Faktor-Faktor Yang Menentukan Kejayaan Pembiakan Keratan Batang

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

3.

0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KEJAYAAN PEMBIAKAN YANG DIPILIH Medium tanaman Pokok Portulaca grandiflora sesuai ditanam dalam medium tanah di mana air senang mengalir keluar. Campuran yang sesuai ialah 3:2:1( Tanah peroi: Tanah gambut/ Baja organik: Pasir sungai). Baja organik sangat sesuai untuk tanaman ini kerana ia boleh membekalkan nutrien yang lama untuk mengekalkan pertumbuhan pokok dan bunganya yang cantik. Campuran John Innes.

1. Tanah peroi: Ia adalah jenis tanah yang berada di bahagian teratas sekali dalam lapisan tanah. Ciri- cirinya ialah ianya peroi dan senang pecah bila diramas serta mengandungi humus iaitu reputan daun, ranting dan serangga atau haiwan yang sudah reput. Kandungan organik ini menyediakan keperluan nutrien yang cukup serta memudahkan air mengalir tetapi ia hendaklah mampu mengekalkan kelembapan untuk kesuburan pokok. Tanah bakar boleh digunakan sebagai tanah peroi dalam campuran medium tanaman tetapi ianya perlu diayak supaya dapat diasingkan sampah serta bahan yang tidak sesuai untuk pertumbuhan pokok yang subur.

2. Tanah gambut: Ia boleh menakung air dan kaya dengan nutrien. Kebiasannya, ia digunakan untuk memperkayakan tanah berpasir.

3. Pasir sungai: Ia berongga serta mempunyai banyak ruang untuk pengaliran air. Oleh itu, ia kurang menyimpan air dan sesuai untuk pertumbuhan akar anak pokok.

Campuran medium tanaman yang sesuai untuk setiap pokok yang ditanam adalah amat diperlukan bagi tujuan berikut: i. Memudahkan pertumbuhan akar bagi pembesaran pokok. ii. Membekalkan nutrien secukupnya dan seimbang bagi keperluan pokok. iii. Mengekalkan air atau kelembapan secukupnya untuk pertumbuhan pokok. iv. Memastikan pokok tumbuh menegak dan subur sentiasa.

Cahaya Portulaca grandiflora gemarkan cahaya matahari yang banyak untuk bunganya menyerlahkan bentuk dan warna yang menarik.

Suhu Suhu tempat penanaman hendaklah sesuai untuk pertumbuhan pokok. Suhu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk kerana ia akan memberi kesan negative kepada pertumbuhan tanaman Portulaca grandiflora.

Air Pastikan Portulaca grandiflora mendapat siraman dua kali sehari; pagi dan petang pada hari panas dan siram bila perlu pada hari hujan. Jangan biarkan air bertakung kerana ini akan menyebabkan pereputan akar dan mematikan pokok. Jika ini berlaku, kerat bahagian batang yang reput tersebut dan tanam semula batang yang segar dalam medium seperti disebut di atas.

Kelembapan Tanaman ini memerlukan kelembapan yang cukup untuk pertumbuhan akar.

Hormon pengakaran Hormon pengakaran yang sesuai digunakan untuk tanaman Portulaca

grandiflora ialah jenis hormone Seradix 1, 2, 3 dan Hormon A dan B.. Ia digunakan untuk membantu dan menggalakan pengeluaran serta pertumbuhan akar.

Pembajaan Baja larutan dan baja cecair adalah yang paling sesuai.berhati-hati jika ingin menggunakan baja bijian kerana batangnya yang lembut akan cepat melecur jika terkena baja tersebut.

Bahan organik Biasanya ia terdiri daripada najis binatang seperti ayam, kelawar, kambing dan sebagainya yang siap diproses atau dibiarkan reput sebelum boleh digunakan. Bahan organik ini mengandungi banyak kandungan nutrien untuk pertumbuhan pokok yang subur.

1) Aktiviti mencangkul dan menggembur medium tanaman berasaskan tanah adalah cara bagi memudahkan pertumbuhan akar untuk pokok yang sihat

2) Merumput, menambah bahan organik dalam medium tanaman dan membuat sungkupan pula mampu menyuburkan dan menyejukkan medium tanaman.

Pemilihan bekas Sebelum menanam pokok di dalam bekas, jenis, saiz dan bentuk bekas yang sesuai dengan tanaman Portulaca grandiflora yang hendak ditanam perlu diberi perhatian. Jenis bekas yang sesuai ialah bekas yang diperbuat daripada tanah hat kerana ia berongga dan dapat membantu pengudaraan. Bekas yang diperbuat daripada plastik, konkrit batu-batan ataupun kotak kayu juga boleh

digunakan. Perkara yang mustahak yang perlu diingat ialah saiz bekas yang dipilih mestilah sesuai dengan saiz pokok dan juga sesuai dengan spesies pokok dan kecepatan pertumbuhan pokok bunga yang dipilih. Saiz bekas yang dipilih mestilah 2/3 atau lebih daripada saiz pokok supaya pokok dapat tumbuh dengan selesa dan tidak terencat serta mengambil masa agak lama sebelum bekas terpaksa ditukar semula. Apabila memilih bekas, tentukan bekas memenuhi kriteria berikut:

Tahan lasak. Ringan supaya senang diubah-ubah tempat Mudah untuk mengeluarkan pokok apabila tiba masa untuk menukar pasu atau menukar tanah. Bentuk bekas yang elok ialah bekas yang mempunyai permukaan yang lebar atau luas. Bentuk yang sesuai dengan bentuk pokok dan pertumbuhan pokok.

Merumpai Masalah persaingan untuk mendapatkan makanan daripada baja akan berlaku jika kawasan tanaman Portulaca garandiflora tidak dibersihkan daripada tanaman lain. Selalunya terdapat pelbagai jenis tanaman yang biji benihnya di dalam tanah akan bercambah dan menumpang mendapatkan baja. Jika pokok Portulaca grandiflora lebih agresif daripada tanaman rumpai, ia dapat hidup dengan subur. Tetapi jika sebaliknya, tanaman Portulaca grandiflora tidak dapat mengeluarkan bunga dengan banyak dan pokok akan menjadi tidak sihat kerana

kekurangan baja. Selain merebut makanan, rumpai juga memusnahkan estetik kawasan pelandskapan. Jadi dengan membuang rumpai di keliling kawasan dan di keliling pokok, serangan serangga dan penyakit yang mungkin menjadi tempat serangga-serangga membiak akan berkurangan.

Kerja membuang rumpai perlu dilakukan selalu, terutamanya jika didapati rumpai mula bercambah sebelum pokok diberi baja. Jika tidak, semua baja ini akan diambil oleh rumpai sebelum pokok sempat mengambilnya. Rumpai boleh dicabut dengan:

Cara manual, iaitu mencabut rumpai dengan tangan atau mencangkul dan menggembur tanah di keliling pokok melati atau pokok kemuning. Cara manual bukan sahaja membuang rumpai, tetapi juga menggembur tanah dan melonggarkan ruang tanah. Jadi akar akan dapat tumbuh dengan baik dengan peredaran udara dapat dibaiki.

Cara kedua adalah dengan menyembur racun herba. Kerja penyemburan perlu dilakukan dengan teliti kerana selalunya tempiasan daripada semburan racun boleh merosakkan tanaman. Hasil daripada penggunaan racun herba meninggalkan kesan yang kurang menarik dalam landskap dan persekitaran.

Serangan serangga perosak

Tanaman Portulaca grandiflora ini tidak begitu terdedah kepada serangan serangga perosak pada tumbuhannya dan tidak perlu begitu membimbangkan tetapi langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelakkan masalah ini daripada menjadi bertambah teruk. Pemeriksaan secara berjadual perlu dilakukan bagi mengesan tanda-tanda kehadiran serangga perosak. Tanda-tanda ini dapat dikenal pasti apabila terdapat sarang labah-labah, daun yang bergetah dan melekit serta daun yang bertompok-tompok kuning keperangan. Labah-labah kecil ialah serangga kecil yang membuat sarang yang sangat halus di sebelah bawah daun. Serangga ini dapat dilihat dengan jelas menggunakan kanta tangan. Pepijat putih atau kutu putih pula kelihatan seakanakan gumpalan kapas yang sangat kecil. Serangga ini biasanya ditemui pada sudut antara daun dan batang serta di bawah daun. Hama selalu menyerang putik bunga dan pucuk-pucuk muda. Tandatanda pokok diserang hama ialah warna bunga dan warna pucuk menjadi hitam. Cara yang elok untuk mengawal hama tersebut adalah dengan menyembur racun hama yang dijual khusus untuk membunuh hama seperti Malathion. Kerja penyemburan hendaklah dilakukan sebulan sekali sebagai langkah mengawal sebelum diserang. Bagi tanaman Portulaca grandiflora, didapati jarang diserang serangga di atas. Tanaman ini boleh lebih banyak ditanam dalam landskap supaya perbelanjaan membeli racun serangga atau mengupah menyembur racun serangga dapat dikurangkan selain dapat menjaga persekitaran daripada pencemaran.

Langkah terbaik untuk mengatasi serangan serangga perosak ialah mencegahnya daripada berlaku. Pemeriksaan secara berjadual perlu dilakukan bagi mengetahui tahap serangan serangga perosak. Membilas dan menyembur bahagian daun dengan air suam akan mengurangkan atau mencegah masalah ini daripada berlaku.

You might also like