dikembalikan kecuali pada waktu pembekuan perusahaan Kaedah utk mendapat modal daripada pemilik projek

PERBEZAAN HAK DLM MESYUARAT RISIKO KEUNTUNGAN HAK DLM KEUNTUNGAN

SUKUK
Tidak berhak untuk hadir & memberikan suara. Tidak mempunyai risiko pun kerana mempunyai jaminan keuntungan Mempunyai hak yg tetap & tidak berubah walaupun perusahaan berada dlm keadaan untung @ rugi Mempunyai batasan (limit) waktu pengembalian

PENGELUARAN

PENGELUARAN

Kaedah utk mendapatkn modal melalui pinjaman daripada pihak lain

PERANAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH (MPS)


Memastikan penyelidikan yang dilakukan selaras dengan prinsip dan kehendak Syariah.

KRITERIA SYARIAH
Dalam membentuk kriteria tersebut , tumpuan diberikan kepada aktiviti utama Syarikat dari sudut barangan dan perkhidmatan yg dihasilkan. Ini kerana aktiviti utama mendatangkan pulangan kpd Syarikat dan seterusnya dibahagikan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen.

SEKURITI TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA


HUKUM HALAL HARAM SYUBHAH Patuh Syariah Berteraskan judi, arak, amalan riba, gharar, amalan tidak bermoral dan sebagainya Bercampur antara halal dan haram. HURAIAN

KRITERIA AKTIVITI UTAMA


1. 2. 3.

4.

Berteraskan Riba Kegiatan judi Pengeluar dan penjualan barang dan perkhidmatan yang diharamkan dalam Islam Syarikat bersifat gharar

1. KRITERIA BERTERASKAN RIBA Aktiviti utama syarikat adalah berteraskan riba seperti yg di jalankan oleh institusi kewangan konvensional. Hujah- dalil al-Quran : Dalil ijma- ulama bersepakat riba adalah haram.

a.

b.

c.

2. KRITERIA BERTERASKAN KEGIATAN JUDI


i.

Aktiviti utama syarikat adalah kegiatan judi, seperti kasino, nom.ekor dan yg seumpamanya. Hujah pengharaman Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan Al- maidah : 90

i.

3. KRITERIA BERTERASKAN PENGELUARAN & PERKHIDMATAN YG HARAM.


a.

Aktiviti utama syarikat adalah pengeluaran barangan & perkhidmatan yg diharamkan dalam Islam yg merangkumi: Proses,mengeluar & memasarkn minuman keras. Membekalkan daging yg tidak halal Memberikn perkhidmatan yg tidak bermoral.

b. Hujah Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi


baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Al- Baqarah : 168

4. KRITERIA BERTERASKAN UNSUR GHARAR


i.

Aktiviti utama syarikat adalah bersifat gharar ( ketidakpastian) seperti: perniagaan insurans konvensional dan perbankan. Dalil pengharaman gharar: berdasarkan hadis nabi Muhammad S.A.W:
Sesungguhnya Nabi s.a.w menegah jual beli gharar.

ii.

4. SYARIKAT BERCAMPUR
Bermaksud, aktiviti utama syarikat adalah terdiri daripada aktiviti yg dibenarkn Syariah tetapi terdapat juga aktiviti sampingan yg haram dalam nisbah yang kecil. Bagi syarikat bercampur MPS mempertimbangkan beberapa kriteria tambahan sebelum memasukkan dalam senarai sekuriti patuh syariah iaitu:

i.

Aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti yg bertentangan dgn prinsip-prinsip Syariah, manakala unsur haram adalah amat kecil. Pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik. Aktiviti utama syarikat tersebut mpunyai kepentingan & maslahah kpd umat Islam dan negara, manakala unsur haram yg amat kecil melibatkn perkara umum balwa, uruf & hak masyarakt bkn Islam yg diperakui oleh Islam.

ii.

iii.

iv Majoriti fuqaha mengharuskan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam dan menghukumnya makruh (Syafi I, sebahagian Hanafi, Maliki dan Hanbali) manakala minoriti fuqaha tidak mengharuskan kerana benda haram seperti khinzir adalah mal bagi bukan Islam dan haram bagi orang Islam.

RASIONAL MENGHARUSKAN KEMASUKAN SYARIKAT BERCAMPUR DALAM SENARAI SEKURITI PATUH SYARIAH.

Perundangan Islam terima hakikat gharar yasir. Prinsip umum balwa. Prinsip al- daruriyat al- Khamsah ( Agama, diri, akal, zuriat dan harta) Maslahah

ASAS MEMBENTUK UKUR RUJUK


Ukur 1/3 dalam kes wasiat saad ibn waqas-1/3 atau 33.33% Ukur rujuk berdasarkan Ghabn Fahish (melampau) oleh Mazhab Hanafi- iaitu: 5% = Barangan biasa 10% = Haiwan tunggangan/kenderaan 20% = Aset tetap.

PERLAKSANAAN SEMASA TANDA ARAS


a)

Tanda aras lima peratus (5%)


Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan Syariah) seperti riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional), judi, minuman keras dan daging babi.

b)

Tanda aras 10 peratus (10%)


Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur `umum balwa iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Contoh sumbangan tersebut adalah pendapatan faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional. Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau.

c)

Tanda aras 20 peratus


Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan terimaan sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah seperti terimaan sewaan premis yang menjalankan aktiviti perjudian, jualan arak dan sebagainya.

d)

Tanda aras 25 peratus


Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam, namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status Syariah aktiviti berkenaan. Antara aktiviti yang mempunyai tanda aras ini ialah aktiviti pengoperasian hotel dan pusat peranginan, perniagaan saham,pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinan melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah.

RINGKASAN SEJARAH PENERBITAN SEKURITI (SAHAM) PATUH SYARIAH


Pada bulan Ogos 1995 Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan Instrumen Islam (KPII) telah berusaha membuat penyelidikan bagi memulakan penganalisaan terhadap saham-saham yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Hasil daripada penyelidikan tersebut terbentuklah kriteria-kriteria yang dijadikan sebagai panduan asas untuk menilai sekuriti-sekuriti tersenarai dari perspektif Syariah. Pada bulan Jun 1997, jumlah Saham Patuh Syariah hanyalah sebanyak 371 buah atau kira-kira 57% sahaja dari jumlah keseluruhan sekuriti tersenarai. Pada 28 November 2008, jumlah saham yang diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah telah bertambah iaitu sebanyak 855 saham. Jumlah ini mewakili 85% daripada jumlah keseluruhan sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

SUMBANGAN PASARAN SAHAM/EKUITI TERHADAP EKONOMI MALAYSIA


Pasaran saham adalah sebahagian daripada pasaran modal yang berperanan penting dalam menjalankan fungsi ekonomi dan kewangan. Secara kolektif, ia merupakan mekanisme yang memudahkan pemindahan dana pelaburan daripada agen ekonomi yang mempunyai lebihan kewangan kepada mereka yang mengalami defisit kewangan. Ini dapat dicapai melalui proses penjualan sekuriti (saham atau bon) sama ada di pasaran primer ataupun pasaran sekunder . Kesannya, sektor swasta, kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan lain-lain boleh mengakses himpunan besar modal daripada aktiviti tersebeut berbanding hanya bergantung pada modal dalaman semata-mata (SHEIKH GHAZALI ABOD, 2001)

Samb..
Aktiviti jual beli sekuriti/saham adalah sangat penting bagi peruntukan modal yang cekap dalam sesebuah ekonomi. Walaupun kebanyakan perniagaan pasaran saham hanya melibatkan perniagaan saham sedia ada (sekunder), namun harga sekuriti tersebut tetap menyediakan isyarat yang penting kepada institusiinstitusi kewangan. Melaluinya, syarikat-syarikat boleh meningkatkan modal dengan menerbitkan saham baru, hak atau bon pada harga yang tinggi. Harga transaksi dan sebut harga bagi sesuatu saham juga memberikan pelabur petunjuk nilai pasaran bagi kekayaan yang boleh mempengaruhi keputusan mengenai perbelanjaan penggunaan (consumption expenditures). Pada masa lain, pasaran saham juga membolehkan pelabur-pelabur sama ada untuk membubarkan atau memperuntukkan pelaburan mereka kepada aset-aset kewangan lain.

Lebihan Dana & Kurangan Dana

Lebihan Dana

Sumber Dana Instrumen Kewangan Islam

Pasaran Modal Islam


Instrumen Pelaburan Islam Pengguna Dana

Kurangan

KELEBIHAN PASARAN SAHAM/EKUITI Meningkatkan Kecekapan Sistem Kewangan.


Pasaran saham yang terkawal baik boleh meningkatkan kecekapan sistem kewangan melalui persaingan dalam penawaran instrumen kewangan yang mempunyai tingkat kualiti yang berbeza. Dengan itu ia akan meningkatkan kadar nominal simpanan bagi penyimpan dan merendahkan kadar bayaran pulangan kepada peminjam. Apabila wujud instrumen pelaburan kewangan alternatif dalam sesebuah pasaran, di samping institusi-institusi pula saling bersaing untuk mendapatkan dana terkumpul, kesannya hasil pelaburan dan kos pembiayaan akan cenderung untuk menjadi lebih kompetitif. Pilihan instrumen dengan risiko dan ciri pulangan yang berbeza akan membolehkan pelabur-pelabur membentuk portfolio yang diingini. Bagi pelabur-pelabur kecil, ini mungkin tidak boleh terjadi jika pelaburan hanya dibuat dalam sektor perbankan. Dalam BIMB, misalnya, pilihan pelabur umumnya akan menjadi deposit pelaburan dengan tarikh matang yang pelbagai, tanpa banyak kelonggaran dalam perkembangan risiko .

Pemadanan Tempoh Dana;


Pasaran saham membantu dalam memadankan keutamaan penyimpan dan pelabur berhubung dengan mudah tunai, memadankan dana bagi projekprojek berjangka masa panjang dengan tempoh pembiayaan yang berjangka pendek. Pelabur yang lebih mengutamakan penggunaan semasa akan dapat membubarkan pelaburan mereka melalui pasaran sekunder. Dengan kata lain, keadaan ini akan membolehkan firma meningkatkan modal jangka panjang mereka tanpa memerlukan pemegang-pemegang syer melibatkan diri sepenuhnya sepanjang tempoh projek dilaksanakan. Pasaran saham juga berjaya memisahkan pemilikan sesebuah firma daripada pengurusannya. Misalnya apabila pembiayaan besar diberikan kepada sesebuah firma besar, ia akan mewujudkan risiko yang besar. Bursa saham menyediakan sumber kewangan yang bukan sahaja mampu mewjudkan perkongsian risiko tetapi juga membenarkan pengurusan untuk menjalankan dasar jangka masa panjang seperti membuat perubahan dalam struktur pemilikan.

Mobilisasi Simpanan.
Pasaran saham/ekuiti merupakan satu bentuk pelaburan yang berdaya maju dan agak selamat di samping menjanjikan pulangan jangka panjang yang menarik. Dalam memobilasi simpanan, pelaburan dalam ekuiti berfungsi sebagai; i. ii. Menyediakan insentif untuk menyimpan pelaburan berbanding untuk penggunaan lain seperti hartanah ataupun perumahan. Bersaing dengan deposit perbankan yang mungkin menjadi subjek kepada kawalan kadar faedah. Simpanan kewangan akan cenderung meningkat naik berbanding simpanan bukan kewangan, dan akibatnya kadar simpanan domestik akan turut meningkat.

Di Malaysia, kerajaan menggalakan pelaburan dalam pasaran modal dengan menawarkan yuran pembrokeran yang amat kompetitif terhadap dagangan saham dan kadar cukai ke atas pulangan modal dan dividen hasil. Skim cukai yang amat menarik turut diwujudkan untuk pelaburan bumiputera, pemilikan ekuiti dan perkembangan pemilikan saham korporat.

Keaslian Pelaburan
Satu daripada kebimbangan kerajaan adalah terpaksa bergantung kepada modal asing untuk membangunkan ekonomi Malaysia, melalui cara membebaskan sektor swasta daripada kawalan asing tanpa mengambil serius tentang bahayanya terhadap pertumbuhan ekonomi. Keupayaan individu tempatan untuk membeli saham firma-firma asing dan untuk menukar simpanan domestik swasta kepada pelaburan ekuiti boleh menghasilkan faedah yang lebih tinggi, termasuk kesinambungan dalam pertumbuhan, kemungkinan pengekalan keuntungan yang lebih besar dan tahap kawalan yang lebih besar oleh pelabur-pelabur tempatan. Walaubagaimanapun, ini hanya boleh menjadi jika pasaran saham mendapat sambutan yang bermakna oleh sebahagian besar penduduk. Misalnya di Malaysia, 50% populasi penduduknya adalah bumiputera Islam, jadi adalah penting bagi komuniti tersebut menyertai pasaran saham dalam usha memperluaskan lagi pemilikan asas di samping meningkatkan kesejahteraan ekonomi untuk tempoh jangka panjang.

Meluaskan Asas Pemilikan.


Dalam ketiadaan pasaran saham berdaya maju, firma-firma kebiasaanya akan kembali kepada bank dan institusi kewangan lain dalam usaha memenuhi keperluan modal jangka pendek dan panjang. Dalam kebanyakan kes, akses untuk mendapatkan modal akan terjamin dengan membuat kawalan terhadap beberapa buah bank. Pengalaman di Malaysia misalnya memperlihatkan kebanyakan bank-bank tempatan (tahun-tahun awalan selepas kemerdekaan) dimiliki oleh kaum Cina yang lebih mengutamakan kaum sendiri dalam memberikan pembiayaan. Dalam kes lain, bank mungkin juga memerlukan pengekalan ekuiti sebagai satu keadaan untuk pembiayaan yang selalu membawa kepada satu asas pemilikan yang sempit. Jadi, pasaran saham mengatasi isu-isu in dengan menawan aliran bebas pasaran permintaan dan penawaran syarikat perkongsian dalam meningkatkan modal, dan secara serentaknya membolehkan asas pemilikan menjadi meluas. Sebenarnya, ini adalah salah satu daripada objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam usaha menggalakkan syarikatsyarikat swasta dan syarikat milik penuh Cina untuk pergi kepada orang ramai untuk membolehkan agensi amanah bumiputera memiliki sahamsaham mereka.

Kelebihan Lain.
Faedah lain bagi pasaran saham antaranya adalah; 1. 2. 3. 4. Meningkatkan akses kepada ekuiti dan pelaburan Mengurangan nisbah hutang/ekuiti bagi syarikat-syarikat Akses modal untuk firma-firma baru Memudahkan proses penswastaan melalui pemindahan teratur saham kerajaan/projek kepada sektor swasta dan sebagainya

PASARAN EKUITI ISLAM - SAHAM PATUH SYARIAH


10 syarikat patuh Syariah yang terbesar berdasarkan permodalan pasaran RM billion Tenaga Nasional MISC
843 daripada 1,029 syarikat (85%) 64 % daripada permodalan pasaran (market cap.)

Sekuriti Lulus Syariah 85% Sekuriti Tidak Lulus Syariah 15%

42.6 32.4 29.9 22.4 21.0 17.6 15.2 14.4 11.0 8.9

Telekom Malaysia Maxis Com. IOI Corporation Petronas Gas Sime Darby Plus Expressway Golden Hope Digi.Com

1150 1100 1050 1000 950 900 850 800

KLCI

KLSI

160 155 150 145 140 135 130 125 120

Composite Index

Syariah Index

PRESTASI PASARAN EKUITI MALAYSIA


1,200 1,000 800 600 400 200 0

Debt securities outstanding Equity market capitalisation Banking sector assets

RM billion

Source: Bank Negara Malaysia

PRESTASI PASARAN EKUITI MALAYSIA SETAKAT OKTOBER 2008

PRESTASI PASARAN EKUITI MALAYSIA SETAKAT OKTOBER 2008

EVOLUSI PENGGUNAAN KONSEP ISLAM DLM PENERBITAN SUKUK (BON ISLAM)


Islamic Securities Approved by SC based on No. of Securities Issued
Istisna 10% BBA 16% Istisna 5% Bai'Inah 3% Murdharabah 1% Musyarakah 6% BBA 21% BBA & Istisna Musyarakah 8% 2% Ijarah 4%

Ijarah 13%

Ijarah 10%

BBA 17%

2006
Musyarakah 6% Murabahah 55%

2005
Murabahah 54%

2004
Murabahah 52%

Istisna 3%

Murabahah & Bai' Al Dayn 3%

Istisna 9%

Bai' Al Dayn 3%

Murabahah 35%

Murabahah 44%

2003

BBA 62%

2002

BBA 53%

Murabahah 26%

2001

BBA 62%

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia

NILAI TERBITAN SUKUK DALAM PASARAN DOMESTIK


Sektor Swasta (RM juta) Tahun Sukuk Bon Konvensional 145,286.24 146,404.35 110,526.86 119,641.010 114,399.00 116,900.00 117,080.00 Jumlah % Sukuk 18.72 25.77 36.88 35.44 38.56 43.85 46.76 Sukuk Sektor Awam (RM juta) Bon Konvension al 95,550.01 109,949.99 119,550.00 146,120.00 168.670.00 179,400.00 190,500.00 Jumlah % Sukuk 4.26 4.35 5.45 12.04 12.50 10.97 12.37

2000 2001 2002 2003 2004 2005 Sep2006

33,471.62 50,833.59 64,583.91 65,668.00 71,809.00 91,300.00 102,850.00

178,757.81 197,237.94 175,110.77 185,309.00 186,208.00 208,200.00 219,930.00

4,249.99 5,000.00 6,885.00 20,000.00 24,100.00 22,100.00 26,900.00

99,800.01 114,950.00 126,435.00 166,120.00 192,770.00 201,500.00 217,400.00

Sumber: Bank Negara Malaysia

PENGLIBATAN UMAT ISLAM DALAM PEMBELIAN EKUITI


Umat Islam boleh menguasai syarikat dgn mempunyai pegangan saham terbesar di dalamnya. Jika terdapat sebarang unsur yg diharamkan, akan tetapi hanya di sesetengah bahagian sahaja, maka, hanya bahagian itu sahaja yg menanggung dosa. Contoh: Dalam soal riba, terdapat syarikat yang membuat akad riba dlm urusan perdagangan yang dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat, tindakan ini merupakan tindakan yg berasingan dengan aktiviti utama syarikat.

Samb
Dari perspektif Islam, memandangkan menyimpan modal tanpa digunakan adalah suatu yang dilarang, maka usaha dan strategi yang telah tersedia ada perlu diperpanjangkan lagi oleh semua pihak dengan suatu penggemblengan tenaga bersepadu dalam konteks menyemarakkan lagi penglibatan umat Islam dalam pasaran modal Islam. Sekarang adalah masa yang paling tepat untuk memupuk masyarakat kembali kepada pelaburan yang sebenar termasuk pasaran ekuiti Islam setelah ramai yang tewas dan terjebak dalam skim pelaburan haram yang berleluasa di internet gara-gara tamak haloba dan malas berusaha.

KESIMPULAN
Pelaburan dalam pasaran saham/ekuiti merupakan asas penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara kerana ia menyediakan modal kepada syarikat untuk membesarkan aktiviti - aktiviti perniagaan mereka. Penyenaraian sesebuah syarikat di Bursa Malaysia memberi peluang lebih baik untuk syarikat mendapat modal yang lebih besar Pasaran saham berfungsi sebagai sebuah pusat pelaburan kepada sesebuah syarikat yang dipilih berdasarkan keyakinan pelabur dan juga tempat untuk mencairkan pemilikan saham apabila dirasakan pelaburan telah mencapai objektifnya. Di sinilah pentingnya peranan pasaran saham dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara di mana transaksi berbilion-bilion ringgit diniagakan setiap hari.

Pelaburan secara Islam membawa maksud pelaburan yang dibuat daripada lebihan pendapatan dan harta dengan matlamat untuk mendapat keuntungan pada masa depan dalam bentuk keuntungan modal (kenaikan harga) mahupun keuntungan perniagaan (dividen) mengikut kehendak kehendak hukum syarak. Pelaburan melalui pembelian saham-saham syarikat yang boleh mendapat keuntungan dalam perniagaannya memang digalakkan kerana ia akan menjadi harta yang berkembang dan memberi manfaat kepada para pelabur itu sendiri dan kepada pembangunan ummah secara keseluruhannya. Pasaran modal Islam secara umumnya terdiri daripada pasaran ekuiti dan pasaran sekuriti hutang di bawah kawalan dan seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SS). Di bawah pasaran ekuiti Islam terdapat sekuriti patuh Syariah yang telah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SS), dana unit amanah berasaskan Syariah, Indeks Islam Bursa Malaysia, firma broker saham Islam dan jendela broker saham Islam.

You might also like