Professional Documents
Culture Documents
Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat-Muhammad Hafiz Salleh PDF
Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat-Muhammad Hafiz Salleh PDF
Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat-Muhammad Hafiz Salleh PDF
Menurut Imam Ibn al-Jazari: Ilmu Qiraat merupakan ilmu yang menjelaskan kaedah menyebut kalimah-kalimah di dalam al-Quran di samping menjelaskan perbandingan bacaan antara imam-imam qiraat. Ini menunjukkan bahawa bacaan al-Quran dan ilmu tajwid yang dipelajari dan diamalkan pada hari ini merupakan salah satu jenis bacaan yang terdapat di dalam pengajian ilmu qiraat iaitu menurut bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim.
Memberikan pengenalan yang jelas terhadap ilmu qiraat seperti definisi, objektif, sumber, dalil serta bahan rujukan; Memberikan penjelasan mengenai peranan ilmu qiraat dan hubungannya dengan al-Quran; Menjelaskan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan ilmu qiraat secara umum seperti Ilmu tajwid, Ilmu Rasm dan Dhabt al-Quran serta Ilmu al-Fawasil.
2.
3.
Menerangkan latar belakang imam-imam qiraat tujuh atau sepuluh serta perawi mereka. Menerangkan kaedah bacaan al-Quran bagi setiap perawi tersebut secara umum; dan Mempraktikkan bacaan bagi setiap imam qiraat beserta perawi mereka dengan menumpukan kepada surahsurah tertentu di dalam al-Quran seperti juzuk Amma, Surah al-Sajadah, Surah al-Insan dan Surah al-Baqarah.
5.
6.
Menerusi kaedah ini, para pensyarah atau guru akan memberikan penyampaian kepada pelajar dalam jumlah yang ramai. Kadangkala jumlah ini boleh mencecah 300 orang pelajar. Pengajaran adalah berdasarkan kepada rangka kursus yang telah ditetapkan.
Objektif pembelajaran ilmu qiraat; Kelebihan mempelajari ilmu qiraat; Definisi ilmu qiraat; Latar belakang imam-imam qiraat beserta perawi mereka; Manhaj atau kaedah bacaan bagi setiap imam dan perawi merka; Istilah-istilah khas yang digunakan dalam ilmu qiraat; dan Cara sebutan bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim.
Di dalam kelas tutorial, jumlah para pelajar adalah terhad antara 10 hingga 30 orang pelajar sahaja. Interaksi dua hala antara pensyarah atau guru dengan para pelajar diterapkan menerusi kaedah ini agar dapat memberi peluang kepada para pelajar bersoal-jawab dan berbincang berkaitan ilmu qiraat dengan lebih mendalam.
Pembentangan ilmu qiraat daripada para pelajar; Bacaan al-Quran menurut bacaan imam-imam qiraat beserta perawi mereka secara talaqqi dan mushafahah; Hafazan matan al-Shatibiyyah sebagai dalil bagi bacaan imam-imam qiraat beserta perawi mereka;
Membantu para pelajar menyebut dengan tepat bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim; Mendengar dan memperbetulkan bacaan para pelajar ketika mempraktikkan bacaan al-Quran selain daripada bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim; Melantik setiap pelajar untuk mewakili salah satu bacaan bagi imam-imam qiraat atau perawi mereka.
Antara alat bantuan mengajar yang boleh digunakan adalah seperti berikut: Pembentangan pengajaran menggunakan Microsoft Power Point; CD qiraat; Laman web qiraat;
Quran Flash My LMS @ Goals Audio dan video qiraat Blog qiraat Keratan akhbar Keratan majalah
Pembelajaran yang berteraskan peperiksaan atau kuiz turut memberi kesan kepada penguasaan pelajar terhadap ilmu qiraat. Ini menyebabkan para pelajar lebih fokus dalam pembelajaran dan mampu menarik perhatian mereka terhadap perkara-perkara penting di dalam ilmu qiraat khususnya kepada istilah yang jarang digunakan dalam bacaan riwayat hafs daripada Imam Asim.
Kuiz yang kerap kali dilakukan juga dapat menajamkan minda sehingga persoalan yang seringkali ditanya mampu dijawab secara spontan. Kedua-kedua kaedah ini turut menambahkan tumpuan para pelajar terhadap topik yang sedang dipelajari.
Terdapat beberapa pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum mendalami ilmu qiraat. Tanpa pra syarat tersebut, seseorang akan menghadapi kesukaran dalam mempelajari ilmu qiraat. Antaranya adalah; memahami ilmu tajwid terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu qiraat.
Selain itu, penguasaan bacaan al-Quran juga menjadi pra syarat dalam mempelajari ilmu qiraat. Ini kerana, bacaan yang digunakan selama ini hanyalah menurut satu riwayat sahaja iaitu; bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Sekiranya tahap bacaan al-Quran masih lemah, maka ditakuti kekeliruan akan dihadapi dalam pembelajaran ilmu qiraat.
Ini merupakan antara cabaran terawal yang akan dihadapi ketika mempelajari ilmu qiraat. Ini kerana terdapat 21 nama yang perlu diingati dalam pembelajaran ilmu qiraat tujuh. Manakala bagi qiraat sepuluh, 30 nama yang harus diingati. Apatah lagi nama mereka bukanlah seperti nama Melayu melainkan Hisham, Hamzah dan Yaakub.
Di dalam ilmu qiraat terdapat beberapa istilah yang hanya digunakan dalam pembelajaran ilmu qiraat sahaja. Kalau pun ada, barangkali ia membawa maksud yang berbeza. Antara istilah yang digunakan adalah seperti tariq, sanad, taqlil, taghliz, tarqiq, naqal, idgham kabir, tashil al-Hamzah al-Thaniah maa idkhal al-Alif, ibdal al-Hamzah, qasar, tawassut, ishba, silah dan sebagainya.
Kesukaran menyebut kalimah-kalimah khilaf berlaku kerana sesetengah bacaan bagi imam qiraat dan perawi mereka tidak sama dengan bacaan yang dipraktikkan selama ini menerusi bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Contohnya pada bacaan taqlil, tashil al-Hamzah, naqal, ibdal al-Hamzah, taghliz al-Lam, tarqiq al-Ra, ikhtilas dan sebagainya.
Matan al-Shatibiyyah atau Hirz al-Amani wa Wajh alTahani merupakan bait-bait syair yang menghimpunkan keseluruhan bacaan bagi imam-imam qiraat tujuh berserta perawi mereka. Ia juga merupakan sumber utama dalam pembelajaran ilmu qiraat tujuh. Namun, didapati beberapa institusi yang tidak menggunakan matan ini dalam pengajaran ilmu qiraat.
Pembelajaran ilmu qiraat secara formal biasanya menggunakan sistem semester di mana tempoh pembelajaran adalah terhad kepada 14 minggu sahaja. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, kebiasaannya para pelajar diperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu qiraat dalam tempoh tersebut selama 3 ke 4 jam seminggu.
Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pelajar yang kurang berminat dengan ilmu qiraat. Ini kerana wujudnya perasaan bahawa ilmu qiraat tidak berkait secara langsung dengan kehidupan seharian seperti bidang feqah dan akidah. Namun, perasaan atau persepsi sedemikian adalah salah dan harus diperbetulkan. Ini kerana membaca al-Quran sama ada dalam solat atau di luar solat merupakan perkara yang berkait secara langsung dengan qiraat.
KESIMPULAN
Perkembangan ilmu qiraat tidak seharusnya terbatas kepada para pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi sahaja, bahkan ia seharusnya didedahkan kepada setiap lapisan masyarakat agar ilmu yang mulia ini terus dipelihara. Oleh yang demikian, menjadi harapan bagi setiap pencinta al-Quran agar;
HARAPAN
Pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat terus berkembang khususnya di negara ini; Lebih ramai lagi yang berminat untuk menceburi bidang qiraat; Lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi yang turut menyebarluaskan ilmu ini; Setiap pengajar ilmu qiraat mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran ilmu qiraat agar pembelajaran ilmu qiraat menjadi lebih menarik dan berkesan;
HARAPAN
Lebih banyak buku-buku qiraat menggunakan Bahasa Melayu diterbitkan agar rakyat di negara ini dapat mengambil manfaat daripadanya. Memperbanyakkan lagi diskusi atau seminar atau kursus bagi mendedahkan keistimewaan dan kelebihan mempelajari ilmu qiraat. Memanjangkan lagi tempoh pembelajaran ilmu qiraat. Penggunaan audio, video dan software qiraat sebagai alat bantuan mengajar kepada pengajar dan pelajar amat digalakkan