Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN

2.

ESEI: (1) (2)

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 3.

FORUM JUMLAH

KOD & NAMA KURSUS

KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


TAJUK TUGASAN 1 dan 2

TUGASAN 1 E . Disleksia TUGASAN 2 B) Kanak-kanak bermasalah penglihatan C) Kanak-kanak bermasalah pendengaran


KUMPULAN GROUP UPSI- A21 (A112 PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

SABARINA BINTI MD GHANI

D20102043795

0194769713

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR ABDUL RAHIM BIN RAZALLI TARIKH SERAH: 22 /4 /2012

LAMPIRAN 2 ISI KANDUNGAN TUGASAN 1 1. Pendahuluan 2. Kategori murid berkeperluan khas 3. Ciri-ciri keperluan khas 4. Definisi disleksia 5. Jenis disleksia 6. Punca kecacatan 7. Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak disleksia 8. Peringkat pra sekolah 9. Peringkat Sekolah Rendah 10. Peringkat Sekolah Menengah 11. Peringkat Dewasa 12. Langkah pencegahan untuk membantu kanak-kanak disleksia 13. Penutup Isi Kandungan Tugasan 2 1. Pengenalan 2. Jenis masalah penglihatan 3. Bagaimana mengesan tahap kecacatan 4. Masalah sampingan dan tindakan untuk membantu 5. Masalah pendengaran 6. Pelan tindakan 7. Pakar yang perlu dilibatkan. 8. Penutup 1 2 3 4 Tajuk Forum 1 Tajuk Forum 2 Tajuk Forum 3 Tajuk Forum 4

BAHAGIAN A (TUGASAN INDIVIDU) Tugasan 1 Huraikan etiologi,defenisi,punca-punca kecacatan ,cirri-ciri perkembangan fizikal ,kognitif dan social serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut : e. Disleksia.

Pendahuluan Semua kanak-kanak adalah istimewa .Namun ,anak istimewa lebih unik dripada kanakkanak lain kerana mereka memerlukan pendekatan yang spesifik.Kehadiran anak istimewa memerlukan kekuatan dan ketabahan untuk : Menerima kehadirannya Menyayanginya Dan . Mendidiknya.

Sebagai ibu bapa anak istimewa ,mereka haruslah berani dan cekal hati untuk menghadapi kerenah anak istimewa.Perasaan takut sering bermain difikiran anda.Manusia sering takut pada sesuatu yang tidak diketahui daripada sesatu yang sudah jelas.Mempunyai diagnosis yang lengkap dan sedikit maklumat berkenaan prospek masa hadapan anak anda ,memudahkan anda menerima hakikat daripada tidak mengetahui apa-apa.Salah satu gangguan emosi yang biasa dialami oleh ibu bapa seperti anda ialah takut mengenai masa hadapan anak anda. Kategori Murid Berkeperluan Khas Murid berkeperluan khas adalah mereka yang istimewa dan perlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dripada murid biasa.Pada tahun 1977 ,satu peruntukan di bawah perlembagaan Amerika Syarikat (Public Law 94-142) diluluskan bagi mengiktiraf hak kanak-kanak Amerika Syarikat yang mengalami masalah pembelajaran.Ia khusus bagi mendapatkan pemeriksaan serta kaedah yang bersesuaian bagi menangani masalah mereka .Dalam tahun 1981 Englang dan Scotland meluluskan Akta Pendidikan yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak yang mengalami apa jua jenis masalah pembelajaran wajar mendapat pemeriksaan dan bantuan yang sesuai dengan keperluan khas mereka.

Sejarah Murid-murid berkeperluan khas adalah mereka yang istimewa dan perlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa.Pada tahun 1977,satu peruntukan di bawah perlembagaan Amerika Syarikat (Public Law 94-142) diluluskan bagi mengiktiraf hak kanak-kanak Amerika yang mengalami masalah pembelajaran.Ia khusus bagi mendapatkan pemeriksaan serta kaedah yang bersesuaian bagi menangani masalah mereka.Dalam tahun 1981,England dan Scotland meluluskan Akta Pendidikan yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak yang mengalami apa jua jenis masalah pembelajaran wajar mendapat pemeriksaan dan bantuan yang sesuai dengan keperluan khas mereka. Di Malaysia ,pendidikan murid berkeperluan khas diletakkan di bawah Jabatan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.Menurut Jabatan Pendidikan Khas ,murid berkeperluan khas merangkumi murid yang mengalami diklesia ,autism .ADHD ,sindrom down dan terencat akal. Secara umumnya ,disleksia merujuk kepada masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan kesukaran membaca dan menulis bahasa.Murid yang mengalami disleksia sering tidak dapat membaca walaupun mereka mempunyai IQ yang sama dengan murid normal. Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.Di Malaysia ,disleksia hanya diperkenalkan kepada khalayak ramai pada tahun 1983 melalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada Dyslexia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak. Ciri-ciri Kanak-kanak khas. Apabila kanak-kanak itu dikategorikan sebagai mengalami kecacatan dalam satu-satu aspek ,kategorinya menjadi label kepada kanak-kanak itu.Kesannya pasti mempengaruhi ,bukan sahja rasa rendah diri dalam diri kanak-kanak itu tetapi juga meningkatkan diskriminasi terhadap kumpulan itu.Tidak dinafikan mengkategorikan atau melabelkan orang boleh mendatangkan kesan negatif .Tetapi kategori ini perlu dilakukan bagi membolehkan perkhidmatan khusus diberi kepada kanak-kanak it mengikut keperluannya. Kanak-kanak yang tidak memberi respons terhadap komunikasi lisan dan kelihatan tidak gembira,mungkin mengalami masalah pendengaran ataupun gangguan emosi.Kategori ataupun label yang diperuntukkan terhadap kanak-kanak membawa kepada jenis dan rawatan

yang berbeza.Di samping itu,kategori dan label juga membantu dalam mengenal pasti faktor yang membawa kepada kecacatan ataupun masalah itu. Menurut Aird (2001) ,informasi tentang kecacatan dapat digunakan bagi mengenal pasti keistimewaan tentang : 1. Ketidakupayaan kanak-kanak dalam aspek implikasi terhadap pengajaran ,pembelajaran ,penjagaan dan rawatan. 2. Organisasi sekolah dalam aspek kurikulum ,tenaga pengajar ,persekitaran dan pakatan pelbagai agensi.

Definisi disleksia Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud kesukaran dan lexis yang bermaksud bahasa.Secara literalnya ,disleksia bermaksud kesukaran dalam berbahasa (Ott ,1997) .Kanak-kanak disleksia bukan sahaja menghadapi masalah dalam pembacaan ,tetapi juga ejaan penulisan serta beberapa aspek lain.Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurologi (1968).Menurut definisi itu ,disleksia ialah Suatu kecelaruan pada kanak-kanak dimana ,meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional ,gagal menguasai jemahiran bahasa seperti membaca,menulis dan mengeja yang selaras dengan kemempuan intelektual mereka. Seterusnya definisi yang terkini untuk disleksia mengiktirafnya sebagai satu masalah kognitif (Thomson,1984) .Selain itu,disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan dan kesentrasi seorang kanak-kanak ,bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan kadang kala turut mempengaruhi kebolehan matematik.Selain Jabatan Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia juga mempunyai definisinya yang tersendiri untuk disleksia . Secara lebih khususnya ,kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami masalah-masalah berikut : 1. Masalah fonologi 2. Masalah mengingat perkataan 3. Masalah penyusunan bersiri 4. Masalah ingatan jangka pendek 5. Masalah kesedaran sintaksis.

Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia ,diantaranya ; Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah pengiraan matematik Dysgraphia (Disgrapia) iaitu seorang diklesis yang mermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan Secara umumnya ,disklesia merujuk kepada masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan kesukaran membaca dan menulis bahasa.Murid yang mengalami disklesia serinsg tidak dapat membaca walaupun IQ yang sama dengan murid normal.Walau bagaimanapun murid yang mengalami masalah ini boleh dibantu dalam pembelajaran mereka dengan aktiviti yang sesuai dengan keperluan mereka. Namun demikian,bilangan murid yang mengalami masalah disklesia sangat ramai dan kebanyakan daripada mereka mempunyai kecerdasan yang tinggi.Invertensi awal perlu diberi kepada kanak-kanak disleksia bagi mengawal kesukaran-kesukaran yang dialami.Usaha untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan disklesia serta keperluan khas mereka dapat membantu menyediakan peluang dan masa depan yang lebih cerah bagi mereka merealisasikan potensi mereka. Disleksia terbahagi kepada tiga kategori iaitu : a) Disleksia Visual Disleksia visual adalah berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria penglihatan.Walaupun kanak-kanak ini dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan apa yang dilihat dan sukar mengingatinya. b) Disleksia Auditori Berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria pendengaran.Walaupun kanak-kanak ini dapat mendengar dengan baik tetapi ia tidak dapat mendiskriminasikan bunyi ,memastikan bunyi bagi perkataan atau membahagikan perkataan dalam suku kata. c) Disleksia Visual-Audtori

Kanak-kanak dalam kategori ini berada pada tahap yang agak teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya menginterpretasi apa yang dilihat dan yang didengar. Kehadiran kanak-kanak disleksia biasanya tidak disedari oleh guru sekiranya guru tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman.Tahap kecergasan dan kecerdasan mereka adalah normal.Dari segi fizikal kanak-kanak disleksia tidak mengalami sebarang kecacatan. Punca-punca Kecacatan Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr.Galaburda ,susunan sel-sel otak seseorang disleksia adalah berbeza daripada otak orang biasa.Apabila dilahirkan ,manusia mewarisi gen daripada ibu bapanya.Oleh itu masalah disleksia dapat dikatakan sebagai masalah keturunan . Keturunan atau genetik Kebanyakan kes ,terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama.Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya.Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromoson 15 ,1 dan 16 yang boleh diperturunkan turun-temurun. I) 88 peratus daripada mereka yang mempunyai simpton disleksia mewarisi masalah ini daripada ahli keluarganya. Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidakseimbangan perkembangan.Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum. II) 12 peratus lagi mendapat masalah ini daripada kemalangan iaitu ketika dalam kandungan atau pun selepas dilahirkan. Ahli penyelidik masih tidak dapat mengetahui bagaimana otak manusia berfungsi ,tetapi sudah mengenal pasti fungsi beberapa kawasan otak yang tertentu.Walaupun setiap kawasan mempunyai fungsinya yang tersendiri ,namun demikian setiap kawasan di dalam otak berkaitan antara satu sama lain.

Otak kita dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang disambungkan dengan satu saraf yang panjangnya empat inci dan diameternya dua inci.Saraf ini dikenali sebagai corpus callosum. Walaupun kedua belah otak kelihatan sama ,setiap bahagian mempunyai tugasnya tersendiri.Sebelah kiri otak menguasai percakapan ,kewarasan dan merupakan bahagian yang lebih berkuasa (verbal logical and controlling half )daripada bahagian sebelah kanan.Manakala sebelah kanan pula menguasai perlakuan dan merupakan bahagian pemikiran bukan lisan ,praktikal dan kebolehan (non-verbal ,practical and intuitive). Kawasan Broc terlibat dengan bahagian percakapan manakala kawasan Wernicke pula terlibat dalam bahagian memahami perkataan. Kematangan III) Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam saraf.Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanakkanak perempuan.Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia. Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak disleksia. Ciri-ciri kanak-kanak disklesia Kebanyakan kanak-kanak di disklesia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf bunyi huruf ,dan gabungan Perkataan .Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d,dan perkataan yang hampir serupa dengannya. Mata kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbas huruf ,kata dan ayat yang berlainan dan ini mengakibatkan banyak yang ditinggalkan atau dilangkau.Keadaan ini menyebabkan tumpuannya dan pemahaman kanak-kanak ini lemah dalam aspek bacaan ,yang seterusnya menjadikan mereka tidak memahami apa yang dibaca. Ott (1997) menyenaraikan ciri-ciri kanak-kanak disleksia seperti berikut : 1. Umum

Perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat Kemahiran mengeja yang lemah Kemahiran membaca yang lemah Keliru dengan perkataan yang hampir serupa Sukar mengikut arahan Sukar menyalin Sukar menggunakan jalan yang berliku

2. Pengamatan dan tingkah laku Keliru dengan konsep arah Keliru dengan konsep masa Kerap terasa tertekan Kelir u memakai kasut pada kaki yang betul Konsep kendiri yang rendah

3. Kecelaruan pandangan dan penglihatan Mengeja dengan tidak konsisten Sering meninggalkan huruf pada pangkal perkataan Sering menambah huruf pada hujung perkataan Masalah dalam susunan huruf Sukar memahami perkataan Daya ingatan yang lemah Sukar membayangkan perkataan

4. Kemahiran motor Koordinasi yang lemah Pergerakan pergelangan tangan yang luar biasa Lambat menulis Tulisan yang buruk Sukar memegang pensel dengan betul Sukar menggunting Sukar mengimbangkn badan Sukar menyepak dengan baik Sukar menaiki tangga dengan betul.

Kehadiran kanak-kanak disleksia biasanya tidak disedari oleh guru sekiranya guru tidak mempunyai pengetahuan mengenai cirri-ciri disleksia.Tambahan pula,daripada segi fizikal ,kanak-kanak disleksia tidak mengalami sebarang kecacatan lain dan tahap kecerdasan mereka juga adalah pada rahap normal.Program disleksia mula diberi perhatian dalam pendidikan di Malaysia.Malah Jabatan Pendidikan Khas mewujudkan Unit Disleksia bagi membantu kanakkanak disleksia. Pelbagai ketidakupayaan Sukar untuk menentukan kanak-kanak yang mengalami kecacatan dalam kategori tertentu sahaja secara total.Terdapat pelbagai perbezaan antara kanak-kanak itu sama ada dalam pendengaran,penglihatan,mental ataupun social.Malah terdapat kanak-kanak yang mengalami lebih dari satu kecacatan termasuklah autistic,terencat akal ,palsi serebrum,hiperaktif,pekak-buta dal lain-lain.Biasanya kanak-kanak yang mengalami kecacatan pada tahap teruk dan sangat teruk turut menghadapi pelbagai kecacatan ataupun ketidupayaan lain,namun begitu tidak dinafikan terdapat juga murid yang pintar cerdas seperti Hellen Keller yang pekak dan buta tetapi menjadi manusia berjaya. Pintar Cerdas dan Berbakat. Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang memiliki potensi ataupun kemampuan yang tinggi dalam akademik,juga dapat memberi hasil usaha yang unik,kreatif dn mengagumkan.Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat turut memerlukan pendekatan khas dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkannya beras bosan dengan pengajaran gur.Mereka disalah anggapkan sebagai murid yang nakal kerana tidak member perhatian di dalam kelas,walhal mereka memahami dan menguasai dengan baik apa yang diajar oleh guru. Simpton dan Masalah Identifikasi Disleksia kadangkala amat sukar dikenalpasti.Kebanyakan kanak-kanak membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak disleksia.Namun demikian ,hakikatnya adalah amat penting disleksia dikenal pasti seawall mungkin.Ini kerana semakin muda usia mereka yang mengalami disleksia ,semakin mudah untuk mereka menguasai suatu pembelajaran.Menurut laman Web Bright Solution For Dislexia,terdapat simpton disleksia tertentu yang dapat diperhatikan mengikut peringkat umur persekolahan seseorang.

Peringkat Prasekolah Antara simpton disleksia yang dapat diperhatikan di peringkat prasekolah ialah : Lambat bertutur Mencampur-adukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang ,contohnya hostipal apabila ingin menyebut hospital. Jangkitan telinga yang kronik Reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak. Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir sma,contohnya apabil diminta memberikan perkataan sama bunyi akhirnya dengantopi sepertiapimereka akan member jawapan yang salah sepertibaju. Sentiasa keliru anatara kanan dan kiri Lambat dalam, menentukan sama ada tangan kanan ataupun kiri lebih dominan Menghadapi masalah mengikat tali kasut Sukar mengingati alamat,nombor telefon ataupun huruf Mempunyai saudara terdekat yang menghidapi disleksia.

Peringkat Sekolah Rendah Simpton disleksia yang dapat diperhatikan semasa peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut : Disgrafia iaitu tulisan tangan yang lambat ,tidak automatic dan sukar dibaca). Berterusan menterbalikkan huruf ataupun nombor sehingga melepasi Tahun 1 Mengalami kesukaran ekstrim mempelajari tulisan sambung Masih ada masalah apabila memasang butang baju Bacaan yang lambat ,terputus-putus dan tidak tepat Selalu meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya Mencicirkan ataupun salah baca kata penghubung )seperti di,pada ) Mengabaikan kata awalan semasa membaca Tidak dapat membaca ataupun membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpai Sukar mengingati perkataan bukan fonik dalam bahasa Inggeris (sight mords )seperti eye dan ear. Sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum

Menghadapi masalah dalam matematik Sukar menghafal jadual sifir Sukar mengingati siri langkah-langkah operasi matematik Sukar membuat operasi mental berkaitan arah Banyak guna perkataan sepertiapa tu . err . Ucapan biasa dituturkan dalam keadaan terbalik ataupun silap,contohnya kata kiasan seperti , Sikit-sikit ,lama-lama jadi bukit mungkin dituturkan lama-lama sikit-sikit jadi bukit .

Kesukaran mencari perkataan yang tepat semasa bertutur -

Bilik,bag ataupun meja tulis yang sangat berselerak Sangat tidak suka pergi ke sekolah. Mungkin mengadu sakit perut ataupun sakit kepala Mengalami mimpi ataupun igauan buruk mengenai sekolah.

Peringkat Sekolah Menengah Simpton bagi pelajar sekolah menengah yang mengalami disleksia adalah seperti yang dinyatakan bagi peringkat prasekolah dan sekolah rendah.Selain itu,terdapat simpton tambahan seperti berikut : Perbendaharaan kata yang terhad Menunjukkan kelemahan yang amat ketara apabila mengekspresi dalam bentuk tulisan ,sehingga terdapat perbezaan jelas antara kemahiran verbal (lisan ) dengan karangan . Tidak dapat menguasai bahasa asing atau bahasa kedua Kesukaran membaca not muzik Gred yang rendah dalam banyak kelas Mungkin keciciran di peringkat sekolah menengah

Peringkat Dewasa Orang dewasa yang mengalami disleksia lazimnya akan melalui pengalaman pendidikan sama seperti yang dinyatakan pada peringlkat prasekolah,sekolah rendah dan menengah.Selain itu,mereka juga : Membaca dengan lambat

Mungkin terpaksa membaca satu halaman dua hingga tiga kali bagi memahaminya Selalu silap mengeja Mengalami kesukaran melahirkan idea atau buah fikiran dalam bentuk tulisan Oleh itu mereka tidak suka menulis memo ataupun surat Masih mengalami masalah dengan arah seperti kanan dan kiri Sering sesat ,walaupun kawasan biasa Kadang kala keliru antara b dengan d terutamanya semasa penat atau letih.

Langkah pencegahan Guru-guru prasekolah mempunyai peranan yang sangat besar dalam member bantuan awal kepada kanak-kanak disleksia,seterusnya menentukan masa depan mereka.Seorang guru yang peka dan menyedari muridnya mengalami simpton simpton tertentu,dapat memaklumkan kepada ibu bapa mengenai masalah itu serta mencadangkan supaya murid itu diberi ujian diagnosis yang khusus. Disesetengah Negara,terdapat ujian seperti The Aston Index (M.Newton and M. Thompson ,1976) ,CoPS 1 (Cognitive Profiling System ,C.Singleton ,1996) dan DEST (Dyslexia Early Screening Test ,A .Fawceett and R.Nicolson ,1996) yang digunakan oleh para guru bagi mengenal pasti kakak-kanak disleksia.Walabagaimanapun ,ujian-ujian ini tidak terdapat dalam versi Bahasa Malaysia,Cina dan Tamil.Sehubungan itu,para guru mungkin terpaksa bergantung kepada suatu senarai semak tertentu bagi membuat screening.Senarai semak ini mengandungi simpton-simpton biasa yang ada pada kanak-kanak disleksia dan dapat digunakan bagi mengenal pasti kanak-kanak yang berkemungkinan mempunyai masalah disleksia. Diagnosis awal sangat penting kerana kanak-kanak ini dapat diselamatkan daripada mengalami keciciran berbanding rakan lain.Ini juga bermakna mereka tidak perlu melalui pengalaman pahit serta kekecewaan hanya kerana keadaan mereka yang istimewa tidak disedari ataupun difahami oleh orang lain.Kanak-kanak juga lazimnya sangat berminat belajar dan mereka lebih mudah dipulihkan. Lebih muda usia kanak-kanak itu,lebih berkesan usaha pemulihan yang dijalankan.Menurut Bradley (1989),pada peringkat prasekolah ,pembelajaran perlu dilakukan dan siri pengajaran yang pendek,seperti permainan menentukan rima akhir ,bertepuk tangan ,pergerakan dan muzik ,dan seumpamanya.Suasana pembelajaran seperti The LetterlandSystem membantu

mewujudkan keseronokan dan keceriaan dlam pembelajaran kanak-kanak termasuklah kanakkanak disleksia. Susunan fizikal Kanak-kanak disleksia perlu ditempatkan di hadapan kelas . Melalui cara ini,hubungan mata (eye contact) dapat diadakan dan guru berupaya mengawasi secara berterusan apa yang dilakukan oleh pelajar ini.Cara ini juga memberi peluang untuk k anak- kanak ini tertarik kepada perkara lain menjadi kurang itu ,kanak-kanak disleksia juga dapat ditempatkan di sebelah murid cerdas yang mempunyai sifat prihatin dan bersedia membantu ,namun kedudukannya masih perlu di sekitar barisan hadapan. Langkah-langkah membantu kanak-kanak disleksia. Penutup Adalah sangat penting bagi para guru dan ibu bapa memberikan bantuan sokongan dan perangsang yang konsisten dan berterusan .Antaranya adalah dengan: Mendengar suara hati dan perasaan kanak-kanak disleksia Membawa berjumpa dengan pakar psikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi Sentiasa sabar melayani kerenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan Membacakan cerita untuk kanak-kanak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika Mengamalkan suasana kasih saying serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni Membuat aktiviti berkeluarga serta member bimbingan dalam bidang akademik. Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identity sendiri Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya,bagus,pandai.

Memberikan penghargaan kepada setiap usaha yang ditunjukkan dan bukannya kepada hasil semata-mata Berhati-hati dengan perkataan yang dituturkan kepada mereka bagi mengelakkan kesan negatif Bantulah mereka membina matlamat peribadi untuk diri mereka sendiri Bantu mereka merasai kejayaan dalam bidang ataupun aspek tertentu dalam hidup mereka.

Kadangkala ,ibu bapa perlu mendapatkan bantuan professional bagi membantu anak mereka.Di Malaysia, semakin ramai ahli psikologi pendidikan dan doktor yang sedar tentang disleksia dan bantuan mereka amat penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.

TUGASAN 2 Pendidikan khas di Malaysia terdiri daripada : b)Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan d) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih (2) kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan huraikan aspek-aspek berikut : a) Jenis keperluan khas (kecacatan utama yang diperhatikan ) b) Masalah-masalah sampingan c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan khas berkenaan.

Pengenalan Ibu adalah mobiliti pertama bagi anak yang bermasalah penglihatan .Apabila seorang ibu hamil,anak itu sudah bergerak di dalam kandungannya .Apabila ibu duduk ,berdiri ,berpaling ataupun berjalan ,anak yang berada di dalam kandungannya dapat merasakan pergerakan ibu. Apabila bayi itu dilahirkan,anda terikat dengan anak itu dengan cara sentuhan seperti memegang ,mendukung dan bermain dengannya.Anda adalah guru pertama dalam diri anak anda.Anda yang mengajar mobility pertama dan anda bertanggungjawab menetapkan pentas untuk anak anda.Mungkin anda dikunjungi oleh professional bagi membantu anda di rumah dan membawa anak anda ke program intervensi awal.Bimbingan akan diberikan kepada anda dengan aktiviti yang dicadangkan dan strategi yang sesuai bagi membantu anak anda. Apabila bayi dilahirkan ,mereka sudah melalui suara atau space event.Bayi yang mendengar suara ibu menoleh bagi melihat wajah ibunya.Walaupun anak anda tidak dapat melihat ,anak anda menoleh kea rah suara anda.Bayi ini mencari suara .Di saat ini,anda perlu membantu dengan memegang tangannya dan membawa tangannya menyentuh wajah anda.Bagi anak yang biasa ,dia mengaitkan bunyi dengan deria lihat tetapi bagi anak yang tidak dapat melihat ,dia mengaitkan sentuhan dengan suara. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran .Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu.Walaupun manusia

masih boleh belajar melalui deria lihat ,bau,sentuhan,cita rasa dan sebagainya ,namun deria oendengaran memudahkan dan menyempurnakan proses pembelajaran. Jenis keperluan khas utama kes yang diperhatikan Masalah penglihatan Penglihatan adalah sumber bagi informasi .Kita bergantung kepada penglihatan untuk mengurus diri,mengenal orang dan objek ,mengendali kemahiran motor dan tingkah laku social.Penglihatan juga penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana 80% daripada apa yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan.Masalah penglihatan melibatkan individu yang tidak pernah dapat melihat ,ataupun yang pernah melihat beberapa tahun tetapi lama kelamaan kehilangan penglihatan sedikit atau pun keseluruhan,ataupun mereka yang mengalami ketidakupayaan lain ditambah pula dengan masalah penglihatan.ataupun mereka yang mempunyai ketidakupayaan dalam bahagian penglihatan.Ini bermakna masalah penglihatan merujuk kepada semua tahap terhad dalam penglihatan,merangkumi semua tahap. Jenis Masalah Penglihatan Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun atau pun disebut penglihatan terhad (low vision ).Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai : A) Kebutaan :Penglihatan kurang daripada 3/60,pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive) Bagaimana mengesannya. Hewett dan Forness (1974) mengatakan kanak-kanak yang tidak dapat melihat boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa,tingkah laku dan aduan.Tanda-tanda yang dapat dilihat seperti yang dikemukakan oleh The National Society For the Prevention of Blindness dan juga berpandukan risalah Persatuan Orang-orang buta Malaysia (MAB) adalah : 1.Rupa * * Matanya sensitive pada cahaya Bahagian tepi matanya berwarna merah

* * * *

Kelopak matanya bengkak Matanya selalu berair Juling iaitu memutarkan matanya apabila melihat Bintik-bintik putih di tengah mata.

2.Tingkah laku * * * * * mata * * Kerap menangis Memegang kepala dengan cara luar biasa Menggosok dan mengerdip mata dengan berlebihan Selalu mengerutkan mata Suka menutup atau melindungi sebelah mata Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu objek Susah membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan objek pada

3. Aduan * * * * * Melahirkan rasa tidak puas hati supaya mendapat perhatian Mengadu tidak dapat melihat dengan jelas Berasa sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja Pandangan kabur Mengadu nampak dua imej pada sesuatu objek atau dikenali sebagai double vision.

Tahap kecacatan Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas.Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut :

1. Sederhana Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta .

2. Teruk. Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobility ,walaupun dengan bantuan alat khas.

3. Sangat teruk. Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria -deria lain. Masalah-masalah sampingan dan pelan tindakan untuk membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan khas.

Suatu alat saringan dan diognastik untuk mengukur prestasi membaca (MRP) kanak-kanak telah dicipta oleh sekumpulan penyelidik diterajui oleh Dr. Rokiah Omar, Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM. Mereka adalah pakar dalam bidang rawatan penglihatan terhad.

Alat MRP tersebut mampu mengesan kesukaran membaca oleh kanak-kanak yang berusia seawal enam dan tujuh tahun yang selalunya terkandas tanpa mengetahui sebabnya. Dengan alat saringan dan diagnostik ini, seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah prestasi membaca boleh diberi bantuan yang diperlukan secepat mungkin.

Alat ini disediakan dalam Bahasa Melayu tetapi ia tidak terhad kepada kanak-kanak berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda sahaja.

Usaha juga sedang dijalankan untuk menghasilkanya dalam bahasa lain supaya dapat

dipasarkan keseluruh dunia. Alat itu sedang dalam proses untuk dikomersialkan dan dijangka dapat dipasarkan dalam tempoh enam bulan. Membaca adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan baik. Apabila seseorang boleh membaca dengan baik, dia akan membaca dengan lebih cepat dan pemahaman juga akan bertambah baik. Seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah prestasi membaca akan menghadapi kesan untuk belajar, kata Dr Rokiah.

Apabila seorang kanak-kanak tidak dapat membaca pada kadar yang sama dengan murid sebayanya, dia akan merasa kecewa akibat tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar di sekolah. Dia mungkin akan beranggapan yang dia tidak secerdik rakan sebayanya dan merasa rendah diri.

Sedangkan punca sebenar adalah prestasi membaca dan tidak ada kena mengena langsung dengan tahap kecerdikan atau kecerdasannya. Seorang kanak kanak yang menghadapi kesukaran membaca tidak boleh dianggap sebagai lembab atau mempunyai tahap IQ yang rendah. Ada banyak faktor yang menyebabkan seorang kanak-kanak mengalami masalah prestasi membaca. Mungkin kedua-dua matanya tidak dapat berfungsi dengan baik, mungkin dia cepat letih atau dia mengalami disleksia iaitu menghadapi masalah untuk mengenal huruf. Atau mungkin dia mempunyai IQ yang rendah. Dan dalam keadaan begini dia tidak sepatut ditempatkan ke dalam kelas biasa kerana dia sebenarnya memerlukan cara pembelajaran yang berlainan kata Dr Rokiah.

Apabila masalah prestasi membaca telah dikenal pasti, siasatan lanjut dapat dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenarnya dan bantuan bersesuaian dapat diberikan. Apabila punca sebenar telah dikenal pasti kita dapat memberi bantuan dengan membuat ujian kemungkinan punca masalah seperti Attention Deficit Disorder, dyslexia atau memang sebenarnya dia mempunyai masalah IQ.

Tidak mustahil seorang kanak-kanak boleh melalui keseluruhan alam persekolahannya dengan masalah prestasi membaca dan gagal dikenal pasti.

Terdapat banyak kes dimana seseorang yang dianggap buta huruf berkerja sebagai buruh kasar dan menjalankan hidup sebagai seorang yang tidak berpelajaran dan miskin hanya kerana dia menghadapi masalah prestasi membaca yang tidak dikenal pasti awal.

Ada kalanya masalah sebenar hanya dapat dikesan ketika separuh daripada usia mereka telah pun berlalu. Kebanyakan daripada mereka ini mengalami dyslexia yang telah membantutkan pembelajaran mereka. Bayangkan jika masalah membaca mereka dikenal pasti pada usia tujuh tahun, hidup mereka mungkin jauh berbeza dan tidak mustahil mereka akan menempuh kehidupan yang lebih baik dari kita semua, kata Dr. Rokiah.

Keunikan alat atau sistem yang dicipta oleh Dr. Rokiah dan rakanya adalah suatu kaedah dua dalam satu. Ia boleh menjadi alat saringan dan juga alat diagnostik bagi mengukur kerberkesanan rawatan yang diberikan.

Sebagai alat saringan ia boleh digunakan untuk mengenal pasti keupayaan membaca seseorang kanak-kanak. Kiranya kanak-kanak itu dikenal pasti mempunyai masalah membaca kanak kanak tersebut akan diberi ujian mata yang menyeluruh atau disalurkan kepada tempat yang bersesuaian untuk mendapat rawatan.

Guru-guru juga boleh mengunakannya sebagai alat penilaian prestasi membaca muridmurid mereka. Ia akan membantu guru untuk membuat apa yang perlu untuk kebaikan seseoarang kanak-kanak, kata Dr. Rokiah.

Alat itu juga boleh digunakan oleh seorang pakar mata dan menjadi suatu alat diagnostik bagi mungukur masalah pestasi membaca yang mungkin diakibat kan oleh ganguan penglihatan dan di gunakan sebagai alat dalam proses rawatan bagi kanaka

kanak tersebut. Kita dapat mengukur kemajuan rawatan yang diberikan, apabila punca telah diketahui. Alat tersebut boleh digunakan untuk membandingkan prestasi kanak-kanak tersebut setelah menerima rawatan.

Ini secara tidak langsung akan memberi tahu pakar yang memberi rawatan tentang keberkesanan rawatan yang diberikan.

Keutamaan para penyelidik ketika mereka alat ini adalah untuk mengenal pasti seramai mungkin kanak-kanak yang mengalami masalah prestasi membaca agar pembelajaran mereka pada masa akan datang tidak terjejas.

Hasilnya adalah alat untuk mengenal pasti masalah prestasi membaca dalam kanakkanak yang boleh di gunakan baik oleh orang biasa, guru, mahupun ahli sains kesihatan dan pakar perubatan.

Masalah pendengaran Kehilangan pendengaran adalah ancaman utama bukan sahaja terhadap komunikasi,tetapi juga kepada kehidupan peribadi dan social individu.Ketidakupayaan mendengar pertuturan ,bahasa,muzik dan bunyi-bunyi alam sekeliling adalah berkaitan dengan masalah psiko-sosial yang member kesan terhadap fungsi dan kualiti kehidupan .(Lindblade dan Mc Donald 1995 ; Saunders 1994;Taylor 1993).Pernyataan ini memperkukuhkan lagi oleh Herbst (1983) ,Kampfe (1990),Lucky et al .(1995),Mc Leod dan Bently (1996) dan Radcliffe (1996). Orang yang mermasalah pendengaran selalu disalah tanggap dengan seorang yang normal kerana kecacatan mereka tidak ketara seperti mereka yang bermasalah penglihatan dan yang terencat akal.Mereka juga kurang mendapat simpati seperti orang yang bermasalah penglihatan.Disebabkan itu,Hellen Keller ,yang buta dan pekak,di dalam autobiografinya menyatakan jika diberi peluang memilih antara buta dan pekak,dia rela memilih sebagai seorang yang buta.Ini kerana orang yang bermasalah pendengaran atau pekak berasa terasing (Herth ,1998).

Kanak-kanak pekak dan yang mengalami masalah pendengaran bukan daripada golongan yang sama walaupun mereka mengalami masalah pendengaran.Ini kerana ,tahap kehilangan pendengaran ,jenis kehilangan dan sebab kehilangan pendengaran adalah berbeza dan ini menjadikan setiap kanak-kanak bermasalah pendengaran berbeza antara satu sama lain.Dalam membincangkan masalah pendengaran,istilah pekak dan masalah pendengaran sering digunakan bergantung kepada keadaan. Punca Masalah pendengaran ini berpunca daripada pelbagai faktor iaitu sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir. Sebelum lahir Baka yang disebabkan oleh gen Bukan baka tetapi disebabkan olah jangkitan semasa hamil seperti rubella,demam glandular dan selsema. Semasa lahir Masa lahir yang terlalu lama ataupun susah yang menyebabkan tekanan yang kuat pada bahagian telinga. Kelahiran tidak cukup bulan Kecederaan semasa dilahirkan terutaman pada bahagian telinga/

Selepas lahir. Kanak-kanak menghidap demam campak ,beguk atau disebabkan oleh jangkitan virus. Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga. Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama.

Masalah-masalah sampingan . Perhatikan ciri-ciri di bawah, bawa jumpa doktor dengan segera jika ciri-ciri di bawah dikesan

Tidak bertindak balas terhadap bunyi Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri

Tidak memahami / silap memahami arahan Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas

Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar

Lewat bertutur Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan

Telinga sering berair atau bernanah Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg) Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan kuman semasa mengandung

Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik dll) Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Pelan tindakan untuk membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan khas ini. Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan:

Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Mereka patut diajar cara-cara: - Mendengar - Menyampaikan buah fikiran

- Menyatakan keperluan - Melepaskan perasaan

Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat

Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan baik. Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan perasaan

Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara yang agak lama. Cari jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk mendengar

Guru / ibubapa / penjaga boleh: - bercakap - guna tangan - mimik muka - gerak badan - menulis - latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka

Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu yang guru/ibubapa/penjaga sedang bercakap dengannya

Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan

Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah penutur dengan jelas terutama bibir

Oleh itu jangan: - Menutup mulut semasa bercakap - Berpaling muka sebelum habis bercakap - Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau

Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya kita bercakap perlahan ke telinganya

Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga kanak-kanak

Selepas guru/ibubapa/ penjaga bercakap, beri peluang kanak-kanak berfikir dahulu kemudian guru/ibubapa/ penjaga menyambung bercakap.

Pengelolaan Bilik Darjah Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi dengannya

Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan atau pengajaran

Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi atau membaca

Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat Galakan murid-murid bertanya Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam Tuliskan maknanya Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar

Pakar-pakar yang perlu dilibatkan.

Pakar Perubatan Antara pakar yang perlu dilibatkan ialah pakar perubatan yang sememangnya mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan untuk mendiagnostik dan merawat

penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut.Pakar pediatrik, Neurologi,Terapi pertuturan,Terapi Fizikal,Audiologi,Oftomologi. Pihak Sekolah Kedua,pihak sekolah turut memainkan peranan penting untuk membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan diri.Pihak sekolah berkewajipan menyediakan bangunan atau bilik khas untuk murid-murid berkeperluan khas ini.Ini adalah satu tanggunjawab besar untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah yang telah ditetapkan serta dapat berjalan dengan lancar.Guru juga harus memberi peluang supaya muridmurid berkeperluan khas dan murid-murid arus perdana bergaul.Langkah ini dapat membantu murid-murid khas untuk menghadapi masyarakat luar secara normal. Ibu bapa Seterusnya ,ibu bapa pula hendaklah sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti atau respon yang tidak normal anak-anak mereka.Kekurangan anak-anak mereka haruslah dikesan diperingkat awal.Mereka harus berbincang dengan pakar mengenai masalah atau kecacatan anak mereka,supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.Mereka juga harus peka kepada nasihat pakar perubatan untuk memulihkan kecacatan kritikal anak mereka kepada keadaan yang lebih baik. Jabatan Kebajikan Masyarakat Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat merangkumi usaha-usaha membantu serta mereka dapat memberikan perkhidmatan kepada warga kurang upaya bersesuaian dengan keperluan serta syarat-syarat yang ditetapkan. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan keupayaan mereka. Penutup Keperluan memiliki kemahiran hidup yang mampu membantu kanak-kanak khas menghadapi segala cabaran hidup yang wujud di persekitaran sosial mereka, penjagaan peribadi untuk kanak-kanak khas akan lebih berkesan jika mereka yang terlibat mempunyai kemahiran dalam bidang berkaitan.

Program yang dijalankan pula harus seimbang daripada segi keperluan sosial, akademik, sahsiah dan peribadi kanak-kanak ini, selain latihan harus terbuka. Maklumat mengenai latihan kemahiran ini harus dimaklumkan secara terus dan telus kepada kanak-kanak khas melalui sekolah, pusat pengembangan atau media massa. Keperluan kanak-kanak khas untuk hidup dan membesar dalam persekitaran komuniti mesra dan membangun. Persekitaran ini harus menyediakan kaedah dan strategi yang terdapat dalam sesebuah komuniti bagi melindungi kebajikan dan kesejahteraan mereka. Di samping itu, persekitaran sedemikian merupakan elemen paling diperlukan oleh kanak-kanak ini untuk membentuk serta mengekalkan interaksi dan perhubungan yang positif dengan ahli lain dalam komuniti. Kanak-kanak berkeperluan khas seperti juga manusia normal yang lain,mereka juga mempunyai perasaan untuk diterima sebagai seorang anggota masyarakat .Kerjasama pasukan pelbagai displin sangat beerti demi untuk memajukan kanak-kanak khas ke tahap yang lebih optimum.

Bibliografi

1.R.(2001)The Education and Care of Children With Severe,Profound and Multipkle Learning Difficulties Lon :David Fulton Publisher. 2.Jamila K.A Mohamed,(2006) . Pendidikan khas Kanak-kanak Istimewa.PTS Professional Publishing Sdn.Bhd . 3.Sheila Devaraj & Samsilah Roslan,(2006). Apa Itu Disleksia ? PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 4.K.A Razhiyah ,(2006) Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar ? PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 5.Wahamid,(1988). H.A Pemulihan ,Pengesanan dan Peranan Ibu Bapa Terhadap Kanak-kanak Pemulihan .Unpublished thesis .MPIK , Cheras . 6.K.A Razhiyah,(2006) .Anak Istimewa.PTS Professional Publishing Sdn. Bhd .

Forum 1.

Assalamualaikum, Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman ,penggunaan bahasa,penulisan,pertuturan ,keupayaan berfikir,membaca,menulis,mengeja dan mengira.Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancang.Terdapat beberapa golongan kanakkanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang.Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar yang lain. Prestasi mereka juga menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam menyiapkan kerja-kerja sekolah mereka.Jika dibandingkan dengan murid normal yang seusia dengan mereka ,kelemahan atau jurang merek dalam pelajaran sangat ketara.Mereka biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa disebaban jangka penumpuan yang pendek,kurang kebolehan memindahkan perkara-perkara yang dipelajari.Mereka juga memerlukan dorongan yang lebih dari orang terdekat dengan mereka.Kebanyakan mereka dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun pertama persekolahan lagi.Petunjuk utama yang dikenalpasti ke atas murid-murid ini ialah pertama, walaupun pelajar berupaya belajar ,kadar pembelajaran mereka sangat perlahan.Contohnya .tahun dua mereka hanya boleh belajar abjad ,membilang dan menulis nama sendiri sahaja. Sebagai seorang guru kita perlu mengenalpasti tahap kebolehan murid-murid kita ,jika mereka tidak dapat lagi menguasai 3 M walaupun sudah berada pada tahap dua guru tersebut perlu membuat kajian tindakan terhadap masalah mereka ini. Sekian.

Assalamualaikum, Ya,betul tu dalam sesebuah kelas guru perlu menangani kerenah dan ragam murid yang pelbagai dan tidak menentu.Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lancar kepelbagaian aktiviti yang boleh meransang minat murid adalah sangat penting.Kawalan kelas merupakan tunjang utama dalam memastikan p&p seseorang guru itu berjaya.Jika terdapat murid yang menjerit-jerit dan berbuat bising mood atau emosi guru juga boleh terganggu.Dalam era IT sekarang ini kemudahan komputer dan internet yang tersedia boleh dimanfaatkan oleh seseorang guru terbabit demi untuk menarik minat murid yang bermasaalah dalam pembelajaran.

Re : Kanak-kanak bermasalah pembelajaran 09 Mar 2012 05:53:57 PM Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 08 Mar 2012 11:36:11 PM Reply To : Zulfha Bt Abdullah Attachment : No File Attach Assalamualaikum kepada rakan-rakan sepengajian. Walaubagaimanapun ,kanak -kanak yang bermasalah pembelajaran ini sebenarnya unik.Mereka lemah dalam sesuatu bidang tetapi mereka hebat dalam bidang yang lain.Mereka mempunyai bakat contohnya dalam bidang muzik seperti menari mengikut rentak dan tempo yang sesuai.Mereka juga mempunyai imaginasi yang tersendiri dalam mencipta sesuatu.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini juga mempunyai bakat dalam membina model sebuah bangunan dengan mencantumkan bahagian-bahagian kecil.Ada sesetengan di kalangan mereka pula tahu menggunakan komputer dengan baik.Mereka begitu berminat dalam bidang ini sehingga mampu berada di hadapan komputer dalam jangka masa yang lama.Oleh itu kanaka-kanaka ini tidak boleh dipandang rendah.Mereka jugawalaupun agak sukar untuk diajar ,tetapi cara atau pendekatan yang betul mampu membantu mereka menguasai sesuatu kemahiran.Sebagai seorang guru adalah menjadi tugas kita mendidik mereka dengan penuh kreativiti dan cara yang menarik.

Re : Forum 1 08 Mar 2012 09:59:57 PM Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 05 Mar 2012 08:27:45 PM Reply To : Azzuhra Bt Abdullah Attachment : No File Attach Assalamualaikum, saya turut mengenalpasti beberapa orang murid yang mempunyai perangai yang agak pelik daripada murid lain, hyperaktif,dimana mereka tidak boleh duduk diam,sentiasa mengganggu murid lain ,tunjuk muka apabila dimarahi oleh guru dan membuat bising.Mereka sentiasa mencari jalan untuk menarik perhatian orang lain dengan menonjolkan diri mereka atau bertanyakan soalan -soalan yang merapu.Dalam kes lain pula murid ini sentiasa berdiam diri ,suka mengasingkan diri dan membuat muka sedih di dalam kelas semasa aktiviti p&p dijalankan.Murid ini juga mempunyai keyakinan diri yang sangat rendah.Apabila diselidiki mereka sebenarnya datang dari keluarga yang tidak berpendidikan.Kesimpulannya,seseorang pendidik itu seharusnya berusaha membantu murid yang bermasalah ini demi kelangsungan hidup mereka.

Forum 2.

Forum 2 Posted By : Sabarina Binti Md Ghani (D20102043795) Date posted : 05 Mar 2012 05:26:02 PM (35 read/s) Assalamualaikum, Pada pendapat saya adalah tidak molek dan tidak wajar murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa (inklusif) ,kerana tahap pemikiran.keperluan,kebolehan ,kesediaan, pencapaian mereka sangat berbeza dengan rakan mereka di arus perdana. Guru yang mengajar juga akan menghadapi masalah untuk menyatukan aktiviti yang diadakan dengan murid arus perdana.Murid berkeperluan khas mungkin tidak dapat menyelesaikannya walaupun senang .Apabila ditempatkan bersama dengan murid biasa juga akan mengganggu proses pembelajaran kerana tahap kesediaan murid berkeperluan khas sangat lambat serta tingkahlaku mereka juga sukar untuk diramal . Read Re : Re : Forum B Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 20 Mar 2012 10:59:25 PM 20 Mar 2012 05:14:55 PM

Reply To : Tamil Selvi A/P Ramasamy Attachment : No File Attach

Assalamualaikum, Bagi menentukan keperluan setiap individu,penilaian awal perlu dijalankan berdasarkan laporan pakar.Guru yang terlibat juga perlu menjalankan ujian pengesanan untuk menetukan kelayakan murid itu berada dalam program pendidikan khas.Setelah ditempatkan dalam kelas pendidikan khas ,ujian diagnostik seperti temubual,senrai semak dan pemerhatian juga perlu dilakukan untuk menentukan tahap murid tersebut dan seterusnya merancang program pendidikan yang akan dijalankan berdasarkan senarai semak. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran prinsip teori pembelajaran boleh terus digabungkan dengan kerja praktikal dalam situasi kehidupan yang sebenar supaya murid berkeperluan khas mendapat ilmu dan manfaat daripadanya.

Re : Perlukah murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa (inklusif)? 16 Mar 2012 07:29:12 AM Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 15 Mar 2012 12:51:36 AM Reply To : Rohani Bt Hashim Attachment : No File Attach

Assalamualaikum., Guru pendidikan khas bukan sahaja mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajarandan membantu mereka dalam pelajarannya.Guru tersebut juga menolong kanak-kanak berkeperluan khas mendengar dan menyebut perkataan dengan betul.Guru akan menyediakan bunyi-bunyian bagi dinikmati oleh kanak-kanak di samping mengadakan pelbagai aktiviti yang melatih kanakkanak bertutur.Sekiranya kanak-kanak itu mempunyai masalah dalam kemahiran menulis ,guru akan membantu supaya mereka dapat menulis dengan baik. Kanak-kanak berkeperluan khas ini lebih sesuai berada dalam program khas ini kerana guru mereka lebih memahami.Lebih-lebih lagi guru tersebut telah dilatih untuk lebih memahami emosi kanak-kanak tebabit.Sabar dengan kerenah mereka sangat penting memandangkan perangai dan kesediaan mereka yang agak unik.

Re : Perlukah murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa (inklusif)? 16 Mar 2012 07:19:08 AM Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 14 Mar 2012 02:32:36 AM Reply To : Asmaliza Bt Ahmad Sanusi Attachment : No File Attach Assalamualaikum, Saya bersetuju dengan hujah cikgu.Murid berkeperluan khas ini tidak seharusnya ditempatkan belajar bersama-sama dengan rakan di arus perdana untuk mengelakkan mereka rasa terabai .Sebagaimana yang kita sedia maklum murid-murid berkeperluan khas merupakan murid yang dilahirkan dalam keadaan yang serba kekurangan.Tidak seperti kanak-kanak yang normal ,tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas sangat sukar untuk diduga dan mereka juga perlu diurus dengan baik.Oleh itu pengurusan tingkah laku penting dalam mewujudkan tingkah laku yang diingini dan untuk mengelakkan tingkah laku yang tudak dingini. Jadi amatlah tidak wajar jika mereka ditempatkan dengan rakan arus perdana ,memandangkan mereka ini memerlukan perhatian dan belaian yang lebih berbanding dengan murid yang dilahirkan normal.

Re : Re : FORUM B 20 Mar 2012 11:11:31 PM Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 12 Mar 2012 05:54:00 PM Reply To : Rozihan Bt Hj Ibrahim Attachment : No File Attach Assalamualaikum, Info tambahan ,buat masa ini terdapat dua jenis pendidikan khas yang dipraktikkan iaitu,!) Inklusif sepenuhnya iaitu murid berkeperluan khas ditempatkan sepenuh masa dalam kelas biasa dan ii) Inkllusif separa ,iaitu murid berkeperluan khas ditempetkan dalam kelas biasa untuk mata

pelajaran tertentu sahaja.Fokus bagi pendidikan untuk murid berkeperluan khas ini adalah untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan seperti yang disarankan dalam kurikulum kebangsaan.Murid yang diberi pendidikan inklusif sepenuhnya atau separa hanyalah mereka yang sedang belajar di sekolah biasa di mana pihak sekolah merasakan mereka berupaya mengikuti pembelajaran dalam kelas biasa.Pendidikan inklusif juga hanya disarankan untuk murid yang telah mengikuti program integrasi di sekolah biasa dan bukan untuk mereka yang berada di sekolh pendidikan khas.

Forum 3

Forum c Posted By : Sabarina Binti Md Ghani (D20102043795) Date posted : 23 Mar 2012 02:44:42 PM (32 read/s) Assalamualaikum, Anak adalah anugerah Allah yang sangat berharga kepada kedua ibu bapanya.Oleh itu bagi memastikan pproses mengandung dan kelahiran yang berjalan dengan baik dan lancar ibu perlulah mempersiapkan dirinya dengan penjagaan yang rapi agar anak yang dikandung tidak mendapat sebarang kecacatan yang tiddak diingini.Walau bagaimana pun kita sebagai manusia hanya merancang dan berusaha sahaja ,yang menentukan adalah Allah Taala. Antara punca yang dikenalpasti berlakunya kecacatan ialah Cara pemakanan Wanita yang tidak menjaga pengambilan pemakanan seimbang atau yang menghadapi bulimia atau aneroksia mengalami risiko bayi yang dilahirkan dengan berat yang rendah. Merokok Wanita merokok dikaitkan dengan kadar keguguran yang tinggi,berat kelahiran yang rendah,sindrom kematian bayi mengejut dan kesukaran pernafasan bayi. Minum alkohohol Minum alkohol boleh merencatkan perkembangan bayi.Sindrom alkohol janin dikenalpasti sebagai penyebab utama kecacatan bayi.Oleh itu jauhilah alkohol. Langkah pencegahan a) Pencegahan pelalian kepada ibu sebelum dan semasa proses kehamilan

b) Ibu -ibu dinasihatkan mengurangkan atau meninggalkan pengambilan alkohol semasa mengandung c) Sering berjumpa doktor sewatu proses kehamilan. d) Umur yang sesuai untuk mengandung biarlah di bawah 40 tahun. e) Menjarakkan kelahiran f) Menjaga keselamatan anak yang dilahirkan daripada mendapat kemalangan terutamanya di bahagian kepala.

Re : Forum C 03 Apr 2012 03:06:03 PM Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 30 Mar 2012 10:35:42 PM Reply To : Saripahnor Bt Shoib Attachment : No File Attach Assalamualaikum, Terdapat banyak sebab lagi berlakunya kecacatan kepada seorang kanak-kanak itu.Jangkitan yang dialami oleh ibu mengandung semasa mereka hamil disebabkan pemakanan yang tidak sesuai ,kurang zat makanan ,atau rawatan perubatan yang tidak sesuai atau mngkin ibu yang mengandung langsung tidak mengikuti temujanji bulanan kerana masalah kemiskinan atau tiada pengangkutan. Faktor baka dan keturunan juga turut menyumbangkan kepada faktor ini. Seterusnya komplikasi semasa hamil atau semasa proses kelahiran yang sukar sehingga terpaksa menggunakan bantuan alat lain.Penyakit Rubella ,kecederaan yang dialami oleh ibu semasa mengandung seperti ditimpa kemalangan dan sebagainya. Penyakit yang dialami oleh ibu seperti HIV juga turut menjadi faktor berlakunya kecacatan kepada bayi yang dilahirkan.

Re : Re : Re : FORUM C Posted By : Sabarina Binti Md Ghani

23 Mar 2012 03:36:16 PM 23 Mar 2012 10:51:47 AM

Reply To : Munalizatul Binti Daud Attachment : No File Attach

Assalamualaikum, Cara seseorang ibu bapa menerima anak istimewa semuanya berbeza.Ada yang menerimanya dengan tabah dan penuh tanggungjawab.Namun ,ada juga yang menganggap ia sebagai krisis utama yang perlu ditangani.Mereka perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran anak itu dalam keluarga mereka.Salah satu gangguan emosi yang biasa dialami oleh ibu bapa seperi anda adalah takut mengenai masa hadapan anak istimewa apabila ketiadaan ibu bapa di dunia ini. Suatu masa dahulu ramai yang menganggap anak yang cacat akal disebabkan oleh dosa ibu bapa.Ini adalah satu tanggapan yang tidak tepat.Walau bagaimanapun ibu bapa turut memainkan peranan penting sebagai penyebab dalam beberapa kes.Untuk mengelakkan daripada kejadian yang buruk berlaku ibu mengandung ambillah beberapa langkah tertentu demi memastikan keselamatan,kesihatan kepada kandungannya seperti menjauhi makanan dan minuman yang merbahayakan kesihatannya.Jika terdapat sebarang penyakit semasa mengandung seperti kencing manis atau darah tinggi ibu perlu berjumpa dengan doktor mengikut tarih dan waktu yang ditetapkan tanpa gagal.

| Reply to This Message | Print Message | Read Re : FORUM C Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 04 Apr 2012 09:25:14 AM 22 Mar 2012 10:47:18 PM

Reply To : Norliana Binti Mohmurad Amin Attachment : No File Attach

Assalamualaikum, Mungkin anak anda tidak mengalami masalah semasa dilahirkan,namun mungkin ia berlaku selepas bayi itu lahir.Bayi terdedah pada pelbagai penyakit berpotensi seperti demam kuning atau penyakit kuning yang serius,batuk kokol dan campak yang mungkin menyebabkan kerosakan otak.Kancing gigi menyebabkan otak lemah ,sakit telinga dan mata boleh menyebabkan gangguan penglihatan dan pendengaran.Gagal mendapat rawatan yang segera memberi kesan yang tidak baik pada bayi.Suntikan yang dittapkan oleh pakar perubatan perlu dipatuhi bagi mencegah daipada segala penyakit yang mungkin dihadapi oleh anak. Walaubagaimanapun,anda perlu menerima hakikat anak anda adalah anak istimewa ,dan bersedia juga untuk berjuang bersama-samanya pada masa hadapan.

Read Re : Re : Punca kecacatan dan langkah pencegahan Posted By : Sabarina Binti Md Ghani

26 Mar 2012 10:05:35 AM 25 Mar 2012 03:24:13 AM

Reply To : Rozihan Bt Hj Ibrahim Attachment : No File Attach

Assalamualaikum, Ya ,dari perut ibulah lahirnya keturunan atau zuriat.Oleh sebab itu penjagaan yang menyeluruh sebelum ,semasa dan selepas hamil adalah sangat penting bagi memastikan anak yang dilahirkan itu nanti sihat dan sejahtera.Pengambilan makanan yang seimbang ,dan juga vitamin yang dibekalkan oleh doktor sangat membantu ke arah itu .Ibu dinasihatkan supaya mematuhi segala nasihat yang dberikan oleh ahli perubatan supaya tidak menimbulkan sebarang masaah semasa proses kelahiran itu nanti.Ibu yang sihat menjamin kesejahteraan keluarga .

| Reply to This Message | Print Message |

Forum 4.

Forum D Posted By : Sabarina Binti Md Ghani (D20102043795) Date posted : 23 Apr 2012 09:45:44 AM (0 read/s) Assalamualaikum, Pendidikan khas merupakan satu institusi yang khusus untuk kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan atau kecacatan.Sebagaimana yang kita tahu ksediaan murid-murid pendidikan khas atau berkeperluan khas ini adalah sangat tidak konsisten.Jadi untuk menjadikan suasana pembelajaran itu mengikut kesedian murid pada waktu dan masa tersebut guru-guru pendidikan khas sepatutnyalah boleh membuat pengubahsuaian kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran supaya murid-murid dapat mengikuti atau mendapat serba sedikit input yang disampaikan oleh guru mereka.Begitu juga dengan masa bagi sebarang aktiviti yang diperuntukkan untuk mereka.

Yang menariknya juga guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar untuk murid mereka supaya dapat menarik minat murid untuk menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Read Re : Re : Forum D Posted By : Sabarina Binti Md Ghani

23 Apr 2012 09:49:53 AM 21 Apr 2012 10:42:11 PM

Reply To : Noor Aida Bt Ismail Attachment : No File Attach

Assalamualaikum, Ya, betul murid-murid pendidikan khas ini memang sukakan kepada suasana pembelajaran yang menghiburkan mereka.Guru-guru juga boleh menggunakan cd atau memasang lagu-lagu yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar. Murid-murid akan merasa teruja untuk bergerak aktif atau terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka.

Re : Re : Forum D Posted By :

23 Apr 2012 09:56:30 AM Sabarina Binti Md Ghani Parvathy A/P Athimulam No File Attach 15 Apr 2012 10:39:30 PM

Reply To : Attachment :

Assalamualaikum, Fizikal dan mental murid-murid khas ini sangat berbeza dengan murid normal.Tingkahlaku dan perangai mereka tidak dapat dibaca walaupun oleh guru mereka sendiri.Jadi sebelum guru tersebut memulakan pengajaran atau pengajaran ,guru pendidikan khas seharusnya cuba memikat atau menarik perhatian murid-muridnya terhadap pelajaran yang akan disampaikan secara berhemah atau berjiwa halus. Cara yang paling mudah ialah menyediakan aktiviti yang boleh meransang atau membantu

murid-murid tersebut berada bersama-sama guru belajar dalam bilik darjah seperti aktiviti atau BBM yang bercorak permainan .

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Forum D 23 Apr 2012 10:04:38 AM Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 14 Apr 2012 08:28:21 AM Reply To : Jamsiah Binti Osman Attachment : No File Attach

Assalamualaikum, Sebagaimana yang kita sedia maklum,guru-guru pendidikan khas adalah guru yang memang khusus dilatih untuk mengasuh atau mengajar murid-murid khas.Guru-guru pendidikan khas lebih tahu bagaimana cara untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar muridmuridnya memperolehi sesuatu yang bermakna dalam pengajarannya itu. Itulah sebabnya bahan yang digunakan untuk pengajaran mestlah berupaya untuk mengajak murid-murid khas itu tadi memperolehi hasil yang boleh dibanggakan walaupun sedikit,walaupun perlu dilakukan aktiviti yang pelbagai antara seorang murid dengan murid yang lain.

Re : Re : FORUM D 23 Apr 2012 10:11:05 AM Posted By : Sabarina Binti Md Ghani 05 Apr 2012 01:03:43 PM Reply To : Norliana Binti Mohmurad Amin Attachment : No File Attach Assalamualaikum, Sesuai dengan Tema Hari Guru pada Tahun lepas :Guru Penjana Transformasi Pendidikan,guru perlu bergerak secara proaktif dan berwawasan demi memastikan kejayaan anak-anak didik mereka.Kurikulum yang sedia ada merupkan garis panduan untuk guru-guru,tetapi jika murid

tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang diajar guru-guru bolehlah membuat perubahan sesuai dengan keupayaan murid-muridnya,(pendidikan khas)demi untuk memastikan kjayaan dan kejayaan untuk murid-muridnya.

You might also like