Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Akta 134, Akta Orang Asli 1954

Akta

Cadangan Pindaan Akta 134 Akta Orang Asli 1954

Asas Pertimbangan Cadangan Pindaan Akta 1. Akta 134, Akta Orang Asli 1954 telah dipinda kali terakhir pada tahun 1967 dan disemak pada tahun 1974. Mesyuarat Pasukan Petugas Peringkat Menteri untuk meningkatkan pelaksanaan projek-projek Luar Bandar Bil. 2/2001 bertarikh 7 Ogos 2001 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri berpendapat bahawa Akta Orang Asli 134 tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang dan perlu dikaji semula.

2. Kedua, isu-isu tuntutan Orang Asli yang berkaitan dengan tanah yang dibawa ke mahkamah telah meningkat dan seringkali memihak kepada Orang Asli yang mana sepatutnya Akta ini memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak atau "win-win situation".

3. Ketiga, pada 8 Ogos 2007, Jabatan Peguam Negara dalam ulasan ke atas Kertas Memorandum Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada Orang Asli turut memberi pandangan terhadap keperluan pindaan kepada Akta 134 ini bagi memenuhi atau membolehkan pelaksanaan Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada masyarakat Orang Asli dibuat.

4. Perlu disesuaikan dengan dasar yang diputuskan oleh Kerajaan bukan sahaja tanah tetapi aspek-aspek lain seperti Takrifan Orang Asli, pembahagian harta pusaka dan sebagainya.

5. Akta ini perlu dipinda menyentuh penyataan dasar tetapi bagaimana Akta ini dilaksanakan perlu ada peraturan atau prosedur yang menyatakan secara terperinci

bagaimana keperluan peruntukan Akta ini dilaksanakan.

Perpustakaan Gedung buku yang berbeza dari mana-mana yang terdapat di Negara ini. Perbezaannya ialah Nukilan dan Wacana dari pelbagai para ilmuwan dan cendikiawan menghasilkan manuskrip, jurnal dan kajian yang dijadikan bahan rujukan mengenai masyarakat Orang Asli sepenuhnya. Sehingga Disember 2009, terdapat 526 buah buku kajian yang terbahagi kepada Tesis peringkat PHD 23 buku, Master 20 buku, Ijazah 186 buku, Diploma 73 buku dan kajian oleh Jabatan dan agensi lain 224 buku. Perpustakaan ini mengandungi lebihkurang 22,066 buah buku bacaan pelbagai peringkat umur untuk masyarakat Orang Asli. Keunikan perpustakaan ini ialah jurnal tulisan tangan oleh Collin and William Hunt bertajuk Abrogines Of Malaya (4 volume) 1947, Persuratan lama yang mungkin terhad atau hampir pupus tulisannya iaitu tulisan tangan oleh H.S. Sircom bertajuk The Sakai Of Lower Pahang 1912 dan kajian oleh Jabatan mengenai kawasan rancangan penempatan semula Orang Asli (RPS Betau), keciciran pelajaran Orang Asli dan lainlain. Perpustakaan ini dibina khusus untuk kemudahan kegunaan masyarakat Orang Asli dan warga JHEOA sahaja. Walau pun, tidaklah sehebat Perpustakaan Negara atau Arkib Negara, namun perpustakaan JHEOA ini mempunyai sejarahnya tersendiri dan telah menyumbangkan baktinya sejak dari tahun 50an sehingga dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir Mohamad secara rasminya pada 29 September 1987.

Muzium Warisan dan adat kebudayaan masyarakat Orang Asli yang unik dan menarik menjadi tatapan mata kepada sesiapa yang mengunjungi dan melawatnya. Selain dari melihat, ilmu pengetahuan boleh diperolehi dan dipelajari. Perspektif 3 suku bangsa dan 18 suku kaum Orang Asli, menjadikan muzium ini yang

hanya terdapat di Negara kita. Pelbagai peralatan dari pengenalan kaum hingga ke senjata dan jerat yang dibuat dan dipergunakan untuk kehidupan harian. Menerokai muzium JHEOA ini, bukan hanya dapat merasai seperti zaman dahulu tetapi lebih mendekati untuk mengenali "survive" zaman kurang moden menggunakan alat-alat persekitaran sedia ada. Mungkin generasi kini, tidak arif atau kurang cekap menghidupkan api menggunakan batu. Marilah bersama merasai dan menjiwai perasaan kehidupan masyarakat Orang Asli dengan melawat Muzium Orang Asli ini.

You might also like