Laporan Amali Respirasi Ikan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SCE 3101 HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN RESPIRASI HAIWAN LAPORAN AMALI MENGKAJI SISTEM PERNAFASAN IKAN ROSMIZAN BIN JAHAWI (810110-13-5649) PENGAJIAN SAINS KUMPULAN 2 SEMESTER1 / 2012 PENSYARAH : EN. LING HAU CHING

Topik : Respirasi Haiwan Ekperimen : Penyiasatan Sistem Respirasi Ikan

Pengenalan Organ pernafasan ikan ialah insang. Insang ialah struktur respirasi yang khusus untuk pernafasan dalam air. Insang di sesuaikan untuk menyerap oksigen terlarut dalam air. Insang terletak di kedua-dua sisi badan ikan dan ditutupi oleh penutup insang atau operkulum. Operkulum ialah struktur berotot yang menutup dan melindungi insang. Operkulum berkoordinasi dengan mulut dalam mekanisme pernafasan ikan.

Objektif: Tujuan eksperimen ini adalah untuk menyediakan spesimen yang digunakan iaitu ikan puyu agar pemerhatian terhadap struktur insangnya dapat diperhatikan dengan jelas dan membantu kita memahami fungsi rekabentuk penyesuaian insang sebagai organ pernafasan haiwan akuatik(hidup di dalam) air dan mengetahui fungsi-fungsi bahagian-bahagian insang ikan Bahan dan radas : Ikan puyu Instrumen pembedahan Papan pembedahan Mikroskop Kanta tangan Talam / tray

Prosedur: 1. Rekabentuk luar ikan puyu diperhati dilukis dan dilabelkan 2. Operkulum ikan puyu pada suatu sisi dipotong untuk mendedahkan struktur insang. 3. Lengkung insang ikan diselak dan dibuka menggunakan forsep dan diperhatikan dengan kanta tangan. 4. Pemerhatian yang dibuat dicatat dan dilukis dan dilabelkan. 5. Sedikit bahagian filamen ikan dipotong dan diletakkan di atas slaid. 6. Slaid diperhatikan di bawah mikroskop. 7. Pemerhatian keratin rentas filament dicatat dan dilukis dan dilabelkan.

Keputusan: Pemerhatian: a) Gambar pemerhatian amali

Pemerhatian Struktur Luar Ikan

Pemerhatian Struktur Insang Ikan

Pemerhatian Keratan rentas Filamen Melalui Mikroskop

b) Lukisan Pemerhatian

Pemerhatian Steuktur Luar Ikan

Pemerhatian Struktur Insang Ikan

Pemerhatian Keratan Rentas Filamen Insang

Kesimpulan Ikan mempunyai rekabentuk tubuh yang sesuai untuk berenang dan hidup di dalam air. Sistem pernafasan ikan ialah insang. Ikan mempunyai empat pasang insang empat di sebelah kanan ikan dan empat lagi di sebelah kiri ikan, Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang yang keras dan dua baris filamen insang. Setiap filamen insang mempunyai lapisan menegak di permukaan atas dan bawah yang dipanggil lamela insang, dimana pada [ermukaan ini pertukaran gas berlaku dengan efisyen. \

Perbincangan Mekanisme Pernafasan Ikan Mulut ikan sentiasa terbuka dan tertutup. Ini ialah cara ikan bernafas. Kepekatan oksigen dalam air adalah kurang berbanding dengan udara. Ikan memerlukan sistem pertukaran gas yang efisyen untuk memastikan cukup oksigen diperolehi untuk pernafasan.Ikan bernafas dengan membuka dan menutup mulut dan operkulum secara selang seli.
(a)

Pembukaan mulut / Air masuk Mulut ikan membuka. Rongga mulut membesar, isipadu bertambah. Tekanan dalam mulut menurun. Operlulum menutup kerana tekanan diluar Air dengan oksigen terlarut masuk.

Operkulum tutup

o o o o o

lebih tinggi.
Operkulum buka

(b) o o o o o

Penutupan mulut / Air keluar Mulut ikan tutup Rongga mulut mengecil, isipadu menurun Tekanan dalam mulut tinggi Operkulum membuka Air dipaksa keluar

Analisis Data Kebanyakkan ikan mempunyai empat pasang insang, empat di sebelah kanan ikan dan empat lagi di sebelah kiri ikan. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang yang keras dan dua baris filamen insang. Setiap filamen insang mempunyai lapisan menegak di permukaan atas dan bawah yang dipanggil lamela gill. Lamela gill merupakan permukaan untuk pertukaran gas berlaku. Filamen insang dibekalkan dengan jalinan kapilari yang banyak. Dinding filamen yang halus memudahkan resapan oksigen ke dalam kapilari darah. Sisir insang berbaris pada lengkung insang dan menapis zarah-zarah kecil seperti pasir supaya tidak memasuki bahagian filamen dan merosakkannnya

Soalan Eksperimen 1. Perhatikan bentuk badan ikan; garis arus, tidak berleher, sepasang sirip dan ekor yang fleksibel. Apakah kelebihannya untuk memeliliki bentuk yang sedemukian? Bentuk ikan mempunyai garis arus (stream line) yang aerodinamik membolehkannya berenang dengan laju di dalam air. Sirip ikan dan ekor yang fleksibel pula membolehkannya mengemudi dan memecut dengan kadar yang cepat.

2. Tubuh ikan dilitupi oleh sisik, Apakah fungsi sisik ikan? Sisik ikan keras dan berlendir. ia berfungsi sebagai pelindung luar kepada badan ikan dan mengelakkanya tercedera. Sisik pada badan ikan tumbuh kearah belakang dan tidak menghalang laluan air dan ini membantu mengurangkan geseran.

3. Ikan bertulang mempunyai operculum atau penutup insang yang boleh

digerakkan dan berfungsi

melindungi insang pada kedua-dua belah struktur

badannya. Potong sebelah operkulum untuk mendedahkan insang. Berapa pasang insang yang dapat anda perhatikan?

Ikan mempunyai empat pasang insang, empat di sebelah kanan ikan dan empat lagi di sebelah kiri ikan

4. Insang disambung pada struktur bertulang yang dipanggil lengkung insang. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang dan dua baris filamen insang. Perhatikan filamen insang di bawah mikroskop. Lukis dan label struktur ini. Apakah nama saluran darah yang terdapat dalam filamen insang?

Saluran darah yang terdapat pada struktur lamella ialah afferent dan efferent. Afferent mengalirkan darah yang mengandungi Oksigen berkepekatan rendah, manakala efferent mengalirkan Oksigen yang berkepekatan tinggii

5. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan ciri-ciri penyesuaian filamen insang yang membolehkan pertukaran gas yang effisien. Terangkan fungsi filamen insang. Setiap filamen insang mempunyai lapisan menegak di permukaan atas dan bawah yang dipanggil lamela insang. Lamela insang merupakan permukaan untuk pertukaran gas berlaku Permukaan lamela yang belipat-lipat menyebabkan luas permukaannya tinggi dan membenarkan lebih banyak pertukaran gas berlaku apabila air yang mengandungi oksigen terlarut melaluinya,Filamen insang dibekalkan dengan jalinan kapilari yang banyak. Dinding filamen yang halus memudahkan resapan oksigen ke dalam kapilari darah. Senarai Rujukan Clegg, C.J. with D.G. Mackean. (2007). Advanced Biology-Principles and Applications. London. Hodder Murray. Kaskel, A. & Hummer, P.J. (2003). Biology an everyday experience. New York: Glencoe McGraw Hill Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd. Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th ed.). Boston:McGraw Hill http://www.mcqueens.net/mcqueen-ntl/dis/toc_/Pt20.html http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/BIOBK/BioBookRESPSYS.html http://www.zephyrus.co.uk/characteristics.html http://ahobart.net/oldsite/biology/advanced/htmlpages/gas.htm

www.unit5.org/biology/PowerPoints/Rat%20Dissection.pp http://en.wikipedia.org/wiki/Fish#Respiration http://www.myuniversalfacts.com/2006/03/how-do-fish-breathe.html http://www.examstutor.com/biology/resources/studyroom/organs_and_systems/gas_ exchange/exchange_fish.php http://www.mrothery.co.uk/exchange/exchange.htm#GAS EXCHANGE IN FISH http://www.s-cool.co.uk/a-level/biology/gas-exchange/revise-it/gas-exchange-in-fish

You might also like