Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Peringkat Taska

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Peringkat Taska.

Mohd Fadzle Shukran Azizah Fazil Mardziah Adzraai Wan Ili Nadrah Wan Sharifuddin Nur Emalina Abd Razak Norazekin Muaaz

Jabatan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris 18 Oktober 2010

ABSTRAK Penulisan ini adalah mengenai kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanakkanak di peringkat taska. Dewasa ini, pertambahan jumlah ibu yang bekerja terutamanya di pusat bandar seperti Kuala Lumpur telah menyebabkan permintaan untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak atau taman asuhan kanak-kanak (taska) semakin meningkat. Taska adalah premis di mana empat atau lebih kanakkanak di bawah umur empat tahun dari satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Dapatan-dapatan daripada kajian lepas menunjukkan terdapat trend perkembangan dan isu-isu yang terdapat di taska. adalah untuk melihat perkembangan dan isu yang ada di Taska. Kini isu tentang Taska juga telah banyak dibincangkan bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan Taska.
1

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

PENGENALAN

Pertambahan jumlah ibu yang bekerja terutamanya di pusat bandar seperti Kuala Lumpur telah menyebabkan permintaan untuk mewujudkan pusat jagaan kanakkanak atau taman asuhan kanak-kanak (taska) semakin meningkat.

Taska dapat di definisikan sebagai mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Terdapat empat jenis taska yang terdapat di Malaysia iaitu taska di rumah, taska di Institusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti.

Taska di rumah merupakan suatu taman asuhan kanak-kanak yang diterima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang di daftarkan. Taska di Institusi merupakan satu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih. Taska di tempat kerja pula merupakan suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih. Manakala taska Komuniti pula, merupakan taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri. (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2009)

Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Progrm Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.

Kini isu tentang TASKA juga telah banyak dibincangkan bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan TASKA. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan dasar, akta, pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur antara 2-4 tahun itu. Ini kerana kanak-kanak mempunyai pelbagai kerenah, kehendak dan perangai yang perlu diberi perhatian.

Kajian 1 : Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun

Kajian ini telah membuktikan pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen bahasa, iaitu sintaksis, fonologi dan semantik. Pada umumnya kanakkanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun. Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada kanak-kanak. Kajian ini cuba melihat perkembangan bahasa kanak-kanak dari aspek
3

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

penerimaan dan pengeluaran yang merupakan dua ciri penting dalam medium bahasa lisan. Pertumbuhan sintaksis bermula pada waktu seseorang kanak-kanak mulai menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Pada umumnya kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun. Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada kanak-kanak.Dengan berinteraksi dengan kedua ibu bapanya melalui bunyibunyi tertentu (cooing) dan membebel, seseorang bayi itu sebenarnya sudah mula mencipta bahasa untuk berkomunikasi pada usia akhir satu tahun (Mei-Yu 2000). Manakala peringkat semantik pula ialah peringkat di mana kanak-kanak mula memahami maksud ayat sebutannya atau ayat-ayat yang diterimanya.

Menurut Shaffer (1999), Berdasarkan kajian, usia dua tahun, perkataan pertama bagi kanak-kanak akan muncul dipanggil peringkat holofrasa kerana perkataan yang dikeluarkan oleh kanak-kanak biasanya terdiri daripada satu atau dua patah perkataan mudah dalam satu masa. Bagi mereka ujaran satu perkataan tersebut seolah-olah mewakili makna keseluruhan ayat yang lengkap. (Mohd Rasdi Saamah, 2004)

Menurut Bukatko & Daehler (1995) pula, perkataan pertama kanak-kanak biasanya sangat berbeza daripada sebutan perkataan orang dewasa, dan perkataan-perkataan awal tersebut kebanyakannya kerap kali tidak jelas dan hanya terhad kepada nama-nama objek, orang atau perkara-perkara tertentu sahaja. (Mohd Rasdi bin Saamah, 2004). Jelasnya,perkataan awal kanak-kanak lebih berbentuk kontekstual. Kanak-kanak akan menggunakan perkataan tunggal untuk

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

membezakan seseorang atau sesuatu benda dalam keadaan yang berbeza (misalnya memanggil ma apabila melihat ibunya masuk ke bilik), kemudian melabelkan objek dengan menghubungkan kepada seseorang (misalnya menyebut ma apabila melihat gincu bibir ibunya atau tas tangan kepunyaan ibunya), atau bagi menggambarkan kehendak (menyebut ma sambil menghulurkan kedua-dua belah tangan supaya didokong oleh ibunya). Mengikut Barret (1985) pada kebiasaannya pada tahap ini kanak-kanak lambat menghasilkan perkataan. Tetapi apabila mereka memperoleh lebih daripada sepuluh patah perkataan, kanak-kanak tersebut mula menambah perkataan baru dengan kadar yang cepat atau dipanggil ledakan perbendaharaan kata (vocabulary spurt).(Mohd Rasdi Saamah, 2004).

Bukatko & Daehler (1995) juga telah menjelaskan, kebiasaannya kanakkanak berusia dua tahun mula menggabungkan perkataan bagi menghasilkan ayat (Mohd Rasdi bin Saamah, 2004). Kelazimannya ayat pertama yang mereka

gunakan terdiri daripada dua patah perkataan dan sekali-sekala lebih panjang sedikit. Mengikut Berk (2000) ayat-ayat awal kanak-kanak mempunyai perkataanperkataan asas seperti yang digunakan dalam telegram, iaitu hanya menggunakan kata nama dan kata kerja dengan mengabaikan kata fungsi, kata penentu, kata ganti nama diri, kata ganti nama penunjuk dan kata kerja bantu (Mohd Rasdi Saamah, 2004).

Meskipun

ayat

pertama

kanak-kanak

tidak

mempunyai

tatabahasa

sebagaimana pertuturan orang dewasa, tetapi mereka jauh lebih banyak menggabungkan rangkaian perkataan biasa. Sebutan yang dikeluarkan oleh kanakkanak mempunyai struktur ayat yang tersendiri iaitu terdiri daripada beberapa

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

perkataan yang digelar kata dasar yang digunakan dalam posisi tetap, dan digabungkan dengan perkataan yang jarang digunakan yang dirujuk sebagai kata ganti dan mudah digantikan dengan perkataan-perkataan lain. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menggunakan perkataan satu perkataan sebagai kata dasar, dan menjadikan ayat sebagai nak nasi, nak air, , nak ikut atau banyak biskut, banyak kereta, banyak epal dan sebagainya. Selain itu kreativiti juga memainkan peranan penting pada peringkat awal pertuturan kanak-kanak. Ayat-ayat yang disebutkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini biasanya tidak terdapat dalam sebutan orang dewasa.

Kajian bahasa kanak-kanak ini telah menarik perhatian ramai ahli bahasa dan ahli psikolinguistik. Walau bagaimanapun, tujuan utama kajian ini berbeza-beza mengikut minat dan orientasi tiap-tiap pengkaji yang terlibat. Ada di antara mereka yang mengkaji tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dan ada pula di antaranya yang mengkaji tentang tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian tentang bahasa kanak-kanak telah dibuat sejak lebih daripada empat puluh tahun yang lalu, bermula dengan kajian Chomsky, melalui bukunya Syntatic Structure (1957).

Kajian-kajian

tersebut

meliputi

pelbagai

aspek

yang

mempengaruhi

pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak termasuklah pengaruh persekitaran. Di Malaysia, kajian tentang pemerolehan bahasa serta bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka juga telah lama dibuat. Namun kajian-kajian tersebut lebih bersifat umum, tidak spesifik sebagaimana yang telah dibuat di barat. Mangantar (1990) dalam kajiannya tentang pertumbuhan bahasa Melayu oleh bayi Melayu mendapati kajiannya sama seperti yang diperolehi oleh

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

Clark (1973; 1977) dalam teorinya yang disebut hipotesis ciri semantik (Mohd Rasdi Saamah, 2004).Perbezaan yang ketara dalam kajiannya ialah bayi-bayi yang diamatinya tidak pernah melalui peringkat penyempitan erti kata sebagai yang biasa dilaporkan dalam pemerolehan semantik bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris.

Objektif

kajian ini adalah bertujuan untuk memerhati dan melaporkan

penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun (2.0+) dari segi penerimaan (receptive ) dan penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun (2.0+) dari segi pengeluaran (productive). Kajian ini merupakan satu kajian kes tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dari aspek penerimaan dan pengeluaran. Penerimaan dan pengeluaran adalah dua ciri penting dalam medium bahasa lisan. Kajian tentang penguasaan bahasa kanakkanak ini berpusat kepada penguasaan tatabahasa rumus ayat (syntax grammatical rules) yang dikatakan tidak sama dengan sistem orang dewasa.

Kajian ini telah dibuktikan melalui dua orang kanak-kanak melalui rakaman suara dimana seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 3 bulan manakala rakannya berusia 2 tahun 4 bulan. Kedua-duanya berketurunan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan sebagai bahasa ibundanya. Hasil dari rakaman suara tersebut mendapati ayat-ayat dalam dialog dikategorikan ke dalam dua bahagian iaitu ayat yang difahami (receptive) dan kedua, ayat-ayat yang dihasilkan melalui ujaran yang dikeluarkan (productive). Kedua-dua jenis ayat tersebut dianalisis dari segi bentuk dan masalah pemahaman. Ayat-ayat (dalam bentuk sebutan) jenis pengeluaran (produktif) ialah ayat-ayat yang disebutkan oleh kanakkanak itu dan diterima oleh orang lain. Pertamanya ialah ciri-ciri ayat dan keduanya

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

masalah memahami ayat-ayat yang pelbagai itu. Daripada ayat-ayat sebutan yang dikumpulkan didapati kanak-kanak berada pada Fasa Peralihan. Pada dasarnya, banyak ayat yang dikeluarkan terdiri daripada pola satu kata, dua kata dan tiga kata ataupun lebih. Kanak-kanak menggunakan bahasanya untuk memberikan nama atau menyebut benda-benda, sama ada dengan menggunakan pengalaman hidup dunianya ataupun dengan mengagak-agak. Seperti contoh, Bah (Bas) ; Apa bah? Oyi.; (Apa abah? Lori);Ayon. (payung) ; Acuk (kasut) ; Ato. (Kereta) dan lain-lain.

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa aspek ayat memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak dalam menuju kebolehan bahasa orang dewasa. Penguasaan ayat merupakan satu daripada dua perkara penting dalam menguasai sistem bahasa selain morfologi. Kedua-duanya dikenali sebagai lexicogrammar. Penguasaan ayat juga tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan fonologi dan semantik sesuatu bahasa.

Kajian 2 :Mendirikan Pusat Penjagaan Kanak-kanak di Tempat Kerja.

Kajian yang telah dijalankan membincangkan motif untuk menubuhkan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja. Penemuan kajian ini memberikan contoh yang baik tentang bagaimana sebuah penjagaan kanak-kanak yang beroperasi di Malaysia. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan banyak organisasi untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak ini. Terdapat banyak cabaran dan masalah yang dihadapi tetapi ini tidak bermakna bahawa ia tidak dapat dilaksanakan.

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

Menurut kajian yang dijalankan oleh Zoharah Omar et al (2007), ibu bapa perlu mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja. Banyak organisasi masa kini memberi bantuan penjagaan anak-anak semasa mereka bekerja. Perangkaan bilangan pekerja diperoleh

daripada Kementerian Sumber Manusia 2006, iaitu peningkatan bilangan pekerja meningkat dari 65.1% pada 2001 kepada 66.9 % pada tahun 2006 dan penyertaan golongan perempuan dalam bidang pekerjaan, walaupun rendah tetapi ia masih meningkat dari 44.4% pada 2001 kepada 46.1% pada tahun 2006. (Zoharah Omar et al, 2007)

Menurut kajian yang dijalankan oleh Noor Rahamah (2005) menunjukkan bahawa wanita yang bekerja bergantung kepada ibu, ibu mertua dan rakan-rakan untuk menjaga anak-anak mereka semasa waktu bekerja. Berdasarkan jadual di bawah, hanya seorang responden generasi ke tiga yang mendapat bantuan pembantu rumah, dan masih duduk sebumbung dengan ibu bapa. Seramai 10 orang responden daripada generasi kedua yang bekerja menghantar anak-anak yang masih kecil ke rumah ibu yang berdekatan. Data mikro juga menunjukkan 40 orang responden daripada generasi ke tiga mendapat bantuan daripada pembantu rumah,ibu mertua dan rakan-rakan untuk menjaga anak-anak semasa mereka dan suami keluar bekerja. (Noor Rahamah Hj abu Bakar, 2005)

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

Penjagaan Ibu Ibu Mertua Pembantu Rumah Rakan Jumlah

Generasi 1 Bil % -

Generasi 2 Bil 10 10 20 % 50.0 50.0 100.0

Generasi 3 Bil 10 10 20 40 % 25.0 25.0 50.0 100.0

Jadual 1:Penjagaan anak-anak bagi ibu yang bekerja mengikut generasi.

Apabila menemubual beberapa orang responden generasi pertama, mereka menyatakan lebih selesa untuk menjaga cucu daripada diberikan kepada pembantu rumah atau dihantar ke taska. Seramai 20 orang responden generasi ke tiga pula menyatakan bahawa mereka lebih mempercayai anak-anak dijaga oleh rakan daripada dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. Taman asuhan mengambil bilangan kanak-kanak yang ramai dan asuhan secara individu tidak boleh dibuat dengan baik. Secara umumnya didapati bahawa perubahan dalam struktur keluarga dan corak pekerjaan wanita memberi sokongan kepada ahli keluarga terdekat untuk menjaga anak-anak dan ini dapat membantu ibu yang ingin menyertai pekerjaan formal. (Noor Rahamah Hj abu Bakar, 2005)

Selain itu menurut kajian yang telah dijalankan oleh Zoharah et all (2007) dan disokong oleh Aminah (2007), penyelesaian lain yang sering dilakukan oleh pasangan yang bekerja ini ialah menyediakan pembantu di rumah untuk menguruskan anak-anak mereka ataupun menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh. Penyelesaian yang diambil oleh pekerja kolar biru di Malaysia ialah menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat asuhan yang tidak berlesen kerana

10

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

lebih murah daripada pusat asuhan yang berlesen. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) berdaftar dengannya di seluruh negara ialah 422 sehingga Februari lalu. Daripada jumlah itu, jumlah Taska yang berdaftar di sektor awam ialah sebanyak 11. Dilaporkan dalam kajian Aminah (2007) bahawa sebahagian besar pekerja iaitu sebanyak 52,7% perempuan berkahwin menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh bayi, dan hanya sebahagian kecil 3% daripada pekerja menghantar anak-anak mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak. Terdapat sebahagian besar pengasuh bayi tidak

mempunyai pendidikan formal dan telah menyebabkan beberapa kes keganasan. (Zoharah Omar et al, 2007)

Buat masa ini tidak banyak majikan swasta membuka Pusat Asuhan KanakKanak (PAKK) dan statistiknya agak mengejutkan iaitu cuma 16 yang ditubuhkan syarikat swasta di seluruh negara. Berikutan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan mahu kerjasama MEF supaya majikan menubuhkan PAKK bagi kepentingan kakitangannya.

Manakala di sektor awam tidak begitu bermasalah kerana terdapat banyak pusat asuhan yang telah ditubuhkan. Apa yang penting, selain majikan sendiri,

peranan perlu dimainkan oleh kesatuan sekerja, badan bukan kerajaan dan organisasi khas untuk memperjuangkan mengenai penyediaan pusat jagaan kanakkanak di tempat kerja.Setakat ini, kerajaan cuma memberi insentif kepada majikan dan ibu bapa yang menghantar anak ke PAKK. Bagi majikan, mereka akan mendapat dua kali ganda pengecualian cukai sekiranya menyediakan ruang menempatkan PAKK, manakala mulai 2007 kadar potongan cukai sehingga

11

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

RM2,400 kepada pembayar cukai (bagi majikan menyediakan elaun khas untuk PAKK). (Dr. Sabitha Marican, 2009)

Malah hampir separuh wanita juga menyatakan kesanggupan untuk berhenti kerja kerana perasaan bersalah membelakangkan keluarga dan tiada masa santai atau bermesra untuk anak-anak, suami ataupun diri sendiri. Oleh yang demikian, kesedaran terhadap pusat jagaan anak-anak di tempat kerja akan dapat meleraikan masalah kehilangan modal insan wanita yang berharga. Oleh hal demikian, keperluan bantuan pusat asuhan akan lebih dirasakan kerana peratusan wanita berkahwin yang bekerja pada tahun 2002 sudah mencecah 62.5 peratus. Ditambah 60 peratus pelajar di institusi pengajian tinggi ialah wanita. Kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa kehadiran wanita di tempat kerja akan meningkat. Walaupun penjagaan anak adalah tanggungjawab suami isteri, kadangkala naluri keibuan itu sendiri membuat wanita lebih rela menggalas tanggungjawab dalam membesarkan anak. Oleh itu, kewujudan pusat penjagaan anak satu langkah yang tepat. Pendek kata, memetik ucapan Perdana Menteri, anak-anak inilah yang akan menjadi pemimpin, pereka, usahawan, penyelidik atau ahli professional negara kita. (Dr. Sabitha Marican, 2009)

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian di atas ialah alternatif yang digunakan oleh ibu bapa yang bekerja untuk menjaga anak-anak mereka semasa mereka bekerja. Berdasarkan kajian tersebut didapati kebanyakkan ibu bapa yang bekerja lebih suka menghantar kepada ibu, ibu mertua atau rakan mereka sendiri menjaga anak-anak mereka daripada menghantar ke pusat asuhan kanak-kanak.

12

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

Mereka juga sering menghantar anak-anak mereka ke pusat yang tidak berlesen kerana lebih murah daripada pusat asuhan yang berlesen.

Hanya segelintir sahaja yang menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan ataupun menyediakan pembantu di rumah. Masalah ini disebabkan oleh kurang kepercayaan kepada pusat asuhan dan juga pembantu rumah. Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa kurang percaya terhadap kebolehan penjaga yang tidak mempunyai pendidikan formal. Selain itu, pusat asuhan juga sering mengambil bilangan kanak-kanak dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan akhirnya berlaku keganasan. Hal sebegini hanya boleh diatasi sekiranya pusat asuhan didirikan di tempat kerja ibu ataupun bapa. Ibu bapa yang bekerja dapat meluangkan masa untuk melihat anak-anak mereka apabila waktu rehat dan dapat melihat kebajikan anak mereka dalam jarak yang dekat.

KESIMPULAN

13

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

Berdasarkan kajian yang diperolehi, telah dibuktikan pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen bahasa, iaitu sintaksis, fonologi dan semantik. Kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun. Sesungguhnya, aspek ayat memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak dalam menuju kebolehan bahasa orang dewasa. Oleh itu, sebagai penjaga kepada kanak-kanak tidak kira ibu bapa atau pengasuh mestilah berusaha mengetahui dan memahami pertuturan oleh anak mereka dan membimbing kepada pertuturan yang betul untuk menuju kepada kebolehan bahasa orang dewasa.

Manakala bagi kajian kedua pula, sesungguhnya, terdapat pelbagai alternatif boleh digunakan oleh ibu bapa yang bekerja untuk menjaga anak-anak mereka semasa mereka bekerja. Berdasarkan kajian yang dibuat, ibu bapa lebih suka dan gemar menghantar anak mereka kepada ibu, ibu mertua atau rakan meraka daripada menghantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Terdapat juga ibu bapa yang salah menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan yang tidak mempunyai lesen kerana yurannya jauh lebih murah daripada pusat asuhan yang berdaftar dan mempunyai lesen. Perkara ini berlaku adalah disebabkan adanya rasa kurang percaya dan tidak yakin terhadap kebolehan penjaga di pusat asuhan. Terdapat juga pusat asuhan yang mengambil terlalu ramai bilangan kanak-kanak sehingga kekurangan penjaga. Ini menyebabkan perkara-perkara yang tidak diigini berlaku sebagai contoh, terdapatnya bayi yang meninggal dunia akibat tercekik air susu. Ini diakibatkan oleh kecuaian penjaga di pusat asuhan tersebut. Oleh itu, sebagai alternatif untuk mengatasi masalah ini, pusat asuhan boleh didirikan di tempat kerja ibu ataupun bapa. Justeru, ibu bapa yang bekerja dapat menjenguk dan meluangkan

14

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

masa untuk melihat anak-anak mereka ketika pada waktu rehat walaupun dalam masa bekerja.

RUJUKAN

15

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

Barret, M. D, (1985). Issues In The Study of Childrens Single Word Speech. Dlm. M. D.Barret (Ed.), Children Single-Word Speech. Chichester, England: Wiley.

Berk, L. E, (2000) Child Development (5th Ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Bukatko, D. & Daehler, M. W, (1995). Child Development: A Thematic Approach. Boston:Houghton Mifflin Company.

Dr. Sabitha Marica, (2009, April 21). Realisasikan Pusat Asuhan Anak, Utusan Malaysia.

Jabatan Kebajikan Masyarakat, (2009). Jenis-jenis taska. Diperoleh pada 18 September,2010.Daripadahttp://www.jkm.gov.my/jkm/index.php? option=comcintent&view=category&id=178&itemid=502&lang=ms

Mangantar Simanjuntak, (1990). Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa KanakKanak. Jurnal Dewan Bahasa 34(9): 692 704.

Mei-Yu, Lu, (2000). Language Development in the Early Years. ERIC Digest D154. 1 Oktober.

Mohd Rasdi Saamah, (2004). Kajian mengenai Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun. Jabatan Pengajian Melayu. IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan: Kuala Lipis Pahang diperolehi pada 24 September 2010

16

Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)

http//jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft jurnal IPGMTAA.pdf

Wordbahasa

kanak-kanak

Noor Rahamah Abu Bakar, (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi Segregasi Pekerjaan Mengikut Gender di Malaysia: Satu ilustrasi di Malaysia, hlm.49. Bangi: Pusat Pengajian Sosial,Pembangunan dan Persekitaran,FSSK,UKM.

Shaffer, D. R, (1999). Development Psychology: Childhood & Adolescence (5th Ed.). Pacific Grove, CA: Brook Cole Publishing Company.

Zoharah Omar, Aminah Ahmad & Rusinah Joned (2006). Establishing a childcare center at workplace in Malaysia: Issues and challenges: hlm.239. Serdang: Department of Profesional Development and Continuing Education,Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia.

17

You might also like