Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 56

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kemneterian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid,pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya, dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana seorang guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekilah mentadbir sekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : Nurisina Felina Binti Mhaykan No. Kad Pengenalan : 920525-12-6776 Major : Bahasa Melayu Ambilan : Jan 2012

Tarikh Pbs : 5 Mac 2012

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERNYATAAN SEBELUM PBS


Seminggu sebelum menjalani PBS, kami semua diberi taklimat mengenai PBS di Dewan Zaba pada 28 Februari yang lepas. Taklimat PBS disampaikan oleh Encik Johari dari Jabatan Praktikum. Taklimat diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Sepanjang 2 jam taklimat diadakan, kami semua diberi pendedahan mengenai konsep PBS dan bagaimana pelaksanaannya dilakukan. Hal ini demikian kerana, ini kali pertama kami semua pergi ke sekolah untuk menjalani PBS. Pelbagai soalan yang ditujukan kepada Encik Johari berkenaan dengan PBS. Kemudian, kami diminta untuk pergi ke Jabatan Praktikum untuk menyemak semula nama dan alamat sekolah tempat kami menjalani PBS. Kami perlu menyemak semula semua maklumat mengenai sekolah dan kemudian kami diberi surat rasmi daripada pihak kampus yang mana merupakan surat penempatan rasmi PBS. Bagi melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) siri pertama, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Kidurong, Bintulu, Sarawak. Saya berasa agak teruja dan gementar kerana inilah kali pertama saya pergi ke sekolah selama seminggu. Ini adalah untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dan melihat bagaimana pihak sekolah menjalankan pentadbiran mereka serta meninjau proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Walaupun begitu, keinginan yang kuat untuk mengenali sekolah ini telah membuatkan saya berharap agar mendapat sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang berguna apabila berada di sekolah nanti. Saya ingin mengetahui bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas serta bagaimana sesebuah sekolah mengendalikan pentadbirannya. Selain itu, saya ingin melihat semua guru mengendalikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di luar bilik kelas, contohnnya seperti kelas Pendidikan Jasmani. Jadi, saya mengharapkan banyak pengalaman yang saya peroleh semasa berada di sekolah nanti akan menjadi suatu pengalaman baharu yang akan menjadikan saya lebih berkobar-kobar untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan berintegriti. Insyaallah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS


HARI PERTAMA (ISNIN, 5 MAC 2012) Pada hari pertama melangkahkan kaki ke sekolah SK Kidurong ini sekitar pukul 6.30 am. Di SK Kidurong, kelas bermula pada pukul 7.00 am. Saya, Sofianah, dan Abdul Wail melaksanakan PBS di SK Kidurong, Bintulu, Sarawak. Kami memulakan PBS kami dengan pergi ke pejabat guru besar untuk melaporkan diri. Akan tetapi, pada masa kami melaporkan diri, Guru Besar sedang bercuti dan akan pergi ke sekolah pada hari selesa, iaitu hari kedua kami PBS. Oleh kerana Guru Besar tiada, kami diuruskan oleh guru PK1, cikgu Sim Anak Chandang. Cikgu Sim meminta kami duduk di meja guru sebelum kami diberi sedikit taklimat mengenai Sekolah Kebangsaan Kidurong ini. kami memulakan sesi PBS dengan berkenalan dengan cikgu Sim, Penolong Kanan HEM iaitu Puan Hasimah Bt Wahab, guru-guru SK Kidurong, kakitangan awam dan kerani. Budaya di SK Kidurong ini yang dapat saya lihat ialah loceng akan berbunyi setiap kali pertukaran kelas berlaku. Ini memudahkan guru-guru di SK Kidurong untuk mengetahui masa mereka mengajar dalam kelas dan memudahkan jadual waktu Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan lancar. SK Kidurong terdapat 23 bilik darjah dan mempunyai lima kelas daripada tahun 1 hinggalah tahun 6. Iaitu Anggerik, Cempaka, Kenanga, Mawar, Selasih. Selepas itu, cikgu Sim memberi jadual guru-guru SK Kidurong kepada kami. Kami memilih untuk memasuki kelas 6C (6 Cempaka), pada pukul 8.05 am hinggalah 9.35 am. Cikgu yang mengajar pada masa itu ialah Cikgu Ernah. Kami ingin melihat kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang cikgu Ernah laksanakan dalam kelas 6C. Cikgu Hasimah membawa kami ke pejabat Cikgu Ernah untuk memaklumkan kehadiran kami. Kami berkenalan dengan cikgu Ernah dan berbual serba sedikit tentang murid dan sekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Semasa berada dalam kelas, saya dan kawan-kawan membuat pemerhatian tentang cara bagaimana cikgu Ernah mengajar dan sikap murid-murid kelas 6C. Sebelum mengajar, cikgu Ernah akan menyuruh semua murid membersihkan tempat masing-masing dan susun meja kemas-kemas. Cikgu Ernah mengajar subjek Bahasa Malayisa dan cikgu Ernah mengajar mengikut Sukatan Pelajaran dan melaksanakan Sek Induksi untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan baik dan berkesan. Selepas kami melihat kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh cikgu Ernah, kami berkolaborasi dan bertukar pendapat dengan cikgu Ernah tentang pelajar, sekolah dan sebagainya. Seterusnya, kami diminta untuk sit in (menggantikan cikgu) di kelas tahun 6D dan 4A. kami hanya berkenalan dan membuat sedikit permainan dengan pelajar-pelajar 6D. Akan tetapi berbeza dengan kelas 4A, kami hanya meninjau mereka membaca buku-buku cerita kerana pada masa itu mereka dalam program NILAM. Akhir sekali, kami melaporkan diri untuk pulang dengan menulis di buku catatan kehadiran guru-guru SK Kidurong sebagai bukti kami melaksanakan PBS di sekolah ini. sesi akhir SK Kidurong pada pukul 12.30 pm setiap hari isnin,selasa dan rabu. Hari khamis pula, sesi akhir pada pukul 12.50 pm dan hari jumaat, sesi akhir pada pukul 11.30 am.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

HARI KEDUA (SELASA, 6 MAC 2012) Pada hari kedua kami melangkahkan kaki ke SK Kidurong pada pukul 6.45 am. Kami terus ke bilik guru untuk mencatat dan merekod kehadiran kami untuk semakan Guru besar. Pada hari ini adalah sesi pertemuan kami dengan Guru Besar. Hal ini demikian kerana, Guru Besar baru lepas bercuti. Guru Besar memberi penghargaan kepada kami dengan mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan kami. Guru besar meminta borang pengenalan diri kami dan memberi kebenaran untuk kami melawat semua tempat di SK Kidurong. Guru besar memberitahu kami tentang visi,misi dan moto sekolah SK Kidurong. Selain itu, kami diberi nasihat dan panduan untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Guru Besar menyuruh kami menghadiri mesyuarat guru-guru sebagai pengalaman kami apabila mengajar kelak. Selepas sesi bertemu bual dengan Guru Besar, kami pergi ke kelas 6K dan 5K untuk melihat kaedah pengajaran yang cikgu-cikgu laksanakn. Selesai kami melihat kaedah pengajaran cikgu-cikgu dalam kelas, kami pergi berjumpa dengan GPK HEM , GPK KOKURIKULUM, Guru Akademik, Guru PJ, Ustazah, Kakitangan Awam, dan Pelajar untuk berkolaborasi. Akhir sesi persekolahan, kami pulang pada pukul 12.30 dan mencatat rekod kehadiran kami di bilik guru sebagai bukti kehadiran kami melaksanakan PBS di SK Kidurong.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

HARI KETIGA (RABU, 7 MAC 2012) Pada hari ini pula kami melangkahkan kaki pergi ke sekolah pada pukul 6.30 am. Kami terus pergi ke pejabat guru untuk merekod dan mencatat kehadiran kami sebagai bukti kami berada dalam sekolah melaksanakan PBS. Kami tidak melihat cikgu-cikgu mengajar dalam kelas pada hari ini tetapi akan masuk ke kelas menggantikan cikgu. Kami diminta masuk ke kelas tahun 4K dan 5S. kami menggunakan pengalaman kami yang semalam untuk menghadapi murid dalam kelas 4K dan 5S. 4K adalah kelas pertengahan manakala 5S adalah kelas yang hujung dan nakal. Kami perlu mempelbagaikan cara kami menghadapi murid-murid ini. Kami memperkenalkan diri dan melaksanakan aktiviti permainan untuk mereka sahaja dan bukan mengajar. Murid-murid di SK Kidurong menyukai guru-guru baharu. Tetapi ada juga kelas yang tidak menyukai guru baharu, mereka lebih suka kelas mereka dimasuki oleh guru lama mereka. SK Kidurong merupakan sekolah yang ceria dan bersih. Hal ini demikian kerana, murid-murid SK Kidurong mempunyai jadual bertugas untuk membersihkan kawasan sekolah setiap pagi dan dipantau oleh cikgu. Kami pulang lewat pada kali ini kerana ingin menghadiri mesyuarat guru-guru yang diadakan di Makmal Komputer Sk Kidurong yang bermula pada pukul 2.00 pm. Walaupun masa dinyatakan pukul 2.00 pm tetapi ada juga guru-guru yang datang lewat. Guru besar seorang tegas dan merupakan Guru Besar Cemerlang. Beliau menegur secara halus kepada guru-guru yang datang lambat ke mesyuarat tetapi dalam nada suara yang tegas dan berhemah. Mesyuarat itu membincangkan tentang 6 agenda. Semua agenda itu mengenai pencapaian sekolah, pencapaian akademik murid, sahsiah guru dan sebagainya. Banyak pengalaman yang kami perolehi sepanjang berada dalam mesyuarat. Kami dapat membuka minda dan hati kami untuk bersedia dari segi mental dan fizikal apabila bergelar seorang guru kelak. Seterusnya, guru besar meminta pandangan dan cadangan guru-guru dalam menyelesaikan sesuatu masalah seperti pelajar yang bermasalah daripada segi menulis, membaca san sebagainya.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Kami diminta hanya mendengar dan melihat perbincangan guru-guru dan Guru Besar. Walaupun kami hanya mendengar, akan tetapi Guru Besar tidak abaikan kewujudan kami dan memberitahu kepada semua guru-guru tentang kehadiran kami yang melaksanakan PBS selama seminggu. Akhir sekali, kami mencatat dan merekod dalam bilik guru akan kehadiran kami. Sebelum pulang, kami berjumpa dengan Penyelia Petang dan berkolaborasi dan bertukar pendapat dengan beliau. Beliau menerangkan bahawa SK Kidurong merupakan sekolah dua sesi. Sesi pagi bagi murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Manakala sesi pagi bagi murid tahap 1 iaitu murid tahun 1, 2 dan 3 dan banyak lagi.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

HARI KEEMPAT (KHAMIS, 8 MAC 2012) Kami tidak memasuki kelas pada hari ini kerana hari khamis dan jumaat adalah peperiksaan murid-murid. Kami menyiapkan kerja yang belum kami siapkan di bilik yang kami ditempatkan khas untuk berehat dan menyiapkan tugasan. Selesai menyiapkan tugasan. kami mencari maklumat yang masih belum dapat dengan sebanyak yang mungkin untuk dimasukkan dalam portfolio PBS kami. Pertama, kami pergi ke makmal komputer untuk meminta keterangan mengenai penggunaan ICT di sekolah dan bagaimana cara-cara menjaga semua peralatan dalam makmal dengan baik. Kami juga bertanya mengenai adakah semua murid tahu menggunakan komputer dan mengakses maklumat melalui internet. Kedua, kami pergi ke surau untuk melihat aktiviti yang dijalankan di surau. SK Kidurong menjalankan aktiviti fardhu ain seperti mengaji, cara solat dan banyak lagi dalam surau sekolah yang dibimbing oleh ustaz atau ustazah. Seterusnya, kami pergi ke unit bimbingan kaunseling dan perpustakaan untuk melihat dan bertanya kepada guru-guru yang bertanggungjawab terhadap unit bimbingan kaunseling dan perpustakaan. Akhir sekali, kami pulang pada pukul 12.50 dan mencatat dan merekod kehadiran di bilik guru.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

HARI KELIMA (JUMAAT, 9 MAC 2012) Hari ini hari terakhir di SK Kidurong. kami berasa sedih kerana banyak pengalaman yang kami dapat sepanjang berada di sekolah ini. kami tidak dapat masuk ke kelas melihat cikgu mengajar pada hari terakhir ini kerana peperiksaan sedang dijalankan. Pada hari ini juga, kami diminta menggantikan cikgu untuk menjaga kelas peperiksaan. Kami hanya memerhati murid yang menjawab soalan. Selesai murid menjawab, kami kumpul kertas jawapan dan serahkan kepada cikgunya. Selepas itu, kami bertemu bual dengan guru-guru dan pelajar untuk kali terakhir. Selesai semuanya, kami pergi berjumpa dengan Guru Besar untuk mengambil borang kehadiran dan penilaian diri. Sebelum kami beredar untuk pulang, kami diberikan nasihat oleh Guru Besar untuk sentiasa bersedia menjadi seorang guru berdedikasi dan berintegriti. Akhir sekali, kami bersalam dan meminta maaf dengan Guru Besar serta bergambar untuk dijadikan kenangan dan memori dalam hidup. Selepas itu pula kami berjumpa dengan guru-guru untuk bersalam dan memohon maaf akan kesilapan yang kami lakukan selama seminggu melaksanakan PBS di SK Kidurong. Pengalaman Mendewasakan Kita . Sekian, Terima Kasih.

SELEPAS PBS

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Selepas menjalani PBS siri yang pertama ini di SK Kidurong, saya mendapati bahawa banyak pengetahuan yang telah saya perolehi. PBS ini mendedahkan saya kepada budaya sekolah, persekitaran bilik darjah, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas dan sebagainya. Selain itu, masalah disiplin di sekolah ini juga terkawal dan setakat ini tidak mempunyai rekod yang mampu mencemarkan nama sekolah. Saya juga begitu kagum dengan pengurusan pentadbiran sekolah ini yang mana memang teratur dan tersusun. Dengan pengurusan bilik kelas yang baik, murid mampu dikawal walaupun suasana kadang-kadang gamat dengan suara ketawa murid ketika guru membuat selingan. Di samping itu, pengetahuan lain yang saya perolehi selepas menjalani PBS ialah mampu memahami sedikit dialek Bahasa melayu Sarawak . Ini kerana, setiap daripada murid di sekolah ini hanya bertutur dengan menggunakan dialek negeri mereka sahaja. Walaupun begitu, guru mengajar dengan menggunakan bahasa melayu untuk menjadikan murid menguasai lebih mendalam akan bahasa melayu. Kesimpulannya, sepanjang PBS ini dijalankan selama seminggu, saya telah mendapat banyak ilmu dan pengetahuan baharu mengenai suasana sebenar di sekolah. Tanpa pendedahan seperti PBS ini dijalankan, saya merasakan bahawa seseorang guru pelatih itu tidak akan dapat memahami dengan lebih lanjut mengenai proses Pengajaran dan Pembelajaran sebenar yang berlaku di sekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kidurong, Jalan Abg Ali, 97000 Bintulu, Sarawak.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

MISI SK KIDURONG

VISI SK KIDURONG

NO. TELEFON, ALAMAT E-MAILWEB SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

\
NO. TELEFON - 086-251191 NO. FAKS - 086255233 EMAIL/WEBhttp://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.skkidurong.com.my%2F&h =EAQEIA4SX LOKASI - BANDAR

SK KIDURONG

BIODATA GURU BESAR

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1 2 3 4 5

NAMA PENUH NO. KAD PENGENALAN NO. FAIL JPN GRED KELULUSAN AKADEMIK

: : : : :

CAROLINE JELENIE ANAK CHUAT 590620-13-5727 S.14778 DG41 i. SENIOR CAMBRIGE - SMK SARATOK, SARAWAK ii. IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PENDIDIKAN - UITM KUCHING

6 7

KELULUSAN IKHTISAS SEJARAH PERKHIDMATAN

: :

SIJIL PERGURUAN ASAS MPR, SARAWAK 1. SK NG SEMPILI KAPIT 2. SK ST PETER SARATOK, SRI AMAN 3. SK NG AJAU BETONG 4. SK PAKU CENTRAL BETONG - PENOLONG KANAN HEM (DGA32) 5. SK KIDURONG, BINTULU - PENOLONG KANAN AKADEMIK (DGA32) - GURU BESAR (DGA34) - GURU BESAR CEMERLANG (DGA38) - GURU BESAR (DG41) 20.10.200

NAMA GPK 1, GPK HEM, GPK KOKURIKULUM DAN PENYELIA PETANG

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN EN. SIM ANAK CHANDANG

PENOLONG KANAN HEM PN. HASIMAH BT. WAHAB

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM EN. ROBERT RITAN ANAK NYOBEN

PENYELIA PETANG PN. AISHAH @ ROSNI BT. JELANI

GRED SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

ANALISIS KESELURUHAN PENCAPAIAN UPSR

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 71.60% 67.90% 62.22% 60.93% 70.12%

72.26%
64.81%

ANALISIS KESELURUHAN PENCAPAIAN UPSR

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

TAHUN 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 (Sasara n)

BIL. MURID 306 228 224 233 225 215 231 233

BIL. MURID 5A 2 28 32 18 9 17 27 16

GPS % LULUS 58.30% 68.40% 67.90% 71.60% 62.22% 60.93% 70.12% 64.81% 2.04

249

33

72.26%

ANALISIS PENCAPAIAN UPSR MENGIKUT MATA PELAJARAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Bil.

2004

Anugerah/ Pengiktirafan 2008 2005 2006 2007

SAS ARA GPS N Diperolehi2011 Tahun 2009 2010 UPS daripada Diperoleh R 2012 89.90 % 94.80 % 95.30 % 97.36 %

011 B.MELAYU (PEMAHAMA N) 012 B.MELAYU (PENULISAN) 014 BAHASA INGGERIS 015 MATEMATIK

88.30 %

89.0 4%

89.03 %

94.30 %

90.67 %

1.86

90.60 %

87.7 2%

77.70 %

92.60 %

83.11 %

89.90 %

87.90 %

89.30 %

91.86 %

1.38

60.80 %

71.4 9%

71.40 %

74.60 %

70.67 %

62.80 %

75.30 %

71.70 %

77.36 %

2.47

85.30 % 72.20 %

82.8 9% 81.1 4%

81.70 % 84.80 %

88.30 % 89.10 %

76.00 % 78.22 %

82.80 % 78.60 %

84.40 % 87.90 %

79.80 % 86.80 %

86.46 % 89.96 %

2.29

018 SAINS

2.28

PENCAPAIAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1. 2.

Sijil Usaha Gigih Peringkat Negeri Sarawak 2003 Sijil Kem Bestari Koko Krunch Peringkat Negeri Sarawak Anugerah Sekolah Harapan Negara Sijil Usaha Gigih Peringkat Negeri Sarawak 2005 Anugerah Sekolah Harapan Negara Anugerah BOSS Cemerlang Sijil Usaha Gigih Pencapaian Gred A bagi mata pelajaran teras peringkat bahagian Bintulu 2008 Anugerah Kualiti Pengurusan Bilik Darjah Sijil Usaha Gigih Peringkat Negeri Sarawak 2010

JPN Sarawak KPM & Nestle Product Sdn. Bhd. JPN Sarawak JPN Sarawak

2004 2004

3. 4.

2005 2006

5. 6. 7.

JPN Sarawak JPN Sarawak PPD Bintulu

2007 2008 2009

8. 9.

PPD Bintulu JPN Sarawak

2009 2011

BILANGAN GURU

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

ENROLMEN GURU

GRED

BILANGAN GURU LELAKI PEREMPUAN 6 3 2 2 1 14 26 2 2 27 6 63

JUMLAH GURU 32 5 4 29 7 77

DG41 DC41 DGA32 (H) DGA32 (KUP) DGA29 JUMLAH

KELAYAKAN PROFESIONAL GURU

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

MAKUMAT KAKITANGAN AKADEMIK SEKOLAH (GURU)


BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. BIL 24. 25. 26. NAMA GURU CAROLINE JELENIE CHUAT SIM ANAK CHANDANG HASIMAH BINTI WAHAB ALBRAHAM ENGGONG ANAK JIMBAT ANNA ANAK JIMY BUNAI ANAK MULING NUR CLARINDA DASEP ABDULLAH ERNAH BINTI WAGIMIN EVELYNE ANAK ENTING FARISYAH BINTI EKRAM HABIBI BINTI BASRI HELLENA ANAK UKOL JAMES ANAK DUYUN JULIA ANAK ATIEN LIZA ANAK MAN MOHD. AZAM BIN ABDUL RAZAK MOHD. NOORHISAM BIN BADONG MOHD. RIDZUAN BIN ABDULLAH MORDIANA BINTI MOHAMMED NOR AISHAH BINTI ABDUL KARIM NOREHA BINTI SARMADI NORLIA BINTI ROSLI NOUR HAYATI SHAMILAH BINTI BASHIRON NAMA GURU NURLIYANA BINTI MOHD. NORANI PIOT ANAK EDWARD NAWANG ROSNANI BT MASNI J P L P L P P P P P P P P L P P L L L P P P P P J P P GRED DG41 DGA32 DGA32 DG41 DGA32 (KUP) DG41 DGA32 (KUP) DG41 DGA32 (KUP) DG41 DG41 DG41 DG41 DGA32 (KUP) DGA32 (KUP) DGL DGA32 (KUP) DG41 DGA32 (KUP) DGA29 DGA32 (KUP) DGA32 (KUP) DG41 GRED DG41 DGA32 (KUP) DGA32 JAWATAN GURU BESAR PENOLONG KANAN SATU PENOLONG KANAN HEM GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU j-QAF SU PEPERIKSAAN GURU AKADEMIK GURU AGAMA GURU AKADEMIK GURU AGAMA KP BM GURU AKADEMIK DATA EMIS GURU AKADEMIK BHS. ARAB GURU j-QAF JAWATAN GURU AKADEMIK GURU B. KAUNSELING GURU AKADEMIK CATATAN KP P.ISLAM SPBT CATATAN

SMM

KP PSW KP MATH KP KH KP SAINS

PUSAT SUMBER KP PJK KP PSV

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (KUP) DGA32 (KUP) DGA32 (KUP) DGA29 DG41 DGA32 (KUP) DG41 DG41 DG41 DG41 DGA32 (KUP) DGA32 (KUP) DG41 DGA32 (KUP) DG41 DGA32 DG41 DGA32 DC41 DGA29 DC41 DG41 DGA32 (KUP) DGA32 (KUP) DGA29 DG41 GRED DGA32 (KUP) DGA29 GURU PRA SEKOLAH KP KT GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU j-QAF GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU B. KAUNSELING KP BI GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK PENYELIA PETANG GURU AKADEMIK PK KOKURIKULUM GURU j-QAF GURU AKADEMIK GURU PRA SEKOLAH GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK JAWATAN GURU AKADEMIK GURU KP MUZIK KP PM

27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. BIL 52. 53.

ROSNAH BINTI JAIR @ TAIR ROZI BINTI YAMAN SEMA HENG SITI HAWA BINTI MAT SALLEH SITI MASNIYA BINTI TEMBONG SITI ROHAYA BINTI ABDUL GHANI STEWARD ANAK EMAI UMPI AK BATIK WAN RAMLAH BINTI MUHAMAD WENDY ANAK EPPIE ZAIYATI BINTI GHAZALI GLORIA BINTI P.L. SELIMON @ LASONG CHRISTINA CHUA LIM KIAN SIONG AISHAH @ ROSNI BINTI JELANI ALEXENDRINA SHIRLY ANAK TINGKAU ANGAT ANAK TABAU AYUUNI ALWANI BINTI MOHD. KASHIM CHRISTINA ANAK MELING DIANA ANAK MIHEK EMMA BINTI TUAH HAMIDAH BINTI WAHAB HASNAH BINTI BADILLAH HAZAMAH BINTI JAMAHARI HII YIENG YEE NAMA GURU LEE SEOW LEK LILY ANAK DURONG

P P P P P P L L P P P P P L P P L P P P P P P P P J L P

BHS. CINA CATATAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PEMULIHAN 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. MARIAM BINTI MAT MEHPUZAH BINTI SALIM MOHD. NIZAM BIN MOKTAR NOR JANNAH BINTI HARON NORAZILAWATI BINTI HJ. YUSUF RAHANA BINTI MEDANG RAJIMAH BINTI BADILAH @ AZIMAH ROHIZAH ROKIAH ROSLIAH BINTI SAHADI ROSMINAH BINTI ABDUL SAIT SARIPAH NORLAILA BINTI WAN UMAR SENORITA ANAK DUNGGAU SH. HAJIJAH BINTI WAN REDZUAN SHIHAM @ DALILAH BT MOHAMMAD SIAU SIE LING SUNITA BINTI ZAIDIL SUZANA BINTI PARMAN TINA ANAK SADI RONNY ANAK ROBERT NABED LOPEZ MOHD. AMIN BIN ALIAS IZYAN HAZWANI BT. AZMI NORHASINAH BINTI ABAS IMAN BINTI OTHMAN P P L P P P P P P P P P P P P P P P L L P P P DGA32 (KUP) DGA32 (KUP) DG41 DG41 DG41 DGA32 (KUP) DGA32 (KUP) DG41 DGA32 (KUP) DG41 DGA32 (KUP) DGA32 (KUP) DGA32 (KUP) DG41 DG41 DG41 DG41 DGA32 (KUP) DG41 DG41 DG41 DGA DG41 GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AGAMA GURU j-QAF GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU j-QAF GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AGAMA GURU PRA SEKOLAH GURU AGAMA GURU AGAMA GURU B.KAUNSELING

SMM

PENYELARAS LINUS

KEMUDAHAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kidurong Bintulu adalah sebuah sekolah bandar yang terletak di kawasan perindustrian daerah Bintulu. Ianya dikategorikan sebagai sekolah Gred A kawasan bandar.

Keluasan sekolah adalah lebih kurang 2.5 ekar. Sekolah ini terletak 10 kilimeter dari bandar Bintulu. Sekolah ini mempunyai 2 buah blok yang terdiri daripada 23 bilik darjah, bilik guru, pejabat am, bilik guru besar, bilik penolongpenolong kanan, bilik cetak, bilik Bimbingan & Kaunseling, perpustakaan, surau, makmal sains, bilik buku teks,bilik agama, bengkel Kemahiran Hidup, bangunan pra sekolah, surau dan kantin. Sekolah ini menggunakan padang bola sepak yang dipinjamkan oleh pihak BDA, dua buah gelanggang sepak takraw dan sebuah gelanggang bola keranjang sebagai tapak kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat sekolah. Sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan asas lain seperti bekalan air paip LAKU, bekalan elektrik SESCO, kemudahan klinik pergigian, telefon awam, khidmat penyelanggaran kawasan sekolah dan kemudahan pengawal keselamatan. Berikut merupakan senarai kemudahan sekolah setakat 31 Disember 2011 iaitu :-

PELAN BILIK DARJAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Papan Tugasan Papan Hitam Meja Guru Meja Murid

Pintu Masuk Pintu Keluar

Ruang Bacaan Ruang Info sudut IT

JUMLAH MURID Tong Sampah

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

ENROLMEN MURID MENGIKUT KAUM

KAUM TAHUN
PRA SEKOLAH

MELAYU

CINA P L 1 0 1 1 2 2 0 7 P 3 1 3 1 0 2 0 10

INDIA L 0 0 0 0 1 1 0 2 P 0 0 1 0 1 1 1 4

LAINLAIN L 25 89 87 90 103 110 92 P 33 72 78 81 83 85 101

JUMLAH JUMLAH BESAR L 27 111 110 115 134 127 123 747 P 38 89 98 111 109 114 126 685 65 200 208 226 243 241 249 1432

L 1 22 22 24 28 14 31 142

2 16 16 29 25 26 24 138

TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 JUMLAH

596 533

MAKLUMAT LAIN TENTANG SK KIDURONG

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PENYEDIAAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) Percambahan idea Perbengkelan Input awal daripada Jabatan/Bahagian Pemurnian Pembentangan Mesyuarat Perancangan Strategik KPM Kepada YB Menteri Besar Perlis Kepada YB Menteri dan Pegawai Khas Yayasan Pendidikan Negeri Majlis Tertinggi UMNO BBPN Eksekutif KPM Disember 2005 Mac 2006 Banyak kali Julai 2006 Julai 2006 Julai 2006 Ogos, Sept, Okt, Nov 2006 Sesi Percambahan Minda dengan Pelajar Pasca Siswazah di UK tentang Sistem Pelajaran dan Pengajian Tinggi Mesyuarat Pelancaran Okt-Disember 2006 November 2006 Mac 2005 Sekali setiap bulan Februari 2005

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

6 TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

TERAS TERAS 1: MEMBINA NEGARA BANGSA

DASAR

MATLAMAT

menyokong hasrat negara untuk membina negara bangsa dengan masyarakat Bangsa Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara.

melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu.

TERAS 2: MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

membangunkan modal insan yang mempunyai

memupuk semangat menguasai ilmu

pengetahuan dan kemahiran pengetahuan, kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. dan kompetensi, menerapkan nilai, moral

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar.


TERAS 3: MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

menjadikan SK sekolah pilihan utama masyarakat

meningkatkan dan memperkukuh perpaduan di kalangan pelajar pelbagai kaum dan memastikan semua sekolah mempunyai kesamarataan beroperasi secara berkesan.

TERAS 4: MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar

memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

TERAS 5: MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru

menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TERAS 6: MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan bagi memastikan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Wawasan 2020 Sembilan Cabaran

1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama. 2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, BANGGA dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. 3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokarasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. 4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. 5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. 6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. 7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh. 8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

TUJUH AGENDA PENGISIAN WAWASAN PENDIDIKAN

Perpaduan Stail Pengurusan dan Kepimpinan Perkhidmatan Penyayang Empowerment

Budaya Ilmu
Sekolah Penyayang Budaya Cemerlang

TONGGAK DUA BELAS

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH. 1. Huraikan bagamanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah digunakan secara berkesan. Apa yang dapat saya saya perhatikan di dalam setiap kelas di SK Kidurong ialah setiap kelas pasti mempunyai sudut mata pelajaran. Setiap sudut mempunyai bahan dan sumber daripada mata pelajaran masing-masing. Kadang-kadang hasil kerja murid yang terbaik juga dilekatkan pada sudut tersebut. Bahan-bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan bahan rujukan untuk murid. Setiap minggu, guru kelas akan meminta semua murid untuk menukar bahan dan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran. Malah, murid diharuskan untuk merujuk kepada bahan dan sumber mata pelajaran yang telah dilekatkan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid. Menurut seorang guru di sini, bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh murid ialah buku teks, lembaran kerja, helaian teks atau petikan daripada buku rujukan guru, internet dan surat khabar. Bahan dan sumber ini merupakan bahan dan sumber yang paling kerap digunakan oleh semua guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Saya juga mendapati murid-murid kebanyakannya menggunakan buku teks dan helaian kerja semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. 3. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang

berasaskan ICT? Selama 5 hari saya berada di SK Kidurong, saya tidak melihat seorang pun guru menggunakan sebarang sumber pembelajaran yang berasaskan ICT. Semuanya

menggunakan buku teks dan lembaran kerja semata-mata. Guru juga tidak menggunakan laptop dan alat pemancar imej (LCD) walaupun terdapat papan pemancar imej diletakkan di dalam setiap kelas. Ini bermakna guru tidak menggunakan sumber ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Walaupun, sekolah mempunyai makmal komputer, namun jarang digunakan. Digunakan hanya untuk tempat bermesyuarat.

4.

Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap

aktiviti pembelajaran? Daripada pemerhatian yang telah saya buat semasa saya masuk ke dalam kelas-kelas untuk melihat bagaimana proses Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan, saya mendapati bahawa ada murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran. Maka tidak hairanlah pada setiap kali aktiviti pembelajaran dijalankan, kelas akan menjadi bising dan tidak terkawal. Setiap murid diberi peluang untuk menyatakan pendapat masing-masing secara perseorangan, berpasangan dan berkumpulan. Murid-murid ini kelihatannya sangat aktif dan tidak pernah duduk diam apabila melakukan aktiviti pembelajaran. Guru kadangkadang hanya bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

5. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Ketika membuat aktiviti secara berkumpulan, guru yang akan memilih para murid untuk diletakkan dalam kumpulan masing-masing. Kebiasaannya murid-murid akan dipilih secara rambang sahaja. Tugas memilih ini akan dibuat oleh guru. Kadang-kadang murid dibenarkan untuk memilih rakan-rakan sendiri semasa membentuk kumpulan. Namun, para guru lebih suka memilih murid-murid secara rambang untuk dibahagikan kepada kumpulan supaya mereka dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain dan bukannya hanya tahu bekerjasama dengan rakan rapat sahaja. Guru juga mahu menerapkan nilai semangat setiakawan kepada semua murid dalam kelas.

PEMERHATIAN
Untuk mengumpul data, saya telah membuat beberapa pemerhatian. Antaranya ialah semasa memerhati bagaimana guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebaik sahaja masuk ke dalam kelas, guru akan memberi arahan kepada murid untuk membersihkan tempat masing-masing seterusnya memberi salam dan murid akan menjawabnya. Kemudian, guru akan menggunakan buku teks dan memberi lembaran kerja kepada semua murid. apabila melibatkan pembacaan teks, guru-guru di sekolah ini meminta murid yang membacakan teks tersebut.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pada pendapat saya, guru yang meminta murid membaca teks tersebut akan dapat meningkatkan lagi kemahiran membaca murid. Semasa guru bertanya soalan kepada muird seorang demi seorang, pelajar kelihatan aktif dalam situasi sedemikian. Ini kerana mereka diberi peluang untuk mengeluarkan idea masing-masing. Situasi kelas juga akan mudah terkawal apabila guru meminta murid-murid untuk mendiamkan diri. Guru tidak perlu mengeluarkan suara yang tinggi untuk menyuruh pelajarnya senyap dan duduk di tempat masing-masing. Selain itu, saya juga mendapati bahawa murid di sekolah ini begitu aktif bertanya soalan kepada guru mereka. Pelbagai jenis soalan yang dikemukan kepada para guru berkaitan dengan tajuk pelajaran yang dipelajari pada hari tersebut. pada pendapat saya, ini seuatu yang sangat baik kerana sememangnya sebagai guru, kita harus membuatkan murid kita rajin bertanya kerana jawapan kepada setiap pertanyaan mereka itu merupakan suatu ilmu baharu bagi diri mereka sebagai murid atau pelajar. Di samping itu juga, saya sempat memerhati beberapa orang guru mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani di padang. Apa yang saya dapati ialah kebanyakan guru PJ ini memakai pakaian yang sesuai ketika berada di padang. Mereka hanya memakai pakaian formal apabila situasi formal seperti ke mesyuarat. Mereka juga akan menegur murid yang tidak membawa pakaian dan murid-murid yang tidak memakai pakaian sukan yang lengkap. Saya berharap apabila saya menjadi seorang guru PJ kelak, saya mesti memastikan murid saya memakai pakaian sukan yang sesuai. Ini adalah untuk mengelakkan pakaian sekolah mereka kotor dan berbau apabila digunakan semasa PJ. Tambahan pula, pastinya mereka akan berasa kurang selesa dengan keadaan sedemikian. Lebih-lebih lagi jika murid yang banyak mengeluarkan peluh. Pasti guru yang akan masuk untuk mengajarkan mata pelajaran yang seterusnya akan turut berasa tidak selesa.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SENARAI SEMAK

SENARAI SEMAK PRASARANA SEKOLAH PRASARANA DEWAN KANTIN PERPUSTAKAAN ADA TIADA CATATAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

TANDAS GURU TANDAS PELAJAR PADANG SUDUT BELAJAR MAKMAL KOMPUTER BILIK KELAS BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP PEJABAT BILIK GURU BILIK KAUNSELING BILIK OPERASI J-QAF STOR SUKAN BILIK SPBT BILIK RAWATAN TEMPAT LETAK KERETA TEMPAT LETAK BASIKAL PONDOK JAGA KELAS PEMULIHAN KELAS PENDIDIKAN KHAS KELAS PRA SEKOLAH BILIK MUZIK ALAT KESELAMATAN TANGKI AIR PONDOK TELEFON PONDOK MENUGGU KOPERASI SURAU BILIK LINUS BILIK PANITIA BM

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DI BILIK KELAS KEMUDAHAN KERUSI MEJA PAPAN PUTIH SUDUT BELAJAR MEJA GURU PAPAB KENYATAAN LCD ADA TIADA CATATAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

TONG SAMPAH PENCEDOK SAMPAH TINGKAP PENYAPU PINTU ALMARI KIPAS

TEMU BUAL

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah temu bual sebagai salah satu instrumen pengumpulan data. Kami telah menemu bual Penolong Kanan 1, Encik Sim Anak Chandang mengenai pengurusan pentadbiran sekolah. Encik Sim memberitahu serba sedikit mengenai organisasi sekolah yang diketuai oleh Guru Besar SK Kidurong, iaitu Madan Caroline. Jawatan Penolong Kanan HEM dijawat oleh Puan Hasimah manakala tugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pula disandang oleh En Robert Ritan Anak Nyoben.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Bilangan guru di sekolah ini ialah seramai 76 orang yang mana guru lelaki sebanyak 15 orang manakala guru perempuan pula seramai 61 orang. Guru di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum. Seterusnya, kami menemu bual Penolong Kanan HEM, Puan Hasimah untuk mendapatkan maklumat mengenai disiplin pelajar, bantuan biasiswa, maklumat pelajar dan peruntukan yang disediakan untuk para pelajar di sekolah ini. Kami sempat berbual selama sejam dengan beliau dan beliau sempat memberikan nasihat kepada kami untuk dijadikan ingatan. Beliau menasihati kami supaya menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan tidak lepas tangan dalam melakukan sebarang aktiviti. Kami berjumpa dengan Guru Disiplin, Ustaz Amin untuk mengetahui tahap disiplin di sekolah ini. Kami menanyakan beberapa soalan berkaitan dengan disiplin pelajar. Katanya, masalah pelajar di sekolah ini tidaklah teruk dan masalah disiplin juga jarang berlaku. Namun apabila bercerita mengenai masalah disiplin, masalah yang selalu dilakukan oleh para pelajar ponteng semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Mereka ini kebanyakannya pelajar yang paling pasif di dalam kelas. Kami juga sempat menemu bual beberapa orang guru untuk mendapatkan pendapat mereka dalam menjalankan sukatan pelajaran baharu, KSSR. Kami menanyakan beberapa soalan bagaimana mereka membuat aktiviti dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk sukatan pelajaran baharu ini. Kebanyakan para guru berpendapat bahawa agak sukar untuk menyesuai padankan aktiviti mengikut sukatan KSSR ini. Malah penulisan RPH yang begitu terperinci juga menyukarkan mereka untuk menyediakannya. Selain itu, penghantaran RPH yang dilakukan secara online atau dalam talian juga menyukarkan para guru. Ini kerana bukan semua guru mempunyai talian internet di rumah. Disebabkan itulah, mereka perlu menyiapkan RPH di sekolah.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PEMERHATIAN

Terdapat beberapa pengetahuan yang saya perolehi melalui pemerhatian selama 5 hari saya menjalani PBS di SK Kidurong, Bintulu Sarawak. Antaranya ialah budaya sekolahnya yang mengamalkan pembersihan sekolah setiap hari dengan menyapu, memungut sampah dan mencuci tandas. Selain itu, ketika perhimpunan pagi dijalankan, pengawas yang menjadi pengacara majlis akan menggunakan Bahasa Inggeris. Menurut En Sim Chandang, ini adalah

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

bertujuan untuk melatih para pelajar menggunakan Bahasa Inggeris selain dapat membantu mereka menguasai bahasa itu sedikit demi sedikit. Di samping itu, semasa waktu rehat dijalankan, para pelajar begitu tertib berbaris semasa membeli makanan tanpa berebut-berebut. Pengawas yang menjalankan tugas pun kelihatan tenang. Nampaknya, budaya jangan memotong barisan sudah sebati dalam diri pelajar di sini. Walaupun, barisan kelihatan penjang setiap kali waktu rehat, mereka tetap berbaris menunggu giliran masing-masing. Di suatu sudut kantin sekolah pula terdapat ruang yang mana terletaknya ruangan buletin sekolah. Seterusnya, semasa pergi ke pusat sumber pula saya mendapati terdapat suatu ruang sudut pusat sumber ini dilekatkan dengan kata-kata hikmah, peribahasa dan simpulan bahasa. Semasa saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain masuk ke dalam pusat sumber ini, kami mendapati sebuah kelas Tahun 4 sedang menjalankan pembacaan NILAM. Semua pelajarnya sangat khusyuk membaca. Malah ada juga yang sanggup meniarap sambil membaca kerana kekurangan meja dan kerusi di dalam pusat sumber. Tidak kurang juga yang sibuk bertanya kepada guru mereka. Sabar sahaja guru mereka melayan karenah pelajar-pelajarnya itu. Saya tidak menyangka bahawa guru lelaki tersebut begitu sabar dan melayan para pelajarnya dengan lembut walaupun dia disoal dengan banyak soalan ketika itu. Timbul perasaan kagum saya terhadap guru itu. Selain itu, semasa berjalan-jalan di tepi padang juga ternampak di atas setiap bumbung tempat letak kereta dilekatkan dengan nama setiap guru. Kebetulan, kawasan letak kereta tersebut terletak berdekatan dengan padang sekolah. Pada pendapat saya, idea itu sangat kreatif kerana pastinya para guru tidak perlu berebut-berebutkan tempat letak kereta lagi apabila datang ke sekolah. Ini memberikan sedikit kesenangan kepada para guru untuk memikirkan di mana untuk meletakkan kereta mereka walaupun mereka lewat masuk ke kawasan sekolah. Sekurang-kurangnya mereka tetap mempunyai tempat untuk meletakkan kereta walaupun ada tempat letak kereta yang agak jauh dari bangunan pentadbiran.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN AKHIR Sesungguhnya, PBS kali ini memang menyeronokkan kerana banyak ilmu dan pengalaman baharu yang saya dapat. Tambah-tambah lagi, saya membuat PBS di Negeri Sarawak yang mana terkenal dengan dialek Sarawaknya yang begitu sukar mudah difahami jikalau belajar. Saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulilah kepada Allah SWT kerana telah memberkati saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain sepanjang berada di sekolah selama 5 hari. Kami

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

berjaya kembali ke kampus masing-masing tanpa mengalami apa-apa perkara yang tidak diingini. Sepanjang berada di SK Kidurong, Bintulu Sarawak saya mendapat banyak maklumat dan pendedahan mengenai pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah. Semua guru dan kakitangan sekolah bekerjasama dengan erat untuk sentiasa memajukan sekolah. Mereka juga begitu berdedikasi ketika melakukan tugas di sekolah. Contoh yang boleh saya lihat ialah pada waktu pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah akan melapor diri dan berada di dalam kawasan sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Malah murid-murid juga jarang yang datang lewat ke sekolah kecuali disebabkan hal-hal kecemasan. Namun demikian, terdapat beberapa orang guru, terutamanya guru baharu yang baru sahaja posting ke sekolah ini sahaja yang suka datang lewat ke sekolah. Ini dapat saya perhatikan semasa kami sedang membuat pemerhatian terhadap beberapa kelas yang sedang menjalankan sesi kelas Pendidikan Jasmani di padang. Guru-guru lelaki ini datang lewat hampir satu jam dari waktu yang sepatutnya. Keadaan ini membuatkan saya berfikir bahawa guru-guru baharu ini bagaikan tiada personaliti untuk menjadi seorang guru walau sedikit pun. Mereka seperti tidak mengendahkan murid yang sedang menanti mereka untuk masuk dan memberikan ilmu yang harus mereka tuntut. Saya berasa agak terkilan dengan sikap guru-guru baharu yang tidak mementingkan masa dan pelajar mereka. Sepatutnya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab, kita harus memikirkan bahawa masa hadapan para pelajar kita terletaknya pada bahu kita sebagai guru mereka. Bukannya bersikap lepas tangan sahaja dan membiarkan murid-murid kita membuat bising di kelas dengan ketiadaan guru mereka. Sikap bertanggungjawab itu penting dalam diri seorang guru kerana sikap itu membimbing para guru untuk melakukan tugasnya dengan sehabis mungkin dalam melahirkan murid yang mempunyai masa hadapan yang cerah.

Selain itu, pengalaman baharu yang saya perolehi semasa berada di sekolah ini ialah rasa dihormati sebagai seorang guru. Apabila murid-murid bertembung dengan saya dan rakanrakan guru pelatih yang lain, mereka akan mengucap salam dan kadang-kadang menyalami tangan kami. Saya sendiri berasa amat kagum dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh para pelajar di sekolah ini. Betapa tingginya budi bahasa dan kesantunan para pelajar ini walaupun mereka baru sahaja mengenali kami sebagai guru pelatih di situ. Kadang-kadang saya sendiri

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

berasa amat terharu sewaktu mereka menyalami tangan saya. Saya tidak menyangka bahawa mereka dididik dengan begitu baik sekali sehingga mampu menghormati semua para guru di sekolah ini. Apabila terserempak dengan para guru, pasti kata-kata salam yang akan menghiasi mulut-mulut kecil mereka ini. Walaupun masih kecil, namun mereka kaya dengan budi pekerti yang tinggi. Para pelajar ini harus dididik sejak kecil lagi untuk menghormati orang lain terutamanya guru-guru dan ibu bapa mereka sendiri. Malah mereka juga harus menghormati kawan-kawan mereka yang lain. Tugas ini boleh dipikul oleh guru dan disambung oleh ibu bapa di rumah. Ibu bapa juga seharusnya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak supaya keperibadian mereka dapat dibentuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya, saya mendapati bahawa persekitaran sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan bersih walaupun selepas waktu rehat. Ini menunjukkan semua pelajar ditegaskan untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan di setiap sudut. Mereka kelihatannya seperti sudah terbiasa dengan menjaga kebersihan kawasan sekolah. Amalan seperti inilah yang perlu ada dalam diri pelajar supaya kebersihan sekolah dapat dijaga dan sentiasa ceria tanpa sampah. Persekitaran sekolah yang bersih juga akan membuatkan pelajar selesa berada dalam kawasan sekolah dan dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif. Apabila persekitaran sekolah bersih, para pelajar juga akan dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan tenang. Malah bakul sampah juga disediakan di dalam setiap kelas untuk memudahkan pelajar membuang sampah dan mengelakkan pelajar membuang sampah merata-rata di dalam kelas. Persekitaran kelas juga sentiasa bersih kerana pelajar sentiasa diingatkan untuk membuang sampah ke dalam bakul sampah yang terdapat di sudut belakang kelas. Setiap kelas mempunyai jadual pembersihan kelas yang tersendiri. Jadi pada setiap hari pasti ada pelajar yang bertugas untuk membuang sampah. Pengalaman lain ialah mengenai bagaimana guru mengawal kelas ketika pelajar bising. Ini dapat dilihat semasa kami sedang membuat pemerhatian pada seorang guru Bahasa Melayu yang mengajari pelajar Tahun 2. Seperti yang kita sedia maklum, sukatan pelajaran Tahun 2 ialah sukatan pelajaran baharu iaitu KSSR. Oleh sebab itulah kami ingin melihat bagaimana beliau menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pada mulanya, pelajar hanya diam dan membuat kerja mereka mengikut arahan yang telah diberikan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

oleh guru. Namun, selepas kerja yang diberikan kepada mereka selesai dibuat, kelas mulai menjadi bising dan tidak terkawal. Tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut ialah dengan memanggil murid yang membuat bising tadi untuk duduk di depan sekali. Beliau tidak menjerit atau meninggikan suara malah memanggil pelajar-pelajar yang bising tadi dengan suara yang lembut. Maka kelas pun menjadi senyap walaupun kedengaran suara bisikan daripada beberapa orang pelajar. kata guru tersebut kepada pelajarnya, siapa yang buat bising sekali lagi kan didenda lambat balik ke rumah. Jadi, suasana menjadi senyap sehingga ke tamat sesi persekolahan. Sungguh mengagumkan kerana ketika kami di sekolah rendah dulu, tiada seorang pun pelajar yang akan senyap sehingga ke akhir waktu. Apa yang dapat saya perhatikan juga ketika membuat PBS di sekolah ini ialah sekolah ini menerapkan ilmu agama sebagai salah satu budaya sekolah ini ialah tempat duduk pelajar lelaki diasingkan daripada pelajar perempuan. Ini menunjukkan bahawa sekolah ini amat mementingkan batas pergaulan antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Nilai seperti ini memang seharusnya diterapkan di sekolah supaya pelajar tahu menjaga batas pergaulan ketika bergaul dengan rakan yang berlainan jantina. Jadi, apabila berada di luar kawasan sekolah kelak, mereka mampu mengelak daripada terlalu bergaul dengan bebas antara rakan yang berlainan jantina. Mereka juga akan tahu mengawal pergaulan supaya tidak terjebak dalam pergaulan sosial yang bebas. Maklumlah, para pelajar sekarang ini terlalu bebas hidupnya dan cara pergaulannya dengan orang lain terutama yang berlainan jantina. Keadaan inilah yang seharusnya kita elakkan daripada berlaku ke atas pelajar kita sendiri. Oleh itu, untuk mengelakkan berlakunya perkara seperti ini berlaku kepada pelajar kita sendiri, kita harus menerapkan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan agama dalam kalangan pelajar kita. Semoga dengan berkatNya, usaha kita itu akan diberkati dan berjaya dilaksanakan. Sesungguhnya, tugas ini harus dipikul oleh guru dalam membimbing pelajar menjadi insan yang mempunyai tingkah laku yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, semua pengalaman yang saya perolehi dari PBS ini memang sangat berguna untuk dijadikan sebagai panduan dan bekalan semasa berada di sekolah kelak. Semoga dengan pengalaman ini akan menjadikan saya lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab di sekolah apabila posting dalam 3 tahun lagi. Memang saya akui sebelum ini saya merasakan bahawa beban untuk menjadi seorang guru itu tersangatlah berat. Namun, selepas menjalani PBS, saya

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

merasakan bahawa saya mempunyai satu tanggungjawab yang begitu penting dalam membimbing para pelajar menjadi insan yang berguna dalam hidup dan mempunyai masa hadapan yang cerah. Ini kerana mereka merupakan modal insan yang perlu kita asah bakat serta kemahiran mereka sebagai bekalan untuk menghadapi zaman globalisasi yang kian canggih dan mencabar dari semasa ke semasa. Memang tepat kata pepatah yang mengatakan, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Sebagaimana kita cara kita mengajar anak murid kita, seperti itulah lahirnya diri mereka. Jika kita mengajarkan yang baik kepada mereka, maka baiklah ilmu yang mereka dapat. Dan baik jugalah peribadi murid itu. Jika tidak ikhlas ilmu yang kita berikan kepada murid kita, maka tidak sempurnalah ilmu yang diperolehi murid kita itu. Sebagai seorang guru, kita harus menitik beratkan segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi oleh anak-anak murid kita. Kerana semuanya bermula daripada ilmu yang diberikan oleh seorang guru biasa, anakanak murid kita mampu menjadi seseorang yang bakal menjadi salah seorang peneraju negara kita pada masa hadapan. Kita tidak tahu masa hadapan anak-anak murid kita kerana tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa pun yang tahu. Saya berharap saya mampu memikul tugas dan cabaran sebagai seorang guru yang berdedikasi dan berkualiti tinggi untuk melahirkan lebih ramai lagi modal insan yang mampu bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara di persada dunia. Insyaallah.

You might also like