Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pelan Kedudukan Pelajar Tajuk: Lukiskan pelan bilik darjah anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran

Papan kenyataan Meja Komputer

Papan Hitam Meja letak latihan murid-murid

Sudut bacaan

Huraikan bagaimana bahan dan sumber pengajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan Menurut pemerhatian saya, semasa waktu P&P, guru ada menggunakan bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan di bilik darjah sebagai contoh penerangan. Cara ini dapat menambah pengingattan murid. Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid? Semasa waktu PnP, guru menggunakan pelbagai bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dalam kelas, bahan yang mudah digunakan oleh para murid adalah seperti flash card, kad, gambar dan bahan-bahan konkrit yang ringan dan mudah dibawa. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT? Biasanya, guru akan mengawal atau menggunakan komputer dengan sendiri, para murid hanya memerhati tayangan dari komputer. Hal ini dikecualikan semasa waktu kelas ICT. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Dalam kelas yang saya memerhati, dalam proses P&P guru sentiasa berinteraksi dengan setiap murid dalam kelas. Pelbagai soalan yang senang sentiasa dikemukakan oleh guru agar dapat menarik perhatian murid-murid. Murid-murid juga aktif dalam memberi respon. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu? Murid-murid hanya dibahagikan dalam beberapa kumpulan apabila sesuatu aktiviti dilaksanakan, contohnya apabila guru hendak mengendalikan pertandingan, murid dalam kelas akan dibahagi kepada 3 kumpulan. Tetapi apabila semasa eksperimen dijalankan, murid akan dibahagi kepada 6 orang 1 kumpulan.

You might also like